.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Tuesday, January 12, 2010

0 Filem Malaysia Apakah Yang Mampu Mencapai Kutipan 10 Juta Dalam 5 Tahun Akan Datang?

Filem Avatar kini kutip AS$1.3 bilion
LOS ANGELES 11 Jan. - Filem Avatar mendahului carta box office dunia untuk minggu keempat semalam sekali gus semakin hampir untuk mencatat rekod sepanjang masa yang dipegang oleh penulis dan pengarahnya sendiri, James Cameron menerusi filem Titanic, menurut pengedar 20th Century Fox semalam.
Epik fiksyen sains 3D arahan Cameron itu mengaut keuntungan sebanyak AS$191.5 juta (RM689.4 juta) sejak minggu lepas, dengan jumlah kutipan di seluruh dunia kini berjumlah AS$1.3 bilion (RM4.7 bilion).
Avatar telah melepasi tayangan filem The Lord of the Rings: The Return of the King dengan kutipan sebanyak AS$1.12 bilion (RM4 bilion) Rabu lalu dan menjadi filem kedua tayangan tertinggi dalam sejarah dengan Titanic mencapai kutipan sebanyak AS$1.84 bilion (RM6.62 bilion) hasil tayangan di seluruh dunia pada tahu 1997 hingga 1998.
Data tidak termasuk dengan kos inflasi, dan jualan Avatar turut sedikit terjejas menerusi jualan premium tayangan 3D.
Sumbangan penduduk di utara Amerika meningkat kepada AS$429 juta (RM1.4 juta), dengan jualan hujung minggu mencecah sebanyak AS$48.5 juta (RM174.6 juta) sekali gus melonjakkan filem itu ke kedudukan slot ke tujuh dalam buku rekod.
Avatar adalah kisah mengenai seorang bekas anggota Marin yang dihantar daripada bumi untuk membolos masuk ke dalam habitat makhluk asing biru setinggi tiga meter dan memujuk supaya membenarkan majikannya menjalankan aktiviti perlombongan bagi mengambil sumber alam di kawasan mereka.
Ia dilaporkan sebagai filem termahal yang pernah dibuat dengan bajet sekurang-kurangnya AS$300 juta.
Di kawasan lain di Amerika Utara, Sherlock Holmes berada di tangga kedua pada minggu ketiga dengan jualan hujung minggu mencecah kutipan sebanyak AS$16.6 juta (RM55.4 juta).
Alvin and the Chipmunks: The Squeakquel terbitan Fox berada di tangga ketiga pada minggu ketiga dengan kutipan sebanyak AS$16.3 juta (RM58.6 juta) dan jumlah keseluruhan sekuel animasi komputer aksi itu meningkat kepada AS$178.2 juta (RM641.5 juta).
Filem puntianak Daybreakers dibuka di tangga keempat dengan jumlah kutipan keseluruhan sebanyak AS$15 juta (RM54 juta), sebagaimana yang dijangkakan oleh penerbit filem itu, Lionsgate, unit studio milik Lions Gate Entertainment Corp.
Di tangga keenam, filem romantik komedi Leap Year dengan kutipan sebanyak AS$9.2 juta (RM331.2 juta) dab filem komedi remaja Youth in Revolt di tangga kesembilan dengan kutipan sebanyak AS$7 juta (RM25.2 juta). - Reuters

0 comments: