.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Monday, November 29, 2010

0 Drama Melayu tidak berani paparkan realiti kemiskinan dalam ceritanya takut memalukan bangsa? Penonton mahukan realiti

ARKIB : 28/11/2010
Filem dan kemiskinan

sitijarum

BARU-baru ini Siti menonton kembali filem City of Joys. Filem tahun 1992 ini mengingatkan Siti kepada kemiskinan di kampung-kampung dan juga di sebalik beranda Kuala Lumpur. Sudut ini tidak ada dalam filem kita. Yang banyak digambarkan kemewahan anak-anak muda yang luar biasa dan keruntuhan sosial yang menggila kononnya itu satu realiti.

Bagi Siti penderitaan hidup watak lakonan Shabana Azmi dan Om Puri dalam City of Joys sangat menyayat hati. Pasti banyak yang sebak melihat kemiskinan yang menjadi identiti Calcutta ditampilkan dengan cukup berkesan oleh pengarah Roland Joffe.

Pengarah yang pernah menghasilkan The Killing Fields dan Mission ini biarpun melankolik tetapi menginsafkan. Setahu Siti, tidak ada filem Hindi yang menjana industri perfileman India menyingkap Calcutta sedaif City of Joys. Lokasi lorong belakang yang berdebu dan sesak adalah sangat artistik untuk filem ini.

Tapi berbeza dengan filem kita. Manusia dalam filem Melayu semuanya hebat-hebat belaka. Anak-anak mudanya yang menganggur pun memiliki motosikal besar atau kereta mewah. Mereka banyak menghabiskan masa di pub atau disko.

Filem bebas menyingkap apa saja tentang manusia. Dan tentunya tidak salah kalau filem Melayu asyik dengan dunia artis yang mewah. Buatlah kerana itu sebahagian daripada watak manusia.

Tetapi sesekali wajarlah ada watak seperti kanak-kanak yang terpaksa berhenti sekolah untuk membantu ayah menoreh getah. Atau si kecil yang layaknya bermain layang-layang di pantai tetapi menyabung nyawa di tengah lautan diangkat ke filem.

Tetapi kebanyakan pengusaha filem Melayu tidak tertarik dengan watak-watak dalam keluarga daif yang pendapatan semusim sama dengan harga sepasang kasut seorang menteri.

Lalu jangan melatah seandainya Roland Joffe misalnya menceritakan tentang budak Melayu yang masih berkaki ayam dalam filem terbarunya. Atau menghasilkan City of Joys II berlatarkan Pulau Pinang yang maju tapi orang-orang Melayu terus merempat dan akhirnya pupus.

SITI JARUM: Jom enjoy

0 Drama bersiri 26 episod kos RM1juta. Mensasarkan pasaran ke Indonesia

Drama bertaraf filem

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar MOHD FARIZWAN HASBULLAH



AHMAD Puad Onah (berdiri enam dari kiri),(berdiri empat dari kanan) bersama para pelakon dan tenaga produksi Cikgu Kemisah Kirkby selepas melancarkannya di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------


DRAMA Cikgu Kemisah Kirkby yang ditayangkan melalui saluran TV2 setiap Rabu pukul 9 malam sejak 17 November lalu merupakan antara drama bersiri televisyen (TV) tempatan yang mementingkan kepuasan penonton.

Kerana itu, Multilift Film Production (MFP) selaku penerbit drama bersiri 26 episod tersebut sanggup mengeluarkan belanja yang tinggi bagi menerbitkan drama yang kosnya dikatakan mencecah RM1 juta.

Penerbit MFP, Anwar Ismail biarpun enggan mendedahkan kos penerbitan Cikgu Kemisah Kirkby, tetapi tidak menafikan ia menelan belanja yang besar kerana membina set khusus untuk pembikinan drama itu.

"Untuk pembikinan drama bersiri ini, kami telah membina sebuah rumah kayu yang besar di Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka. Di sana saja penggambaran drama bersiri itu dijalankan selama lebih sebulan.

"Set yang dibina khas untuk drama ini direka bagi menghidupkan jalan cerita watak Cikgu Kemisah Kirkby yang mendiami rumah tersebut," katanya kepada Hits pada pelancaran drama itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Watak Cikgu Kemisah Kirkby yang dilakonkan oleh Liza Othman itu memaparkan ketokohan seorang guru lepasan Kolej Kirkby di England dalam mendidik anak-anak bangsanya di sebuah kampung.

Meskipun cuma sekadar sebuah cerita fiksyen yang ditulis oleh penulis skrip Mahizan Husin, namun Anwar menyifatkan drama bersiri yang berkonsepkan kekeluargaan itu mempunyai taraf seperti sebuah filem cereka.

"Ini kerana, selain membabitkan kos yang tinggi dan pembinaan prob khas, Cikgu Kemisah Kirkby juga menghasilkan album lagu-lagu latar yang disiarkan menerusi drama itu berjudul Dendang Merantau nyanyian Endang S. Taurina.

"Album itu mengandungi 10 lagu dan lagu yang berjudul Cikgu Kemisah Kirkby dipilih sebagai lagu tema drama tersebut. Lagu-lagu daripada album itu bukan sahaja disiarkan dalam drama itu, tetapi ia juga dijual di pasaran.

"Sepanjang enam bulan drama 26 episod itu ditayangkan di TV2 secara tidak langsung ia akan mempromosikan album nyanyian Endang S. Taurina yang pernah popular di Malaysia dan Indonesia pada tahun 1980-an," ujarnya.

Idea mengundang Endang terlibat sama dalam drama Cikgu Kemisah Kirkby kata Anwar tercetus sewaktu dia menyertai Program Titian Budaya di Jakarta, Indonesia pada tahun 2007.

Katanya, dia menampilkan Endang S. Taurina sebagai penyanyi lagu-lagu tersebut selepas diperkenalkan oleh rakan baiknya, John Alan Shah sewaktu menyertai program pertukaran budaya Malaysia dan Indonesia itu.

"Endang bukan sahaja sudah dikenali ramai di Malaysia dan Indonesia sejak hampir 30 tahun lalu tetapi suaranya juga mantap seperti dulu. Suaranya juga sesuai untuk menyanyikan lagu lagu tema drama ini dengan baik.

"Untuk perancangan masa depan, kami berharap drama bersiri ini juga akan dapat ditayangkan di stesen-stesen TV di Indonesia. Sebab itu, kami gunakan Endang sebagai penyanyi lagu latar drama bersiri ini," jelasnya.

Sunday, November 28, 2010

0 Asam garam, keluh kesah sebagai penulis skrip drama di Malaysia

Pitching Di RTM

Article di bawah Su petik dari facebook yang ditulis oleh saudara Mathias Md. Ali tentang konsep pitching yang dilakukan oleh RTM baru-baru ini.

Tahniah buat RM kerana mengorak langkah menukar dari sistem perolehan tender kepada sistem pitching yang telah dilaksanakan kepada penerbit swasta. Namun begitu setiap yang baru pasti ada kelemahannya. Bukan niat saya untuk mempertikaikan keputusan yang telah di buat namun saya agak keliru dengan perjalannan serta keputusan sistem pitching ini.

Saya pernah menghadiri PITCHING di Hollywood pada tahun 2005 dan ia amat jelas dan ringkas. Keputusan diberi terus sama ada lulus atau tidak dalam masa tidak sampai 3 minit.

Beberapa perkara yang saya kenal pasti:
1. Yang membuat pitching adalah yang mempunyai idea/cerita /penulis skrip dan bukan penerbit.
2. Pitching harus di buka kepada umum tak kira sama ada penulis ataupun bukan.
3. Selepas cerita atau idea di pilih dahulu dan barulah penerbit akan membuat tawaran kepada pemilik cerita untuk dijadikan skrip.

Yang pastinya di sini tidak ada istilah buyers di mana terserah kepada pemilik idea/cerita untuk memilih penerbit yang sesuai.

Saya merasa amat pelik bilamana terdapat ramai penulis yang mewakili banyak syarikat dan ini menjadikan skop penceritaan dan kemahiran amat terhad dan beracuan.

Percaya atau tidak sewaktu saya menghadiri sesi pitching di Hollywood saya mendapati mereka yang menghadiri pitch adalah dari golongan profesional seperti doktor, jurutera dan ada juga golongan dari warga tua yang mempunyai cerita kehidupan masing-masing yang mampu di jadikan skrip yang menarik untuk di jadikan drama.

Apa pendapat anda...?
Oleh: Mathias Md. Ali

Bagi Su terdapat beberapa kelemahan dalam konsep pitching ini. Penulis skrip dipanggil oleh produser atau pengarah drama untuk pitching inipun pada last minute.

Umpamanya penulis skrip diberi tajuk seperti 1. Hari Bapa, 2. Hari Ibu, 3. Hari Pekerja 4. Drama Komedi Hari Raya dan sebagainya untuk penyediaan pitching. Tetapi apabila penulis skrip diberi masa kurang dari 24 jam untuk menyediakannya, tentulah cerita itu juga akan jadi kurang mantap.

Bagi Su juga, penulis skrip adalah seorang penulis...pengkarya yang menghasilkan cerita dari penulisannya. Tetapi dalam pitching ini penulis skrip diminta menyampaikan story line kepada panel RTM yang langsung tidak user friendly. Sehinggakan Erma Fatimah pun turut bersungut yang mana penulis skrip bukannya seorang pidato. Tambah Erma lagi, "mereka yang pandai goreng akan menang dalam pitching ini".

Bagaimana pula syarikat milik Rosyam Nor boleh banyak dapat slot dalam pitching ini? Ini tentunya sebab favouritism...kan Rosyam juga host untuk program Fenomeno Seni. Baik secara langsung atau tidak, tentunya Rosyam baik dengan semua panel di RTM. Ini tentunya tidak adil.
Dicatat oleh sugana di 19:02 0 ulasan
Jumaat, 2009 Februari 20
Epic Films

It has been quite sometime I have not update my blog. I have no other excuse excerpt for laziness of doing so.

Being a single girl, when you are alone...sometime you will feel you somebody to pamper you and just to be like the other girls going out with boyfriends. But...alas....never mind! I think I can still to take it to be like this.

Well, let us take about the film industries. As I came to know that, there will be 3 epic films that will going on shooting soon. That's really good.

'Pahlawan Mat Kilau' an epic story about the Malay warrior that fight the British will be directed by so called director Rozee Razak. This film will be produce under the Legenda Studio.

Beside that, there is also another epic film base on the truly story 'Rosli Dhobi' will also be produce by this production house. Rosli Dhobi is a young school teacher from Sarawak that fight against the Bristish appointing a new governor replacing Kings Brooke.

Last but not least there will be a film base on the former Prime Minister, Tun Mahathir story will also film entitled 'Kapsul'. This film will be directed by a popular script writer Mathias Ali.
Dicatat oleh sugana di 08:43 1 ulasan
Rabu, 2008 Oktober 15
Filem 'Dr. Luv'


Dari suatu sumber yang tidak rasmi, Su mendapat berita bahawa penulis skrip Ruslie Sophian sedang rancak menyiapkan sebuah skrip filem genre cinta komedi bertajuk 'Dr. Luv'.

Dengar khabarnya filem ini akan dilakonkan oleh seorang pelakon komedi yang terkenal.

Su rasa tentu gempak panggung wayang kita apabila filem ini ditayangkan. Heeheehee.....!!
Dicatat oleh sugana di 14:58 0 ulasan
Rabu, 2008 September 24
Poskad Fadzli




Sudah 3 minggu Su tak kemaskini blog ini kerana sibuk dengan tugasan menerbitkan sebuah majalah RTM bertajuk 'Poskad Fadzli'.

Selain daripada filem dan drama, sesekali terlibat dalam menerbitkan majalah TV seronok juga rasanya. Sekurang-kurangnya tak sakit kepala dengan kerenah artis yang terlibat, selain daripada seorang host yang mengacarakan program tersebut.

Dalam program ini kami membawa Fadzli yang menjadi host ke beberapa ladang pertanian dan ternakan haiwan di Behrang, Tapah, Hutan Melintang dan Bagan Datoh, Perak.

Episod yang kami lakukan penggambaran meliputi ladang kambing boer, rusa, ternakan ikan siakap dalam sangkar, kerang, ladang buah naga, perusahaan cendawan tiram, ladang cempedak durian dan ladang jambu air.

Tujuan program ini ialah menarik anak-anak muda melibatkan diri dalam projek pertanian dan ternakan haiwan dalam usaha meningkatkan ekonomi negara.

Alhamdulillah sepanjang tempuh penggambaran episod 'Poskad Fadzli' ini kami mendapat kerjasama bukan sahaja daripada semua perusaha ladang dan ternakan, bahkan agensi-agensi kerajaan yang terbabit juga turut memberi kerjasama sepenuhnya.
Dicatat oleh sugana di 07:26 0 ulasan
Rabu, 2008 September 03
Filem 'Err...Hantu'


Sejak akhir-akhir ini kita banyak dihidangkan dengan filem-filem genre seram. Dari filem 'Pontianak Harum Sundal Malam' membawa ke 'Jangan Pandang Belakang', 'Susuk' dan macam-macam tajuk lagi.

Senario filem di Malaysia ini memang bermusim. Kalau satu produser/pengarah dah mulakan satu genre mendapat sambutan, yang lain pun akan turut sama.

Bila Su jumpa Majid Salleh tanya pasal 'Err...Hantu', katanya dia bukan jadi pak turut. Ia hanya kebetulan...dan dia yakin filemnya kali akan mendapat sambutan hebat.

*Sama-samalah kita tunggu...*
Dicatat oleh sugana di 10:44 0 ulasan
Sabtu, 2008 Ogos 30
Modal Air Liur


Malam minggu lepas, Su lepak kat Ampang Point dengan beberapa orang pelakon dan krew produksi. Dalam pada itu, Su terpandang pada seorang abang, penulis skrip. Lalu Su hampiri dia dan bertanya khabar.

Katanya dia sihat, cuma poket dia aje yang kurang sihat. Tapi dengar khabar dia banyak buat skrip. Bukan aje skrip drama TV, bahkan skrip filem pun banyak orang tempah.

Kata dia lagi, skrip untuk drama dia hanya buat proposal aje dulu, untuk dapatkan kelulusan stesyen TV. Tapi itupun semua senyap saja. Satu pun tak ada panggil untuk presentation.

Su tanya sama ada dia buat proposal untuk TV swasta atau RTM. Katanya TV swasta payah, semua ada kroni. Kalau bukan kroni, tak masuklah kita. Dia hanya buat untuk RTM saja. Tapi pesaingan dengan penulis skrip baru sekarang ni makin banyak. Penulis baru, harga murah pun mereka sapu. Itu yang produser suka, boleh untung lebih.

Skrip filem pula tambah abang penulis skrip tu, ada seorang pengarah minta dia buat. Baguslah tu, kata Su.

Tapi katanya, pengarah itu suruh dia buat, tapi duit tak bayar. Macam mana nak buat? Takkan buat skrip filem bermodalkan air liur aje, tambah abang itu lagi.

Kadang-kadang bila Su renungkan betul juga. Si-pengarah dan si-produser ni hanya nakkan skrip dan proposal aje, tapi duit satu sen pun tak mahu keluar. Kesian juga pada penulis skrip kita.

*Su cuma nak tanya, "Apa fungsi SWAM dalam hal ini?"*

0 Sutradara SUTUN mahu buat bengkel penulisan skrip cara SHAHRULEZAN - Versi nashkah tebal

Kisah sutradara Shahrulezad

Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bharian.com.my
2010/10/23


PERSIS impak yang ditinggalkannya dalam pelbagai genre drama, begitulah istimewanya figura ini, Shahrulezad Mohameddin. Satu persatu hasil kreativitinya mengocak minda penonton drama Melayu. Rasai sensasi bakat dalam diri penulis skrip, pengarah dan penerbit popular ini...

KREATIVITI sutradara ini bukan saja menyerlah dalam drama garapannya. Lihat saja penampilan Shahrulezad Mohameddin kala pertemuan diatur bersama XY - Ikon Lelaki ketika anak seni ini sedang sibuk bekerja di lokasi drama terbarunya, Pakej Umrah di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Mengenakan persalinan merah - hitam dilengkapi topi beret hitam, Shahrulezad cukup bergaya sebagai seorang pengarah drama. Melihat penampilannya saja mampu menterjemah pesona serta garapan kreativiti pengarah, penulis skrip dan penerbit ini. “Bagi saya, sebagai pengarah, kita tidak harus statik pada satu-satu benda sebaliknya perlu memainkan banyak elemen yang mampu membawa penonton terbuai dengan apa yang cuba disampaikan. Sebab itu, jika ingin tahu, skrip drama saya boleh menjadi setebal 160 muka surat sedangkan pengarah lain mungkin sekitar 80 muka surat saja.

“Saya cukup mementingkan kesempurnaan sebab itu saya bertindak terjun dari dunia penulisan skrip kepada pengarahan dan penerbitan. Ini dilakukan semata-mata mahukan kesempurnaan dan kepuasan,” katanya yang memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran) di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Pengalaman kira-kira 15 tahun dalam dunia penerbitan drama nampaknya tidak mengubah personaliti ini. Selain drama Sutun yang mengangkat populariti Shahrulezad, kreativiti sutradara ini tidak terhenti setakat itu saja. Beliau terus menghasilkan telefilem seperti Abang Mat Panggil Balik; Intan Sayang Manja; Mencari Abdullah; Ratu Cinta; Antara Garisan; Ngompol; Sutun 2 dan Raya Yang Hilang.

Shahrulezad turut bermain dengan kreativiti sendiri melalui drama bersiri Seputeh Qaseh Ramadan, Sindarela, Tari Tirana, Kerana Cintamu Saerah, Syurgamu Ramadan dan Rona Roni Makaroni.
“Apa yang saya nampak, kita sudah ketandusan golongan pelapis sebagai penulis skrip drama kerana golongan inilah yang akan mengisi kemeriahan drama tempatan pada masa depan.

“Saya bercadang menganjurkan bengkel penulisan skrip mengikut cara saya sendiri. Ini sebagai inisiatif dan perintis buat generasi muda yang ingin bergiat dalam bidang ini,” kata Shahrulezad yang menghasilkan skrip drama Enot 1, Enot Rayalah Pulak, Enot 3 VCDlah Pulak, Cinta Penggali Kubur dan Sayang Salina.

Masih jauh kembara Shahrulezad, jom kenali isi hati sutradara ini...

Bagaimana titik tolak anda bergelar pengarah drama?

Saya bermula dengan penulisan skrip drama. Sebagai penulis skrip, semestinya kita mahukan yang terbaik kerana setiap elemen yang dikarang sudah bermain di minda.

Sebab itu, saya merasakan perlu untuk turut terbabit dalam kerja belakang tabir kerana kepuasannya lebih.

Bagaimana pula anda berdepan dengan cabaran sepanjang terbabit dalam dunia pengarahan?

Cabarannya ialah untuk mendidik penonton yang sudah biasa dimomokkan pelbagai imej klise. Realitinya, penonton kita juga tidak gemar hiburan yang banyak berfikir, lantas cenderung memilih drama ringan tanpa perlu bersusah payah berfikir.

Malah, kalau soal karektor pula menjadi satu gambaran tidak adil di mana kalau perempuan bertudung harus dipotretkan seorang yang baik sedangkan ada juga perempuan bertudung yang berkeperibadian sebaliknya.

Apakah kepuasan yang anda peroleh dalam sesebuah penerbitan?

Kepuasan bagi saya apabila berjaya menjentik pemikiran penonton. Malah, puas juga bagi saya andai drama terbitan saya mampu menyentap perasaan penonton terutama berkaitan soal kekeluargaan di mana ia boleh membuatkan kita teringat kepada keluarga dan ingin segera pulang ke kampung.

Bagaimana agaknya senario tugas pengarahan di Malaysia?

Seperkara yang sering berlaku, kita sering menerima skrip yang ‘mentah’. Mentah itu bagi saya ialah skrip yang tidak mempunyai isi kuat untuk diangkat sebagai drama mahupun filem.

Skrip yang bagus seharusnya mempunyai elemen karektor yang kuat untuk membentuk setiap plot dengan berkesan. Saya akui cukup cerewet dalam soal ini.

Siapa antara idola anda dalam bidang ini?

Ramai insan seni yang cukup saya kagumi termasuk Kabir Bakhtiar, Mira Mustafa, Allahyarham Yasmin Ahmad dan Mamat Khalid yang bagi saya antara pengarah berbakat. Ini kerana masing-masing tampil dengan identiti tersendiri sekali gus menggambarkan kreativiti mereka dalam menghasilkan drama dan filem.

Umpama Yasmin, elemen kasih sayang yang diterap cukup mendalam maksudnya. Begitu jugalah kesan sinematografi garapan Kabir yang memang menakjubkan.

Boleh jelaskan diri anda dalam sisi berbeza?

Biarpun pengarah nampak garang, jauh sekali karektor itu dengan diri saya. Selain gila-gila, saya gemar window shopping selain mempunyai kegilaan dalam bidang hiasan dalaman.

Jika hendak tahu, saya mempunyai habit membeli rumah kemudian sempurnakan dekorasi dan menjualnya semula. Setakat ini, sudah dua kondominium saya jual hasil sentuhan saya (tersenyum).

Mungkin anda ada kisah suka duka sepanjang terbabit dalam penggambaran drama?

Apabila terbabit dalam bidang ini, menjadi mangsa tipu adalah antara senario yang tidak dapat dielak. Itu belum lagi skrip yang kita hantar untuk cadangan penerbitan ditolak hingga ada yang menyatakan saya tidak pandai buat skrip.
Bagi saya, rezeki ada di mana-mana. Saya selalu percaya kekuatan sesuatu skrip hingga ada yang mendapat diiktiraf seperti di Anugerah Skrin.

Apa impian masa depan anda?

Adalah menjadi impian saya untuk menganjurkan bengkel penulisan kreatif cara Shahrulezad. Ini perlu bagi melahirkan penulis skrip pelapis dan kreatif. Saya jangka, projek ini dimulakan awal tahun depan.

Bagi yang berminat, anda boleh membuat permohonan melalui e-mel ke budak_ijat@yahoo.com atau fan page facebook Shahrulezad Si Tukang Cerita.

Di sebalik drama Sutun

BUKAN saja kontroversi yang terpalit di sebalik pembikinan drama Sutun, Shahrulezad juga berdepan dengan pelbagai ragam di sebalik hasrat menghasilkan drama mengisahkan realiti kehidupan lelaki lembut, ketika Sutun ditayangkan lima tahun lalu.

Membuka rahsia di sebalik drama Sutun, sutradara kelahiran Johor Bahru ini mendedahkan sebuah stesen televisyen swasta pernah menolak mentah-mentah skrip drama itu yang dikhuatiri boleh mengundang persepsi negatif penonton.

Namun, Shahrulezad nekad menganggap tiada sebab untuk Sutun ditolak apatah lagi menidakkan kewujudan lelaki lembut dalam masyarakat hari ini.

“Melalui drama Sutun masyarakat berpeluang menyelami kehidupan lelaki lembut biarpun realitinya tidak ramai yang memahami apatah lagi menerima hakikat kewujudan golongan ini.

“Pada pandangan umum, lelaki lembut digambarkan cukup negatif walhal mesej yang disampaikan mengambil kira sisi berbeza golongan ini termasuk elemen kemanusiaan, kasih sayang dan kemasyarakatan,” katanya yang akhirnya berjaya meyakinkan stesen televisyen RTM untuk menyiarkan drama Sutun.

Sambil mengakui pada mulanya agak sukar meyakinkan RTM, Shahrulezad optimis mesej yang cuba dibawanya dapat mendidik masyarakat mengenali lebih dekat golongan lelaki lembut.

Beliau berkata, dirinya tidak terkejut apabila Sutun mendapat sambutan di luar jangkaan.

“Selepas kejayaan Sutun termasuk beberapa siri selepas itu, barulah stesen televisyen swasta memberikan lampu hijau termasuk menyiarkan kembali drama Sutun bagi mengisi slot drama mereka.

“Bagi diri saya, diskriminasi dalam soal jantina dan tingkah laku tidak sepatutnya timbul. Ini kerana kita bukan Tuhan yang mengadili hambaNya,” katanya sambil mengakui Sutun banyak mengundang reaksi selain menjadi rujukan di institusi pengajian tinggi (IPT).

Shahrulezad berkata, beliau terkejut apabila dimaklumkan sebuah sekolah agama di Selatan Thailand turut berminat mendapatkan salinan video drama Sutun selepas ia ditayangkan kepada umum.

Profil

Nama : Shahrulezad Mohameddin
Umur : 38 tahun
Tarikh lahir : 2 Mei 1972
Tempat lahir : Johor Bahru, Johor
Tinggi : 175 sentimeter
Berat : 75 kilogram
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media (Penyiaran) UiTM Shah Alam
Profesion : Pengarah, penulis skrip dan penerbit drama

Saturday, November 27, 2010

0 Semakin sukar memajukan ekonomi Sabah setelah hasil buminya makin habis

Rombak sistem ekonomi Sabah
KOTA KINABALU 26 Nov. - Sabah perlu merombak sistem ekonominya dengan lebih serius jika mahu menjadi sebuah negeri maju dan makmur setanding dengan negeri-negeri lain seperti Selangor dan Johor.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata, rombakan tersebut perlu menjurus kepada matlamat membolehkan rakyat Sabah memiliki lebih banyak peluang ekonomi melalui aktiviti berkualiti.

Katanya, selain itu, rombakan itu juga diharap dapat menyumbat atau menutup kebocoran-kebocoran dalam ekonomi dan meningkatkan taraf upah menerusi pengenalan lebih banyak aktiviti ekonomi yang mempunyai nilai tambah.

''Realitinya ialah Sabah tidak boleh maju dan makmur, andainya kerajaan negeri tidak mengambil langkah-langkah serius dan luas untuk merombak ekonomi.

''Selain itu, kerajaan juga perlu mengambil perhatian serius terhadap isu Sabah kehilangan tenaga pekerja seperti apa yang disebut oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Bajet 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini semalam.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia itu menambah, unjuran pertumbuhan purata Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah sebanyak empat peratus setahun adalah sangat rendah, sekiranya Sabah ingin setanding dengan negeri-negeri lain yang mencapai prestasi lebih baik.

Katanya, Malaysia perlu berkembang enam peratus setiap tahun dari sekarang sehingga 2020, sekiranya ia ingin mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Menurutnya, oleh kerana per kapita KDNK Sabah hanyalah kira-kira 50 peratus daripada per kapita KDNK negara, maka untuk mencapai status berpendapatan tinggi, Sabah sebenarnya memerlukan kadar pertumbuhan sekurang-kurangnya 10 peratus atau lebih setahun.

''Saya mengalu-alukan objektif dan strategi Bajet 2011 untuk menjadikan Sabah sebuah negeri berprestasi dan berpendapatan tinggi, setanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

''Walau bagaimanapun, strategi-strategi yang digubal oleh Kerajaan seperti yang dinyatakan dalam Bajet itu mungkin masih boleh diperhalusi jika kita benar-benar mahu maju dan setanding dengan negeri-negeri seperti Selangor dan Johor," ujarnya.

Rahim berkata, Sabah sebenarnya mengamalkan trend berbahaya dalam menghadapi belanjawan defisit, lebih-lebih lagi apabila hasil pendapatan eksport kayu balak serta minyak dan gas menghadapi trend menurun.

Beliau menambah, usaha kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan khususnya mengubah nasib penduduk miskin di luar bandar amat dituntut dan peruntukan RM162.12 juta bagi tujuan itu adalah dialu-alukan.

Bagaimanapun tegasnya, peruntukan RM162.12 juta itu adalah sangat kecil jika dibandingkan dengan peruntukan Persekutuan untuk Sabah dan Sarawak sejumlah RM3.6 billion.

0 Rokok memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang

600,000 mati akibat asap rokok

PARIS 26 Nov. - Hampir 600,000 orang yang tidak merokok, dengan satu pertiga daripada mereka kanak-kanak, meninggal dunia setiap tahun akibat menyedut asap rokok daripada mereka yang mengamalkan tabiat itu.

Angka itu diperolehi daripada kajian pertama yang diadakan di seluruh dunia mengenai kesan asap rokok ke atas golongan bukan perokok.

Berlainan dengan penyakit 'gaya hidup' yang banyak berpunca daripada pilihan individu, mangsa yang dikenali sebagai perokok pasif itu menanggung akibat daripada tabiat merosakkan kesihatan yang diamalkan oleh orang lain, terutamanya ahli keluarga.

Di kalangan bukan perokok di seluruh dunia, 40 peratus kanak-kanak, 35 peratus wanita dan 33 peratus lelaki terdedah kepada asap rokok pada 2004, tahun terakhir di mana data boleh didapati di kesemua 192 negara yang terlibat dalam kajian itu.

Apabila ditambah kepada 5.1 juta kematian melibatkan perokok aktif, jumlah kematian akibat amalan merokok bagi 2004 melebihi 5.7 juta orang di seluruh dunia, menurut kajian itu.

Hampir separuh daripada bilangan perokok pasif yang maut adalah wanita, manakala selebihnya terdiri daripada kanak-kanak dan lelaki dalam bilangan yang hampir sama, menurut kajian yang disiarkan hari ini dalam jurnal perubatan Britain, The Lancet.

Kira-kira 60 peratus kematian itu disebabkan penyakit jantung, manakala 30 peratus lagi akibat jangkitan paru-paru, dan bakinya disebabkan asma dan kanser paru-paru.

Keseluruhannya, kematian akibat menjadi perokok pasif menyamai satu peratus daripada kematian di seluruh dunia pada 2004.

Kematian orang dewasa akibat menyedut asap rokok orang lain adalah hampir sama di semua negara tidak kira negara miskin atau kaya.

Namun bagi kanak-kanak, kemiskinan menjadikan keadaan bertambah buruk, menurut kajian itu.

Misalnya di Eropah yang berpendapatan tinggi, nisbah kematian orang dewasa berbanding kanak-kanak adalah sebanyak 35,388 berbanding 71.

Nisbah di Afrika hampir terbalik iaitu 9,514 kematian orang dewasa berbanding 43,375 kematian kanak-kanak. - AFP

Friday, November 26, 2010

0 Ilmu ESQ untuk kesempurnaan kendiri

Sumber:
http://berpetualangkeuk.blogspot.com/2009/07/warna-diri-nombor-diri-formula-bse-eq.html

Wednesday, July 29, 2009
Warna Diri, Nombor Diri, Formula BSE, EQ dan formula CVT yang lain
Dalam aku nak balik ni...kawan ku, Mulia nak berkirim formula untuk anaknya Danish. Maafkan aku Mulia kerana sekian lama hang bertanya-tanya pada aku akan formula untuk anak hang, tapi aku tidak meng explainkan pun tentang formula... Ada la sebab musababnya kenapa aku tak cerita sejak dari awal hang meng approach aku di majlis BBQ kat rumah kak Mas n abang Fadhil (bulan bila ek .......2 bulan sudah kot....).

Barulah berkesempatan kini aku membuka ceritanya..akan kisah perawatan formula CVT.. begitu juga kisah Warna Diri dan Nombor Diri...walau sudah banyak kali orang meminta aku menganalisis Warna dan Nombor Diri..tapi aku sabarkan diri daripada terus membuat analisis. Bukan kerana aku tidak mahu berkongsi...tetapi aku mahu orang faham bukan kerana apabila tahu Warna Diri atau Nombor Diri mahupun menggunakan formula semata yang menyebabkan diri boleh keluar daripada masalah yang menimpa....atau serta merta daripada kurang cerdik menjadi cerdik sekelip mata.... dan sebagainya.

Sebenarnya aku takut.... melihatkan semakin ramai yang belajar(apabila dikomersilkan ilmu ini) mengira tarikh lahir semakin ramai juga yang tersalah guna dan bergantung kepada pernomboran semata (contohnya pantang bertemu orang, asyik bertanyakan tarikh lahir orang dan mengira...ada bahayanya...!!!!!).... melihatkan ramai yang tersalah diagnos diri dan mendiagnos pelbagai macam perkara sehingga dikatakan bomoh moden sebagainya(mana taknya...kalau graf tenaga hayat tu nanti orang kata boleh predict bila ajal...tak ke dah salah tu namanya....)... Aku tidak mahu orang tersalah tafsir akan ilmu-ilmu sebegini.... besar dosanya yang bakal aku pikul....Ini kerana aku tidak dapat buat ketika ini menerangkan dengan panjang lebar akan penerangan nya.. (sedangkan sudah panjang lebar aku cuba terangkan di blog Warna Diri pun tidak semua membacanya)...Orang semua nak pantas... tapi orang tidak tahu bermacam cara yang perlu kita usahakan bagi mendapatkan suatu hasil sepertimana yang kita harapkan...

Kini...setelah dalam bulan Julai ini begitu berterusan aku bercerita mengenai perkembangan anak-anak di sekolah mahupun di rumah...iaitu usaha aku tanpa henti menulis sejak sekembali nya aku ke UK pada penghujung 2007 yang lalu hinggalah ke saat ini... barulah kini aku merasakan waktu yang sesuai aku himpunkan semula kisah2 Warna Diri, Nombor Diri dan juga formula CVT yang aku gunakan bagi kegunaan harian dan juga untuk anak-anak.

Tidak aku nafikan begitu besar manfaat yang aku pelajari daripada ilmu Warna Diri dalam aku nak mendidik anak-anak kerana dapat aku fahami tingkah laku dan ragam anak-anak. Ditambah pula dengan ilmu Nombor Diri dapat aku menyusun lebih baik lagi segala perancangan dan perkaitan hubungan elemen antara nombor di dalam hubungan antara aku dan Adib dan juga dengan anak-anak. Dan kemudiannya dengan berbantukan formula memudahkan lagi urusan mendidik anak mendengar kata dan juga membantu meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdikan. Semuanya ilmu.....lebih lagi aku kini berada di dalam bidang psikologi pendidikan pula.... dan persekitaran sekolah yang menyeronokkan lagi.... Namun...apa yang boleh aku nyatakan di sini...semuanya saling membantu.... kerana yang penting adalah usaha yang berterusan walaupun sedikit tetapi diAMALKAN..... (Ni juga salah satu sebab aku malas nak promote ni...sebab nanti sebab orang tu yang tak amalkan...dan tak menjadi...lepas tu komen....sedangkan dia yang tak amalkan....dan salah fahaman....)

Maka now aku ceritakan formula yang aku gunakan iaitu antaranya...


Brainy Sugar Energy (BSE1234Kids)



Kumpulan empat jenis/peringkat formula:

1. Happy Genius - Tahap Spiritual
2. Emotional Quotient - Tahap Emosi
3. Super Smart - Tahap Mental
4. Bold & Brainy - Tahap Fizikal





Formula ini menerbitkan rangsangan bahagian otak yang paling dasar iaitu nukleus sel-sel yang berkemampuan 'berfikir' sendiri untuk melaksanakan berjuta fungsi di dalam tubuh. Namun sel-sel di otak juga memerlukan tenaga untuk melaksanakan fungsinya maka di dalam hal ini, formula BSE1234Kids amat membantu meningkatkan rangsangan berfikir melalui tenaga yang dibekalkannya dan isyarat gelombang yang dibawa bersama.

Zaman kanak-kanak sepatutnya diisi dengan minat dan gaya berfikir yang matang serta kreatif supaya masanya dapat diisi dengan pembentukan akhlak murni dan bijaksana. Kebijaksanaan emosi adalah amat penting yang perlu diutamakan di samping kecerdasan 'ceria', pintar akal dan juga matang.

Kekuatan berfikir amat berkait rapat dengan struktur molekul yang terbentuk di dalam otak. Kajian mendapati molekul gula tertentu amat bersamaan dengan molekul otak yang sedang berfikir. Apabila akal berfikir, enzim-enzim bertindak manakala asid amino mencari pasangan-pasangan unsur dan hormon dirembeskan. Hasilnya, sistem imun dan antibodi dapat diperkuatkan.

Otak sebenarnya suatu ruangan yang kosong dan tidak seharusnya disempitkan apabila kurang berfikir atau terlalu banyak memikirkan perkara negatif dan tiada kesudahannya, ataupun disebabkan oleh pemikiran yang telah tertutup.

Oleh itu di antara manfaat formula ini ialah, kanak-kanak akan lebih menggunakan akal yang rasional dalam pemikirannya, bagi yang telah dewasa formula ini selain meningkatkan tenaga berfikir positif dan kreatif, ia membantu mengembalikan semula tenaga atau masa yang telah terlepas kepada kedudukan asalnya yang sesuai dalam hukum keseimbangannya, sehingga membantu memperbaiki tahap kesihatan secara keseluruhan mengikut level diri.




--------------------------------------------------------------------

Aku gunakan BSE ni dalam 2 kotak seorang....kotak pertama aku kasik dos tinggi....lepas tu aku kotak kedua dah dos rendah untuk kekalkan pengamalan.... Dan lepas tu aku kekalkan guna EQ sampai lah la ni....


Emotional Quotient EQ


Colour Vibration Therapy melalui kajian dan pemahaman kaitan antara organ dan pembelajaran telah menghasilkan formula khas yang dinamakan EQ (Emotional Quotient) untuk mempertenagakan organ-organ deria supaya dapat mengoptimumkan keupayaan belajar.




8 Zon Kecerdasan Emosi



Zon 1- hidung meningkatkan tahap kerohanian setiap individu. Formula Naluri - Deria bauan berkait rapat dengan deria citarasa. Formula yang merangsang daya pendorong. Meningkatkan kesedaran diri. Formula yang membangkitkan kepuasan.Tanda-tanda seseorang itu mempunyai kekuatan kerohanian yang tinggi ialah ia mempunyai semangat yang sangat kuat dalam melakukan setiap aktiviti seharian. Apabila tahap kerohanian yang tinggi telah diperolehi oleh seseorang individu, maka mindanya akan melahirkan ilham yang banyak, daya imaginasi yang tinggi dan hasrat/ azam yang kuat dalam menjalani kehidupan ini. Setiap angan-angannya adalah terarah kepada sesuatu yang berguna dan berkualiti. Ia juga akan mampu mencetuskan idea-idea yang bernas apabila diminta sesuatu pandangan. Deria hidung ini bersambung pada saraf olfactory dan seterusnya bersambung terus ke sistem limbik otak yang akan melahirkan perasaan-perasaan tertentu seperti ketenteraman dan kebahagiaan.


Zon 2- mata akan merangsang kemampuan minda dalam mengenali dan melahirkan segala bentuk gambaran sama ada dalam bentuk lakaran ringkas atau kompleks. Mata juga mempelajari dan menganalisa sesuatu bidang hanya berdasarkan symbol-simbol tertentu atau ‘hints’yang sedikit. Natijah daripada ini, daya kreativiti minda akan meningkat dan keseronokan belajar akan lahir daripada diri setiap individu.


Zon 3 - Telinga, minda akan menjadi sensitif dan peka bertindakbalas terhadap segala bentuk bunyi-bunyian baik yang dapat didengari ataupun yang tidak dapat didengari. Bunyi-bunyian yang tersusun indah dan resonan akan dapat meningkatkan moral diri setiap individu dalam menjalani kehidupan seharian. Di samping itu, minda juga akan mampu menganalisa bunyi-bunyian yang didengari secara verbal daripada orang lain sama ada kata-kata itu dilahirkan secara langsung ataupun tidak langsung. Minda akan dapat menangkap setiap maksud yang didengarinya dan boleh membezakan sama ada kata-kata itu diucapkan secara ikhlas dan tulus atau secara sinis melalui intonasi setiap patah perkataan.


Zon 4 - merangsang bahagian sulkus tengah/ sentral yang terletak di bahagian tengah atas otak. Sulkus sentral mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan deria bulu roma yang terdapat di seluruh tubuh yang bertindak sebagai reseptor. Segala bentuk gelombang maklumat di persekitaran tubuh akan segera dapat dikesan oleh bulu roma dan maklumat ini akan dihantar ke sulkus sentral untuk dianalisa sebelum ia diedarkan ke bahagian-bahagian lain otak. Sentral sulkus juga berperanan dalam penyusunan ayat sama ada dalam bentuk verbal, bunyi-bunyian mahupun tulisan. Disiplin diri akan meningkat pada diri individu apabila deria bulu roma menjadi semakin peka dan sensitif terhadap persekitaran. Jika sebelum ini seseorang individu itu bersifat pengotor, maka dengan pengambilan formula EQ zon 4 ini akan meningkatkan disiplin diri menjadi seorang yang pembersih, kemas, teratur dan sebagainya. Deria gerak rasa/ intuisi juga terletak sulkus sentral; apabila ia peka dan sensitif, sesuatu perkara yang belum berlaku akan dapat dirasai kehadirannya terlebih dahulu. Setiap geraklaku individu itu sentiasa dalam keadaan selamat apabila deria bulu romanya peka terhadap persekitaran.


Zon 5 - merangsang deria tubuh yang meliputi kawasan lubus parietal otak. Segala bentuk maklumat dalam bentuk tekanan sama ada kuat atau lembut akan dianalisa oleh deria ini – kulit. Apabila zon 5 ini aktif/ peka, minda akan mencetuskan idea-idea yang terkehadapan dan berpandangan jauh. Segala maklumat yang wujud di dalam ingatan akan dianalisa, diuji dan pelbagai hipotesis mampu dihasilkan untuk mencapai matlamat yang difokuskan. Kawasan lubus periatal yang aktif akan mampu melakukan congakan, telahan, ramalan dan jangkaan untuk masa-masa mendatang. Individu ini akan menjadi lebih bijak dalam membuat satu-satu keputusan dalam hidup yang mana ini akan membuatkan ia bertambah matang.


Zon 6 - merangsang lubus frontal (hadapan) otak terutamanya di dalam kemahiran linguistik, komunikasi, sebutan dan makna. Seseorang individu itu akan cekap mempelajari pelbagai bahasa, fasih berkata-kata, jelas segala pertuturannya dan juga akan sentiasa mengeluarkan kata-kata yang penuh makna. Dengan kata lain, individu ini tidak suka mengeluarkan kata-kata yang sia-sia. Deria yang berkaitan dengan formula EQ zon 6 ini adalah suara. Setiap patah perkataan dan ayat yang dipertuturkan akan disertai dengan nada dan intonasi yang tepat dan harmonis.


Zon 7 - merangsang lubus parietal daripada sudut pemprosesan maklumat. Dengan pengambilan formula ini, seseorang individu itu akan mampu melakukan analisa perhitungan, melakukan pengkelasan terhadap sesuatu perkara, melakukan perhitungan dengan ketepatan yang konsisten, berfikir dengan kaedah logik dan matematik, berfikir secara saintifik dalam menilaikan sesuatu perkara dan mempunyai idea-idea yang bersifat futuristic/ terkehadapan, yang mana kemahiran-kemahiran seperti inilah yang biasanya dinilai sebagai tahap kecerdasan oleh kebanyakan ahli masyarakat. Deria yang berkaitan dengan zon 7 ini ialah lidah di mana ia berhebungkait dengan cita rasa. Lidah akan menjadi lebih peka dan sensitif terhadap setiap rasa makanan dan minuman yang melaluinya. Walaupun deria yang teransang oleh zon 7 ini ialah lidah, namun ia juga pada hakikatnya meningkatkan tahap cita rasa individu daripada sudut perasaan/ emosi (feeling), persepsi dan visual terhadap segala faktor-faktor persekitarannya.


Zon 8 - merangsang lubus frontal otak. Tenaga daripada zon 8 ini akan meningkatkan kemahiran individu daripada sudut pergerakan, kekuatan, kinestatik, kinestatik, ekologi (persekitaran), idea dan percubaan. Dengan tenaga ini, seseorang individu itu akan mempunyai kemahiran sosial yang tinggi dan berani untuk melakukan sebarang bentuk tindakan yang berisiko tinggi. Dengan kata lain, formula zon 8 EQ ini akan meningkatkan kemahiran individu itu daripada sudut aktiviti-aktiviti fizikal. Kemahiran ini adalah sangat penting bagi setiap individu agar tidak berasa kekok apabila berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Seseorang individu itu akan mampu menyesuaikan diri apabila ia berada di tengah-tengah masyarakat pada semua tahap bangsa, usia dan tempat. Dewasa ini, terdapat ramai mahasiswa universiti tempatan yang kehilangan kemahiran bersosial (pada zon 8); ini menyebabkan mereka gagal mendapat tempat di mana-mana sektor swasta. Dengan ini, pengambilan formula zon 8 EQ dapat membantu mengatasi masalah pehubungan sosial yang dihadapi oleh kebanyakan mahasiswa universiti.

--------------------------------------------------------------

Selain daripada 2 formula utama di atas (BSE dan EQ), aku juga ada kalanya menggunakan formula lain.... contohnya masa nak ke sekolah aku rajin berikan NW2 untuk daya ingatan dan NW4 bagi membantu daya fokus. Tapi hanya terlalu sedikit yang aku berikan... mengikut keperluan....

Jadual di bawah, menunjukkan hubungan antara organ dan peranannya dalam proses pembelajaran.


ORGAN PSIKOLOGI KETERANGAN
NW1 Kelenjar Pineal Kecergasan rohani / ilham Motivasi diri secara semula jadi, merangsang otak, pencetus ilham, meningkatkan keyakinan, memulihkan semangat
NW2 Kelenjar Pitutary Daya ingatan / keremajaan Pembina sel otak untukpemikiran, kreatif / idea, kekuatan daya ingatan, membantu mereka yangbanyak berfikir atau kerja mengingat yang banyak, bijak / kepetahan
NW3 Thalamus Renjatan emosi / kecintaan Tahap pemikiran yang tinggi, gerak balas kepada tekanan jiwa, membantu kerungsingan atau tekanan perasaan, menstabilkan jiwa yang tidaktenang, meredakan perasaan marah atau dendam
NW4 Hipothalamus Tumpuan/ penerimaan Berkebolehan memotivasikan diri sendiri, daya tumpuan belajar, menambah sifat ingintahu, rasional dan bijaksana, kematangan, mencetuskan idea,meningkatkan daya kreatif, penyelesaian yang menyeluruh, meningkatkan kecergasan, menjadi pemerhati yang baik, kognitif peringkat tinggi
NW5 Kawalan Biotik Kecenderungan/ keceriaan Merangsang perasaan gembira dan tenteram semula jadi, menghilangkan rasa bosan, mengawal serangan bakteria, menguatkan semangat sebelum menziarahi kematian, pertahanan tubuh
NW6
Sinus Naluri/ kedamaian Citarasa, mengawal lapar dan dahaga, daya pendorong cita-cita, meningkatkankesedaran diri, membangkitkan kepuasan
NW7 Kawalan Suhu Kecergasan/ pengamatan Minda menjadi sensitif, peka terhadap tindak balas segala bentuk bunyi bunyian yang baik dapat didengari, bunyi-bunyian yang tersusun indahdan resonan akan dapat meningkatkan moral diri setiap individu dalammenjalani kehidupan seharian
NW8 Medulla Ablongata Keseimbangan Perasaan riang dan tenteram, mengawal tekanan fikiran, kelemahan di bahagian iniakan meningkatkan debaran jantung NW11 dan kitaran darah NW18 yangmengawal kekeliruan
NW9
Tyroid Perhubungan/ pengucapan Meningkatkan sel-sel otak dan menambah aktiviti pengaliran elektrik pada otak
NW10 Paru-Paru Perasaan/ hasrat Perasaan, penghayatan dan menjiwai ilmu
NW11 Jantung Ragam/ pertemuan Penyerapan ilmu, mengawal bebanan derita atau cabaran berfikir
NW12 Hati, Perut, Limpa Pengharapan/ daya cipta Tenaga berfikir kreatif, pusat pemikiran sedar, penghayatan dalam belajar. Makan terlalu banyak kolestrol akan melemahkan tenaga berfikir
NW13 Buah Pinggang Gerakbalas / bertenaga / ketenangan Keupayaan untuk berdaya fikir
NW14 Hempedu Ketaatan/ keikhlasan Pemikiran tajam
NW15 Pankreas Prihatin / simpati Berfikirmengenai diri orang lain, menghargai orang lain, ramah, menghayati diriorang lain. Kelemahan di bahagian ini akan mengakibatkan seseorangmudah mengumpat, cemburu, iri hati, hasat, khianat
NW16
Ovari, Testis Kesabaran / suci / kejelitaan Bertimbangrasa, sabar, memahami. Kelemahan di bahagian ini akan mengakibatkan perasaan gelojoh, terburu-buru, mengambil jalan pintas
NW17
Alat Kelamin, Organ Kencing Asmara / kemanjaan Bertanggungjawab, mengambil tahu / ambil peduli. Kelemahan di bahagian ini menyebabkan seseorang menjadi pasif
NW18
Darah, Otot Keberanian Mengawal kebimbangan, kekhuatiran, takut. Berani mencuba, menegakkan kebenaran, hasil kemas.
NW19
Usus, Apandiks Keyakinan / cergas Keyakinan tinggi. Kelemahan di bahagian ini akan menyebabkan ketakutan luarbiasa, phobia, terperanjat, rasa kaku
NW20 Tulang, Saraf Ketabahan / istirehat Kesanggupan, menghilangkan keresahan dan angan-angan kosong, bersegera. Kelemahan di bahagian ini akan menjadikan seseorang suka menangguhkan kerja






Ya...menurut ilmu CVT yang aku pelajari, sistem pembelajaran berkait dengan setiap sistem tubuh yang terdapat di badan kita. Ianya bukan semata otak yang digunakan di dalam proses pembelajaran semata. Tetapi juga gandingan keseluruhan sistem tubuh kita yang menyampaikan dan memproses segala maklumat dan otak dengan fungsi tertentu bagi proses pembelajaran itu berlaku. Setiap sistem tubuh yang dinamakan sistem NW1 hingga NW20 mempunyai psikologinya tertentu yang dapat dikaitkan dengan sistem pemikiran dan pembelajaran kita.

InsyaAllah....terima kasih Mulia kerana hang buat aku ready kini nak bantu orang lain sekiranya orang lain itu juga bersedia sepertimana hang....Sabar sungguh hang nak tunggu aku bukak mulut kann...... InsyaAllah balik nanti aku dapatkan hang formula ni.....

Oh ya...aku lupa seperkara penting ni.... namanya Seri Wajah.... ni lah yang paling penting yang aku tak sangka aku boleh terlupa.... Apa-apa jugak mula sakit pening ke jatuh terhantuk ke melalak ke menangis dalam tidur ke....akan aku sapukan Seri Wajah... atau kes besar sikit aku buh setitik dalam air (dan juga ais) dan mandi dan juga buat minum....
Posted by JULIE EZWIN aka ALYA ZARA at 8:31 AM

0 Filem tidak berjaya di pawagam. Filem seni belum diterima di Malaysia. Kos 1.3j, kutipan 0.23j. Kenapa?

Penerbit Crayon kecewa

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

2010/11/25
Pempamer tarik balik tayangan sebelum tempoh Wajib Tayang

PENERIMAAN penonton tempatan terhadap filem berunsur ‘art’ ternyata masih belum cukup terbuka jika dibandingkan dengan filem komersial. Ini terbukti apabila filem Crayon, terbitan pertama Zioss Films Production, kurang mendapat sambutan sejak ditayangkan 11 November lalu.

Selepas 12 hari menjengah pawagam, syarikat pengeluar filem itu sendiri masih belum dapat memberikan anggaran kutipan filem arahan Dean A Burhanuddin yang membariskan Hon Kahoe, Ariff Faisal Abdullah, Adibah Noor, Joey serta beberapa pelakon kanak-kanak. Lebih mengecewakan Zioss Films apabila ada pihak pempamer yang tidak memberikan sokongan kepada produksi baru seperti mereka dengan menggugurkan filem berkenaan daripada tayangan atas alasan Crayon tidak memberi pulangan. Penerbitnya Elise Anum Abdul Hamid, ketika dihubungi berkata mereka masih belum mendapat jumlah kutipan sebenar kerana pihaknya baru menerima kutipan untuk dua dan tiga pawagam saja daripada 25 panggung.

Apa yang dimaklumkan kepada mereka, Crayon hanya mengutip sebanyak 35 peratus daripada jumlah kerusi penonton.

Sebagai penggiat filem baru, nasib yang menimpa filem itu tentunya cukup mengejutkan buat dia serta rakan kongsi, Linda Ziegler.

Katanya, dia tidak mampu menyorokkan rasa sedih di atas kegagalan buah tangan sulung mereka itu. Namun perkara berkenaan tidak sesekali mematahkan semangat mereka menghasilkan filem lain pada masa depan sekiranya ada rezeki.
“Kalau saya katakan tidak kecewa bererti kami hidup dalam penafian. Memandangkan ini produk sulung Zioss Films, tentunya sambutan dingin terhadap Crayon sedikit sebanyak memberi kesan kepada kami.

“Kami berusaha keras memastikan filem ini dihasilkan dengan baik. Kami seboleh-bolehnya memastikan tiada unsur yang boleh mengundang kontroversi dan juga memastikan filem ini sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga. Malangnya filem ini tidak kena dengan selera penonton tempatan. Mungkin kesilapan itu datang dari kami kerana ramai memberitahu, mereka (penonton) tidak tahu mengenai kewujudan filem ini berikutan kurangnya promosi.

“Kami hanyalah sebuah syarikat baru dan bukannya ada bajet besar untuk mempromosikan filem ini menerusi iklan di kaca televisyen. Bagaimanapun kami tetap berusaha mengadakan promosi sejak Ogos lalu dengan meletakkan kain rentang filem Crayon selama empat bulan di beberapa buah pasar raya besar tetapi masih gagal menarik penonton ke pawagam.

“Cuma kami juga sedikit kecewa apabila pihak pempamer mengambil tindakan menarik balik tayangan sebelum habis tempoh wajib tayang dengan alasan filem itu tidak mendapat sambutan memberangsangkan. Sepatutnya memberi orang baru seperti kami peluang. Walaupun Crayon sudah tiada lagi di pawagam, kami akan tetap memikirkan usaha untuk meneruskan promosi untuk filem ini,” kata Elise.

Menurut Elise, mereka akan berbincang dengan beberapa buah pawagam untuk mendapatkan kebenaran menayangkan lagi Crayon walaupun setelah tamat tempoh wajib tayang. Antaranya seperti Big Cinema dan Star Cinema.

Elise menyangkal barisan artis yang disandarkan dalam filem ini menjadi salah satu punca kenapa penonton tidak berminat ke pawagam. Katanya, mungkin jalan cerita Crayon yang mengangkat kisah mengenai anak yatim tidak begitu menarik minat penonton.

“Walaupun Crayon tidak berjaya di pawagam, namun itu tidak akan menghentikan usaha kami terus mempromosikan Crayon. Kami merancang mahu menghasilkan Crayon pula supaya apabila penonton menontonnya nanti, mereka akan mengaitkan sitkom ini dengan filem,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya bagaimana pula sambutan filem itu ketika ditayangkan di Laemmle Theatres, Amerika Syarikat selama tujuh hari bermula 4 November yang lalu, Elise berkata jumlah kutipannya juga masih belum diperoleh. Pada tiga hari pertama, kehadiran penonton memang agak kurang tetapi semakin meningkat memasuki hari keempat.

Katanya Crayon juga berjaya mendapat kritikan daripada seorang penulis blog terkenal yang banyak mengkritik filem di Amerika Syarikat. Pengkritik berkenaan hanya akan mengkritik filem yang dirasakan berbaloi untuk ditonton, justeru itu cukup membanggakan buatnya apabila Crayon mendapat kritikan.

Thursday, November 25, 2010

0 RM80,000 + RM40,000 dari sukan. Komited pada sukan dapat wang, komited pada SPM dapat sijil SPM

Aricco terima durian runtuh RM40,000
Oleh Mohd Azrone Sarabatin

2010/11/23
KEJAYAAN atlit angkat berat dari Sabah, Aricco Jumitih, menyumbang pingat emas buat negara pada Sukan Komanwel di New Delhi bulan lalu terus menghasilkan pulangan lumayan apabila menerima insentif berjumlah RM40,000 daripada kerajaan negeri.

Durian runtuh itu disampaikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, semalam. Majlis turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Peter Pang En Yin serta Setiausaha Tetap kementerian, Datuk Micheal Emban. Sementara itu, Aricco masih berehat berikutan kecederaan pinggang yang menyebabkannya terlepas beraksi di pentas Sukan Asia yang rancak berlangsung di Guangzhou. Saya menghargai pengiktirafan kerajaan Sabah ini. Wang ini akan saya gunakan sebagai modal memulakan perniagaan, sebagai tambahan kepada ganjaran RM80,000 yang diperoleh dari Majlis Sukan Negara (MSN), katanya.

Wednesday, November 24, 2010

0 Tanya sejarah seks pasangan anda untuk membendung HIV AIDS. Ianya sukar dikenal pasti dan segan untuk ditanya tetapi itu untuk nyawa anda!

Lebih ramai hidap HIV melalui hubungan seks

24/11/2010 3:03pm


KUALA LUMPUR 24 Nov. - Orang ramai khasnya kaum wanita di negara ini dinasihati agar menyedari cara dan trend HIV menjangkiti mereka, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie.

Ini kerana kata beliau, kini lebih ramai wanita dan remaja perempuan di negara kini dijangkiti HIV menerusi hubungan seks berbanding sebelum ini melalui suntikan.

Kini trend baru pesakit HIV baru di negara ini dijangkiti menerusi hubungan seks berbanding sebelum ini jangkitan HIV di kalangan penagih dadah melalui suntikan, katanya dalam ucapan pada pelancaran perbincangan meja bulat mengenai kedudukan Wabak HIV dan Aids di Malaysia di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara Datuk Aminah Abdul Rahman.

Menurutnya, kebanyakan wanita dan budak perempuan di Asia kini dijangkiti virus itu menerusi hubungan seks dengan suami atau teman lelaki mereka yang menghidapi HIV. - Bernama

0 Penerbit memerlukan pengarah dan penulis skrip yang baik untuk survival. Kata penerbit, setiap babak adalah wang hangus!

Terbit drama berkualiti

Oleh Ramlah Zainal
SEPANJANG aktif bersama Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof berjuang membantu ahli dengan mendapatkan slot menerbitkan program untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Bagaimanapun kini, bekas Presiden Seniman itu aktif menggerakkan syarikat produksinya, Warna Motion Pictures & Marketing Sdn Bhd (Warna) menghasilkan karya berkualiti untuk memartabatkan lagi industri seni tanah air.


Mustapha yang juga Pengarah Urusan Warna menegaskan, sebagai penerbit dia akan pastikan semua projek drama terbitan syarikatnya mendapat skrip yang bagus, selaras dengan seruan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta penerbit drama tempatan mementingkan kualiti drama dihasilkan.

"Saya bersyukur kerana Warna diberi peluang menerbitkan drama untuk RTM yang dikenali kerana membuat bayaran paling tinggi dari semua stesen lain di negara ini.




"Namun, saya akui tidak mudah untuk mencari pengarah dan penulis skrip yang bagus ketika ini tapi ia memang tanggungjawab kita kepada negara.


"Sebagai penerbit, saya mementingkan karya berkualiti untuk memberi kepuasan kepada penonton.

"Penerbit juga perlu menghasilkan drama berkonsep 1Malaysia seperti seruan kerajaan. Kita tidak hanya fokus pada penerbitan drama Melayu sebaliknya boleh menghasilkan drama Cina, India dan sebagainya," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran drama bersiri Pak Kaduk, baru-baru ini.

Kata Mustapha, Warna sudah terbabit dalam penerbitan selama 28 tahun dan banyak menerbitkan projek dokumentari, iklan dan video korporat. Kini Warna ada tujuh projek baru yang sudah siap. Antaranya drama bersiri 13 episod, Pak Kaduk yang akan bersiaran di TV2.

Senator Tan Sri Dr Jins Shamsudin turut menjadi penerbit drama ini dan ia dilancarkan dalam satu majlis yang dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik) RTM, Datuk Norhayati Ismail.

Kata Mustapha, Pak Kaduk adalah drama berkualiti terbaru terbitan syarikatnya dan idea menghasilkan cerita ini tercetus menerusi pemerhatian di sekeliling.

"Cerita ini diberikan judul Pak Kaduk sebagai simbolik kisah Pak Kaduk yang menjadi bualan masyarakat sejak dulu. Mungkin ramai yang tidak tahu ada ramai`pak kaduk' dalam masyarakat kita hari ini. Adakah kita mahu kisah pak kaduk yang tergadai kampungnya itu berulang dalam dunia korporat kita sekarang," katanya.

Mustapha juga mengakui drama bersiri Pak Kaduk adalah drama paling mencabar yang diterbitkan syarikatnya setakat ini. Penggambaran mengambil masa 40 hari di sekitar Langkawi, Kedah.

"Pada peringkat awal, memang kami merancang untuk menjayakan penggambaran drama ini di Kuala Lumpur tetapi terpaksa buat di Langkawi kerana kesukaran mendapat kebenaran buat penggambaran di hotel sekitar Kuala Lumpur termasuk bertaraf lima bintang.

"Kita merancang buat penggambaran di hotel kerana ingin menggambarkan 'Pak Kaduk' dalam imej korporat," katanya.

Tambahnya lagi, pihak produksi terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi bila menjayakan penggambaran di Pulau Langkawi bermula pada 29 Oktober dan berakhir pada 10 November lalu.

"Kesukaran untuk mendapat lokasi hotel ini memang masalah yang sering berlaku dalam produksi kita. Kita juga memerlukan bantuan kerajaan untuk membantu dalam perkara ini. Pada masa sama, kami berhadapan ujian kerana terpaksa meredah hujan dan banjir di Kedah untuk menjayakan penggambaran seperti dijadualkan," katanya.

Drama arahan Saian Samion ini dibintangi barisan pelakon seperti Datuk Mustapha Maarof (Datuk Kamil), Adrea Abdullah (Norhayati), Al Fahar (Norman), Bob Singah (Taha), Pesha (Badrun), Datuk Aziz Singah (Amri), Aimi Jarr (Wak Seman), Rosnah Johari (Datin Kalsom), Fazlina Datuk Ahmad Daud (Hanim) dan Haanii Shivraj (Kamala Devi).

0 Idea kreatif, rezeki, ilmu pendidikan, skill interpersonal dan sokongan masyarakat menjadi penyelamat golongan tersepit

Lelaki kurang upaya buka bisnes selepas mohon 1,923 pekerjaan


RICHARD SHAKESPEARE



SINFIN - Seorang lelaki kurang upaya di Britain, Richard Shakespeare menubuhkan sebuah syarikat perunding bagi memberi nasihat mengenai perkhidmatan untuk golongan kurang upaya selepas 1,923 permohonan kerjanya ditolak, lapor sebuah akhbar semalam.

Shakespeare, penghidap sakit saraf Cerebral Palsy yang menyebabkan pergerakannya terbatas turut membelanjakan £1,000 (RM4,965) bagi membeli setem selama 12 bulan selepas dia diberhentikan daripada jawatan sebagai penasihat pelanggan sebuah bank Internet.

"Namun, sesudah setahun tidak mendapat kerja, saya mula tertekan dan peluang kerja yang bersesuaian dengan diri saya pula semakin berkurangan," katanya.

"Saya kemudian terfikir bahawa ratusan syarikat tidak memiliki pengalaman mengenai cara berurusan dengan orang kurang upaya dan saya sebagai seorang kurang upaya boleh membimbing mereka," tambahnya.

Idea tersebut menyebabkan dia menubuhkan sebuah firma perunding bagi membimbing majikan mengenai kaedah berurusan dengan golongan kurang upaya.

Kini, firmanya memperoleh kejayaan yang memberangsangkan.

Pada Oktober tahun lalu, Shakespeare mendapat pelanggan terbesarnya yang pertama apabila pengurus Hotel Novotel, Mike Colman meminta khidmat nasihatnya mengenai cara meningkatkan tahap perkhidmatan di hotelnya. - Agensi

0 Lebih RM22,000 sebulan gaji perdana menteri Malaysia dan lebih RM5j setahun dibelanjakan untuk bayar gaji anggota kabinet

PM terima gaji RM22,826.65 sebulan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2005 yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2004.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 manakala jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Januari 2004," katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis terhadap soalan N. Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota Kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen dan elaun mereka dari tahun 2005 hingga tahun 2009.

Mohamed Nazri berkata, jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota Kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Katanya, RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada tahun 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.

0 Belajar sejarah untuk membina masa depan bukan untuk mengulangi kesilapan masa lalu

Peguam Syarie Menulis: Sejarah beri panduan bina masa depan cemerlang

Oleh Tuan Musa Awang

2010/11/24
CADANGAN kerajaan menjadikan subjek Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) wajar dipandang dari perspektif positif, meskipun ada beberapa pihak menentangnya. Sebagai seorang yang mengambil subjek Sejarah sejak di bangku sekolah menengah, saya menyokong syor ini.

Sejarah bukan hanya untuk dikenang, dibukukan atau dijadikan rekod tawarikh untuk ditelaah oleh generasi akan datang, tetapi sejarah adalah satu bentuk pendidikan berterusan agar kita menghargai apa yang dikorbankan oleh tokoh terdahulu atau tidak mengulangi kesalahan sama yang pernah dilakukan oleh orang terdahulu. Bukti menunjukkan bahawa sejarah itu berulang-ulang, cuma watak, latar tempat dan plotnya saja berbeza. Daripada sejarah kita belajar bagaimana Nabi Muhammad SAW yang berasal daripada seorang anak yatim, miskin dan buta huruf mampu menjadi pemimpin agung, sehingga suatu ketika Islam menjadi tamadun peradaban yang mendominasi sebahagian besar dunia, kemudian menjadi lemah sehingga sekarang, akibat kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh sebahagian umat Islam yang lupakan sejarah. Daripada sejarah juga kita belajar bagaimana Kesultanan Melayu Melaka menjadi sebahagian daripada tamadun Nusantara, yang kemudian jatuh ke tangan penjajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun akibat kesilapan yang dilakukan oleh sebahagian pemimpin dan rakyat yang lupakan sejarah. Sejarah membuktikan bahawa undang-undang Islam yang pernah menjadi hukum kanun kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan sebahagian besar negeri Tanah Melayu telah dipinggirkan selepas penjajahan. Hakikatnya kini, Mahkamah Syariah berada pada taraf, status, kedudukan dan bidang kuasa yang lebih rendah dan sempit berbanding mahkamah sivil.

Sejarah ketamadunan Mesir di tepian Sungai Nil mengajar kita mengenai sejarah sistem kalendar, penyimpanan mayat dan piramid. Sejarah ketamadunan China dari tepian sungai Huang Ho dan Yang Tze mengajar kita mengenai sejarah penemuan kertas, sutera, dan sistem pertanian. Sejarah perang dunia pertama dan kedua mengajar kita mengenai relovusi dan perkembangan teknologi seperti pesawat terbang, kapal selam, senjata dan komunikasi. Dari sejarah, kita belajar bahawa pemimpin yang mencapai cita-cita politik mereka dengan bermandikan darah, air mata, dan penderitaan rakyat seperti Firaun, Stalin dan Hitler akan dikenang walaupun dari sudut negatif.

Belajar sejarah menjadikan kita semakin bijak untuk membangun dunia pada masa akan datang, bukan mengulangi kesalahan yang pernah dilakukan. Belajar sejarah menurut Islam adalah untuk memberi kesedaran, mengambil iktibar dan juga untuk menambah keimanan kepada Allah SWT.

Dianggarkan satu perenam daripada kandungan kitab suci Al-Quran adalah terdiri daripada kisah sejarah. Sebagai contoh, Surah al-Qasas, sebahagian besarnya menceritakan kisah Nabi Musa (as) menentang Firaun dan kaumnya. Firman Allah dalam ayat ke-4 surah itu yang bermaksud: Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia daripada golongan yang membuat kerosakan.

Surah al-Kahfi pula menceritakan kisah sekumpulan pemuda yang tidur di dalam gua. Ayat 9 hingga 13 surah itu yang bermaksud: Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah Ashabul Kahfi dan Ar-Raqim itu saja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambah mereka dengan hidayah petunjuk.

Tuesday, November 23, 2010

0 Enam petua kerajaan untuk capai 10 tahun terakhir wawasan 2020. Ambil iktibar untuk kejayaan diri

Enam petua jayakan PPP - Nor Mohamed

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Perkongsian Swasta dan Awam (PPP) akan menjadi platform pelaburan utama kerajaan dalam menjana perbelanjaan sebanyak RM150 juta setahun untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Jumlah perbelanjaan itu adalah tekal dalam usaha mencatat pertumbuhan ekonomi sekitar enam peratus sehingga 2020.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kerajaan yakin Malaysia berjaya melaksanakan inisiatif PPP bagi mendapatkan kekuatan yang optimistik.

''Kita perlu menjana perbelanjaan sebanyak itu (RM150 bilion) bagi mengekalkan kemampanan ekonomi negara,'' kata beliau dalam pembentangan bertajuk: 'PPP untuk infrastruktur' sempena Forum Pemimpin Perniagaan Global di sini hari ini.

Nor Mohamed berkata, terdapat enam petua yang diamalkan untuk menjayakan projek di bawah PPP.

Pertama, kata beliau, kerajaan perlu menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pelaksanaan projek PPP.

Nor Mohamed berkata, petua kedua pula mencipta persekitaran yang berkeupayaan dan, ketiga, memilih pihak swasta yang betul dan berkeupayaan daripada sudut kewangan.

Petua keempat, kata beliau, membina kepakaran yang diperlukan dalam kapasiti sumber manusia dan kelima, mempunyai sumber kewangan untuk projek jangka panjang.

Petua keenam pula, menjalankan etika kerja di antara swasta dan awam.

''Keenam-enam petua kejayaan itu menjadi jaminan punca kelancaran projek PPP selama ini.

''Malaysia sendiri mempunyai pengalaman yang baik dalam menjalankan projek PPP yang menyakinkan kejayaannya kepada kedua-dua pihak iaitu awam dan swasta,'' tambah beliau.

0 Fenomena Harry Porter. Kehebatan Filem dari Novel Bersiri.

Harry Porter pecah rekod minggu pertama

LOS ANGELES 22 Nov. - Filem terkini Harry Potter mencatat rekod baru jualan tiket pada minggu pertama tayangannya apabila memperolehi AS$330 juta (RM1.027 bilion) di seluruh dunia.

Menurut studio Warner Brothers, Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1 meraih kutipan sebanyak AS$125.1 juta (RM388.8 juta) di Amerika Syarikat (AS) dan mendapat kutipan tiket terbesar dalam minggu pertama tayangannya di Britain sebanyak AS$28 juta (RM87 juta).

Di Australia, filem tersebut mencatatkan hasil jualan tiket sebanyak AS$15 juta (RM46.6 juta) dan di Rusia sebanyak AS$12 juta (RM37.2 juta), yang merupakan permulaan yang baik pada minggu pertama siri Harry Potter itu dengan sambungannya Deathly Hallows: Part 2 pada tahun hadapan.

"Ini baru benar-benar fenomena filem dan ini adalah episod permulaan daripada dua bahagian filem tersebut," kata ketua pengedaran filem studio tersebut di AS, Dan Fellman.

"Kami amat teruja melihat sambutan yang diberikan oleh penonton di seluruh dunia.

"Ini adalah bukti dari visi luar biasa yang dihasilkan penulisnya JK Rowling, bakat yang ditunjukkan oleh pelakon, pembuat filem dan semua orang yang terlibat dalam penerbitan dan kerja keras pengedaran kami dan pasukan pemasaran di seluruh dunia," tambah Ketua Pengedaran Antarabangsa, Veronika Kwan -Rubinek.

Hallows: Part 1 mempunyai peluang baik untuk menjadi filem paling terlaris tahun ini jika ia dapat mengekalkan momentum semasa musim percutian di AS.

Dalam filem baru siri keenam dan kedua akhir itu, Lord Voldemort dan konco-konco jahatnya mengawal lilitan besar dunia sihir dan Harry berada dalam keadaan yang bahaya.

Menurut anggaran kutipan mingguan oleh Exhibitor Relation di AS, filem Harry Potter memperolehi hasil jualan tiket sebanyak AS$125 juta (RM388.3 juta) seminggu mengatasi sembilan lagi filem yang berada dalam carta 10 filem terlaris.

Filem animasi komedi Megamind berada di tangga kedua dengan pungutan AS$16.2 juta (RM50.3 juta) diikuti filem aksi dibintangi Denzel Washington dan Chris Pinewith Unstoppable dengan hasil AS$13.1 juta (RM40.7 juta). - AFP

0 Ingatlah empat prinsip semasa buat urusniaga di internet bagi mengelak ditipu

RM300,000 lesap di Internet sebulan

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my



BUKAN semua penjualan dalam talian merupakan penipuan tetapi jika pengguna tidak berhati-hati mereka menjadi mangsa. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR – Para pembeli pelbagai barangan secara dalam talian melalui Internet di negara ini mengalami kerugian di antara RM200,000 hingga RM300,000 setiap bulan gara-gara tertipu dengan sindiket perniagaan yang sebenarnya tidak wujud.

Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih, Azli Paat yang mendedahkan perkara itu berkata, jumlah tersebut berdasarkan lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan transaksi urus niaga yang dibuat menerusi pelbagai kaedah pembayaran seperti kad kredit, perbankan Internet atau bayaran secara bersemuka bernilai RM2.5 juta hingga RM3 juta setiap bulan.

Setiap hari, rakyat di negara ini berbelanja kira-kira RM100,000 untuk membeli pelbagai produk secara dalam talian di Internet.

Katanya, terdapat empat proses penting ketika pembelian dalam talian iaitu carian Internet, pengesahan atau perjanjian pembelian, penghantaran dan pembayaran.

“Malangnya penipuan sering berlaku apabila proses ini tidak diikuti. Kaedah yang salah ialah pembayaran dahulu baru penghantaran menyebabkan barang tidak sampai kepada pembeli,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Monday, November 22, 2010

0 Debu gunung berapi di tengah Filipina

Bulusan hambur debu kali keenam



PENDUDUK memerhatikan hamburan debu Gunung Bulusan yang terletak di wilayah Sorsogon, tengah Filipina, semalam. - REUTERS



MANILA 21 Nov. - Beratus-ratus penduduk terpaksa melarikan diri selepas gunung berapi Bulusan di Filipina hari ini menghamburkan debu yang menghujani kampung-kampung di sekitarnya.

Penduduk di dua kampung dekat Gunung Bulusan meninggalkan rumah mereka selepas kepulan abu menjulang kira-kira dua kilometer ke udara dari gunung setinggi 1,565 meter itu.

Ia merupakan letusan debu keenam sejak beberapa minggu kebelakangan ini namun tidak ada bahaya letusan besar, kata pakar gunung berapi kerajaan.

"Penduduk yang dipindahkan adalah mereka yang paling terdedah kepada ancaman abu seperti kanak-kanak, golongan tua, wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak," kata ketua kawalan bencana, Jose Lopez kepada televisyen ABS-CBN.

Mangsa dibawa ke sekolah-sekolah kerajaan yang digunakan sebagai pusat penempatan sementara, katanya.

Lebih 750 penduduk telah meninggalkan rumah masing-masing sejak Gunung Bulusan mula menghamburkan abu pada 6 November lalu.

Seorang lelaki yang menghidap asma meninggal dunia akibat abu dari gunung itu pada 11November lalu. - AFP

0 Isi kandungan yang baik di FB lebih baik berbanding banyak rakan tetapi cerita kosong

Rakyat perlu guna laman sosial secara berhemah: PM


2010/11/22
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat Malaysia menjadi pemimpin kepada usaha membimbing pengguna jaringan media sosial supaya menggunakannya secara berhemah dan bijak.

Perdana Menteri berkata, ini disebabkan jaringan media sosial seharusnya digunakan bagi tujuan murni seperti menjadi medan perbincangan membina dan tempat menyampaikan pandangan bersifat sederhana. “Kita perlu menunjukkan teladan baik atau memimpin usaha bagaimana menjadikan media sosial sebagai tempat perbincangan membina, sama ada di Facebook, Twitter atau jaringan sosial yang lain. “Sudah pasti, akan ada kumpulan kecil yang akan memperjuangkan ideologi dan sikap ekstrim, tetapi ia tidak sepatutnya menjadi penghalang bagi kita menyuarakan pandangan bersifat sederhana serta wasatiyyah,” katanya menerusi blognya, semalam.

Perdana Menteri berkata, rakyat seharusnya tidak terpengaruh dengan provokasi dalam talian yang bersifat tidak matang dan kasar, sebaliknya perlu mengambil pendekatan yang mencerminkan kita adalah bangsa berintegriti serta berbudi bahasa.

Katanya, rakyat juga seharusnya mempelopori usaha menggalakkan pengguna media sosial melakukan perkara yang sama dan menyuarakan pandangan sederhana.

“Ia akan menjadi ukuran terhadap usaha kita membentuk mentaliti kelas pertama, bagi menggambarkan kita benar-benar 1Malaysia,” katanya.
Najib turut melontarkan persoalan apakah pandangan rakyat mengenai usaha mempromosi budaya sederhana dalam talian.

0 Masalah disiplin, kesihatan dan prestasi rendah adalah tiga masalah utama penjawat awam di Malaysia

6,133 penjawat awam bermasalah

22/11/2010 3:49pm


PUTRAJAYA 22 Nov. - Jumlah penjawat awam yang bermasalah dan berprestasi rendah meningkat kepada 6,133 orang pada tahun lepas berbanding 5,344 atau 0.84 peratus pada 2008, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata, antara masalah yang dihadapi adalah disiplin, hubungan interpersonal, psikologi, prestasi rendah serta kesihatan kronik seperti penyakit jantung, kanser dan kencing manis.

"Masalah disiplin, kesihatan dan prestasi rendah merupakan tiga masalah paling utama," katanya semasa berucap merasmikan majlis pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) kali keenam 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar rakan pembimbing membantu pihak pengurusan sumber manusia dalam mengatasi masalah yang timbul selain mempamerkan diri mereka sebagai model contoh kepada rakan sekerja yang lain dengan mengamalkan nilai-nilai positif dan menunjukkan tatalaku yang boleh dicontohi. - Bernama

Saturday, November 20, 2010

0 Planet lebih besar dari Jupiter sedang bergerak laju

Planet berputar laju ditemui di tepi Bima Sakti



Lakaran artis merakamkan HIP 13044 b, sebuah planet panas mengorbit sebuah bintang dan memasuki galaksi Bima Sakti. - AFP



WASHINTON 19 Nov. - Sebuah planet yang panas, mengandungi gas dan cepat berputar pada paksinya ditemui mengorbit bintang dan sedang mati di tepi Bima Sakti, penemuan pertama planet di luar galaksi.

Ia dikatakan menyempurnakan setiap orbit hanya dalam masa 16 hari dan mungkin sedang berada pada hujung hayatnya, tambah pakar astronomi itu.

Selain saiznya yang sedikit besar daripada Jupiter, planet terbesar dalam sistem solar kita itu juga mengorbit sebuah bintang yang berada 2,000 tahun cahaya dari bumi dan ditemui sedang menuju ke Bima Sakti.

Ia dipercayai sebahagian daripada aliran Helmi, sekumpulan bintang yang kekal selepas mini galaksinya dikuasai Bima Sakti antara enam hingga sembilan bilion tahun lalu, menurut penyelidik di Science Express.

"Penemuan ini sangat mengujakan kerana ia melibatkan jarak yang jauh. Sebelum ini, tidak ada pengesahan penemuan planet di luar galaksi kita ini.

"Namun penggabungan kosmos ini membawa planet galaksi tambahan di dalam lingkungan kita," kata Rainer Klement dari Institut Astronomi Max Planck.

Menurut penyelidik, pakar astronomi dapat menentukan kedudukan planet itu iaitu 'HIP 13044 b' dengan menumpukan pada getaran ketara sangat kecil dicetuskan oleh bintang itu dengan tanda tarikan graviti yang diorbit oleh planet itu.

Mereka berjaya mengesan planet itu menggunakan teleskop berkuasa tinggi milik European Southern Laboratory di Balai Cerap La Silla, Chile, kira-kira 600 kilometer ke utara ibu negara Santiago.

Planet itu sangat rapat dengan bintang yang diorbitnya, sekali gus menjadikannya sangat panas. - AFP

Thursday, November 18, 2010

0 Ibu: Mereka tidak mengerti. Ibu bapa marah kerana sayang. Dunia luar tidak selamat untuk gadis.

Gadis lari nyaris dirogol

KUALA LUMPUR: ”Saya minta maaf mak, saya menyesal dan janji tidak akan buat lagi,” kata Wan Nur Hakimah Wan Manah, 13 yang lari daripada rumah bersama dua rakannya di Flat Danau Kota Off Jalan Genting Klang, di sini, minggu lalu.

Lebih menjadi sesalan bagi remaja itu apabila dia dan seorang rakannya nyaris menjadi mangsa rogol seorang lelaki yang kononnya ingin membantu membawanya pulang ke rumah.


Menurutnya, perasaan kesal kerana menurut kehendak hati yang mahu mencari ketenangan dan kebebasan dengan lari daripada rumah menghantui dirinya apatah lagi bila mengenangkan dia terpaksa mengikat perut kerana tidak mempunyai wang untuk membeli makanan.


“Saya dan rakan terpaksa meminta wang daripada orang yang kami temui kerana ingin membeli makanan. Ketika itu baru saya tahu betapa susahnya bila berjauhan keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Akhbar ini Ahad lalu melaporkan kehilangan Nur Hakimah dan rakannya yang dikenali sebagai Amylia,16 dan adiknya, Adila, 13 dan kebimbangan keluarga mengenai keselamatan mereka.


Nur Hakimah berkata, mereka merayau-rayau di pusat beli-belah dan pada jam 3 pagi mereka didatangi seorang lelaki ketika berada berhampiran Hentian Puduraya yang mahu menghantar mereka pulang ke rumah.




“Tetapi, kerana dia bermotosikal, lelaki itu memaklumkan akan membawa saya dan Amylia dahulu sebelum berpatah balik mengambil Adila kemudian.


“Bagaimanapun, sebaik memasuki rumah berkenaan, lelaki itu cuba merogol kami dan dalam keadaan kelam-kabut itu, kami berjaya melarikan diri,” katanya.



Namun, remaja terbabit bernasib baik apabila bertemu lelaki yang kemudian membawa mereka ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sementara itu, ibunya, Nor Hazita Shaari, 44, melahirkan rasa syukur kerana doanya untuk menyambut Aidiladha bersama anaknya itu dimakbulkan Tuhan.


Katanya, sejak kehilangan Nur Hakimah, mereka sekeluarga bimbang keselamatannya hingga penyakit batuk kering yang dihadapinya semakin teruk.

0 Trend orang kaya berbelanja: Beli produk mewah walaupun dalam kegawatan ekonomi

Permintaan produk mewah meningkat

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Penduduk berpendapatan tinggi di Kuala Lumpur terus membelanjakan wang untuk telefon mudah alih dan set televisyen mewah, menurut firma penyelidikan pasaran, Synovate.

Firma tersebut menjangkakan trend itu akan berterusan.

Kajian 2010 yang dijalankannya mendapati hampir separuh (47.7 peratus) daripada penduduk di Kuala Lumpur memiliki TV skrin rata, 47.3 peratus memiliki TV plasma atau LCD dan 11.4 peratus memiliki TV definisi tinggi.

Pada tempoh yang sama, pemilikan telefon pintar juga akan meningkat kepada satu pertiga iaitu 17.8 peratus berbanding 12.5 peratus sebelum ini, kata Synovate dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah Urusannya bagi Malaysia, Ben Llewellyn berkata, ini bertentangan dengan kedudukan ekonomi Malaysia yang teruk terjejas akibat krisis kewangan global dalam tempoh kajian itu.

"Rakyat Malaysia dijangka berhenti berbelanja dalam tempoh itu. Kami melihat kelembapan, dua pakej rangsangan dan pengurangan kadar faedah.

"Ekonomi kini agak kukuh namun rakyat mempunyai sedikit kebimbangan ia mungkin tidak berpanjangan," katanya.

Llewellyn berkata, dengan ketidaktentuan ini, ia menunjukkan penduduk Kuala Lumpur yang suka berbelanja besar tidak akan berhenti membeli dalam masa sukar atau baik.

"Mereka merupakan pengguna kebanyakan jenama dalam apa sahaja kedudukan pasaran. Peningkatan perbelanjaan tidak berlaku dalam semua kategori, namun ia ketara dalam teknologi tinggi seperti TV, telefon mudah alih dan komputer riba," katanya.

Kajian itu yang dijalankan mulai suku ketiga 2009 hingga suku kedua 2010, melibatkan 1,708 responden dari Kuala Lumpur. - BERNAMA

0 Kisah kejayaan Emas dan Perak Keirin berbasikal Malaysia

Kamikaze Azizulhasni berbaloi



Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (tiga dari kanan) meraikan kejayaan Azizulhasni Awang dan Josiah Ng (kanan) yang memenangi emas dan perak dalam acara keirin basikal trek Sukan Asia di Guangzhou, semalam.



GUANGZHOU - Menjulang semangat juang ala pahlawan Jepun, 'kamikaze' akhirnya membawa tuah kepada Azizulhasni Awang apabila dinobatkan sebagai 'raja' keirin Asia selepas mencatat kemenangan 1-2 bersama rakan sepasukan, Josiah Ng pada pertarungan akhir, semalam.

Perlumbaan akhir yang penuh dramatik itu menyaksikan Azizulhasni menyumbang pingat emas kedua negara, manakala Josiah pula meneruskan legasi kecemerlangannya pada Sukan Asia sejak dua temasya lalu apabila membawa pulang sebutir perak selepas kecewa dalam pecut berpasukan.

Kedua-duanya mengakui menanggung perasaan kecewa dan rasa tertekan selepas kecundang dalam acara pecut berpasukan dan 200 meter pecut lelaki yang kesemua gelaran terlepas kepada atlet tuan rumah, China yang mempamerkan persembahan menakjubkan dalam temasya pada kali ini.

''Saya berasa marah, geram, takut dan kecewa sebelum perlumbaan dan semuanya saya pusatkan pada perlumbaan akhir ini. Saya beritahu jurulatih (John Beasley) saya akan buat cara kamikaze. Saya tidak kisah apa akan berlaku kerana saya mahu menang. Kalau kalah sekalipun , saya akan berpuas hati sebab telah mengerah seluruh kudrat dalam acara akhir ini.

''Kepala saya benar-benar lega. Selepas kecewa dalam acara 200 meter pecut, saya rasa sangat tertekan untuk bersaing dalam acara akhir Keirin. Tetapi semua bebanan itu hilang selepas menang pingat emas," kata Azizulhasni yang kelihatan sangat ceria, malah mahu menghadiahkan kemenangannya itu kepada emak, ayah dan isterinya.

Malah, kata Azizulhasni, dia akan mencukur kepalanya sehingga botak sebagai menyempurnakan nazar yang dibuat jika berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara keirin, semalam.

Pada perlumbaan akhir acara keirin, semalam, Azizulhasni yang memulakan aksi paling hadapan sambil diekori Josiah, tidak lagi menoleh ke belakang walaupun ketika memecut di selekoh 200 meter terakhir, berlaku pelanggaran pelumba Iran, Mohammad Parash dengan pelumba tuan rumah, Zhang Lei, juara acara pecut 200m sehingga kedua-duanya terbaring di atas lantai veleodrome.

Mengulas perancangannya selepas temasya ini, Azizulhasni berkata, dia akan menumpukan latihan bagi persediaan siri Piala Dunia dalam usaha mencari mata bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik London 2012.

Sementara itu, Josiah yang turut meraikan kemenangannya dan rakan sepasukannya itu berkata, dia seperti tidak percaya apabila mereka berjaya mencatat kemenangan 1-2 pada perlumbaan akhir itu.

Kata Josiah, dia dan Azizuhasni turun berlumba tanpa bekalan strategi pada perlumbaan akhir itu, malah jurulatih (Beasley) telah berpesan agar mempamerkan persembahan yang terbaik dan kebetulan kemenangan memihak kepada mereka.

''Kami telah membuktikan bahawa kami adalah yang terbaik. Kami juga membuktikan dapat menangani tekanan yang anda semua mungkin tidak merasai sepenuhnya. Saya benar-benar bangga dengan kejayaan ini. Tidak ada strategi kerana pada saya, kejayaan negara perlu diutamakan," kata Josiah yang masih segar dengan kejayaan meraih emas keirin pada Sukan Komanwel Delhi, bulan lalu.

Josiah juga adalah pemenang pingat perak dalam acara keirin pada Sukan Asia Doha 2006, malah dia juga menang perak pada Sukan Asia di Busan 2002. - Utusan

Wednesday, November 17, 2010

0 Rahsia bisnes Media Prima. Untung berjuta-juta!

Media Prima catat untung lebih tinggi
KUALA LUMPUR 16 Nov. - Media Prima Bhd., kumpulan pelaburan media, mencatat keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM94.33 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2010 berbanding RM49.64 juta dalam suku yang sama pada 2009.

Perolehan syarikat juga meningkat RM416.75 juta berbanding RM206.35 juta sebelumnya.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2010, keuntungan sebelum cukai Media Prima melonjak kepada RM215.92 juta berbanding RM64.22 juta pada tempoh yang sama pada 2009.

Perolehan syarikat melonjak kepada RM1.13 bilion berbanding RM525.53 juta sebelumnya.

