.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Wednesday, January 05, 2011

0 David Teo sasarkan 20 filem setahun. Anda bagaimana? Agaknya berapa proposal skrip filem dimajukan kepada David Teo?

Sasar 20 filem setahun

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my
2011/01/05




David Teo

BABAK filem Aku Masih Dara terbitan MIG Productions Sdn Bhd.

DAMPING MALAM memungut RM900,000 dalam masa empat hari ditayangkan.
Bakal menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dalam bidang perfileman

APABILA David Teo melahirkan hasrat untuk menerbitkan 20 filem tahun ini, dia sebenarnya tidak main-main. Kata penerbit filem ini, sejak tahun lalu lagi dia memang berazam menerbitkan filem sebanyak itu tetapi disebabkan peraturan Syarat Wajib Tayang yang menghendaki produser menunggu giliran untuk menayangkan filem menyebabkan hasratnya untuk mencapai rekod peribadi terpaksa ditangguhkan. Bagaimanapun, itu tidak pernah menyekatnya untuk terus meneruskan impiannya.
Menurutnya, dia akan melakukan pelbagai usaha termasuk mencadangkan sesuatu kepada Ahli Jawatankuasa Wajib Tayang bagi memastikan hasratnya itu tercapai.

“Kalau sebelum ini peraturan tayangannya adalah dua minggu untuk sebuah filem, kali ini kami mahukan satu filem untuk satu minggu dan cadangan ini sudah kami kemukakan kepada pihak wajib tayang. Khabarnya mereka akan bermesyuarat pada bulan ini. Kita tunggu sajalah nanti keputusannya.

“Jika cadangan itu diterima, bukan saja 20 filem tetapi mungkin 30 filem syarikat saya akan terbitkan. Untuk bulan (Januari) ini saja ada tiga filem serentak sudah menjalani memulakan penggambaran. Tiga filem itu adalah 8 Jam arahan Ahmad Idham. Filem bercorak aksi ini akan menampilkan pelakon lagak ngeri filem Ong Bak dan pelakon lagak ngeri tempatan dan mempunyai sentuhan antarabangsa di dalamnya.
“Dua filem lagi adalah Flat 3 A, sebuah filem seram arahan Azhari Zain dan Alamak! Toyol filem komedi seram sentuhan pengarah Ngangkung, Bob Ismail.
Selain tiga filem ini, ada beberapa filem lain yang menanti untuk masuk ke lokasi dan ia adalah filem sekuel untuk filem sebelum ini seperti Adnan Sempit 2, Ngangkung 2, Kongsi 2 dan Jangan Pandang Belakang Congkak 3,” katanya kepada kepada Hip.

Bukan saja bercita-cita untuk meningkatkan lagi industri perfileman tempatan tetapi tetapi dia juga mahu memberi peluang kepada mereka untuk sama-sama membina kerjaya bersama syarikatnya itu.

“Untuk projek filem saya nanti, selain mengekalkan muka-muka lama, saya juga akan mengambil lebih ramai bakat baru dan juga tenaga produksi baru untuk bekerja dengan MIG Productions Sdn Bhd termasuk projek pengarah muda dan juga penulis skrip, ’katanya yang memang diketahui suka mencuba sesuatu yang baru.

Sebagai sebuah produksi yang banyak menerbitkan filem dari pelbagai genre, kata David untuk tahun ini dia masih mengekalkan formula yang sama kerana selera dan cita rasa penonton adalah berbeza.

“Walaupun komedi masih menjadi perhatian tetapi saya tidak akan menumpukan kepada sesuatu jenis filem saja. Seperti tahun lalu, filem terbitan saya adalah terdiri daripada pelbagai seperti komedi, romantik, aksi dan seram. Jadi semua orang boleh menontonnya,” katanya.

Ditanya apakah industri perfileman akan terus berkembang sempena kehadiran tahun baru ini, David dengan penuh yakin mengakuinya ia memang betul.

“Bagi saya, jika duti hiburan diagihkan oleh pihak kerajaan negeri, industri perfileman akan terus meningkat dan setaraf dengan industri lain seperti pertanian dan pembuatan. Apapun berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh penonton, saya yakin filem kita akan terus mendapat sokongan yang berterusan,” kata David optimis.

Melepasi cabaran penghujung tahun

MENJELANG hujung tahun biasanya adalah masa yang paling kronik untuk setiap penerbit filem. Maklum sajalah, pada waktu itu selalunya musim cuti persekolahan sudah hampir tamat dan ditambah dengan tumpuan peminat filem biasanya berkisar kepada soal lain yang lebih penting. Justeru, bagi penerbit yang filem mereka yang ditayangkan pada masa itu, perasaan berdebar terbit juga dalam hati.

Perkara ini turut dirasai David Teo apabila dua filemnya iaitu Aku Masih Dara dan Damping Malam menemui khalayak ketika bulan Disember hampir menuju penamatnya. Namun, perasaan risau bertukar menjadi gembira apabila sambutan yang diberikan penonton terhadap dua filem Ahmad Idham itu amat memberangsangkan.

“Selepas 11 hari ditayangkan filem Aku Masih Dara berjaya mencapai kutipan sebanyak RM2.1 juta manakala filem Damping Malam selepas empat hari tayangan, kutipannya adalah sebanyak RM900,000. Dicampur dengan kutipan di panggung bebas, kutipannya berjaya mencecah RM1 juta.

“Saya amat berpuas hati dengan kutipan yang diberikan kerana ia melepasi cabaran kerana bukan mudah mencapai jumlah itu terutama apabila filem ini ditayangkan pada penghujung tahun. Lazimnya untuk filem romantik komedi, jumlah kutipan minimum adalah RM2 juta dan saya bersyukur kerana sudah berjaya melepasi jumlah itu,”ujarnya.

0 comments: