.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Sunday, November 14, 2010

0 Aung San Suu Kyi dibebaskan tanpa syarat

Seluruh dunia alukan pembebasan Suu Kyi
14/11/2010 2:03am


PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) 14 Nov. - Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengalu-alukan pembebasan pemimpin pembangkang pro-demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dari semua bentuk tahanan politik oleh kerajaan junta tentera negara itu semalam.


Ki-moon yang mengkritik pemerintah junta tentera Myanmar sejak dulu, sebaliknya memuji Suu Kyi dengan menyifatkan ikon pro-demokrasi itu sebagai inspirasi kepada dunia.

Katanya, tidak ada sekatan lagi yang harus dikenakan ke atas pemenang Hadiah Nobel Keamanan yang mempunyai sokongan luar biasa apabila orang ramai membanjiri seluruh ibu kota Yangon bagi menyambutnya sebaik sahaja beliau bebas semalam.

Di ROME, utusan khas Kesatuan Eropah (EU)

menggesa agar peralihan demokrasi diadakan di Myanmar dan mahu penganiayaan terhadap etnik minoriti di negara itu dihentikan sebagai susulan kepada pembebasan ke atas pemimpin pro-demokrasi itu.


“Kami harap pembebasan Suu Kyi akan disusuli oleh orang-orang penting yang lain. Semua tahanan politik Myanmar perlu dibebaskan, semua permusuhan terhadap minoriti etnik ditamatkan dan lancarkan proses perdamaian ke seluruh negara,” kata Piero Fassino yang juga merupakan ahli Parlimen Itali. - AFP



Artikel sebelumnya:


Suu Kyi dibebaskan tanpa sebarang syarat - Junta
14/11/2010 2:02am


YANGON 14 Nov. - Pemimpin pro-demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dibebaskan sepenuhnya tanpa syarat, kata pegawai junta tentera negara itu, selepas beliau bebas daripada tahanan dalam rumah semalam.

“Dia telah bebas sepenuhnya tanpa sebarang syarat,” kata pegawai kanan kerajaan kepada AFP.

Para penyokong Suu Kyi bagaimana pun telah menyuarakan kebimbangan bahawa pihak junta mungkin akan mengenakan sekatan ke atas beliau daripada melibatkan diri dalam aktiviti dan pergerakan sebagaimana yang berlaku semasa tempoh kebebasan singkat sebelum ini. - AFP



Artikel susulan:

Suu Kyi buat ucapan pertama


YANGON - Ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi menemui para penyokongnya semalam dan meminta mereka bersatu selepas dia dibebaskan dari tahanan rumah oleh junta tentera kelmarin.

"Tolong kekalkan tenaga anda untuk kami. Jika kita bekerjasama, kita akan mencapai matlamat," katanya kepada ribuan penyokongnya di luar ibu pejabat partinya.

Beliau berkata, pengasingannya daripada orang ramai dengan ditahan di rumah tidak melemahkan pendiriannya bagi menentang pemerintahan tentera.

"Saya mahu bekerja dengan semua pasukan demokrasi," katanya yang berumur 65 tahun dan pernah memenangi Hadiah Nobel Keamanan.

Beliau dipenjarakan oleh junta tentera selama 15 daripada 21 tahun kehidupannya di negara ini.

"Saya percaya hak asasi manusia dan saya percaya kedaulatan undang-undang," tambahnya.

Anak perempuan wira kemerdekaan Myanmar, mendiang Jeneral Aung San itu menjadi harapan besar dalam kalangan penyokongnya untuk membawa masa depan lebih baik di negara yang miskin itu. Negara itu sudah lebih separuh abad berada dalam pemerintahan junta tentera.

Menurut Suu Kyi, beliau mahu mendengar suara rakyat sebelum memutuskan tindakan yang selanjutnya selepas satu keputusan pilihan raya seminggu lalu menunjukkan proksi junta tentera menang besar.

Pejuang itu turut memberitahu pemberita dalam sidang akhbar bahawa beliau berminat untuk mengadakan dialog dan perdamaian kebangsaan.

Beliau dibebaskan kelmarin selepas tujuh tahun menjalani tahanan di rumah atas kesalahanmelanggar undang-undang keselamatan negara kerana membenarkan seorang penceroboh warga Amerika Syarikat (AS) tinggal di rumahnya selama dua malam.

Perjuangan Suu Kyi untuk negaranya telah menyebabkan beliau mengalami banyak kehilangan antaranya suaminya yang merupakan warga Britain, Michael Aris meninggal dunia pada 1999.

Suaminya yang merupakan seorang ahli akademik dan menghidap kanser tidak dibenarkan untuk memperoleh visa oleh junta tentera bagi melihat isterinya.

Suu Kyi juga tidak pernah melihat dua anak lelakinya selama sedekad dan tidak pernah menemui cucunya.

Menurut Kedutaan Britain, beliau dalam keadaan emosi semasa berbual dengan anak lelaki bongsunya, Kim Aris selepas dibebaskan.

Ketika mengulas mengenai pembebasan Suu Kyi, Presiden AS, Barack Obama memuji pembebsan wanita itu.

"Sama ada Aung San Suu Kyi tinggal di dalam penjara di rumahnya atau dipenjara di negaranya, fakta tidak berubah bahawa beliau dan penentang politik yang diwakilinya telah secara sistematiknya disenyapkan, dikurung dan dilucutkan peluang untuk terlibat dalam proses politik," kata Obama dalam satu kenyataan. - Agensi

0 comments: