.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Wednesday, December 01, 2010

0 Apa lagi bisnes pertanian yang boleh diusahakan selain tanaman halia, ubi keledek/manis dan lada?

Tanaman ubi kayu bakal diperkenal di Sabah, Sarawak

29th November, 2010
SAMARAHAN: Kerajaan bakal memperkenalkan satu produk pertanian yang berpotensi dimajukan dengan agresif di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak dengan jaminan pulangan keuntungan enam bulan selepas ditanam.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohamad Shafie Apdal berkata, produk tersebut iaitu ubi kayu atau nama saintifik cassava boleh diproses menjadi gam dan pelbagai produk perubatan yang boleh dijual dengan harga kompetitif di pasaran terbuka.

“Berbanding tanaman getah dan kelapa sawit yang memakan tempoh antara lima hingga tujuh tahun untuk mendapatkan pulangan, ubi kayu hanya memakan masa enam bulan sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek menaik taraf Jalan Panchor, Kampung Bintawa dan Kampung Soh di sini, kelmarin.

Shafie berkata, selain pulangan yang cepat tanaman tersebut tidak memerlukan peruntukkan yang tinggi dan ia tidak memerlukan tenaga manusia yang ramai untuk mengusahakannya.

“Kita sedang mengenal pasti kawasan sesuai di Sabah dan Sarawak untuk pelaksanaan projek penanaman ubi kayu itu,” katanya sambil menambah setakat ini projek perintis sedang dijalankan di Kedah dan Perak.

Shafie memberi jaminan segala projek pembangunan luar bandar yang dijanjikan oleh kerajaan pusat akan ditunaikan namun ia tidak boleh dilakukan sepantas kilat kerana melibatkan prosedur yang panjang seperti pemilihan tapak tanah dan rekabentuk yang sesuai.

Beliau berkata, ada sesetengah projek yang dirancang dan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) akan diteruskan pelaksanaan pada Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10).

Beliau meminta penduduk luar bandar negeri ini untuk tidak percaya dengan janji pembangkang yang hanya datang pada musim pilihan raya sahaja.

Projek naik taraf Jalan Panchor, Kampung Bintawa dan Kampung Soh melibatkan kos RM22 juta dengan pembinaan bermula pada 10 Mei 2007 dan siap pada 12 Ogos 2010.

Ia melibatkan kerja-kerja naik taraf jalan raya sedia ada sepanjang 13.73 km yang dulu lebar hanya 3.0 meter kepada 6.0 meter sekarang dan memberi manfaat kepada 1,830orang penduduk majoritinya petani dari sembilan perkampungan Dayak.

0 comments: