.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Tuesday, August 17, 2010

0 Isu perlembagaan baru mengingatkan kita kepada filem kiamat 2010 dan Formula RAHMAN (Nama awalan PM Malaysia)

‘Elak perang besar’

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) mengesahkan tahu siapa dan parti politik mana yang terlibat dalam mewujudkan perlembagaan baru tetapi enggan mendedahkannya.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengelakkan berlakunya ‘peperangan besar’ di negara ini.

“Saya tahu siapa, parti politik mana terlibat dalam menubuhkan perlembagaan baru itu. Tetapi saya tidak akan dedahkan, biarlah sekadar memberitahu terdapat kegiatan pihak tertentu untuk mewujudkan perlembagaan baru menggantikan Perlembagaan Persekutuan.

“Sekiranya didedahkan kesannya terlalu besar sehingga boleh mencetuskan peperangan besar di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Harussani mendedahkan terdapat kegiatan pihak tertentu mewujudkan ‘perlembagaan baru’ bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan dalam satu Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya, Ipoh, Perak.

Menurut beliau, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Mengulas lanjut, Harussani bagaimanapun berkata, beliau mungkin akan mendedahkan maklumat mengenai pihak yang terlibat sekiranya mendapat permintaan daripada kerajaan.

“Buat masa ini tiada pendedahan akan dibuat,” katanya.


Artikel berkaitan:

Ganti perlembagaan implikasi besar

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 16 Ogos – Rakyat negara ini diperingatkan bahawa sebarang cadangan untuk menggantikan Perlembagaan Persekutuan boleh membawa padah negatif yang menyusahkan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, ini kerana ia semacam membuka ‘empangan bah sosiopolitik’ yang amat besar dan meluas implikasinya.

Dalam aspek ini, beliau khuatir kepentingan-kepentingan kontrak sosial sedia ada mungkin pecah dan merugikan banyak pihak terutama orang Melayu.

‘‘Sesuatu pindaan perlembagaan negara tidak harus dianggap mudah.

‘‘Cadangan itu juga bercanggah dengan gagasan 1Malaysia yang meletakkan ‘penerimaan’ sebagai salah satu tiangnya.

‘‘Pada masa ini, cadangan itu tidak mungkin lantaran tiadanya kuasa dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat. Lagipun perpecahan Melayu kini di bawah pelbagai badan politik tidak mengharuskan cadangan tersebut.

Apa-apa cadangan meminda perlembagaan dalam masa terdekat akan membawa implikasi berat yang menyukarkan,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas pendedahan yang dibuat oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam bahawa sudah ada ‘perlembagaan baru’ dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kemakmuran negara selama ini.

Perkara tersebut didedahkan mufti berkenaan semasa menjadi panel Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya, Ipoh.

Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

“Saya dimaklumkan sekarang sudah ada perlembagaan baru yang dibuat oleh pihak tertentu.

“Kebetulan saya ada memberi satu ceramah di Alor Setar. Ada seseorang datang dan memberikan saya tiga buah buku Perlembagaan yang dikehendaki pihak tertentu,” katanya.

0 Cerita petir dan kapal terbang. Menakutkan

Pesawat patah tiga dipanah petir



Pesawat syarikat penerbangan Aires patah tiga selepas mendarat di Lapangan Terbang Gustavo Rojas Pinilla, Pulau San Andreas, Columbia semalam.



BOGOTA - Sebuah jet penumpang terhempas semasa mendarat dalam cuaca ribut di Pulau San Andres, Colombia, kelmarin menyebabkan seorang penumpang terbunuh manakala 114 lagi cedera, kata pihak berkuasa tempatan.

Pesawat jenis Boeing 737-700 milik syarikat penerbangan tempatan, Aires itu membawa 121 penumpang dan enam krew.

Semasa kejadian, pesawat itu terhempas di landasan semasa petir dan angin kencang.

"Pesawat itu tiba dari Bogota dan mendarat semasa ribut petir," kata seorang pegawai tentera udara Colombia, Kolonel Gustavo Barrero.

Semua mangsa cedera telah dihantar ke beberapa buah hospital tempatan untuk rawatan.

"Juruterbang pesawat tersebut memberitahu kami pesawat tersebut disambar petir. Kami sedang memeriksa bangkai pesawat untuk mengenal pasti tahap kerosakannya dan punca nahas itu berlaku," kata timbalan pengarah sebuah agensi pihak berkuasa penerbangan Colombia, Donald Tascon.

Pihak berkuasa pula memberitahu, pesawat tersebut patah tiga ketika ia cuba mendarat di Lapangan Terbang Gustavo Rojas Pinilla, Pulau San Andreas. - Reuters


Artikel berkaitan:

'Keajaiban' dalam nahas jet di Colombia


2010/08/17
BOGOTA (Colombia): Pesawat Boeing 737 yang penuh membawa pelancong terhempas di atas landasan akibat disambar ribut petir dengan pesawat patah dua dan terbabas di sebuah lapangan terbang di Kepulauan Caribbean, awal hari ini.

Bagaimanapun, keajaiban berlaku apabila hanya seorang daripada 131 penumpang dalam pesawat itu terbunuh. Pesawat itu melakukan pendaratan cemas di landasan pendek di Pulau San Andres sebelum terbabas dengan kotak gearnya tersekat menyebabkan satu enjinnya terpelanting. Daripada 125 penumpang dan enam krew pesawat Aires Airline itu, satu-satunya mangsa yang terbunuh ialah penumpang wanita dikenali sebagai Amar Fernandez de Barretojet, 68.

Gebenor San Andres, Pedro Gallardo menyifatkan nahas itu mencipta satu keajaiban dan berterima kasih ke Tuhan kerana ramai nyawa terselamat.

"Pegawai penerbangan kini sedang menyiasat punca nahas termasuk laporan bahawa pesawat Aires 8520 disambar petir terlebih dulu sebelum terhempas di pulau peranginan ini," kata Ketua Tentera Udara Colombian, Kolonel David Barrero. - AP

0 Tentu keupayaan urus tadbir diragui selepas prestasi untung sebelum ini

MAS rugi RM532.59j suku kedua

PETALING JAYA - Harga bahan api yang turun naik mendorong Malaysia Airlines (MAS) mencatatkan kerugian pracukai RM532.591 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2010 berbanding keuntungan pracukai RM896.146 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, perolehannya meningkat 26 peratus kepada RM3.2 bilion berbanding RM2.5 bilion manakala keuntungan operasi meningkat 33 peratus.

Bagi tempoh separuh pertama berakhir 30 Jun 2010, syarikat penerbangan itu mencatatkan kerugian pracukai RM212.340 juta berbanding keuntungan pracukai RM189.904 juta.

Perolehan itu meningkat kepada RM6.5 bilion daripada RM5.3 bilion sebelum itu.

"Kami telah melaksanakan perkara yang betul dan ini dicerminkan di dalam prestasi operasi yang bertambah baik bagi suku kedua yang secara tradisinya suku kami paling lemah.

"Kami telah mengambil langkah tambahan untuk menutup kenaikan harga bahan api itu," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Tengku Datuk Azmil Zahruddin semasa mengumumkan keputusan kewangan suku kedua itu di sini semalam.