Skop HIP: Kuasa lirik 2012/11/12 - 05:58:29 AM Oleh Muhamad Fairoz Azizan
DARI kiri, Ajai, Habsah Hassan dan M Nasir. DARI kiri, Ajai, Habsah Hassan dan M Nasir. Ramai pihak mempersoalkan lagu ciptaan sekarang tak berjiwa, karya kosong tanpa mesej Mendengar bait lirik lagu nukilan Habsah Hassan, Mama Juwie, Loloq dan S Amin Shahab serta beberapa penulis lirik terkenal lain pada era 1980-an dan 1990-an, cukup menggetar perasaan. Mainan bahasa dalam lirik seperti lagu Merisik Khabar dan Menaruh Harapan karya Habsah atau Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu oleh Juwie misalnya, terasa begitu mendalam dan jelas difahami maksudnya. Tak salah menghasilkan lirik sendiri, tetapi harus dirujuk kepada penulis lirik berkaliber. Jangan fikir ini lagu kita, jadi kita tak perlu rujuk sesiapa," Ajai, Komposer/Penerbit Tidak hairanlah, ramai pihak mula mempersoalkan lagu yang dihasilkan sekarang bagai tidak berjiwa. Tanpa lirik yang ‘menyengat’, lagu yang dihasilkan komposer sekarang dirasakan cukup selamba atau dalam istilah bahasa slanga, sempoi tanpa menyelitkan elemen puitis, melankolik atau drama dalam lirik. Penggunaan bahasa pasar atau berbaur moden dan kontemporari juga menjadi punca tiada lagi bahasa indah digunakan dalam lirik lagu. Malah, kecenderungan penyanyi menghasilkan lirik sendiri dikatakan punca kurangnya lirik indah menyentuh perasaan dicipta. Selain itu, istilah tertentu seperti simbiosis, pudar, camar, rawan dan sebagainya sudah tidak lagi digunakan dalam lirik. Sedangkan, penggunaan istilah ini mampu mendidik dan mendedahkan pendengar dengan perkataan yang jarang dipertuturkan dalam perbualan harian. Berikutan senario ini, ada pihak bimbang bahasa Melayu atau kesusasteraan dalam lirik lagu tidak mampu berkembang apabila semakin banyak lagu dengan lirik selamba dicipta. Konsep lagu berparti sisih lirik Tidak salah menghasilkan lirik sendiri, tetapi bagi komposer dan penerbit, Ajai, penyanyi yang berniat begitu perlu merujuk dan berkongsi idea dengan penulis lirik profesional. “Penulis lirik perlu peka dan tahu lirik yang hendak diketengahkan. Kami sebagai produser bukan saja menghasilkan lagu, sebaliknya mendidik pendengar. Menghasilkan lirik lagu mengikut cita rasa pendengar adalah tindakan kurang bijak atau tidak tepat. “Jadi, tak salah menghasilkan lirik sendiri, tetapi harus dirujuk kepada penulis lirik berkaliber. Jangan fikir ini lagu kita, jadi kita tak perlu rujuk sesiapa. Dengan cara ini, kita bukan saja berkongsi ilmu tetapi dapat menghasilkan lirik yang cantik dan indah,” katanya kepada Skop HIP. Menyedari industri muzik kekurangan penulis lirik berbakat seperti Allahyarham Loloq, Habsah Hassan dan seangkatan dengan mereka, bagi Ajai, penulis muda perlu bijak menghasilkan karya yang bukan saja sedap didengar, malah dapat mendidik. Selain itu, Ajai berpendapat, penggunaan tatabahasa yang betul dan tepat dalam lirik amat penting. Ini kerana bagi Ajai, jika tidak, ia dianggap barisan ayat membuta tuli atau sekadar menjadi lirik penyedap. “Bukan salah artis atau produser, sebaliknya penulis lirik mesti pandai mencari cara hendak mendidik melalui lagu. Contohnya, penggunaan istilah pudar. Dulu orang tidak tahu maksudnya tetapi lagu itu akhirnya menjadi rujukan orang untuk mencari maksudnya. “Itu yang dikatakan mendidik pendengar bukan saja sedap didengar. Kalau kita lihat lagu sekarang, muziknya sedap tetapi lirik hancur. Ini kerana bagi mereka, apa yang penting adalah muzik, lirik macam manapun tak mengapa. Sedangkan lirik memainkan peranan penting dan lirik jugalah mencantikkan lagu,” katanya. Mengambil contoh lagu dari negara seberang yang masih mengekalkan bahasa kiasan indah, puitis dan sedap didengari, Ajai menganggap lirik sebagai sinopsis sebuah cerita yang disampaikan dalam masa tiga hingga empat minit. Meskipun ringkas, lirik memainkan peranan penting dalam lagu supaya mesej yang hendak dikongsi, sampai kepada pendengar. “Kalau kita main letak ayat saja, ia tidak memberi sebarang impak pada lagu. Malah tajuk lagu juga memainkan peranan penting seperti lagu Tak Mungkin Kerana Sayang ciptaan Habsah. “Ini kerana dengan judul lagu itu, peminat hendak tahu cerita di sebalik lagu berkenaan,” jelasnya yang menganggap lagu ciptaan sekarang lebih terarah kepada konsep berparti hingga menyisihkan lirik bermutu. Pandang remeh bahasa indah Walaupun berkongsi pandangan dengan Ajai, bagi penulis lirik, Ad Samad, pengkarya sekarang terlalu terikut kehendak penyanyi dan penerbit dalam menghasilkan lirik. Ad bekata, dek terlalu mengikut peredaran zaman, lirik puitis makin dilupakan. “Saya fikir penulis lirik generasi sekarang sudah tidak ada apa-apa yang hendak diberikan. Tidak seperti era 1980-an yang datang dari kampung seperti Datuk M Nasir dan S Amin Shahab yang datang dengan penuh cetusan idea dan kreativiti. “Mereka ada banyak benda yang hendak diluahkan kepada pendengar. Dalam penulisan lirik, tidak semua benda kita boleh cakap. Malah soal cinta sesuatu yang enteng dan sering dijadikan fokus,” katanya. Menganggap masyarakat sekarang lebih terbuka dan mahukan yang ringkas dan direct, soal prosa kata dan tatabahasa akhirnya dipandang remeh oleh penulis lirik. Bagi Ad, biarpun ringkas, inti pati lirik haruslah mendalam dan mesej difahami pendengar. Jika dulu penulis lirik merangkumi golongan sastera yang menguasai bahasa lembut dan tinggi, Ad menganggap, sekarang sesiapa saja boleh menjadi penulis lirik termasuk penyanyi. “Cukup sekadar ada falsafah dan mampu menghasilkan lirik yang puitis dan mendalam, sudah memadai. Sebagai contoh, kesilapan yang dilakukan seperti tajuk lagu Muka Buku, sepatutnya tidak boleh diubah kerana ia adalah kata nama dan kalau nak diubah, istilahnya adalah Buku Muka. “Sesetengah penulis lirik kini menggunakan ayat atau perkataan hanya sekadar sedap didengar tetapi tidak faham maksud sebenar perkataan. Tambahan pula, penerbit lagu dan penyanyi sekarang lebih suka lagu ringkas dan mudah,” katanya yang menganggap penulis lirik dulu lebih menitik beratkan soal gaya bahasa dan tata bahasa yang penuh dengan elemen penghayatan. Lirik sekadar pelengkap lagu Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Syed Mohd Zakir Syed Othman menyifatkan penulis lirik sekarang bukan daripada golongan mahir dalam bidang penulisan atau pakar bahasa. Ini menyebabkan lirik yang dihasilkan ringkas dan mudah. Mengakui peredaran zaman banyak mempengaruhi penulisan lirik, penulis lirik tidak boleh mengetepikan soal bahasa kerana ia menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu. "Lirik menggambarkan nilai budaya masyarakat. Dalam lirik, kita dapat menghayati keindahan bahasa itu sendiri. Jika lirik terlalu ringkas kononnya mahu menghasilkan lagu yang catchy, ia boleh merosakkan bahasa. "Masih ada lirik lagu yang indah seperti lagu Jamal Abdillah dan Shahir AF. Namun, ada beberapa lagu yang jelas menunjukkan tiada perkembangan dari segi bahasa. Malah ayat yang digunakan tersasar dari budaya Melayu sendiri," katanya. Jelas Syed Mohd Zakir, penulis lirik sekarang kurang menguasai bahasa dan malas berfikir untuk menghasilkan lirik indah. Ini berbanding penulis lirik dulu yang banyak menggunakan bahasa sastera. Menurutnya, tidak salah mengikut muzik Barat, tetapi soal bahasa dalam penulisan lirik perlu dititik beratkan. "Penulis lirik sekarang tidak cerdik malah kosong. Sebab itu lirik yang dihasilkan sekadar menjadi pelengkap lagu saja. Penggunaan ayat dalam lirik juga ada kalanya salah dan kurang sesuai dengan apa yang hendak disampaikan. "Apa salahnya jika penulis lirik sekarang mengambil contoh penulis lirik berkaliber dan profesional. Ini kerana bahasa yang mereka gunakan cukup lengkap dan cantik dengan ayat yang indah,” katanya. Syed Mohd Zakir berkata, apa yang berlaku sekarang, muzik sudah tidak ada nilai bahasa. “Jangan salahkan pendengar atau peminat muzik, sebaliknya penulis dan penggiat muzik harus mencari idea bagaimana hendak mengembangkan bahasa dalam lagu," katanya yang pernah memenangi anugerah Sasterawan Muda, Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) 2010 dan penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA) 2011 ini.Tuesday, November 13, 2012
0 Talian 03-8000 8000 dan Faks 03-8000 8001 adalah idea di luar kotak
Ada aduan, dail saja talian 03-8000 8000
NAJIB (tiga dari kiri) melawat Pusat Panggilan 1Malaysia selepas melancarkan perkhidmatan itu di Putrajaya semalam. PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) iaitu sebuah pusat penyelesaian setempat untuk rakyat mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan mengenai perkhidmatan awam. Beliau berkata, pusat yang beroperasi 24 jam seminggu termasuk pada cuti umum itu sejajar dengan prinsip rakyat didahulukan dan diyakini dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat. "Saya yakin dan percaya 1MOCC ini benar-benar dapat meletakkan perkhidmatan awam dan kerajaan sebagai sesuatu yang dibanggakan oleh rakyat. "Saya amat berharap 1MOCC ini disokong dan didukung sepenuhnya oleh semua jabatan dan agensi kerajaan atas semangat kita sebagai satu entiti," katanya pada majlis pelancaran 1MOCC di sini semalam. Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri G. Palanivel. 1MOCC merupakan satu projek National Flagship di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang membolehkan orang awam mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensi kerajaan menggunakan nombor rujukan tunggal 03-8000 8000. Selain itu, pengguna boleh memilih untuk menggunakan faks di talian 03-8000 8001, melayari laman web di www.malaysia.gov.my, e-mel 80008000@1mocc.gov.my dan laman-laman sosial iaitu facebook.com/myGovernment dan twitter.com/myGovPortal. Perdana menteri berkata, inisiatif itu akan lebih memudahkan rakyat kerana hanya satu nombor yang perlu diingat selain membolehkan kerajaan mencapai objektif dengan kos minimum. "Dengan cara ini, kita ada satu perkhidmatan yang revolusionari, tiada tolok bandingan di mana-mana negara. Kita sudah mencapai sesuatu yang di luar jangkaan yang mungkin tidak terfikir oleh kita dan hari ini ia menjadi satu kenyataan," katanya. - BernamaTuesday, October 30, 2012
0 Industri TV dan Filem tidak perlu takut kepada persaingan internet
ARKIB : 28/10/2012 Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 0 Masa depan industri filem & tv SITUASI industri filem dan tv pada masa kini amat menakutkan banyak pihak yang terlibat dalam industri. Kutipan filem-filem yang ditayangkan semakin berkurang dan bilangan penonton tv tidak lagi serancak dahulu. Kebanyakan penonton pada masa kini seperti tidak mahu lagi membelanjakan wang untuk mendapatkan informasi dan karya-karya dari industri ini. Bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia juga mengalamai situasi yang sama termasuk Hollywood. Semenjak bermulanya era kemajuan internet, situasi ini dilihat semakin teruk. Jadi, apakah hala tuju dan masa depan industri filem dan tv? Dvd cetak rompak? Tahukah anda hasil penjualan dvd cetak rompak juga semakin berkurangan? Ya, dvd cetak rompak hanyalah musuh lama yang bakal mengalami era kejatuhan kerana definisi "cetak rompak" semakin luas pada masa kini. Salah satu faktor yang menyebabkan industri filem dan tv tidak lagi stabil seperti dahulu adalah internet. Berbilion manusia pada masa kini memiliki akses kepada internet dan dijangka jumlahnya akan bertambah berlipat kali ganda dalam beberapa tahun lagi. Dengan wujudnya website-website yang menawarkan akses untuk menonton karya-karya filem dan program tv secara percuma seperti piratebay.org, penonton merasakan mereka tidak perlu lagi membeli tiket wayang atau menunggu program-program tv untuk tatapan mereka. Apatah lagi, mereka boleh memuat turun "download" filem-filem dan program tv dalam definisi berkualiti tinggi pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja melalui komputer,tablet dan telefon pintar "smart phone". Website "streaming videos" yang paling popular iaitu "Youtube" juga menawarkan berjuta-juta jenis video kepada penonton secara percuma. Malah, semakin ramai pembikin filem yang sanggup menghasilkan video-video dan filem tanpa mendapat bayaran keatas pembikin filem hanya untuk memaparkan kebolehan mereka secara percuma kepada orang ramai di laman youtube. Terdapat juga beberapa pembikin filem dan video yang dibayar oleh syarikat Youtube melalui iklan yang dipaparkan pada video-video mereka, tetapi jumlah bayarannya jauh lebih rendah dari yang sepatutnya berbanding dalam industri sebenar. Persoaalannya, jika semakin ramai penonton beralih kepada media percuma, apakah nasib industri filem dan tv yang semakin ditinggalkan? Apakah nasib syarikat-syarikat perfileman dan tv? Adakah jumlah bayaran pekerja-pekerja industri ini akan berkurang dan akhirnya hanya bekerja secara sukarela? Adakah Youtube akan memonopoli industri media sedunia?Sekatan website-website, program mendidik rakyat, pelaksanaan undang-undang untuk membendung cetak rompak internet masih sukar untuk menyelesaikan masalah ini. Mengapa kita memandang situasi ini sebagai suatu masalah? Kita sebenarnya tidak sedar bahawa industri filem dan tv sedang melalui proses evolusi atau perubahan. Evolusi bukanlah sesuatu masalah, ia hanya satu tahap perubahan bagi industri ini menjadi lebih matang. Sudah tiba masanya untuk industri ini mencari pendapatan dan keuntungan dengan cara yang baru. Cuma caranya masih lagi kabur dan tidak diketahui lagi, mungkin dengan pegiklanan atau penjualan karya-karya dari industri perniagaan internet yang semakin pesat membangun. Industri perfileman dan tv telah berdiri teguh sekian lama dan menempuh pelbagai cabaran sebelum kewujudan internet lagi.Kita tidak perlu risau tentang persaingannya. Yang penting, kita perlu menghasilkan karya-karya yang bermutu kerana penonton dan penggemar karya-karya seni tidak akan pernah hilang.
