.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Thursday, October 14, 2010

0 12 jari kaki 12 jari tangan bayi di Indonesia


Bayi tujuh bulan ada 24 jari


GAMBAR menunjukkan Natasya yang mempunyai 24 jari.

--------------------------------------------------------------------------------



PAGARALAM, Indonesia - Berat badan seorang bayi perempuan, Natasya di sini sudah mencecah 15 kilogram (kg) walaupun dia baru berusia tujuh bulan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Namun, Natasya memiliki keunikan lain kerana dia mempunyai 24 jari.

Sekali pandang, anak pasangan Eko dan Ria itu tetap kelihatan normal serta ceria seperti bayi seusianya.

"Sejak lahir lagi, bilangan jarinya memang aneh. Ketika lahir, beratnya nomal iaitu 3.5kg. Namun, beratnya sekarang sudah 15kg, sedangkan dia hanya diberi susu ibu.

"Setiap kali menjalani pemeriksaan, berat badannya bertambah sebanyak dua kg," kata ibunya, Ria.

Ria memberitahu, ketika mengandung, dia sentiasa berasa lapar dan makan dengan banyak.

Dia juga mengaku amat terkejut apabila melihat anaknya mempunyai 12 jari di kaki dan tangan.

Ketua Pusat Perubatan Kota Pagaralam, Dr. Rashidi menyatakan berat badan normal bagi bayi yang berusia tujuh bulan adalah antara tujuh hingga lapan kilogram.

Dr. Rashidi menyarankan supaya Natasya dibawa bertemu dengan pakar kanak-kanak untuk mengetahui punca berat badannya meningkat.

Mengulas tentang jumlah jari yang dimiliki Natasya, Dr. Rashidi memberitahu masalah itu terjadi sewaktu dalam janin lagi.

Namun, ia tidak mengganggu kesihatan bayi tersebut, katanya. - Agensi