.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Saturday, January 26, 2013

0 Syiling perak AS 1794 @ RM30.5j

Duit syiling dilelong pada harga lebih AS$10 juta BENTUK depan duit syiling keluaran tahun 1794. NEW YORK - Sekeping duit syiling perak keluaran tahun 1794 mencatatkan rekod apabila ia dilelong pada harga lebih AS$10 juta (RM30.44 juta) di sini kelmarin. Syarikat Legend Numismatics yang beribu pejabat di bandar raya ini membeli duit syiling itu pada harga AS$10,016,875 (RM30,496,368.46). Ia merupakan syarikat penjual duit syiling. Duit syiling tersebut dipercayai yang pertama dikeluarkan oleh sebuah kilang duit syiling Amerika Syarikat. - Agensi Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0126&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2J1uRtRym Hakcipta terpelihara

Friday, January 25, 2013

0 Pengkhianatan termasyur dalam sukan berbasikal antarabangsa

Jaguh yang luput gelaran dan kepercayaan

OPRAH WINFREY (kanan) ketika menemubual Armstrong dalam rancangan terbitan stesen TV OWN yang berjaya menarik 28 juta penonton di seluruh dunia. SIAPA boleh melupakan kecekalan Lance Armstrong, 42, bertarung dengan penyakit kanser testis apabila beliau disahkan menghidap penyakit berbahaya itu pada bulan Oktober 1996. Tambah mengharukan apabila lelaki dari Texas, Amerika Syarikat (AS) itu membangunkan Yayasan Lance Armstrong (Livestrong) bagi membantu pesakit-pesakit kanser yang senasib dengannya. Armstrong terus dijulang masyarakat di seluruh dunia selepas menjuarai Kejohanan Lumba Basikal Antarabangsa Le Tour de France pada tahun 1999. Namanya tambah gemilang apabila beliau berjaya mengekalkan gelaran yang sama setiap tahun sehingga tahun 2005. Dalam arena berbasikal, Armstrong ialah jaguh yang dipandang tinggi atlet lain. Beliau adalah perlambangan inspirasi bagi anak-anak muda yang mahu memburu kejayaan dalam kehidupan. Selain itu, Armstrong turut menjadi idola utama kepada lima cahaya matanya. Walaupun demikian, sehebat manapun seseorang individu, pasti tersimpan secebis rahsia yang mampu memusnahkan seluruh kehidupan dalam sekelip mata. Itulah realiti yang dihadapi Armstrong. Legenda sanjungan ramai itu kini sedang meniti hari-hari sepi dan pedih ekoran tindakan lampau yang akhirnya memakan diri. Selepas digantung seumur hidup dalam sukan berbasikal dan dilucutkan gelaran atas kemenangannya dalam kesemua tujuh Le Tour de France pada bulan Oktober tahun lalu, Armstrong akhirnya membenamkan egonya dan membuat pengakuan penuh dalam rancangan bual bicara yang dikendalikan mogul dunia penyiaran, Oprah Winfrey, pada minggu lepas. Tuduhan menggunakan bahan terlarang dalam setiap pertandingan bermula dari tahun 1999 sehingga 2005 yang difailkan Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA) yang dinafikan pada awalnya, diakui sendiri Armstrong dalam rancangan yang berjaya menarik 28 juta penonton di seluruh dunia itu. Siaran eksklusif yang dipecahkan kepada dua siri itu menyaksikan Armstrong mengakui, buat kali pertama, dia pernah menggunakan bahan terlarang jenis eritropoietin (EPO), testosteron, melakukan pemindahan darah dan menipu dalam ketujuh-tujuh kejohanan Le Tour de France yang dimenanginya. "Saya malu dengan tindakan dan penipuan yang saya lakukan. Pada awalnya saya berfikir, sekiranya hal ini didedahkan, saya pasti kehilangan profesion sebagai pelumba basikal untuk selama-lamanya, ditangkap pihak berkuasa dan hal-hal lain yang tidak sanggup saya bayangkan. "Hakikatnya, jenayah utama yang saya lakukan adalah mengkhianati mereka yang selama ini yakin dan menyokong penuh kerjaya saya. Mereka telah tertipu," riak wajah Armstrong yang pada mulanya dilihat tenang berubah penuh kesal. Reaksi keluarga Winfrey kemudiannya menyentuh isu yang lebih sensitif apabila bertanyakan mengenai reaksi keluarga Armstrong terhadap situasi tersebut. Ternyata, pengakuan tentang anak-anaknya menjentik emosi Armstrong. Dengan mata yang berkaca, Armstrong berkata: "Apabila anak sulung saya, Luke yang berumur 13 tahun berkata kepada saya bahawa ramai orang bercakap tentang ayahnya, saya tahu sudah tiba masanya untuk saya memberitahunya perkara sebenar. "Saya pesan kepadanya, jika orang bercakap buruk tentang saya, jangan cuba membela saya. Beritahu mereka bahawa ayah (saya) minta maaf." Seperti bekas isteri Armstrong, Kristin Richard yang penuh kelembutan, Luke dengan mudah memaafkan bapanya tanpa sebarang prejudis dan menyatakan hal tersebut tidak akan menghapuskan sekelumit sayang terhadap bapanya itu. Winfrey turut bertanya kepada Armstrong sama ada bekas isterinya, Kristin tahu tentang penglibatannya dengan bahan terlarang dan penipuan yang diwujudkan. Armstrong mendedahkan, Kristin pernah meminta dirinya berjanji untuk kembali beraksi dalam sukan berbasikal pada tahun 2009 sebagai atlet bebas dadah. "Kristin memberitahu saya: 'Awak boleh lakukannya dengan satu syarat, awak tidak melanggar peraturan.' Saya bersetuju dan tidak pernah sekali saya melanggar perjanjian tersebut," kongsi Armstrong yang mengakui beliau bebas menggunakan dadah dalam pertandingan yang disertai bermula pada tahun 2009. Armstrong seharusnya bersyukur kerana dalam keadaan tertekan sebegitu dan ditambah lagi dengan peminat dan masyarakat dunia yang mencemuh tindakan silamnya, beliau masih disokong penuh keluarganya termasuk kekasih, Anna Hansen, yang melahirkan dua cahaya mata Armstrong. Akibat penipuan Sebagai balasan, hampir kesemua penaja Armstrong telah menarik diri dan dianggarkan beliau mengalami kerugian berjumlah AS$75 juta (RM228 juta). Kerugian itu tidak termasuk jumlah tuntutan yang dikemukakan beberapa penganjur pertandingan yang disertai Armstrong sepanjang tempoh dia didakwa menggunakan bahan terlarang tersebut. Bagaimanapun, detik paling menyayat hatinya adalah apabila beliau terpaksa melepaskan posisinya dalam Livestrong. Ujarnya: "Yayasan tersebut ibarat anak keenam saya dan keputusan untuk meninggalkannya memberi kesan yang mendalam. "Saya tidak dipaksa atau disuruh menarik diri tetapi saya sedar tekanan yang sedang mereka alami. Ia merupakan tindakan yang terbaik bagi yayasan tersebut walaupun pahit untuk saya terima." Dalam rancangan yang disiarkan menerusi stesen TV milik Winfrey, OWN itu, Armstrong turut menyifatkan dirinya sebagai seorang pembuli kepada ahli pasukannya yang lain. Beliau pernah mengugut mereka yang bercadang untuk mendedahkan kegiatan haramnya tetapi mendakwa, tidak pernah mengajak atau memaksa rakan sepasukannya mengikut tindakannya. Sepanjang hidup dalam penipuan, Armstrong menyifatkan ia sebagai pembohongan terbesar yang diulangi saban hari tanpa rasa bersalah. Beliau menggambarkan kejayaan lampaunya sebagai hero yang berjaya melawan kanser, menjuarai acara berbasikal, berkahwin dan dikelilingi anak-anak sebagai kisah sempurna sedangkan secara peribadi, beliau tahu bahawa ia sekadar penipuan individualistik. Peluang kedua Peluang bersiaran di kaca TV digunakan sepenuhnya Armstrong memancing simpati penonton terhadapnya. Dalam penuh harapan, Armstrong berharap agar beliau diberi kebenaran untuk kembali beraksi dalam sukan berbasikal. Beliau rela menerima hukuman atas kesalahannya tetapi tidak merasakan larangan berbasikal seumur hidup sebagai hukuman wajar ke atasnya. "Pada zaman saya, doping bukanlah isu besar dan dilakukan kebanyakan atlet lumba basikal. Ramai dalam kalangan mereka yang kini telah dikenal pasti tidak perlu menjalani hukuman seperti yang saya hadapi," sinis kenyataan yang dibutirkan Armstrong seakan-akan berbaur tidak puas hati. Benar, tekanan yang dihadapi Armstrong amat berat tetapi ia setimpal dengan tindakan masa lampaunya. Kesalahannya menggunakan bahan terlarang mungkin boleh dimaafkan tetapi penipuan yang dicipta beliau sepanjang kariernya tidak mungkin terpadam dalam lembaran sejarah arena sukan antarabangsa. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0125&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2IwWucc5C Hakcipta terpelihara
SHERYL CROW bersama tiga anak Armstrong ketika perlumbaan Le Tour de France pada tahun 2005.