Sunday, September 09, 2012
0 Alang-alang bisnes biar modal juta-juta
Labur RM10j Oleh Mohd Nor Asri Yaacob bisnes@hmetro.com.my TIARA Pesona Sdn Bhd, syarikat milik Bumiputera yang menyediakan perkhidmatan bas ekspres, Ekspres Perdana melabur hampir RM10 juta untuk menambah 12 buah bas baru bagi meningkatkan lagi operasi pengangkutan sekali gus melonjakkan lagi jumlah penumpang yang kini sudah mencapai 27,000 menerusi perkhidmatan 20 bas sedia ada. Ketua Pegawai Eksekutif Ekspres Perdana, Laili Ismail berkata, sebagai permulaan, enam daripada bas berkenaan akan mula beroperasi pada Oktober depan manakala selebihnya pada awal tahun depan. “Kita meningkatkan operasi dengan menambah jumlah bas selepas mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna selain menyediakan perkhidmatan yang selesa,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Kemerdekaan di pejabat Ekspres Perdana di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kelantan. Ekspres Perdana ketika ini menumpukan perkhidmatan membabitkan perjalanan dari Kota Bharu ke Lembah Klang dan Kuantan selain beberapa negeri seperti Melaka dan Negeri Sembilan. Sementara itu, Laili berkata, syarikat juga kini sudah melebarkan perkhidmatannya ke Wilayah Utara sejak bulan lalu dan mencapai kira-kira 5,000 penumpang selain memberi tumpuan kepada perkhidmatan bas pelancong dengan menyediakan bas berkonsepkan jeti ke jeti bermula dari Kuala Besut, Terengganu hingga Pulau Langkawi, Kedah dan Pulau Pinang. “Konsep ini memudahkan pelancong bergerak ke tempat pelancongan secara individu tanpa menggunakan bas dan secara tidak langsung memajukan industri pelancongan tempatan dengan menawarkan perkhidmatan bas yang selesa,” katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/08
Wednesday, September 05, 2012
0 Buta sejarah atau menyokong penubuhan Melayu Raya?
'Sang Saka Malaya' bukan bendera asal Tanah Melayu MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN 4 September 2012 Bendera Persekutuan Tanah Melayu Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang diguba pakai dari 1896 hingga 1950 Bendera Sang Saka Malaya Bendera Sang Saka Malaya yang dikibarkan, Khamis lalu SHAH ALAM – Dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera ‘Sang Saka Malaya’ pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, Khamis lalu, bagi menggantikan Jalur Gemilang kononnya ia bendera asal Tanah Melayu disanggah pakar sejarah. Bukan itu sahaja, pakar sejarah turut menggelar kumpulan tersebut sebagai pelupa dan jahil sejarah tanah air. Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah. Menurutnya, warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob. “Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu, tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya. “Namun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam. “Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu, tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula,” katanya. Semalam, Sinar Harian melaporkan blogger 'Singa Selatan' mengakui membawa bendera baru pada sambutan kemerdekaan tanah air kerana Sang Saka Malaya bendera itu adalah simbolik panji perjuangan dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu. Sementara itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi, namun ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu. Katanya, dakwaan bahawa bendera itu sebagai bendera asal adalah sesuatu yang amat bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara. “Parti yang mendukung pembentukan Indonesia Raya telah diharamkan, tetapi penyokongnya masih ada, jadi mereka cuba membuat pembohongan besar dengan cuba menukar sejarah kononnya itu adalah bendera asal,” katanya.
0 Hebatnya Hasihin, atlit paralimpik Malaysia menang pingat perak memanah
Hasihin raih perak memanah Hasihin Sanawi meraikan kejayaan merangkul pingat perak pada Sukan Paralimpik 2012 dalam acara memanah recurve individu W1/W2 (berkerusi roda) di London, semalam. - BERNAMA LONDON - Pemanah elit paralimpik negara Hasihin Sanawi menyumbangkan pingat pertama kepada kontinjen Malaysia pada Sukan Paralimpik London apabila meraih pingat perak, semalam. Pada saingan akhir acara recurve individu lelaki W1/W2 di Lapang Sasar Memanah Royal Artillery Barrack dekat sini, Hasihin tumpas kepada Oscar de Pellegrin dari Itali dalam pusingan penentuan selepas kedua-dua pemanah itu terikat 5-5 selepas lima set. Turut menyaksikan kejayaan cemerlang Hasihin ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) yang juga Ketua Kontinjen Malaysia ke Paralimpik London, Datuk Zolkples Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Ahmad Shapawi Ismail; Penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Tun Jeanne Abdullah dan Presiden MPM Datuk Zainal Abu Zarin. "Saya memang tidak fikir apa-apa... syukur kepada Allah atas kejayaan pingat perak ini. "Pencapaian ini adalah yang terbaik sepanjang setahun saya melibatkan diri dalam sukan memanah. "Saya tidak pernah bertemu dia (Oscar) sebelum ini, jadi saya hanya fokus dan cuba memberikan saingan yang terbaik," katanya. Hasihin berkata, beliau juga gembira kerana berjaya melunaskan impian bekas pemanah elit paralimpik negara, Allahyarham Mohd. Salam Sidik untuk mengalahkan pemanah Iran, Ebrahim Anjbarkivaj dalam saingan separuh akhir. "Saya ingat lagi arwah pernah kata dia hendak kalahkan pemanah Iran itu suatu hari nanti. Saya pegang kata-kata arwah itu dan bila berjumpa Ebrahim, saya berjaya kalahkan dia," kata pemanah berusia 27 tahun itu yang pertama kali beraksi di Sukan Paralimpik. Allahyarham Mohd. Salam yang meninggal tahun lepas, semasa hayatnya berada pada ranking kedua dunia, tumpas kepada Ebrahim pada Sukan Para Asia di Guangzhou, China pada 2010. Terdahulu pada saingan separuh akhir hari ini, Hasihin yang turut terikat dengan kedudukan 5-5, berjaya melepasi pusingan penentuan apabila memperoleh 10 mata berbanding Ebrahim yang hanya meraih lapan mata. Hasihin akan meneruskan cabaran negara dalam acara berpasukan bersama Zulkifli Mat Zain dan Mohd. Zafi Rahman Mat Salleh pada Sukan Paralimpik. - Bernama
0 Bagaimana melepasi kekangan untuk berkarya kreatif di Malaysia?
Analog: Kekangan minda sekat karya hebat 05/09/2012 - 05:39:11 AM Imlan Adabi Cetak Emel Kawan Kita masih terhalang menikmati karya di luar pemikiran perdana. Walaupun ada yang mendakwa 55 tahun merdeka bermakna kita bebas menafsir dan membuat keputusan, tidak banyak karya yang menduga minda untuk ditonton atau dibaca. Justeru, kita kekal membaca buku atau novel popular, cinta kecundang atau jodoh tak sampai. Kita sekadar menonton filem gred B yang sekadar aksi lasak dan cinta tiga segi. Kita jarang diberi peluang membaca buku yang mencabar minda atau menonton filem yang di luar pemikiran sendiri. Setiap tahun Hollywood menghasilkan hampir 1,000 filem dan Bollywood pula 1,500 judul. Hanya dua peratus karya mereka dianggap bermutu, berbanding yang berlambak di pawagam kita sekadar adegan ganas, cinta dan hantu. Tiga filem yang paling mendapat sambutan dunia tahun ini bukan karya terbaik. Mission Impossible: Ghost Protocol (kutipan RM87 juta), Sherlock Holmes: A Game of Shadows (RM59.7 juta) dan Alvin and the Chipmunks: Chipwrecked (RM49.4 juta). Filem berkenaan sekadar hebat dengan teknologi dan kesan bunyi, bukan mutu dan mesej yang membentuk minda. Malang bagi peminat seni di Malaysia kerana kita dibekalkan dengan karya sampah-sarap, termasuk karya tempatan yang memaparkan cerita seram atau lawak murahan. Jika ada pun karya yang boleh dimanfaat, skrip lama masih berulang – sensitiviti agama, kaum, budaya dan klise Melayu. Karya yang baik diharamkan atau ditunda penayangan dan penerbitan. Malang bagi peminat seni di Malaysia kerana kita dibekalkan dengan karya sampah-sarap, termasuk karya tempatan yang memaparkan cerita seram atau lawak murahan. Jika ada pun karya yang boleh dimanfaat, skrip lama masih berulang – sensitiviti agama, kaum, budaya dan klise Melayu. Karya yang baik diharamkan atau ditunda penayangan dan penerbitan. Unsur perkauman, ganas Keadaan berlarutan hingga menyebabkan filem Tanda Putera hanya ditayang pada 15 November. Polemik yang timbul bukan kerana seni analisis tapi hal di luar kesenian itu sendiri. Kononnya filem ini ada unsur perkauman dan keganasan. Ada yang mendakwa kepentingan politik kepartian. Kita sukar merumus tanpa menilai dan mengkaji sesebuah karya. Sebelum ini beberapa karya besar dunia dinafikan tayangan di Malaysia. Filem Schindler’s List (1993) karya Steven Spielberg diharamkan Lembaga Penapis Filem kerana dikaitkan unsur Yahudi. Begitu juga Saving Private Ryan dan The English Patient kerana pengarahnya Yahudi. Kita menjadi tabu dengan Yahudi walaupun pada masa sama kita menerima idea mereka untuk sistem kewangan, teknologi, pengurusan dan politik. Begitu juga buku yang mencabar pemikiran dan tradisi turut menjadi mangsa keadaan. The Malay Dilemma oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang dihasilkan pada 1970 hanya berada di pasaran pada 1981 selepas beliau dilantik Perdana Menteri. Ada yang menuduh Dr Mahathir anti-Islam dan rasis. Selepas buku itu diteliti, dakwaan sebelumnya ternyata meleset. Tradisi kesusasteraan tidak pernah sunyi dengan polemik. The Satanic Verses karya Salman Rushdie diharamkan di banyak negara kerana menghina Islam serta memburukkan Nabi Muhammad dan Siti Aishah. Cerpen Langit Makin Mendung yang dihasilkan penulis Indonesia, Ki Panji Kusmin tidak kurang mengundang kontroversi. Karya yang diterbitkan Majalah Sastra, edisi Ogos 1968 dianggap menghina peristiwa israk mikraj. Menghina Islam Sasterawan dan cendekiawan, Dr Kassim Ahmad juga tidak terkecuali menerima tempias apabila sajak Sidang Roh dianggap menghina Islam. Dia terpaksa menerima ganjaran mahal apabila ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semata-mata dituduh komunis. Bagi pengkaji yang jujur menilai, Sidang Roh tidak lebih sebagai karya seni yang mengungkapkan jiwa kacau apabila dunia menguasai minda manusia. Mungkin ‘dosa’ bagi sajak ini kerana ungkapan ‘perlu satu-satu diperhitungkan kembali, hari ini kita dewasa tanpa Tuhan tanpa impian/kerana besok mungkin terlalu lewat/bagi kiamat yang telah ditangguhkan.’ Karya yang dihasilkan di Petaling Jaya pada Ogos 1960 adalah pengalaman peribadi penulis yang menghadapi cabaran pemikiran dan persekitaran urban. Dua buku yang diperdebatkan tahun ini adalah karya Irshad Manji dan Faisal Tehrani. Buku Allah, Liberty and Love diharamkan pengedaran kerana dikaitkan tafsiran bebas terhadap agama. Irshad yang didakwa lesbian pernah mengalami nasib sama di Indonesia apabila majlisnya terpaksa dibatalkan kerana bantahan gerakan Islam. Faisal yang menghasilkan Perempuan Nan Bercinta dan Sebongkah Batu di Kuala Berang dituduh menyelitkan unsur Syiah dalam karya. Dari segi sejarah, novel Putera Gunung Tahan karya Pak Sako diharamkan British sebelum kemerdekaan negara. Mungkinkah selepas 55 tahun merdeka ada novel lain yang diharamkan?





