.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Friday, May 21, 2010

0 Mesin ATM siapa penciptanya? China adalah peniru yang bijak, marilah jadi inventor!

Pencipta mesin pengeluar wang automatik mati



JOHN SHEPHERD-BARRON


LONDON - Bekas pekerja sebuah syarikat pencetak wang kertas, John Shepherd-Barron yang mendapat idea untuk mencipta mesin pengeluar wang automatik meninggal dunia pada Sabtu lalu semasa berumur 84 tahun kerana sakit.

Dia mendapat idea untuk mencipta mesin itu semasa berada dalam bilik air selepas pulang dari bank kerana tidak dapat mengeluarkan wang.

Shepherd-Barron mendapat idea itu dengan menggunakan konsep mesin coklat.

Dia kemudian menjual konsep mesin pengeluar wang automatik itu kepada Bank Barclays di Britain.

Namun, pada mulanya, mesin itu tidak menggunakan kad tetapi

Wednesday, May 19, 2010

2 ISS, angkasa lepas. Memang mencemaskan


Drama angkasawan di ISS

GARRETT REISMAN berdiri membaiki sebuah antena di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa kelmarin.


STESEN ANGKASA LEPAS ANTARABANGSA (ISS) - Seorang angkasawan, Garrett Reisman cemas selepas dia terkandas setengah jam di luar ISS kerana gangguan tenaga, lapor sebuah akhbar semalam.

Angkasawan berusia 42 tahun itu berada di ruang angkasa lepas di luar ISS lebih dua jam kerana membaiki kerosakan pada sebuah antena kelmarin apabila stesen berkenaan yang terletak 400 kilometer dari bumi mengalami masalah gangguan tenaga.

Masalah berlaku apabila komputer pusat ISS tiba-tiba padam manakala sistem komputer sokongan pula gagal menghidupkan tangan robotik sepanjang 17 meter yang digunakan dalam kerja-kerja pembaikan antena tersebut.

Reisman dan rakannya, Piers Sellers menarik nafa lega apabila sistem komputer itu yang dikawal oleh pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dari bumi, berjaya dibaik pulih sekali gus membolehkan kedua-dua angkasawan itu meneruskan misi mereka. - Agensi

Tuesday, May 18, 2010

0 Fenomena You Tube. Tahniah! Mari Malaysia belajar programming, kita cipta My Tube pula

Dua bilion sehari tonton YouTube
SAN FRANCISCO 17 Mei - YouTube semalam menyatakan jumlah pengunjung laman web video itu setiap hari sudah melepasi angka dua bilion ketika ia mula menyambut ulang tahun kelimanya.

"Terima kasih kepada anda, laman web kami mencatat satu lagi rekod baru dengan melebihi dua bilion pengguna sehari.

"Ia hampir dua kali lebih banyak jumlah penonton di tiga rangkaian utama televisyen Amerika Syarikat (AS) yang digabungkan," demikian menurut ulasan anggota pasukan YouTube dalam blog laman web itu.

Berita itu dilaporkan ketika pelancaran YouTube 5 Year Channel yang memberi penghargaan kepada sejarah dan pengaruh budaya yang dibawa laman web video ini.

Saluran YouTube 5 Year turut merangkumi projek My YouTube Story yang menghimpunkan kisah pengguna di seluruh dunia tentang bagaimana ia mengubah atau membentuk kehidupan.

Seorang pembuat filem dokumentari juga menggabungkan beberapa cerita dari penunjuk perasaan Iran menggunakan YouTube untuk menyebarkan berita ke seluruh dunia hinggalah seorang lelaki yang berkongsi video mengenai jurnal pergelutan untuk melawan kanser yang dihidapinya.

Saluran itu juga turut dilengkapi garis masa interaktif mengenai saat-saat penting sejarah YouTube.

"Kami tidak dapat meramalkan apa yang berlaku dalam lima tahun pertama YouTube dan sukar untuk membayangkan keadaannya lima tahun dari sekarang.

"Pada Mei lima tahun lalu, selepas berbulan-bulan persediaan, ujian sehingga larut malam, pengasas YouTube melancarkan versi beta YouTube.com," kata pasukan YouTube lagi.

YouTube yang beribu pejabat di San Bruno, California, diilhamkan oleh pekerja PayPal, Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim.

Google membeli YouTube dalam perjanjian bernilai AS$1.65 bilion (RM5.33 bilion) kira-kira 19 bulan selepas perkhidmatan perkongsian video itu diasaskan pada Februari 2005, sebelum ia ditukarkan menjadi tempat menjana pendapatan melalui video belakang rumah hinggalah filem bebas. - AFP

0 I follow Sinar FM. Respek dengan gandingan dan pengisian Sinar FM



Sinar radio bahasa Melayu nombor satu

Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my
2010/05/18


Saleh Yaacob, abby Fana, Raja azura, Khairil dan Rostam menjadi tunggak Sinar FM.RADIO Sinar FM menjadi stesen radio bahasa Melayu nombor satu di Malaysia, satu kejayaan amat mengagumkan kerana berjaya meraih pendengar sejumlah 4.1 juta. Ini menjadikannya stesen radio paling cemerlang dalam tempoh 12 bulan kebelakangan ini. Bahkan, segmen Sarapan Sinar FM juga menduduki carta nombor satu dengan dengan 2.1 juta pendengar.

Sementara itu, radio Era pula terus menambat hati pendengar Melayu. Stesen radio yang mengetengahkan ‘Muzik Terkini’ - hidangan muzik dan hiburan kontemporari masa kini, menjadi peneraju radio bahasa Melayu berformat ini mempunyai sejumlah empat juta pendengar setiap minggu. Program Sarapannya terbukti menawan pendengar Melayu, dengan jangkauan 1.8 juta pendengar. Pengarah Eksekutif AMP Radio Networks, Datuk Borhanuddin Osman berkata, keputusan memberangsangkan itu dianggap sebagai di luar jangkaan tetapi apa yang penting ia juga membuktikan bahawa pendengar kini mencari kepelbagaian, lalu mengangkat radio Sinar menjadi pilihan nombor satu kepada pendengar radio berbahasa Melayu. “Seperti yang kita tahu, AMP menjangkau khalayak yang lebih luas, dalam semua bahasa utama merentasi semua peringkat umur dan platform. AMP tentu sekali pilihan paling tepat kerana misi kami adalah untuk memajukan platform konvensional ini melalui cara yang di luar batas konvensional,” katanya dalam satu kenyataan kepada Hip.

Menurut fakta, sembilan daripada daripada 10 rakyat Malaysia mendengar radio. Fakta juga mengatakan lima daripada lapan stesen radio di bawah AMP berada dalam senarai 10 radio teratas.

AMP mengatasi saingan terdekat dengan jurang pendengar seluas 46 peratus dan terus menjadi radio paling berpengaruh, mempunyai stesen radio terbanyak dengan jumlah pendengar 11.54 juta seminggu atau 74 peratus daripada keseluruhan pendengar radio Malaysia.

Jenama radio AMP ialah, Sinar, Era, THR (Raaga dan Gegar), MY FM dan hitz.fm. Selain Sinar dan Era, THR Raaga kekal menjadi stesen radio bahas Tamil nombor satu dengan jumlah pendengar 1.8 juta setiap minggu.

THR Raaga bukan sahaja menampilkan muzik dan hiburan Tamil terbaik, malah turut menunjukkan penghargaan kepada pendengar melalui pelbagai acara yang sentiasa mendapat sambutan meriah. Antaranya Raaga Radio Awards 2009 yang julung kali diadakan memberikan penghormatan kepada penggiat seni India tempatan.

Sementara itu, THR Gegar: Perkasa di Pantai Timur menjadi radio nombor satu di Pantai Timur dengan 1.7 juta pendengar. Dikenali sebagai Permata Pantai Timur, THR Raaga memikat pendengar dengan pelbagai genre lagu termasuklah lagu Melayu kontemporari, muzik tradisional Pantai Timur dan lagu Hindi. Program Petang menemani 1.1 juta pendengar dan Program Sarapan mencatatkan jumlah pendengar 951,000.

MY FM pula masih menjadi stesen radio bahasa Cina nombor satu. MY FM masih mendahului pesaingnya, mengumpul 2.2 juta pendengar! Program Sarapan Bahasa Cina juga kekal unggul dengan menghiburkan 1.3 juta pendengar.

Dalam pada itu, hitz.fm pula menjadi radio bahasa Inggeris pilihan utama pendengar Malaysia. Stesen yang terkenal dengan gelaran Malaysia’s #1 Hit Station ini tidak berganjak dari kedudukan teratas antara kesemua stesen Bahasa Inggeris dengan 1.4 juta pendengar. Program Sarapan Bahasa Inggeris No. 1 negara, Morning Crew, menarik 558,000 pendengar.

Manakala MIX fm pula terus dengan kepelbagaian yang tiada tandingan. Identiti MIX fm ada pada kepelbagaian muzik yang dapat dinikmati, dari Mariah Carey dan Jason Mraz ke Bon Jovi dan Backstreet Boys, cocok dengan gelarannya Malaysia’s Best Variety. MIX fm terus mencuri tumpuan golongan urban berusia 25-39 tahun, meraih 450,000 pendengar. Daripadanya, hampir 90% berada di kawasan bandar dan kira-kira 40 peratus mempunyai pendapatan isi rumah RM3,000 ke atas.

Manakala LiteFM adalah stesen Bahasa Inggeris pilihan nombor satu bagi mereka yang lebih matang dan berpendapatan tinggi, dengan jangkauan 306,000 pendengar.

Sementara itu, XFM terus kekal menjadi suara muzik Malaysia. Menjadi satu-satunya stesen radio yang memainkan 100 peratus muzik Malaysia, XFM berada dalam kelasnya tersendiri. Program XFM yang unik memaut lebih ramai generasi muda dengan kelompok pendengarnya mencecah 228,000.

Semua fakta dan keputusan itu adalah berdasarkan kajian yang dibuat AC Nelson mengikut Pengukuran Pendengar Radio, Liputan 1, 2010 di kalangan penduduk Semenanjung Malaysia berumur 10 tahun ke atas. Angka pendengar berdasarkan bilangan pendengar kumulatif dalam seminggu dan pendengar setia ialah pendengar yang hanya mendengar satu stesen radio saja.

Monday, May 17, 2010

0 Sajak keluar Daily Express pada 16.05.2010, terima kasih kepada semua yang terlibat


Idea sajak ini ialah VISUAL.
Walaupun ianya direct dan tiada ayat berbunga-bunga, tetapi saya berpendapat sajak ini beginilah bunyinya.

Apapun, saya perlu berasa gembira kerana sajak 1st time keluar newspaper.

1 DAP menang pilihan raya Sibu. Peratus kehadiran tentu dikesali Parti Pemerintah


DAP berjaya rampas parlimen Sibu

10.58malam: DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.

Undi rosak pula berjumlah 395. Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng.

Mengenai undi pos pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi.

Manakala jumlan pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 70 peratus atau 37,919 orang.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandangnya dari BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang timbalan menteri pengangkutan, pada 9 april lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008, Hoi Chew menang dengan majoiri 3,235 undi. Beliau memperolehi 19,138 undi, manakala Wong Ho Leng mendapat 15,903 dan Lim Chin Chuang dari PKR yang mendapat 812 undi.

Pilihan raya kecil hari ini merupakan yang kedua di Sarawak dalam tempoh setahun. April lalu BN mengekalkan DUN Batang Ai.



10.35malam: Nampaknya berlaku pertikaian kecil berhubung undi pos. Bagaimanapun, difahamkan SPR akan mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu tidak lama lagi.

Difahamkan juga, DAP menang antara 300 hingga 400 undi.

10.15malam: Di Dewan Suarah, dua pemimpin SUPP sedang mengadakan pertemuan dengan pegawai pengurus pilihan raya, Wong See Meng. Difahamkan mereka sedang berbincang mengenai kelewatan pengumuman keputusan undi pos.

Mereka kemudian disertai oleh pemimpin DAP Ng Wei Aik, Lim Lip Eng dan Ronnie Liu.

Hujan masih turun di Sibu. Penyokong kedua belah pihak yang berpayung, sedang menunggu di luar Dewan Suarah.

10.10malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa Borang 15 bagi undi pos sedang dibawa ke pusat perjumlahan di Dewan Suarah.

"SPR sedang menunggu keputusan rasmi undi pos," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Omar Wan Omar berkata pihaknya akan memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut.

"Saya akan jelaskan selepas kami umum keputusannya sebentar lagi," katanya.

10.09malam: Semua pemimpin utama DAP sedang menunggu di Wisama Sanyan, tempat undi pos dikira.

Lim Guan Eng memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bimbang "sesuatu yang tak kena sedang berlaku" dan berharap pegawai SPR boleh mengeluarkan Borang 15 - dokumen yang mengesahkan keputusan rasmi undi pos.

Juga difahamkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pulang ke Kuala Lumpur.

9.50malam: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan kelewatan SPR mengumumkan keputusan kiraan 2,571 undi pos.

"Pengiraan undi pos bermula jam 5.30 petang dan selesai pada jam 8.30 malam."

Beliau bertanya mengapa berlaku kelewatan lebih satu jam untuk mengumumkan keputusannya.

9.35malam: Pengiraan undi polis telah selesai. Bagaimanapun, wakil DAP gagal memperolehi Borang 15 - yang mengandungi jumlah rasmi, yang ditandatangani oleh pengurus pilihan raya.

Difahamkan BN menang 2,300 undi pos. Ini bermakna DAP menang dengan majoriti 300 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng belum lagi mahu mengaku menang.

"Saya tak mahu ulas. Tunggulah pengumuman rasmi," katanya kepada Malaysiakini.

9.24malam: Pemimpin DAP menuju ke Wisma Sanyan di mana undi pos sedang dikira.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang ingin tahu apa yang menyekat SPR daripada mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu.

9.21malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa jumlah pemilih yang keluar mengundi mungkin melebihi 60 peratus.

Malaysiakini sebelum ini telah meminta beliau mengesahkan sama ada peratusan yang keluar mengundi adalah 59.86% seperti yang diumumkan oleh SPR sebelumnya.

9.10malam: Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin lain parti itu akan bergerak meninggalkan ibupejabat DAP.

Tetapi mereka bukan hendak ke pusat perjumlahan undi di Dewan Suarah, tetapi merancang untuk ke Wisma Sanyan, tempat undi pos dikira.

8.57malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan majoriti 2,590 undi. Sehingga ini, 109 daripada 110 saluran telah dikira.

DAP - 18,570
BN - 15,980
Bebas - 201

Majoriti 2,590

Keputusan setakat ini tidak termasuk satu lagi saluran yang belum dikira dan 2,571 undi pos. BN dijangka memenangi 90 peratus undi tersebut tetapi adakah ianya mencukupi untuk menang?

8.30malam: Keadaan di bilik gerakan DAP dipenuhi kegembiraan dan ada pemimpin DAP telah mengisytiharkan kemenangan parti tersebut, termasuk ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi melalui twitternya.

Manakala naib presiden PKR, Azmin Ali, melalui twitternya, turut mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, para pemimpin utama DAP masih mahu menunggu keputusan rasmi.


8.14malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,944 undi. Sehingga ini, 103 daripada 110 saluran telah dikira.

DAP - 18,211
BN - 14,267
Bebas - 138

Majoriti 3,944

Undi pos masih dikira. Keputusan dari kg Ilir Nangka - kubu kuat BN - belum tiba.

8.10malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,279 undi. Sehingga ini, 99 daripada 110 saluran atau kira-kira 95.5 peratus, telah dikira.

DAP - 17,120
BN - 13,841
Bebas - 137

Majoriti 3,279

7.58malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,130 undi. Sehingga ini, 97 daripada 110 atau 93.90 peratussaluran telah dikira.

DAP - 16,786
BN - 13,656
Bebas - 136

Majoriti 3,130

7.52malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,048 undi. Sehingga ini, 96 daripada 110 saluran atau 92.6 peratus telah dikira.

DAP - 16,538
BN - 13,490
Bebas - 136

Majoriti 3,048

7.40malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,022 undi. Sehingga ini, 93 daripada 110 saluran atau kira-kira 90.5 peratus, telah dikira.

DAP - 16,178
BN - 13,156
Bebas - 134

Majoriti 3,022

7.35malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,920 undi. Sehingga ini, 92 daripada 110 saluran atau kira-kira 89 peratus, telah dikira.

DAP - 15,981
BN - 13,061
Bebas - 134

Majoriti 2,920

7.30malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,817 undi. Sehingga ini, 90 daripada 110 saluran atau kira-kira 87 peratus, telah dikira.

DAP - 15,655
BN - 12,838
Bebas - 132

Majoriti 2,817

7.15malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,236 undi. Sehingga ini, 83 daripada 110 saluran atau kira-kira 81 peratus, telah dikira.

DAP - 14,83
BN - 12,049
Bebas - 129

Majoriti 2,236

7.07malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan peningkatan majoriti kepada 2,091 undi. Sebanyak 67 peratus undi sudah dikira.

DAP - 11,901
BN - 9,850
Bebas - 99

Majoriti 2,091

7.03malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 1,544 undi. Sehingga ini, 66 daripada 110 saluran atau kira-kira 51 peratus, telah dikira.

DAP - 10,773
BN - 9,229
Bebas - 97

Majoriti 1,544

6.50petang: Hujan mulai turun di Sibu kerana perjumlahan undi sedang berlangsung di Dewan Suarah.

6.480petang: Jumlah pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 59.86 peratus atau 32,742 orang.

6.42petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 914 undi. Sehingga ini, 59 daripada 110 saluran atau kira-kira 56 peratus, telah dikira.

DAP - 9,188
BN - 8,274
Bebas - 89

Majoriti - 914

6.38petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP masih mendahului dengan 838 undi.


DAP - 8,888
BN - 8,050
Ind - 87

Majoriti - 838

6.24petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP pula sedang mendahului kiraan undi.

DAP - 7,026
BN - 6,243
Bebas - 52

Majoriti - 783

Sehingga ini, 44 daripada 110 saluran atau kira-kira 43% undi, telah dikira.

"Jelas menunjukkan undi Cina menyebelahi kita," kata pemimpin DAP leader Anthony Loke. "Persoalannya ialah sama ada ia cukup untuk kita menang."

6.16 petang: Kira-kira 150 orang berkumpul di pusat operasi DAP di Sibu. Setiap kali keputusan menyebelahi mereka dipaparkan, mereka bersorak.

6.09 petang: Mengikut pengiraan tidak rasmi terkini, BN mendahului dengan 1,869 undi. Setakat ini, 26 daripada 110 saluran, atau kira-kira 20 peratus undi, telah dikira.

BN - 4,303
DAP - 2,434
Ind - 41

Majoriti - 1,869

5.50 petang: Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau tidak berpuas hati kerana peratusan keluar mengundi lebih rendah berbanding 67% yang dicatatkan dalam pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, Ketua Polis Sibu ACP Shafie Ismail berkata proses pengundian berjalan lancar, kecuali insiden kecil melibatkan perang mulut antara penyokong pihak bertanding.

5.40 petang: Beberapa peti undi tiba di pusat perjumlahan utama di Dewan Suarah. Manakala dalam masa yang sama, awan gelap dan angin kuat mula berarak. Hujan lebat dijangka turut.

5.25 petang: Kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelihatan bergerak ke pusat perjumlahan undi di Dewan Suarah, bandar Sibu.

Di sini, kesemua undi akan dijumlahkan. Keputusan rasmi akan diumumkan oleh pengurus pilihan raya malam ini.

5.05 petang: Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN terus di depan dengan kelebihan 2,097 undi. Sebanyak 19 saluran atau 13 peratus undi dikira.

BN - 3,493
DAP - 1,396
Bebas - 33


5.00 petang: Proses pengundian selesai.

4.53 petang: Sehingga jam 4 petang ini, seramai 31,119 atau 56.9 peratus pemilih telah keluar membuang undi.

4.30 petang: Keputusan tidak rasmi untuk pusat pengundian yang ditutup awal mendapati BN terus di depan dengan 1,930 undi. Setakat ini, 16 daripada 110 saluran telah dikira.

BN - 2,959
DAP - 1,029
Bebas - 18

Daripada 16 saluran itu, sekurang-kurangnya 10 daripada kawasan Iban.

4.20 petang: Menurut keputusan tidak rasmi daripada 15 saluran, BN masih di depan dengan majoriti 1,784 undi.

DAP 1,024
BN 2,808
Bebas 18

Terdapat 110 saluran di Sibu.
3.44 petang: Setakat jam 3 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 29,000 orang atau 53.02 peratus.

3.30 petang: Keputusan tidak rasmi daripada 12 pusat pengundian yang telah ditutup menunjukkan DAP ketinggalan 1,029 undi di belakang BN.

DAP mendapat 810 undi, BN 1,839 manakala bebas 15 undi.

Sudah 21 daripada 45 pusat pengundian telah ditutup setakat ini.

3.15 petang: Kiraan tidak rasmi DAP mendapati mereka ketinggalan 500 undi kepada BN.

Daripada 11 saluran, DAP setakat ini memperoleh 619 undi, BN mendapat 1,100 manakala bebas hanya mendapat 11 undi.

3.10 petang: Selepas 21 pusat pengundian ditutup - di kawasan yang jumlah pengundinya sedikit, terutama di rumah-rumah panjang - pada jam 3 petang tadi, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang kelihatan terus pesimis.

"Keputusan daripada lapan pusat pengundian - DAP ketinggalan 540 undi," katanya dalam laman Twitter.

"Masih dapat ditebus - tetapi bergantung pada keajaiban Sibu."

2.50 petang: Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata keputusan hasil kiraan di 10 pusat pengundian yang ditutup awal "tidak baik".

"Bolehkah 2 jam 15 minit lagi menampung kekalahan ini? tanya Lim dalam laman Twitter.

Daripada 45 pusat pengundian yang dibuka, 21 telah ditutup (10 ditutup pada jam 1, lima pada 2 petang dan enam pada 3 petang). Manakala dua lagi akan ditutp pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang.

2.34 petang: Dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 46.29 peratus, sasaran SPR untuk mencapai peratusan sebanyak 80 peratus dalam masa tiga jam lagi dilihat sukar menjadi kenyataan.

"Pada jam 2 petang, sebanyak 63.74 peratus telah mengundi di Hulu Selangor.

"Prospek nampak suram kecuali terdapat peratusan keluar mengundi yang tinggi," tulis tokoh popular DAP Lim Kit Siang dalam laman Twitter beliau.

12.31 tengah hari: Setakat jam 2 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 25,319 orang atau 46.29 peratus.

2.18petang: SPR memulakan pengiraan undi untuk pusat pengundian yang telah ditutup.

DAP juga telah memulakan kiraan tidak rasminya.

Daripada 45 pusat pengundian yang dibuka, 10 daripada pusat itu akan ditutup pada 1 tengah hari, lima pusat pada 2 petang, enam pusat pada 3 petang, dua pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang.

2.15 petang: "PENTING! Peratusan keluar mengundi rendah. Ho Leng mungkin kalah, sila ajak keluarga dan rakan-rakan kamu keluar mengundi!" tulis ahli parlimen Serdang daripada DAP
Teo Nie Ching dalam laman Twitter.

1.41 tengah hari: Setakat jam 1 tengah hari, sebanyak 23,103 atau 42.24 peratus telah membuang undi.

12.43 tengah hari: Menurut Zentrum Future Studies - NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu - sehingga jam 12.30 tengahari, sokongan untuk BN dan Pakatan seimbang.

Menurut kajian itu, BN mendapat 49.8 peratus sokongan, Pakatan 49.2 peratus dan bebas 1. peratus.

12.32 tengah hari: Menurut laman Twitter Sibu4change, peratusan keluar mengundi di beberapa pusat pengundian tinggi, setakat jam 12 tadi.

- Di SK Rantau Panjang, BawangAssan PD, peratusan keluar mengundi sebanyak 82.6 peratus. Pusat pengundian ditutup pada jam 1 tengah hari.

- Di SK Sg Pinang, Rassau PD peratusan keluar mengundi sebanyak 72.7%. Akan ditutup pada jam 2 petang.

- Di SK Rantau Panjang has peratusan keluar mengundi sebanyak 80.6%. Ia akan ditutup pada jam 4 petang.

- Di Kg Sg Pasai peratusan keluar mengundi sebanyak 56.5 peratus, akan ditutp pada jam 4 petang.

- Di SK Sg Pasai, Rassau PD peratusan keluar mengundi sebanyak 50 peratus, akan ditutp pada jam 4 petang.

12.31 tengahari: Setakat jam 12 tadi, peratusan keluar mengundi sebanyak 37 peratus atau 20,241 orang.

12.30 tengah hari: Ahli parlimen DAP bagi kawasan Bakri Er Teck Hwa mendakwa beliau dan pasukan petugas pilihan rayanya dihalang daripada memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Sg Aup oleh sekumpulan penyokong Umno yang diketuai oleh naib presidennya Datuk Shafie Apdal. [Baca berita penuh]

Shafie bagaimanapun menafikannya.

12.10 tengahari: Calon SUPP Robert Lau berkata beliau yakin dengan peluangnya kali ini.

Ketika ditemui, beliau bagaimanapun menghentam Malaysiakini yang didakwanya berat sebelah dalam membuat laporan.

Katanya, beliau tidak melihat "artikel yang baik tentang dirinya ditulis."

12.00 tengahari: Suasana di kawasan Melayu, SK Bandaran Sibu di Jalan Bandong kini lebih panas berbanding kawasan Cina di pusat bandar.

Kedua-dua pihak BN dan Pakatan bekerja keras berkempen di saat akhir di tepi jalan.

Di sebelah BN, kira-kira 50 Pemuda PBB yang kebanyakannya lebih muda dan agresif. Mereka mengibarkan bendera dan bersorak "BN" dan "Undi nombor satu" setiap kali pemilih melinatas.

Sementara kira-kira 30 penyokong Pakatan lebih senyap dan hanya mengibarkan bendera DAP kepada pemilih.

Ketibaan Ketua Pemuda PAS PKR selepas itu disambut sorakan daripada penyokong BN.

Pihak polis kelihatan berdiri antara kedua-kedua kumpulan penyokong untuk mengawal keadaan.

11.59 pagi: Menurut Zentrum Future Studies - NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu - sehingga jam 11.30 pagi ini, BN mendahului dengan 53.4 peratus, Pakatan 46.2% dan bebas sebanyak 0.4 peratus.

11.31 pagi: Setakat jam 11 pagi, sebanyak 15,767 orang atau 28.83 peratus telah membuang undi.

10.50 pagi: Pengerusi SPKR Sarawak Takun Sunggah dan Pengurus Pilihan Raya Wong See Meng memberi amaran kepada petugas PKR kerana mendirikan pondok dalam kawasan 50 meter daripada SJKC Methodist di bandar Sibu.

Seorang pemimpin PKR Pulau Pinang bagaimana menolaknya selagi Takun tidak menunjukkan kepada mereka undang-undang yang relevan.

Takun kemudiannya kembali dan memberitahu pemberita menurut seksyen 26(C) tiada pihak boleh mendirikan pondok.

Beliau juga memberitahu akan meminta polis mengambil tindakan.

10.45 pagi: Suasana senyap sunyi di SJKC Methodist. Terdapat satu kaunter semakan SPR dan pondok panas DAP kira-kira 50 meter daripada tempat pembuangan undi itu.

Sekumpulan penyokong SUPP berkumpul di situ. Tiada kempen, bendera atau sorakan.

10.34 pagi: Setakat jam 10 pagi, 20.61 peratus atau 11,270 orang telah keluar mengundi.

10.30 pagi: Timbalan Ketua Pemuda PKR Fariz Musa mendakwa, terdapat ketegangan di SK Kampung Baru sekitar jam 9.45 pagi, tetapi menurutnya telah selesai.

10.10 pagi Narawi Haron membuang undi di SK HUlu Sungai Merah.

Calon bebas kelihatan itu masih yakin dengan peluangnya apabila mendakwa menerima respons yang baik daripada lawatan daripada rumah ke rumah.

"Saya bangga dengan penyokong sya yang berani melaungkan 'Hidup Narawi' di depan menteri-menteri (BN).

"Saya jangka akan berjaya dapat sekitar 4,000 undi," katanya.

10.05 pagi: Difahamkam setakat jam 9 pagi tadi, 6.33 peratus daripada 3,310 pemilih telah membuang undi.

9.25 pagi: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan pemimpin SUPP Peter Chin dan George Chan melawat SJKC Chung Hua.

Chan berkata, menurut pemerhatian umumnya, jumlah yang turun mengundi masih perlahan.

9.20 pagi: Wong Ho Leng mendakwa kakitangan SPR mendapat latihan yang tidak mencukupi. Beliau mendakwa agen pengundian daripada DAP dan SUPP dilarang masuk lebih awal ke pusat pembuangan undi.

"Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku, SPR menghabiskan banyak wang untuk latihan, tetapi kakitangan mereka tidak cukup terlatih," katanya selepas membuang undi bersama insterinya.

Keadaan tersebut didakwa berlaku di banyak kawasan, dakwa Wong lagi.

9.15 pagi: Suasana di pusat pembuangan undi di Malaysia Barat berbeza daripada Semenanjung. Tiada penyokong kelihatan berkumpul di pusat pengundian bagi melakukan kempen di saat-saat akhir dengan membawa lambang parti masing-masing.

Hanya terdapat sekumpulan kecil penyokong parti daripada beberapa pihak di SJKC Chung Hwa. Tugas utama mereka membantu pemilih dan memantau proses pengundian.

8.50 pagi: Ketua SUPP Sibu Wong Soon Koh mengundi di SJKC Chung Hwa.

Beliau meminta pemilih keluar awal membuang undi kerana bimbangkan keadaan cuaca berubah di tengah hari.

Wong juga memberitahu pemberita di beberapa kampung terdapat masalah banjir kecil ekoran air "pasang" di beberapa sungai.

"Tapi kami bersedia dengan kereta lebih besar. Kalau kereta kecil tidak boleh masuk, kereta besar boleh," katanya.

8.10 pagi: Cuaca cerah pagi ini menyebabkan proses pengundian lancar. Pemilih mula berbaris di tempat-tempat membuang undi untuk memilih calon pilihan mereka sama ada Robert Lau Hui Yew dariapda BN, Wong Ho Leng daripada DAP atau calon bebas Narawi Haron.

Pemilih dinasihatkan keluar awal untuk membuang undi. Jabatan Kajicuaca meramalkan ribut petir akan berlaku sekitar waktu tengah hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 80 peratus akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

8.00 pagi: Kesemua 45 pusat mengundi dibuka mulai dibuka dalam cuaca baik walaupun dilaporkan hujan pada awal Subuh tadi.

Daripada ketiga-tiga calon bertanding, hanya Wong Ho Leng dan Narawi Haron sahaja calon berdaftar di Sibu.


TERDAHULU

Sejumlah 52,158 pemilih berdaftar mula keluar mengundi esok hari ini untuk memilih anggota parlimen mereka yang baru dalam pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Sibu mulai jam 8 pagi ini.

Manakala 2,537 pengundi pos - yang terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis - mengundi pada hari Khamis dan Jumaat lalu di kem tentera di Rascom dan Oya dan ibu pejabat polis daerah Sibu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka 45 pusat pengundian, dengan 110 saluran, di 39 buah sekolah, dua tadika dan sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Robert Lau Hui Yew, calon DAP Wong Ho Leng yang juga ADUN Bukit Assek dan calon Bebas, Narawi Haron.

Hui Yew, , dijadual mengundi di SMK Rosli Dhoby i pada kira-kira 9 pagi manakala Wong akan mengundi di SJKC Goung Ann.

Keputusannya dijangka diumumkan oleh SPR di Dewan Suarah Sibu selewat-lewatnya pukul 9 malam ini.

Kerusi parlimen itu kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga timbalan menteri pengangkutan pada 9 April lalu.

Saturday, May 15, 2010

0 Militan adalah racun dunia, memalukan bangsa, memalukan agama. Sebaiknya tanya apa sumbanganmu kepada negara bukan apa sumbangan negara ke atasmu?

Militan Indonesia dipercayai mahu serang Susilo, Obama

JAKARTA 14 Mei - Polis Indonesia mematahkan komplot oleh puak militan untuk membunuh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, pegawai kerajaan dan tetamu asing dalam serangan semasa sambutan hari kemerdekaan pada 17 Ogos ini.

Ketua Polis Indonesia, Bambang Hendarso Danuri (gambar) berkata, militan merancang serangan itu dengan mendapat inspirasi daripada serangan yang membunuh 166 orang di Mumbai, India pada November 2008.

"Mereka merancang untuk membunuh Presiden, pegawai kerajaan dan tetamu asing yang menghadiri sambutan hari kemerdekaan," kata Bambang pada sidang media di sini hari ini.

Militan Indonesia 'merancang beberapa pembunuhan di Jawa dan Jakarta dengan warga asing terutamanya rakyat Amerika menjadi sasaran utama mereka, selain Presiden Indonesia', katanya.

Mereka juga merancang untuk menggempur hotel-hotel dengan meniru serangan di Mumbai, dan jika serangan-serangan itu berjaya, puak militan akan mengisytiharkan Indonesia sebagai sebuah negara yang menjalankan pemerintahan Islam, tambah beliau.

Ketua Polis itu bercakap pada taklimat mengenai siri serbuan yang dilancarkan oleh polis antikeganasan baru-baru ini, berikutan penemuan sebuah kem latihan militan di Aceh pada Februari lepas.

Bambang berkata, 58 suspek pengganas ditangkap dan 13 lagi dibunuh dalam serbuan sejak tiga bulan lalu.

Sementara itu, pakar berkata, serbuan polis baru-baru ini menunjukkan militan di Indonesia mungkin menukar strategi daripada melancarkan serangan bom kepada pertempuran bersenjata ala tentera.

"Itu cara paling berkesan untuk menyerang warga asing tanpa membunuh penduduk awam Indonesia," kata Noor Huda Ismail daripada Institut bagi Memupuk Keamanan Antarabangsa.

Katanya, 'impian' militan ialah membunuh Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang dijadual melawat Indonesia pada pertengahan Jun ini.

Sebelum itu, pakar perisikan, Mardigu Wowi Prasantyo yang mengikuti siasatan polis, berkata, Obama adalah antara individu yang dipercayai menjadi sasaran puak militan yang ditangkap dalam serbuan polis baru-baru ini. - AFP/Reuters

0 Piala Thomas: Ulasan jujur Lin Dan: " Kami sama bagus tetapi kali ini Dia bukan dirinya yang sebenar. "

Chong Wei amat tertekan - Lin Dan

KUALA LUMPUR - Lin Dan berkata, aksi kaku dan permainan tertekan Datuk Lee Chong Wei memudahkan tugasnya untuk menumpaskan jaguh No. 1 dunia itu 21-17, 21-8 dalam perlawanan berat sebelah di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam.

Juara Olimpik dan dunia itu mengakui, lawannya tidak menunjukkan permainan sebenar akibat tidak mampu menanggung bebanan hebat untuk membantu Malaysia mengembalikan Piala Thomas selepas 18 tahun.

Biarpun diganggu oleh ribuan penonton tuan rumah yang bersorak untuk Chong Wei dan kadang kala mengejeknya, namun kata Lin Dan keadaan itu tidak memberi tekanan kepadanya, sebaliknya Chong Wei yang lebih tertekan.

"Sebenar(nya)permainan saya dan Chong Wei sama bagus tetapi hari ini dia bukan dirinya yang sebenar. Dia jelas amat tertekan, mungkin kerana Malaysia terlalu mengharapkan dia untuk merampas kembali Piala Thomas selepas 18 tahun.

"Lagipun, selepas memenangi semua kejohanan besar seperti Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, malah Piala Thomas, saya kini menjadi pemain yang lebih relaks dan tidak mudah tertekan. Saya bermain dengan lebih seronok kerana tiada apa yang hendak dibimbangkan," kata Lin Dan, yang membuka bajunya sebaik menundukkan Chong Wei dalam masa 47 minit.

Kata Lin Dan, dia jarang melakukan perkara seperti itu kecuali terlalu gembira. Dia pernah melakukan perkara yang sama ketika menundukkan jaguh Denmark, Peter Hoeg Gade selepas memenangi perlawanan final Piala Thomas di Jakarta 2004.

"Itu (buka baju) bukan kebiasaan saya, tetapi saya akan melakukannya kalau terlalu gembira. Enam tahun lalu saya amat gembira, hari ini juga saya sangat gembira kerana mengalahkan Chong Wei di depan penyokongnya sendiri," katanya.


Artikel berkaitan:

China memang terbaik – Rashid, (Rexy)

Oleh FERZALFIE FAUZI
sukan@utusan.com.my


KUALA LUMPUR – China memang terbaik, kami tewas kepada pasukan yang bagus, itulah kata-kata yang diberikan oleh jurulatih Malaysia selepas ditunjukkan jalan keluar oleh China apabila kalah 0-3 dalam perlawanan separuh akhir Piala Thomas 2010, semalam.

Tidak ada apa lagi yang dapat disimpulkan oleh ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek dan jurulatih beregu, Rexy Mainaky melainkan hanya melemparkan kata-kata pujian kepada penyandang juara itu apabila anak-anak buahnya tewas mudah.

Bagi Rashid, mereka kalah kepada sebuah pasukan yang memang kuat dan seimbang walaupun pemainnya telah sedaya upaya memberi tentangan kepada China.

“Saya lihat dengan begitu jelas sekali mereka memang sebuah pasukan yang kental dan telah membuat persiapan rapi untuk mempertahankan trofi ini,” katanya selepas perlawanan antara Malaysia dan China tamat di Stadium Putra Bukit Jalil semalam.

Jelasnya, pemainnya telah berhempas-pulas untuk menewaskan pemain China tetapi gagal melakukannya dan dia mengakui pasukan negara tembok besar itu berhak untuk mencatat kemenangan semalam.

“Kita memang merasakan persiapan yang telah kita lakukan sudah terbaik, tetapi kita silap, China telah melakukan persiapan yang lebih baik berbanding kita, walaupun ada pemain mereka tewas pada beberapa kejohanan sebelum ini termasuk Lin Dan di kejohanan All England.

“Kualiti yang mereka pamerkan sangat berbeza berbanding sebelum ini, mungkin mereka telah meletakkan sasaran untuk mempertahankan kejuaraan ini dengan tidak mempedulikan kejohanan lain ataupun ranking dunia,” katanya.

Ditanya mengenai peluang Malaysia bagi kejohanan yang sama dua tahun lagi ketika Wong Choong Han dan Muhammad Hafiz Hashim sudah meniti usia, Rashid berkata, Malaysia tidak ada cara lain selain membentuk pemain muda menjadi pemain yang berkualiti.

“Kita tidak ada pilihan untuk itu selain membangunkan pemain-pemain muda tidak kira cara apa sekali pun kita mesti mengerah mereka menjadi pemain yang hebat,” katanya.

Sementara itu, Rexy juga berpendapat yang sama dengan Rashid dengan mengatakan pasukan China yang gagal dijinakkan mereka betul-betul terbaik dan dia sangat terkejut dengan permainan yang dipamerkan oleh kesemua pemain negara itu.

“Kita sudah melakukan segalanya, memberikan tentangan yang habis baik kepada mereka tetapi China ternyata sukar untuk ditundukkan baik pemain perseorangan mahupun beregu,” katanya selepas tamat perlawanan itu.

0 Tanda aras Malaysia adalah global, mesti kelas dunia, bukan hanya slogan. Jangan remehkannya! Dari azam itu cita-cita

PM: Transformasi besar akan berlaku

PUTRAJAYA 14 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak percaya transformasi besar akan berlaku di negara ini jika momentum ekonomi dan program transformasi kerajaan dapat dipupuk dan diperkukuhkan.

Perdana Menteri menegaskan, sebab itu tempoh 10 tahun akan datang ini memerlukan semua pihak terutama para penjawat awam menunjukkan kecergasan dan kehebatan luar biasa dalam menggalas cabaran mencapai matlamat negara maju 2020.

Beliau menarik perhatian bahawa Malaysia ketika ini belum mencapai peringkat kemantapan tetapi dalam perjalanan untuk merapati fasa akhir negara maju.

''Kita sudah dekat dengan garis penamat, kita kena pecut dan bukannya sudah habis angin... tercungap-cungap.

''Saya tidak mahu sesiapapun memperlekehkan Malaysia dan sedikit sebanyak apabila saya jumpa Presiden (Barack) Obama (baru-baru ini), saya tidak fikir dia bagi pertemuan dua hala dengan saya kalau dia tidak lihat Malaysia ini negara yang stabil dan berjaya.

''Dalam hal ini, kita perlu menjadi kerajaan yang berkesan supaya dapat mengisi jangkaan dan harapan rakyat yang semestinya semakin kritikal. Oleh itu tanda aras kita mesti global, kelas dunia dan bukan sekadar slogan," kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Awam 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman dan beberapa menteri Kabinet.

Dalam aspek ini, Perdana Menteri turut menjelaskan maksud kerajaan berkesan yang ingin dilihat oleh beliau berlaku iaitu berkesan pada peringkat makro (keseluruhan) dan berkesan dari segi memenuhi jangkaan dan harapan rakyat.

''Ini kerana dari sudut makro penting kerana kalau (kerajaan) tidak diuruskan dengan baik dan tepat, maka sesebuah negara boleh terjerumus dalam lembah yang tidak menentu dengan pelbagai masalah dalaman seperti rusuhan.

''Perkara ini (rusuhan) tidak terbatas di negara membangun tetapi juga berlaku di negara-negara Kesatuan Eropah (EU) yang tidak sepatutnya terjadi seperti di Greece yang dibebani masalah hutang," katanya.

Kata beliau: ''Apabila kerajaan tidak diuruskan dengan baik, maka yang sengsara adalah rakyat dan pekerja.

''Sebab itu soal dalam menghasilkan kerajaan yang berkesan ini menjadi tanggungjawab bersama dan Alhamdulillah, berkat kerjasama bekerja sebagai satu pasukan, pertumbuhan ekonomi dalam suku pertama tahun ini melonjak kepada 10.1 peratus."

Menurut Perdana Menteri, pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) itu bukan kerana dasar fiskal, kewangan dan usaha kerajaan semata-mata tetapi juga disebabkan bantuan serta komitmen para penjawat awam.

0 Penjawat awam bergaji rendah mendapat perhatian PM. Kumpulan sasaran ini pula sedang fikirkan angkasanya

Tekad naikkan gaji pekerja

Oleh ZULKIFLI JALIL dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 14 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak sampai hati melihat gaji penjawat awam rendah dan yakin kerajaan diketuainya mampu meningkatkan pendapatan per kapita negara dari AS$7,000 (RM22,400) kepada AS$15,000 (RM48,000) dalam tempoh 10 tahun ini.

Tegas Perdana Menteri, meskipun amat mencabar, usaha merealitinya boleh dicapai.

Kata beliau, tekad untuk meningkatkan pendapatan negara itu akan turut melibatkan para penjawat awam yang memperoleh gaji minimum sekitar RM1,024.

''Saya tidak suka melihat penjawat awam bergaji rendah.

''Apabila saya dengar baru-baru ini pekerja pos dapat gaji di bawah garis kemiskinan, saya minta ia dikaji semula, naikkan dan insya-Allah, gaji mereka akan naik Julai ini dengan 15,000 orang dapat gaji baru," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Penjawat Awam 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman.

Omar baru-baru ini berkata, CUEPACS mahu kerajaan melakukan semakan semula gaji kakitangan awam, bukannya membuat penyelarasan gaji.

Menurutnya, CUEPACS tidak menuntut penyelarasan gaji sebaliknya mahu semakan gaji kakitangan awam membabitkan kenaikan antara 20 dan 40 peratus kepada 1.2 juta kakitangan awam di seluruh negara.

CUEPACS, kata beliau, akan menolak sebarang cadangan untuk membuat penyelarasan gaji kakitangan awam sebanyak 10 peratus kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah 400,000 kakitangan yang menerima gaji terlalu rendah iaitu antara RM480 dan RM690 sebulan.

Perdana Menteri berkata, konsep negara perlu berteraskan kepada modal insan jika mahu menjurus kepada ekonomi inovatif dan berpengetahuan.

''Kalau nak membangun, rakyat yang berpengetahuan tinggi mesti diberi gaji yang setimpal, ini termasuk penjawat-penjawat awam.

''Dengan ini akan berlaku anjakan di mana kita iktiraf dari segi kemampuan ilmu, kemahiran dan kebolehan supaya apa yang kita beri dari segi gaji dan kemudahan sama ada dalam sektor awam atau swasta biarlah setanding dengan negara-negara maju yang lain," katanya.

Kata beliau: ''Dalam aspek ini, kita akan lakukan dengan tingkatkan produktiviti. Produktiviti ini penting sejajar dengan semangat yang diberikan penjawat awam."

Friday, May 14, 2010

0 Peristiwa hitam 13 Mei dalam kenangan. Apakah ia salah faham atau kesalahan pemimpin atau kesalahan pelampau?




Memori suram 13 Mei

Wartawan Malaysiakini | May 13, 10 7:26pm
Ianya bermula apabila keputusan pilihan raya pada 10 Mei 1969 diumumkan pada hari berikutnya.

Buat pertama kalinya sejak kemerderkaan, Perikatan hilang penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen dan tumbang di Kelantan dan Pulau Pinang.

Dewan undangan negeri Selangor dan Perak pula digantung kerana tiada parti yang mencapai kemenangan majoriti.

Bagaimanapun, di Selangor, Perikatan kemudiannya dapat menguasai negeri itu selepas mendapat sokongan calon Bebas tunggal.

Untuk merayakan kemenangan itu, pembangkang telah mengadakan perarakan kemenangan pada 12 Mei dengan kebenaran pihak polis.

Penyokong India dan Cina parti Gerakan yang merupakan parti pembangkang ketika itu, turut menyertai perarakan tersebut yang diketuai oleh ikon Gerakan Dr Tan Chee Khoon dari klinik dan pejabat politiknya, Tan Dispensary, yang terletak di Jalan Batu (sekarang dikenali sebagai Jalan Tunku Abdul Rahman).


Dalam memoirnya 'May 13 Before and After' Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman berkata perarakan untuk 1,000 anggota parti itu telah bertukar menjadi perarakan samseng.

Beliau menulis bahawa kegilaan ekoran kemenangan itu mencapai kemuncaknya dan orang ramai tidak dapat dikawal lagi.

Menurut Tunku lagi pihak komunis mengambil kesempatan dengan membakar emosi mereka.



Perarakan itu kemudian berubah haluan menuju ke Jalan Campbell (sekarang Jalan Dang Wangi) dan Jalan Hale (sekarang Jalan Raja Abdullah) menuju ke kampung majoriti orang Melayu - Kampung Melayu - dan melalui kediaman Menteri Besar ketika itu, Datuk Harun Idris.

Menurut seorang saksi yang berusia 18 tahun ketika itu, mereka berarak sambil membawa penyapu, cuba mengatakan bahawa bangsa Melayu akan disapu. Katanya, mereka membawa penyapu untuk menyapu Datuk Harun dari rumahnya itu.

Dalam keghairan untuk menunjukkan siapakah yang berkuasa, mereka melaungkan kata-kata menghina orang Melayu di kawasan itu sambil memperlihatkan pelakuan yang kurang ajar. Pada saat itulah ia membangkitkan kemarahan orang Melayu, katanya.

Demonstrasi itu kemudiannya reda, tetapi ia tidak berakhir di situ apabila orang Melayu pula merancang untuk mengadakan perhimpunan pada hari berikutnya.

Rumah menteri besar yang kini merupakan tapak pembinaan kondominium, dijadikan pusat operasi untuk menganjurkan perhimpunan tersebut.

Menurut para saksi, orang Melayu dari beberapa kubu kuat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, telah berhimpun di rumah Datuk Harun dengan bersenjata seperti batang kayu dan parang.

Berita dilaporkan bahawa orang Cina telah menyerang dua orang Melayu di Setapak. Dan pertumpahan darah bermula kira-kira jam 6 petang.

0 Bagaimana Perang Dunia boleh terjadi? Kumpulan pelampau adalah salah satu penyebabnya. Hargailah keamanan. Jadikan dunia ini selamat untuk diduduki

Kumpulan pelampau mampu cetus WW III


Syed Hamid Albar menerima cenderamata daripada Mustafa Latif selepas menyampaikan ucaptama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. - bernama



KUALA LUMPUR 13 Mei - Kewujudan kumpulan pelampau seperti al-Qaeda, pro-Nazi dan pelampau perkauman yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh mencetuskan Perang Dunia Ketiga (WW III) pada masa depan.

Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar memberitahu, WW III tidak mustahil berlaku kerana pelakunya adalah kumpulan pelampau yang melancarkan peperangan dan mereka tidak terikat dengan sempadan serta mampu membawa kehancuran di mana-mana sahaja.

''Kumpulan ini mengguna pakai teknologi canggih dalam menyampaikan mesej kebencian serta konflik tetapi senjata yang diguna mungkin tidak secanggih yang dimiliki oleh angkatan tentera namun kemusnahan yang akan berlaku amat menakutkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucap utama pada Persidangan Antarabangsa mengenai Perang Dunia Kedua (WW II) dan Bangkitnya Multilateral anjuran World Futures International Sdn. Bhd. (Worldfuture) di sini hari ini.

Turut hadir, penganjur Persidangan Antarabangsa Perang Dunia II dan Kebangkitan Multileteralism, Mustafa Latif.

Persidangan sehari itu membabitkan pembentangan 13 kertas kerja pejuang-pejuang antipeperangan dari Amerika Syarikat (AS), Belanda, Turki, Filipina, Indonesia dan Malaysia serta dihadiri kira-kira 200 orang peserta yang menentang peperangan.

Antara pembentang kertas kerja ialah Profesor Dr. Hasan Yahya dari AS; Profesor Albert Jansen dari Belanda dan bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Mohammad Hashim Ali.

Syed Hamid memberitahu, keadaan itu telah berlaku ketika ini antara AS dengan kumpulan al-Qaeda apabila mereka memburu kumpulan tersebut hingga ke Pakistan serta Afghanistan dan negara-negara di Asia Barat.

''Ini boleh menjadi satu permulaan kepada berlakunya peperangan yang lebih besar di kalangan kuasa besar dengan kumpulan-kumpulan itu," katanya.

Syed Hamid menegaskan, peperangan antara negara juga dijangka berlaku seperti peperangan di negara-negara Balkan yang membabitkan etnik berlainan di dalam sebuah negara yang sama atau negara jiran.

Tegasnya, seluruh dunia tidak menyangka apabila berlaku peperangan di negara-negara Balkan yang menyaksikan pembunuhan ramai penduduk Islam.

''Langkah utama untuk mengelakkan peperangan di dunia ialah dengan mewujudkan lebih banyak kumpulan serantau seperti ASEAN dan pelbagai lagi kerana ia akan mewujudkan kerjasama serta dapat menyelesaikan masalah melalui hubungan baik antara kedua-dua negara.

''Saya percaya kumpulan serantau ini merupakan forum terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang wujud antara negara-negara berjiran," tegasnya.

Beliau memberitahu, dunia juga kini mempunyai mekanisme yang sesuai untuk menghalang peperangan daripada berlaku iaitu menggunakan media sama ada media perdana atau alternatif.

Katanya, mekanisme itu perlu digunakan untuk mendidik penduduk dunia mengenai budaya keamanan, persefahaman dan tolak ansur serta budaya sesebuah masyarakat.

Mengenai WW II, Syed Hamid menegaskan, dunia tidak pernah belajar daripada kemusnahan dan penderitaan akibat perang tersebut yang telah membunuh kira-kira 60 juta orang termasuk 40 juta orang awam.

Katanya, peperangan tidak boleh digunakan sebagai alat untuk menyelesaikan sebarang perbezaan dan konflik serta tidak akan muncul pemenang ataupun mangsa kerana ia tetap merugikan kedua-dua pihak.

''Hari ini kita masih menyaksikan pencerobohan kedaulatan, pelanggaran hak asasi manusia," katanya.

Tambah beliau, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditubuhkan sebagai alat untuk menghalang berlakunya peperangan, tidak mencapai maksud penubuhannya kerana ia gagal menghalang dan bertindak menangani konflik ketenteraan di dalam sesebuah negara dan sesama negara.

0 Sime Darby rugi RM1.63b? Banyaknya duit Sime Darby yer? Mari ambil pengajaran

Tindakan Sime Darby selaras prinsip urus tadbir
PUTRAJAYA 13 Mei - Langkah Lembaga Pengarah Sime Darby Bhd. (Sime Darby) mengarahkan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid bercuti ekoran kerugian besar yang dialami konglomerat itu adalah selaras dengan prinsip urus tadbir yang baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semua syarikat milik kerajaan (GLC) bertanggungjawab atas prestasi masing-masing dengan kerajaan sendiri telah menggariskan prinsip urus niaga tertentu.

''Peranan lembaga pengarah dan pengurusan amat jelas dan apa jua tindakan yang dibuat oleh Sime Darby ini mencerminkan bahawa mereka perlu membuat keputusan yang tegas, muktamad serta telus.

''Kita tidak ada hasrat untuk menutup kerugian serta kelemahan yang berlaku. Ini bertentangan dengan prinsip urus niaga yang baik," katanya.

Perdana Menteri menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengumumkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bagi suku pertama 2010 yang mencatat 10.1 peratus di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Sime Darby mengarahkan Ahmad Zubir yang kontraknya dijangka berakhir 26 November ini, untuk bercuti setelah konglomerat itu mencatatkan kerugian lebih RM1.63 bilion ekoran lebih kos dalam beberapa projek di bawah Bahagian Tenaga dan Utilitinya.

Serentak itu, mesyuarat Lembaga Pengarah Sime Darby yang bermesyuarat hampir 12 jam semalam memutuskan untuk melantik Datuk Azhar Abdul Hamid sebagai pemangku Presiden dan Ketua Eksekutif syarikat itu.

Disebabkan perkembangan itu, Pengerusi Sime Darby, Tun Musa Hitam hari ini berkata, Sime Darby dijangka merekodkan kerugian RM964 juta bagi prestasi kewangan separuh kedua 2010 untuk projek hidroelektrik Bakun (RM450 juta), MOQ (RM159 juta) dan pembinaan kapal bagi projek MOQ (RM155 juta).

Sebelum ini, Sime Darby dilaporkan telah mewujudkan Jawatankuasa Petugas Khas untuk menyiasat Bahagian Tenaga dan Utilitinya.

Kerugian membabitkan projek Bulhanine dan Maydan Mahzam dengan Qatar Petroleum (QP), Projek Maersk Oil Qatar (MOQ), pembinaan kapal bagi kegunaan projek MOQ dan projek empangan hidroelektrik di Bakun.

Projek QP yang dianugerahkan pada April 2006 yang sepatutnya siap pada Ogos 2008 telah tertangguh dan lebihan kos sehingga mengakibatkan kerugian RM500 juta.

Bagi projek MOQ yang diperoleh pada Januari 2007 dan sepatutnya siap pada Oktober tahun lalu juga mengalami lebihan kos dan mencatatkan kerugian sebanyak RM525 juta bagi tahun kewangan 2010.

Projek marin pembinaan dua bot tunda dan kapal untuk kegunaan projek MOQ juga masih gagal disiapkan dan projek itu dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM155 juta.

Dari lebihan kos bagi MOQ sebanyak RM525 juta pada tahun kewangan 2010, RM367 juta telah dikenal pasti pada separuh pertama.

Projek Bakun pula yang dijadualkan siap pada September 2007 tetapi terpaksa dilanjutkan juga, dianggarkan memerlukan kos tambahan sebanyak RM450 juta.

Thursday, May 13, 2010

0 Kemelesetan ekonomi, percaturan politik parti pemerintah, pengurangan bajet jabatan kerajaan dan janji pilihan raya. Rakyat mahu laporan

BN habis belanjakan wang rakyat
Gundam Seed | Apr 24, 10 8:56am
Assalamualakum dan salam sejahtera.

Saya adalah seorang rakyat biasa yang menjadi pemerhati gelagat politik di tanah air khususnya pada pilihan raya yang akan berlansung di Hulu Selangor.

Sebagai seorang penjawat awam yang menjaga aset kerajaan, saya serba sedikit tahu yang kerajaan tidak mempunyai dana yang banyak untuk mentadbir negara.

Ia bermula pada awal tahun ini apabila kerajaan mengumumkan peruntukan untuk setiap kementerian akan dipotong sebanyak 20-50 peratus.

Tergerak di hati saya untuk menyatakan rasa kecewa apabila kerajaan Barisan Nasional mengumumkan dan menjanjikan pelbagai peruntukan yang akan diberikan untuk rakyat di Hulu Selangor yang mungkin dah mencecah bilion ringgit. Walhal negeri-negeri lain dan juga kawasan-kawasan lain juga memerlukan peruntukan secara adil dan saksama.

Oleh itu, saya mohon pihak Malaysiakini menyenaraikan berapa banyak jumlah peruntukan yang telah pihak kerajaan BN bazirkan semata-mata untuk menang pada pilihanraya ini dan sebarkan agar rakyat tahu bagaimana duit mereka dibazirkan dan hak mereka diketepikan.

0 Peristiwa 13 Mei, tentu ramai kita tidak mengetahuinya dan tidak pernah ingin tahu? Malaysia Kini ada butirannya. Terima Kasih atas artikel ini

Selamat tinggal memori gelap 13 Mei

Wartawan Malaysiakini | May 12, 10 8:14pm

Lebih empat dekad peristiwa berdarah 13 Mei 1969 berlalu. Sejak sekian lama, rakyat Malaysia dihantui oleh memori ngeri tragedi hitam tersebut.


Esok genap 41 tahun berlakunya keganasan dan rusuhan kaum di di ibu negara Kuala Lumpur. Dan, mereka yang ditemui Malaysiakini, sepakat bahawa sudah tiba masanya untuk mereka melangkah meninggalkan memori hitam itu.



Ahli-ahli politik dari semasa ke semasa menggunakan taktik menakut-nakutkan rakyat dengan menyatakan bahawa ancaman rusuhan kaum boleh berulang dan seterusnya menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara.

Dari sudut lain pula, ia juga membawa kepada langkah memperkukuhkan lagi undang-undang seperti Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Peristiwa itu juga melahirkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1971 - yang dianggap sebagai jalan penyelesaian kepada masalah ketegangan kaum akibat pengagihan kekayaan negara yang tidak saksama, khususnya antara Melayu dan Cina.

Seorang saksi kejadian yang menyaksikan peristiwa berdarah itu ketika berumur 18 tahun memberitahu Malaysiakini, bahawa keadaan sudah berubah dan hubungan antara semua kaum juga kini semakin baik.

"Pembangkang pun sudah bergabung dan hubungan kaum telah menjadi lebih erat," kata seorang peniaga di Kampung Baru yang berusia 59 tahun.


Dengan mengambil contoh Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, peniaga itu berkata, mursyidul am PAS dan tokok agama itu, kini boleh "makan-makan" dengan orang Cina daripada DAP.

Katanya, contoh yang ditunjukkan oleh menteri besar Kelantan itu memberi kesan kepada masyarakat, di samping menunjukkan bahawa sikap perkauman sudah berlalu.

Satu lagi faktor mengapa tragedi 13 Mei tidak akan berulang lagi ialah kerana kini kebanyakan generasi muda tidak mengetahui mengenai peristiwa tersebut, tambahnya.

"Jika tahu pun mereka tidak berasa apa-apa kerana kurangnya semangat patriotik dan nasionalisme dalam diri mereka. Mereka hanya cuma mahu bekerja, mencari duit dan kemewahan kerana mereka tidak berada semasa kejadian itu dan tidak merasainya.

Sementara itu, seorang pekerja kedai alat ganti yang hanya mahu dikenali sebagai Teoh berkata, beliau masih ingat peristiwa 40 tahun lalu yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur.


Teoh, 67, berkata masih segar dalam ingatannya kereta yang lalu-lalang mundar-mandir ketika ketegangan kes tersebut.

"Ia sudah jadi sejarah. Semua ini sudah berubah sekarang," katanya.

Manakala seorang pelajar sekolah 17 tahun yang belum lahir ketika insiden tersebut berlaku, pula dilihat kesal dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu.

Menurut Mohd Hafizin, perbalahan kaum pada masa ini walaupun masih ada, ia tidak menonjol.

Namun begitu, tambahnya, jika dilihat pada kesan peristiwa 13 Mei, isu tersebut tidak relevan lagi dibangkitkan semupa pada pada zaman kini.

"Peristiwa ini tidak akan berlaku lagi kerana walaupun orang ramai tidak gembira (dengan sesuatu dasar), mereka tidak akan bertindak ganas lagi," katanya.


Artikel yang berkaitan:



Perhimpunan 'Melayu Bangkit' ditangguh
Regina Lee | May 12, 10 4:04pm
Perhimpunan 'Melayu Bangkit' bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadual berlangsung di di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu esok sempena ulang tahun peristiwa berdarah 13 Mei 1969, telah ditangguhkan.

Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK), Razali Idris berkata penganjur bersamanya, Institut Integriti Terengganu telah meminta supaya perhimpunan itu ditangguhkan selepas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Ramai yang belum faham objektif sebenar kami. Kami tidak mahu isu ini dipolitikkan oleh mereka yang tidak tahu," katanya ketika dihubungi.

Perhimpunan itu diadakan dalam usaha untuk "memotivasikan" masyarakat Melayu serta bagi memperingati ulangtahun ke-41 peristiwa berdarah 13 Mei.

Mengikut perancangan awalnya, kira-kira 10,000 akan berhimpun di stadium tertutup Gong Badak di Kuala Terengganu esok.

Berita Harian Online memetik pengarah Jabatan Integriti Terengganu, Arpin Draman, berkata program bersama bekas perdana menteri itu terpaksa ditangguhkan berikutan bantahan beberapa pihak yang tidak mahu ia diadakan pada 13 Mei.

"Kita sepatutnya mengadakan raptai jam 3 petang ini tetapi terpaksa membatalkan semuanya," katanya.

Dr M lapang pada 13 Mei

Sebenarnya, inisiatif Jabatan Integriti mengadakan program ini dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) timbul selepas melihat ramai golongan muda Melayu terbabit dengan kes jenayah dan salah laku sosial serta moral.

“Program bertujuan membangkitkan kesedaran di kalangan generasi muda Melayu mengenai peranan mereka dalam menentukan hala tuju negara pada masa depan ditangguhkan selepas kita menerima nasihat Perdana Menteri yang disampaikan wakil Menteri Besar, Datuk Ahmad Said kira-kira jam 2 petang,” katanya pada sidang media petang ini.

Sebelum ini, MCA dan PAS membantah pemilihan tarikh 13 Mei iaitu ulang tahun peristiwa berdarah sebagai hari perhimpunan Program Melayu Bangkit dan menyifatkan tindakan itu boleh menjejaskan hubungan perpaduan antara kaum di negara ini.

Mengulas lanjut, Arpin berkata, tarikh 13 Mei yang dipilih pihaknya tidak langsung berkaitan dengan peristiwa berdarah seperti didakwa beberapa pihak, sebaliknya ia diputuskan selepas Dr Mahathir tidak mempunyai kelapangan pada tarikh awal yang dijadualkan iaitu 11 Mei.

"Tarikh 13 Mei tidak ada makna apa-apa bagi penganjuran program ini. Tarikh asal dicadangkan ialah 11 Mei, tetapi Dr Mahathir tidak lapang pada hari itu, begitu juga dengan Menteri Besar menyebabkan kita ubah kepada 13 Mei.

Bagaimanapun, saya harap isu ini tidak diperbesarkan kerana pihak yang membuat provokasi tidak tahu pengisian sebenar program ini," katanya.

0 32, 000 kes kanser baru? Bukan murah kos rawatan kanser, belum masuk kos sampingan. Itulah sebabbya ramai mengalah sebelum berjuang. Apa ikhtiar kita?

32,000 pesakit baru kanser dijangka tahun ini, kata Liow
12th May, 2010
KANGAR: Sebanyak 32,000 kes baru kanser dijangka dikesan tahun ini dan ia merupakan antara 10 punca utama penduduk negara ini dimasukkan ke hospital kerajaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata walaupun kanser bukan penyakit berjangkit, namun jumlahnya terus bertambah.

Berucap pada program Perlis Sihat Sejahtera bertemakan “Kenali Kanser” di sini hari ini, beliau berkata lima jenis kanser paling utama bagi lelaki di negara ini ialah kanser usus besar, paru-paru, nasofrinks, prostat dan hati manakala bagi pesakit wanita ia membabitkan kanser payu dara, usus besar, serviks, ovari dan tiroid.

Bagi pesakit kanak-kanak, kanser yang sering menyerang ialah leukemia, kanser otak dan tulang.

Liow berkata diagnosis awal kanser penting kerana ia mempengaruhi keberkesanan rawatan.

“Jika dikesan awal, peluang untuk pesakit kanser pulih adalah lebih tinggi,” katanya.

Liow berkata Kementerian Kesihatan akan meneruskan promosi kesedaran dan pendidikan supaya masyarakat dapat mengambil langkah pencegahannya melalui amalan gaya hidup sihat.

Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Abdul Rashid ketika merasmikan program itu, berharap rakyat dapat menjaga kesihatan diri dan keluarga masing-masing kerana kos merawat adalah tinggi berbanding kos menjaga kesihatan.

0 Ibu muda di PLKN. Ambil pengajaran ini wahai warga Keningau

PELATIH PLKN OVAI LAHIRKAN ANAK DI TANDAS


DUA orang jururawat memberi rawatan kepada bayi Kem Ovai di Hospital Daerah Papar.


12th May, 2010

PAPAR: Seorang pelatih wanita Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mela- hirkan bayi di Kem PLKN Ovai, Papar, awal pagi kelmarin.

Pelatih berusia 18 tahun dan berasal dari Keningau itu telah melahirkan bayi lelaki seberat 2.63kg di dalam tandas kem itu kira-kira jam 2.30 pagi.

Lima orang rakannya yang masuk ke tandas terkejut apabila melihat bayi itu di atas lantai tandas berlumuran darah bersama ibunya.

Rakan-rakan pelatih itu kemudian memberi pertolongan kepada ibu dan bayi itu yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Papar dan dalam keadaan baik.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah pergi ke Kem Ovai untuk menjalankan siasatan setelah dimaklumkan tentang kejadian pada jam 5 pagi.

Pelatih itu merupakan salah seorang pelatih PLKN Kumpulan 2, Siri 7, 2010, yang dihantar menjalani latihan di kem itu bermula 27 Mac tahun ini dan akan menamatkan latihan pada 12 Jun.

Siasatan mendapati pelatih berkenaan telah mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya sebelum menyertai program di kem itu.

Ketua Polis Daerah (KPD) DSP Nik Zaidi Nik Zakaria yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi oleh New Sabah Times kelmarin, berkata, pelatih itu memberitahu polis dia mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya juga berasal dari Keningau atas kerelaannya sendiri.

Nik Zaidi berkata polis akan menghu- bungi teman lelaki pelatih itu untuk hadir ke IPD Papar bagi tujuan membantu siasatan.

Berikutan kejadian itu, Nik Zaidi mencadangkan agensi yang terlibat dengan pengambilan pelatih PLKN supaya menjalankan ujian air kencing ke atas semua calon wanita yang dipanggil untuk menyertai PLKN dan memastikan mereka (pelatih wanita) tidak hamil.

Beliau berkata ujian sedemikian perlu bagi menghalang kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Semua pelatih akan menjalani pelbagai latihan termasuk beberapa latihan lasak dan latihan menembak, kemungkinan pelatih yang tidak diketahui hamil semasa mengikuti latihan ini akan mengalami kecederaan serius dan memudaratkan nyawa bayi dalam kandungannya,” kata Nik Zaidi.

Menjawab soalan, Nik Zaidi berkata setakat ini polis belum ada cadangan mengambil tindakan ke atas pelatih tersebut memandangkan dia (pelatih) tidak ada niat mahu mencederakan atau membuang bayinya.

Monday, May 10, 2010

0 Gaji, kerja dan hutang. Kehidupan makin mencabar. Sesuatu perlu dilakukan untuk menanganinya

Lelaki muda boros
KUALA LUMPUR 9 Mei – Wanita sering dikaitkan dengan hobi ‘membuang duit’ iaitu membeli-belah, namun hakikatnya lelaki muda merupakan golongan yang paling ramai dibelenggu hutang kerana kegagalan menguruskan kewangan.

Golongan itu mula mengumpul hutang sejak awal bekerja dan apabila berumah tangga, hutang semakin menimbun sehingga gagal dibayar menyebabkan mereka terpaksa mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk keluar daripada masalah itu.

Menurut statistik yang dikeluarkan AKPK, dari 2007 hingga Februari 2010, seramai 25,107 atau 69 peratus daripada 36,547 pelanggan perkhidmatan pengurusan kredit di agensi itu adalah lelaki.

Lelaki berusia 30 hingga 40 tahun merupakan golongan yang paling tinggi iaitu 44.6 peratus atau 16,286 orang mendapatkan khidmat itu bagi melangsaikan hutang masing-masing diikuti 14,622 orang golongan berusia lebih 40 tahun (40 peratus) dan 5,639 orang golongan berusia antara 20 hingga 30 tahun (15.4 peratus).

Golongan yang berkahwin paling ramai mendapatkan khidmat itu iaitu 28,068 orang (76.8 peratus) diikuti bujang seramai 6,260 orang (17.1 peratus) dan bercerai seramai 1,508 orang (4.1 peratus) sementara kematian pasangan seramai 711 orang (dua peratus).

Menurut statistik itu, masing-masing 25 peratus punca golongan tersebut tidak mampu membayar balik pinjaman adalah disebabkan kegagalan merancang kewangan sejak mula bekerja dan perbelanjaan perubatan yang tinggi.

Penyumbang ketiga terbesar pula ialah penggunaan kad kredit di luar kawalan iaitu sebanyak 17 peratus diikuti gagal dalam perniagaan dan hilang pekerjaan iaitu masing-masing 12 peratus.

Faktor lain ialah kematian ketua keluarga (dua peratus) diikuti kegagalan dalam pelaburan (satu peratus) dan lain-lain (enam peratus).

0 Mungkir janji perjanjian kontrak. Hati-hati dengan semua komitmen anda, anda akan dituntut

Kes saman RM546 juta BN diselesaikan di luar mahkamah
10/05/2010 10:58am


KUALA LUMPUR 10 Mei - Kes saman yang difailkan oleh sebuah syarikat pembekal papan iklan, yang menuntut ganti rugi RM546 juta terhadap Barisan Nasional (BN) atas dakwaan parti itu telah menamatkan perjanjian secara salah, hari ini berjaya diselesaikan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Penyelesaian itu direkodkan oleh Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin tanpa kebebasan memfailkan semula tindakan yang sama.

Peguam Datuk Hafarizam Harun yang mewakili BN memberikan bayangan bahawa jumlah penyelesaian tidak melebihi 0.01 peratus daripada jumlah tuntutan ganti rugi dan ia berbentuk ex-gratia.

Bagaimanapun, jumlah sebenar penyelesaian itu tidak dapat diberikan oleh beliau kerana menurutnya, pihak-pihak yang terbabit masih lagi berbincang.

Hafarizam turut melahirkan rasa lega kerana kes terhadap BN terutama yang melibatkan jumlah tuntutan yang begitu besar dapat diselesaikan tanpa penghakiman sebarang liabiliti oleh BN dan plaintif. - Utusan

Sunday, May 09, 2010

0 Orang tempatan memerlukan pekerjaan. Orang asing pun mahu kerja. Jika anda majikan, anda bagaimana?

Majikan perlu utamakan pekerja tempatan: Najib

Oleh Rohaniza Idris dan Mohd Azis Ngah
bminggu@bharian.com.my

2010/05/09



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak meminta semua majikan mementingkan pengambilan pekerja tempatan dan memberi keadilan serta upah yang wajar, bukannya mencari jalan mudah dengan membawa pekerja asing menguasai pasaran kerja di negara ini. Perdana Menteri berkata, majikan sepatutnya mencari jalan bagaimana mahu meningkatkan produktiviti pekerja tempatan. “Adalah tidak wajar pekerja tempatan diabaikan. Jangan salahkan kerajaan jika kita tidak meluluskan tambahan pengimportan pekerja asing. Kita nak lihat bagaimana pekerja tempatan boleh diberi keutamaan dalam pertimbangan majikan mengambil pekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena sambutan Hari Pekerja 2010 anjuran Kementerian Sumber Manusia di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MIECC) di Mines Resort City, Seri Kembangan di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam; Timbalannya, Datuk Maznah Mazlan; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.

Najib dalam amanatnya kepada 8,000 pekerja berkata, Malaysia antara negara yang terbaik dari segi rekod perhubungan perusahaan berbanding kebanyakan negara lain di dunia.
“Pencapaian itu kerana pekerja di negara ini tidak melihat semata-mata dari sudut kepentingan pekerja saja, tetapi mengambil kira dan sentiasa membuat pertimbangan bagaimana dan apa yang dikehendaki dan dituntut oleh mereka itu munasabah, wajar dan mampu disediakan pihak majikan mahupun kerajaan.

“Ia juga berlandaskan prinsip muafakat yang mana wujud pemuafakatan antara pekerja, majikan dan kerajaan. Hubungan tiga penjuru ini menjadi titik pertemuan untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang timbul dengan semua pihak mengutamakan suasana kerja yang lebih positif dan kondusif,” katanya.

Najib berkata, dengan pendekatan pemuafakatan itu, negara akhirnya berjaya melepasi cengkaman krisis ekonomi global yang hebat sedangkan bukan semua negara berada pada landasan pemulihan kukuh seperti yang dilalui Malaysia.

Malah katanya, semalam (kelmarin) bursa saham seluruh dunia terganggu kerana krisis pinjaman yang terlalu tinggi di Greece, iaitu sebuah negara Kesatuan Eropah (EU) yang dikategorikan sebuah negara maju, tetapi mengalami krisis ekonomi dan tidak mampu ditangani mereka sehingga kini.

“Alhamdulillah, negara kita kini pulih daripada krisis berkenaan berkat rancangan dan dasar kerajaan yang tegas serta wujudnya permuafakatan antara pekerja dalam sektor awam dan swasta yang faham kedudukan kerajaan. Tahun lalu ada kita dengar mereka membuat pelbagai tuntutan, tetapi bila kerajaan kata tunggu tahun ini, kerana bukan tahunnya (buat tuntutan), mereka faham. Mereka kata tak apalah kita terima,” katanya.

Najib berkata, jika pemulihan ekonomi semakin rancak, beliau sebagai ketua kerajaan mengamalkan sikap bahawa pekerja patut mendapat upah, gaji dan imbuhan yang lebih tinggi.

0 Sorry PDRM silap sapu? Rupanya berperikemanusiaan juga mereka, tapi?



Penjenayah silap 'sapu'

Oleh Hardi Effendi Yaacob
hardi@bharian.com.my

2010/05/09


ANGGOTA polis memeriksa kenderaan rasmi Khalid yang ditemui semula di tepi jalan di Prima Damansara menghala Sungai Buloh, semalam.Kenderaan rasmi Khalid ‘dipulang’ selepas dua hari

PETALING JAYA: “Sorry PDRM... silap sapu,” demikian nota ringkas ditinggalkan penjenayah dalam kenderaan rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang ditemui semula pagi semalam selepas dilaporkan dicuri di Seksyen 9, Shah Alam dua hari lalu. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi, berkata Proton Perdana V6 berwarna hitam itu ditemui kira-kira jam 8.45 pagi semalam di tepi jalan di Prima Damansara menghala ke Sungai Buloh. “Ia ditemui anggota peronda (MPV) dari Balai Polis Damansara ketika melakukan rondaan rutin di taman perumahan itu yang turut ditugaskan mengesan kereta berkenaan sejak dilaporkan hilang di Shah Alam, Khamis lalu.

“Difahamkan, kereta itu ditemui dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan atau ada komponennya hilang. Malah, tiada pengubahsuaian dilakukan pada nombor pendaftarannya seperti yang biasa berlaku pada kereta curi,” katanya.

Bagaimanapun, agak melucukan apabila anggota peronda terbabit menemui sekeping nota ditinggalkan penjenayah yang memohon maaf kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tersilap mencuri kereta rasmi pihak berkuasa berkenaan.

Katanya, kereta itu dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk siasatan lanjut, termasuk ujian forensik bagi mengenalpasti jumlah sebenar suspek terbabit dalam kes berkenaan serta identiti mereka.
“Siasatan masih berjalan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor atau mana-mana bahagian komponen, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan antara satu hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Kereta Khalid dilaporkan hilang kira-kira jam 9 pagi, Khamis lalu ketika pemandunya yang dalam perjalanan menghantar dokumen dari IPK Selangor ke Ampang, berhenti bersarapan di sebuah restoran di Jalan Tengku Ampuan Zabedah, Shah Alam.

Dalam tempoh tidak sampai 24 jam, sebuah lagi kereta model sama milik peribadi Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay dilaporkan dicuri di hadapan rumah pembantunya di Taman Kepong, pagi kelmarin.

Difahamkan, kenderaan terbabit dilarikan bersama lambang dan pelekat `Ahli Dewan Negara – Parlimen Malaysia’ yang dikhuatiri disalahgunakan, termasuk dijual kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan tidak baik.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, ketika dihubungi memaklumkan kenderaan terbabit yang didaftarkan atas nama abang tokoh politik itu belum ditemui sehingga semalam.

“Semua pegawai dan anggota dikerah mengesan kenderaan itu, termasuk penjenayah yang melarikannya secepat mungkin melalui sekatan jalan raya di sekitar bandar raya,” katanya.

Saturday, May 08, 2010

0 Miskin tegar, Labuan bebas 100%, Sabah bagaimana? Miskin tegar di kampung-kampung dan miskin tegar di bandar-bandar

Labuan capai sasaran sifar peratus miskin tegar
6th May, 2010
LABUAN: Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, Labuan telahpun mencapai sasaran sifar peratus miskin tegar sepenuhnya.

Katanya, menurut laporan terkini Jawatankuasa Kemiskinan Labuan, kesemua 34 KIR miskin tegar yang direkodkan sejak tahun 2008 telah pun berjaya dikeluarkan daripada garis kemiskinan tegar sejak 15 April lalu.

“Kejayaan itu adalah hasil kerja keras jawatankuasa pelaksana Program Pemutihan Misin Tegar yang membabitkan pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Perangkaan Labuan dan Jawatankuasa Kemiskinan Labuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Bersama Penjawat Awam di Labuan yang diadakan di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan, pada Isnin.

Raja Nong Chik berkata, sejak tahun 2007 Labuan mencatatkan seramai 67 Keluarga Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan jumlah itu berjaya dikecilkan kepada 34 KIR pada tahun 2008.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini Labuan masih lagi mempunyai 229 KIR yang didaftarkan sebagai golongan miskin yang memerlukan perhatian untuk dibantu.

Justeru itu katanya, Jawatankuasa Kemiskinan Labuan bersama agensi yang terlibat perlu terus memainkan peranan untuk membantu golongan tersebut bagi memastikan golongan ini juga dapat dikeluarkan daripada golongan miskin.

Dalam perkembangan yang lain, Raja Nong Chik mahu kakitangan kerajaan termasuk Perbadanan Labuan selaku pihak berkuasa tempatan (PBT), lebih proaktif dalam memainkan peranan konsep 7P yang diperkenalkan oleh beliau sejak memeggang jawatan Menteri Wilayah.

Katanya, konsep 7P yang merangkumi Pembangunan, Perumahan, Penyengeraan, Penjaja, Penguatkuasaan, Pengangkutan dan Prihatin adalah selari dengan gagasan Perdana Menteri yang berlandaskan kepentingan dan kebajikan rakyat.

Hadir sama di majlis itu, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato’ Ahmad Phesal Talip dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan serta kira-kira 1,000 kakitangan penjawat awam daripada pelbagai agensi.

0 Pasangan remaja check in hotel untuk buat maksiat! Marilah bimbang

Jangan benarkan remaja berpasangan tempah bilik penginapan: John

7th May, 2010

KENINGAU: Mantan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah – Datuk John Angian merayu kepada pengusaha rumah penginapan di daerah ini supaya lebih bertanggungjawab, dengan tidak membenarkan sama sekali golongan remaja menginap dengan pasangan.

John berkata, banyak aduan yang diterima mendapati terdapat kes remaja bawah umur menempah bilik penginapan dengan pasangan, dan pengusaha rumah penginapan membenarkan tempahan bilik tersebut.

“Perbuatan ini tidak bertanggungjawab dan saya mahu ia dihentikan dengan serta-merta,” katanya.

John juga mahu supaya pengusaha rumah penginapan melaporkan kepada pihak berkuasa, jika terdapat remaja bawah umur yang didapati berbuat demikian.

Katanya, apa yang beliau cadangkan itu adalah untuk kebaikan semua pihak.

“Keberanian remaja masa kini melebihi batas dan pemantauan serius perlu dilakukan, dan ini adalah tanggungjawab bersama,” jelasnya.

Sepanjang dua tahun kebelakangan ini kes sumbang melibatkan anak-anak remaja didapati tidak terkawal.

Senario ini katanya menimbulkan tanda tanya kerana pada sebelum ini tidak pernah berlaku di daerah ini.

Kes bergaduh, mabuk dan mengunjungi pusat-pusat hiburan melibatkan golongan itu turut dilaporkan meningkat.

Mantan Timbalan Spekar itu menambah, ibu bapa zaman ini terpaksa bekerja keras untuk memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dalam gejala sosial yang boleh meruntuhkan moral dan masa depan mereka.

Sungguhpun demikian katanya, ibu bapa tidak seharusnya dipersalahkan berhubung dengan keciciran moral di kalangan anak remaja hari ini, memandangkan banyak pengaruh berkesan yang terbit pada era globalisasi ini.

“Era digital telah meracuni dan menghancurkan masa depan remaja kita hari ini,” tegasnya.

John menarik perhatian kepada ibu bapa di daerah ini, supaya lebih tegas dan praktikal ketika mendidik anak-anak mereka.

Tuesday, May 04, 2010

0 Facebook bukan mainan. Anda diperhatikan dalam tudung saji. Anda umpama semut di tudung saji yang bertutup. Bukannya besar?

http://beritasemasa.com/mohd-safuan-hilmi-nak-bunuh-nik-aziz-nik-mat#more-4839


Ambil iktibar.

0 Air Asia vs MAS? Pertindihan laluan. Jika bisnes ini lebih murah, mungkin byk tauke berani buat bisnes. Seperti halnya Telekom, Celcom, Digi & Maxis

Kadar laluan bertindih hanya 30 hingga 40 peratus - AirAsia
SEPANG 3 Mei - Pengendali penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. (AirAsia) menafikan kenyataan Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) bahawa kadar pertindihan laluan MAS dan AirAsia X mencecah 90 peratus.

Sambil menyatakannya sebagai kurang tepat, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Tony Fernandes menambah, kadar pertindihan itu adalah kurang daripada jumlah yang didakwa.

Beliau menambah, AirAsiaX, syarikat tambang murah jarak jauh yang mana kepentingannya juga dipegang oleh AirAsia turut mempunyai laluan eksklusifnya sendiri.

Fernandes berkata, setakat ini kadar pertindihan adalah kira-kira 30 hingga 40 peratus sahaja.

''Kadar pertindihan 90 peratus itu tidak betul dan saya ada peta laluannya jika kamu mahu lihat nanti.

''Sebagai contoh, laluan kami ke China iaitu Tianjin tidak sama dengan Beijing seperti yang ditawarkan MAS, kedua-dua destinasi itu adalah berbeza,'' kata beliau pada sidang akhbar mengenai perkembangan Terminal Kekal Penerbangan Tambang Murah (PLCCT) yang diadakan di Ibu Pejabat AirAsia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Tengku Azmil Zahruddin tentang kadar pertindihan laluan yang tinggi berbanding antara Singapore Airlines (SIA) dan syarikat-syarikat di bawahnya Tiger dan SilkAir yang menyaksikan pertindihan hanya 17 peratus sahaja.

Selain itu, Tengku Azmil dalam komentarnya menyarankan supaya kedua-dua pihak bekerjasama untuk kepentingan rakyat Malaysia dan juga negara.

Pada masa yang sama, beliau menyarankan supaya kerajaan merumuskan satu polisi pengangkutan udara yang jelas supaya mampu memberikan pilihan sebenar dan menguntungkan Malaysia dalam jangka panjang.

Beliau mendakwa Suvarnabhumi di Thailand dan Changi di Singapura hebat kerana lapangan terbang asing itu memberikan pelanggan banyak pilihan daripada segi destinasi.

''Lebih kurang 93 syarikat penerbangan beroperasi dari Suvarnabhumi ke lebih 187 bandar raya di 71 negara. Sementara itu, lebih kurang 85 syarikat penerbangan beroperasi keluar dari Changi ke lebih daripada 200 bandar raya di 60 negara,''ujarnya.

Bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pula, lebih kurang 50 syarikat penerbangan beroperasi keluar ke 100 bandar raya di 44 negara.

Tengku Azmil juga menyarankan AirAsia mengelakkan pertindihan laluan dengan terbang ke lebih 34 destinasi baru yang kini belum mempunyai penerbangan terus dari Kuala Lumpur.

''Kesemua destinasi tersebut adalah di dalam lingkungan jarak operasi pesawat A330-300 milik AirAsiaX,'' jelasnya.

Pada masa yang sama, Fernandes enggan mengulas lanjut tentang kenyataan orang kuat MAS itu sebaliknya menyerahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsiaX, Azran Osman-Rani untuk memberikan ulasannya.

''Saya akan pastikan Azran menjawab isu mengenai dakwaan MAS ini seawal-awalnya Rabu ini,'' ujarnya.

0 Kempen budaya membaca tanngungjawab siapa bila orang perlu tengok televisyen sebab ASTRO berbayar?

Internet, televisyen 'musuh' buku - Ungku Aziz
KUALA LUMPUR 3 Mei - Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz menganggap Internet dan televisyen merupakan 'musuh' kepada buku kerana menghakis budaya membaca di kalangan masyarakat seperti yang berlaku di Malaysia ketika ini.

Menurut tokoh akademik itu, penggunaan yang meluas kedua-dua medium itu kini membentuk masyarakat yang bergantung sepenuhnya kepada Internet dan televisyen untuk mendapatkan maklumat sekali gus meminggirkan kandungan sesebuah buku.

"Ia menjadi semakin parah apabila sesuatu pengetahuan itu tiada di Internet, maka ia akan diabaikan begitu sahaja dan sangat merugikan masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi menandatangani autograf buku mengenainya bertajuk The Renaissance Man di kedai buku Kinokuniya (Malaysia) Sdn. Bhd. di Suria KLCC hari ini.

Buku tersebut berkisar tentang pengalaman beliau sepanjang perkhidmatannya di Universiti Malaya (UM).

Kandungan buku itu disumbangkan oleh beberapa penulis antaranya bekas Naib Canselor UM, Datuk Dr. Hashim Yaacob; Prof. Emeritus Datuk Abu Bakar Abd. Hamid; Prof. Emeritus Dr. K. T. Joseph; Prof. Dr. Azizah Hamzah selain Ungku Abdul Aziz sendiri.

Mengulas lanjut, kata Ungku Abdul Aziz, budaya membaca buku di Malaysia agak rendah berbanding negara-negara luar khususnya penduduk di Eropah yang menjadikannya satu amalan.

"Mereka (penduduk Eropah) membaca buku di mana-mana sahaja walaupun masa terluang hanya 15 minit sedangkan negara mereka mempunyai kemudahan Internet yang baik ," katanya.

Tambahnya, masalah kurang membaca buku bukan sahaja berlaku kepada golongan remaja, malah kepada golongan korporat dan golongan berpendidikan tinggi yang suka menghabiskan masa lapang dengan bermain golf atau melayari Internet tanpa henti.

Beliau menolak dakwaan bahawa harga buku yang tinggi menjadi punca masyarakat Malaysia tidak membeli buku.

"Kini sudah ada kemudahan meminjam buku di perpustakaan yang menyediakan pelbagai genre bacaan kepada pembaca, ia bukan masalah,'' jelasnya.

Tambah beliau lagi, dengan membaca buku, seseorang akan mempunyai minda yang terbuka dan berupaya bercakap mengenai pelbagai perkara.

"Ia berbeza dengan mereka yang tidak membaca buku kerana tidak mengetahui banyak perkara," jelasnya.

Beliau turut mengesyorkan penulis tempatan supaya membanyakkan penghasilan buku dengan penulisan yang menarik dan sedikit kontroversi agar menarik minat pembaca.

0 Kebebasan akhbar dikawal parti politik. Orang bijak pandai bijak menilai

Kerajaan perlu beri kebebasan yang cukup kepada akhbar - YDP Dewan Negara

Admin | Monday, May 3, 2010 | 0 comments

PETALING JAYA, 2 Mei: Kerajaan perlu memberikan kebebasan yang cukup kepada akhbar di Malaysia dalam melaksanakan tugasnya, kata Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Namun, kebebasan ini mestilah dipandu oleh Perlembagaan, kata beliau.



"Bagi saya, saya sentiasa berpegang bahawa kebebasan itu mestilah dipandu oleh tanggungjawab. Tanggungjawab terhadap negara dan rakyat dalam memelihara keamanan dan keharmonian.


"Kerajaan harus terbuka dalam membenarkan media melahirkan pendapat mereka, bersikap adil dan munasabah kepada akhbar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum berjudul 'Apakah Perlu Mengawalselia Media Cetak di Malaysia?', di sini Ahad.

Majlis itu dianjurkan oleh Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) sempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pada Isnin.

Sementara itu, seorang anggota panel di forum itu, Zainon Ahmad, editor politik Sun Media Corp Sdn Bhd, berkata sekatan dikenakan kerajaan menerusi undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) tidak harus dilihat sebagai faktor yang menghalang tugas media cetak.

Malahan, kata beliau, pengamal media di Malaysia perlu lebih banyak berusaha untuk menyebarkan maklumat kepada massa.

Beliau menambah, akhbar di Malaysia harus terus memperjuangkan kebebasan melahirkan pendapat.

"Sekalipun wujud kekangan, kita dapat menerbitkan akhbar yang bagus dan saya yakin kita boleh menerbitkan akhbar yang lebih bagus jika kita diberikan kebebasan akhbar lebih luas," katanya.

Seorang lagi anggota panel, Zulkilfi Sulong, ketua editor Harakah Daily, khusus menyebut PPPA sebagai halangan utama kepada kebebasan akhbar di negara ini.

Beliau berkata kerajan hendaklah memberi kepada sesiapa saja yang hendak menerbitkan akhbar hak dan kebebasan untuk berbuat demikian tanpa prejudis. -Bernama

Artikel berkaitan:

Semakin ramai pertikai kerajaan 1Malaysia berkaitan tahap kebebasan akhbar

Admin | Monday, May 3, 2010 | 0 comments

Bekas Pengarang Utusan Melayu yang membantah pengambilalihan Umno terhadap akhbar berkenaan pada era 70-an, Said Zahari menyifatkan kebebasan media di negara ini mati.



Beliau menyifatkan ia petanda jelas kemerosotan amalan demokrasi di Malaysia lantaran kebebasan media adalah antara elemen penting dalam pemerintahan demokrasi berparlimen.


Said Zahari mentakrif kebebasan media sebagai keupayaaan sesebuah media menyampai maklumat atau suara masyarakat tanpa kawalan atau pengaruh pihak tertentu secara langsung mahupun tidak langsung.

Namun, Said Zahari berpendapat kebebasan media sudah tidak ada lagi di Malaysia malah kesal kerana media tempatan kini dikongkong parti politik mahupun kerajaan pemerintah.

Hal ini menyebabkan media tidak lagi mampu menyalur malumat yang tepat dan benar kepada rakyat.

"Kebebasan media tidak ada di Malaysia. Sudah mati. Apabila suratkhabar dipunyai parti politik dan dikuasai orang yang berkaitan dengan pemerintah, maka kebebasan tiada. Mereka tidak boleh tulis sesuka hati, kena ikut arahan majikan," katanya.

Said Zahari menyalahkan pelbagai akta berkaitan media di malaysia yang digubal bagi membatas kebebasan media hingga akhirnya pengarang lebih selesa mematuhi telunjuk pimpinan kerajaaan pemerintah.

"Sekarang banyak akta yang mengongkong percetakan, buku. Yang zaman saya tak ada. Bila ada akta ini, ia mengongkong pengamal media kerana tidak boleh menulis ikut keperluan.

"Tapi ikut dasar kerajaan atau tuan punya suratkhabar itu, yang terdiri daripada ahli politik bermakna tak ada kebebasan yang tulen," katanya. -TVS


WarkahDaily - Semua orang duk meluat dengan penyekatan kerajaan BN terhadap kebebasan akhbar.

Bukan sebarangan orang yang duk pinta kerajaan kena kaji balik pasal kebebasan akhbar di negara ini. antaranya speaker senat, CIJ dan bekas pengarang utusan. Mereka ini melihat, keterbukaan dan kebebasan akhbar di negara kita masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

Sekat sana-sini, dengan niat supaya rakyat tidak tahu perkara sebenar apa yang dilakukan kerajaan BN terhadap hasil mahsyul negara, kemana perginya kekayaan negara dan siapa pemimpin kerajaan yang asyik merasuah.