.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Sunday, January 17, 2010

0 Rupanya bidang hiburan dan tv ada lubuk emas?

Sumber: HM:

Cowell bakal bergelar bilionair

LONDON: Pencetus idea pelbagai siri realiti hiburan, Simon Cowell dilapor bakal menandatangani perjanjian bernilai satu bilion dollar dengan Sony BMG yang akan mengembalikan semula haknya terhadap rancangan X Factor dan Britain’s Got Talent.


COWELL bersama juri X Factor Britain, Dannii Minogue (kiri) dan Cheryl Cole. Antara syarat ditetapkannya, Cowell bakal menguasai semula siri hit itu yang dijual ke seluruh dunia selepas menjual hak penyiaran kepada Sony pada 2005.


Kontrak baru ini turut menyaksikan syarikat miliknya, Syco yang sebelum ini bernaung di bawah Sony diuruskannya sendiri.


Perkembangan itu bakal memberinya pendapatan lebih lumayan hasil penjualan hak penyiaran rancangan itu kepada negara seluruh dunia selain hak menerbitkan album setiap pemenang.


Tahun lalu, Cowell dilapor memiliki kekayaan bernilai £120 juta (RM651 juta) tapi sumber menegaskan perkembangan terbaru itu bakal menjadikannya bilionair.




“Beliau bakal berada dalam kelompok hartawan elit dunia,” katanya.


Berita terbaru itu diterima selepas Cowell berhenti daripada American Idol, rancangan yang menjadikannya selebriti di Amerika Syarikat dan mengumumkan rancangannya untuk melancarkan X Factor di negara itu pada tahun depan.


Pengumuman itu dibuat ketika beliau ditawar AS$100 juta (RM334 juta) oleh Fox TV untuk kekal bersama American Idol dan melupakan hasrat memperkenal X Factor.


Yang pasti Cowell dan syarikatnya bakal untung besar daripada rancangan realiti yang akan diperkenalkannya. “Keuntungan tinggi bakal diperoleh Cowell daripada siri realiti itu. Apapun, kehadiran Cowell adalah kunci kepada segala kejayaan yang bakal dikecapinya,” ulas sumber televisyen. - Agensi

0 Kalau anda ada RM1juta??? Bagaimana anda belanjakannya?

Sumber: HM:

Menang loteri £26.1j

LONDON:
Seorang pemilik tiket loteri EuroMillions dari Britain memenangi hadiah £26.1 juta (RM142 juta), yang ketiga tertinggi dalam sejarah pemenang loteri negara itu.

Jumlah terbesar, £45.5 juta (RM247.7 juta) dimenangi Les dan Sam Scadding dari Wales Selatan November dan kumpulan pekerja dari Liverpool. - Agensi

0 Blog ini bertanggungjawab untuk membantu kerajaan dan rakyat dalam membentuk minda positif

Sumber: UT:

Waspada guna laman web sosial - Rais
SEREMBAN 16 Jan. - Rakyat negara ini perlu bertanggungjawab dan mempunyai benteng agama yang kuat sebelum terpengaruh dengan fenomena yang dicetuskan oleh laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, mereka juga perlu berwaspada ketika menggunakan laman itu untuk mengeluarkan sebarang kritikan atau ulasan bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

"Kita tidak kata jangan pakai Facebook, jangan pakai Twitter, namun apabila menggunakan laman ini sifat kemalaysiaan, sifat keislaman, sifat buddhisme, sifat kristian harus kuat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran 1Malaysia anjuran Jiran Sepakat Taman Paroi Jaya dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Medan Selera PJ Perdana, Paroi Jaya di sini, hari ini.

0 Sebagai penyokong Arsenal, kemenangan dengan Bolton boleh mengurangkan tekanan peminat

Sumber: BH:

Chelsea amuk, United bangkit

LONDON: Chelsea membelasah Sunderland 7-2 untuk kekal dengan kelebihan satu mata sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris, selepas juara bertahan, Manchester United turut menang 3-0 ke atas Burnley.

Frank Lampard dan Nicolas Anelka, masing-masing menjaringkan dua gol untuk Chelsea manakala Florent Malouda, Ashley Cole dan Michael Ballack menyumbang jaringan lain.

Gol saguhati Sunderland pula diperolehi pada minit ke-58 dan 90 hasil jaringan Boudewijn Zenden dan Darrent Bent.



Sementara itu, di Old Trafford, United terpaksa menunggu sehingga minit ke-63 sebelum melepasi cabaran sengit Burnley dengan gol dari Dimitar Berbatov, Wayne Rooney dan Meme Diouf.

Terdahulu, gol penyamaan minit terakhir Robert Huth menafikan Liverpool kemenangan ke atas Stoke City biarpun mendahului menerusi jaringan Sotiris Kyrgiakos.

Liverpool, yang tersingkir daripada Piala FA di tangan kelab Liga Kejuaraan, Reading, Rabu lalu kekal di tangga ketujuh, empat mata ketinggalan di belakang penghuni tangga keempat, manakala Stoke ke-10. - Agensi

0 Ya Tuhan, tunjukkanlah kami jalan-Mu yang lurus

Sumber: BH:

Pahang tetap kenakan tindakan tegas

MUADZAM SHAH: Kerajaan Pahang akan tetap mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyalahgunakan kalimah Allah tanpa mengambil kira apa juga keputusan Mahkamah Persekutuan nanti berhubung isu berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz, berkata ini kerana perkara itu terletak di bawah bidang kuasa negeri dan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1989 yang dikuatkuasakan sejak 1990.

"Andai Mahkamah Persekutuan nanti membuat keputusan sama seperti Mahkamah Tinggi sebelum ini iaitu membenarkan peng-gunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, kerajaan negeri tetap akan mengambil tindakan mengikut enakmen yang sudah diwartakan.



"Setakat ini kita tidak pernah mengambil tindakan itu kerana tidak menerima sebarang laporan, tetapi kita tidak teragak-agak bertindak terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan kalimah Allah atau beberapa perkataan lain yang sudah ditetapkan dalam enakmen itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pertandingan Memasak Bubur As-Syura peringkat negeri anju-ran Jabatan Agama Islam Negeri (Jaip), di sini semalam. Hadir sama, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan dan Pengarah Jaip, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.

Mohd Sahfri berkata, berdasarkan enakmen itu, sebanyak 25 perkataan dan 10 ungkapan bersumberkan Islam termasuk kalimah Allah dilarang penggunaannya dalam sebarang terbitan dan ucapan yang dikaitkan dengan agama lain.

Perkataan berkenaan ialah firman Allah, ulama, hadis, ibadat, kaabah, kadi, Ilahi, wahyu, mubaligh, syariah, kiblat, haj, mufti, Rasul, iman, dakwah, injil, solat, khalifah, wali, fatwa, khutbah, Nabi dan tabligh.

Ungkapan seperti Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilhamd, Allahu Akhbar, Insyaallah, Astagfirullahal Azim, Tabakara Allah, Masya-Allah, Lahawala walaquata Illabillahialiyill azim juga tidak boleh digunakan bukan Islam.

Mengikut Seksyen 9 (1) enakmen itu, adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa jika menghasilkan sesuatu tulisan atau ucapan dengan menggunakan perkataan itu atau variasinya untuk menyatakan fakta kepercayaan, idea, konsep, perbuatan dan aktiviti dengan mana-mana agama bukan Islam.

0 Semoga Malaysia yang dianggotai semenanjung, sabah, sarawak dan labuan dalam berkat Tuhan

Sumber: BH:

Tangani isu agama

Oleh Faiza Zainuddin dan Rohaniza Idris
bminggu@bharian.com.my

Tan Sri Muhyiddin Yassin


TPM mahu disegerakan penubuhan majlis perundingan

KUALA LUMPUR: Kerajaan serius memikirkan penubuhan majlis perundingan antara agama bagi membolehkan wakil agama berbincang dan mencari kesefahaman supaya isu agama tidak lagi dibangkitkan dan mendatangkan masalah kepada negara pada masa depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata penubuhan majlis itu perlu disegerakan berdasarkan situasi semasa yang mana isu mengenai agama sering dibangkitkan sejak kebelakangan ini.



"Kini sudah ada beberapa inisiatif sesuai diwujudkan kerajaan berhubung soal kesefahaman agama di negara ini, tetapi tiada format khusus mengenainya.

"Perkara ini masih lagi dibincangkan dan apabila mendapat panduan daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) kita akan tentukan inisiatif yang sesuai bagi mewujudkan kesefahaman itu," katanya.

Beliau ditanya mengenai sama ada kerajaan bercadang mewujudkan majlis perundingan antara agama berikutan beberapa kes isu agama dibangkitkan sejak kebelakangan ini, termasuk penggunaan kalimah Allah.

Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar mencadangkan supaya diwujudkan Majlis Perundingan Keharmonian Nasional bagi membincangkan isu sensitif membabitkan kaum dan agama di negara ini.

"Semua ini perlu dipandang serius dan kita tidak mahu dilihat mengambil tindakan adhoc. Saya tidak mahu bila sesuatu berlaku, barulah kita hendak duduk berbincang, ini semua perlu dielakkan. Ini (majlis perundingan antara agama) akan dibincangkan di Kabinet.

"Sudah sampai masanya Malaysia memikirkan mengenai penubuhan majlis berkenaan supaya isu kesefahaman agama dapat dibincang dan diselesaikan dengan lebih baik," kata Muhyiddin.

Mengenai dialog antara agama, beliau menganggap itu satu usaha yang baik dan sesuai tetapi perlu ada resolusi yang boleh diterima baik semua supaya tidak lagi dibangkitkan di kemudian hari.

Katanya, pada masa sama, komitmen setiap pemimpin agama dalam memelihara keharmonian juga perlu di ambil kira bagi memastikan tidak timbul lagi isu agama yang berbangkit di masa depan serta mengeruhkan keamanan di negara ini.

"Dalam isu seperti kalimah Allah, kita perlu bereskan segera dan beberapa usaha sudah pun di ambil bagi menyelesaikannya," katanya.

Mengulas kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibenar menggunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang dan keagamaan kerana secara tradisinya ia telah diamalkan sejak dulu lagi, beliau tidak mahu membuat kenyataan berbeza dengan keputusan yang diputuskan mahkamah mengenai isu berkenaan.

Terdahulu, dalam ucapannya beliau mengingatkan semua pihak tidak memperkecilkan keharmonian dan keamanan di dalam negara ketika ini.

"Ini bukan soal Melayu atau bukan Melayu tetapi soal siapa yang melakukan kesalahan sehingga menimbulkan perpecahan dalam negara... kita tidak akan kompromi tidak kira Melayu, Cina atau India.

"Kita tidak akan politikkan perkara ini kerana ini bukan isu politik tetapi ini soal keamanan, keharmonian dalam negara kita. Ini penting dan perlu dijaga... tidak boleh kita abai, ambil sambil lewa, cincai, sembrono atau sebagainya... tak boleh, kita kena beri perhatian yang utama," katanya.