.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Sunday, February 12, 2012

0 Seorang atlit sukan SEA Emas 1Malaysia yang tidak sempat naik podium bermasalah!



MEMALUKAN NEGARA
SALAH seorang daripada kuartet 4x400 negara yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia ini disahkan positif ujian doping. Seorang lagi yang disahkan positif adalah atlet angkat berat.AHMAD SHABERY(gambar kecil)

IMEJ sukan negara ‘tercalar’ selepas dua atlet didapati positif menggunakan bahan terlarang pada temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia tahun lalu.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek antara individu yang berasa kecewa dengan tindakan atlet yang disahkan positif ujian doping itu.

Ahmad Shabery berkata, perbuatan mengambil bahan larangan itu telah memberikan kesan buruk kepada imej sukan negara.

“Saya amat dukacita terutamanya setelah memberi penghargaan pada majlis Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) lalu.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri yang mengalungkan pingat kepada mereka tetapi perbuatan ini nyata memalukan negara.

Dua atlet negara yang meraih pingat pada temasya Sukan SEA 2011 menerusi acara 4x400m dan angkat berat didapati positif ujian doping.


Artikel berkaitan:

http://eddyhata.com/info/kuartet-4x400-menang-emas-tapi-kecewa


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm

Yunus tunggu keputusan Presiden KOM

KUALA LUMPUR - Pendirian Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim dalam isu doping atlet 400 meter negara, Mohd. Yunus Lasaleh akan turut mempengaruhi tindakan susulan yang bakal diambil atlet kelahiran Tawau, Sabah itu selepas dia disahkan positif dadah.

Yunus, 23, yang sebelum ini mempertimbangkan untuk membuat laporan polis bagi membersihkan namanya mengakui, dia mahu menunggu apakah yang akan keluar dari mulut Presiden KOM itu sebelum mengambil langkah seterusnya.

Mengakui fikirannya kini bercelaru, Yunus berkata dia belum membuat sebarang keputusan berhubung masa depannya dalam sukan olahraga yang amat disayanginya, iaitu sama ada mahu berundur terus atau kembali dengan lebih kuat selepas segalanya selesai.

"Sekarang kita tengok dulu apa yang Presiden nak buat tentang perkara ini. Saya mahu dengar apakah keputusan dan pendiriannya dalam isu ini, sebelum saya fikirkan tindakan seterusnya,'' kata Yunus.

Yunus, 23, merupakan anggota kuartet 4x400 meter yang menghadiahkan pingat emas tidak diduga buat kontijen Malaysia pada Sukan SEA 2011, tetapi kini dia berisiko kehilangan emas tersebut gara-gara disahkan positif mengambil dadah jenis Metandienone Metabolite.

Atlet berbakat besar itu dan beberapa jurulatih serta atlet kebangsaan lain dalam satu kenyataan bersumpah baru-baru ini mendakwa, Timbalan Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim telah menguruskan dia berjumpa seorang doktor dari Bulgaria untuk kembali pil yang boleh membantunya memenangi pingat emas.

"Secara jujur ketika ini terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran saya hingga saya tidak tahu yang mana satu hendak saya lakukan dulu, jadi buat sementara biarlah saya tenangkan fikiran dulu sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Keluarga saya juga meminta saya pulang ke Sabah dan tenangkan fikiran di kampung. Saya sampai di rumah keluarga semalam, saya hanya mahu berehat sekarang.

"Memang ini adalah perkara yang sangat menyedihkan dalam hidup saya. Apakah saya akan terus aktif dalam olahraga selepas semua perkara buruk yang berlaku? Apakah saya sudah serik dan tidak mahu kembali? Saya tidak tahu jawapannya sekarang.

"Sekarang ini sebaiknya saya dengar dulu apa Presiden nak cakap,'' kata Yunus.

Yunus yang bergandingan dengan P. Yuvaraaj, Schzuan Ahmad Rosely dan S. Kannathasan ketika menghadiahkan emas Sukan SEA di Palembang, November lalu turut mengakui, dia belum dihubungi oleh mana-mana pegawai dari KOM untuk mengesahkan sampel B air kencingnya disahkan positif.

0 comments: