.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Wednesday, December 01, 2010

0 Momentum sihat dari pelanggan dan langganan jalur lebar menyumbang untung Maxis pada RM601j

Untung RM601j suku ketiga

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Maxis Bhd. (Maxis) telah melaporkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 13 peratus kepada RM601 juta bagi suku ketiga berakhir pada 30 September 2010 berbanding RM532 juta pada suku sebelumnya.

Prestasi itu dicapai melalui perolehan yang lebih tinggi sebanyak 1.1 peratus kepada RM2.2 bilion dalam tempoh yang sama.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sandip Das berkata, pencapaian itu adalah hasil perolehan lebih tinggi, disiplin kewangan yang berterusan dan momentum sihat daripada penggunaan data dan langganan jalur lebar.

"Kami menetapkan strategi yang jelas untuk membantu dalam peralihan daripada peneraju operator mudah alih negara kepada peneraju pembekal komunikasi bersepadu negara.

''Matlamat utama kami adalah kekal menjadi peneraju pasaran dengan pengekalan inovasi, memperbaiki kecekapan operasi dan memberi perkhidmatan tambah nilai kepada pelanggan serta memberikan pulangan kepada pemegang saham,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga berakhir 30 September 2010 di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusinya, Tan Sri raja Arshad Raja Tun Uda, Ketua Pegawai Kewangan Maxis, Rossana Rashidi dan Ketua Pegawai Operasinya, Jean-Pascal van Overbeke.

Maxis menguasai 45 peratus pasaran tempatan, sekali gus menempatkan dirinya di hadapan tiga persaingan utama lain.

Menurut Dass, bagi suku ketiga sahaja mereka berjaya meningkatkan 554,000 pelanggan baharu untuk menjadikan jumlah keseluruhan kepada 13.5 juta pelanggan dan pada masa yang sama telah meluaskan rangkaian kepada 70 peratus penembusan bagi 3G.

Pelanggan jalur lebar tanpa wayar pula tumbuh sebanyak 36 peratus dengan pelanggan melepasi 500,000 orang.

Sementara itu, Das berkata, Maxis juga mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan bagi perolehan sebelum faedah, cukai,susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sebanyak 11 peratus kepada RM1.14 bilion.

0 comments: