.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Thursday, June 10, 2010

0 Hayati semangat bola sepak untuk memajukan Malaysia

PM guna analogi pasukan bola jika Malaysia mahu maju
10/06/2010 3:08pm


KUALA LUMPUR 10 Jun – Merujuk semangat Piala Dunia yang akan bermula esok, Perdana Menteri berkata, kerajaan bolehlah mengiaskan kejayaan untuk merealisasikan sebuah negara Malaysia yang maju dengan rakyat berpendapatan tinggi kepada analogi sebuah pasukan bola yang berjaya.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi sebuah pasukan bola, untuk berjaya, kesemua pemain daripada pasukan tersebut tanpa mengira posisi, perlu bekerjasama serta bermain sebagai satu pasukan.

Jika tidak, mereka bukan sahaja tidak mungkin menang malahan boleh kalah teruk, jelas beliau.

Katanya, setiap pemain bermula daripada penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah dan penyerang adalah sama pentingnya.

Bagaimana hebat pun pemain secara individu namun mereka hanya akan menggondol kemenangan sebenar secara berpasukan, katanya lagi.

“Oleh itu, setiap aset pasukan adalah berharga dan perlu dioptimumkan potensinya bagi mencapai kejayaan.

“Jika sekalipun setiap pemain adalah sebaik Rooney, Messi atau Ronaldo yang umum mengetahui sebagai antara penyerang terulung dunia, akan tetapi jika pemain pertahanan dan penjaga golnya lemah maka pasukan tersebut berkemungkinan kalah kerana jumlah gol yang dijaringkan mungkin tidak akan dapat mengatasi jumlah gol yang dibolos lawan.

“Maka yang demikian, untuk berjaya, kita perlu bekerja sebagai pasukan 1Malaysia yang seia, sekata, sebaris, sederap dengan satu wawasan, satu matlamat dan satu citra, mempersembahkan yang terbaik kepada Malaysia dengan segala kudrat yang termampu,” pinta Najib.

Perdana Menteri berkata demikian semasa membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, orang Melayu, orang Cina, orang India, orang Iban, orang Kadazan Dusun, orang Melanau, orang Murut, orang Sikh, orang Asli, orang Serani, orang Siam, pendek kata setiap etnik di bumi tercinta ini telah menyumbang kepada terbangunnya sebuah negara bangsa Malaysia yang aman dan makmur seperti mana hari ini.

Namun harus barang diingat, ujar beliau, ia tidak dapat menandingi potensi sumbangan yang mampu dihasilkan oleh mereka seandai dan sekiranya dilakukan secara kolektif.

“Lantaran itulah, saya ingin mengajak semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, anutan agama dan fahaman politik supaya bersama-sama dengan kerajaan untuk mencipta sebuah Malaysia yang lebih baik, Malaysia di mana semua mempunyai rasa kepunyaan, Malaysia di mana semua bakat dihargai dan digunakan sebaik-baiknya, Malaysia di mana yang mengehadkan adalah hanya, sejauh mana kesanggupan individu untuk bekerja keras bagi

mencapai cita-cita.

“Suka tidak suka negara hari ini berada di persimpangan antara masa depan yang gemilang atau masa depan yang suram. Pilihan kini terletak di tangan setiap rakyat Malaysia.

“Hari ini ibarat kita berada pada pusingan akhir lumba larian berganti-ganti dengan baton sudah berada di tangan hanya menanti tekad untuk

menggapai kejuaraan.

“Bermula detik ini bersamalah kita memulakan perjalanan, perjalanan yang bukan mengambil masa sehari, seminggu, sebulan mahupun setahun tetapi perjalanan yang bertali arus, sambung menyambung diwarisi pula dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.

“Berusaha dan bertawakallah mudah-mudahan kita bertemu jaya, Insya-Allah,” doa Najib. – Utusan

Wednesday, June 09, 2010

0 Baka pada usia lanjut macam Bapa Abraham di Alkitab (Nabi Ibrahim). Beliau mahu berkongsi tips

Jadi bapa pada usia 89 tahun


NAZAROV (kiri) bergambar bersama anak dan isterinya di sebuah hospital di Moscow baru-baru ini.




