.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Saturday, December 08, 2012

0 LIFE OF PI - Sebut-sebutan filem terbaik tahun 2012

[Review Filem] Life Of Pi : Grafik dan sinematografi yang hebat! ( Bintang : 4/5 ) oleh Admin 28 Nov 2012

Life Of Pi adalah filem drama dan pengembaraan berdasarkan novel karya Yann Martel (2001) dengan menggunakan tajuk yang sama. Diarahkan oleh Ang Lee, filem ini dibintangi oleh Irrfan Khan, Gérard Depardieu, Tabu, Suraj Sharma, dan Adil Hussain. Kesan visual pula oleh Rhythm & Hues Studios. Sinopsis : Nama penuh Pi adalah “Piscine Molitor” yang diberikan oleh ibu bapanya sempena nama kolam renang di Perancis. Dia menukar namanya kepada “Pi” apabila dia mula sekolah menengah, kerana dia telah diejek dengan nama samaran “pissing Patel”. Keluarganya memiliki sebuah zoo tempatan, dan Pi amat berminat untuk mendalami sifat haiwan terutamanya seekor harimau Bengal yang dinamakan Richard Parker (selepas kesilapan teknikal ). Apabila dia 16 (dan mengalami cinta pertama), bapanya memutuskan untuk menutup zoo, dan berpindah ke Kanada disebabkan masalah politik di India. Mereka pergi dengan menggunakan kapal kargo Jepun yang kemudiannya karam di lautan kerana ombak besar. Pi cuba untuk mencari keluarganya, tetapi dicampak ke laut dengan bot penyelamat, dan kapal tersebut karam dan hanya dia seorang sahaja yang selamat. Selepas ribut, Pi mendapati dirinya berada di dalam bot penyelamat dengan kuda belang yang cedera, orang utan yang kehilangan anaknya,dubuk dan juga harimau Bengal. Selepas minggu lagi di laut, mereka sampai ke sebuah pulau terapung alga yang boleh dimakan, hutan kecil, air tawar, dan dipenuhi meerkats, dan membolehkan Pi dan Richard Parker untuk makan dan minum dengan bebas dan mendapatkan semula kekuatan. Tetapi pada waktu malam pulau itu telah berubah menjadi kawasan air berasid yang bersifat karnivor dan mereka meninggalkan pulau itu. Bot penyelamat mereka akhirnya sampai ke pantai Mexico. Apabila kembali ke darat, Richard Parker berjalan ke dalam hutan tanpa mengucapkan “selamat tinggal”. Pi dibawa ke hospital, di mana ejen insurans kapal pengangkut Jepun datang untuk mendengar kisahnya untuk jadikan laporan.Mereka mendapati cerita beliau yang luar biasa, dan meminta dia untuk memberitahu mereka apa “benar-benar” berlaku, Pi menukar ceritanya supaya kedengaran lebih realistik. Review : Terlebih dahulu saya ingin memberi pujian kepada seni grafik dan sinematografi Life Of Pi yang sangat-sangat cantik.Bagi anda yang meminati kisah drama dan penuh teladan serta skrip yang bermutu, kami galakkan anda menonton filem ini. Sama ada anda sudah atau tidak membaca buku Yann Martel ini, menonton filem 3D Life Of Pi merupakan pengalaman yang tak boleh anda lepaskan. Pada awal cerita, kita akan dihidangkan dengan babak Pi semasa kecil yang mencari ‘agama yang betul’. Ibubapa Pi cukup sporting dengan membenarkan Pi meneroka sendiri agama yang ingin dianutinya. Dia dilahirkan sebagai Hindu dan vegetarian, tetapi pada usia 12 tahun, dia diperkenalkan kepada agama Kristian dan kemudian Islam, dan mula mengikuti ketiga-tiga agama ini. Pi juga mempunyai cara tersendiri supaya dia tidak lagi diejek di sekolah dengan cara yang ‘luar biasa’. Sebenarnya yang menyebabkan kapal kargo yang dinaiki Pi karam adalah mungkin kerana dia dengan tidak sengaja mencabar Tuhan untuk menurunkan lebih banyak hujan dan kilat. tetapi Pi tidak menceritakan kisah ini kepada ejen insuran Jepun apabila disoal siasat. Pi telah menjumpai makanan kecemasan dan catuan air pada bot, dan membina rakit kecil untuk dia tinggal di jarak yang selamat dari Richard Parker yang telah membunuh dubuk, apabila dubuk tadi membunuh kudang belang dan orang utan kerana kelaparan. Masa ini Pi telah menyedari bahawa dia mesti menyelamatkan dirinya daripada dimakan harimau lapar, Pi mula belajar memancing walaupun dia tak ada asas memancing langsung. Pada satu malam, bot Pi telah dilanggar oleh ikan paus dan Pi kehilangan banyak bekalan, dan berhadapan dengan kebuluran. Selepas terlalu lama terkandas dilautan ,Pi menyedari bahawa dia tidak lagi boleh hidup di atas rakit kecil dan melatih Richard Parker untuk menerimanya di dalam bot yang sama supaya mereka bersama-sama dapat hidup lebih lama. Part yang paling best mungkin part Pi berdua dengan Richard Parker di atas bos penyelamat. Kat sini boleh tengok bagaimana PI cuba untuk ‘berkawan’ dengan Richard Parker dan juga bagaimana Richard Parker ni daripada harimau bengal liar, menjadi ‘sahabat’ Pi. Pada babak akhir pula apabila Pi disoal siasat oleh ejen insuran Jepun, Pi terpaksa menukar ceritanya kerana kedengaran tidak logik. Fitrah manusia memang susah nak percaya dengan kisah yang luar biasa dan lain dari yang lain. Cuma disebabkan penggunaan warna dan grafik dalam filem ini begitu terang, kepala jadi macam pening sikit lah. Mungkin juga efek lautan bergelora tu terlalu lama dan menyebabkan kepala rasa berpusing sikit. Secara keseluruhannya, filem ini memang worth watching kalau anda meminati ekspedisi yang lain dari yang lain serta minat efek dan grafik yang cantik.Bagi yang meminati filem aksi dan lasak, mungkin filem ini tak sesuai untuk anda kerana jalan ceritanya agak mendatar dan perlahan. Bintang : 4/5

0 comments: