.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Sunday, January 31, 2010

2 Semoga www.hikmatun.wordpress.com tidak menjadi senarai blog yang akan dipantau KDN

Sumber: BH:

KDN pantau blog, laman web sentuh isu sensitif


JOHOR BAHRU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus memantau beberapa blog dan laman web yang menyentuh perkara-perkara sensitif di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata bukti kini sedang dikumpul dan apabila mencukupi akan digunakan untuk mengheret mereka yang menyentuh sensitiviti seperti institusi Raja-raja Melayu, perkauman dan agama ke muka pengadilan.

"Tindakan kita kebelakangan ini menunjukkan keseriusan kita untuk membawa sesiapa saja asal cukup bukti ke mahkamah," katanya.




Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno Johor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini, hari ini.

Menyifatkan kes seperti blogger Aduka Taruna yang menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail sebagai kes rintis, Hishammuddin berkata, KDN, SKMM dan pihak berkuasa yang berkaitan akan mengenal pasti mereka yang terbabit dihadapkan ke mahkamah dan dihukum.

Tanpa memberikan butiran lanjut, Hishammuddin berkata, beliau sudah dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun ada beberapa blogger dan laman web yang kini dipantau kerana menyentuh perkara-perkara sensitif.


Mengulas laporan beberapa blog mengenai terdapatnya desakan supaya Ketua Pergerakan Umno, Khairy Jamaluddin meletak jawatan, Hishammuddin berkata, laporan-laporan itu adalah tidak tepat.

Hishammuddin berkata, penulis-penulis blog terbabit tidak tahu hujung pangkal perbincangan mesyuarat Exco Pemuda yang diadakan baru-baru ini.

Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, tidak menolak laporan itu mungkin dibuat kerana kepentingan tertentu, namun katanya, desakan seumpamanya tidak akan membawa kepada pengukuhan parti.

Beberapa blog baru-baru ini melaporkan bahawa Khairy didesak meletak jawatan oleh beberapa Exco Pemuda kerana kegagalan beliau menterjemahkan hala tuju Pergerakan Pemuda Umno selari dengan kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak. - Bernama

2 comments:

Pak Unik said...

Salaam dan selamat sejahtera semua. Bagus anda ya Stephen kerana berdoa agar Hikmatun tu tidak dikenakan tindakan yer hehe

OK Stephen, jika tidak berdialog soal agama, saya sedia menjadi teman blogger anda. harap anda pun tidak menyentuh isu2 sensitif yer :)

Jika nak sentuh yg sensitif, sila ke Hikmatun :)

Stephen @ Alexious Gidin said...

Saya sangat menghormati www.hikmatun.wordpress. Saya juga risau walaupun saya sudah bersungguh-sungguh supaya komen-komen saya pada tahap neutral dan tidak memihak atau berat sebelah.