MOSCOW - Seorang veteran Perang Dunia Kedua di Rusia, Aramais Nazarov menjadi bapa pada usia 89 tahun selepas anak lelakinya, Artem selamat dilahirkan oleh isterinya yang berumur 35 tahun di sebuah hospital di bandar raya ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Nazarov yang pernah berkhidmat dalam Tentera Merah Rusia memberi jambangan bunga kepada isterinya sebagai ucapan terima kasih kerana melahirkan anak bongsu mereka.

Wanita itu 54 tahun lebih muda berbanding Nazarov.

Bayi seberat 3.7 kilogram itu merupakan anak keempatnya.

Anak sulung Nazarov ialah seorang pesara lelaki berumur 61 tahun dan dia turut mempunyai anak berusia 50 tahun dan 12 tahun.

"Apakah rahsia kekuatan diri saya? Apabila anda mempunyai isteri yang jauh lebih muda, anda perlu memenuhi kehendaknya, dan saya mampu memenuhi tuntutan batinnya," kata Nazarov yang berasal dari selatan Rusia. Dia juga telah pun mempunyai cicit.

Rekod bapa paling tua di dunia dipegang oleh seorang petani dari India, Nanu Ram Jog yang memperoleh anak ke-21 tiga tahun lalu ketika dia berusia 90 tahun. - Agensi

Tuesday, June 08, 2010

0 Risalah Kesihatan Yang Sangat Bernilai. Telah banyak dicopy and paste di blog2 peribadi

RISALAH KESIHATAN BULAN NOVEMBER 2008
UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
TANDA-TANDA SAKIT Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan. iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH ‘
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB : i) Sistem jantung yang lemah. ii) Sistem saraf otak yang lemah. iii) Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

0 IPTS yang cari income dari PTPTN pelajar. Sangat menyedihkan

22 lesen IPTS dibatal
KUALA LUMPUR - Sebanyak 22 buah kolej dibatalkan kelulusan penubuhan sebagai institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) sepanjang tahun lalu, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
Menurut beliau, pembatalan di bawah subseksyen 54 (1) Akta IPTS 1996 itu menjadikan jumlah keseluruhan kolej yang dibatalkan kelulusan sejak 2007 sehingga 2009 sebanyak 78 buah.
"Kelulusan kolej-kolej tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab ketidakupayaan mereka memberikan perkhidmatan bermutu akibat kelemahan tertentu terutama dalam soal kewangan.
"Ada di kalangan IPTS itu yang terpaksa bergantung kepada bayaran Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar sebagai sumber kewangan," katanya selepas melancarkan Pameran Pendidikan Persatuan Institusi Pendidikan Swasta Kebangsaan (Napei) Ke-29 di sini semalam.
Katanya, sebab lain pembatalan adalah kerana IPTS tersebut sebenarnya tidak beroperasi, tiada kursus atau menawarkan kursus yang tidak menepati piawaian, tiada pelajar dan jumlah pelajar tidak mencukupi.

0 Berjaya kurangkan batang rokok ke 15 batang sehari. Apa caranya? Menyibukkan diri kepada perkara berfaedah

JAKARTA -

Seorang budak dua tahun yang menghisap 40 batang rokok sehari, Ardi Rizal (gambar) kini menerima rawatan untuk menghapuskan ketagihan merokok, kata Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia, Arist Merdeka Sirait semalam.
Ardi merokok semasa dia berumur 18 bulan. Imej dia menghisap rokok telah disiarkan di stesen televisyen antarabangsa selepas media tempatan melaporkan berita mengenainya.
Menurut Arist, budak itu kini berada di bawah jagaan pihak suruhanjaya sejak lewat bulan lalu dan sedang menjalani terapi psikologi.
"Kami berusaha untuk mengurangkan jumlah rokok yang dihisapnya dari 40 kepada 20 batang sehari," katanya.
"Kami membuatkan dia sibuk dengan aktiviti seperti belajar, bermain dan mengikuti trip rekreasi. Namun, adalah sukar untuk mengurangkan ketagihan merokok. Ia mengambil masa," tambahnya. - dpa
22 lesen IPTS dibatal
KUALA LUMPUR - Sebanyak 22 buah kolej dibatalkan kelulusan penubuhan sebagai institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) sepanjang tahun lalu, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
Menurut beliau, pembatalan di bawah subseksyen 54 (1) Akta IPTS 1996 itu menjadikan jumlah keseluruhan kolej yang dibatalkan kelulusan sejak 2007 sehingga 2009 sebanyak 78 buah.
"Kelulusan kolej-kolej tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab ketidakupayaan mereka memberikan perkhidmatan bermutu akibat kelemahan tertentu terutama dalam soal kewangan.
"Ada di kalangan IPTS itu yang terpaksa bergantung kepada bayaran Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar sebagai sumber kewangan," katanya selepas melancarkan Pameran Pendidikan Persatuan Institusi Pendidikan Swasta Kebangsaan (Napei) Ke-29 di sini semalam.
Katanya, sebab lain pembatalan adalah kerana IPTS tersebut sebenarnya tidak beroperasi, tiada kursus atau menawarkan kursus yang tidak menepati piawaian, tiada pelajar dan jumlah pelajar tidak mencukupi.

0 Penipuan SMS dianggap bisnes. Hasilnya berjuta-juta. Ingatlah wang haram mungkin membinasakan masa depan akhirat dan dunia

Tembelang SMS Pak Agos

Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my



PENGGUNA mesin ATM perlu melihat notis amaran yang ditampal oleh pihak bank untuk mengelakkan mereka tertipu dengan sindiket SMS.


KUALA LUMPUR – Tanda tanya rakyat negara ini mengenai penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menawarkan hadiah wang tunai kepada pemilik telefon bimbit terjawab apabila polis menahan 26 individu baru-baru ini.

Suspek-suspek berusia antara 14 dan 41 tahun tersebut ditahan di sebuah unit kondominium dan sebuah rumah teres di Tawau, Sabah dalam operasi khas diketuai polis Bukit Aman minggu lalu.

Lebih mengejutkan apabila siasatan mendapati sindiket tersebut didalangi oleh warga asing dari Indonesia yang dikenali sebagai Pak Agos dan Acok. Mereka dikatakan telah mengaut keuntungan sebanyak RM6.4 juta sejak empat tahun lalu.

Sunday, June 06, 2010

0 Tekad kepimpinan PM (Najib) semasa keputeraan DYMM

Najib umum NKRA capai KPI



Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Tuanku Nur Zahirah memotong kek pada majlis Jamuan Teh Diraja sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda di Istana Negara di kuala lumpur, semalam. Turut sama, Najib Tun Abdul Razak (tiga kiri) dan isteri, Rosmah Mansor (empat kanan) serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (dua kiri). - bernama



KUALA LUMPUR 5 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memaklumkan kesemua enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang diperkenalkan pada Julai tahun lepas bagi menjadi kayu ukur prestasi kerajaan, telah mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.

Dalam ucapannya pada majlis pengurniaan pingat dan darjah kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini, Najib berkata, enam NKRA itu dikenal pasti setelah kerajaan merundingi rakyat dan mendengar keluh kesah serta pandangan mereka.

Enam NKRA itu ialah mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkatkan taraf hidup rakyat, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta menambahbaik pengangkutan awam.

"Alhamdullilah, pucuk dicita ulam mendatang, kesemua enam bidang NKRA yang telah dikenal pasti telah mencapai Petunjuk Prestasi Utama atau KPI yang telah ditetapkan," katanya.

Najib berkata langkah-langkah yang diambil dan diperkenalkan adalah bersifat berani dan di luar kelaziman pemikiran biasa bagi merealisasikan matlamat pencapaian NKRA.

Katanya, anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) umpamanya telah ditugaskan bersama-sama anggota polis untuk melaksanakan tugas rondaan bagi membolehkan NKRA mengurangkan jenayah dicapai.

Selain itu, katanya, lebih 7,000 pegawai dan anggota polis yang melaksanakan tugas di pejabat telah 'kembali' kepada tugas hakiki mereka yakni dekat dengan orang ramai manakala tugas mereka di pejabat pula diganti oleh lebih 4,000 penjawat awam.

Di bawah NKRA mengurangkan jenayah, KPI yang ditetapkan adalah bagi menurunkan indeks jenayah sebanyak 5 peratus serta jenayah jalanan sebanyak 20 peratus menjelang penghujung tahun ini.

Ternyata hasil daripada langkah-langkah yang diambil amat memberangsangkan di mana pada suku pertama tahun ini, indeks jenayah telah turun sebanyak 15.1 peratus manakala jenayah jalanan sebanyak 39.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, katanya.

"Mudah-mudahan usaha untuk mewujudkan satu persekitaran hidup selamat, aman lagi tenteram kepada rakyat akan mencapai objektifnya," katanya.

Najib berkata, selain inisiatif berhubung peranan dan fungsi kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), kerajaan juga memperkenalkan inisiatif bersabit ekonomi melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP), sebagai tujahan bagi memastikan wawasan nasional dapat direalisasikan mengikut jadualnya.

Di bawah inisiatif ETP, kerajaan telah menggubal model baru ekonomi sebagai hala tuju yang akan menunjangi dua Rancangan Malaysia iaitu Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11 di mana kedua-dua Rancangan Malaysia itu adalah jambatan terakhir yang perlu dilalui sebelum Malaysia tiba ke ambang 2020, katanya.

Katanya, kerajaan akan meneruskan langkah-langkah perlu untuk memastikan pertumbuhan yang memberangsangkan berterusan secara mapan serta telah pun memulakan inisiatif untuk memastikan asas kewangan kerajaan berada dalam keadaan yang lebih baik.

Beliau berkata hasil kerajaan perlu ditambah manakala perbelanjaan dibuat secara berhemah serta mampu mendatangkan impak yang paling maksimum kepada rakyat.

"Dalam hal ini, dua prinsip utama yang dipegang utuh oleh kerajaan Tuanku untuk merealisasikan matlamat tersebut ialah, kita tidak akan membebankan generasi akan datang serta akan terus merundingi dan menyelami denyut nadi rakyat apabila mengambil sesuatu keputusan sesuai dengan falsafah rakyat didahulukan," katanya.

Najib berkata, kerajaan tidak akan sekali-kali lari daripada tanggungjawab kepemimpinan dan tidak akan mengelak daripada membuat keputusan sukar sekiranya dikala perhitungan genting sesuatu itu dirasakan wajar bagi meletakkan Malaysia di trajektori yang betul.

"Moga-moga tercatit kemas dalam lipatan sejarah kelak bahawa barisan kepemimpinan hari ini adalah generasi yang bertanggungjawab, jauh sekali hendak mensia-siakan amanah yang terjunjung di jemala, apa lagi meninggalkan negara yang longlai kepada pewaris kepemimpinan yang akan datang.

"Pucuk pangkalnya, kita mahu mewariskan kepada generasi hari muka, sebuah Malaysia yang bermartabat dan bermaruah lagi disegani sahabat maupun pesaing. Insya-allah," katanya.

Najib berkata soal pengukuhan perpaduan nasional diberi perhatian oleh kerajaan kerana menyedari peri penting bahawa tanpa perpaduan nasional yang mantap, wawasan nasional seperti yang diimpikan bersama tidak mungkin akan tercapai.

"Sehubungan itulah, melalui falsafah induk 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang merentas dasar dan pelaksanaan sebagai panduan utama kerajaan Tuanku pelbagai inisiatif dan dasar telah, sedang dan akan dirangka demi kemaslahatan rakyat di bawah lembayung mahkota Tuanku," katanya. Najib berkata punca kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara berdaya saing adalah kerana ia sentiasa berusaha berada di hadapan keluk kontemporari dan kekinian dan kerajaan bertekad untuk meneruskan strategi yang telah terbukti berkesan tersebut.

"Bertolak dari satu titik di garisan ini, dalam memeta perjalanan seterusnya bagi mentransformasikan Malaysia kepada sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi, kerajaan Tuanku berpendirian supaya tidak mengambil sikap dogmatik serta menolak pegangan bahawa hanya kerajaan tahu segala-galanya," katanya.

Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa usaha-usaha mencipta masa depan yang lebih baik untuk rakyat jelata telah mula menampakkan hasilnya.

Angka pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku pertama 2010 misalnya telah menunjukkan pertumbuhan yang amat memberangsangkan yakni 10.1 peratus, katanya.

Tambahan lagi, katanya, daya saing negara di peringkat global turut mempamerkan peningkatan yang bersifat lonjakan berganda dan dalam "ranking" "World Competitiveness Report 2010", Malaysia telah meningkat naik prestasi daya saingnya dari tangga 18 pada tahun 2009 ke tangga 10 pada tahun ini.

Katanya kerajaan beriltizam mahu menyaksikan Malaysia naik kepada lima kedudukan teratas dalam senarai daya saing dunia pada masa mendatang.

"Apa yang penting, kita tidak boleh berpeluk tubuh, bersimpuh dan membiarkan peluang berlalu begitu sahaja. Kita harus bertungkus-lumus untuk mencapai sasaran," katanya. - BERNAMA.