.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Monday, January 11, 2010

0 Saya memang menjangkakan skim ini akan menjadi kes polis pada masa hadapan

Pelabur ditipu usahawan cacing
Oleh RIZAM ZAKARIYAmohdrizam@kosmo.com.my
Sebahagian pelabur yang mendakwa ditipu sebuah syarikat yang menawarkan skim pelaburan penternakan cacing menunjukkan salinan laporan polis berhubung penipuan itu di Kulim, Kedah semalam.
KULIM - Laba yang diharapkan, bala yang datang. Begitulah nasib ratusan pelabur di daerah ini apabila dianggarkan lebih RM30 juta wang pelaburan mereka lesap begitu sahaja selepas pengarah sebuah syarikat yang menjalankan skim pelaburan penternakan cacing menghilangkan diri sejak Disember lalu.
Berikutan itu, pelabur terbabit bukan sahaja berputih mata tetapi ada yang terpaksa menanggung beban hutang kerana terdapat wang pelaburan itu dipinjam daripada pelbagai pihak.
Semalam, berpuluh-puluh pelabur berkumpul di hadapan syarikat berkenaan di Jalan Lunas di sini selepas berasa tertipu dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan itu.
Mereka mendakwa tidak kurang 3,000 individu dari seluruh negara menjadi mangsa syarikat tersebut yang turut mempunyai cawangan di Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

4 SIB tiada kaitan dengan majalah herald tetapi kena juga?

Pintu utama Gereja Sib di Seremban 2 dibakar

SEREMBAN: Sebuah gereja, Sidang Injil Borneo (SIB) di bangunan rumah kedai dua tingkat di Lake View Square, Seremban 2 di sini mengalami kebakaran di pintu utamanya akibat perbuatan khianat pagi ini.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abd Manan Mhd Hassan, berkata polis menerima laporan daripada seorang lelaki pada kira-kira jam 8.30 pagi ini bahawa terdapat kerosakan dipintu utama gereja itu. "Hasil daripada maklumat itu, polis bersama dengan unit forensik dan bomba datang membuat siasatan dan mendapati hanya terdapat kerosakan kecil dengan kesan kebakaran pada pintu depan gereja itu. "Kita percaya mereka yang melakukan perkara ini ialah dengan menyimbah minyak petrol dan membakarnya, sebelum melarikan diri. Bagaimanapun, kebakaran ini tidak merebak," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Katanya, polis percaya kejadian itu berlaku antara jam 1.30 pagi dan 8.30 pagi ini kerana pada jam pukul 1.30 pagi tadi, unit kereta peronda polis ada membuat lawatan di situ dan mendapati tiada apa-apa berlaku.
Abd Manan berkata, kejadian ini adalah yang pertama berlaku di negeri ini. Sehubungan itu, beliau mengarahkan semua kereta peronda dan juga anggota yang menjalankan tugas rondaan (bit) untuk memantau dan membuat pemerhatian di tempat-tempat ibadat termasuk gereja dan masjid di negeri ini bagi mempastikan tiada kejadian seperti ini berlaku. "Saya nasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan perkara seperti ini. Saya memberi amaran, jangan cuba membuat sesuatu yang boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian negara ini. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka ini," katanya. Seorang paderi gereja itu Eddy Marson Yasir, 33, berkata beliau adalah orang terakhir yang meninggalkan dan mengunci gereja itu pada kira-kira jam 11.30 malam tadi selepas mengadakan mesyuarat.
"Saya terkejut kerana diberitahu oleh seorang ahli gereja mengenai kejadian itu pagi ini. Gereja ini berada di Seremban 10 tahun dan kita menyewa bangunan rumah kedai itu sejak lima tahun lalu," katanya. Seorang ahli gereja itu, V Jashua, 49, berkata beliau sedang bersarapan pagi di kawasan itu dan mendapati seorang lelaki berada di hadapan gereja itu sambil memerhatikan keadaan di situ. "Saya rasa curiga dan hampiri lelaki itu dan menanyakan mengapa dia berada di situ. Lelaki itu kemudian menunjukkan kesan terbakar dipintu utama gereja. Saya kemudian hubungi Eddy," katanya.-Bernama

0 Masih Perlukah Para Pemimpin Agama Buka Meja Dialog?

Gugurkan tuntutan
Oleh Zulhisham Ishakpengarang@utusan.com.my

KOTA KINABALU 10 Jan. – Akhbar Herald-The Catholic Weekly perlu bersedia menggugurkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di mahkamah berikutan perkembangan yang semakin membimbangkan hingga mengakibatkan beberapa gereja dibakar.
Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun berkata, langkah tersebut perlu untuk keamanan dan kestabilan rakyat berbilang kaum di negara ini.
‘‘Sudah tiba masanya kita, masyarakat Kristian khususnya Katholik membuat penilaian kepada keadaan sekarang demi keselamatan dan ketenteraman awam supaya dengan senang hati menggugurkan perkataan Allah untuk menenangkan saudara Islam kita.
‘‘Daripada terus mendesak hak untuk menggunakan perkataan Allah adalah lebih baik jika Katholik hanya menggunakan perkataan ‘Tuhan’ atau ‘Tuhan Yang Maha Kuasa’.
‘‘Biarlah saudara Islam kita sahaja yang menggunakan perkataan Allah untuk kebajikan supaya kita dapat hidup aman damai dan harmoni di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kelmarin, dua gereja – satu di Desa Melawati, Kuala Lumpur dan satu lagi di Jalan Templer, Petaling Jaya – mengalami kebakaran manakala satu lagi juga di Petaling Jaya menerima ugutan.
Kejadian itu mendapat kecaman daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang selain turut mengundang reaksi serupa dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melawat gereja di Desa Melawati, semalam, mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk membolehkan pentadbiran gereja itu membuka rumah ibadat baru di kawasan lain.
Sementara itu Clarence berkata, alasan sesetengah pemimpin Kristian bahawa kalimah Allah perlu dibenarkan hanya kerana ia sudah digunakan sejak sekian lama adalah tidak wajar.
Tegas beliau, Kristian di negara ini juga tidak sama seperti diamalkan di Indonesia, Mesir, Iraq atau Yemen kerana Malaysia mempunyai perlembagaan yang berbeza.
‘‘Tidak harus bagi kita mempertikai yang Allah biasa digunakan oleh masyarakat Kristian di negara luar kerana kita berada di Malaysia, jadi kita harus patuhi semua undang-undang dan peraturan.
‘‘Adakah kalau kita atau pihak gereja tidak gunakan perkataan Allah maka secara tiba-tiba para pengikut agama Kristian akan bertambah atau berkurang 10 kali ganda,” soalnya.
Beliau sedar ramai penganut Kristian akan mengkritik pendiriannya tetapi mereka perlu faham dan menghayati ajaran agama itu yang menyuruh pengikutnya memaafkan orang lain.
“Jika kita benar-benar Kristian, kita harus jadi orang yang memaafkan, bertanggungjawab dan cintakan keamanan. Kenapa kita harus bergaduh untuk satu perkataan,” ujarnya.
Clarence yang juga Pengerusi Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah berkata, umat Kristian perlu faham mengapa orang Islam amat marah apabila kalimah itu dibenarkan penggunaannya.
Jelasnya, Allah adalah Tuhan bagi orang Islam manakala orang-orang Kristian pula lain kepercayaannya dan kalimah itu juga sudah lama digunakan secara tradisinya oleh agama Islam.

0 Cacing

Rugi RM30j kerana cacing

BEBERAPA pelabur berlegar di depan kilang Kulim Worm Agrotech (KWA) di Kulim, semalam.

KULIM: Terpedaya dengan pulangan sekali ganda dalam 12 bulan melalui skim pelaburan penternakan cacing, kira-kira 3,000 pelabur mendakwa mengalami kerugian RM30 juta apabila penganjurnya menutup operasi dan menghilangkan diri sejak Khamis lalu.

Malah, pejabat penganjur skim itu di Jalan Kilang Lama di sini, dikatakan disita pemilik bangunan awal Disember lalu kerana tidak melunas sewa hampir RM10,000.

Difahamkan, lebih 200 laporan polis dibuat oleh pelabur setakat ini. Laporan juga dibuat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh yang dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada pelabur skim terbabit dan kes itu sedang disiasat.

Syarikat itu yang ditubuhkan pada 2008 dikatakan menggunakan Green Millenium Agrotech (M) Sdn Bhd, yang bertindak sebagai penternak cacing bagi pelabur. Bagaimanapun, syarikat induk itu dikatakan memungut wang pelaburan tanpa pengetahuan Green Millenium.

Pengarah Green Millenium, Mohd Faizal Mohd Noor, berkata pihaknya turut membuat laporan polis kerana nama syarikatnya digunakan sejak Julai lalu untuk urusan memungut pelaburan.



0 Selamat Datang 2010