.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Saturday, November 30, 2013

0 Rupanya ada cerita didalam cerita masalah rumahtangga bekas pasangan remaja tu....

Bekas suami nafi dakwaan rogol Nor Fazira Saad [#IKLAN] PROMOSI!!! Kini dibuka.. Servis naikkan like Fanpage untuk 1000 Like HANYA RM50 Sahaja! Paling murah di Malaysia! Berminat sms, wtahsapp, call 011-27680874 tQ Click Here rogolKULIM - Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20, menafikan dakwaan bahawa dia telah merogol Nor Fazira Saad dan mengahwininya untuk mengelakkan diri daripada didakwa. Pengantin muda: ‘Saya kahwinkan dia kerana dia telah diperkosa’ On Nov 29, 2013, in Berita, by admin [#IKLAN] PROMOSI!!! Kini dibuka.. Servis naikkan like Fanpage untuk 1000 Like HANYA RM50 Sahaja! Paling murah di Malaysia! Berminat sms, wtahsapp, call 011-27680874 tQ Click Here KULIM: “Saya kahwinkan dia kerana dia telah diperkosa,” Itu kata ayah kepada remaja perempuan Nor Fazira Saad, 13 yang diceraikan talak tiga oleh suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20. Ayah Nor Fazira, Saad Mustafa, 44, berkata demikian kepada akhbar The Star dalam satu laporan eksklusif ekoran kisah penceraian pasangan remaja terbabit yang tersebar luas di media. Menurut Saad, dia mengizinkan pernikahan anaknya dengan Mohd Fahmi kerana Nor Fazira telah diperkosa oleh Mohd Fahmi dan dua kawan lelakinya empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan. Saad memberitahu The Star bahawa kes itu telah dilaporkan kepada polis pada 15 Julai 2012, namun dia didatangi ibu bapa Mohd Fahmi selama beberapa hari berturut-turut merayu agar laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu Mohd Fahmi disabit kesalahan dan menerima hukuman penjara. Ekoran rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan mereka dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya dengan Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 19 tahun pada 17 November 2012. Nor Fazira turut memberitahunya pada Oktober 2013 bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mertuanya dan memutuskan untuk meminta cerai. Saad turut berkata bahawa keluarga Mohd Fahmi memang tidak menyukai anaknya dari mula perkahwinan dan Nor Fazira juga selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mertuanya. Mohd Fahmi yang ditemui oleh The Star pula menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira setelah mereka sah diijabkabulkan. Memetik Mohd Fahmi sebagai berkata kepada The Star, dia menceraikan Nor Fazira kerana bekas isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil. Nor Fazira juga ujar Mohd Fahmi, biadab terhadap keluarganya dan tidak pernah memasak serta selalu keluar dari rumah sekiranya tidak puas hati. Mohd Fahmi turut menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan. Tambahnya lagi, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk. P/s: Nampaknya pendedahan awal kami ada kesahihannya…. Read more: http://berita-harian.net/berita/pengantin-muda-saya-kahwinkan-dia-kerana-dia-telah-diperkosa/#ixzz2m4UMafIp Artikel berkaitan: “Kami hanya mengadakan hubungan seks selepas berkahwin,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Nagalilit dekat sini. Dia mendakwa isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil, tiga atau empat bulan sebelum dia menyedarinya. “Rakan-rakan saya yang ada di sana melihat dia (Nor Fazira Saad) begitu mesra dengan seorang lelaki. Dia mengenali lelaki itu ketika bekerja di pekan Padang Serai (dalam daerah Kulim). “Kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, saya membuat keputusan untuk menceraikannya,” kata Mohd Fahmi. Mohd Fahmi menceraikan Nor Fazira dengan talak satu. Dia berkata, mereka merupakan pasangan bahagia sebelum lelaki itu mengganggu rumah tangga mereka. “Dia amat biadap terhadap ibu bapa saya dan tidak pernah memasak. “Dia akan lari dari rumah setiap kali dia tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara,” kata Mohd Fahmi. Ibu Mohd Fahmi yang enggan namanya didedah berkata, turut menyangkal dakwaan Nor Fazira tidak diberi makan. “Kami menjaganya dengan baik dan menerimanya walaupun dia berperangai jahat,” katanya. Mohd Fahmi yang bekerja di ladang kelapa sawit menerima gaji RM1,000 sebulan. Dia berhenti sekolah ketika berumur 16 tahun untuk bekerja. Dia mendakwa bertemu Nor Fazira dua bulan sebelum perkahwinan mereka, November tahun lalu. “Pada mulanya hubungan kami tidak ubah seperti hubungan adik beradik tetapi perasaan cinta mula wujud selepas itu,” kata Mohd Fahmi, menurut sumber mStar.

Thursday, November 28, 2013

0 Politik kerjaya yang lumayan?

Kerajaan Selangor naikkan gaji wakil rakyat SHAH ALAM - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa 1 Januari tahun depan. Timbalan Speaker DUN tersebut mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus. Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji Menteri Besar Selangor, Speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu semalam berkata, mesyuarat Exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima ADUN dan anggota pentadbiran Sarawak. "Kenaikan gaji ini dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat," katanya. Sementara itu, Abdul Khalid mengumumkan pembayaran setengah bulan bonus kepada kesemua 15,643 penjawat awam negeri itu. Ia akan dibayar mulai Januari depan yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM14.821 juta. Dengan pemberian bonus itu, penjawat awam negeri menikmati satu setengah bulan bonus termasuk bonus untuk Aidilfitri yang diberikan tahun ini. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2lsSRiRZ2 Hakcipta terpelihara

0 Ramalanku benar belaka mereka cerai tapi terlalu cepat pula @ kes remaja 12 tahun kahwin

Retak tak sampai setahun 47.6K 485 Google +19 18 8 Cetak Oleh Azahar Hashim Kulim: Impian seorang remaja perempuan yang menggemparkan negara apabila berkahwin pada usia muda untuk mengecapi kebahagiaan alam perkahwinan seumur hidup berakhir apabila ikatan pasangan suami isteri berkenaan terlerai dipercayai akibat tidak sehaluan. Nor Fazira Saad, 13, dinikahkan dengan suaminya, Mohd Fahmi Alias, 20, pada 17 November tahun lalu sebelum pasangan berkenaan disahkan bercerai dengan talak tiga di Mahkamah Syariah Kulim, di sini, pada 11 November lalu iaitu kurang setahun hubungan mereka disatukan. Bapa kepada Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, walaupun pahit menerima kenyataan berkenaan, namun dia menerima keputusan dibuat pasangan terbabit dengan hati tenang dan menganggap bukan jodoh mereka untuk mengekalkan alam perkahwinan. Menurutnya, apa yang berlaku mungkin suratan takdir atas ketentuan Allah dan semua kejadian pasti mempunyai hikmah di sebaliknya. Bagaimanapun, dia mengakui tidak mengetahui punca sebenar membawa keretakan rumah tangga mereka, malah tidak mahu mengambil tahu perkara yang sudah terjadi. “Siapa yang tidak sayang anak apabila terjadi perkara sebegini terutama dalam usia masih muda, namun saya berpesan kepada Fazira supaya sentiasa tabahkan hati kerana usianya masih muda dan banyak yang dia perlu pelajari. Foto MOHD FAHMI dan isterinya disahkan bercerai pada 11 November lalu. “Kejadian ini memberi pengajaran kepada anak saya. Bukan perkara mudah mendirikan rumah tangga terutama ketika usianya masih terlalu muda. “Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib menimpa dirinya, tetapi saya meletakkan dia tinggal bersama ibu saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang dan sentiasa berfikir dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam. Menurutnya, perkara berkenaan sudah pasti memberi pengajaran kepada anaknya selain orang ramai terutama golongan remaja yang diulit percintaan bahawa untuk mendirikan rumah tangga bukan mudah dan mereka perlu matang. Katanya, dia sudah mengetahui perkara terbabit sejak beberapa minggu lalu apabila Fazira memaklumkan kepada isterinya bahawa mereka mungkin berpisah kerana ada masalah tertentu. “Selepas mengetahuinya, saya hanya mampu memberi nasihat kepada anak saya supaya menerima takdir ini dengan hati tenang dan jangan berputus asa, mungkin itu bukan jodohnya. “Cuma saya berharap apa yang terjadi ini akan dilupakannya. Bagi saya, dalam usia 13 tahun, masanya masih panjang dan dia tidak perlu terlalu risau atau tertekan walaupun bergelar janda dalam usia begitu muda. “Pada masa sama, saya juga berharap perkara ini sudah selesai dan mereka berdua menjalani kehidupan masing-masing. Saya juga meminta masyarakat supaya tidak memandang serong terhadap mereka,” katanya. Menurutnya, sepanjang pengetahuannya, Fazira seorang yang bertanggungjawab kerana dia memahami masalah rumah tangga tidak perlu didedahkan kepada sesiapa. “Sebagai bapa, saya tahu perasaan anak saya sekiranya dia menyembunyikan sesuatu berdasarkan riak muka dan apabila pulang ke rumah, saya bertanya mengenai sebarang masalah yang dihadapi, tetapi dia membalas dengan senyuman,” katanya. Harian Metro turut cuba menghubungi keluarga lelaki berkenaan untuk mendapatkan maklum balas, namun gagal. Sementara itu, jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim mengesahkan pasangan terbabit sudah membuat pendaftaran perceraian di pejabat terbabit pada minggu lalu. Harian Metro sebelum ini melaporkan Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1)(a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008. Majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012. Berkait: Isteri dicerai dengan talak satu Oleh ABD RAZAK OSMAN berita@kosmo.com.my mohd. fahmi dan Fazira ketika saat bahagia mereka selepas dinikahkan di Padang Serai, Kedah tahun lalu. PADANG SERAI – Dua remaja yang pernah menggemparkan negara kerana berkahwin muda mengumumkan mereka telah pun bercerai dengan talak satu kerana tiada persefahaman lagi antara mereka. Mohd. Fahmi Alias, 19, dari Kampung Naga Lilit di sini mengakui usia rumah tangganya tidak sampai setahun apabila mengesahkan dia telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Nor Fazira Saad, 13. Lelaki yang bekerja kebun bersama bapanya itu berusia 18 tahun ketika dia berkahwin dengan Fazira yang ketika itu berusia 12 tahun. “Jodoh kami tidak panjang, tidak sampai setahun. Saya ambil dia cara elok jadi saya lepas cara elok," katanya kepada Kosmo! di sini semalam. Menurutnya, kes rumah tangganya menjadi runcing kerana ada pihak lain cuba memporak-perandakan rumah tangganya mereka setelah isterinya mula bekerja di pekan Padang Serai. “Dulu saya pernah berjanji untuk bertanggungjawab malah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik tetapi keadaan menjadi sebaliknya,” katanya. Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Kampung Padang Cina di sini, Mohd. Nazar Husain pada 17 November tahun lepas. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2lsOzakZ5 Hakcipta terpelihara

Sunday, November 24, 2013

1 Astro First mesti tolong pemain industri filem negara, siar selepas 6 atau 3 bulan?

Cari solusi masalah industri filem ANTARA penggiat industri perfileman yang hadir pada sesi Dialog Bersama Industri anjuran Finas di Kuala Lumpur baru-baru ini. DUA tahun lepas, industri perfileman Malaysia mencatatkan rekod kutipan filem tertinggi menerusi KL Gangster terbitan Skop Production Sdn. Bhd. iaitu RM11.74 juta. Itulah kali terakhir filem Melayu mencapai jumlah kutipan melepasi RM10 juta. Sebenarnya, penghasilan filem cereka tempatan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Menurut Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), sehingga September lalu terdapat lebih 50 buah filem telah diterbitkan. Jumlah itu dijangka meningkat menjelang akhir Disember nanti. Malangnya sehingga kini tiada satu pun yang berjaya mengatasi rekod KL Gangster meskipun hampir setiap minggu ada sahaja filem baharu dimainkan di panggung wayang. Ada pendapat menyimpulkan bahawa faktor lambakan filem sampah di saluran Astro First dan kualiti penceritaan yang lemah menjadi punca keterujaan khalayak untuk menonton filem di pawagam merudum. Istilah transformasi juga kerap menjadi topik bebelan pemerhati filem jika filem tempatan mahu menguasai pasaran. Lembaga Penapisan Filem turut tidak terlepas daripada menjadi sasaran kritikan. Isu rombakan dasar perfileman dan garis panduan tidak habis-habis diperkatakan. Finas sebagai badan yang ditubuhkan untuk memantau pembangunan filem negara sering berada dalam situasi berjaga-jaga. Setiap kepincangan industri pasti berbalik kepada Finas. Pertukaran pucuk pimpinan Finas kepada Raja Rozaime Raja Dalnish Shah pula pernah menimbulkan pertikaian. Kemampuan Raja Rozaime mengendalikan isu-isu dalam industri dikatakan tidak banyak meninggalkan impak. Itu antara permasalahan perfileman tempatan. Menyedari kepentingan filem dalam industri kreatif negara, satu sesi dialog bersama pihak industri diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Sesi dialog itu dihadiri oleh wakil-wakil daripada pelbagai persatuan yang mewakili pelakon dan pengusaha filem. Objektif sesi dialog itu dianjurkan adalah bagi mendapatkan pandangan serta idea baharu daripada penggiat industri mengenai senario terkini filem tempatan. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah soal penyelidikan dan pembangunan modal insan, kandungan kreatif, teknikal, perundangan dan penguatkuasaan serta pemasaran dan promosi filem ke peringkat antarabangsa. Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli berkata, filem Malaysia memperlihatkan kecenderungan sesetengah penerbit memilih kuantiti dan mengabaikan kualiti. YUSOF HASLAM (berdiri, kanan) sedang memperkatakan sesuatu sambil diperhatikan wakil industri kreatif yang hadir. "Asalkan filemnya mendapat pulangan besar sudah lebih daripada mencukupi. "Inilah yang membimbangkan industri kerana lambakan filem sampah bakal merosakkan industri perfileman kerana filem sampah diterima dalam syarat wajib tayang," selar Jurey. Sementara itu, ahli lembaga pengarah Hak Artis dan Penghibur Malaysia Sdn. Bhd. (Prism), Datuk M. Daud Wahid menambah, kemerosotan jualan tiket filem di panggung juga berpunca daripada kewujudan Astro Fisrt. "Filem baru sahaja ditayangkan selama dua minggu di pawagam tetapi sudah boleh dilanggan di Astro First. Penonton ada pilihan untuk tidak perlu ke panggung sebaliknya menonton di rumah pada bila-bila masa sahaja. "Perkara sebegini harus dikawal kerana Astro First merupakan perosak filem. "Sepatutnya filem yang ditayangkan di pawagam hanya boleh disiarkan di televisyen selepas enam bulan," katanya. Pelbagai cadangan lain turut dibincangkan, antaranya setiap filem harus melalui sistem gred atau pengelasan misalnya filem gred A, B atau C. Dari situ, kualiti sesebuah filem dapat ditentukan. Setiap wakil industri yang hadir juga bercakap tentang soal kualiti seperti kualiti skrip, pelakon, teknikal dan muzik. Namun, persoalannya adakah dialog kali ini sama seperti dialog yang acap kali diadakan sebelum ini? Apa-apa pun besar harapan agar karyawan filem tempatan tidak mengaku kalah atau terus hanyut dalam masalah yang tidak pernah selesai. Solusi harus dicapai agar kerja keras mereka akan menghasilkan filem yang berkualiti sekali gus memberi ruang untuk memasarkan filem tempatan di peringkat antarabangsa. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1124&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm#ixzz2lVw6wkHt Hakcipta terpelihara

Saturday, October 19, 2013

0 Sastera Malaysia harus berjiwa besar kalau mahu maju

Promosi sastera Melayu ke peringkat antarabangsa 2013/10/14 - 20:38:42 PM Dr Anwar Ridhwan Cetak Emel Kawan Tiada produk yang akan dikenali tanpa usaha promosi. Setiap promosi pula memerlukan peruntukan tersendiri yang dianggap sebagai elemen kos pengeluarannya. Maka program pengembangan sastera Melayu pada peringkat antarabangsa harus dipromosi secara berterusan, berskala luas dan berjangka panjang. Peranan itu turut dimainkan oleh penerbit luar negara yang bersedia bekerjasama dengan kita. Lokasinya di seberang laut akan memberi kesan ke atas penjualan serta penyebaran karya sastera kita di luar negara. Sebagai contoh, terjemahan ke dalam bahasa Perancis wajar diterbitkan oleh penerbit di Perancis; terjemahan ke dalam bahasa Inggeris wajar diterbitkan oleh penerbit di England atau Amerika Syarikat, terjemahan ke dalam bahasa Jerman wajar diterbitkan oleh penerbit di Jerman dan begitulah seterusnya. Niat baik untuk menterjemah dan menerbitkan karya sastera kita, dengan harapan ia akan tersebar pada peringkat antarabangsa, ada kalanya dihalang apabila menerbitkannya di Malaysia. Sudahlah begitu, strategi pengedarannya pula kurang berkesan. Jika karya terjemahan sastera kita diterbitkan dalam negara, penyebarannya agak terbatas yang hanya dilakukan dalam pesta buku antarabangsa (itu pun kita tidak dapat membawa semua judul buku terjemahan), atau melalui usaha promosi dan pembelian secara online (itu pun jika penerbit tempatan melakukannya secara agresif). Kerjasama dengan penerbit luar Dalam hubungan ini penerbit tempatan wajar menjalin kerjasama penerbitan dengan penerbit luar negara. Dalam kes tertentu, ada penerbit luar negara yang berminat menerbitkan karya asing (termasuk dari Malaysia), hingga tidak memerlukan apa-apa kos daripada penerbit Malaysia. Dalam sesetengah kes pula, mereka memerlukan pembabitan sebahagian kos daripada pihak kita; yang mana ini pun wajar dipertimbangkan kerana akan memudahkan penyebaran karya sastera kita di luar negara. Satu lagi yang sering diabaikan ialah pusat pengajian Melayu/Malaysia di luar negara. Sungguhpun jumlah pusat pengajian Melayu/Malaysia di luar negara tidak sebanyak beberapa dekad yang lalu, kita boleh menjalin kerjasama dengan tenaga akademik dan pelajarnya. Kerjasama ini boleh meliputi usaha penterjemahan, penjualan karya serta aktiviti seperti pelancaran buku, diskusi buku, sesi bersama pengarang, pengisian jurnalnya tentang sastera Melayu dan sebagainya. Kedutaan kita di luar negara juga wajar memperkenalkan sastera dan sasterawan kebangsaan kita. Hanya sebahagian kecil kedutaan, dalam waktu tertentu saja pula, yang mahu memberi layanan terhadap aktiviti sastera kebangsaan kita di luar negara. Yang lain, pada umumnya buta terhadap perkembangan sastera kebangsaan, jauh pula untuk turut mempromosikannya. Situasi ini harus diubah supaya kedutaan kita turut memainkan peranan memperkenalkan sastera/sasterawan kita di luar negara, terutama bagi yang karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa asing. Terbit karya pengkritik sastera Satu lagi faktor yang kita abaikan ialah membina pengkritik sastera yang tulisan mereka boleh diterbitkan dalam jurnal atau majalah sastera antarabangsa. Tanpa sesiapa menulis mengenai sastera kita dalam jurnal atau majalah sastera antarabangsa, sastera kita kurang diketahui secara meluas, terutama oleh golongan pemikir sastera yang serius. Situasi ini juga harus diubah, dengan melantik dan membayar honorarium yang sewajarnya kepada mereka yang kita kenal pasti boleh memikul misi itu. Satu daripada masalah kegiatan sastera Malaysia peringkat kebangsaan dan apatah lagi peringkat antarabangsa ialah sesuatu kegiatan itu tidak tekal, tidak berkesinambungan. Kelemahan ini harus diatasi. Kita wajar mempunyai program sastera peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang berkesinambungan, termasuk tarikh tahunan yang dikekalkan, hingga ia membentuk nama dan jenama yang dikenali secara global. Dengan cara itu sastera kita akan sentiasa diikuti perkembangannya. Kita wajar mempunyai satu atau dua kegiatan sastera antarabangsa tahunan yang kekal berpanjangan, terutama yang membabitkan penyertaan penulis dan sarjana di luar dunia Melayu. Melalui kegiatan seperti ini, akan terjalin perkenalan, interaksi serta pendedahan sastera dan sasterawan kita dengan lebih meluas lagi. Dalam era media elektronik secara perlahan melemahkan pengaruh media cetak, kita wajar mengoptimumkan penggunaan teknologi ICT untuk mempromosi sastera dan sasterawan kita dalam pelbagai bahasa dunia. Medium ini harus kita manfaatkan sebaik mungkin. Perlu ada usaha yang bersepadu dan berwawasan besar untuk tujuan berkenaan, dengan menggunakan kemudahan internet, media sosial dan sebagainya, dalam pelbagai bahasa utama dunia. Penulis ialah Sasterawan Negara dan pensyarah Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA

Friday, October 18, 2013

0 Berkat kahwin selepas 80 tahun perkahwinan

Lelaki berusia 103 tahun berkahwin lagi RIELLA duduk di atas kerusi roda di sebelah isterinya, Lopez pada majlis perkahwinan yang diadakan di belakang rumah mereka di Santa Rosa del Aquaray, Asuncion pada Selasa lalu.- AFP BUENOS AIRES - Seorang lelaki berusia 103 tahun, Jose Manuel Riella melangsungkan semula perkahwinan dengan isterinya, Martina Lopez yang berusia 99 tahun pada Selasa lalu di belakang rumah mereka di Asuncion, Paraguay. Pasangan itu sebelum ini telah melangsungkan perkahwinan buat kali pertama pada tahun 1933 tanpa dihadiri oleh seorang paderi tetapi disaksikan hanya pegawai pentadbiran. Namun, selepas 80 tahun hidup bersama, pasangan itu sekali lagi melangsungkan perkahwinan dengan dihadiri seorang paderi Kristian Katolik. Ketika majlis itu berlangsung, Riella duduk di atas sebuah kerusi roda. Majlis perkahwinan itu dihadiri oleh lapan orang anak mereka. Seramai 50 cucu, 35 cicit dan 20 piut pasangan itu turut menyaksikan majlis perkahwinan itu. - Agensi Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2i0ijaki2 Hakcipta terpelihara

Sunday, October 06, 2013

0 Apabila kerajaan AS tiada duit untuk bayar gaji kakitangan awam

Jaga-jaga jangan jadi macam Amerika 2013/10/05 - 03:43:52 AM Kunta Kinte Cetak Emel Kawan Yang kita pernah dengar, ada negara miskin tak cukup duit nak belanja sampai gaji kakitangan awam pun tak boleh dibayar atau lambat dibayar. Ada yang berhutang dengan kakitangan awam sampai berbulan-bulan. Nak bangunkan negara dan bayar hutang luar tentulah jauh sekali. Bila dah tak ada jalan lain, mereka cap duit. Mereka tambah jumlah mata wang dalam edaran. Yang tak dapat gaji, dapat gaji tapi bila nak belanja tak laku. Harga barang-barang dan perkhidmatan naik sebab yang naik bukan pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan, tetapi jumlah duit. Kita kena ambil tahu sebab ekonomi Amerika adalah yang terbesar di dunia. Apa yang berlaku kepada Amerika jejas satu dunia” Bila jumlah duit naik, tapi tak disokong oleh harta kerajaan yang berharga macam emas dan simpanan mata wang asing, nilainya bukan saja tak naik malah turun. Lagi banyak duit dicap dan diedarkan, lagi murahlah nilainya. Lagi-lagilah kalau ekonomi negara yang cap duit tu pula lemah. Pasal itulah pengurusan ekonomi, belanjawan, cukai dan mata wang sangat penting. Sebab itulah banyak negara bila dapat Menteri Kewangan yang baik, mereka jaga betul-betul. Masalahnya, dalam dunia tak banyak orang politik yang cekap dan pandai hal kewangan. Bila tak cekap dan tak pandai, tapi ada kuasa mereka lebih banyak fikir hal politik dan populariti daripada kepentingan jangka panjang negara. Di sesetengah negara, bila dapat Menteri Kewangan yang cekap dan bagus, mereka simpan lama-lama. Tapi manusia tetap manusia. Bila dia berjaya sebagai Menteri Kewangan dan jadi popular, dia nak naik jadi Perdana Menteri pula atau rakyat jelata paksa dia jadi Perdana Menteri. Itulah yang jadi kepada Manmohan Singh di India. Dia sangat berjaya sebagai Menteri Kewangan, tapi bila dipilih jadi Perdana Menteri dia tak berjaya nak ubah ekonomi India. Akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Pengurusan kewangan lemah, ekonomi tak berkembang dan, baru-baru ini nilai tukaran rupee merudum. Tapi itu cerita negara miskin. Pada akhir-akhir ini negara maju pun hadapi masalah yang sama. Mula-mula Iceland, lepas itu Greece. Portugal dan Sepanyol pun kena walaupun tak teruk sangat. Tak mampu bayar gaji Macam mana pun yang paling teruk hadapi masalah belanjawan ialah Amerika Syarikat. Dah banyak kali Kerajaan Amerika dekat-dekat muflis sampai nak bayar gaji kakitangan awam pun tak mampu. Di bawah Presiden Barack Obama saja dah dua kali. Kali pertama dia nasib baik bila parti dia, iaitu Demokrat berjaya dapat kerjasama parti pembangkang, Republikan. Tapi kali ini Republikan tak mahu tolong dia lagi kalau dia tak mahu dengar kehendak mereka. Obama pula tak mahu mengalah. Jadi pertengahan minggu ini, pemerintahan Kerajaan Amerika ditutup. Kerajaan tak ada duit nak bayar gaji kakitangan Persekutuan. Beratus-ratus ribu pekerja awam diperintah jangan datang kerja sebab Pentadbiran Obama tak ada duit lagi nak bayar gaji mereka. Nak tambah hutang pun tak dibenarkan lagi. Pendek kata, Kerajaan Pusat Amerika dah bankrap. Kita kena ambil tahu sebab ekonomi Amerika adalah yang terbesar di dunia. Apa yang berlaku kepada Amerika jejas satu dunia. Penutupan kerajaan Dalam bahasa Inggeris disebut government shutdown atau lebih kurang penutupan kerajaan. Kerajaan ditutup kerana tak ada duit nak uruskan pentadbiran awam. Inilah bahananya bila orang politik asyik main politik, lebih banyak cakap dan berslogan daripada buat kerja, banyak melawat ke luar negara, boros dan salah guna kewangan negara. Bila orang politik yang tak ada pengetahuan dalam pengurusan ekonomi dan kewangan jadi Presiden atau Perdana Menteri, inilah akibatnya. Obama dia peguam. Penasihat dia pun nampaknya half-past six. Negara bankrap dan rakyat jelata menderita. Itu pun ada lagi orang kita yang sanjung Obama macam dia dewa. Kerajaan Amerika dah bankrap, tapi pemimpin Amerika dok ingat mereka kuat dan berkuasa macam zaman Perang Dingin, boleh peras ugut satu dunia beli senjata dan barang-barang keluarannya. Apa yang jadi kepada Amerika dan kepada makin banyak negara maju boleh jadi kepada kita kalau kita tak belajar, tak ambil iktibar. Dan kalau kita dok ingat kita kaya, kita stabil dan kita boleh hutang bila-bila masa kita mahu. Kita pun akan muflis kalau pengurusan ekonomi, kewangan, percukaian dan mata wang kita tak cekap, kerajaan boros, rasuah dan salah guna kuasa. Artikel terkait : Impak penutupan kerajaan AS SEKUMPULAN penjawat awam menyertai tunjuk perasaan untuk menuntut Kongres menamatkan penutupan kerajaan AS di luar bangunan U.S. Capitol di Washington, Amerika Syarikat kelmarin. BALI - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry semalam memberi amaran kepada Kongres supaya berfikir panjang mengenai impak negatif yang akan timbul berikutan penutupan operasi pentadbiran negara itu sejak lima hari lalu. Pertikaian antara Parti Demokrat dan Republikan itu disifatkan beliau sebagai 'cuai' dan boleh menjejaskan kreadibiliti AS di mata dunia jika ia tidak diselesaikan segera. Malah, ia seakan-akan memberi mesej kepada dunia bahawa AS tidak mampu menyelesaikan masalahnya sendiri. "Sekiranya krisis ini berterusan atau berulang, orang ramai akan mula mempersoalkan kemampuan AS untuk mengendalikan kerajaannya sendiri," kata Kerry dalam satu mesyuarat sewaktu Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang berlangsung di sini. Kerry bagaimanapun menegaskan bahawa imej AS masih belum tercalar di mata pemimpin dunia dan yakin isu itu dapat diselesaikan tidak lama lagi. "AS tetap menjadi kuasa paling besar di dunia dari segi kapasiti ketenteraan dan ekonomi," tambah Kerry. Sebelum ini, Presiden AS, Barack Obama terpaksa membatalkan lawatannya ke beberapa buah negara ASEAN termasuk Malaysia, Brunei dan Filipina. Obama juga terlepas peluang menghadiri mesyuarat APEC. Kerry yang menggantikan tempat Obama untuk lawatan ke negara ASEAN menyatakan, beliau percaya tindakan Republikan menghalang perbelanjaan kerajaan di Kongres sebagai satu langkah berbahaya. Biarpun begitu, Kerry menegaskan, isu di Washington tidak akan menjejaskan komitmen AS terhadap rakan-rakannya di Asia dari aspek perdagangan dan pelaburan di rantau terbabit. Penutupan kerajaan AS berlaku apabila Republikan yang menguasai Dewan Perwakilan enggan meluluskan wang untuk operasi pentadbiran kecuali undang-undang penjagaan kesihatan yang dikenali sebagai Obamacare ditangguhkan atau tidak dibiayai. Obama dikatakan enggan untuk berunding dengan Republikan mengenai isu bajet sehinggalah mereka meluluskan rang undang-undang sementara untuk membuka kembali kerajaan AS. Selain bersetuju menaikkan had pinjaman berkanun kepada AS$16.7 trilion (RM53.1 trilion) "Undi dan hentikan sandiwara ini. Tamatkan penutupan kerajaan ini sekarang," tegas Obama. Penutupan kerajaan memberi impak besar. Dari segi polisi dana luar, ia menangguhkan bantuan keselamatan kepada Israel dan menjejaskan pemantauan terhadap sekatan yang dikenakan ke atas beberapa buah negara seperti Iran. Penutupan kerajaan AS turut memberi kesan kepada pelancong yang ingin mengunjungi Institusi Smithsonian yang terdiri daripada 19 buah muzium, galeri-galeri dan Zoo Nasional. Sementara taman-taman awam termasuklah Statue of Liberty, Yosemite dan Alcatraz juga terpaksa ditutup. Krisis itu menyebabkan ratusan ribu penjawat awam di beberapa jabatan seperti pertahanan, perdagangan, tenaga dan pengangkutan diarahkan untuk bercuti tanpa gaji. Justeru, penyelidikan saintifik juga terpaksa ditangguhkan. Kali terakhir AS menutup operasi kerajaannya adalah pada 17 tahun lalu. - Agensi Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1006&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2gsKM6VMU Hakcipta terpelihara

Saturday, September 28, 2013

0 Liga Malaysia diswastakan macam Liga-J? Ini yang sebaiknya kita mau sejak dulu

Liga-M dapat sentuhan Jepun 2013/09/28 - 07:37:05 AM Syed Riduan Ahmad | smriduan@bh.com.my Cetak Emel Kawan Liga-M dapat sentuhan Jepun FAM kerjasama dengan JFA, Liga-J selia mutu bola sepak negara Kuala Lumpur: Liga Malaysia (Liga-M) yang akan diswastakan bermula 2015 bakal mendapat sentuhan dari negara matahari terbit yang mempunyai liga terbaik di rantau Asia - Liga Jepun (Liga-J). Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dalam proses menswastakan liga menjelang 2015, akan mengadakan kerjasama dengan Persatuan Bola Jepun (JFA) dan Liga-J bagi memastikan mutu liga dan bola sepak negara berkembang selari dengan gergasi Asia itu. “Sejak dua bulan lalu, dua kali wakil dari Liga-J dan JFA datang ke FAM untuk membincangkan kerjasama yang mampu dibentuk dan hasilnya, satu persetujuan dicapai dan kedua-dua pihak bakal menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada 21 Oktober ini,” kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. Tukar jurulatih, pemain “Sehubungan dengan itu, satu bengkel berkenaan penswastaan liga akan turut diadakan dengan pegawai JFA dan Liga-J akan berkongsi kepakaran mereka.” Bengkel berkenaan akan diadakan di Wisma FAM Kelana Jaya untuk tempoh tiga hari. Menurut Hamidin, selain majlis menandatangani memorandum dan bengkel, dua bekas pemain Liga-J akan turut datang berkongsi pengalaman mereka dengan pemain remaja tempatan. Perisytiharan harta “Kita harap dapat dapat manfaat daripada kerjasama ini,” kata Hamidin pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan di Wisma FAM semalam. “Jepun tampak begitu komited dalam merealisasikan memorandum ini yang turut membabitkan pertukaran pemain, jurulatih dan siri perlawanan antara kelab tempatan dan Jepun.” Sementara itu, JKPT yang dipengerusikan Datuk Afandi Hamzah dalam mesyuaratnya turut memutuskan beberapa perkara untuk musim 2014 antaranya semua pegawai dan pemain perlu membuat perisytiharan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi borang yang disediakan badan induk itu.

0 Jika melayu dan cina bersatu, siapa untung siapa rugi?

Malaysia kuat jika Melayu, Cina bersatu 2013/09/28 - 07:05:14 AM Daripada Mior Kamarul Shahid di New York Cetak Emel Kawan Malaysia kuat jika Melayu, Cina bersatu Najib berucap kepada anggota Dewan Perniagaan Amerika Syarikat dan Majlis Perniagaan AS-ASEAN di New York, kelmarin. Kekayaan negara mampu disebarkan secara adil Datuk Seri Najib Razak yakin Malaysia akan menjadi sebuah negara yang kuat jika orang Melayu dan Cina memupuk hubungan yang akrab. “Jika 67 peratus orang Melayu dan 27 peratus orang Cina bekerjasama, kita akan menjadi sebuah negara yang bersatu dan kukuh,” katanya dalam wawancara Program Hubungan Luar, dihoskan oleh pengacara CNN, Fareed Zakaria yang dipancarkan serentak di sini dan Washington, semalam. Perdana Menteri berkata, walaupun kaum Cina dipujuk supaya menyokong pembangkang atas alasan tertentu, tetapi di luar tempoh pilihan raya, mereka perlu bersatu atas matlamat untuk membina negara. Najib berkata, kaum Cina tidak seharusnya terlalu memikirkan soal kaum mereka saja tetapi perlu menganggap bahawa mereka adalah rakyat Malaysia. Justeru, beliau yakin, jika kedua-dua kaum itu bekerjasama, ia mampu mewujudkan sebuah negara Malaysia yang tulen. Dalam perbincangan bertajuk Kesederhanaan: Pemodenan Baharu yang dihadiri oleh kira-kira 200 orang itu, Najib menjawab berhubung tindakan kerajaan memberi keistimewaan kepada Bumiputera yang menimbulkan rasa tidak puas hati kaum lain. Elak ketidakstabilan Najib menjelaskan, jika 67 peratus daripada penduduk asal ketinggalan di belakang, ia akan menyebabkan ketidakstabilan. “Kita tidak boleh membiarkan keadaan ini kerana di segi politik ia adakah tidak baik. Apa yang dikehendaki ialah mewujudkan sebuah negara Malaysia yang adil, saksama dan inklusif. Itu yang hendak dicapai untuk membolehkan kekayaan disebarkan secara adil. “Kita mahukan masyarakat yang inklusif dan mendapat pembahagian kekayaan yang saksama,” katanya. Bagaimanapun, Najib berkata, hari ini kaum Cina memiliki kekayaan yang lebih besar daripada Bumiputera dan berikutan itu mereka masih perlu dibantu mengikut merit. Beliau juga berkata berkata tanpa tindakan afirmatif, ia akan menyebabkan perpecahan rakyat bertambah buruk pada masa akan datang.

Friday, September 27, 2013

0 Carilah pedoman dari kisah Tegar "Aku yang dulu bukan lagi yang sekarang"

Transformasi hidup Tegar KEHIDUPAN penyanyi Tegar Septian tidak seperti kebanyakan kanak-kanak lain yang berada di alam persekolahan. Sebaliknya, jadual hariannya lebih banyak dihabiskan di jalanan. Sudah mula menjadi penyanyi jalanan sejak berusia tujuh tahun, semuanya itu terpaksa dilakukan lantaran kehidupan keluarganya yang cukup miskin. Itulah pengorbanan yang cukup besar buat kanak-kanak sepertinya demi mencari sesuap nasi tetapi itu semua tinggal sejarah dan Tegar sekarang bukan seperti yang dahulu lagi. Hari ini namanya sudah meledak gara-gara lagu nyanyiannya iaitu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang semakin popular, bahkan salah sebuah klip video lagu berkenaan sudah ditonton sebanyak 4.9 juta kali di YouTube. Berbekalkan sebuah alat muzik yang dikenali sebagai ukulele yang sentiasa dibawa ke mana-mana sahaja, Tegar menjelajah ke seluruh Indonesia untuk membuat persembahan serta pernah berduet dengan beberapa penyanyi popular termasuk dengan kumpulan Noah, Setia Band dan Delima. Berkesempatan bertemu dengan penyanyi cilik itu dalam rangka promosi albumnya, Tegar Dan Sahabat di Malaysia minggu lalu, tidak dinafikan banyak kisah menarik tentang anak sulung daripada empat orang adik-beradik itu. "Kalau mendengar lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang, itulah kisah diri saya sepanjang enam tahun menjadi penyanyi jalanan. Semuanya itu terpaksa dilakukan kerana kesempitan hidup. "Sekarang saya amat bersyukur kerana semuanya berubah dan tidak menyangka tindakan seseorang yang telah memuat naik video saya di YouTube ketika menyanyi di jalanan mengubah keseluruhan kehidupan saya," ujar penyanyi kelahiran daerah Indramayu, Indonesia itu. BERBEKALKAN ukulele, Tegar yang dahulu menjaja muziknya di jalanan kini tidak menang tangan memenuhi undangan nyanyian. Cerita Tegar berkenaan kebolehannya dalam nyanyian, dia menyatakan bakat sebagai seorang penyanyi yang dimilikinya itu diwarisi daripada ibunya yang turut bergelar seorang penyanyi jalanan. Ujarnya, pendapatan harian yang diraihnya pula sekitar RM30 sehari dan ia sekadar mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian keluarganya di sebuah kota yang besar. "Biasanya kalau ada duit lebih saya dan rakan-rakan lain gemar ke kafe siber dan sering membuka laman YouTube untuk mendengar lagu. Dengan cara sedemikian ia membantu saya mempelajari lebih banyak lagu untuk dipraktikkan semasa menyanyi di jalanan," ungkapnya. Merasakan hidup sebagai penyanyi jalanan sangat bebas dan menyenangkan, Tegar menyatakan, dia tidak terlepas daripada melakukan perkara negatif akibat kehidupan yang tidak terkawal. Tanpa berselindung menceritakan tentang cara hidup lampaunya, penyanyi berkenaan memberitahu, dia selalu menghisap rokok dan menghidu gam akibat terpengaruh dengan cara kebanyakan penyanyi jalanan di tempatnya itu. "Alhamdulillah, kehidupan saya sekarang ini sudah jauh berubah dan tidak lagi melakukan perbuatan sebegitu. Namun begitu, saya tetap merindui pekerjaan lama, meskipun sudah popular," jelasnya. Bantu keluarga Jika dahulu pendapatannya tidaklah terlalu lumayan kerana terpaksa bersaing dengan penyanyi jalanan lain, kini Tegar boleh berbangga kerana pada usia yang masih muda hidupnya jauh lebih mewah. Ujar Tegar, dia berasa gembira kerana segala yang dilakukannya sekarang telah membantu kewangan keluarga untuk mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna. "Perkara yang paling membanggakan saya sudah tentunya dapat membeli sebuah rumah dan motosikal. Ia memberikan suatu kepuasan tidak terhingga kepada diri saya. "Tidak dinafikan kehidupan saya cukup sibuk memenuhi undangan nyanyian di merata-rata tempat dan adakalanya berasa terlalu penat tetapi demi keluarga saya ketepikan semuanya," ujarnya. Memandangkan dahulu dia terpaksa menjadi penyanyi jalanan sehingga tidak ke sekolah, ia menyebabkan penyanyi cilik itu tidak dapat membaca dan menulis. "Kini pihak pengurusan saya telah mengupah seorang guru untuk mengajar saya di rumah. Disebabkan jadual saya yang padat, sudah tentu langkah sedemikian lebih berkesan berbanding masuk ke sekolah biasa," jelasnya. PERNAH terjebak sebagai penghidu gam, Tegar kini perlahan-lahan meninggalkan tabiat buruknya. Berbakat Kehadiran Tegar ke Malaysia untuk mempromosikan albumnya itu tidak berseorangan, sebaliknya ia turut ditemani pengurus yang merangkap bapa angkatnya iaitu Alfaas Hermansyah. Alfaas berkata, sebagai individu yang bertanggungjawab mengesan bakat dan membawanya ke studio rakaman Harpa Records, dia melihat Tegar seorang penyanyi berbakat besar serta memiliki tarikan sendiri. "Ternyata agak sukar untuk menjaganya dan harus bijak melayan kerenahnya. Semua ini berpunca kerana kehidupannya jalanan yang banyak mempengaruhi dirinya. "Pada usia yang masih kecil dia sudah menghisap rokok dan menghidu gam tetapi tidaklah sampai terjebak dalam najis dadah. Bagaimanapun, semuanya itu sudah ditinggalkannya, malah saya sendiri kurang merokok kerana mahu menunjukkan teladan yang baik," jelasnya. Sepanjang mengenali diri penyanyi cilik itu, Alfaas menerangkan bahawa Tegar seorang kanak-kanak yang mudah dibentuk dan berkeinginan tinggi untuk mengubah dirinya. Ujarnya, kegiatan yang kerap dilakukan iaitu pergi ke kafe siber semasa menjadi penyanyi jalanan dahulu turut membantu kerana dia selalu belajar menyanyi dengan melayari YouTube. "Kalau menyelusuri kehidupan Tegar ini cukup menarik dan disebabkan itu dia bakal terbabit dalam sebuah filem yang menceritakan tentang kehidupannya yang lalu sehingga bergelar penyanyi popular. "Mengikut perancangan dia akan mula menjalani penggambaran pada bulan hadapan, namun semuanya bergantung kepada jadualnya. Berkenaan tajuk pula kami masih belum menetapkannya lagi," jelasnya. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0927&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2g2LUhb3w Hakcipta terpelihara

Tuesday, September 24, 2013

0 20% rakyat Malaysia ada diabetis? Jangan ambil mudah angka ini!!!

2.6 juta rakyat Malaysia hidap kencing manis SEGAMAT - Terdapat seramai 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada kira-kira 28 juta penduduk di negara ini menghidap penyakit kencing manis berikutan pengambilan gula dalam makanan dan minuman secara berlebihan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, jumlah itu tidak termasuk anggaran dua juta orang lagi rakyat Malaysia yang enggan membuat pemeriksaan kesihatan di hospital dan klinik kerajaan untuk mengesahkan keadaan kesihatan mereka. "Penghidap kencing manis yang tidak menerima rawatan rapi akan mengalami masalah penglihatan, penyakit buah pinggang dan penyakit lain berkaitan," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2fjpGdjIB Hakcipta terpelihara

Tuesday, September 03, 2013

0 Kenapa Generasi Y berbeza dengan ibu bapa mereka?

Kealpaan Generasi Y GENERASI Y kini sepatutnya mencontohi kepayahan generasi terdahulu menempuh hidup supaya lebih menghargai kehidupan dan kemerdekaan yang dikecapi negara hari ini. - Gambar hiasan ADA segelintir ibu bapa yang mungkin merungut bahawa anak-anak mereka suka berjaga di malam hari, tetapi bangun setelah tengah hari. Anak-anak muda ini juga mungkin sering tidak mematikan peralatan elektrik sekalipun tidak menggunakannya. Ada masanya, mereka membuka televisyen tetapi mengabaikannya dan memberi tumpuan pada komputer atau sibuk berbual di telefon. Gaya kehidupan mereka juga agak berbeza. Mereka bergaya dengan fesyen terkini dan memiliki pelbagai gajet walaupun mungkin tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Sesekali kita berfikir, mengapakah kehidupan anak-anak muda ini agak berbeza dengan cara hidup kita? Adakah mereka berubah atau zaman sedang berubah? Sebenarnya itulah realiti generasi baharu yang dinamakan Generasi Y atau Generasi Millennial. Walaupun tidak ada pandangan yang tepat, bagaimanapun dikatakan generasi tersebut lahir sekitar awal tahun 80-an hingga tahun 2000. Generasi Y berbeza dengan generasi terdahulu. Sungguhpun mampu menguasai teknologi dengan baik, mereka dikatakan pemalas, tidak berdisiplin dan komited. Semua ini dikaitkan dengan keadaan persekitaran ketika mereka membesar. Generasi ini tidak mengalami sebarang kesulitan atau halangan ketika membesar. Mereka tidak mengalami situasi kehidupan yang terperangkap dalam kancah peperangan atau kegawatan ekonomi zaman dahulu. Penghayatan mereka terhadap sejarah tidak mendalam, sebaliknya lebih mementingkan perjalanan kehidupan masa hadapan. Sebaik sahaja mereka dilahirkan, mereka sudah mengenal kewujudan pelbagai teknologi baharu dan gaya hidup yang lebih selesa berbanding yang dialami kedua-dua ibu bapa mereka. Teknologi Semua keperluan anak muda ini sudah tersedia. Bahkan, untuk membuka televisyen sekalipun, mereka hanya perlu menekan alat kawalan jauh sahaja, tanpa perlu menyentuh televisyen. Begitu mudah kehidupan mereka. Perubahan teknologi yang mendadak memudahkan generasi ini dalam hampir kesemua aspek kehidupan. Bagi mereka yang sedang belajar di menara gading misalnya, mereka tidak perlu ke perpustakaan untuk meminjam buku. Sebaliknya hanya membaca buku atau jurnal secara dalam talian melalui telefon bimbit atau komputer peribadi masing-masing. Sekiranya ingin membayar bil atau membuat transaksi wang, mereka tidak perlu menghabiskan masa beratur panjang tetapi hanya menekan tetikus di komputer mereka. Untuk makan sekalipun mereka bukan sahaja tidak perlu memasak atau ke kedai, tetapi hanya mendail nombor di telefon agar makanan yang diingini dihantar terus ke rumah. Inilah kehidupan Generasi Y. Mereka adalah anak-anak yang mungkin berbeza berbanding kehidupan kita sebelumnya. Sebab itulah, mereka tidak begitu menghiraukan cerita-cerita yang cuba mengingatkan mereka mengenai sejarah lampau kerana diri mereka tidak pernah terdedah dengan kesulitan hidup generasi terdahulu. Mereka mungkin mempunyai pengetahuan yang lebih baik daripada generasi sebelum dalam beberapa aspek kehidupan kerana cekap mencapai maklumat yang diperlukan. Jangan terkejut sekiranya generasi baharu ini tidak mengambil kisah dalam hal-hal yang menjurus kepada isu etnik atau tempatan kerana mereka berkongsi nilai dengan anak-anak muda lain di seluruh dunia. Mereka membawa nilai dan paradigma baharu. Mereka juga tidak akan menghiraukan autoriti kerana tidak dibesarkan dalam budaya yang menghormati sistem berasaskan hierarki. Ia terjadi di mana-mana sahaja, baik di tempat kerja atau dalam masyarakat. Mereka ini lebih terbuka dan tidak bersifat konservatif dalam membuat pertimbangan. Bagi mereka, apa yang dipentingkan ialah kehidupan yang lebih baik dan bukannya pematuhan terhadap nilai-nilai tradisi. Justeru, mereka kini adalah sebahagian daripada warga baharu dunia dan kita perlu memahaminya. Sungguhpun berbeza, kita perlu mendidik dan memberikan ingatan kepada mereka tentang rasa tanggungjawab dan realiti kehidupan agar mereka tidak tenggelam ditelan dunia sendiri. Walaupun dunia hari ini telah dipermudahkan dengan keupayaan teknologi canggih, tetapi hakikatnya hidup ini tidaklah semudah yang dijangka. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0830&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz2dljE7N7b Hakcipta terpelihara

Tuesday, August 20, 2013

0 Belajar menulis cerpen - Hikmat Pertemuan. Tema kemerdekaan. Mohon komen untuk penambahbaikan karya seterusnya

HIKMAT PERTEMUAN Sempena cuti umum 16 September, Azmil mempunyai rancangan dengan rakan-rakan ke Kolam Air Panas Poring, Ranau yang jauhnya lebih 150KM dari rumah kediaman tetapi Puan Hasnah, ibu Azmil mempunyai rancangan lain iaitu ke perbarisan hari keputeraan TYT Negeri Sabah dan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri. Mereka mahu menyaksikan pasukan yang disertai Sazali, abang Azmil mempertahankan kejuaraan mereka tahun lalu bagi kategori jabatan tidak beruniform. Puan Hasnah mahu Azmil tidak membantah kerana jarak rumah dengan lokasi perbarisan cuma 15KM sahaja. “Ibu harap kau faham, Azmil? Ini cara ibu untuk menghalang kau terus berkawan dengan budak nakal seperti Dino,” ujar Puan Hasnah menampakkan kerisauannya. “Kalau begitu saya di rumah sahaja. Main internet, main facebook dan tunggu sehingga kamu balik! Saya tengok siaran langsung di tv sahaja,” tegas Azmil kerana kecewa. “Selepas acara perbarisan selesai, kita pergi merdeka raya di rumah kawan ibu, setuju?” pujuk Puan Hasnah kepada anak bongsunya yang berumur 20 tahun itu. Azmil menyoal ibunya kenapa mereka harus pergi ke majlis merdeka raya tersebut. Ibunya memberitahu bahawa majlis tersebut agak istimewa kerana menyambut hari raya serentak dengan sambutan Hari Malaysia. “Anak sulung mereka yang tidak pulang pada hari raya pertama telah balik kelmarin. 5 tahun mereka tunggu kepulangan anak mereka itu. Hari Malaysia pada tahun ini mesti hari raya yang sangat bermakna untuk keluarga mereka,” terang Puan Hasnah. Azmil terkedu. “Lima tahun tidak balik raya? Mesti ada pergaduhan yang besar di antara mereka, kan?” soal Azmil yang tertarik dengan berita yang disampaikan ibunya. “Ibu harap ajakan ibu ini tidak sia-sia. Sejak berkawan dengan Dino, kau kurang bergaul dengan orang lain. Ibu mahu kau bergaul dengan lebih ramai kawan. Inilah peluang untuk kau berkenalan dengan kawan baru atau jumpa kawan-kawan lama,” nasihat Puan Hasnah. Azmil menjawab, “Aah... Banyak sangat perayaan kerajaan buat setiap tahun. Macamlah banyak duit sangat. Dari sambutan Tahun Baharu, Tahun Baharu Cina, Pesta Menuai - Gawai, Deepavali, Hari Wesak, Hari Raya Aidil Fitri dan lain-lain. Entah berapa billion duit kerajaan sudah dibazirkan,”katanya. “Kita sepatutnya bersyukur kerana kerajaan mampu mengadakan sambutan perayaan-perayaan itu. Ini Kita tidak akan jumpa ini di negara lain, tahu tak?” jawab Puan Hasnah. Perbezaan pendapat di antara Azmil dengan ibunya terus berlarutan. Azmil menjelaskan duit pembayar cukai sepatutnya diguna untuk membantu orang miskin di bandar dan luar bandar. Puan Hasnah pula berpendapat perayaan-perayaan begitu perlu untuk memupuk perpaduan antara kaum. Dalam hal politik pula, supaya rakyat lebih mengenali pemimpin negara. “Lebih banyak keburukan daripada kebaikannya, ibu,” Azmil terus membantah. “Yang paling teruk ialah menggalakkan remaja bergaul bebas. Inikah yang kerajaan mahu dari kami iaitu bergaul bebas tanpa batasan?” Azmil meninggikan suaranya. Puan Hasnah hairan bagaimana anaknya begitu pandai mencari alasan. Puan Hasnah yakin mesti Dino yang telah menghasut anaknya. “Adakah muda-mudi yang datang ke sambutan perayaan hari kebangsaan mesti bergaul bebas dan suka hati melanggar tatasusila? Kenapa? Kau pergi hanya untuk mencari gadis?” tukas Puan Hasnah dengan nada agak keras. Azmil gembira ibunya menyebut berkenaan hal mencari gadis. Azmil menganggap telah berjaya memperdaya ibunya menurut kehendaknya. “Ini keputusan muktamad. Esok mesti bangun awal, jam 7 tepat mesti berada di sana,”perintah Puan Hasnah. Azmil tidak puas hati tetapi tetap akur dengan kehendak ibunya. “Saya datang untuk ‘cuci mata’ sahajalah! Kalau saya dapat pikat gadis di sana, ibu bayar saya RM100, bagaimana?” kata Azmil. Puan Hasnah menggeleng-geleng kepala mendengar cabaran Azmil yang sedemikian rupa. Keesokan harinya, di tempat permulaan perbarisan kawad kaki, suasana agak meriah. Ramai pengunjung telah datang untuk menyaksikan pasukan masing-masing atau sekadar memeriahkan perarakan hari kebangsaan. Bunyi pancaragam menghidupkan suasana. Kelihatan beberapa anggota pasukan keselamatan sedang berkawal untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Puan Hasnah di sebelah suaminya, Encik Bakri teruja melihat kesegakan Sazali, anak sulung mereka dalam pasukan yang disertainya. Azmil berdiri agak jauh dari ibu bapanya kerana mahu mencari gadis yang boleh dipikatnya. Azmil ternampak seseorang gadis, namun sebelum sempat Azmil mengecamnya, kelibat gadis itu menghilang di sebalik ratusan orang yang hadir. “Mustahil saya silap orang,” bisik hati Azmil apabila usaha untuk mengejar gadis tersebut gagal. Azmil akur tidak dapat mengejar gadis itu tatkala disapa oleh seseorang yang lain. “Hei Azmil, buat apa di sini?” tegur orang itu. “Hei kau pula John! Saya datang ke sini untuk tengok abang perbarisan,” jawab Azmil. “Kau kelihatan sedang bekerja dengan uniform kau?” soal Azmil pula. “Saya sedang bekerja. Juruteknik peralatan ICT untuk program kita hari ini,” jawab John. “Wow hebatlah! Ada kerja kosong untuk saya?” tanya Azmil teruja. “Saya memang sedang mencari kerja sekarang?” tambah Azmil. “Kebetulan kami kekurangan pekerja. Ada kerja di pejabat dan kerja maintenance. Datanglah temuduga sebelum diisi oleh orang lain,” beritahu John. John menghulurkan kad namanya. Azmil menyatakan kekagumannya terhadap John. “Kita kan kawan baik? Saya yakin kau mesti suka kerja ini,” beritahu John memberi semangat kepada Azmil. “Terima kasih John! Tidak sangka kita dapat berjumpa di sini,” ujar Azmil. “Saya lihat kau kejar orang tadi? Nampak tergesa-gesa saja?” John bertanya inginkan kepastian. “Tadi saya nampak Azura dengan seseorang. Mesra betul saya tengok. Saya berharap seseorang itu bukan teman lelakinya,” jelas Azmil. “Ooo... Itu memang Azura. Dia semakin cantik sekarang kan?” Azmil tersengih. “Ooh.. Rupanya kamu ada bertegur-sapa tadi?” tanya Azmil. “Ya. Lelaki itu tunang Azura. Bekerja sebagai guru di sekolah menengah. Mereka baru bertunang sebulan yang lalu. Azura cerita kepada saya tadi,” John menjelaskan. “Azura pandai cari calon suami kan?” John cuba mengusik Azmil. Azmil membuat pengakuan bahawa dia hampir mahu memikat Azura sebentar tadi. Mujurlah mereka cepat berlalu jika tidak tentu memalukan Azmil yang masih belum berkerjaya. Azmil teringat akan Dino yang juga belum bekerja tetapi selalu ada banyak wang di dompet. “Berkenaan kerja itu, boleh saya bawa kawan sekali?” tanya Azmil mengalihkan topik perbualan. Azmil berazam untuk mengubah sikap Dino yang memang agak nakal menjadi baik. “Ada tiga kekosongan,” jawab John. “Terima kasih John!” kata Azmil bertambah ceria. John melihat jam di tangannya dan kemudian meminta diri kerana perlu bertugas. “Saya harus beredar sekarang, telefon saya dahulu sebelum hadir temuduga,” pesan John. Selepas John berlalu, Azmil memandang sekeliling kalau-kalau masih ada gadis lain yang menarik minatnya. Azmil tetap ingat yang dia telah bertaruh dengan ibunya. “Awal betul Azura bertunang. Kalau tidak, bukankah ini peluang untuk saya mencari bakal menantu ibu?” Azmil meluahkan kekecewaannya namun dia pasrah. Di tengah ribuan pengunjung yang lain, Azmil berharap dapat berjumpa beberapa orang lagi yang dikenalinya sama ada bekas guru di sekolah menengah dahulu mahupun artis yang dia minati. “Rupanya banyak kebaikan datang ke perayaan yang ramai orang begini. Saya sudah dapat hasilnya hari ini. Jika saya tidak datang hari ini, tentu tidak berjumpa John. Mulai sekarang saya mesti selalu berfikiran positif,” luah Azmil menginsafi diri. “Saya mesti berterima kasih kepada ibu. Tetapi sebelum itu kami mesti beri sokongan kepada pasukan abang dahulu,” tegas Azmil kepada diri sendiri. Azmil berharap pasukan abangnya menang lagi tahun ini. Puan Hasnah melihat Azmil sedang mara ke arah mereka. “Chayo! Chayo! Kita akan sokong pasukan abang!” jerit Azmil dengan agak bersemangat sehingga membuatkan Puan Hasnah agak kehairanan. “Azmil kelihatan gembira?” teka Puan Hasnah. “Tadi saya berjumpa dengan rakan sekelas di SMK dulu. Dia rekomenkan saya satu pekerjaan. Saya tidak sabar untuk hadir ke temuduga,” Azmil menjelaskan kepada ibunya. “Baguslah. Tidak sia-sia ibu mengajak kau ke mari,” ujar Puan Hasnah sambil tersenyum. “Selepas ini kita pergi beraya pula di rumah kawan ibu. Harap-harap ada rezeki baru atau peluang lain menanti kau di sana,” sambung Puan Hasnah memberi perangsang kepada anak manjanya yang masih kelihatan riang. “Ya. Sambutan Hari Malaysia dan hari raya tahun ini sangat bermakna buat saya! Sekarang saya tidak sabar hendak makan ketupat raya pula,” jawab Azmil kegirangan. Acara perbarisan kawad kaki baharu sahaja diumumkan untuk bermula. Kelihatan pasukan yang disertai Sazali sedang bersedia untuk bergerak. Di majlis merdeka raya yang akan dikunjungi Puan Hasnah sekeluarga, persiapan sedang rancak dijalankan. Beberapa wanita dewasa sedang menyediakan juadah sambil menonton siaran langsung perarakan hari merdeka peringkat kebangsaan di tv nasional.

Thursday, August 08, 2013

0 Apabila rumah kebajikan lebih sempurna daripada rumah sendiri?

Aidilfitri tanpa kehadiran anak Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA kamilah.mustapha@kosmo.com.my SENI AISHAH sebak ketika ditemu bual di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong baru-baru ini. KUALA LUMPUR - "Perniagaannya tidak maju jika mak cik tinggal dengan dia (anak). Mak cik juga dianggap pembawa sial dan celaka menyebabkan mak cik dibuang ke sini." Demikian antara luahan sedih Seni Aishah Abdullah, 73, ketika ditemui wartawan Kosmo! di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Kampung Pulau Meranti di Puchong dekat sini. "Sejak dicampak ke sini tujuh tahun lalu, mak cik tidak pernah dipedulikan oleh keluarga dan tiga orang anak mak cik," katanya dalam nada tersekat-sekat kerana terlalu sedih mengimbau nasib diri yang malang. Seni Aishah yang berasal dari Bandar Kinrara merupakan seorang India Muslim yang dihantar ke pusat jagaan itu oleh salah seorang anak lelakinya. "Anak saya memiliki perniagaan kedai runcit. Kami selalu bergaduh berpunca daripada hal-hal kecil dan selepas dia (anak) tidak tahan dengan mak cik dan ditambah perniagaannya kerap rugi, anak ambil keputusan hantar mak cik di sini," kata warga emas itu. Walaupun pada hakikatnya amat menyakitkan apabila dibuang darah daging sendiri, namun Seni Aishah memberitahu, dia tetap bersyukur kerana pusat jagaan itu lebih sempurna dan terjaga berbanding tinggal di rumah anak-anak sendiri. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0808&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2bKApYCXa Hakcipta terpelihara

Tuesday, July 30, 2013

0 Cinta Hattan & Arinie

Arinie 'aku' sudah kembali Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN pengaranghiburan@utusan.com.my Gambar WAHIDIN SALIM HATTAN dan Arianie kembali disatukan. TIDAK ramai yang tahu akan cerita ini. Peristiwa yang berlaku dalam hidupnya pada satu malam, kira-kira tujuh tahun lalu menjadikan penyanyi Memburu Rindu terus-terusan dilanda kasmaran kepada wanita bernama Arianie Mohd. Abidin. "Selepas dua atau tiga tahun bercerai, aku didatangi mimpi. Mimpi yang indah sekali dan berlaku pada satu malam Jumaat. Aku bermimpi dengan disaksikan oleh arwah ayah aku sendiri. Dalam mimpi itu, aku dan Arianie kembali bernikah. Kami kembali menjadi suami isteri dalam mimpi yang sangat mendamaikan jiwa itu," beritahu Hattan kepada Mega dalam perbualan eksklusif kami, selepas empat hari kembali bergelar suami. Lalu, mimpi itulah yang memberi kekuatan kepada lelaki yang dilahirkan dengan nama Mohd. Shukri Sahabuddin ini. Mimpi itu kejap dan berbekas di jiwa, menaburkan bunga-bunga semangat untuk kembali memburu cinta wanita itu. Meskipun mereka telah dipisahkan oleh satu talak pada 2005 (Hattan mengaku lafaz cerai dibuat kerana sifat 'baran' sendiri), Arianie masih ada untuknya. Arinie lah isteri yang akan menjaga makan minum pada hari tuanya dan Arianie juga adalah tulang rusuk yang akan kembali kepada dirinya sebagai tuan pemilik. "Aku pegang pada mimpi itu sebagai petunjuk Allah. Sebab itu, selepas tiga tahun kami bercerai, aku lebih banyak bertaubat, tinggalkan dunia-dunia kelab malam, kehidupan buruk. Satu persatu aku tinggalkan sebab aku tahu, hal-hal itu antara perkara yang buat Arianie tidak suka," katanya. Kepada penulis sendiri, Hattan pernah katakan bahawa walau dengan apa cara sekalipun, dia yakin wanita itu akan kembali menjadi miliknya, dengan izin Yang Maha Esa. "Aku dapat rasa, tidak akan ada perempuan lain yang boleh jaga aku, sama macam Arianie jaga aku. Hanya dia yang faham tentang aku," itu yang diucapkan kira-kira empat atau lima tahun lalu. Ketika itu dia telah kehilangan Arianie hampir lima tahun dan selepas perceraian, Hattan mengakui sukar untuk dia meneruskan hidup tanpa wanita itu di sisi. "Aku memang hendak kahwin dengan dia balik, aku tak boleh kahwin dengan orang lain. Bila aku hilang dia, baru aku tahu dia sangat bernilai pada hidup aku," katanya lagi dalam perjalanan pulang kami selepas terlibat dalam penganjuran Konsert Pancaindera di Johor Bharu ketika itu. Sebenarnya hasrat Hattan untuk kembali memiliki Arianie tidak pernah padam. Hari pertama dia melafazkan cerai, detik itu juga dia berpaling daripada rasa amarah dan mahu kembali bersatu dengan Arianie. Lalu, ketika buat kali keduanya menzahirkan lafaz kembali bernikah dengan wanita yang sama, ada air mata yang deras mengalir di pipi lelaki ini. Semuanya kerana terkenangkan kembali kepada mimpi yang memberikan kekuatan kepada dirinya untuk mendapatkan semula Arianienya yang telah pergi. "Ketika mahu berjabat tangan dengan tok kadi, aku teringat kepada mimpi malam Jumaat itu, itulah keajaiban, benda tu yang buat aku menangis. Tak tahu nak cakap apa lagi. Ya Allah, ini dia, inilah dia. Aku tak boleh hendak terang kepada semua orang kenapa aku menangis. Aku menjadi sangat insaf. Tuhan itu satu, Dia Maha Agung dan aku sebak sendirian. "Melalui mimpi itu, aku tahu, aku sangat sayang dan kasih kepada dia. Tiada tempat untuk orang lain di hati ini, selain dia sebenarnya," katanya yang dalam perbualan kami, turut beberapa kali menjadi sebak tidak keruan. Hattan dan Arianie kembali bergelar suami isteri pada 15 Ramadan 1434 dengan mas kahwin RM300 tanpa sebarang hantaran lain, di Putrajaya, Rabu lalu. Bukan tidak ada perempuan lain yang singgah di hatinya sebelum ini. Ada. Malah, Hattan pernah bernikah seketika dengan seorang wanita lain tidak lama dahulu tetapi bercerai hanya selepas dua bulan menjadi suami isteri. Untuk Arianie pula, pernah bertunang, tetapi terputus di tengah jalan, maka hari ini dia kembali kepada Hattan, lelaki yang telah memberikannya seorang zuriat sebelum ini. "Masa Arianie bertunang, aku cakap sendiri kepada dia, "Kau takkan bernikah dengan dia, kau akan bernikah dengan aku balik." Arianie marah kepada aku ketika itu, tetapi itu adalah keyakinan aku. Aku pun tidak boleh jadi suami kepada perempuan lain sebab dalam otak aku, tak pernah padam nama Arianie. Asyik teringat kepada Arianie, macam mana aku nak bahagia dengan perempuan lain?" demikian ceritanya dengan nada paling berterus terang. Hikmah tangguh tunai haji Hari pertama setelah kembali bergelar isteri, melihat Arianie masuk ke rumah kelamin mereka di Putrajaya, hati lelakinya begitu terkesan. "Dio masuk rumah den, dio susun balik baju-baju den, hati den pun cair," ketawanya dalam bahasa Negeri Sembilan yang lepas bebas. Perbualan kami berlangsung selepas empat hari Hattan kembali bergelar suami Arianie. Apa yang mahu dikongsi? "Aku boleh cakap, hidup aku lebih bermakna. Kami jadi macam dulu-dulu semula, macam baru kahwin. Tetapi kali ini lebih romantik dan cinta kami lagi matang. Semalam kami pergi pasar malam Putrajaya, beli samping aku. Boleh pegang-pegang tangan, peluk-peluk pinggang lagi," katanya. Hattan juga mengaku, dia pernah membuat keputusan untuk membatalkan hasrat menunaikan ibadah haji pada 2012 meskipun sudah membuat banyak persiapan untuk itu. "Pada tahun 2012, memang sudah daftar, tetapi tiba-tiba aku tidak jadi pergi. Hati aku kuat mengatakan, aku nak tunggu Arianie untuk pergi buat ibadah Haji bersama-sama sebagai suami isteri. "Insya Allah, kalau semuanya berjalan lancar, aku akan bawa Arianie dan ibu mertua sekali mengerjakan ibadah haji bila rezeki kami sampai nanti," kata bapa kepada Adam Eiman, 15. Majlis pernikahan ringkas yang turut disertai dengan majlis berbuka puasa itu dihadiri oleh kira-kira 250 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat serta petugas media. Selain daripada beberapa rakan artis dan pemain bola sepak yang hadir, majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersama keluarganya. Pasangan itu sah menjadi suami isteri dengan dua kali lafaz pada pukul 6 petang di hadapan Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Abdul Halim Mohd. Isa. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130730/hi_01/Arinie-aku-sudah-kembali#ixzz2aVNwIL1E © Utusan Melayu (M) Bhd

Friday, July 19, 2013

0 Visi 100 tahun Jepun dalam bola sepak, lihatlah hasilnya dalam 21 tahun ini...

AFC iktiraf Liga-J status 'A' 2013/07/19 - 04:14:21 AM Cetak Emel Kawan Aksi Liga-J mula mendapat perhatian pemain bertaraf dunia. Kuala Lumpur: Liga Bola Sepak Profesional Jepun atau dikenali sebagai Liga-J mula diperkenalkan oleh Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) pada 1992 bagi meningkatkan pencapaian skuad negara itu di pentas antarabangsa. Penubuhan liga berkenaan yang menggantikan liga amatur, Liga Bola Sepak Jepun (JSL) menjadi antara liga paling berjaya di benua Asia dan dikelaskan sebagai liga berstatus A oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC). Menurut laman web rasmi Liga-J (http://www.j-league.or.jp) dan wikipedia J. League Division 1, pada awalnya Liga-J hanya dikorporatkan dengan melantik Saburo Kawabuchi sebagai pengerusinya. Perlawanan sulung secara rasmi bagaimanapun hanya berlangsung pada 15 Mei 1993 antara Verdy Kawasaki (sekarang dikenali Tokyo Verdy) menentang Yokohama Marinos (Yokohama F Marinos) di Stadium Nasional Kasumigaoka. Galak promosi Untuk meningkatkan mutu bola sepak dan memperoleh penajaan lebih memberangsangkan, pengurusan Liga-J pantas tampil dengan dua penyelesaian. Pertama, memperkenalkan Visi 100 tahun Liga-J untuk mengubah kepada persatuan bola sepak profesional sepenuhnya pada 2092 dengan menggalakkan lagi promosi sukan bola sepak serta mendapat lebih penajaan. Kedua, mengubah infrastruktur liga pada 1999 dengan membahagikan kepada dua bahagian, iaitu Divisyen Pertama membabitkan 16 kelab dan Divisyen Dua, 10 kelab. Selepas era Kawabuchi sebagai pengerusi liga, Masaru Suzuki mula mengambil alih pada tahun ke-10 penubuhan Liga-J dalam meneruskan entiti nasional serta mencadangkan idea baru yang kemudian berterusan ketika era dua pengerusi seterusnya, Kenji Onitake dan Kazumi Ohigashi.

Friday, April 12, 2013

0 Minda Challenge - idea diiktiraf dan dibayar

Idea bantu ibu tunggal diiktiraf Oleh IZRINDA BADROLHISHAM berita@kosmo.com.my SAMHAN (duduk, tengah), Azalia (duduk, dua dari kiri) bersama beberapa pemenang pertandingan The Big DRe1M di Kuala Lumpur kelmarin. KUALA LUMPUR - Idea juara pertandingan The Big DRe1M anjuran 1Malaysia For Youth (IM4U), Samhan Adnan, 33, untuk membantu golongan ibu tunggal, fakir miskin dan penganggur diiktiraf. Pemenang tempat pertama itu membawa pulang RM100,000. Menurut Samhan, melalui wang itu, dia akan membantu golongan kurang bernasib baik melalui pengalamannya sebagai jurulatih kecergasan selama 13 tahun. "Saya akan beri mereka latihan kecergasan supaya ia dijadikan sumber pendapatan sebagai jurulatih kecergasan atau membuka pusat kecergasan," katanya ketika ditemui di sini kelmarin. Sementara itu, Azalia Abdul Rahman, 25, yang muncul naib juara bersama Mohd. Nazmi Zaidi Moni, 28, dan Yushasnor Abdul Rahman, 26, memenangi wang tunai sebanyak RM50,000 melalui idea mereka memulihara khazanah alam. "Saya dan rakan-rakan akan menentang aktiviti pembalakan di hutan tropika dan kerosakan karang laut," katanya. Bagi tempat ketiga yang mendapat RM20,000 pula dimenangi oleh Mohamad Razi Zainon, 30, kerana ideanya yang mahu mengutip RM1 daripada rakyat Malaysia untuk membantu golongan kurang bernasib baik. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Thursday, March 28, 2013

0 Pencipta Aplikasi, siapa pun boleh jadi jutawan bila sampai masanya

Pelajar 17 tahun jadi jutawan D’ALOISIO menunjukkan aplikasi Summly di London semalam. -REUTERS LONDON – Seorang pelajar sekolah di sini, Nick D’Aloisio yang berusia 17 tahun menjual satu aplikasi bagi membolehkan teks berita dapat dibaca menerusi telefon bimbit kepada syarikat Yahoo! dalam urus niaga yang dianggarkan sebuah akhbar bernilai sehingga AS$60 juta (RM184.1 juta). Aplikasi itu akan membolehkan D’Aloisio menjadi salah seorang jutawan termuda di dunia. Ia dicipta pada November 2012. Syarikat Yahoo! tidak mendedahkan perjanjian urus niaga itu tetapi akhbar London Evening Standard menyatakan Yahoo! akan membayar antara AS$30 juta (RM92.05) hingga AS$60 juta (RM184.1 juta). Menurut syarikat itu menerusi satu kenyataan bahawa ia teruja untuk memiliki Summly yang memudahkan maklumat diperoleh dengan pantas, mudah dan ringkas. Ketika berusia 15 tahun, D’Aloisio mencipta aplikasi Summly di rumahnya di sini. Syarikat Yahoo! menyatakan, D’Aloisio dan pasukan Summly akan menyertai syarikat itu dalam tempoh beberapa minggu lagi. D’Aloisio membuat kenyataan di Twitter dengan menyatakan: “@Summly telah menandatangani satu perjanjian untuk dimiliki Yahoo! “Teruja untuk memulakan babak baharu Summly! “Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada saya.” Akhbar London Evening Standard menyatakan, D’Aloisio pada mulanya mencipta aplikasi itu sebagai hobi. “Saya tidak menyedari ia boleh menghasilkan wang,” kata D’Aloisio. Ketika ditanya tentang pendapatannya yang besar ekoran pembelian syarikatnya, D’Aloisio berkata” “Saya suka kasut. Saya akan membeli sepasang kasut Nike dan saya mungkin memperoleh sebuah komputer baharu. “Namun, buat masa kini, saya hanya mahu menyimpan wang itu di bank. “Saya tidak perlu untuk banyak berbelanja.” D’Aloisio belajar kod komputer semasa berumur 12 tahun selepas Stor Aplikasi Apple dilancarkan. Dia kemudian mencipta beberapa aplikasi termasuk Facemood yang merupakan perkhidmatan yang menganalisis sentimen bagi menentukan mood para pengguna Facebook. Pelajar itu juga pernah mencipta aplikasi perkhidmatan mencari muzik, SongStumblr. D’Aloisio turut memberikan nasihat kepada beberapa remaja iaitu: “Jika anda mempunyai idea yang baik atau anda terdapat satu ruang kosong di dalam pasaran, terokailah dan lancarkannya kerana terdapat beberapa pelabur di seluruh dunia kini yang mencari syarikat-syarikat untuk membuat pelaburan.” – Agensi

Wednesday, March 20, 2013

0 Semua orang memerlukan kata-kata rangsangan untuk bermotivasi

Bisnes produk ungkapan positif PELBAGAI kata-kata positif dalam bentuk kad boleh dibeli di Positive Emporium. PENGUNJUNG di pusat beli-belah Publika berhampiran Jalan Duta, Kuala Lumpur yang lalu-lalang di hadapan premis Positive Emporium di paras G2 akan memperlahankan langkah atau berhenti seketika untuk membaca ungkapan-ungkapan yang dizahirkan pada bingkai-bingkai di kaki lima premis. Ungkapan-ungkapan tersebut seolah-olah menyambut kehadiran sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke sebuah premis berkeluasan kira-kira 15.79 meter persegi itu. Antara ungkapan yang tertera ialah Untuk Sukses Tiada Istilah Sakit, yang ada hanya bangkit; Satu langkah lebih baik daripada seribu angan-angan; Selagi masih hidup, masih ada harapan dan sebagainya. Kepada Mohd. Khairul Nizam Johari, 28, paparan kata-kata penuh inspirasi memberikan kesan mendalam kepada dirinya. "Saya sukakan kata-katanya yang ringkas dan mempunyai maksud yang mendalam. Produk pertama saya beli berupa bingkai yang tertulis kata-kata Stop wishing, start doing dan yang kedua ialah Every wall is a door. "Kata-kata ini saya letakkan di meja belajar dan pada dinding bilik yang kini sudah penuh dengan kata-kata pemberi semangat kepada saya," kata Penolong Pengurus di MAS Golden Lounge. Positive Emporium satu-satunya premis yang menawarkan 100 peratus produk berpaksikan kata-kata positif penuh motivasi di Malaysia. Pelbagai pilihan produk dijual seperti organizer dan pelekat yang boleh diletakkan di mana-mana sahaja. Mengakui kata-kata tersebut memberikannya semangat apabila rasa rendah diri menyelubungi, dia kini bangkit daripada bekerja sebagai seorang chef kepada seorang penolong pengurus. Dalam pada itu, seorang lagi pelanggan setia Positive Emporium, Noorul Sakinah Mohamad, 27, memberitahu, dia sanggup mencari lokasi Positive Emporium walaupun tinggal di Temerloh, Pahang selepas melihatnya di laman sosial Facebook. "Selepas berkunjung ke sana buat pertama kali pada bulan Disember tahun lalu, saya terus teruja melihat pelbagai produk yang dijual di situ. "Walaupun kedainya kecil, kesan kata-katanya cukup besar kepada saya. Sejak itu, saya tidak pernah ketinggalan membeli produk-produknya secara dalam talian," katanya yang merupakan salah seorang pelanggan tetap yang membeli secara talian. Positive Emporium juga mengemaskini produknya melalui aplikasi Whatsapp. Menggemari ungkapan, 99% of success is failure, kata-kata positif membuatkan mindanya sentiasa positif dan yakin dalam melakukan sesuatu perkara. Dia juga gemar memberikan hadiah berupa kata-kata positif buat rakan-rakan yang mendirikan rumah tangga dan menyambut hari lahir. Sementara itu, pemilik Positive Emporium, Nur Azam Zamberi, 33, nekad meneruskan perniagaan tersebut kerana mahu membenihkan pemikiran positif kepada komuniti. Bermula secara kecil-kecilan, bisnesnya beroperasi di jalanan. Nur Azam kemudian mengembangkan bisnes dalam industri kewangan dan kini menyandang jawatan Pengarah Agensi Kumpulan bagi Etiqa Takaful Berhad. Tambahnya, ungkapan-ungkapan membina yang diperoleh melalui pembacaan, seminar dan majalah membuatkan semangatnya sentiasa membara. NUR RIZA sedia membantu apabila anda berkunjung ke Positive Emporium. Agenda utama Nur Azam pernah memborong poster-poster kata-kata positif untuk diletakkan di pejabat dan bilik tidur. Menurut anak sulung daripada lima beradik yang berasal dari Ipoh, Perak itu, dia tidak meletakkan nilai komersial sebagai agenda utama. Bisnes itu turut didokong oleh dua adiknya iaitu Nur Rini dan Nur Riza yang masing-masing berusia 27 dan 24 tahun. Berbekalkan inspirasi dalam dirinya, tiga beradik tersebut mula membuka gerai kecil dengan modal RM100 pada akhir tahun 2011. Melihatkan sambutan yang menggalakkan terhadap produk jualan di gerai, Nur Azam bertekad meluaskan empayar positifnya dengan membuka sebuah premis di Publika dengan sewa RM4,000 sebulan berbekalkan modal RM100,000. Menurut Nur Azam, semua orang memerlukan kata-kata positif, baik seorang anak, seorang ibu, seorang pelajar, ahli perniagaan, lebih-lebih lagi usahawan yang selalu berdepan dengan penolakan. Item yang mendapat tempat dalam hati pelanggan ialah pelbagai jenis bingkai yang mengandungi kata-kata inspirasi yang unik dan berkesan. "Kata-kata yang selalu dibeli pelanggan ialah Every Wall Is A Door. Kebanyakan pelanggan sukakan perkataan-perkataan yang ringkas, malah ada pula yang gemar kata-kata yang mempunyai impak. "Ada seorang mat saleh datang dan terbaca ungkapan, If you born poor it is not your fault, if you die poor it is your fault. Teruja dengan kata-kata tersebut, dia terus membelinya," ujarnya sambil memberitahu item yang paling laris dijual ialah bingkai dan button batch. Selain bingkai, Positive Emporium menjual pelbagai produk lain seperti kad nota, baju-T, button batch, jam, koleh, pelekat, buku nota, rantai kunci, penanda buku, poskad dan organizer. Berbekalkan kepakaran dalam bidang grafik, Nur Rini dan Nur Riza membuat reka bentuk terhadap setiap produk yang dijual. "Setiap kata-kata ada cara susunannya kerana ia mampu mempengaruhi emosi pembaca," kata Nur Rini sambil memberitahu, pemilihan fon dan saiz sangat penting dan ia tidak boleh dilakukan sebarangan. Walaupun menjual kata-kata ungkapan dalam bahasa Melayu dan Inggeris, ada dalam kalangan mat saleh yang membeli ungkapan bahasa Melayu untuk dijadikan kenang-kenangan. Sambil memberitahu akan memperbanyakkan suntikan elemen Islamik dalam masa terdekat, setiap hari Positive Emporium akan menampilkan ungkapan-ungkapan baharu yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook. SESIAPA sahaja yang lalu-lalang di premis ini akan teruja membaca kata-kata positif yang setia menyambut ketibaan pengunjung. Ragam pengguna Menggunakan laman maya seperti Facebook, Instagram dan Twitter sebagai medium promosi, adik-beradik tersebut turut menjual rangkaian produk mereka secara talian. "Pelbagai ragam yang dapat kami lihat. Ada yang datang menyalin apa dibaca seolah-olah sedang menaip mesej dan mengambil gambar menggunakan telefon," katanya bahawa Positive Emporium dibuka setiap hari bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Bagi memberikan kepelbagaian kepada para pelanggan, Nur Riza memberitahu, sekurang-kurangnya lima ungkapan baharu setiap bulan akan dizahirkan mengikut tema. Barang-barang Positive Emporium dijual dari RM5 hingga RM700. Walaupun usia Positive Emporium baru masuk bulan keempat, Nur Azam rancak merencanakan masa depan perniagaan tersebut. Nur Azam mahu menjual produknya melalui ebay. Dalam tempoh dua tahun lagi, dia merancang mengadakan PositivEmporium Megastore. PositivEmporium Megastore akan menjual pelbagai barangan selain menganjurkan bengkel seni. "Melalui bengkel ini, pelanggan boleh menghasilkan sesuatu dengan menggunakan kreativiti mereka sendiri," ujarnya," katanya yang turut mempunyai gerai di The Street@ The Curve dibuka pada setiap hujung minggu.

Saturday, March 02, 2013

0 Peristiwa berdarah 1313 di Sabah (Lahad Datu)

Dua komando maut bertempur ANGGOTA tentera berkawal di Kampung Tanduo, Lahad Datu selepas pertempuran tercetus semalam. LAHAD DATU – Drama pencerobohan kumpulan penceroboh dari Filpina yang berkampung di Kampung Tanduo di sini sejak 18 hari lalu sampai ke kemuncaknya semalam apabila pasukan keselamatan negara bertempur dengan puak pengganas Sultan Sulu itu. Pertempuran berdarah pada pukul 9.59 pagi yang berlaku di kawasan Kampung Tanduo menyebabkan dua komando VAT 69 terkorban, tiga yang lain cedera manakala 12 puak pengganas turut terbunuh. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pertempuran itu berlaku selepas pasukan keselamatan menghampiri Kampung Tanduo untuk meningkatkan kawalan keselamatan sebelum terserempak dengan puak pengganas itu. “Kita telah masuk ke kawasan itu beberapa hari lalu bagi meninjau kawasan yang dikepung dan pagi ini (semalam) pasukan kita sekali lagi membuat tinjauan sama sebelum terserempak dengan puak pengganas. “Puak pengganas itu terus melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan menyebabkan kita terpaksa membalas serangan itu,” kata beliau pada sesi taklimat kepada media di sini semalam. Menurut beliau, pertempuran yang mengambil masa 20 hingga 30 minit itu menyebabkan dua anggota keselamatan negara terbunuh, tiga lagi cedera manakala 12 anggota puak pengganas terbunuh. “Kita berjaya mengeluarkan anggota kita yang terbunuh dan cedera dalam pertempuran itu tetapi 12 pengganas yang terkorban masih berada di kawasan kampung,” jelas beliau. Hamza memberitahu, dalam pertempuran itu juga, pasukan keselamatan merampas pelbagai senjata dan barangan milik puak penceroboh itu. Antara senjata yang dirampas masing-masing dua laras M16, dua laras raifal semi-auto, dua pucuk pistol, peluru pelancar roket, kelongsong peluru dan beg pakaian.

Friday, March 01, 2013

0 Tidak perlu pengecas lagi dengan teknologi HP guna bateri AA

Telefon bimbit tak perlu caj 15 tahun SPARONE PLUS cuma memerlukan sebiji bateri saiz AA untuk bertahan selama 15 tahun. BARCELONA - Tidak dapat membuat panggilan kecemasan kerana telefon pintar anda kehabisan bateri? Jangan bimbang, Xpal ada penyelesaiannya. Telefon bimbit baharu firma berkenaan, SpareOne Plus boleh bertahan sekitar 15 tahun menggunakan hanya sebiji bateri bersaiz AA. Gajet tersebut turut didatangkan dengan pek kalis air supaya anda dapat menyimpannya untuk kegunaan kecemasan bagi dekad akan datang. "Ini bermakna saya boleh mematikan telefon ini dan menyimpannya di dalam laci atau kompartmen kereta contohnya, se lama 15 tahun dan jika saya di timpa kecemasan dan perlu membuat panggilan, gajet ini sentiasa boleh digunakan," kata pengarah Xpal, Alan Cymberk noh pada pameran Kongres Mo bil Sedunia 2013 di sini yang berakhir semalam. Pengguna juga katanya, tidak perlu berlanggan dengan pembekal telekomunikasi kerana panggilan kecemasan adalah percuma tetapi ia masih memerlukan kad modul identiti pelanggan (SIM) jika mereka mahu membuat panggilan biasa. "Setahun sejak versi pertama dilancarkan, jualan telefon ini amat memberangsangkan di Amerika Syarikat," ujar Cym berknoh Model terbaharu telefon itu boleh menghantar lokasi pemanggil melalui sistem pengesanan global apabila panggilan kecemasan dibuat. - AFP

Thursday, February 21, 2013

0 Kalau P Ramlee masih hidup sekarang?

Berkarya bukan kerana duit SEKIRANYA masih hidup, arwah Tan Sri P. Ramlee yang lahir pada 22 Mac 1929 kini sepatutnya sudah berusia 84 tahun - empat tahun lebih muda daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 88, yang masih kelihatan kacak dan sihat. Andai juga seniman agung itu masih hidup, sudah tentu Kosmo! berusaha bertemu dan menemu bual serta mendengar sendiri daripada mulutnya tentang kisah hidup dan bagaimana karya-karya hebatnya dihasilkan. Hakikatnya, itu hanyalah harapan dan impian yang tidak akan kesampaian kerana pada hakikatnya beliau sudah lama meninggal dunia iaitu sejak 29 Mei, 1973. P. Ramlee akan terus hidup dalam jiwa kita dan mereka yang tidak pernah kenal mahupun yang lahir selepas kematiannya juga boleh menjadi peminatnya menerusi filem-filem lakonannya. Sememangnya, P. Ramlee meninggalkan legasi seni yang tidak akan padam dan terus diperkatakan sampai bila-bila. Pujian terhadap karya P. Ramlee itu bukan sekadar retorik sebaliknya beliau adalah insan genius anugerah Allah dalam bidang seni dan budaya kepada rakyat Malaysia. Kehebatan dan karya-karya P. Ramlee akan sentiasa ditonton dan diperkatakan tanpa rasa jemu apatah lagi membuatkan penonton kering gusi menontonnya. Begitu juga dialog dan telatahnya dalam filem juga sering diajuk dan ditiru oleh peminatnya. Sehingga kini, filem-filemnya seperti Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Labu Labi, Ibu Mertuaku, Do Re Mi, Anak Bapak, Tiga Abdul dan banyak lagi masih ditayang di kaca TV. Biarpun sudah 40 tahun P. Ramlee meninggal dunia, generasi baharu termasuk dalam kalangan kanak-kanak kecil mengenali P Ramlee. Mereka hanya mengenali fizikal serta gelagat P. Ramlee menerusi lakonan tetapi mungkin tidak mengetahui akan kisah hidup dan pemikiran seniman agung tersebut. Justeru, menerusi teman-teman seangkatan dengannya sahaja kisah hidup penyanyi, penggubah lagu, pemuzik, pelakon, pengarah dan penerbit filem yang tiada penggantinya itu dikupas buat bacaan para peminatnya. Dia seorang pemikir dan pemerhati - Sarimah Mengenalinya sebagai teman lakonan dan juga pengarah, menurut Datuk Sarimah Ahmad, 71, P. Ramlee adalah seorang yang ikhlas dalam bekerja dan melakukan sesuatu kerja bukan kerana duit tetapi kerana cintanya yang begitu kuat terhadap seni. NOSTALGIA. P. Ramlee (tengah) bergandingan dengan S. Samsudin (kanan) dan Aziz Satar dalam filem Seniman Bujang Lapok. "Dia ada banyak kelebihan yang Allah berikan dan paling penting, dia buat sesuatu benda seperti filem atau lagu kerana perasaan cintanya terhadap seni. "Dia ikhlas menghasilkan karya bukan semata-mata untuk mendapatkan duit, disebabkan itu karyanya bermutu dan kekal sehingga kini," jelas Sarimah mengenai rahsia di sebalik ingatan yang tidak pernah padam terhadap karya-karya ciptaan P. Ramlee. Mengulas lanjut, kata Sarimah, P. Ramlee adalah seorang pemikir dan pemerhati, malah seorang yang berfikiran melangkaui masa depan. Kata Sarimah, karya-karya P. Ramlee juga meliputi kisah benar yang berlaku terhadap masyarakat. "Dia banyak bergaul dan banyak melakukan kajian. Dia hasilkan filem melalui kisah masyarakat yang berlaku di sekelilingnya," ujarnya yang memberitahu, P. Ramlee juga pandai mengambil hati penonton melalui karya-karyanya. Memberi beberapa contoh, Sarimah memberitahu, filem-filem P. Ramlee juga banyak diselitkan dengan mesej-mesej berguna. Antara filem yang terselit mesej bagi Sarimah adalah Anakku Sazali. Katanya, filem yang menyaksikan P. Ramlee membawakan dua watak iaitu bapa dan anak derhaka itu mempunyai banyak mesej dan pengajaran. Begitu juga filem Antara Dua Darjat yang membawa mesej manusia dari dahulu sememangnya mementingkan darjat sedangkan budi bahasa sepatutnya diberi keutamaan dulu. "Semua filem-filem P. Ramlee dibuat ada mesej, bukan kosong. Dia juga bijak menggunakan dialog-dialog yang menarik sehingga menbuatkan orang ingat sehingga kini. "Contoh dialog filem yang masih orang cakap kepada saya sampai sekarang adalah yang terdapat dalam filem Tiga Abdul," jelasnya. Menurut Sarimah, P. Ramlee juga seorang pengarah yang lain daripada lain. "Dia seorang pengarah yang serius. Dia tidak suka pada pelakon yang tidak buat homework sebelum memulakan penggambaran," ujarnya. Begitupun, dedah pelakon filem Madu Tiga itu, di luar bidang pengarahannya, P. Ramlee merupakan seorang teman yang sangat merendah diri dan suka berjenaka. Ujar Sarimah, P. Ramlee juga tidak pernah merendah-rendahkan orang lain. "Jika ada pelakon yang lupa dialog berkali-kali dia tidak pernah memaki hamun pelakon tersebut, sebaliknya dia akan hentikan penggambaran dan menyambungnya pada keesokan harinya," jata Sarimah yang mengakui pernah menangis kerana usikan P. Ramlee. Sarimah mendedahkan lagi, P. Ramlee merupakan seorang yang suka mengusik tetapi usikannya terkandung kata-kata nasihat. Sarimah turut bercerita tentang pengalaman dirinya sendiri bersama P. Ramlee ketika mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan. "Ketika mula berlakon pada usia 17 tahun saya masih lagi tidak pandai bergaya. Ketika itulah, P. Ramlee sering menggelarkan saya sebagai 'Sarimah Kayu' berdasarkan penampilan saya ini. SARIMAH pernah melalui pengalaman pahit semasa mula-mula berlakon di bawah arahan P. Ramlee. "Saya pula terasa hati dan menangis. S. Sudarmaji yang banyak memujuk dan memberitahu saya, sebenarnya usikan P. Ramlee itu untuk memberi kesedaran agar mengubah penampilan saya itu," ceritanya. P. Ramlee tidak tamak - Aziz Satar Menurut Datuk Aziz Satar, 88, pula, semasa zaman kegemilangan P. Ramlee, dia pernah menasihati sahabatnya itu agar mengambil peluang untuk membuat duit lebih banyak. Namun, P. Ramlee memberikan jawapan yang tersendiri. "Dia (P. Ramlee) cakap, 'Seni bukan untuk duit tetapi untuk masyarakat'," ujar Aziz mengenai kata-kata P. Ramlee yang diulang semula kepada dirinya sebelum seniman agung itu meninggal dunia. Mengulas lanjut, kata Aziz, walaupun P. Ramlee mendapat bayaran sedikit hasil lakonan atau arahannya, dia tidak mempedulikannya kerana apa yang penting baginya, karya yang terhasil adalah bermutu. Tambah Aziz, sifat diri P. Ramlee yang tidak ingin menjadi bagus seorang diri juga menjadikan dia istimewa dan lain daripada lain. "P. Ramlee kalau berlakon atau mengarah dia tidak mahu bagus seorang diri. Sebaliknya, dia mahu semua orang bagus. Walaupun ada sebilangan pelakon pada masa dulu yang sukar menghafal dialog tetapi P. Ramlee sanggup menunggu dan mendidik sehingga pelakon tersebut menjadi bagus. P. Ramlee juga tidak mengajar setiap pelakonnya separuh jalan tetapi memberi tunjuk ajar secara menyeluruh. "Disebabkan itu, pelakon-pelakon dahulu bagus daripada segi mutu lakonan," jelasnya ketika dihubungi Kosmo!. Mengulas mengenai karya P. Ramlee, kata Aziz, P. Ramlee adalah seorang yang sangat teliti dalam menghasilkan karya. Ujar Aziz, P. Ramlee akan menjaga daripada segala aspek sama ada dari segi skrip, jalan cerita termasuklah pakaian setiap pelakonnya. Ujarnya, P. Ramlee juga boleh berfikir sehingga ke 40 tahun akan datang melangkaui zamannya. "P. Ramlee menghasilkan karya yang tidak ditelan zaman. Walaupun sudah 40 atau 50 tahun, nilai karyanya masih dihargai. Buktinya, adalah menerusi filem-filem dan lagu-lagu ciptaannya yang masih ditonton dan didengar tanpa rasa jemu sehingga kini." "Dia menghasilkan karya yang dekat dengan masyarakat. Benda yang berlaku dan diamalkan oleh masyarakat sehingga kini diselitkan dalam karyanya. "Ceritanya juga mengandungi macam-macam. Hiburan ada. Sindiran ada. Mesej ada. Semuanya ada. Dengan segala ramuan tersebut filem-filemnya bermutu dan menarik," jelas Aziz. Tegas Aziz: "Jika generasi sekarang mahu menghasilkan karya bermutu seperti P. Ramlee, contohilah cara kerjanya. Dia begitu teliti dan mengambil kira semua aspek dalam menghasilkan karya." Bercerita mengenai pengalaman dirinya bekerja dengan P. Ramlee, akui Aziz, hanya kenangan manis yang terpahat dalam memori dirinya. "P. Ramlee merupakan seorang teman yang sangat merendah diri. Saya banyak belajar cara-cara mengarah, menyanyi dan menulis skrip daripada dia. Tetapi kalau dari segi membuat pertunjukan di pentas, dia hormat pada saya. "Sebabnya, saya lebih berpengalaman daripada dia. Kalau saya suruh dia buat apa sahaja, dia akan ikut, "jelasnya yang ketika dahulu mengadakan pertunjukan pentas di merata negeri bersama P. Ramlee, Saloma dan Norizan. Tidak sempat kenali P. Ramlee - Najua Tidak lengkap kalau tidak menemu bual individu yang mempunyai perkaitan darah dengan P. Ramlee. Cucu P. Ramlee, Najua Mohd. Nasir, 27, dikatakan antara yang paling mirip dengan seniman agung itu. Menurut Najua, walaupun dia tidak sempat mengenali P. Ramlee semasa hayatnya dan juga tidak pernah diberi apa-apa pendedahan mengenai datuknya itu oleh bapanya, Nasir P. Ramlee, dia bersyukur kerana mengenali karya-karya seniman agung itu. Ujarnya, melalui karya-karya P. Ramlee itu dia dapat mengetahui bahawa datuknya adalah seorang pengkarya yang sangat hebat. "Saya tidak diberi apa-apa pendedahan mengenai P. Ramlee oleh bapa saya tetapi kawan-kawannya seperti Datuk Aziz (Satar) dan nenek Mariani (Ismail) banyak bercerita tentang dia (P. Ramlee) kepada saya. Daripada situ, saya mengenalinya. "Saya juga bersyukur kerana berpeluang melihat karya-karyanya. Bagi saya, karya-karya yang dihasilkan dia sangat hebat," ujarnya. Jelasnya, filem-filem P. Ramlee juga banyak dihasilkan berkisar kisah hidupnya dan juga masyarakat di sekelilingnya. Itu menyebabkan karya-karyanya hebat dan masih diterima sehingga kini. Kata Najua lagi, lagu-lagu ciptaan P. Ramlee juga tidak hanya menjurus kepada cinta semata-mata sebaliknya menjurus tentang seluruh aspek. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2LTq4SMVH Hakcipta terpelihara

