.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Friday, December 24, 2010

1 Skrip berkenaan isu semasa sangat sukar jika silap percaturan dan mengharap tuah

2 tahun tulis skrip Songlap

MENGANGKAT isu semasa sebagai tema filem, berupa cabaran besar kepada pengarah dan juga penulis skrip. Sekiranya tidak digarap dengan baik, bimbang ia akan membosankan penonton.

Malah, melihat latar minat penonton tempatan, kebanyakan daripada mereka menggemari cerita lebih ringan. Salah percaturan filem yang mengetengahkan isu semasa ini akan dianggap sebagai saluran untuk 'berceramah' oleh penonton, sekali gus menyebabkan mereka 'angkat kaki' meninggalkan panggung.


Perkara itu turut diakui penulis skrip dan pengarah Fariza Azlina Ishak atau Fariza dan suami, Effendee Mazlan. Selepas berjaya dengan siri televisyen dan filem Kami The Movie, pasangan suami isteri ini kembali dengan Songlap yang menampilkan masalah sosial seperti pembuangan bayi, mengandung luar nikah dan perdagangan bayi sebagai latar cerita.


Jelas Fariza yang ditemui sewaktu majlis sidang akhbar tamat penggambaran Songlap dan tayangan secara eksklusif filem itu selama enam minit kepada tetamu dan wakil media, dia mengambil masa hampir dua tahun untuk menyiapkan skrip dan rombakan dilakukan sepanjang proses ia dilaksanakan.


“Saya mengambil latar perdagangan dan pembuangan bayi sebagai latar cerita ini kerana ia sering didedahkan dalam akhbar. Inilah masalah besar yang sedang dihadapi masyarakat. Menerusinya saya memperoleh idea untuk menggarap Songlap. “Kajian turut saya lakukan dengan menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkait rapat dengan remaja wanita bermasalah dan mereka terbabit dengan penjualan bayi. Menerusi maklumat yang saya peroleh, masalah sosial nombor dua tertinggi selepas dadah adalah perdagangan manusia,” jelasnya. Begitupun jelas Fariza, Songlap bukan mengetengahkan isu perdagangan dan pembuangan bayi semata-mata sebaliknya banyak isu menarik turut diketengahkan.


“Sebenarnya cerita ini mengangkat kisah hubungan adik-beradik iaitu Am lakonan Shaheizy Sam dan Ad (Syafie Naswid). Mereka berasal dari keluarga miskin dan kesukaran hidup membuatkan Am terjebak dengan perdagangan manusia dan turut mengheret Ad bersama. “Kemunculan Sara lakonan pendatang baru Sara Ali yang mengandung luar nikah, mengubah sikap Ad. Dia tidak suka dengan apa yang dilakukan. Untuk lari daripada masalah dihadapi, Ad menyertai b-boys (penari jalanan). “Dengan cara itu saja dia dapat meredakan tekanan hidupnya. Seperkara lagi dia gemarkan falsafah kekeluargaan yang diangkat penggiat b-boys ini. Lebih tepat, Songlap sebenarnya mahu memaparkan isu kekeluargaan,” katanya. Melihat daripada sedutan tayangan filem Songlap, ternyata sentuhan Effendee dan Fariza berbeza dengan karya tempatan lain dan masalah sosial diangkat menerusi filem itu, dijalin kemas dengan beberapa plot menarik seperti gangsterism dan b-boys (penari jalanan).




Melihat pasangan ini bekerja dan mengarah bersama mungkin ramai beranggapan ia lebih mudah untuk Fariza dan Effendee menghasilkan filem yang diterbitkan Red Films dengan kerjasama Primeworks Studios. Namun, jelas Effendee ada ketika mereka tetap berselisih pendapat.


“Demi kebaikan filem ini tidak mengapa. Kadang-kadang di rumah pun kami tetap bercakap mengenai Songlap. Pada saya itu perkara biasa kerana apa yang penting filem ini mampu memberikan kepuasan bukan saja buat kami berdua, tetapi juga bakal penonton,” katanya.



Dari sudut lain, Effendee tidak menafikan bekerja dengan isteri sendiri agak mudah terutama apabila hendak menjelaskan kepada kru dan pelakon apa yang dimahukan.


“Kadang-kadang apabila mengarah saya tahu apa yang dimahukan, tetapi tidak tahu bagaimana mahu menerangkan kepada orang lain. Memandangkan isteri faham saya, dia akan menjadi jurucakap kepada produksi dan pelakon. Ia menjadikan kerja lebih terancang dan lancar. Penggambaran juga boleh diselesaikan dengan cepat,” katanya.


Menyentuh mengenai pemilihan tiga pelakon yang sedang mencipta nama itu sebagai teraju utama Songlap, jelas Effendee dia mengakui sebenarnya Malaysia mempunyai ramai pelakon berbakat, tetapi tidak pernah diberikan ruang atau peluang untuk menonjolkan kemampuan mereka. Untuk memilih pelakon Songlap, Effendee dan Fariza bukan saja melihat bakat yang ada, tetapi juga keserasian antara pelakon dan persamaan.


“Sebagai pasangan adik-beradik kami mencari pelakon yang mempunyai iras wajah dan karektor. Selepas diuji bakat ternyata bayangan kami untuk menggandingkan Sam dan Syafie adalah tepat. Saya memuji persembahan diberikan semua pelakon terbabit dalam pembikinan Songlap. Walaupun masih muda, namun mereka sangat komited dan cuba memberikan yang terbaik kepada kami. Saya dan Fariza berasa bertuah dapat bekerja dengan mereka,” katanya.


Bercerita lanjut mengenai ketiga-tiga pelakon yang menerajui Songlap katanya, Sam diambil bukan kerana populariti yang sedang diraih, tetapi kerana bakat. Selain itu Sam tidak berlawak dalam filem ini sebaliknya situasi yang menimbulkan humor dan bakal mencuit hati penonton apabila mereka menyaksikan filem ini nanti.


Begitupun Effendee tidak menafikan dia turut berhadapan dengan cabaran untuk membentuk watak yang dibawakan tiga pelakon muda ini, terutama Syafie yang sebelum ini sudah biasa bekerja dengan Allahyarhamah Yasmin Ahmad, dan sebelum Songlap sudah hampir setahun setengah tidak berlakon.


“Bagaimanapun, dia sangat profesional apabila di lokasi dan sentiasa peka dengan apa yang dimahukan wataknya dan pengarah. Saya sangat puas hati dengan persembahan yang diberikan Syafie,” katanya. Songlap kini sedang menjalani proses suntingan dan dijangka ditayangkan pertengahan 2011. Turut menjayakan filem ini pelakon lama dan baru seperti Omar Abdullah, Rozie Rashid, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Eliza Wong, Berg Lee, Khiril Ridzuan, Ayam Fared, Izzue Islam, Fang Chyi dan Charlene Meng Si Shi.

0 Wanita percaya kepada 1st impresion (emosi) untuk pilih pasangan

Wanita ambil masa tiga minit pilih kekasih
LONDON - Satu kajian di Britain mendapati wanita cuma mengambil masa tiga minit untuk membuat keputusan sama ada seorang lelaki itu sesuai untuk mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Kajian tersebut yang melibatkan 3,000 orang dewasa dilakukan sempena pelancaran buku terbaru, Instinct yang dihasilkan oleh penulis Britain, Ben Kay.

Menurut kajian itu, seseorang wanita memerhatikan wajah, bentuk tubuh dan gaya berpakaian selain bau dan loghat apabila memilih bakal teman lelaki. Kajian sama menunjukkan golongan wanita jarang mengubah keputusan mereka selepas membuat penilaian awal selama tiga minit itu.

"Kajian ini mengejutkan kerana wanita membuat keputusan mengenai lelaki dengan begitu cepat," kata Kay.

Para penyelidik mendapati wanita tidak akan memilih seorang lelaki yang dianggap mereka terlalu angkuh dan terdesak untuk mendapatkan teman wanita.

Golongan wanita juga didapati enggan menerima seorang lelaki yang dilihat tidak mesra dengan orang ramai, tidak kelihatan berduit dan tidak mempunyai persamaan dengan mereka.

Kajian tersebut membuat penemuan bahawa ramai wanita mempercayai rasa hati mereka.

Sebanyak 88 peratus wanita percaya pada rasa hati mereka berhubung penilaian terhadap lelaki.

Lelaki dan wanita menyatakan bahawa mereka bergantung pada rasa hati masing-masing semasa membuat keputusan mengenai teman hidup. - Agensi

Thursday, December 23, 2010

0 Apabila semua barang yang ada kaitan dengan Saddam Hussien perlu dimusnahkan?

Kitab al-Quran ditulis guna 24 liter darah Saddam Hussein




MUKA surat al-Quran yang ditulis dengan darah Saddam Hussein.




BAGHDAD - Pemerintah Iraq buntu memikirkan apa yang sepatutnya dibuat berhubung kitab suci al-Quran yang ditulis dengan menggunakan 24 liter darah bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein (gambar), lapor sebuah akhbar semalam.

Kitab al-Quran setebal 650 muka surat itu kini disimpan di sebuah kamar berkunci di sebuah masjid yang dikenali sebagai 'Ibu Segala Peperangan' di sini.

Empat menara masjid berkenaan menyerupai laras raifal AK-47 manakala empat lagi menara mirip peluru berpandu Scud.

Saddam dipercayai memulakan projek al-Quran itu sebagai tanda kesyukuran selepas anak lelakinya, Uday terselamat daripada percubaan untuk membunuhnya.

Ia ditulis oleh seorang ahli kaligrafi, Abbas Shakir Joody al-Baghdaddi yang dilantik oleh Saddam.

Kitab al-Quran itu ditulis dengan menggunakan darah yang didermakan oleh Saddam selama tiga tahun.

Sementara itu, Presiden Majlis Pentadbiran Iraq mahu semua barang yang berkaitan dengan Saddam termasuk kitab suci tersebut dimusnahkan.

Namun, Ali al-Moussawi yang merupakan jurucakap Perdana Menteri, Nouri al-Maliki berkata, al-Quran itu perlu disimpan bagi mengingatkan rakyat mengenai kekejaman Saddam.

Saddam yang memerintah dari tahun 1979 hingga 2003, mati dihukum gantung selepas dia ditangkap askar-askar Amerika Syarikat (AS) yang menceroboh Iraq. Saddam dihukum mati selepas didapati bersalah melakukan jenayah kemanusiaan.- Agensi

0 Bisnes bola sepak di Asia Tenggara (Malaysia vs Indonesia)

FAM ramal tiket final laris

Oleh Ilah Hafiz Aziz
hafiz.aziz@utusan.com.my

KUALA LUMPUR – Sebanyak 70,000 tiket perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit jalil, Ahad ini, dijangka laris apabila ia mula dijual hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk S.Sivasundram yakin, tiket untuk penyokong Malaysia akan habis dijual. Menurutnya, ini berdasarkan aksi separuh akhir menentang Vietnam di sini, minggu lalu, yang menyaksikan sebanyak 50,000 tiket habis dijual.

“Saya menyeru penyokong Malaysia datang menyaksikan dan memberi sokongan kepada skuad bola sepak negara kita,” jelasnya.

Beliau juga mengumumkan penyokong Malaysia tidak perlu menunjukkan kad pengenalan ketika membuat pembelian tiket, seperti yang disyaratkan sebelum ini.

Sebelum ini, FAM mensyaratkan pembeli mesti menunjukkan kad pengenalan ketika membuat pembelian di Stadium Nasional, bagi mengelakkan tiket dibeli penyokong Indonesia, yang diperuntukkan hanya 15,000 tiket sahaja.

Ini berikutan pejabat Kedutaan Besar Indonesia di sini, akan membuka kaunter jualan tiket bagi penyokong mereka yang akan mula dijual, hari ini.

“Penyokong Malaysia yang mahu membeli tiket, tidak perlu menunjukkan kad pengenalan.

“Ini kerana Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur juga membuka kaunter jualan tiket untuk penyokong mereka di pejabat Kedutaan republik itu di di Jalan Tun Razak, juga bermula hari ini.

“Tidak perlu kad pengenalan kerana sudah tentu rakyat Indonesia tidak akan hadir ke kaunter Stadium Nasional, apabila kedutaan mereka sendiri membuat jualan di kedutaan mereka,” jelasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Mengenai had pembelian tiket, beliau berkata, FAM juga tidak mengehadkan pembelian tiket kepada setiap individu.

“Setiap individu boleh membeli seberapa banyak tiket perlawanan kerana FAM tidak melakukan sekatan jumlah pembelian,” katanya.

Tidak perlu menunjukkan kad pengenalan dan tiada had pembelian tiket, mungkin mengundang beberapa masalah.

Antaranya, kemungkinan penyokong Indonesia turut membeli tiket yang dikhaskan untuk penyokong Malaysia.

Juga dibimbangkan tiada had pembelian tiket akan mewujudkan individu yang mungkin mengambil kesempatan dengan menjual semula tiket perlawanan pada harga yang lebih tinggi.

Dalam hal ini, Sivasundram menegaskan: “FAM berpengalaman mengatasi perkara ini kerana kita telah mengadakan banyak perlawanan sebegini telah dianjurkan.

“Mesyuarat bersama Polis Diraja Malaysia semalam turut membangkitkan isu ini dan kita mengharapkan mereka yang mempunyai mekanisme tersendiri membanteras isu ulat tiket ini.”




Artikel berkaitan:

Imbuhan lumayan hampir RM1 juta menanti pemain Indonesia
KUALA LUMPUR - Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), menjanjikan ganjaran lumayan buat skuad negara itu jika berjaya muncul juara Piala Suzuki AFF menentang Malaysia pada saingan akhir pada Ahad dan Rabu ini.

Setiausaha Agung PSSI, Nugraha Boses berkata, ganjaran tersebut bernilai 3 bilion rupiah atau hampir RM1 juta adalah hadiah buat pasukan Indonesia, sekiranya mereka berjaya menumbangkan Malaysia.

"Sebelum ini kami telah menjanjikan habuan kepada pemain selepas berjaya melepasi peringkat kumpulan iaitu sebanyak 500 juta rupiah (RM150,000) dan 2.5 bilion rupiah (RM700,000) apabila mara ke final.

"Ganjaran itu ditambah kepada 3 bilion rupiah, jika mereka berjaya menjulang piala ini," katanya dalam sidang akhbar di Kedutaan Besar Republik Indonesia semalam.

Jelasnya, kejayaan Indonesia mara ke saingan akhir mencetuskan senario yang berbeza di seluruh negara tersebut, jadi untuk memuaskan hati rakyat dan mencipta sejarah pelbagai usaha telah dilakukan, termasuk memberi ganjaran.

"Semua orang sudah tidak sabar menantikan kejayaan ini, suasanan di Indonesia memang mengagumkan, saya tidak pernah terfikir seluruh rakyat akan menyambut kejayaan pasukan negara mereka mara ke akhir seperti ini.

"Kami memang mengharapkan sokongan padu pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberikan peruntukan tempat duduk sebanyak 15,000 buat penyokong Indonesia, walaupun pada mulanya kami meminta 25,000," katanya.

Mengenai peruntukan tiket untuk penyokong Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir kedua, Boses berkata, mereka masih belum memastikannya lagi,

Cuma, jelasnya pada perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini, mereka telah menyediakan 5,000 tiket.

"Bagaimanapun kami berjanji akan memperuntukan tempat duduk yang sama banyak seperti di Kuala Lumpur, iaitu 18 peratus daripada 77,000 tempat duduk.

"Kami juga ingin mengucapkan selamat datang kepada pasukan dan peminat Malaysia ke Jakarta dengan menjamin kawalan keselamatan yang ketat.

"Kami juga berpuas hati dengan perbincangan bersama FAM kelmarin, terutama sekali mengenai hal keselamatan dan kemudahan pasukan kami.

"Ini termasuk jaminan mengenai tidak akan berlaku lagi pancaran laser seperti mana pertemuan antara Malaysia dan Vietnam pada saingan separuh akhir pertama," katanya.

Pasukan Indonesia dijangka tiba esok pada pukul 12.30 tengah hari dan menjalani latihan di padang Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil pada sebelah petang.

Seterusnya, skuad Indonesia diberi peluang menjalani latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu.

Boses juga berkata, pertemuan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi tumpuan di Asia Tenggara.




Artikel berkaitan:


Usah banding ganjaran - Mazlan

Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Isu ganjaran mula diperkatakan setelah skuad bola sepak kebangsaan mempamerkan persembahan mantap sehingga melangkah ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF.

Kini, timbul persoalan mengenai berapa jumlah imbuhan yang bakal diterima oleh anak-anak buah K. Rajagobal, jika menang kejohanan terbesar di Asia Tenggara itu.

Bagi negara jiran, Indonesia, pasukan bimbingan Alfred Riedl itu dikhabarkan akan menerima ganjaran yang cukup lumayan iaitu hampir RM1 juta, jika mereka muncul juara kejohanan tersebut.

Jumlah itu sememangnya cukup lumayan berbanding ganjaran yang bakal diterima oleh skuad kebangsaan, tanpa mengira sama ada mereka berjaya muncul juara atau pun sebaliknya.

Namun, bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Mazlan Ahmad mengingatkan nilai imbuhan tidak sewajarnya menjadi perbandingan, kerana jumlah yang bakal dihadiahkan kepada para pemain, harus sesuai dengan status kejohanan.

"Kita perlu waspada dengan ganjaran yang hendak diberikan, kalau boleh biarlah ia bersesuaian dengan tahap sesuatu kejohanan.

"Dalam kejohanan Piala Suzuki AFF, usaha untuk menyediakan ganjaran wang tunai memang satu perkara yang bagus.

"Namun, kita juga perlu ingat bahawa kejohanan yang ini hanya Piala AFF sahaja, tidak lebih dari itu,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Menurutnya, perjalanan skuad kebangsaan masih terlalu jauh, kerana Piala Suzuki AFF merupakan pertandingan bertaraf serantau, bukan peringkat benua.

Jelasnya, kalau ada niat hendak menandingi imbuhan yang dijanjikan Indonesia, persoalan akan timbul iaitu berapa pula imbuhan yang bakal diterima oleh pemain Malaysia, sekiranya mereka sekali lagi menggondol pingat emas Sukan SEA di Indonesia, tahun depan?

''Selepas itu, berapa pula ganjaran yang bakal diberi kepada pasukan bola kita kalau mereka menang pingat Sukan Asia? Berapa pula kita perlu adakan kalau pasukan bola layak ke Piala Dunia?'' ujarnya.

Mazlan berpendapat, ganjaran wang bukan perkara baru di kalangan ahli sukan di negara ini yang berjaya melakar nama di pentas antarabangsa, kerana ia telah mula diperkenalkan sejak 1986 lagi menerusi Skim Hadiah Kemenangan (SHAKAM), oleh MSN.

Namun, katanya dalam masa sama, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu berhati-hati supaya atlet Malaysia tidak terlalu ghairah dengan wang, kerana dikhuatiri mereka mendapat isyarat yang salah.

Beliau menegaskan, tidak timbul persoalan para pemain dimanjakan apabila menerima imbuhan, kerana ia merupakan satu cadangan dan inisiatif yang baik oleh KBS, tetapi, biar ada hadnya.

0 TYT Sabah yang baru menggantikan Tun Ahmadshah

Juhar Mahiruddin dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah



TUANKU Mizan Zainal Abidin mengurniakan surat cara pelantikan kepada Juhar Mahiruddin (kiri) sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang baru di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA



KUALA LUMPUR 22 Dis. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini mengurniakan surat cara pelantikan kepada Datuk Juhar Mahiruddin sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang baru.

Istiadat yang berlangsung di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Presiden Pertubuhan Bersatu Pasok Momogun Kadazan (Upko) Tan Sri Bernard Dompok dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Juhar, 57, Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10, menggantikan Tun Ahmadshah Abdullah yang tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Dis ini.

Juhar adalah antara pemimpin Sabah yang terlibat dengan rundingan Usno/UMNO untuk kemasukan UMNO ke negeri itu pada 1991.

Beliau pernah menyandang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat (1990-1999), Anggota Parlimen Kinabatangan (juga 1990-1999) dan Ketua Umno Bahagian Batu Sapi (2003-2008).

Pemegang ijazah sarjana muda undang-undang ini sebelum itu pernah menjadi majistret.

Jawatan terkini beliau adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. - BERNAMA.



Artikel berkaitan:


Juhar dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah
22/12/2010 6:52pm


KUALA LUMPUR 22 Dis. — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini mengurniakan surat cara pelantikan kepada Datuk Juhar Mahiruddin sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang baru.

Istiadat itu, yang berlangsung di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Presiden Pertubuhan Bersatu Pasok Momogun Kadazan (Upko), Tan Sri Bernard Dompok dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Juhar, 57, Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10, menggantikan Tun Ahmadshah Abdullah yang tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Dis ini.

Juhar adalah antara pemimpin Sabah yang terlibat dengan rundingan USNO/UMNO untuk kemasukan UMNO ke negeri itu pada 1991.

Beliau pernah menyandang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat (1990-1999), Ahli Parlimen Kinabatangan (juga 1990-1999) dan Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi (2003-2008).

Pemegang ijazah sarjana muda dalam undang-undang ini sebelum itu pernah menjadi majistret.

Jawatan terkini beliau adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. - Bernama

0 Malaysia kini mempunyai 27.6 juta orang penduduk dengan lelaki 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang

Penduduk Malaysia kini berjumlah 27.6 juta orang


NOR MOHAMED (tengah) menunjukkan buku laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 sambil disaksikan Wan Ramlah (kanan) dan Ismail di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, statistik itu berdasarkan laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Katanya, penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang.

"Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga 2000," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan, Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof dan Timbalan Ketua Perangkawan (Program Sosial/Demografi), Ismail Yusoff.

Wednesday, December 22, 2010

0 Cinta kekasih gelap tidak sama dengan cinta suami - kerana itu membuatkan mereka dirikan rumah tangga dan ada anak

Liz rayu diterima kembali




ADA PENGGANTI...Nayar bersama wanita misteri yang menemaninya semalam.
ELIZABETH...berhajat rujuk semula dengan Nayar selepas mengetepikan Warne. LONDON: Belum sampai 10 hari mengumumkan perpisahannya, Elizabeth Hurley dilaporkan merayu kepada suaminya, Arun Nayar, supaya tidak meninggalkannya, lapor media semalam.



Perubahan mendadak Elizabeth itu berlaku ekoran penemuan lebih 100 mesej pesanan ringkas (SMS) dihantar kekasih barunya, Shane Warne, kepada seorang wanita lain.


Dilaporkan, Warne - memang terkenal sebagai kaki perempuan - mengirim SMS lucah itu kepada Adele Angeleri, 44.


Antara kandungan SMS itu adalah: “Memikirkan kamu, saya sangat berahi hari ini. Saya mahu melihat kamu di atas saya.” Pada 12 Disember lalu, Elizabeth, 45, mengumumkan rumah tangganya dengan Nayar berakhir selepas gambar aktres itu berkucupan dengan Warne disiarkan media.


Elizabeth berkahwin dengan Nayar pada 2007.


Sementara itu, sumber berkata, harapan Elizabeth menyelamatkan rumah tangganya mungkin tidak kesampaian.




“Elizabeth baru sedar dia diperbodohkan dan cepat-cepat menghubungi Nayar untuk meminta maaf.


“Masalahnya, Nayar enggan dan masih mahu perceraian mereka dilakukan segera,” katanya.



Kemungkinan itu diperkuatkan lagi apabila ada saksi berkata, Nayar, 46, mencium seorang wanita tidak dikenali di khalayak ramai di Mayfair, London Barat, semalam.


Menurut saksi, mereka agak panik apabila aksi itu dirakam jurugambar, menyebabkan wanita terbabit masuk ke teksi tergesa-gesa dan berlalu dari situ.


Nayar dilaporkan pernah menasihati isterinya supaya berhati-hati dengan Warne ketika mereka bertengkar selepas kecurangan aktres itu terdedah. Bagi Warne pula, perubahan Elizabeth itu dipercayai akan memberi pukulan hebat kepada dirinya.


Minggu lalu, bintang kriket Australia itu mengumumkan akan meninggalkan bekas isterinya, Simone, selepas mereka tinggal bersama walaupun selepas bercerai.


Hasil perkahwinan Warne dan Simone, mereka dikurniakan tiga anak.


Rakan Warne berkata, bintang kriket itu memang berhajat mengahwini Elizabeth. - Agensi

0 Pemandu Malaysia paling berbahaya di dunia? Cari penyebab lain kenapa kes kemalangan masih tinggi

Musang berbulu ayam dalam LPKP, JPJ, polis...?

Oleh ZAINI HASSAN

SEBAIK sahaja news alert Utusan mengenai kemalangan bas yang meragut nyawa puluhan orang pelancong Thai masuk dalam BlackBerry saya, saya tergamam sebentar. Dalam hati saya mengharapkan bas pelancong itu bukan milik kita, dan sudah tentu pemandu bas itu juga bukan orang kita. Saya berharap pelancong itu datang terus dari Thailand dengan bas pelancongan mereka. Ternyata harapan saya tidak betul. Ia adalah bas kita; dan pemandunya juga pemandu rakyat kita. Kini sudah ternyatalah segala-galanya. Pemandu bas kita, semoga Allah merahmati roh pemandu yang turut terkorban itu, adalah pemandu yang paling berbahaya di dunia.

Orang surat khabar macam saya sering menerima berita dari seantero dunia mengenai kisah seperti ini. Kita selalu berseloroh bahawa kemalangan feri dan kapal karam di Bangladesh - yang sering mengorbankan ratusan nyawa muatannya - bukan satu nilai berita lagi. Begitu juga kisah kemalangan kereta api di India yang mengorbankan ratusan orang - juga bukan satu nilai berita lagi.

Mengapa ia bukan lagi nilai berita? Jawapannya kerana ia sudah terlalu kerap, sering berlaku dan bukan unusual lagi.

Begitu juga kemalangan bas di Malaysia. Ia sudah jadi biasa. Hanya jumlah kematian sahaja yang membezakan ia biasa atau luar biasa. Dalam kejadian di Jalan Cameron Highlands itu kelmarin, ia luar biasa sedikit kerana jumlahnya yang besar serta membabitkan pelancong luar negara. Namun, kisah kemalangan bas bukan luar biasa lagi di Malaysia. Apakah kita kini sebaris dengan Bangladesh dan India dari segi kekerapan kemalangan feri, kereta api dan bas ekspres? Laporan berita asing menulis kemalangan bas ekspres di Malaysia sudah terlalu kerap dan pemandunya adalah antara yang paling bahaya di dunia.

Kita tidak perlu mengulas di sini mengapa ia berlaku, bagaimana ia berlaku, apakah ia masalah mekanikal atau keadaan jalan dan sebagainya. Tulis seorang rakan facebook sebaik sahaja kemalangan itu berlaku, dia sudah dapat mengagak "esok penuhlah muka akhbar dengan cerita-cerita bas itu". Benar kata beliau. Beliau bukan wartawan tapi sudah mengagak itulah berita-beritanya. Akhbar akan membuat pelbagai analisis, termasuk dari pakar ini dan itu. Selain untuk memenuhkan ruang akhbar, ia seperti sudah menjadi satu rutin. Akhbar kita, mungkin jugalah masih lagi bermentaliti dunia ketiga. Pendekatannya agak berbeza dengan akhbar di negara maju. Kita tidak berani membongkar apa yang pihak berkuasa buat dan mengapa ia kerap berlaku? Itu pasal kemalangan seumpama ini hanya berlaku di negara dunia ketiga seperti Bangladesh, India dan Malaysia! Kita harus bertanya apa pihak perlesenan kenderaan awam buat? Apa polis buat? Apa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) buat? Apa Jabatan Kerja Raya (JKR) buat? Dan apa syarikat bas yang mengejar laba itu buat? Akhir sekali apa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat?

Kita tidak boleh salahkan syarikat bas semata-mata, kerana walaupun ia jahat sejahat-jahatnya, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang patut mengambil tindakan dan bertanggungjawab. LPKP juga harus memaklumkan kepada JPJ dan Polis Trafik dan pihak JPJ dan Polis Trafik harus mengambil tindakan. Jika dulu kita cukup hairan mengapa warganegara China terlalu ramai berada di negara ini dan ramai juga yang menjadi GRO, pelayan lelaki serta pelacur-semalam jawapannya terserlah.

Musang berbulu ayamnya ialah orang dalam Imigresen sendiri. Beliau ialah Timbalan Ketua Pengarah (TKP) yang tanpa rasa bersalah, malu dan segan meluluskan lanjutan pas lawatan warganegara China itu, setelah diberi sogokan wang ringgit.

Jika dalam perang, orang macam itu bukan dihukum enam tahun, tapi hukumannya ialah hukuman mati ditembak kerana treason atau menderhaka kerana menjual kedaulatan negaranya. Begitu juga di dalam LPKP, JPJ, Polis dan lain-lain. Kerana terlalu kerap kemalangan bas berlaku, kini punca yang lain harus dicari. Apakah LPKP, JPJ, Polis juga bersifat musang berbulu ayam seperti bekas TKP Imigresen itu? SPRM jengok-jengoklah ke dalam permasalahan ini. Lakukanlah siasatan forensik dalam LPKP, JPJ, Polis dan lain-lain. Mengapa mereka benarkan bas-bas ini dipandu oleh pemandu yang sering kali mempunyai masalah.

Baru-baru ini Utusan Malaysia, untuk sekian kalinya, membuat tinjauan mengenai teksi di ibu kota. Kesimpulan daripada tinjauan itu ialah pemandu teksi kita adalah antara yang berperangai paling buruk di dunia. Tapi apa tindakannya. Tak nampak?

Oleh itu, marilah kita, once and for all, terbuka dalam hal ini. Keadaannya kini sudah menjadi barah. Jika di negara maju, berita yang kita dengar keesokkan harinya ialah pihak-pihak di LPKP itu akan meletak jawatan!

Pesta bola di Jakarta dan Kuala Lumpur

DIKHABARKAN oleh seorang sahabat yang baru pulang dari Jakarta, pesta sedang berlangsung di sana. Setiap toko atau kedai sudah memasang bendera. Bukan bendera untuk hari kebangsaan, tapi merayakan hari besar perlawanan akhir Indonesia menentang Malaysia dalam Piala Suzuki AFF 2010, mulai Ahad ini. Mereka cukup teruja. Semua orang bercakap mengenainya. Malah sudah tentu dua juta rakyat Indonesia - sah atau PATI - yang berada di negara ini juga akan menanti-nanti perlawanan akhir pertama antara kedua-dua negara itu.

Malaysia akan menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur Ahad ini. Dianggarkan stadium itu akan penuh. Kedua-dua penyokong merah (Indonesia) dan kuning (Malaysia) akan memenuhi stadium itu.

Sesungguhnya di kotaraya Jakarta sekarang, di saat ini, suasananya sungguh meriah sekali. Bapak Presiden SBY serta seteru politiknya, Mergawati bersama-sama akan menyokong pasukan mereka.

Bagi orang Indonesia inilah masanya mereka mahu mengganyang Malaysia dalam erti kata sebenar -- di atas padang.

Malaysia pula wajib mempertahankan maruah kita atas semangat Harimau Muda!

Terima kasih diucapkan kepada RTM yang akan menyiarkan secara langsung final pusingan pertama Malaysia menentang Indonesia, Ahad ini, 8 malam. Kita berharap perlawanan kedua di Jakarta pun dapat disiarkan secara live (bukan siaran tertunda).

0 Jangan panang mudah hal tandas. Ketiadaan tandas buat negara berbelanja RM169 bilion setiap tahun

India rugi RM169.31 bilion akibat kurang tandas, cara hidup tidak bersih

NEW DELHI 21 Dis. - Masalah kekurangan tandas dan cara hidup yang tidak bersih di India menyebabkan negara kuasa ekonomi ketiga terbesar di Asia itu kerugian sebanyak AS$54 bilion (RM169.31 bilion) setiap tahun, kata Bank Dunia semalam.

Kekerapan kematian bayi pramatang dan kos rawatan pesakit hanya merugikan masa serta melemahkan produktiviti selain turut melumpuhkan industri pelancongan di negara ini, tambah laporan Bank Dunia itu.

"Sejak berdekad lalu, kami menyedari tentang kekurangan tandas dan masalah sanitasi di India.

"Laporan yang kami terima menunjukkan India mengalami kemelesetan ekonomi dan kanak-kanak serta penduduk miskin tinggal dalam keadaan sistem sanitasi yang teruk," kata Ketua Program Air dan Sanitasi Selatan Asia bagi Bank Dunia, Christopher Juan Costain.

Laporan Bank Dunia itu menambah, masalah kesihatan yang dialami rakyat adalah punca utama berlakunya kemelesetan ekonomi di India.

Beberapa pakar dalam laporan Bank Dunia itu berkata, seramai 450,000 kematian daripada 575 juta kes cirit-birit dilaporkan berlaku setiap tahun di India.

Menurut laporan itu, masih ramai penduduk di bandar dan di luar bandar yang membuang air besar di merata tempat, tidak mencuci tangan dan diselubungi masalah sistem perparitan yang sangat daif.

Kos rawatan pesakit akibat penyakit cirit-birit, malaria, trakoma, cacing di dalam usus dan kematian akibat bayi pramatang menyebabkan India terpaksa berbelanja sebanyak AS$38.5 bilion (RM121.12 bilion) setiap tahun.

Selebihnya kos sebanyak AS$10.7 bilion (RM33.66 bilion) lagi adalah akibat daripada kerugian masa yang banyak dihabiskan untuk mencari tandas awam serta terpaksa membuang air besar di merata tempat berbanding jika seseorang itu mempunyai tandas sendiri yang bersih dan selesa di rumah sendiri.

Kekurangan tandas di bangunan sekolah dan pejabat juga merupakan punca pelajar perempuan serta pekerja wanita sering tidak hadir atau ponteng sekolah dan pejabat hanya kerana mereka berasa tidak selesa. - REUTERS

0 Rakyat Malaysia suka memasak

Rakyat Malaysia belanja lebih untuk ruang dapur
KUALA LUMPUR 21 Dis. - Pengendali laman web hartanah nombor satu, iProperty.com Malaysia (iProperty) mendedahkan sebanyak 45 peratus daripada responden kajian, membelanjakan wang mereka untuk menaiktaraf ruang dapur berbanding bahagian lain.

Keputusan itu diperoleh melalui secara undian umum dalam Internet tentang tabiat perbelanjaan masyarakat terhadap kediaman mereka.

Kajian itu melibatkan seramai 686 responden. iProperty dalam kenyataannya di sini, keputusan yang tidak dijangkakan memperlihat rakyat Malaysia mengutamakan makanan selain menambah ruang dapur mereka.

Jelas pengendali web itu, bahagian ruang tamu mendapat tempat pilihan kedua penting kepada responden.

''Seramai 231 responden atau 34 peratus membelanjakan wang mereka untuk ruang tamu kediaman.

''Antara barangan mahal yang dibelanjakan para pengundi adalah televisyen (TV) LCD, dan TV plasma, sistem audio dan perabot yang direka bentuk sendiri,'' kata kenyataan itu.

Bahagian ruang makan menjadi pilihan yang paling rendah dan perbelanjaan bilik air dan taman bunga pula dilihat sebagai tidak penting oleh responden, masing-masing menerima undian sebanyak lima peratus dan dua peratus.

Sehubungan itu, iProperty membuat rumusan bahawa kunci utama kediaman di Malaysia adalah bahagian dapur.

''Dapur adalah tempat makanan disediakan dengan baik untuk seisi keluarga dan tidak mengejutkan apabila ramai keluarga melabur sebahagian besar duit mereka untuk dapur masing-masing," kata kenyataan itu.

0 Gempa bumi di utara Sumatera

Gempa kuat landa utara Indonesia
22/12/2010 2:21am


JAKARTA 21 Dis. - Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan pulau Sumatera di utara negara ini, hari ini.

Badan Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, pusat gempa itu terletak berhampiran dengan lokasi gempa bumi yang berlaku pada Disember 2004 lalu.

Bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi kuat itu menggegarkan pulau Simeulue pada kedalaman 27 kilometer, pukul 9.07 malam waktu tempatan dengan pusat gempanya di kedudukan 312 kilometer dari barat Medan, di tanah besar Sumatera dan 315 kilometer dari tenggara Banda Acheh, kata USGS. - AFP

0 Gempa bumi di Jepun

Gempa kuat berukuran 7.4 pada skala Richter melanda dekat kepulauan Jepun
22/12/2010 2:42am


TOKYO 22 Dis. - Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan selatan Jepun, hari ini.

Badan Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, penduduk yang tingal berhampiran kawasan tepi pantai diarahkan berpindah sebelum kemungkinan berlakunya tsunami setinggi dua meter.

Gempa bumi itu berlaku pada pukul 3.19 waktu tempatan, di kedudukan 153 kilometer dari timur Chichi-shima yang terletak di kawasan pulau terpencil Jepun, Pulau Bonin pada kedalaman 14 kilometer. - AFP

Tuesday, December 21, 2010

0 Wajah bawah Kolong KL

Masih ramai warga Kuala Lumpur tagih peluang pekerjaan
Oleh Abd Razak Hussin

2010/12/21
APABILA Prof Dr Rohany Nasir, pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia (PPPPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memaklumkan bahawa pelajar pasca siswazahnya terbabit sebagai sukarelawan membantu PERTIWI sebuah badan bukan kerajaan mengagihkan makanan kepada warga kota Kuala Lumpur yang miskin dan tidak mempunyai rumah, penulis teruja untuk menyertainya.

Memandangkan penulis tidak berkesempatan, lalu meminta Ghani dan Saliman, membuat liputan aktiviti itu pada Jumaat malam Sabtu. Agihan makanan dilakukan pada setiap Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad bermula jam 9 malam. Keesokannya tersiarlah berita aktiviti berkenaan yang ditulis Ghani dengan gambar yang diambil oleh Saliman dalam Portal Berita UKM. Tulisan itu mendorong penulis untuk mengalaminya sendiri lantas sejak sebulan lalu pada setiap Jumaat, penulis menyertai kumpulan sukarelawan PERTIWI dalam aktiviti yang dipanggil ‘PERTIWI Soup Kitchen’. Pada minggu kedua, penulis memberanikan diri mendekati seorang pemuda yang sedang menunggu ketibaan kenderaan PERTIWI di belakang Hotel Tune. Hassan, pemuda berusia 36 tahun berasal dari Kuantan, Pahang sudah tiga tahun menjadi warga Kuala Lumpur. Niat asalnya berkelana di Kuala Lumpur untuk mendapat kerja tidak pernah pudar walaupun sehingga kini beliau masih menganggur. Apabila ditanya selepas ini hendak ke mana, Hassan mengatakan ke KLCC. Penulis bertanya bukankah KLCC sudah hampir tutup, beliau mengatakan dengan tersenyum KLCC adalah rumahnya. Beliau juga mengambil kesempatan meminta penulis mencarikannya kerja.

Di situ juga, penulis sempat bertanya khabar kepada Arpah, wanita berusia 30-an yang mendahului barisan penerima bekalan makanan. Berasal dari Terengganu, beliau memaklumkan bekerja sebagai pencuci di bangunan sebuah bank berhampiran dan pada sebelah malam membuat kerja sambilan untuk menampung keperluan hidup di kota bersama dua orang anak yang masih kecil. Apabila penulis bertanya kerja apa dan di mana suaminya, Arpah hanya tersenyum pahit sambil mengangkat kedua-dua bahunya dan penulis hampir mengetahui makna senyumannya.

Selepas semua yang berbaris menerima bungkusan makanan, sukarelawan bergerak pula ke dataran Kompleks Kotaraya. Di situ sudah kelihatan barisan panjang warga kota untuk mengambil makanan yang bakal diagihkan. Berseri-seri wajah mereka melihat ketibaan kenderaan PERTIWI sumbangan Kelab Rotary Diraja itu. Sukarelawan yang sebahagiannya adalah pelajar UKM menjalankan tugas dengan ramah dan mesra.

Walaupun pada malam itu, PERTIWI menyediakan 250 bungkusan makanan, ia tidak mencukupi. Kira-kira 10 orang tidak mendapat makanan dan hanya menerima minuman. Daripada air muka mereka ternyata mereka sangat kecewa dan kelihatan marah. Barangkali reaksi sedemikian adalah disebabkan mereka sememangnya sedang kelaparan dan selama ini berasa diri sebagai golongan terpinggir daripada arus perdana pembangunan negara.
Penulis menghampiri seorang lelaki yang sedang makan roti di bawah pohon besar. Lelaki berusia 50-an mengatakan namanya Kee Lian berasal dari Kluang, Johor. Sudah lebih 10 tahun beliau menjadi pengungsi Kuala Lumpur tetapi sudah hampir dua tahun beliau tidak bekerja kerana sakit. Katanya, beliau belum pernah berkahwin dan kini tinggal di pelbagai tempat apabila saja berkesempatan di sekitar Lembah Pantai. Beliau enggan pulang ke Kluang kerana menurutnya sudah tiada sesiapa di sana.

Tanpa diundang, Shanker berusia 49 tahun dari Cheras, seorang penerima sumbangan PERTIWI Soup Kitchen yang ‘regular’ bercerita kepada penulis. Hampir setahun beliau tidak bekerja. Sebelum itu beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan beberapa syarikat keselamatan.

Seperti Hassan, Shanker juga meminta penulis mendapatkannya pekerjaan kerana beliau mempunyai empat anak yang masih bersekolah. Hassan, Arpah, Kee Lian dan Shanker adalah sebahagian daripada denyut nadi kota Kuala Lumpur yang megah dan gagah. Suara mereka adalah teriakan kecil yang berasakan diri mereka golongan terpinggir. Penulis menjangkakan personaliti Hassan, Arpah, Kee Lian dan Shanker bukanlah sekadar berjumlah 270 orang di kota besar ini.

Penulis berkhidmat di Pusat Komunikasi Korporat, UKM

0 SPA rasmi pusat sehenti pusat temuduga di luar kawasan

SPA lantik lebih 41,000 calon pelbagai jawatan hingga November


2010/12/20
ALOR SETAR: Sehingga 30 November lalu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah melantik seramai 41,840 calon ke pelbagai jawatan dalam perkhidmatan awam tahun ini.

Pengerusi SPA, Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri, berkata dalam tempoh sama sebanyak 1,207,921 calon mengemukakan permohonan dengan SPA, manakala daripada jumlah itu sebanyak 20,288 calon adalah dari Kedah. "Bagi Kedah saja untuk tahun ini sehingga 30 November seramai 4,551 calon dilantik ke dalam perkhidmatan awam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat sehenti pusat temuduga SPA di Wisma Persekutuan, di sini hari ini. Sehingga Disember ini, SPA mensasarkan akan mencapai lantikan lebih 50,000 petugas pelbagai jawatan kerana masih ada sesi temuduga yang dijalankan sepanjang tahun ini, katanya.

Beliau berkata pada 2009, SPA menerima sebanyak 1,527,070 permohonan calon secara online, manakala sebanyak 50,756 calon dilantik ke dalam perkhidmatan awam.

Mengenai pusat temuduga SPA, Jamaluddin berkata Alor Setar merupakan lokasi kelima dibuka selepas Kota Baharu, Kelantan; Kuantan, Pahang; Ipoh, Perak dan Johor Bahru, Johor.

"Selain pusat temuduga ini SPA memang sudah mempunyai pusat tetap di Putrajaya, Jalan Cenderasari di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching.
"Objektif pembukaan pusat temu duga ini adalah untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada calon-calon yang berurusan dengan SPA khususnya bagi yang akan menghadiri temuduga," katanya.

Pusat temuduga Alor Setar yang dilengkapi infrastruktur moden dan lengkap itu mampu menampung 320 calon bagi satu-satu masa, mempunyai sembilan bilik temuduga, satu bilik pemeriksaan fizikal dan ruang menunggu dengan kemudahan komputer berinternet. - BERNAMA

0 28/35. Nahas paling ngeri membabitkan bas ekspress

Nahas bas terburuk negara


2010/12/20
KUALA LUMPUR: Kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, hari ini yang meragut 28 nyawa adalah yang paling dahsyat dalam sejarah negara.

Dalam nahas pada 11.10 pagi tadi, 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. Kemalangan terburuk melibatkan sebuah pas sebelum ini berlaku pada 13 Ogos 2007, apabila 20 orang terbunuh dan sembilan cedera di KM229 Lebuh Raya Utara-Selatan, di Bukit Gantang dekat Taiping. Berikut kemalangan bas yang berlaku tahun ini, tidak termasuk nahas pagi tadi.

16 DIS -- Empat kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh apabila bas jabatan itu terbabas lalu terjatuh dalam gaung di Kampung Moyog, 35 kilometer dari Penampang dekat Kota Kinabalu.

14 DIS -- Seramai 14 orang pekerja kilang cedera apabila bas kilang yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Km 156.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang, selepas bergesel dengan sebuah treler yang turut terhumban ke dalam parit.

11 DIS -- Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara Jasin, Melaka parah apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di kilometer 304.5 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Gopeng, Perak.
4 NOV -- Seorang maut dan dua cedera parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah tali air di Kampung Sungai Miang, di km20 Jalan Pekan-Nenasi, Pahang.

29 OKT -- Tujuh penumpang maut dan 39 cedera termasuk 17 parah apabila sebuah bas terlibat dalam kemalangan di KM36 Lebuhraya Karak ke Kuala Lumpur.

10 OKT -- 13 penumpang maut dan 40 cedera apabila bas ekspres terlibat kemalangan di KM223 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat-Rembau.

2 SEPT -- Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di Km 35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.

27 OGOS -- Seorang pemandu bas ekspres terbunuh manakala tiga cedera parah dan enam cedera ringan apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Km306.2 Lebuhraya Utara-Selatan.

17 APRIL -- Seorang penumpang patah tulang rusuk manakala enam yang lain cedera ringan apabila sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Johor Baharu ke ibu negara terbabas di KM32 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Kulai Jaya, Johor.

20 MAC -- 40 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila kenderaan berkenaan terbabas dan terperosok ke dalam tali air di Km 42 Jalan Kuantan-Kemaman.

4 FEB -- 15 penumpang bas Ekspres Konsortium yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur nyaris maut selepas bas berkenaan melanggar dua kenderaan lain di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang. - BERNAMA




Artikel berkaitan:


Nama 28 korban nahas bas Simpang Pulai


2010/12/20
IPOH: Pihak polis setakat ini mengeluarkan senarai nama dua rakyat Malaysia dan 22 rakyat Thailand daripada 28 orang semuannya yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, 11.40 pagi tadi.

1. Omar Shahidan, 48, pemandu, rakyat Malaysia 2. Soontorn a/l Kian, 38, (pemandu pelancong lelaki keturunan Siam Malaysia) 3. Charcart Knagsuwan, 48, (lelaki) 4. Thanvaraj Poolsang, 36, (perempuan) 5. Nutthiya Inyyim, 50, (perempuan)
6. Poonporn poolsaene, 41, (lelaki)
7. Sumruay Swatphet, 48, (lelaki)
8. Putharee Akkrarachaw Wanont, 42, (perempuan)
9. Ponethanest Akkrarachaw Wanont, 45, (lelaki)
10. Suchanchida Chaiaueai, 40, (perempuan)
11. Sriwai Swatphet, 42, (perempuan) 12. Prinya Prassakulchai, 48, (perempuan)
13. Chutima Throukool, 25, (perempuan)
14. Thitisak Pongtanarat, 51, (lelaki)
15. Junpen Pongtanarat, 50, (perempuan)
16. Phayong Kruanjinli, 59, (lelaki)
17. Ekachai Na Bangxang, 64, (perempuan)
18. Mantana Phromduag, 51, (perempuan)
19. Rung Da (perempuan)
20. Darunee Songserm (perempuan)
21. Isariya Thiangtham, 25, (perempuan)
22. Ampaiwan Thiangtham, 50 (perempuan)
23. Malinan Mekmahaprom, 53, (perempuan)
24. Achara Wiwat, 36, (perempuan) - BERNAMA


Artikel berkaitan:


Nahas paling ngeri




ANGGOTA polis serta Bomba dan Penyelamat mencari mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran mengakibatkan 27 maut di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR dan CHINA PRESS



IPOH 20 Dis. – Percutian sekumpulan 35 pelancong warga Thailand ke pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang bertukar menjadi tragedi apabila 25 daripada mereka maut manakala 10 lagi parah dalam nahas yang disifatkan terburuk dalam sejarah kemalangan membabitkan bas ekspres di negara ini.

Nahas ngeri kira-kira pukul 11.50 pagi di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands itu turut meragut nyawa dua rakyat tempatan iaitu pemandu bas, Omar Shahidan (gambar), 48, dan Soontorn Kian, 38, pemandu pelancong berketurunan Siam.

Ketika kejadian, terdapat seramai 37 orang dalam bas tersebut. Seramai 15 yang terbunuh dalam nahas itu adalah wanita manakala selebihnya 12 orang lelaki.

Dengan angka 27 kematian itu, nahas tersebut disifatkan terburuk dalam sejarah nahas kemalangan jalan raya di negara ini.

Ia meragut paling banyak nyawa selepas kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres di Kilometer 229, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bukit Gantang, Perak, meragut 21 nyawa dan mencederakan lapan yang lain pada 13 Ogos 2007.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, seramai 22 mangsa mati di tempat kejadian, empat ketika dalam perjalanan ke hospital manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

“Bas persiaran dua tingkat itu dikatakan hilang kawalan sewaktu menuruni laluan berbukit sebelum merempuh pembahagi jalan konkrit berdekatan Kampung Juang di sini.

“Bas itu kemudian terpelanting ke laluan bertentangan sebelum terbalik ke dalam longkang sedalam satu meter,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Menurut Zakaria, bas itu menuruni Cameron Highlands kira-kira pukul 11 pagi menuju ke Kuala Lumpur kerana pelancong berkenaan dikatakan akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Polis terpaksa menutup laluan kedua-dua arah selepas kemalangan tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata, bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu didaftarkan di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah.

Sementara itu, pengarah urusan syarikat berkenaan, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan ketika dihubungi Bernama berkata, sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan melibatkan syarikat itu.

“Tak sangka jadi macam ini. Saya tak tahu punca... saya kena balik dan bincang,” katanya.

Menurut Eng Hock, syarikat yang didaftarkan pada 2007 itu mempunyai enam buah bas. Ditanya mengenai bentuk bantuan kepada mangsa, beliau berkata syarikat akan merancang sesuatu.

Laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands dibuka kepada lalu lintas pada 2003 dan merupakan laluan alternatif ke Cameron Highlands selain jalan dari Tapah.

Jalan tersebut juga digunakan bagi mereka yang mahu pergi ke Gua Musang melalui Lojing, Kelantan.

Zakaria ketika ditanya sama ada kemalangan itu berpunca daripada kegagalan brek atau dipandu laju tidak menafikan kemungkinan tersebut dan akan menyiasat dua faktor berkenaan.

“Siasatan lanjut punca sebenar nahas akan dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros),” katanya.



Artikel kemaskini:


Senarai mangsa nahas bas persiaran


2010/12/21
IPOH: Berikut senarai nama mangsa kemalangan bas persiaran di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini semalam.

Senarai maut: Rakyat Malaysia 1. Omar Shahidan, 48 (pemandu bas) 2. Soontorn Kian, 38 (pemandu pelancong)
Rakyat Thailand:
1. Nutthiya Inyim, 50 (Perempuan)
2. Poonporn Poolsaeng, 41 (Lelaki)
3. Sumruay Swatphet, 48 (L)
4. Puthnaree Akkrarachawwanont (P)
5. Pongthanest Akkrarachawwanont (L) 6. Sriwai Swatphet, 42 (P)
7. Prinya Prassakulchai, 48 (P)
8. Chutima Throukool, 25 (P)
9. Thitisak Pongtanarat, 51 (L)
10. Junpen Pongtanarat, 50 (P)
11. Phayong Kruanjili, 59 (L)
12. Ekachai Na Bangxang, 64 (L)
13. Mantana Phromduag, 51 (P)
14. Isariya Thiangtham, 25 (P)
15. Ampaiwan Thiangtham, 50 (P)
16. Maliwan Mekhmahaprom, 53 (P)
17. Natkritta Poolsaeng, 6 (P)
18. Weera Chuntanagon,48 (L)
19. Pimontip Kodsa-at, 48 (P)
20. Pongsak Swatphet,40 (L)
21. Malee Boonchun,43 (P)
22. Phuwadit Thanasaktheenakum, 63 (L)
23. Tananthon Thanasaktheenakum, 63 (P)
24. Piyanon Klingchuay, 48 (P)
25. Uraiwan Laddaklom, 61 (P)


Senarai cedera:
Rakyat Thailand
1. Somchai Polanan, 63 (L)
2. Chirarot Bunthicinwiwatn, 43 (L)
3. Achara Wiwat, 36 (P)
4. Pramuaalrat Phimpahu,44 (P)
5. Suchanchira Chaiaueai, 40 (P)
6. Thanvarat Poolsaeng, 36 (P)
7. Chucart Klungsuwan, 48 (L)
8. Rungnapa Klungsuwan, 53 (P)
9. Areena Songserm, 19 (P)
10. Darunee Songserm, 59 (P) - BERNAMA


Lanjutan artikel:


25 mayat dihantar pulang

Oleh MOHD.AZLI ADLAN dan AQMAR ALLADAD
berita@kosmo.com.my



KERANDA 25 mayat warga Thailand disusun selepas dibawa keluar dari Rumah Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh semalam.


IPOH – Suasana pilu menyelubungi Rumah Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semasa waris 25 mangsa warga Thailand yang terbunuh dalam nahas melibatkan sebuah bas persiaran di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands melakukan pengecaman mayat semalam.

Mereka yang diterbangkan dengan dua pesawat Hercules C-130 dari Bangkok, Thailand itu tiba pada pukul 11 pagi di pekarangan hospital dengan diiringi oleh Duta Thailand di Malaysia, Thana Duagratana.

Selepas proses pengecaman mayat selesai, kesemua 25 keranda yang mengandungi mayat mangsa nahas disusun di pekarangan Rumah Mayat HRPB bagi menjalani upacara keagamaan Buddha yang diketuai lima sami Tokong Wat Sri Bunyawana di sini.

Semasa upacara itu berlangsung, beberapa waris kelihatan sebak dan meraung meratapi pemergian insan tersayang.

Aummarine Kamolkunpipat yang merupakan suami kepada mangsa, Piyanon Klingchuay, 48, tidak dapat mengawal kesedihan dan memeluk keranda yang menempatkan mayat isterinya sebelum ditenangkan oleh seorang wakil Kedutaan Thailand.

0 Berfikir di luar kotak untuk survival selepas SPM

Transformasi vokasional lahirkan ramai usahawan

Oleh Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom

TAHUKAH anda bahawa terdapat ramai di kalangan peniaga yang menjalankan perusahaan kecil seperti pembuatan roti, menghasilkan makanan ringan atau menternak ikan dan ratusan jenis perusahaan kecil lain yang boleh mendapat pendapatan bulanan bersih mencecah puluhan ribu ringgit? Atau dengan kata lain mereka boleh mendapat pendapatan bersih lebih daripada 'lima angka' sebulan.

Pengusaha atau peniaga kecil ini bergerak di pasar-pasar malam, bazar-bazar, pasar-pasar basah, bengkel-bengkel atau kedai-kedai biasa di seluruh negara.

Mereka ini sebenarnya bukanlah pengusaha yang besar. Memulakan perniagaan dengan modal yang kecil dan sebahagian besar daripada mereka tidak pernah menjejakkan kaki ke menara gading. Tetapi mereka boleh berbangga kerana mendapat pendapatan yang lumayan, mengagumkan dan boleh digolongkan orang yang berpendapatan tinggi.

Siapakah mereka ini sebenarnya?

Mereka ini dikenali sebagai usahawan atau 'entrepreneur'. Mereka merupakan orang yang menjalankan perniagaan dan perusahaan. Apa yang menarik dalam masa yang sama, mereka dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang lain.

Kumpulan usahawan ini sangat penting kepada pembangunan negara. Ia selari dengan matlamat kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai rakyat berpendapatan tinggi dan menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

Pendapatan kasar tahunan berjumlah RM23,700 pada masa kini akan ditingkatkan kepada RM48,000 pada 2020. Dalam masa yang sama akan diwujudkan 3.3 juta pekerjaan baru dan akan berusaha untuk menambah bilangan pekerja mahir daripada 23 peratus sekarang kepada 37 peratus.

Siapakah sebenarnya kumpulan usahawan ini?

Usahawan sering dikaitkan dengan mereka yang berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan perusahaan walaupun mempunyai modal yang kecil. Mereka juga biasanya mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi, suka menggunakan idea baru atau sekarang ini biasa dikatakan 'berfikir di luar kotak kebiasaan'. Mereka juga mempunyai sikap berani mencuba dan yang penting ialah sikap tidak takut gagal.

Ada yang berpendapat bahawa kebanyakan golongan usahawan ini dilahirkan daripada kalangan keluarga usahawan juga. Logiknya ialah sejak kecil mereka sudah terdedah dengan dunia perniagaan yang diusahakan oleh ibu bapa atau kaum keluarga.

Bagaimanapun tidak semestinya kewujudan golongan ini kerana faktor warisan semata-mata. Tetapi sebenarnya untuk menjadi usahawan ia boleh dipelajari. Andainya seseorang itu tidak mempunyai pengalaman dalam dunia keusahawanan, mereka masih boleh menerokai bidang itu dengan cara belajar iaitu berusaha mendapatkan pendidikan serta ilmu pengetahuan yang berkaitan dengannya.

Di negara kita pendedahan tentang ilmu keusahawanan boleh didapati melalui institusi pendidikan vokasional. Ketika ini terdapat sebanyak 88 buah sekolah vokasional di seluruh negara dan telah berjaya mengeluarkan puluhan ribu pelajar dan ramai di kalangan mereka yang menjadi usahawan berjaya.

Baru-baru ini Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tentang peluasan bidang vokasional dan kemahiran serta dijadikan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (NKRA).

Tambah beliau bilangan pelajar aliran vokasional yang berjumlah 87,188 pelajar atau kira-kira 10 peratus pada 2010 akan ditingkatkan kepada 196,000 pelajar atau 20 peratus menjelang 2015.

Menteri Pelajaran memberikan penekanan kepada aliran vokasional kerana ia berkaitan dengan keperluan negara melahirkan lebih ramai pekerja mahir dan separuh mahir serta berusaha melahirkan ramai golongan usahawan.

Dalam lawatan beliau ke Perancis, Australia dan Indonesia baru-baru ini, didapati bilangan pelajar dalam aliran tersebut di negara-negara berkenaan ada yang melebihi 50 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar.

Mengapakah aliran vokasional menjadi bidang pendidikan yang penting pada masa kini?

Tidak dapat dinafikan bahawa soal mencari pekerjaan sering merupakan isu besar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang baru menamatkan pendidikan menengah.

Setiap tahun kira-kira seramai 500,000 orang pelajar mengambil peperiksaan SPM. Menurut beberapa kajian hanya kira-kira 30 peratus sahaja daripada kumpulan tersebut yang akan melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Sudah tentu selebihnya akan berusaha memasuki pasaran pekerjaan.

Dalam isu mencari pekerjaan ini sudah tentulah tidak dapat ditampung sepenuhnya oleh perkhidmatan awam atau dengan kata lain makan gaji dengan kerajaan. Di samping itu, pihak swasta juga tidak mampu menyediakan pekerjaan dalam jumlah yang sebesar itu.

Cuba bayangkan dalam tempuh tiga tahun sahaja jumlah pelajar yang meninggalkan bangku sekolah atau yang menamatkan peperiksaan SPM boleh mencecah satu setengah juta orang.

Mungkin ada yang akan mencadangkan mengapa tidak anak-anak muda itu disarankan melakukan pekerjaan sendiri. Sesungguhnya saranan ini tidak adil kepada mereka kerana bagaiman mereka yang masih mentah dan tidak arif tentang selok-belok perniagaan atau sesuatu pekerjaan disuruh terus terjun ke bidang tersebut.

Mereka seharusnya dibekalkan dengan ilmu dan pengalaman awal yang berkaitan dengan perniagaan atau bidang yang akan diceburi.

Dalam hal ini sekolah vokasional adalah jawapannya kerana ia boleh menyediakan bekalan awal dalam bentuk ilmu pengetahuan, kemahiran dan memberi sedikit pengalaman melalui latihan praktikal.

Peranan yang dimainkan oleh pendidikan vokasional untuk melahirkan ramai golongan usahawan akan dapat membantu negara dalam usaha mewujudkan lebih banyak pekerjaan. Bukan sahaja untuk diri mereka sendiri tetapi dalam masa yang sama memberi peluang kepada orang lain untuk bekerja.

Dengan kata lain lebih ramai golongan usahawan dilahirkan, maka peluang pekerjaan akan bertambah.

PENULIS ialah bekas Ketua Pengarah Pelajaran

tansrialimuddin@yahoo.com

0 Tahun 2010 merupakan tahun paling tragik menyaksikan banyak bencana alam berlaku

Suku juta penduduk dunia maut dalam bencana alam

WASHINGTON 20 Dis. - Sekurang-kurangnya suku juta penduduk dunia maut dalam bencana alam seperti gempa bumi, banjir, letusan gunung berapi, kemarau dan tanah runtuh tahun ini, lebih ramai berbanding kematian akibat serangan keganasan dalam tempoh 40 tahun lalu.

Pentadbir Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan Amerika Syarikat (AS), Craig Fugate berkata, tahun 2010 juga merupakan tahun paling tragik dalam tempoh lebih satu generasi yang menyaksikan begitu banyak bencana alam berlaku.

"Tahun ini, bencana alam terjadi tanpa henti dalam banyak gelombang. Istilah 'peristiwa dalam masa 100 tahun' tidak boleh lagi diguna pakai tahun ini," katanya.

Saintis dan pakar bencana alam menjelaskan, manusia perlu dipertanggungjawabkan di atas semua malapetaka yang berlaku.

Mereka berkata, walaupun kebanyakan bencana alam boleh berlaku bila-bila masa, campur tangan manusia menyebabkan lebih banyak kematian, kemusnahan selain keadaan yang lebih buruk.

Sebagai contoh, gabungan aktiviti pembinaan dan amalan pembangunan yang tidak mengikut standard, boleh menyebabkan kesan gempa bumi yang lebih buruk di samping mengakibatkan lebih banyak kematian.

"Bencana alam seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi berlaku secara tetap. Semua perubahan yang terjadi adalah disebabkan campur tangan manusia," kata Naib Presiden Swiss Re, syarikat insurans kedua terbesar dunia.

Menurut saintis, iklim Bumi juga berubah disebabkan fenomena pemanasan global yang berpunca daripada kegiatan manusia, sekali gus menyebabkan cuaca yang ekstrem seperti kepanasan melampau serta banjir.

Ogos lalu, cuaca panas melanda Rusia, sementara jauh di selatan, sebahagian besar Pakistan ditenggelami banjir. Cuaca ekstrem di kedua-dua negara itu membunuh hampir 17,000 orang, kematian yang lebih ramai berbanding jumlah korban nahas udara dalam tempoh 15 tahun lalu.

"Kematian ini dilihat sebagai tindakan membunuh diri. Kita membina rumah yang boleh membunuh jika gempa bumi berlaku. Kita juga membina rumah di zon banjir yang boleh melemaskan kita," kata profesor sains geologi di Universiti Colorado, Roger Bilham. - AP



Artikel berkaitan:


Sorotan 2010: Bencana alam ragut 500,000 penduduk dunia

Oleh Shamsiah Sanin
bhnews@vharian.com.my
2010/12/20


TAHUN 2010 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Pelbagai peristiwa berlaku di seluruh dunia, ada yang menggembirakan dan ada juga yang menyedihkan. Bagaimanapun, suatu perkara yang amat ketara sepanjang 2010 ialah bencana alam begitu banyak berlaku di seluruh dunia, tidak kira sama ada ia bencana semula jadi atau akibat kecuaian manusia.Ketika kira-kira setengah juta penduduk dunia terbunuh akibat bencana alam sepanjang tahun ini, pakar kaji cuaca meramalkan lebih banyak bencana luar biasa akan berlaku pada 2011.
Pengarah Projek Penyelidikan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ghassem Asrar, berpendapat bencana alam berlaku akibat perubahan iklim.

“Perubahan ini umpama masalah baru kerana menyebabkan kelembapan dan suhu panas tidak dapat beredar secara semula jadi, mengakibatkan suhu sejuk, panas dan ribut yang berpanjangan,” katanya.

Seawal 12 Januari, dunia dikejutkan dengan kejadian gempa bumi berkekuatan 7.0 skala Richter di Haiti menyebabkan sekurang-kurangnya 220,000 orang terbunuh, manakala satu juta lagi hilang tempat kediaman, menjadikan ia gegaran paling dahsyat pernah melanda Hemisfera Barat.
Gempa yang berpusat kira-kira 16 kilometer ke barat daya Port Au Prince mengakibatkan gegaran kuat yang memusnahkan sebahagian besar bandar itu. Kebanyakan bangunan yang dibina dengan bahan bermutu rendah runtuh dan berkecai seolah-olah ia dibuat daripada kertas.

Penduduk yang selamat pula menderita kebuluran dan jangkitan penyakit, manakala bantuan antarabangsa tidak sampai ke akar umbi, ketika pengkaji meramalkan satu gempa bumi besar boleh melanda negara itu pada bila-bila masa.

Walaupun tahun 2010 akan berakhir, keadaan di Haiti masih jauh daripada pembinaan semula. Negara itu tidak mampu membantu rakyatnya memulihkan semula kehidupan mereka.

Lebih buruk lagi, Haiti kini dilanda wabak taun dan setakat ini ia sudah mengorbankan lebih 2,000 nyawa, manakala 5,000 lagi sedang berdepan dengan maut.

Pada 27 Februari, enam minggu selepas gempa bumi di Haiti, gempa berukuran 8.8 melanda pesisir pantai Maule di Chile. Gelombang tsunami melanda perkampungan nelayan, menggegar enam negeri menyebabkan 500 orang terbunuh manakala kerugian dianggarkan AS$30 bilion (RM93.6 bilion).

Di Pakistan, hujan monsun yang turun pada Julai setiap tahun adalah fenomena biasa dan dinanti ramai petani untuk mengairi ladang dan tanaman mereka.

Malangnya, hujan monsun kali ini adalah yang terburuk dalam tempoh 100 tahun.
Apabila hujan lebat akhirnya berhenti, satu perlima wilayah Pakistan ditenggelami air, wilayah yang sama besar dengan negeri Minnesota dan Texas di Amerika Syarikat.

Selain itu, lebih 2,000 penduduk mati manakala enam juta lagi hilang tempat tinggal. Kerugian pula dianggarkan AS$9.6 bilion (RM30.11 bilion) manakala lebih dua juta hektar tanah pertanian musnah.

Lebih memburukkan keadaan, bantuan yang diharapkan tidak sampai seperti yang diharapkan penduduk, manakala masalah kekurangan bekalan air bersih, pelbagai penyakit berjangkit termasuk taun dan demam denggi menambahkan lagi penderitaan penduduk.

Di Eropah pula, gunung berapi Eyjafjallajokull di Iceland meletus pada 14 April, memuntahkan 330,000,000 meter padu wap, batu kecil dan debu halus serta tajam ke udara dan menjejaskan dengan teruk jadual penerbangan di semua bandaraya Eropah.

Debu gunung berapi boleh memasuki enjin pesawat menyebabkan pesawat gagal berfungsi, sekali gus mampu mengakibatkan nahas udara.

Kesatuan Eropah (EU) yang bimbang keadaan lebih buruk, menghentikan semua penerbangan di 23 negara Eropah selama enam hari. Lebih 100,000 penerbangan dibatalkan manakala lapan juta penumpang terpaksa mencari alternatif lain.

Pelakon, pelawak dan penerbit filem John Cheese dilaporkan terpaksa membayar AS$5,500 (RM17,520) kepada seorang pemandu teksi untuk membawanya dari Oslo, Norway ke Brussels di Belgium kerana tiada jalan lain lagi.

Pembatalan jadual mengakibatkan syarikat penerbangan kerugian AS$250 juta (RM784.2 juta) sehari, manakala syarikat pembekal makanan untuk penumpang kehilangan sumber perniagaan.

Kerajaan di Eropah juga ‘menggaru kepala’ memikirkan bagaimana mahu membayar balik wang penumpang yang terkandas.

Kira-kira 800 penduduk yang tinggal di sekitar kawasan gunung itu dipindahkan, na mun suatu fakta luar biasa ialah tiada mangsa terbunuh akibat letusan itu.
Pada hari yang sama, gempa bumi 7 skala Richter di kawasan terpencil Tibet dekat China menyebabkan lebih 2,200 orang maut dan meruntuhkan beribu-ribu kediaman.

Pada 20 April pula, satu letupan berlaku di pelantar minyak BP di Teluk Mexico, mengorbankan 11 pekerja dan mencederakan 17 yang lain.

Empat hari selepas kejadian syarikat itu mendapati kebocoran berlaku pada penutup telaga minyak, menyebabkan tumpahan besar di Teluk Mexico, menjejaskan dengan teruk kehidupan ratusan ribu penduduk pesisir pantai yang bergantung hidup kepada hasil laut. Kebocoran yang berlaku mengakibatkan kemusnahan ekonomi paling besar dan paling mahal berikutan ia berlaku di kawasan perairan paling produktif di Amerika.

Di Indonesia, gunung berapi Merapi yang meletus dan memuntahkan lahar, memaksa kerajaan memindahkan lebih 19,000 penduduk di kawasan sekitar ke tempat selamat. Pihak berkuasa merekodkan 500 gegaran dalam tempoh dua hari dari 23 hingga 24 Oktober.

Selepas gegaran muntahan lahar berterusan, letusan Merapi semakin berkurangan pada 10 November. Bagaimanapun, ketika itu lebih 320,000 orang hilang tempat tinggal, manakala 324 orang terkorban termasuk penjaga gunung itu Mbah Marijan.

Di Russia, suhu panas melampau pada bulan Julai mencetuskan kebakaran besar di kawasan hutan di negara itu menyebabkan ruang udara negara dipenuhi asap beracun. Malah asap tebal turut melitupi Moscow, menjadikan ruang udara bandaraya itu berwarna kemerahan sehingga dapat dilihat dari angkasa lepas.

Lebih 50 terbunuh, manakala 3,000 lagi kehilangan kediaman. Perdana Menteri Vladimir Putin juga ikut serta dalam operasi memadam kebakaran menggunakan helikopter.

Bagaimanapun, Russia bernasib baik apabila suhu tiba-tiba menurun dan hujan turun dengan lebat membantu memadamkan kebakaran dan memulihkan keadaan alam sekitar.

Tahun 2011 bakal menjelang dan pelbagai ramalan mengenai kejadian bencana alam sudah dibuat. Penganalisis meminta semua kerajaan membuat persediaan bagi menangani fenomena ini, bagi mengurangkan kesan kemusnahan dan kehilangan nyawa.

Monday, December 20, 2010

0 Tiga dari sepuluh kes perceraian dari keluarga kerjaya isteri lebih tinggi berbanding suami

Taraf, kedudukan tidak sama punca penceraian

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Tahap pendidikan dan ekonomi golongan wanita yang semakin meningkat dikhuatiri antara punca utama berlakunya penceraian di kalangan pasangan suami isteri pada masa kini.

Peguam Syarie, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, berdasarkan pengalamannya mengendalikan kes-kes penceraian pasangan beragama Islam, faktor tersebut didapati semakin berleluasa atas beberapa sebab.

"Si isteri yang mempunyai kerjaya dan pendidikan serta taraf ekonomi lebih baik berbanding suami didapati mudah berasa bosan dengan kedudukan suami yang lebih rendah.

"Golongan isteri ini juga akan hilang rasa hormat terhadap suami apabila mereka terlalu biasa dengan kehidupan sebagai pemimpin di tempat kerja atau di dalam masyarakat. Jadi jalan penyelesaian adalah bercerai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah berkaitan Undang-Undang Keluarga Islam anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan (PJS) dekat sini, hari ini.

Selain ceramah, kursus pengurusan jenazah turut diadakan pada program sehari itu.

Khairul Anwar berkata, berdasarkan pengalamannya, sebanyak tiga daripada 10 kes penceraian yang dikendalikannya kini adalah disebabkan kedudukan dan taraf isteri yang melebihi si suaminya.

"Pada hari ini kita melihat ramai wanita yang berkelulusan tinggi berbanding lelaki. Jadi ini sebenarnya menjadi cabaran pada kaum lelaki untuk memperbaiki tahap ekonomi, pendidikan dan sosial mereka.

"Bagi si isteri pula, mereka akan mampu mempertahankan perkahwinan jika mereka patuh dan sedar tanggungjawab sebagai isteri walaupun suami tidak sama taraf dengan mereka. Jangan bawa sikap pemimpin di tempat kerja ke rumah," katanya.

Beliau berkata, amat penting bagi wanita hari ini memilih suami yang 'sekufu' atau setaraf dengan kedudukan mereka supaya dapat mengelak berlakunya penceraian.

Dalam pada itu, Ketua Puteri UMNO Bahagian PJS, Jamilah Hanim Othman berkata, pihaknya akan terus mengadakan program ceramah dan kursus sedemikian di kawasan tersebut bagi mendidik golongan muda tentang pentingnya pengetahuan berhubung undang-undang keluarga Islam.

Katanya, program tersebut mendapat maklum balas positif daripada penduduk di kawasan itu terutama di kalangan generasi muda yang mahu melengkapkan diri dengan pengetahuan agama.

"Kita mahu membuka ruang dan peluang kepada mereka untuk sama-sama mendalami dan mempelajari aspek-aspek penting dalam soal agama ini," katanya.

0 Suka dan duka bekerja di luar negara : Rakyat Indonesia

Pekerja Indonesia di luar negara hantar pulang RM16b setahun
JAKARTA 19 Dis. – Lebih empat juta rakyat Indonesia menjadi pekerja asing di luar negara terutamanya di Malaysia, Singapura, Arab Saudi, Hong Kong, Taiwan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait.

Menurut rekod Bank Indonesia (BI) sehingga September 2010, pekerja Indonesia di luar negara pada tahun ini menghantar pulang wang berjumlah AS$5.03 bilion (RM16.1 bilion), meningkat 2.44 peratus berbanding AS$4.91 bilion (RM15.22 bilion) dalam tempoh sama tahun lepas, lapor agensi berita Antara semalam.

Jurucakap bank pusat itu, Difi A. Djohansyah baru-baru ini berkata, pada tahun ini sehingga September 2010, Indonesia menghantar 427,000 pekerja ke luar negara, menurun 12 peratus berbanding 479,000 pekerja dalam tempoh sama pada 2009.

Dengan pertambahan pekerja itu, jumlah pekerja Indonesia di luar negara pada September 2010 mencecah 4.32 juta orang.

Kemiskinan dan kekurangan pekerjaan di negara sendiri adalah antara faktor yang memaksa mereka bekerja di luar negara.

Di sebalik banyak cerita gembira, terdapat juga beberapa kisah duka kerana pekerja menjadi mangsa tragedi dan penderitaan.

Ada yang kembali ke tanah air di dalam keranda kerana menjadi mangsa penyakit, pembunuhan dan kemalangan, manakala sesetengah pembantu rumah hilang upaya akibat diseksa oleh majikan mereka.

Baru-baru ini Sumiati Salan Mustafa dari Nusa Tenggara Barat (NTB) dilaporkan didera oleh majikannya di Madinah, Arab Saudi, dengan tubuhnya diseterika dan sebahagian bibirnya digunting.

Buat masa ini terdapat 927,500 pekerja Indonesia di Arab Saudi, menjadikannya pengguna tenaga kerja Indonesia yang kedua terbesar selepas Malaysia.

Pengarah Eksekutif pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Migrant Care, Anis Hidayah baru-baru ini berkata, penderaan yang dialami oleh Sumiati kerap berlaku pada pekerja lain tetapi kerajaan Indonesia tidak menganggapnya sebagai masalah serius yang memerlukan tindakan konkrit. – Bernama

0 Fahaman Syiah ditolak di Malaysia yang mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Waljamaah (Mazhab Shafie)

Malaysia hormati ajaran Syiah di negara lain

YAN 19 Dis. - Malaysia bersikap terbuka dengan mana-mana ajaran termasuk fahaman Syiah yang diamalkan di negara lain atas dasar menjaga hubungan diplomatik tetapi tidak membenarkan ia disebarkan di negara ini kerana boleh mengancam keharmonian rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, fahaman Syiah tidak sesuai dianuti oleh masyarakat Islam Malaysia yang berpegang kepada mazhab Imam Syafie kerana kebanyakan amalan ajaran itu bertentangan dengan Ahli Sunah Waljamaah yang diktiraf negara.

"Dalam konteks perhubungan diplomatik atau sesama negara, kita sentiasa terbuka dengan mana-mana (fahaman). Di Malaysia, kita daripada awal lagi amat memahami dan menyedari keunikan negara ini yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan budaya.

"Daripada bangsa yang pelbagai ini pula dalam konteks Islam ada yang bermazhab Hanafi, Hambali, Shafie dan Maliki. Kita tidak mahu ia menimbulkan sensiviti di kalangan orang Islam maka mazhab Syafie dijadikan pegangan rasmi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan bantuan pakaian seragam sekolah kepada seramai 415 pelajar dalam Parlimen Jerai anjuran Majlis Pengakap Daerah Yan dengan kerjasama UMNO bahagian itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, di sini hari ini.

Menurut Jamil Khir, penyebaran fahaman Syiah dikhuatiri bukan sahaja menyebabkan perpecahan bahkan permusuhan sebagaimana terjadi di negara-negara lain sehingga berlaku pertumpahan darah apabila penganutnya menterjemahkan fahaman itu dalam bentuk tindakan.

Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan menerusi bantuan majlis agama Islam di setiap negeri cuba mencegah penularan ajaran berkenaan dari peringkat awal lagi supaya ia tidak berakar umbi dalam masyarakat.

"Majlis agama Islam di seluruh Malaysia mempunyai peruntukan yang tidak membenarkan mengajar dan menyebarkan ajaran, menyimpan maklumat serta risalah yang bertentangan dengan Ahli Sunah Waljamaah.

"Ini kebaikan di Malaysia kerana kita sentiasa pantau, ia tumbuh sahaja, terus ambil tindakan. Kalau tunggu sehingga sudah berakar umbi, pokok itu sudah bertunjang, ia akan bagi masalah kepada kita," katanya.



Artikel berkaitan:


(Sumber: http://ilham-hasani.blogspot.com/2009/05/bahaya-fahaman-syiah.html)

Fahaman Syiah

Sumber Daripada Pusat Islam

http://www.islam. gov.my/ppi/ Syiah.html

ISI AJARAN :


A. Penyelewengan Dari Sudut Akidah
Imam adalah ma'sum.
Kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan.
Berpura-pura.
Saidina Ali disamatarafkan dengan Allah SWT
Menghalalkan nikah Mut'ah.
Khalifah diwasiatkan secara Nas.
Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia.
Muhamad bin Hassan al-Askari ialah Imam Mahdi ali-Muntazar.
Mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW
Menambah kalimah syahadah.
Menolak hadith yang diriwayatkan oleh ahli sunnah wal jamaah sekalipun hadith Mutawatir.
B. Penyelewengan dari Sudut Syariat
Menolak Ijmak Ulama.
Menolak Qias.
Mengamalkan Nikah Mut'ah.
Menolak 'aul dan mendahulukan Qurabah dari Asobah dalam masalah Pusaka.
Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikut adalah musuh Allah.
Hanya Ali menghimpun al-Quran dengan sempurna.
C. Pelbagai Penyelewengan Umum
Menziarahi kubur Saidina Hussain, ganjaran syurga.
Menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram.
Menghina Abu Bakar dan Umar serta dua orang isteri Nabi SAW iaitu Saidatina Aishah dan Hafsah.
Mengharuskan jamak sembahyang dalam semua hal.
Sembahyang Dhuha adalah haram.
Menetapkan prinsip khumus sebagai kadar zakat.
Imamah dan Khalifah daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas.
Islam bukan syarat wajib haji.
Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya.
TARIKH MUNCUL: 1979
TEMPAT BERKEMBANG: Selangor, Wilayah Persekutuan K.L., Kelantan, Johor, Perak dan Melaka.
TINDAKAN/HUKUMAN:
(a) Difatwakan oleh 5 buah negeri:
Selangor: 19 Januari 1998
No. Warta: Sel. P.U. 10
Tarikh Warta: 24.9.98
Negeri Sembilan: 12 Mac 1998
No. Warta: N.S. P.U. 5
Tarikh Warta: -
P. Pinang: 16 Januari 1997
No. Warta: Pg. P.U.I.
Tarikh Warta: -
W.Persekutuan: 3 April 1997
No. Warta: W.P. PU(B) 106
Tarikh Warta: 27 Julai 1997
Terengganu: 25 September 1997
No. Warta: PUN Tr. (142)
Tarikh Warta: 25 Sept. 97
(b) Majlis Penjelasan Akidah telah diadakan di Kuala Lumpur, Johor dan Perak 1997 tahun 1999. Kursus Pemurnian Akidah kepada Kader Syiah pada Ogos 1998 di Kemunting Perak.
Mengapa Kita Wajib Menolak Syi’ah

http://bahaya- syirik.blogspot. com/2007/ 10/038-mengapa- kita-wajib- menolak-syiah. html


Definisi (Ų“ِŁŠْŲ¹َŲ©) Syiah Dan Tasyayyu' (ŲŖَŲ“َŁŠُّŲ¹)

Dari segi etimologis (bahasa), Syiah bererti "Para Pengikut, Penyokong, Pendukung atau Pembela". Contohnya: Syiah Ali, bermaksud satu kelompok yang berupa "Penyokong, pendokong atau pembela Ali". Menurut Terminologi (istilah) syara, Syiah bermaksud "Sesiapa yang mengangkat kepimpinan Ali radiallahu 'anhu dan anak-anaknya". Dan apabila disebut si Fulan itu Syiah maka dia menganut atau berfahaman Syiah.

Tasyayyu' (Ų§Ł„ŲŖŲ“ŁŠŲ¹) pula menurut keterangan Syeikh al-Mufid ialah[1]:

Ų§Ł„ŲŖŲ“ŁŠŲ¹ Ł„ŲŗŲ© : Ł‡ŁˆŲ§Ł„Ų§ŲŖŲØŲ§Ų¹ Ų¹Ł„Ł‰ ŁˆŲ¬Ł‡ Ų§Ł„ŲŖŲÆŁŠŁ† ŁˆŲ§Ł„ŁˆŁ„Ų§Ų” Ł„Ł„Ł…ŲŖŲØŁˆŲ¹ Ų¹Ł„Ł‰Ų§Ł„Ų§Ų®Ł„Ų§Ųµ

.

"Tasyayyu' menurut etimologi adalah sikap mengikut yang didasari agama dan mengangkat orang yang diikuti dengan ikhlas".[2]

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman kalimah syiah dalam erti faktual suatu kelompok atau fahaman belum wujud dan belum terbentuk. Tetapi kelompok ini lahir ketika terjadinya pertikaian dan peperangan antara Syiah (penyokong) Ali dan Syiah Muawiyah. Hanya kelompok Syiah di waktu itu kesemua mereka berfahaman Ahli Sunnah wal-Jamaah.


Abdullah Bin Saba' (Si Munafik)

Abdulah bin Saba' adalah seorang pendita Yahudi dari Yaman. Berpura-pura masuk Islam (secara nifak) di zaman Khalifah 'Uthman bin Affan radiallahu 'anhu. Dialah pereka ajaran Syiah yang ekstrem yang menjadi punca bersemaraknya perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam terutama dalam kelompok Syiah itu sendiri. Abdullah bin Saba' pernah berkata yang ditujukan kepada Khalifah Ali radiallahu 'anhu: "Engkaulah Allah".[3] Maka Ali mengisytiharkan bunuh terhadap Abdullah bin Saba' tetapi ditegah oleh Ibn Abbas. Penyokong Ali membuangnya ke Madain (Ibu Negeri Iran lama).

Abdullah bin Saba' adalah orang pertama mengkafirkan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman dan tidak mengiktiraf kekhalifahan kecuali hanya dari kalangan Ahli Bait".[4] Seorang ulama Syiah Muhammad Husin al-Zain pernah memperkatakan tentang Abdullah bin Saba':

"Abdullah bin Saba' mengeluarkan qaul (yang sesat), mengajarkan fahaman yang ghalu (keterlaluan) ..... dan perbuatannya sangat melampaui batas".[5]

Saad bin Abdullah al-Qumy seorang ulama, pemimpin serta ahli hukum Syiah yang lahir pada 229H mengakui wujudnya Abdullah bin Saba'. Beliau menyebut beberapa nama orang yang berkonspirasi yang digelar sebagai Saba'iyah. Menurut beliau lagi bahawa komplot Saba'iyah adalah firqah pertama dalam Islam yang mengeluarkan perkatan-perkataan yang ghalu (keterlaluan) .

Saad bin Abdullah al-Qumy ulama besar Syiah yang masyhur ini telah memastikan bahawa Abdullah bin Saba' adalah orang yang mengeluarkan perkataan dan menampakkan dirinya mengecam dan menentang Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman radiallahu anhum serta tidak mengiktiraf kekhalifahan mereka.[6]

Pegangan Syiah Imamiyah yang ada sekarang adalah berasaskan ideologi dan doktrin sesat Abdullah bin Saba'. Fahaman ini disampaikan (dipelihara) dalam bentuk riwayat hadis yang dinasabkan kepada keluarga Nabi (Ahli Bait) dengan penuh kebohongan tetapi diterima oleh mereka yang jahil.[7]


Syiah Mengkafirkan Para Sahabat

Agama Syiah mengkafirkan para pembesar sahabat secara umum. Pengkafiran ini boleh dilihat dalam kitab-kitab besar Syiah yang ditulis oleh ulama mereka, contohnya ialah wasiat para ulama mereka:

1 - Abu Ja'far berkata:

"Semua manusia (kaum muslimin Ahli Sunnah wal-Jamaah) menjadi Ahli Jahiliyah (kafir/murtad setelah kewafatan Rasulullah) kecuali empat orang, Ali, Miqdad, Salman dan Abu Dzar".[8]

2 - Al-Kulaini[9]

Beliau mensifatkan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman telah terkeluar dari kalangan orang yang beriman (murtad/kafir) lantaran tidak melantik Ali sebagai khalifah setelah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam wafat.[10] Malah al-Kulaini mengkafirkan seluruh penduduk Mekkah dan Madinah. Menurut Kulaini:

"Penduduk Madinah lebih buruk dari penduduk Mekkah dan penduduk Mekkah telah kufur kepada Allah dengan terang-terang".[11]

Al-Kulaini juga menetapkan dalam kitabnya al-Kafi:

"Sesiapa yang tidak beriman kepada Imam Dua Belas maka dia adalah kafir walaupun dia keturunan Ali atau Fatimah".[12]

3 - Al-Majlisi, seorang ulama besar Syiah menegaskan:

"Bahawa mereka (Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman) adalah pencuri yang khianat dan murtad, keluar dari agama, semoga Allah melaknat mereka dan semua orang yang mengikut mereka dalam kejahatan mereka, sama ada orang dahulu atau orang-orang kemudian".[13]

Budak Ali bin Husin berkata:

"Saya pernah bertanya kepada Ali bin Husin tentang Abu Bakar dan 'Umar. Maka dia menjawab: Keduanya kafir dan sesiapa yang mencintainya juga kafir".[14]

4- Abu Basir (ulama Syiah) menegaskan:

"Sesungguhnya penduduk Mekkah telah kufur kepada Allah secara terang-terang dan penduduk Madinah lebih buruk dari penduduk Mekkah, lebih buruk tujuh puluh kali dari penduduk Mekkah".[15]

Demikianlah kenyataan, fatwa, kepercayaan, pandangan dan tuduhan jahat para ulama Syiah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah sama ada terhadap ulama atau orang awamnya.

Al-Quran Menurut Syiah

Menurut kepercayaan penganut Syiah al-Quran yang ada sekarang sudah diubah-suai, ditambah dan dikurangi oleh para sahabat dan tidak asli. Al-Quran yang asli berada di tangan Ali yang kemudian diwariskan kepada putera-puteranya. Menurut Syiah lagi bahawa pada masa sekarang ini al-Quran yang asli berada di tangan Imam Mahadi al-Muntazar.

Al-Kusyi pula berkata:

"Tidak sedikitpun isi kandungan di dalam al-Quran (yang digunakan oleh Ahli Sunnah wal-Jamaah sekarang, Pent.) yang boleh kita jadikan pegangan".[16]

Menurut para ulama Syiah:

"Seseorang itu akan dianggap kafir dan masuk neraka kerana tidak mengikut Imam Dua Belas Syiah atau kafir terhadap Syiah".

Syiah banyak merubah ayat-ayat al-Quran dan tafsirannya. Contohnya ayat:

Ł…َŲ§Ų³َŁ„َŁƒَŁƒُŁ…ْ ŁِŁ‰ Ų³َŁ‚َŲ±ٍ

"Mengapa kamu masuk neraka?"

(Menurut penafsiran ulama Syiah):

Ł‚َŲ§Ł„ُŁˆْŲ§ Ł„َŁ…ْ Ł†َŁƒُ Ł…ِŁ†َ Ų§Ł„ْŁ…ُŲµَŁ„ِّŁŠْŁ†

"Orang-orang kafir menjawab, Kami tidak solat".

Ulama Syiah merubah tafsirannya yang sebenarnya kepada maksud dan tafsiran:

"Kami (masuk neraka kerana) tidak mengikut Imam (Syiah)".[17]

Begitulah kekarutan, khurafat dan batilnya kepercayaan penganut syiah yang telah disepakati oleh para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagai akidah yang sesat lagi menyesatkan.


Hadis Menurut Syiah

Syiah menolak hadis-hadis sahih yang diriwayatkan oleh muhaddis Ahli Sunnah wal Jamaah, seperti Imam Bukhari, Muslim, Turmizi dan yang lainnya. Syiah hanya menerima hadis yang diriwayatkan oleh perawi Ahli Bait. Menurut Syiah hadis bukan semata-mata dari Nabi tetapi dari Imam Dua Belas yang maksum. Nilai perkataan imam yang maksum senilai dengan wahyu dan sabda nabi.[18]


Syiah Mengkafirkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah

1 - Syiah menggelar golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagai Nasibi(

Ł†َŲ§ŲµِŲØِŁŠ) "Penipu, Pembangkang atau penentang Ali bin Abi Talib" kerana mereka mendahulukan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman sebagai khalifah.

Begitu juga ulama Syiah mengkafirkan pengikut mazhab Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi kerana mereka digolongkan sebagai an-Nasibi. Menurut ulama Syiah lagi:

"Dalam kalangan ulama (Ahli Sunnah) dari Malik, Abi Hanifah, Syafie, Ahmad dan Bukhari semua mereka kafir dan terlaknat".[19]

Keyakinan Syiah yang sesat ini diambil dari keterangan ulama mereka Syeikh Husin al-'Usfur ad-Darazi al-Bahrani. Beliau menegaskan:

"Riwayat-riwayat para imam menyebutkan bahawa an-Nasibi (si Kafir) adalah mereka yang digelar Ahli Sunnah wal-Jamaah".[20]

2 - Syiah menganggap seluruh Ahli Sunnah wal-Jamaah kafir yang setara dengan orang-orang kafir musyrikin dan najis. Berkata Abu Qasim al-Musawi al-Khuri (ulama besar Syiah):

"Najis ada sepuluh jenis, yang ke sepuluh adalah orang kafir, iaitu yang tidak beragama atau yang beragama bukan Islam atau beragama Islam menolak yang datang dari Islam. Dalam hal ini tidak ada perbezaan antara murtad, kafir asli, kafir zimmi, Khawarij yang ghalu atau an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah)".[21]

Berkata Ruhullah al-Musawi (ulama Syiah):

"Sesungguhnya an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah) dan Khawarij dilaknati Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Keduanya adalah najis tanpa diragukan lagi".[22]

3 - Syiah mengkafirkan Ahli Sunnah kerana tidak mengiktiraf (tidak mengimani) Imam Dua Belas. Berkata Yusuf al-Bahrani (ulama Syiah):

"Tidak ada perbezaan antara orang yang kafir kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala, RasulNya dan yang kafir kepada para Imam Dua Belas".[23]

Dan berkata Kamil Sulaiman (ulama Syiah):

"Sesiapa yang meyakini para Imam Dua Belas maka dia adalah orang yang beriman dan sesiapa yang mengingkarinya dia adalah kafir".[24]

Syiah menghalalkan darah dan harta Ahli Sunnah. Berkata Muhammad bin Ali Babawaihi al-Qummi, dia meriwayatkan dari Daud bin Farqad:

"Aku bertanya kepada Abu Abdullah 'alaihis salam: Bagaimana pendapat engkau membunuh an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah)? Dia menjawab: Halal darahnya akan tetapi lebih selamat bila engkau sanggup menimpakan dengan tembok atau menenggelamkan (mati lemas) ke dalam air supaya tidak ada buktinya. Aku bertanya lagi: Bagaimana dengan hartanya? Dia menjawab: Rampas sahaja semampu mungkin".[25]

Berkata Abu Ja'far ath-Thusi (ulama Syiah):

"Berkata Abu Abdullah 'alaihis salam (Imam as-Sadiq): Ambillah harta an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah) dari jalan apapun kamu mendapatkannya dan berikan kepada kami seperlima".[26]

Yusuf al-Bahrani berkata (ulama Syiah):

"Dari dahulu sehinggalah sekarang, bahawa an-Nasibi kafir dan najis secara hukum, dibolehkan mengambil segala harta benda mereka bahkan dihalalkan membunuhnya" .[27]

Begitulah sikap golongan Syiah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mereka gelar sebagai an-Nasibi. Mereka bukan sahaja memusuhi Ahli Sunnah malah mengistiharkan bunuh dan rampas harta benda Ahli Sunnah wal-Jamaah. Dan rampasan tersebut dianggap oleh mereka sebagai ganimah (harta rampasan perang).


Agama Syiah Mewajibkan Taqiyah

Taqiyah (dissimulation) adalah satu prinsip yang diyakini oleh syiah Imamiyah. Berpegang kepada taqiyah adalah wajib bagi setiap penganut Syiah. Ianya adalah satu sikap yang menyembunyikan kebenaran yang (kononnya) jika didedahkan akan membawa kemusnahan diri atau agama seseorang Syiah.[28] Pada mulanya taqiyah dilakukan kerana takut terjadinya penindasan dari pihak pemerintah. Tetapi selanjutnya diamalkan untuk menipu, berbohong dan seterusnya untuk menghalalkan sesuatu yang haram atau sebaliknya.

Orang-orang Syiah akan menyamar sebagai Ahli Sunnah secara taqiyyah untuk memerangkap Ahli Sunnah yang kurang faham akan agama mereka. Tujuannya supaya dapat dirosakkan fahaman, akidah dan amal ibadahnya.

Abu Ja'far berkata:

"Taqiyah adalah agamaku dan agama nenek moyangku. Dan tidak beragama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyah".[29]

Abdullah berkata:

"Wahai Abu 'Umar! Sesungguhnya sembilan persepuluh dari agama terletak pada taqiyyah, tidak beragama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah pada segala sesuatu, kecuali arak dan menyapu sepatu".[30]

Diriwayatkan dari Ali bin Muhammad:

"Wahai Daud! Sekiranya kamu mengatakan bahawa orang yang meninggalkan taqiyah sama seperti orang yang meninggalkan solat, maka sesungguhnya betullah kata-katamu itu".[31]

Sebenarnya taqiyyah dalam agama Syiah adalah perbuatan nifak, pembuat nifak adalah seorang munafik. Tidak ada hadis sahih yang menghalalkan taqiyah sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Syiah. Si Munafik pula dilaknat Allah dan ditempat di neraka yang paling bawah (kerak neraka), maka Ahli Sunnah wal-Jamaah diharamkan dari bertaqiyah.


Syariat Syiah Yang Menyesatkan

Syariat Syiah yang sebenar amat bertentangan dengan syariat Ahli Sunnah wal-Jamaah. Syiah digolongkan oleh Imam Syahrastani di dalam bukunya "Al-Milal Wan-Nihal" dan al-Bagdadi dalam bukunya "Al-Faraq Bain al-Firaq" segabai golongan 72 yang ke neraka, kerana penganut Syiah selain mengkafirkan Amirul Mukminin Abu Bakar, ‘Umar al-Khatab, Uthman radiallahu anhum dan para sahabat yang lain, mereka juga lebih meyakini syariat Daud 'alaihis salam daripada syariat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam. Abu Ja'far berkata:

"Apabila Imam ghaib (Imam Mahdi) datang, ia akan memerintah dengan hukum syariat Daud (bukan syariat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, pent)".[32]


Nikah Mut'ah

Syiah menghalalkan nikah mut'ah seberapa banyak, beberapa kali yang diinginkan dan yang semampu. Mereka menghalalkan nikah mut'ah sehingga ke Hari Kiamat. Sebaliknya Ahli Sunnah wal-Jamaah telah mengharamkan nikah mut'ah sehinggalah ke Hari Kiamat. Antara hadis (hadis-hadis sahih) dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam yang mengharamkan nikah mut’ah ialah:

Ų¹َŁ†ْ Ų¹َŁ„ِŁŠِّ Ų§َŁ†َّ Ų§Ł„Ł†َّŲØِŁŠَّ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ Ł†َŁ‡َŁ‰ Ų¹َŁ†ْ Ł†ِŁƒَŲ§Ų­ِ Ų§Ł„ْŁ…ُŲŖْŲ¹َŲ©ِ ŁŠَŁˆْŁ…َ Ų®َŁŠْŲØَŲ±َ ŁˆَŲ¹َŁ†ْ Ł„ُŲ­ُŁˆْŁ…ِ Ų§Ł„ْŲ­ُŁ…ُŲ±ِ Ų§ْŁ„Ų§َŁ‡ْŁ„ِŁŠَّŲ©ِ

.
"Dari Ali (Bin Abi Talib): Sesungguhnya Nabi Sallallahu 'alaihi wa-sallam telah melarang nikah mut'ah pada hari peperangan Khaibar dan baginda mengharamkan makan daging keldai kampung".[33]

Ų§َŁ†َّ Ų±َŲ³ُŁˆْŁ„ُ Ų§Ł„Ł„Ł‡ِ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ Ł†َŁ‡َŁ‰ ŁŠَŁˆْŁ…ِ Ų§Ł„ْŁَŲŖْŲ­ِ Ų¹َŁ†ْ Ł…ُŲŖْŲ¹َŲ©ِ Ų§Ł„Ł†ِّŲ³َŲ§Ų”ِ

.
"Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam melarang nikah mut'ah pada hari futuh (pembukaan) Mekkah".[34]

Antara tanda-tanda penganut agama Syiah ialah menghalalkan nikah mut’ah walaupun telah diharamkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Golongan Syiah telah menyelewengkan hadis-hadis sahih yang mengharamkan mut’ah. Oleh itu, orang-orang beriman yang mengakui sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah perlu membenteras fahaman dan ajaran Syiah kerana Syiah adalah golongan yang sesat lagi menyesatkan.


RUKUN IMAN AGAMA SYIAH

Rukun iman Agama Syiah berbeza dengan rukum iman Ahli Sunnah wal-Jamaah, kerana rukun iman Syiah hanya lima perkara, iaitu:

1 - Beriman kepada keEsaan Allah - (

Ų§Ł„ŲŖŁˆŲ­ŁŠŲÆ)
2 - Beriman kepada Keadilan - (

Ų§Ł„Ų¹ŲÆŁ„)
3 - Beriman kepada Kenabian - (

Ų§Ł„Ł†ŲØŁˆŲ©)
4 - Beriman kepada Imam - (

Ų§Ł„Ų§Ł…Ų§Ł†Ų©)
5 - Beriman kepada Hari Kiamat - (

Ų§Ł„Ł…Ų¹Ų§Ł‡)

Imam Malik secara terang-terangan telah mengkafirkan golongan Syiah kerana golongan ini membenci para sahabat Nabi dan sesiapa yang membenci sahabat Nabi adalah kafir. Hal ini telah disepakati oleh sebahagian besar ulama.[35]

Imam Malik rahimahullah juga pernah menjelaskan tentang Syiah:

"Mereka (Syiah) jangan diajak berbual dan jangan pula diberi perhatian, mereka adalah golongan pembohong".[36]

Imam Syafie rahimahullah pula berwasiat:

"Belum pernah aku saksikan di kalangan manapun manusia yang begitu berani menjadi pendusta dan sebagai saksi-saksi palsu seperti golongan Syiah".[37]

Begitulah fatwa-fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah terhadap golongan Syiah. Tidak terdapat seorangpun dari kalangan mereka yang menerima Syiah sama ada fahaman atau akidah mereka. Oleh itu, berwaspadalah terhadap gerakan, doktrin dan di’ayah Siyah, kerana pada hakikatnya mereka adalah pembohong yang hanya mengajak kepada kesesatan, pecah-belah dan kehancuran umat Islam. Wallahua’lam. Walhamdulillahi rabbil ‘alamin.


Rujukan/Footnote:

[1]. Syeikh al-Mufid adalah seorang ulama Syiah abad (414 H/1022M).

[2]. Lihat: Awaailul Maqalat. hlm. 2. Syeikh al-Mufid.

[3]. Lihat: Rijal al-Kusyi. Hlm. 106-108. (Kitab ini "Rijal al-Kusyi") adalah kitab tertua menjadi rujukan dan pegangan golongan Syiah.

[4]. Lihat: Usul Mazhabi asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithna 'Asyariah. (1/74).

[5]. Lihat: Ų§Ł„Ų“ŁŠŲ¹Ų© ŁŁ‰ Ų§Ł„ŲŖŲ§Ų±ŁŠŲ® Hlm. 213. Muhammad Husin al-Zain.
[6]. Lihat: Usul Mazhabi asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithna 'Asariyah. (1/74).

[7]. Lihat: Usul Mazhabi asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithan 'Asariyah. (1/77).

[8]. Lihat: Tafsir as-Safi. (1/389).

[9]. Al-Kulaini, nama penuhnya Muhammad bin Yakub al-Kulaini. Meninggal dunia pada 328H

[10]. Lihat: Usul al-Kafi. (1/488).

[11]. Ibid. (2/409).

[12]. Lihat: Al-Kafi. (1/372-374).

[13]. Lihat:

ŲØŲ­Ų§Ų± Ų§Ł„Ų§Ł†ŁˆŲ§Ų±. (4/385). Muhammad Baqir al-Majlisi
[14]. Ibid. (2/216).

[15]. Ibid. (2/410).

[16]. Lihat: As-Safi. (1/33).

[17]. Lihat: Usul Kafi. (1/438).

[18]. Keyakinan bahawa para imam maksum menjadikan semua perkataan yang keluar dari mereka adalah sahih. Maka tidak diperlukan menyandarkan sanadnya kepada Rasulullah s.a.w sebagaimana di kalangan Ahlu Sunnah wal-Jamaah. Lihat: Tarikh al-Imamiyah. Hlm. 140. Abdullah Faiyad.

[19]. Lihat: Asy-Syiah wa as-Sunnah. Hlm. 7. Ihsan Ilahi Zahiri.

[20]. Lihat: Al-Masail al-Khurasaniyah. Hlm. 147.

[21]. Lihat: Manhaj Shalihin. (1/116).

[22]. Lihat: Tahrirul al-Wasilah. (1/116). Cetakan Beirut.

[23]. Lihat: Al-Hadiq an-Nadirah. (28/153). Cetakan Beirut.

[24]. Lihat: Kitabul Khalash Fi Zilli al-Qaimmul Mahdi. Hlm. 44. Cetakan Beirut, Lebnon.

[25]. Lihat: 'Ilal asy-Syar'i. Hlm. 44. Cetakan Beirut.

[26]. Lihat: Tahzibul Ahkam. (1V/122) Cetakan Tehran.

[27]. Lihat: Al-Hadiq an-Nadirah Fi Ahkam al-Atraf at-Tahirah. (X11/323-324) .

[28]. Lihat: Al-Qummi, terjemahan Asaf .A Fyze. Hlm. 71.

[29]. Lihat: Usul Min Kafi. (2/219)

[30]. Ibid.

[31]. Lihat: Wasail asy-Syiah (X1/466). Cetakan Tehran.

[32]. Lihat: Tarikh Ma Ba'da Zuhur. Hlm. 728. Cetakan Beirut.

[33]. H/R Bukhari (5/78 dan 6/129). Muslim (9/189-190).

[34]. H/R Muslim. (4/133)

[35]. Lihat: Sunnah dan Syiah, Mungkinkah Dipertemukan? Hlm. 57. Dr. Abdullah Muhammad Gharib. Edisi pertama, Surabaya. 1984.

[36]. Ibid. Hlm. 57.

[37]. Ibid. hlm. 57.

Ł…Ų±Ų³Ł„Ų© ŲØŁˆŲ§Ų³Ų·Ų© MUHAMMAD HAWARI HANAFI ŁŁŠ 1:38 Ųµ