RM10j untuk tabung bola sepak
Oleh Syed Riduan Ahmad dan Azrina Ahzan
NAJIB (kiri) menerima jersi Malaysia yang tertera namanya daripada Rajagobal pada majlis Shakam di PICC, semalam.
Kerajaan setuju kaji semula Shakam dengan kadar lebih tinggi: NajibDUA suntikan bagi menyemarakkan sukan negara diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak membabitkan dana RM10 juta buat Tabung Pembangunan Bola Sepak serta kenaikan insentif kecemerlangan atlit. Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) diperkenalkan sewaktu saya menjadi Menteri Belia dan Sukan pada 1986-1990 dan jika ada orang yang berhak mengkaji semula skim ini, sayalah orangnya.
Kerajaan bersetuju mengkaji semula skim ini dan akan mengumumkan kadar baru yang lebih tinggi dalam masa terdekat, kata Najib sebelum menyampaikan hadiah Shakam bernilai RM231,000 kepada semua pemenang 40 pingat emas negara di Sukan Sea Laos. Selain Shakam, Najib turut mengumumkan kesediaan kerajaan menyumbang RM10juta untuk Tabung Pembangunan Bola Sepak yang dicadangkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek selepas skuad negara merangkul emas pertama Sukan Sea sejak 20 tahun lalu. Kali terakhir kita merangkul emas bola sepak Sukan Sea ialah di Kuala Lumpur pada 1989, ketika saya menerajui Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Kali ini Ahmad Shabery pula berpeluang mengecapi kegemilangan dan kebanggaan melihat skuad negara memenangi emas.
Memandangkan bola sepak adalah sukan yang paling popular di peringkat akar umbi, kerajaan akan menyumbang RM10 juta sebagai permulaan untuk Tabung Pembangunan Bola Sepak dan berharap satu pelan pembangunan tersusun dan sistematik dilaksanakan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kerajaan berharap dengan dua pengumuman besar ini, ia akan menjadi suntikan semangat buat atlit dan penggerak sukan negara untuk terus bekerjasama mencapai impian menjadi kuasa sukan terbesar, bukan setakat di rantau ini tetapi di Asia dan juga dunia. Kejayaan di Laos juga diharapkan dapat menjadi batu asas dalam usaha mencapai kejayaan lebih besar. Saya mahu semua pihak fokus dan melipatgandakan usaha untuk mencapainya, katanya yang meletakkan sasaran emas Sukan Olimpik 2012 di London sebagai matlamat utama negara.
Wednesday, January 13, 2010
0 Jika Ronaldo 80j, bajet untuk pembangunan keseluruhan bola sepak Malaysia adalah lapan kali ganda
0 Bagaimana umat kristian mahu menyatakan hal iman dan rasul bagi kitabnya sendiri? Apakah rakyat di Negeri Sabah termasuk dalam larangan ini?
Pahang tak benar guna 25 perkataan bersumber Islam
Oleh Abdul Razak Raaffraaffar@bharian.com.my
10 ungkapan termasuk Allah turut dilarang untuk agama lain KUANTAN: Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1989 yang diwartakan kerajaan Pahang pada 1990, tidak membenarkan penggunaan 25 perkataan dan 10 ungkapan bersumberkan Islam, termasuk kalimah Allah dalam sebarang terbitan dan ucapan yang dikaitkan dengan agama lain. Perkataan lain yang tidak boleh diguna dan dikaitkan itu ialah firman Allah, ulama, hadis, ibadat, Kaabah, kadi, Ilahi, wahyu, mubaligh, syariah, kiblat, haji, mufti, rasul, iman, dakwah, injil, solat, khalifah, wali, fatwa, khutbah, nabi dan tabligh.
Ungkapan seperti Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilhamd, Allahu Akbar, Insya-Allah, Astagfirullahal Azim, Tabaraka Allah, Masya-Allah, Lahaula Walaquwata IIlabillahialiyil Azim juga tidak boleh digunakan orang bukan Islam. Mengikut seksyen 9 (1) enakmen itu, adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa jika ia menghasilkan sesuatu tulisan atau ucapan dengan menggunakan perkataan itu atau variasinya untuk menyatakan fakta kepercayaan, idea, konsep, perbuatan dan aktiviti dengan mana-mana agama bukan Islam.
Bagi Seksyen 9(2) enakmen yang sama pula, adalah menjadi kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan dan ungkapan berkenaan kecuali sebagai petikan atau rujukan.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Maip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, berkata mereka boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
"Enakmen ini adalah undang-undang yang merangkumi semua pihak, termasuk bukan Islam dan mereka yang melakukan kesalahan akan ditahan mengikut Kanun Prosedur Jenayah. "Ia juga memperuntukkan kuasa kepada pihak polis untuk menjalankan penguatkuasaan dan menangkap tanpa waran mereka yang disyaki melakukan kesalahan," katanya ketika dihubungi, di sini semalam. Wan Abdul Wahid meminta semua pihak di negeri ini menghormati dan mematuhi enakmen berkenaan yang sudah wujud sejak 20 tahun lalu.
"Jika semua pihak mematuhi enakmen ini maka tidak akan berlaku masalah berbangkit sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam," katanya. Beliau berkata, kesalahan lain mengikut enakmen itu termasuk menghantar atau menyerahkan terbitan mengenai apa-apa agama bukan Islam kepada seorang Islam, mendedahkan seorang Islam kepada pengaruh suatu agama bukan Islam dan mendekati seorang Islam untuk mendedahkannya kepada ucapan atau pertunjukan mengenai perkara berkaitan dengan suatu agama bukan Islam.
Tuesday, January 12, 2010
0 Jika buku dari Indonesia dilarang masuk ke Malaysia, penerbit buku di Malaysia perlu menterjemahnya? Buku-buku kristian diperlukan untuk umat kristian
Sumber: Malaysiakini.com:
Kes CD 'Allah' milik wanita Kristian 15 Mac
Jan 12, 10 12:50pm
Permohonan seorang wanita Kristian dari Sarawak yang mencabar tindakan Kementerian Dalam Negeri merampas lapan cakera padat mengenai ajaran Kristian yang mengandungi perkataan 'Allah' ditetapkan untuk sebutan pada 15 Mac ini.Kes itu sepatutnya didengar hari ini di hadapan Datuk Mohamed Apandi Ali tetapi disebabkan beliau mempunyai perbicaraan kes lain, ia dipinda kepada sebutan bagi pengurusan kes.
Tarikh itu ditetapkan di kamar Penolong Kanan Pendaftar Nik Mohd Fadli Nik Azlan dengan kehadiran peguam Annou Xavier (kiri) yang mewakili Jill Ireland Lawrence Bill dan Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A Dadi yang mewakili defendan.Pada 15 Mac nanti, defendan dikehendaki memfailkan afidavit jawapan.
Pada 20 Ogos 2008, Jill, 27, seorang kerani, memohon perintah certiriori bagi membatalkan keputusan kementerian itu merampas CD berkenaan, selain perintah mandamus bagi mengarahkan kementerian memulangkan CD itu kepadanya, dan perisytiharan bahawa dia berhak menyimpan, mengguna dan mengimport bahan penerbitan mengandungi perkataan 'Allah'.Wanita itu mengadu bahawa pada 11 Mei tahun lepas, kementerian merampas CD berkenaan daripadanya sebaik tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang.
CD itu mempunyai tajuk seperti 'Cara Menggunakan Kunci Kerajaan Allah', 'Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah' dan 'Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah' dibawa masuk dari Indonesia.
10 Majlis Gereja-Gereja Sabah, Bongkos Malakun dan Rakyat Seluruhnya, Inilah Perkembangan Yang Kita Nantikan
Sumber: NST
SCC serah kepimpinan tertinggi buat keputusan gugur kalimah 'Allah'
12th January, 2010
KOTA KINABALU: Majlis Gereja-gereja Sabah (SCC) menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi penganut agama Kristian membuat keputusan berhubung sebarang cadangan untuk menggugurkan tuntutan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Akhbar Herald-The Catholic Weekly.
Pengerusi SCC, Pastor Kanan Jerry Dusing berkata, pada masa ini pihaknya tidak mempunyai sebarang cadangan dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi agama itu.
“Kita tunggu dan lihat (perkembangan isu kalimah ‘Allah’). Sebarang kenyataan rasmi biarlah dibuat oleh pihak tertinggi (agama Kristian),” katanya ketika dihubungi, di sini kelmarin.
Beliau mengulas pendirian Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun yang meminta akhbar mingguan Katolik itu menggugurkan tuntutannya di mahkamah.
Tokoh Kristian Sabah itu berkata, langkah itu perlu memandangkan isu tersebut kini bertambah buruk apabila beberapa buah gereja di Semenanjung dan Sarawak dibakar selain turut menerima ugutan.
Sementara itu, Clarence ketika ditemui di pejabatnya kelmarin menafikan bahawa kenyataannya pada Ahad dipengaruhi atau ‘diarahkan’ pihak tertentu sebaliknya dibuat setelah melihat konflik antara agama yang mula kelihatan.
“Saya terima banyak panggilan telefon dan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penganut Kristian yang bersetuju dengan saya,” kata bekas Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu.
Pengerusi Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah itu bimbang jika isu tersebut dibiarkan, dua kelompok pelampau agama antara Islam dan Kristian akan terbentuk dan keadaan menjadi semakin parah lagi selepas itu.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah menambah, mana-mana pihak yang memenangi isu berkenaan melalui saluran mahkamah sukar untuk mententeramkan keadaan.
“Kalau mana-mana pihak menang isu itu di mahkamah, mesti ada satu pihak lagi yang tidak berpuas hati dan isu ini akan berpanjangan. Jalan terbaik ialah gugurkan tuntutan,” ujarnya.
Clarence seterusnya berkata, beliau percaya tuntutan penggunaan kalimah Allah itu dibuat oleh pemimpin Kristian yang mempunyai kepentingan atau agenda tertentu.
Dalam pada itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menegaskan, tindakan membakar gereja tidak akan membawa sebarang penyelesaian berhubung isu itu.
Beliau yang juga seorang Pastor percaya tindakan mahkamah juga bukan jalan terbaik menyelesaikan isu tersebut. Sebaliknya, kata Timbalan Presiden PBS itu, jalan terbaik menyelesaikan isu tersebut dengan menggunakan pendekatan berunding.
“Semasa saya menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam soal perpaduan, kami menggunakan pendekatan berunding dalam menangani isu berkaitan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut Kristian,” katanya.
0 Iklan www.keningaukini.com yang memaparkan hal-hal peristiwa di Keningau. Tabik spring!
Dalam pada saya promote blog ini, saya jumpa http://www.keningaukini.com/.
Saya kagum dengan blog tersebut. Sebagai orang Keningau, saya perlu berbangga dengan usaha mereka.
2 Alangkah baiknya jika dialog agama dipercepatkan dan sesuatu yang positif bagi kristian dapat diperolehi
Kalimah Allah: Lagi sikap KDN dipertikai
Print
E-mail
Rizal Tahir
KOTA BHARU, 11 Jan: Kementerian Dalam Negeri (KDN) seharusnya menangani isu kalimah Allah sejak awal lagi serta memberi penjelasan dengan baik kepada golongan bukan Islam.Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Husam Musa, berkata, PAS lebih mengutamakan permesyuaratan termasuk pertukaran hujah bagi melahirkan keharmonian pelbagai masyarakat di negara ini sejak sekian lamanya.“Sebenarnya perkara ini boleh diatur di luar mahkamah, tetapi KDN amat lemah.“Antara contohnya, kerajaan tidak pernah memanggil Majlis Fatwa bermesyuarat mengenai isu kalimah Allah ni,” katanya.“Kalau Majlis Fatwa tidak bermesyuarat, bagaimana KDN tahu kedudukan isu berkenaan dengan kedudukan sebenar dan lebih meluas.“Jadi saya cadangkan pada kerajaan mulakan dengan mesyuarat Majlis Fatwa, panggil pihak terbabit berbincang dan berikan pandangan dan kekangan sekiranya ada,” ujarnya.Menurutnya, beliau yakin masih ada peluang penyelesaian untuk diselesai dengan baik.“Bukan sahaja kes rumah Kickdefella (Syed Zaidi) sahaja, tetapi isu-isu seluruh negara seperti gereja diserang, rumah dilempar cat dan sebagainya dapat diselesaikan,” tegasnya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kejadian ‘kapak terbang’ yang berlaku di rumah blogger Kickdifela semalam.
5 Yang Membezakan Tuhan Semesta Alam Kristian (Katolik) Dengan Tuhan Muslim Ialah Triniti
Kenapa 'Allah' popular kepada penganut Kristian
Bernard Giluk Dompok Jan 6, 10 12:42pm
Keputusan hakim Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 bahawa penerbitan Herald boleh terus menggunakan istilah Allah dalam penerbitan edisi Bahasa Malaysia telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada beberapa pihak di seluruh negara. Sesetengah daripada komen dan reaksi tersebut tidak membantu usaha pengukuhan perpaduan dan hubungan antara kaum di negara ini. Sejurus selepas perkara ini dibawa ke mahkamah, saya telah menggesa semua pihak supaya menghormati dan memberikan sepenuhnya kebebasan kepada mahkamah untuk menjalankan tanggungjawabnya. Saya percaya bahawa hakim Datuk Lau Bee Lian telah melihat segala aspek sejarah dan hak perlembagaan sebelum membuat keputusan tersebut. Dari aspek sejarah, istilah Allah telah digunakan sejak sekian lama, yakni sebelum rakyat Sabah memutuskan untuk menubuhkan Malaysia bersama-sama dengan Tanah Melayu, Singapura dan Sarawak pada 1963. Masyarakat Sabah telah menggunakan bahasa Melayu sesuai dengan statusnya sebagai lingua franca di rantau ini. Agama Kristian mulai bertapak di Sabah sejak 1881 dan terus berkembang selepas itu. Bagi masyarakat bumiputera Kristian di Sabah seperti Kadazandusun dan Murut, upacara ibadat diadakan dalam tiga bahasa iaitu bahasa Inggeris, Melayu dan bahasa ibunda mereka.Dalam upacara ibadat yang menggunakan bahasa Inggeris, istilah yang digunakan ialah God, manakala upacara ibadat dalam bahasa Melayu menggunakan istilah Allah dan upacara ibadat dalam bahasa ibunda, misalnya dalam bahasa Kadazandusun, menggunakan istilah 'Kinoingan'. Kebanyakan gereja di kawasan bandar menggunakan bahasa Inggeris, manakala bahasa Melayu dan bahasa ibunda digunakan dengan meluas di gereja-gereja di kawasan luar bandar di Sabah. Pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perantara dalam sistem pendidikan negara telah memperluaskan lagi pengaruh bahasa ini di kalangan masyarakat Sabah. Generasi yang lahir selepas dasar ini dibuat lebih selesa menggunakan bahasa Melayu. Mereka juga lebih selesa menghadiri upacara-upacara ibadat yang diadakan dalam bahasa kebangsaan ini.Generasi muda masyarakat bumiputera Kristian dari Sabah yang berhijrah ke Semenanjung sama ada untuk bekerja atau melanjutkan pelajaran turut meminta pihak gereja di sini supaya upacara ibadat dalam bahasa Melayu turut diadakan kerana mereka sudah serasi dengan penggunaan bahasa ini. UPKO merasakan bahawa setiap anggota masyarakat diberikan kebebasan untuk terus menunaikan ibadat keagamaan mereka dalam keadaan yang tenang serta dapat menggunakan bahasa serta istilah-istilah yang mereka berasa selesa untuk menggunakannya sepanjang upacara ibadat tersebut. Kenyataan media Tan Sri Bernard Giluk Dompok, presiden UPKO dan menteri perusahaan perladangan dan komoditi.