Saturday, February 16, 2013

0 Serpihan tahi bintang di Rusia

Hujan meteor di Rusia, 950 cedera Gambar yang disediakan www.chelyabinsk.ru menunjukkan dengan jelas hujan meteor yang melanda bandar Ural, di Chelyabinks semalam menyebabkan sekurang-kurang 950 penduduk cedera. Sementara gambar bawah pekerja-pekerja sedang membaiki talian elektrik yang rosak akibat gegaran daripada meteor itu di bandar Urals, Chelyabinsk, semalam. - REUTERS/AFP MOSCOW 15 Feb. - Kira-kira 950 penduduk tempatan cedera apabila hujan meteor melanda bahagian tengah Rusia, sebelum ia meletup, hari ini. Satu rakaman televisyen menunjukkan lalu lintas tergendala pagi ini di bandar Urals, Chelyabinsk, ketika kejadian itu, menyebabkan orang ramai berlari menyelamatkan diri untuk berlindung di dalam bangunan. Sumber perubatan berkata, kira-kira 750 penduduk mendapatkan rawatan, sementera Kementerian Bencana pula mengesahkan perkhidmatan komunikasi telefon selular tergendala buat sementara. "Ketulan meteor tersebut bersepai di atas kawasan pergunungan tengah Rusia, Urals, dengan separuh daripadanya terbakar pada bahagian atmosfera. "Serpihan meteor itu jatuh ke Bumi, di kawasan yang kurang penduduk di wilayah Chelyabinsk," kata pejabat kementerian itu melalui satu kenyataan. Tingkap-tingkap bangunan pecah akibat gegaran yang berlaku dengan kira-kira 300 bangunan dilaporkan rosak, termasuk sekolah, hospital dan bangunan kilang serta stadium hoki ais. "Pada kira-kira pukul 9.20 pagi (0320 GMT) satu objek kelihatan di ruang udara pekan Chelyabinsk yang terbang dengan kelajuan yang kuat dan membentuk ekor asap. Selang beberapa minit kedengaran bunyi dua letupan," kata seorang pegawai kecemasan, Yuri Burenko dalam satu kenyataan. Pegawai-pegawai kementerian berkata, sebahagian meteor itu jatuh 80 kilometer dari pekan Satki, kira-kira 100 kilometer dari barat bandar wilayah itu. Sekolah-sekolah ditutup sepanjang hari di wilayah itu, selepas serpihan tersebut menyebabkan cermin bangunan pecah dan suhu di bahagian tengah Rusia jatuh kepada -18 celsius. Jabatan polis tempatan berkata, kebanyakan mangsa yang cedera mengalami luka kecil dan lebam akibat terkena kaca yang pecah. Wilayah Chelyabinsk merupakan kawasan industri utama di tengah Rusia, dipenuhi dengan kilang-kilang dan kemudahan lain termasuk loji kuasa nuklear serta pusat penyimpanan dan merawat sisa atom Mayak. Sementara itu, jurucakap Rosatom, syarikat tenaga nuklear Rusia berkata, operasi loji mereka tidak terjejas dengan kejadian itu. - AFP Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130216/lu_01/Hujan-meteor-di-Rusia-950-cedera#ixzz2L0XpTNWy © Utusan Melayu (M) Bhd

Sunday, February 03, 2013

1 Transisi Aktor Ben Affleck Menjadi Sutradara Piala

Ben, aktor nakal jadi sutradara piala MENJULANG piala kemenangan bergelar Sutradara Terbaik di Anugerah Golden Globe. RESAH gelisah menyelubungi diri Ben Affleck sewaktu filem ketiga arahannya, Argo mahu dipertontonkan kepada umum. Dia mengaku perasaan itu bermain-main dalam benaknya. Dahulu, dia tidak tahu kepentingan untuk turun promosi sewaktu bergelar pelakon tetapi dia sanggup berbuat apa sahaja. Ben Affleck yang awalnya seorang aktor kini sutradara filem Argo yang tidak mendapat pencalonan untuk Anugerah Academy tahun ini. Namun filem itu mengalami pemulihan nama baik dengan meraih dua piala Anugerah Golden Globe dalam kategori Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik (Drama). Begitu juga kemenangan di Anugerah SAG dan Critics' Choice Awards. "Saya tidak peduli dengan penghargaan," terang Ben saat menerima piala sebagai sutradara terbaik. Keresahannya ternyata berhujung apabila filem itu mendapat bukan sahaja tempat dalam hati para peminat tetapi akademi penganugerahan dan pengkritik filem. Minta maaf daripada JLo Untuk seorang lelaki yang berumur 40 tahun, Ben sudah memiliki sebuah kehidupan yang sempurna. Isteri yang cantik, tiga orang cahaya mata yang membesar, filem yang mendapat penghargaan serta cerita nakalnya yang luput dalam ingatan khalayak. "Saya berasa seperti kerja saya dinilai atas sebab yang betul. Itu merupakan perasaan yang yang baik, itu yang saya mahukan. Apabila khalayak mula melihat apa yang kamu lakukan malah memberi merit ke atasnya. Saya bekerja sangat kuat dan saya sangat mengambil peduli. Sebuah penghargaan buat saya untuk melakukan apa yang saya lakukan sekarang. "Ramai orang mahu membuat sesuatu. Saya mahu pastikan apabila saya menoleh semula, 15 tahun daripada sekarang dan berkata, 'saya menyukai filem yang saya buat. Saya bersyukur membuat filem-filem ini'. Saya sudah berada dalam fasa di mana saya tidak perlu sembunyikan apa-apa. Apa yang saya tahu, saya sangat bahagia. Saya suka filem yang saya buat. Malah saya gemarkan peluang dapat membuat filem. Itu sebuah kemenangan, di Hollywood," katanya tentang kehidupannya sekarang yang dilihat lancar. Aktor filem Armageddon, Chasing Amy dan Dogma ini dahulunya dilihat sebagai selebriti parti. Kini seiring usia dan benang hidup yang mula tersusun cantik, dia merupakan seorang bapa yang bangun seawal pukul 6 pagi dan masuk tidur pukul 9 malam. Usia perkahwinan yang mencapai angka tujuh beserta kehidupan harmoni bersama Violet, 8, Seraphina, 4, dan Samuel, 1, menunjukkan transisi hidup Ben. Sifat kebapaan mengubah haluan hidupnya. "Benar. Saya juga mula tidak pedulikan perkara-perkara remeh yang saya tidak perlu ambil tahu. Bagi saya, kemaafan adalah satu hal yang sihat. Saya pernah menjadi bahan berita muka hadapan tetapi biarlah kerana lelaki ini ada pekerjaan yang harus dilaksanakan. Saya juga ada tanggungjawab terhadap diri sendiri," luahnya. Ben mengaku pernah berasa dia perlu meminta maaf daripada bekas kekasih, Jennifer Lopez (JLo), tentang filemnya yang tidak menjadi dan berasa bertanggungjawab akan hal itu. Kisah dirinya dan Jennifer pernah menjadi fenomena hingga mereka diberi jolokan 'Bennifer'. Ben mendakwa, dia masih berhubungan dengan JLo atas tali persahabatan. Mereka mengutus e-mel dan mengucapkan tahniah atas kerja masing-masing. Sewaktu JLo menjadi juri untuk American Idol, Ben mengutus kata-kata semangat buat bekas tunangnya itu. BEN (kiri) mengaku Jennifer (kanan) mengubah hidupnya menjadi lebih baik. Puncak kerjaya Argo bukan filem pertama arahan Ben. Terdahulu dia pernah mengarahkan filem Gone Baby Gone (2007) dan The Town (2010). Hasil kejayaan yang ditempa Argo, Ben telah dipilih untuk menggantikan David Yates sebagai sutradara filem adaptasi novel Stephen King, The Stand. Pihak Warner Bros juga dikatakan mengintai Ben untuk mengarahkan filem Justice League namun pelawaan itu ditolak Ben. "Saya suka bertindak sebagai pengarah. Saya bertindak dan saya tahu bahawa saya berpeluang untuk mempunyai ruang untuk memberi pendapat. Saya cuba untuk mewujudkan persekitaran yang merehatkan untuk para pelakon. Anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahu. Anda boleh berjalan di luar kamera dan tidak mengapa. Apa-apa sahaja yang mungkin menjadi baik," ujar seorang pengarah yang fleksibel. Sebagai seorang teman rapat yang paling mengerti perjalanan hidup Ben, aktor Matt Damon yang dikenali sejak usia 8 tahun nampak transisi tersebut. Kata Matt: Ben pernah berada di puncak dan di bawah. Kini dia melihat Ben sedang berada di puncak kembali. "Dia mendapat pengiraan penuh tentang apa kehidupan di Hollywood boleh tawarkan. Kini, dia selesa berada di situ." Kini dalam setiap kata-kata dan gerak nafas Ben, turun naiknya banyak berbunyi semangat sutradara. Dia berasa penuh tanggungjawab membawa predikat tersebut. "Saya mengambil rasa tanggungjawab untuk mengarah dan benar-benar daripada hati. Inilah tempatnya di mana saya boleh mengawal semua aspek yang berbeza dan bukan cuma sekadar kotak persembahan anda. "Saya cuba untuk melakukan perkara yang berbeza dan saya membuat kesilapan. Saya melakukan beberapa perkara yang betul dan kemudian saya berkahwin dan mempunyai anak-anak dan yang ia banyak membantu. Kemudian saya memutuskan untuk hanya melakukan filem yang saya percaya," jujur penerangan lelaki yang pernah berpacaran dengan Gywneth Paltrow ini. Suami Jennifer Garner ini merangkumi kehidupan yang dilaluinya kini. Dia pernah dilihat sebagai salah seorang pelakon Hollywood yang kacak dan dikelilingi wanita hebat. Dia kemudian pada satu takuk tampil dengan sisi serius sebagai pelakon dan sutradara yang berjuang untuk sisi kreatif dan perjuangan seninya. Garner yang dijodohkan dengannya dalam filem Daredevil menyumbang kepada pemikiran ini. "Jennifer memainkan peranan yang mendalam dalam menjadikan saya seorang yang lebih baik. "Kami tidak mempunyai perkahwinan yang sempurna, tetapi dia inspirasi saya. Mencari diri dalam perkahwinan dan mempunyai anak semakin menjadikan diri saya lebih matang," kata Ben . "Bertuahnya, pada fasa ini saya berasa bebas daripada perkara-perkara negatif. Akhirnya, satu hari, saya akan ditemu ramah dengan perkara-perkara yang tidak melibatkan cerita-cerita tabloid 2003," ujar Ben menutup tirai gosip dan pada satu sisi lain membuka pintu jayanya. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2JmPfyORN Hakcipta terpelihara