.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Thursday, January 14, 2010

0 Tajuk yang gempak dari KOSMO tentang kejadian di Haiti

Ribuan dipercayai mati di Haiti - Gempa bumi kuat dalam tempoh lebih 200 tahun



PORT-AU-PRINCE – Ribuan orang dipercayai terbunuh dalam gempa bumi kuat di Pulau Haiti dengan kekuatan 7.0 magnitud kelmarin.

Istana Presiden Haiti turut runtuh manakala sebuah bangunan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tumbang di sini dalam kejadian gempa bumi paling kuat dalam tempoh lebih 200 tahun.



Presiden Haiti, Rene Preval dan isterinya terselamat dalam malapetaka tersebut.

Pusat gempa ialah 16 kilometer dari bandar Port-Au-Prince.

Kira-kira empat juta penduduk tinggal di bandar itu dan kawasan sekitarnya.






ORANG RAMAI melihat Istana Presiden Haiti yang kukuh runtuh akibat gempa bumi kuat di Port-au-Prince kelmarin.



Beberapa gegaran susulan turut berlaku semalam.

Duta Haiti ke Amerika Syarikat (AS), Raymond Alcide berkata menerusi satu temu ramah dengan stesen televisyen ABC di Washington berkata: “Jika sebuah bangunan seperti Istana Presiden yang kukuh boleh tumbang, kemusnahan akan menjadi lebih besar kerana banyak bangunan dibina tidak mengikut spesifikasi di sekitar Port-au-Prince,” katanya.




Beberapa pegawai PBB berkata, komunikasi terputus dan cara terbaik untuk berkomunikasi dengan penduduk di pulau tersebut ialah dengan menggunakan telefon satelit.

Setakat ini angka kematian sebenar masih belum diketahui. – Agensi

0 Dari pondok kecil hingga ke rumah presiden musnah, mari ambil ikhtibar

Gegaran kuat landa tiga negara


Kemusnahan teruk di Haiti akibat gempa selain Republik Dominica, Cuba

PORT-AU-PRINCE: Gempa bumi kuat melanda Haiti kelmarin turut dirasai di kepulauan Hispaniola, Republik Dominica dan sesetengah penduduk yang panik di ibu kota Santo Domingo segera keluar dari rumah yang bergegar.

Gegaran juga dirasai di timur Cuba apabila kediaman penduduk bergera. Tetapi, tiada kerosakan besar dilaporkan berlaku di Republik Dominica dan Cuba.


"Kami merasa ia amat kuat dan saya mengatakan ia agak lama. Kami tiada masa untuk berpindah," kata Dionisio Garcia, ketua paderi Santiago.

Pakar geofizik Kajian Geologi Amerika (USGS), Kristin Marano menyifatkan gempa terbaru Haiti sebagai yang paling kuat sejak 1770.

Pada 1946, satu gempa 8.1 skala Richter menggegarkan Republik Dominica yang turut menggegarkan Haiti menghasilkan tsunami yang mengorbankan 1,790 penduduk.





KAWASAN penduduk Canape-Vert antara paling teruk musnah selepas dilanda gempa.



Kebanyakan sembilan juta penduduk Haiti amat miskin, dan selepas bertahun-tahun menghadapi ketidakstabilan politik, negara itu tidak memiliki sektor pembinaan bermutu.

Pada November 2008, selepas runtuhan sebuah sekolah di Petionville, datuk bandar ini menganggarkan kira-kira 60 peratus bangunan dibina secara tidak kukuh dan tidak selamat.

Gempa kali ini meruntuhkan segala-galanya daripada pondok kecil sehinggalah Istana Presiden dan ibu pejabat pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mangsa dan mereka yang cedera terbaring di tepi jalan walaupun ketika gegaran susulan meranapkan lagi negara rantau Caribbean yang miskin itu.


WARGA Haiti meninjau kemusnahan selepas gempa 7 skala Richter.

Wartawan berkata, gempa berlaku secara mengejut. Ada mangsa diselimuti debu merangkak keluar dari runtuhan merintih ketika mangsa lain berlegar-legar di sekitar jalan raya sambil berpegangan tangan.

Ribuan mangsa berkumpul di dataran awam sehingga lewat malam, sambil menyanyi. Ramai yang cedera parah masih duduk di tepi jalan awal pagi semalam, merayu bantuan doktor.

Ribuan bangunan rosak dan musnah di seluruh bandar dan selama beberapa jam selepas gempa, udara dipenuhi habuk tebal akibat runtuhan bangunan.

"Hospital tidak dapat menguruskan semua mangsa," kata Louis-Gerard Gilles, doktor dan bekas senator, ketika beliau membantu mangsa.

"Haiti perlu berdoa. Kita perlu berdoa bersama."

Jurukamera Associated Press menyaksikan sebuah hospital musnah dengan pesakit menjerit meminta

bantuan di Petionville, daerah tepi bukit di sini yang didiami ramai diplomat dan golongan kaya Haiti serta ramai penduduk miskin.

Di sebuah bangunan pangsapuri empat tingkat yang runtuh, seorang gadis berusia kira-kira 16 tahun berdiri di atas sebuah kereta, cuba meninjau di dalam ketika beberapa lelaki menarik sebatang kaki yang keluar dalam cubaan mengeluarkan tubuhnya. Kata budak perempuan itu, keluarganya berada di dalam pangsapuri terbabit. – AP/Reuters