.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Thursday, June 10, 2010

0 RM3.3j adalah nilai kepada ketidakcekapan pertuduhan mahkamah. Mari ambil pelajaran ini

Mahkamah arah RM3.3j diberikan kepada bekas tahanan ISA
10/06/2010 6:56pm


PUTRAJAYA 10 Jun – Mahkamah Tinggi Putrajaya memerintahkan agar RM3.3 juta dibayar kepada bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ditahan menyalahi undang-undang atas dakwaaan terbabit dengan pengeluaran permit dan pasport palsu kepada pekerja asing.

Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus berkata, mahkamah bersetuju dengan plaintif seorang ahli perniagaan Badrul Zaman P.S. Mohamed bahawa penahanannya di bawah ISA 1994, menyalahi undang-undang dan tidak mengikut perlembagaan.

Mohd. Hishamudin dalam penghakimannya berkata, mahkamah telah mempertimbangkan kos kecederaan terhadap reputasi plaintif dengan memerintahkan untuk membayar tuntutan ganti rugi am dan teladan dengan kos kepada beliau.

Beliau berkata, setelah membaca dengan teliti autoriti itu, satu ganti rugi sebanyak RM20,00 sehari adalah adil dan saksama untuk dibayar kepadanya dengan mengambil kira fakta plaintif yang dialami semasa dalam tahanan.

Katanya dengan mengambil kira 300 hari dalam tahanan, plaintif hendaklah dibayar RM6 juta, bagaimanapun mahkamah memutuskan untuk memberikan diskaun 50 peratus kepada defendan yang mahkamah fikirkan adalah adil dan munasabah.

Badrul Zaman memfailkan saman itu pada 30 November, 1994, menamakan Superintenden Pusat Tahanan Kamunting sebagai defenan pertama, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia.

Dalam saman itu, plaintif menyatakan bahawa beliau tidak mencabar kesahihan perintah penahanan pertama mengikut Seksyen 8(1) ISA pada 12 September, 1991 di mana beliau ditahan selama dua tahun.

Bagaimanapun, beliau mencabar perintah tempoh lanjutan penahanan itu yang dikeluarkan Timbalan Menteri untuk tempoh dua tahun lagi berkuat kuasa 14 September, 1993.

Plaintif mencabar kesahihan di mana beliau hanya menjalani tahanan itu dengan arahan perintah tahanan tanpa kenyataan bertulis perintah tahanan tersebut dan fakta dakwaan berdasarkan perintah tahanan berkenaan. – Bernama

0 99% import? Hampir tidak percaya. 1% pun boleh jadi jutawan juga

99 peratus bekalan gula diimport dari negara luar
10/06/2010 4:36pm


KUALA LUMPUR 10 Jun – Malaysia mengimport kira-kira 99 peratus bekalan gula dari negara luar bagi menampung keperluan gula dalam negara, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sebahagian besar bekalan gula diimport dari Brazil, iaitu 509,630 tan merangkumi 41 peratus daripada bekalan, diikuti Australia dengan jumlah import sebanyak 447,480 tan atau 36 peratus dan Thailand meliputi 14 peratus atau 174,000 tan.

Selain itu, katanya, bekalan gula mentah juga diperoleh dari Nicaragua iaitu 99,400 tan atau lapan peratus dan Guatemala sebanyak 12,430 tan meliputi 0.6 peratus.

"Ketika ini bekalan gula dalam negara hanya menyumbang satu peratus daripada jumlah keseluruhan pengeluaran gula iaitu sebanyak 17,000 tan.

"Ia bagi memastikan bekalan gula di pasaran domestik sentiasa mencukupi dan tidak terjejas dengan harga yang turun naik, selaras dengan Akta Kawalan Harga 1946 dan Akta Kawalan Bekalan yang 1961,” katanya menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) di persidangan Dewan Rakyat. – Bernama

0 Hayati semangat bola sepak untuk memajukan Malaysia

PM guna analogi pasukan bola jika Malaysia mahu maju
10/06/2010 3:08pm


KUALA LUMPUR 10 Jun – Merujuk semangat Piala Dunia yang akan bermula esok, Perdana Menteri berkata, kerajaan bolehlah mengiaskan kejayaan untuk merealisasikan sebuah negara Malaysia yang maju dengan rakyat berpendapatan tinggi kepada analogi sebuah pasukan bola yang berjaya.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi sebuah pasukan bola, untuk berjaya, kesemua pemain daripada pasukan tersebut tanpa mengira posisi, perlu bekerjasama serta bermain sebagai satu pasukan.

Jika tidak, mereka bukan sahaja tidak mungkin menang malahan boleh kalah teruk, jelas beliau.

Katanya, setiap pemain bermula daripada penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah dan penyerang adalah sama pentingnya.

Bagaimana hebat pun pemain secara individu namun mereka hanya akan menggondol kemenangan sebenar secara berpasukan, katanya lagi.

“Oleh itu, setiap aset pasukan adalah berharga dan perlu dioptimumkan potensinya bagi mencapai kejayaan.

“Jika sekalipun setiap pemain adalah sebaik Rooney, Messi atau Ronaldo yang umum mengetahui sebagai antara penyerang terulung dunia, akan tetapi jika pemain pertahanan dan penjaga golnya lemah maka pasukan tersebut berkemungkinan kalah kerana jumlah gol yang dijaringkan mungkin tidak akan dapat mengatasi jumlah gol yang dibolos lawan.

“Maka yang demikian, untuk berjaya, kita perlu bekerja sebagai pasukan 1Malaysia yang seia, sekata, sebaris, sederap dengan satu wawasan, satu matlamat dan satu citra, mempersembahkan yang terbaik kepada Malaysia dengan segala kudrat yang termampu,” pinta Najib.

Perdana Menteri berkata demikian semasa membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, orang Melayu, orang Cina, orang India, orang Iban, orang Kadazan Dusun, orang Melanau, orang Murut, orang Sikh, orang Asli, orang Serani, orang Siam, pendek kata setiap etnik di bumi tercinta ini telah menyumbang kepada terbangunnya sebuah negara bangsa Malaysia yang aman dan makmur seperti mana hari ini.

Namun harus barang diingat, ujar beliau, ia tidak dapat menandingi potensi sumbangan yang mampu dihasilkan oleh mereka seandai dan sekiranya dilakukan secara kolektif.

“Lantaran itulah, saya ingin mengajak semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, anutan agama dan fahaman politik supaya bersama-sama dengan kerajaan untuk mencipta sebuah Malaysia yang lebih baik, Malaysia di mana semua mempunyai rasa kepunyaan, Malaysia di mana semua bakat dihargai dan digunakan sebaik-baiknya, Malaysia di mana yang mengehadkan adalah hanya, sejauh mana kesanggupan individu untuk bekerja keras bagi

mencapai cita-cita.

“Suka tidak suka negara hari ini berada di persimpangan antara masa depan yang gemilang atau masa depan yang suram. Pilihan kini terletak di tangan setiap rakyat Malaysia.

“Hari ini ibarat kita berada pada pusingan akhir lumba larian berganti-ganti dengan baton sudah berada di tangan hanya menanti tekad untuk

menggapai kejuaraan.

“Bermula detik ini bersamalah kita memulakan perjalanan, perjalanan yang bukan mengambil masa sehari, seminggu, sebulan mahupun setahun tetapi perjalanan yang bertali arus, sambung menyambung diwarisi pula dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.

“Berusaha dan bertawakallah mudah-mudahan kita bertemu jaya, Insya-Allah,” doa Najib. – Utusan