.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Wednesday, June 02, 2010

0 Kimin Mudin: Manusia mati meninggalkan nama

Penyanyi Sayang Kinabalu meninggal dunia
02/06/2010 3:51pm


KOTA KINABALU - Penyanyi tempatan Sabah, Kimin Mudin yang

popular dengan lagu "Sayang Kinabalu", sebuah lagu Dusun yang dijadikan popular khusus bagi mempromosi pelancongan di Sabah, meninggal dunia akibat masalah jantung di Hospital Likas dekat sini awal hari ini.

Kimin, 46, yang juga abang kepada pencipta dan penulis lirik lagu popular

Asmin Mudin, menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira pukul 1.35 pagi selepas dimasukkan ke hospital itu malam tadi.


Menurut Asmin, 40, Kimin yang berasal dari Kampung Kelatuan, Papar mengadu sesak nafas selepas mandi di rumahnya di Kampung Rampaian Menggatal pada kira-kira pukul 10 malam.


"Isterinya kemudian menghantarnya ke Hospital Likas. Semasa dirawat di sana, abang saya kemudian pengsan dan disahkan meninggal pada pukul 1.35 pagi," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Orang Islam Jalan Kepayan, dekat sini hari ini.


Turut berada di tanah perkuburan itu ialah para artis tempatan Sabah

termasuk Abu Bakar Ella.


Nama Kimin mula dikenali ramai selepas membawa lagu Sayang Kinabalu ciptaan Asmin pada tahun 2000, dan pada tahun 2004, pengurusan Skyline mengambil alih tugas untuk mempromosi album yang memuatkan lagu Sayang Kinabalu.


Asmin, yang turut mencipta lagu Kau Ilham Ku, Anggapanmu, Gemilang yang

masing-masing pernah dipopularkan oleh Man Bai, Ziana Zain dan Jacklyn Victor berkata, setakat ini, jualan album Sayang Kinabalu sudah mencecah sekitar 50,000 unit. Kimin dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk dua lelaki. - Bernama