.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Tuesday, January 12, 2010

10 Majlis Gereja-Gereja Sabah, Bongkos Malakun dan Rakyat Seluruhnya, Inilah Perkembangan Yang Kita Nantikan

Sumber: NST

SCC serah kepimpinan tertinggi buat keputusan gugur kalimah 'Allah'
12th January, 2010

KOTA KINABALU: Majlis Gereja-gereja Sabah (SCC) menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi penganut agama Kristian membuat keputusan berhubung sebarang cadangan untuk menggugurkan tuntutan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Akhbar Herald-The Catholic Weekly.

Pengerusi SCC, Pastor Kanan Jerry Dusing berkata, pada masa ini pihaknya tidak mempunyai sebarang cadangan dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi agama itu.

“Kita tunggu dan lihat (perkembangan isu kalimah ‘Allah’). Sebarang kenyataan rasmi biarlah dibuat oleh pihak tertinggi (agama Kristian),” katanya ketika dihubungi, di sini kelmarin.

Beliau mengulas pendirian Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun yang meminta akhbar mingguan Katolik itu menggugurkan tuntutannya di mahkamah.
Tokoh Kristian Sabah itu berkata, langkah itu perlu memandangkan isu tersebut kini bertambah buruk apabila beberapa buah gereja di Semenanjung dan Sarawak dibakar selain turut menerima ugutan.

Sementara itu, Clarence ketika ditemui di pejabatnya kelmarin menafikan bahawa kenyataannya pada Ahad dipengaruhi atau ‘diarahkan’ pihak tertentu sebaliknya dibuat setelah melihat konflik antara agama yang mula kelihatan.
“Saya terima banyak panggilan telefon dan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penganut Kristian yang bersetuju dengan saya,” kata bekas Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu.
Pengerusi Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah itu bimbang jika isu tersebut dibiarkan, dua kelompok pelampau agama antara Islam dan Kristian akan terbentuk dan keadaan menjadi semakin parah lagi selepas itu.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah menambah, mana-mana pihak yang memenangi isu berkenaan melalui saluran mahkamah sukar untuk mententeramkan keadaan.

“Kalau mana-mana pihak menang isu itu di mahkamah, mesti ada satu pihak lagi yang tidak berpuas hati dan isu ini akan berpanjangan. Jalan terbaik ialah gugurkan tuntutan,” ujarnya.
Clarence seterusnya berkata, beliau percaya tuntutan penggunaan kalimah Allah itu dibuat oleh pemimpin Kristian yang mempunyai kepentingan atau agenda tertentu.
Dalam pada itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menegaskan, tindakan membakar gereja tidak akan membawa sebarang penyelesaian berhubung isu itu.

Beliau yang juga seorang Pastor percaya tindakan mahkamah juga bukan jalan terbaik menyelesaikan isu tersebut. Sebaliknya, kata Timbalan Presiden PBS itu, jalan terbaik menyelesaikan isu tersebut dengan menggunakan pendekatan berunding.

“Semasa saya menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam soal perpaduan, kami menggunakan pendekatan berunding dalam menangani isu berkaitan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut Kristian,” katanya.

10 comments:

Stephen @ Alexious Gidin said...

Pada akhbar BH hari ini, Herald Weekly bersedia gugurkan tuntutan kalimah 'Allah'.

CosmicBoy said...

@ mutiara,

Hahaha...koran yg rasialis koq bisa dipercayai.

Semua ini ditulis koran utk mempengaruhi opini para pembaca yg org Kristen juga ngga setuju dengan Gereja mrk sendiri, ngerti tonk?

Sungguh, I**** lahir dari hoax dan kebohongan.

Salam.

CosmicBoy said...

@ mutiara,

Emangnya Datuk Clarence "pemimpin Kristen Sabah"?

Hahaha...

Saya ngga pernah dengar itu bro.

Kayaknya gelaran itu diberikan kepada koran berbasis rasialis.

Asal ada statements yg mengalem2 mereka, gelaran enak diberi, hahaha...

Btw, bukan siapa Datuk Clarence kalo bukan seorg politikus yg udah hilang dukungan rakyat/komunitasnya.

Lagian, emang dia sering ibadat di gereja?

Dengar2 dia punya cewek ya?

Pantess disebut 'pemimpim Kristen"..!

Penasaran aje koq.

Salam.

CosmicBoy said...

@ mutiara,

Bro, sila baca ini, semoga menambahkan wawasan dan menguatkan iman.

http://dedewijaya.blog.friendster.com/tag/kontroversi-kata-allah/

stephen said...

Clarence Bongkos Malakun ialah bekas ADUN di Moyog Penampang. Beliau pernah menewaskan Datuk Bernard Dompok dalam perebutan kerusi di pilihanraya umum. Pada pendapat saya, status beliau sebagai presiden Jaksa Pendamai memberi kelebihan beliau untuk bersuara. Saya percaya pendapat beliau ini akan dapat pro dan kontra dari kalangan kristian di Sabah dan Sarawak. Saya lebih suka dialog disegerakan. Himpunkan semua pemimpin dua agama ini. Tangguhkan dulu keputusan untuk menyerah kalah walaupun pada saya ianya menyerah sebagai pejuang tulen.

CosmicBoy said...

@ stephen,

Itu saya tau, saya juga tau dia kodok politikus, jadi dari politik lagi dia org yg tidak tetap pd pendirian, gimana dengan agama?

Lagian, apakah org spt dia layak utk mewakili suara org Kristen, bukankah kepimpinana Gereja memiliki otoritas dari hal ini? Apakah kenyataannya meminta Gereja mengubah Firman Allah tidak melawan Roh Kudus?

Jadi, apakah agenda dia?

Tepuk dada, tanyakan selera.

Btw, kenyataan dia membuat kondisi lebih parah, apakah dia mau bertanggungjawab?

stephen said...

jauh disudut hati saya mahu pihak muslim dapat menerima perkataan Allah itu biarpun pemahaman yang berbeza. Mungkin ejaan perlu diubah atau sebutan diubah atau guna yahweh saja.

CosmicBoy said...

@ stephen,


Mungkin ejaan perlu diubah atau sebutan diubah atau guna yahweh saja.

Kamu ngomong apa sih?

Jauh dihati...tapi mungkin, ini apa-apaan?

Elohim sepadan dengan kata Eli dlm bhs Aramiyyah, Theos dlm bahasa Yunani, Deus dalam Latin, God dlm Inggris & Allah dlm bhs Arab & Malay/Indonesia.

Yahweh bukan kata sepadan dengan Eli/Theos/Deus/God/Allah sebab Yahweh sebagai kata nama diri (personal nama) tidak bisa diterjemahkan!

Elohim ialah generic name/kata nama umum, maka elohim bisa diterjemahkan, ngerti tonk?

Dengan memaksakan nama Yahweh sebagai Elohim, itu ialah upaya mengubah Firman Allah yg diilhamkan Roh Kudus, ngerti?

Nter dibilang sama muslim2, nah tuh, benarkan, ahli kitab dari sono lagi memang kerjanya mengubah2 Firman Allah, bisa nangkep ngga tonk?

Semoga Tuhan menguatkan iman kamu.

Salam.

stephen said...

Yang Pahang ada peraturan 25 perkataan bagaimana? Lagi susah kristian, boleh ditangkap tanpa waran lagi?

stephen said...

Cosmicboy patut bersuara dalam hal kalimah ini biar pemerintah dan pemimpin agama mendengar anda. Tapi saya tidak pasti kalau-kalau kalimah ALLAH itu nama khas atau nama am, kalimah itu hanya melibatkan keagamaan atau bangsa.