Media Prima dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, perolehan yang lebih tinggi itu sebahagiannya disumbangkan hasil penyepaduan keputusan New Straits Times Bhd. (NSTP).

Syarikat berkata, pengambilalihan NSTP dan pelupusan MPB Primedia Inc, sebahagiannya menyumbang kepada peningkatan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak lebih 100 peratus.

"Prestasi kumpulan yang luar biasa itu mencerminkan strategi kami dalam menyepadukan operasi, mengurus kos dengan berkesan dan mempelbagaikan sumber perolehan," kata Pengerusinya, Datuk Johan Jaaffar dalam kenyataannya di sini.

Mengenai prospek 2010, Media Prima optimistik dalam meningkatkan unjuran bagi pengguna dan pengiklan.

Kumpulan itu komited untuk mengekalkan kedudukannya sebagai pemimpin industri dan pendapatan menerusi pelaburan berterusan dalam penjenaman dan kandungan berkualiti.

Ia juga akan meneruskan usaha dalam merealisasikan nilai platform media pelbagainya, dengan melaksanakan pelbagai inisiatif penyepaduan membabitkan asimilasi pelaburan dalam NSTP dan Kurnia Outdoor Sdn. Bhd. baru-baru ini, dalam Kumpulan Media Prima yang diperbesarkan.

"Jika tiada sebarang masalah, Lembaga Pengarah yakin kumpulan akan mencatat prestasi kewangan yang lebih baik bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010," katanya.

Media Prima juga mengumumkan dividen interim satu peringkat untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010 sebanyak empat sen bagi setiap empat saham biasa yang akan dibayar pada tarikh yang akan ditetapkan. - Bernama

0 Apabila belanja kahwin dituntut balik. Tentu besar kekecewaan perkahwinan mereka?

Kes Roslin-Faizah: Keputusan merayu luar masa 29 Disember


KUALA LUMPUR 16 Nov. - Bekas isteri pemain badminton negara, Roslin Hashim akan mengetahui pada 29 Disember ini keputusan permohonannya untuk mendapatkan kebenaran memfailkan rayuan di luar masa berhubung kes tuntutan ganti rugi perkahwinan berjumlah RM53,460.

Panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Syarie, Tan Sri Ibrahim Lembut menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak di Mahkamah Rayuan Syariah di sini hari ini.

Hakim Ibrahim bersidang bersama Hakim-Hakim Syarie, Datuk Mohd. Yusof Che Teh dan Datuk Hussin Harun.

Terdahulu ketika membantah permohonan tersebut, peguam syarie, Roslizam Rahim yang mewakili Roslin selaku responden mendakwa, pemohon, Faizah Mohamad telah secara cuai atau sengaja gagal memfailkan rayuan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Ini kerana pemohon merupakan pihak yang menerima keputusan dalam kes bantahan awal dan menurut Arahan Amalan No. 13 Tahun 2001, penerima keputusan mempunyai hak untuk merayu dan tidak digalakkan membuat semakan kehakiman.

Peguam syarie, Mohammad Amir Nazli Hussin yang mewakili Faizah pula menghujahkan bahawa pihaknya mengikut prosedur yang sepatutnya dan ia perkara biasa dilakukan oleh mana-mana pihak.

"Jadi saya membantah hujah responden yang mengatakan pemohon telah sengaja cuai atau gagal dalam memfailkan rayuan tersebut mengikut tempoh masa yang ditetapkan," katanya.

Faizah memfailkan kebenaran untuk merayu di luar masa berikutan tempoh 14 hari yang dibenarkan untuk memfailkan rayuan telah berakhir.

Permohonan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Syariah membatalkan semakan kehakiman itu pada 19 April lalu dengan alasan Faizah sepatutnya memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah pada 25 Januari lalu yang menolak bantahan awal Faizah dan bukannya semakan kehakiman.

Isu ganti rugi perkahwinan tersebut mendapat perhatian apabila Roslin atau nama penuhnya, Muhammad Roslin Hashim, 35, menuntut semua perbelanjaan yang dikeluarkan semasa merisik, bertunang dan berkahwin.

Antara yang dituntut ialah cincin risik bernilai RM1,900, kos pengangkutan (RM200) dan barangan pertunangan (RM2,915).

Bagi perbelanjaan sewaktu perkahwinan pula, Roslin menuntut duit hantaran dan mas kahwin (RM15,080); bayaran jurunikah (RM150), upah solekan pengantin dan sewa barang kemas (RM500); barang hantaran (RM11,465); baju dan kasut pengantin perempuan (RM6,750).

Turut dituntut ialah khidmat video (RM2,000), kad jemputan kahwin (RM700), pengangkutan dan penginapan (RM1,300), perbelanjaan kenduri di Kelantan (RM10,000) serta tiket kapal terbang pengantin (RM500).

Pasangan itu terdahulunya menjadi tumpuan awam apabila perkahwinan mereka hanya bertahan selama 12 hari dan ketika perbicaraan mengesahkan perceraian itu, Roslin telah bersumpah bahawa tidak berlaku persetubuhan dalam tempoh tersebut.

Pasangan itu bernikah di rumah Faizah di Puchong pada 1 Februari tahun lalu dan lapan hari kemudian majlis bertandang di rumah Roslin di Kampung Sirih, Kota Bharu dengan wang hantaran RM15,000.

Pada 12 Mei tahun lalu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya memutuskan pasangan tersebut sah bercerai dan talak tersebut jatuh dalam kategori bain sughro (talak yang tidak boleh rujuk kembali kepada perkahwinan asal).

Bekas jaguh badminton itu kemudian berkahwin semula dengan Pengarah Pemasaran dan Promosi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Nurhayati Othman, 39, pada 9 Julai lalu tetapi bercerai talak satu selepas perkahwinan itu mencecah usia 28 hari.

Pada 1 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, memutuskan lafaz cerai yang diucapkan oleh Roslin kira-kira pukul 8.32 malam, 7 Ogos lalu di bilik 533, Hotel Corus, Jalan Ampang dekat sini adalah lafaz yang sorih (jelas) dan sah.

0 SEARCH: Meniti Harapan. Skrip filem ini sedang giat diusahakan. Filem kisah benar selalunya dapat sambutan menggalakkan. Siapa directornya kelak?

Kisah Search ke layar perak
Oleh Rozdan Mazalan

2010/11/16
Filem berjudul Search: Meniti Titian bakal mulakan penggambaran awal tahun depan

HANYA dengan satu keputusan nekad, lima minit sebelum bas bergerak menuju ke Kuala Lumpur, adalah menjadi titik terpenting di dalam lipatan sejarah buat kumpulan lagenda rock tanah air, Search.

Pemain dram, Yazid Ahmad hampir bertindak mengoyakkan tiket Amy kerana yakin Amy tidak akan menaiki bas pada malam itu untuk menuju ke ibu negara bagi memulakan penghidupan baru mereka sebagai pemuzik. Amy pula yang sememangnya pemuda pendiam sejak remaja seperti berada di dalam dilema. Dia seperti tidak mampu untuk membuat keputusan, sama ada ingin terus mengikuti sahabat lain ke Kuala Lumpur atau mendengar cakap kedua orang tuanya supaya terus tinggal di Johor Bahru. Sedangkan pada waktu Hillary Ng, Nasir Daud dan Din memang sudah lama menunggu mereka (Yazid dan Amy) di Kuala Lumpur. Lima minit sebelum bas bergerak, kelibat Amy dalam keadaan termengah-mengah berlari menaiki anak tangga bas membuatkan Yazid tersenyum bangga.

Bermulalah penghidupan baru lima anak muda di kota yang penuh dengan segala macam cabaran sebagai anak seni.

Segala detik terpenting, semangat untuk berubah, kejujuran dalam persahabatan dan kehidupan sebenar kumpulan lagenda Search bakal dilayarkan ke layar perak sebagai sebuah filem cereka tidak lama lagi.

Itulah antara babak dan cerita yang dipaparkan dalam filem yang mengangkat perjalanan hidup dan bermulanya kumpulan Search berjudul Search: Meniti Titian. Ketika ini perancangan untuk filem itu sudah dilakukan sejak setahun yang lalu dan kini proses menyiapkan skrip sedang berjalan rancak.
Filem yang diterbitkan Saspintar Sdn Bhd melalui perancangan yang teliti untuk menghasilkan kisah benar kumpulan yang cukup dikagumi di negara ini.
Penerbitnya, Marzunaidi Mat Noh berkata, perancangan dan kajian yang rapi akan dilalui bagi memastikan kualiti produk dapat dihasilkan.

“Idea ini timbul setahun yang lalu di dalam bulan puasa. Saya dan rakan sekerja, Suhaimi berjumpa Amy pada satu majlis berbuka puasa dan menyatakan hasrat itu untuk menerbitkan filem yang mengisahkan kisah benar Search.

“Idea saya memang diterima Amy, namun Amy menyoal saya semula, ‘siapa yang nak buat? Katanya kalau betul nak buat, kenalah serius dan melakukan persediaan yang rapi. Memang dia tidak mahu cakap kosong.

“Dari situ kami mula berbincang, merancang dan merangka sehinggalah hari ini. Bererti kini sudah setahun proses ini berjalan,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Kini proses menyiapkan skrip sedang rancak dijalankan dan dijangkakan akan melalui beberapa draf sebelum dipersetujui oleh setiap anggota Search sendiri.

“Kami kini sedang mendapatkan kisah hidup setiap anggota Search dengan meluangkan masa menemubual mereka dan mengkaji latar kehidupan silam mereka.

“Semua cerita di dalam filem ini adalah cerita benar. Beberapa peristiwa penting akan dikeluarkan di mana tanpa peristiwa itu maka tidak akan wujudlah Search hingga hari ini.

Sebaik draf pertama siap, ia akan melalui proses penyaringan pertama daripada setiap anggota Search sehinggalah ke draf ketiga atau seterusnya.

“Pada peringkat menyiapkan skrip ini, memang kami harus mendapatkan persetujuan daripada semua ahli Search, ini bagi mengelakkan daripada kesalahan fakta. Lebih lagi filem ini bukan sekadar filem cereka tetapi ia boleh dijadikan rujukan kepada peminat mengenai sejarah penubuhan kumpulan kesayangan mereka,” katanya.

Sebaik proses menghasilkan skrip siap sepenuhnya, proses uji bakat bagi mencari pelakon akan dimulakan di seluruh tanah air.

“Mengikut perancangan, hujung tahun ini kami akan mengadakan sesi uji bakat mengikut zon di seluruh tanah air. Kami sangat memerlukan pelakon yang memenuhi kriteria seperti boleh menyanyi dan bermain alat muzik, memiliki muka yang iras anggota Search, bercakap dan bergaul seperti mana mereka (anggota Search).

“Kami mengharapkan mereka yang ingin hadir pada sesi uji bakat itu membuat kajian terperinci mengenai karektor ahli Search. Kami juga akan maklumkan mengenai uji bakat ini pada bila dan tempat dalam masa terdekat atau mereka boleh mendapatkan maklumat lanjut di dalam laman web www.searchthemovie.com.my.

Menurut Marzunaidi, selepas memperoleh senarai pendek, mereka akan dinilai sendiri oleh setiap ahli Search sebelum terpilih memulakan penggambaran. Pelakon yang terpilih akan duduk bersama ahli Search dalam satu hingga dua minggu untuk mengenal karektor asal.

Search sudah berusia 30 tahun

VOKALIS utama Search, Amy berkata, sempena 30 tahun usia pembabitan Search di dalam industri hiburan, projek filem ini seharusnya ada bagi dokumentasi impian yang ingin digapai generasi baru.

“Filem ini bukan sekadar menceritakan mengenai pembabitan awal Search di dalam industri seni tetapi semangat. Kerja kuat dan impian Search sehingga sampai ke tahap ini.

“Bagaimana kami bermula dengan mimpi dan akhirnya menjadi realiti. Kami mahu memberi galakan kepada generasi akan datang walaupun kami semuanya bukan dari latar belakang berpendidikan tinggi,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Bagi Nasir Daud, sempena ulang tahun ke-30 pembabitan Search dalam industri seni tahun depan, pelbagai perancangan membabitkan jenama Search dirancang dan bakal diterbitkan.

“Kini sudah sampai masanya untuk menunjukkan kemuncak karier Search di dalam industri terus disokong. Selain banyak syarikat penerbitan yang berminat untuk menerbitkan filem Search, kami juga merancang untuk menghasilkan buku berjudul ‘Search Untold Story’.

“Buka ini akan menceritakan kisah Search yang tidak pernah diketahui peminat. Sebagai contoh mengenai pembikinan lagu yang pernah mencetus fenomena dalam industri muzik kita iaitu Isabella dan apa cerita disebalik pembikinan lagu itu.

“Selain itu, kami juga akan mengeluarkan replika patung Search dalam beberapa versi untuk cenderamata kepada peminat kami. Cenderamata ini akan ditempah di luar negara dan ia bakal diperkenalkan buat pertama kali di negara kita secara eksklusif,” katanya.