Berkongsi pengalaman melalui buku MENGENALI figura jutawan internet dari Kota Singa, Fabian Lim, banyak perkara menarik yang dapat dicungkil daripada perjalanan hidup yang dilalui lelaki tersebut. Perwatakannya yang mesra dan pandai berjenaka membuatkan sesiapa sahaja yang baru bersua dengannya berasa selesa untuk berbicara dengan lebih lanjut. Malah, sewaktu ditanya tentang usianya, Lim pantas menjawab dengan senyuman lebar: "Saya baru berusia 21 tahun." Apabila melihat penulis mengerutkan dahi seolah-olah tidak percaya, barulah beliau mengatakan usia sebenarnya yang telah mencecah 42 tahun. "Saya suka menganggap diri sentiasa muda kerana ia membuatkan saya bersemangat menjalani kehidupan," ujar penulis buku Click - Work Anytime, Live Anywhere yang mencatat jualan terlaris di Singapura ini. Menurut Lim, buku tersebut dihasilkan untuk berkongsi dengan pembaca mengenai pengalaman yang dimiliki dalam dunia perniagaan dan persekitarannya. Ubah strategi perniagaan Ia juga bertujuan untuk membuka minda masyarakat agar memanfaatkan penggunaan internet bagi menjana pendapatan mereka. "Selama hampir sedekad menceburkan diri dalam dunia perniagaan, saya dapati banyak kesilapan dilakukan oleh para peniaga yang baru berjinak-jinak dengan bidang ini. Sebagai contoh, mereka mempunyai masa untuk melayari internet, namun tidak menggunakannya bagi tujuan promosi atau pemasaran. "Disebabkan itu saya membuat keputusan untuk menulis buku ini walaupun hakikatnya saya bukanlah seorang yang berkelayakan dalam bidang penulisan," terangnya ketika ditemui Kosmo! di pusat beli-belah Publika di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. BUKU Clicks - Work Anytime, Live Anywhere mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan sejak diterbitkan pada Julai 2013. Lim menjelaskan proses penyuntingan buku tersebut memakan masa yang agak lama kerana kekurangan ilmu dalam arena penulisan. Meskipun mengambil masa selama setahun setengah untuk menyiapkan karya pertamanya itu, beliau boleh berbangga kerana buku tersebut mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Sejak diterbitkan pada Julai 2013, buku itu sudah terjual melebihi 3,000 salinan di Singapura dan masih diulang cetak. Katanya, buku berkenaan menerangkan secara terperinci bagaimana mengubah perniagaan yang dimiliki kepada satu gaya hidup tersendiri. "Ia membolehkan seseorang itu tidak terikat dengan kerjaya, sebaliknya bebas bekerja sendiri mengikut apa yang dirasakan sesuai," ujar beliau. Usahawan bersiri Menyusuri kehidupan Lim, beliau boleh dianggap sebagai seorang usahawan bersiri. Penglibatan awalnya dalam dunia perniagaan telah bermula pada usia 16 tahun melalui syarikat hiburan mudah alih, Pastels Remix. Kemuncak perniagaan ini apabila beliau memenangi hadiah utama dalam satu pertandingan deejay di Singapura pada usia 18 tahun. Sewaktu menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Singapura, beliau bermain piano secara profesional untuk menampung yuran pengajiannya dalam bidang pengurusan perniagaan di ruang istirehat di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi selama setahun. Beliau kemudian melanjutkan pengajian peringkat ijazah di Royal Melbourne Institute of Technology University, Australia. LIM ditemu bual penyampai radio BFM 89.9, Freda Liu menerusi program Enterprise: Raise Your Game pada tahun lalu. Sebaik tamat pengajian, Lim menyertai syarikat Texas Instruments Singapore Pte. Ltd. di Singapura sebagai perunding selama setahun sebelum berhijrah ke Deloitte Consulting Pte. Ltd. (Deloitte), sebuah syarikat konsultan pengurusan terbesar dunia. Sepanjang enam tahun di Deloitte, karier lelaki berjiwa kental itu meningkat dengan pantas dengan memegang peranan sebagai perunding biasa sehingga ke jawatan pengurus. Di sana, beliau menjadi penasihat kepada pelanggan serantau dan global dalam pelbagai bidang termasuk tenaga, pelancongan, pembuatan dan sektor awam. Tanggungjawabnya juga mencakupi khidmat nasihat mengenai bidang perancangan strategik dan pembangunan; proses perniagaan kejuruteraan semula dan analisis model kewangan. Meskipun cemerlang dalam kerjaya, beliau bertekad meletakkan jawatan yang bergaji lumayan pada tahun 2001 semata-mata untuk mengejar kepuasan diri dalam hidupnya. "Selepas berhenti kerja, saya menceburi perniagaan dalam bidang perkhidmatan jurugambar video perkahwinan bermula tahun 2002. Ketika menjalankan perniagaan ini, saya juga telah mula menerokai bidang pemasaran internet. "Apabila melihat hasil pendapatan yang diperoleh sangat tinggi melalui perniagaan dalam talian, saya terus bersara sebagai jurugambar video perkahwinan pada tahun 2007, iaitu selepas lima tahun beroperasi," katanya. Kunci kejayaan Menurut Lim, sungguhpun hanya belajar sendiri tanpa sebarang mentor dalam bidang perniagaan, dirinya rasa amat teruja kerana dapat mempraktikkan konsep try and error untuk meningkatkan kemahiran yang dimiliki. LAMAN sosial Facebook turut menjadi medium Lim berkongsi pengalaman hidup dan rutin harian bersama peminatnya. Tegasnya, kunci utama kejayaan adalah rajin membaca untuk meluaskan pengetahuan. Justeru, bermula tahun 2003, Lim melibatkan diri secara sepenuh masa dalam pemasaran internet. Pada tahun 2008, beliau mengasaskan ClickMedia Pte. Ltd. yang bermatlamat membantu sesebuah organisasi meraih kejayaan bagi perniagaan dalam talian. Setahun kemudian, beliau menubuhkan ClickEvent.com.sg Pte. Ltd., sebuah syarikat yang bertanggungjawab mengadakan kursus dan seminar untuk melatih usahawan dalam talian. Hingga kini, Lim telah melatih lebih 5,000 individu di Singapura, Malaysia, Indonesia dan Vietnam. "Selepas mengajar begitu ramai peserta, saya sedar bahawa cara pemikiran adalah perkara paling penting untuk berjaya, bukan kaedah. Ini kerana, walaupun kita menyediakan formula yang betul untuk diikuti, tetapi amat sukar untuk mengubah mereka yang mempunyai pemikiran negatif. "Hakikatnya, untuk berubah, ia perlu bermula dari dalam diri. Jika kita yakin dengan kemampuan diri, semua cabaran boleh diatasi," ungkap Lim yang berhasrat menulis buku berbentuk motivasi pada masa depan. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0125&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2rLjh0a1E Hakcipta terpelihara
Saturday, January 25, 2014
Saturday, November 30, 2013
0 Rupanya ada cerita didalam cerita masalah rumahtangga bekas pasangan remaja tu....
Bekas suami nafi dakwaan rogol Nor Fazira Saad [#IKLAN] PROMOSI!!! Kini dibuka.. Servis naikkan like Fanpage untuk 1000 Like HANYA RM50 Sahaja! Paling murah di Malaysia! Berminat sms, wtahsapp, call 011-27680874 tQ Click Here rogolKULIM - Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20, menafikan dakwaan bahawa dia telah merogol Nor Fazira Saad dan mengahwininya untuk mengelakkan diri daripada didakwa. Pengantin muda: ‘Saya kahwinkan dia kerana dia telah diperkosa’ On Nov 29, 2013, in Berita, by admin [#IKLAN] PROMOSI!!! Kini dibuka.. Servis naikkan like Fanpage untuk 1000 Like HANYA RM50 Sahaja! Paling murah di Malaysia! Berminat sms, wtahsapp, call 011-27680874 tQ Click Here KULIM: “Saya kahwinkan dia kerana dia telah diperkosa,” Itu kata ayah kepada remaja perempuan Nor Fazira Saad, 13 yang diceraikan talak tiga oleh suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20. Ayah Nor Fazira, Saad Mustafa, 44, berkata demikian kepada akhbar The Star dalam satu laporan eksklusif ekoran kisah penceraian pasangan remaja terbabit yang tersebar luas di media. Menurut Saad, dia mengizinkan pernikahan anaknya dengan Mohd Fahmi kerana Nor Fazira telah diperkosa oleh Mohd Fahmi dan dua kawan lelakinya empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan. Saad memberitahu The Star bahawa kes itu telah dilaporkan kepada polis pada 15 Julai 2012, namun dia didatangi ibu bapa Mohd Fahmi selama beberapa hari berturut-turut merayu agar laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu Mohd Fahmi disabit kesalahan dan menerima hukuman penjara. Ekoran rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan mereka dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya dengan Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 19 tahun pada 17 November 2012. Nor Fazira turut memberitahunya pada Oktober 2013 bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mertuanya dan memutuskan untuk meminta cerai. Saad turut berkata bahawa keluarga Mohd Fahmi memang tidak menyukai anaknya dari mula perkahwinan dan Nor Fazira juga selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mertuanya. Mohd Fahmi yang ditemui oleh The Star pula menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira setelah mereka sah diijabkabulkan. Memetik Mohd Fahmi sebagai berkata kepada The Star, dia menceraikan Nor Fazira kerana bekas isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil. Nor Fazira juga ujar Mohd Fahmi, biadab terhadap keluarganya dan tidak pernah memasak serta selalu keluar dari rumah sekiranya tidak puas hati. Mohd Fahmi turut menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan. Tambahnya lagi, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk. P/s: Nampaknya pendedahan awal kami ada kesahihannya…. Read more: http://berita-harian.net/berita/pengantin-muda-saya-kahwinkan-dia-kerana-dia-telah-diperkosa/#ixzz2m4UMafIp Artikel berkaitan: “Kami hanya mengadakan hubungan seks selepas berkahwin,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Nagalilit dekat sini. Dia mendakwa isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil, tiga atau empat bulan sebelum dia menyedarinya. “Rakan-rakan saya yang ada di sana melihat dia (Nor Fazira Saad) begitu mesra dengan seorang lelaki. Dia mengenali lelaki itu ketika bekerja di pekan Padang Serai (dalam daerah Kulim). “Kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, saya membuat keputusan untuk menceraikannya,” kata Mohd Fahmi. Mohd Fahmi menceraikan Nor Fazira dengan talak satu. Dia berkata, mereka merupakan pasangan bahagia sebelum lelaki itu mengganggu rumah tangga mereka. “Dia amat biadap terhadap ibu bapa saya dan tidak pernah memasak. “Dia akan lari dari rumah setiap kali dia tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara,” kata Mohd Fahmi. Ibu Mohd Fahmi yang enggan namanya didedah berkata, turut menyangkal dakwaan Nor Fazira tidak diberi makan. “Kami menjaganya dengan baik dan menerimanya walaupun dia berperangai jahat,” katanya. Mohd Fahmi yang bekerja di ladang kelapa sawit menerima gaji RM1,000 sebulan. Dia berhenti sekolah ketika berumur 16 tahun untuk bekerja. Dia mendakwa bertemu Nor Fazira dua bulan sebelum perkahwinan mereka, November tahun lalu. “Pada mulanya hubungan kami tidak ubah seperti hubungan adik beradik tetapi perasaan cinta mula wujud selepas itu,” kata Mohd Fahmi, menurut sumber mStar.
Thursday, November 28, 2013
0 Politik kerjaya yang lumayan?
Kerajaan Selangor naikkan gaji wakil rakyat SHAH ALAM - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa 1 Januari tahun depan. Timbalan Speaker DUN tersebut mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus. Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji Menteri Besar Selangor, Speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu semalam berkata, mesyuarat Exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima ADUN dan anggota pentadbiran Sarawak. "Kenaikan gaji ini dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat," katanya. Sementara itu, Abdul Khalid mengumumkan pembayaran setengah bulan bonus kepada kesemua 15,643 penjawat awam negeri itu. Ia akan dibayar mulai Januari depan yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM14.821 juta. Dengan pemberian bonus itu, penjawat awam negeri menikmati satu setengah bulan bonus termasuk bonus untuk Aidilfitri yang diberikan tahun ini. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2lsSRiRZ2 Hakcipta terpelihara
0 Ramalanku benar belaka mereka cerai tapi terlalu cepat pula @ kes remaja 12 tahun kahwin
Retak tak sampai setahun 47.6K 485 Google +19 18 8 Cetak Oleh Azahar Hashim Kulim: Impian seorang remaja perempuan yang menggemparkan negara apabila berkahwin pada usia muda untuk mengecapi kebahagiaan alam perkahwinan seumur hidup berakhir apabila ikatan pasangan suami isteri berkenaan terlerai dipercayai akibat tidak sehaluan. Nor Fazira Saad, 13, dinikahkan dengan suaminya, Mohd Fahmi Alias, 20, pada 17 November tahun lalu sebelum pasangan berkenaan disahkan bercerai dengan talak tiga di Mahkamah Syariah Kulim, di sini, pada 11 November lalu iaitu kurang setahun hubungan mereka disatukan. Bapa kepada Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, walaupun pahit menerima kenyataan berkenaan, namun dia menerima keputusan dibuat pasangan terbabit dengan hati tenang dan menganggap bukan jodoh mereka untuk mengekalkan alam perkahwinan. Menurutnya, apa yang berlaku mungkin suratan takdir atas ketentuan Allah dan semua kejadian pasti mempunyai hikmah di sebaliknya. Bagaimanapun, dia mengakui tidak mengetahui punca sebenar membawa keretakan rumah tangga mereka, malah tidak mahu mengambil tahu perkara yang sudah terjadi. “Siapa yang tidak sayang anak apabila terjadi perkara sebegini terutama dalam usia masih muda, namun saya berpesan kepada Fazira supaya sentiasa tabahkan hati kerana usianya masih muda dan banyak yang dia perlu pelajari. Foto MOHD FAHMI dan isterinya disahkan bercerai pada 11 November lalu. “Kejadian ini memberi pengajaran kepada anak saya. Bukan perkara mudah mendirikan rumah tangga terutama ketika usianya masih terlalu muda. “Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib menimpa dirinya, tetapi saya meletakkan dia tinggal bersama ibu saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang dan sentiasa berfikir dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam. Menurutnya, perkara berkenaan sudah pasti memberi pengajaran kepada anaknya selain orang ramai terutama golongan remaja yang diulit percintaan bahawa untuk mendirikan rumah tangga bukan mudah dan mereka perlu matang. Katanya, dia sudah mengetahui perkara terbabit sejak beberapa minggu lalu apabila Fazira memaklumkan kepada isterinya bahawa mereka mungkin berpisah kerana ada masalah tertentu. “Selepas mengetahuinya, saya hanya mampu memberi nasihat kepada anak saya supaya menerima takdir ini dengan hati tenang dan jangan berputus asa, mungkin itu bukan jodohnya. “Cuma saya berharap apa yang terjadi ini akan dilupakannya. Bagi saya, dalam usia 13 tahun, masanya masih panjang dan dia tidak perlu terlalu risau atau tertekan walaupun bergelar janda dalam usia begitu muda. “Pada masa sama, saya juga berharap perkara ini sudah selesai dan mereka berdua menjalani kehidupan masing-masing. Saya juga meminta masyarakat supaya tidak memandang serong terhadap mereka,” katanya. Menurutnya, sepanjang pengetahuannya, Fazira seorang yang bertanggungjawab kerana dia memahami masalah rumah tangga tidak perlu didedahkan kepada sesiapa. “Sebagai bapa, saya tahu perasaan anak saya sekiranya dia menyembunyikan sesuatu berdasarkan riak muka dan apabila pulang ke rumah, saya bertanya mengenai sebarang masalah yang dihadapi, tetapi dia membalas dengan senyuman,” katanya. Harian Metro turut cuba menghubungi keluarga lelaki berkenaan untuk mendapatkan maklum balas, namun gagal. Sementara itu, jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim mengesahkan pasangan terbabit sudah membuat pendaftaran perceraian di pejabat terbabit pada minggu lalu. Harian Metro sebelum ini melaporkan Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1)(a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008. Majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012. Berkait: Isteri dicerai dengan talak satu Oleh ABD RAZAK OSMAN berita@kosmo.com.my mohd. fahmi dan Fazira ketika saat bahagia mereka selepas dinikahkan di Padang Serai, Kedah tahun lalu. PADANG SERAI – Dua remaja yang pernah menggemparkan negara kerana berkahwin muda mengumumkan mereka telah pun bercerai dengan talak satu kerana tiada persefahaman lagi antara mereka. Mohd. Fahmi Alias, 19, dari Kampung Naga Lilit di sini mengakui usia rumah tangganya tidak sampai setahun apabila mengesahkan dia telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Nor Fazira Saad, 13. Lelaki yang bekerja kebun bersama bapanya itu berusia 18 tahun ketika dia berkahwin dengan Fazira yang ketika itu berusia 12 tahun. “Jodoh kami tidak panjang, tidak sampai setahun. Saya ambil dia cara elok jadi saya lepas cara elok," katanya kepada Kosmo! di sini semalam. Menurutnya, kes rumah tangganya menjadi runcing kerana ada pihak lain cuba memporak-perandakan rumah tangganya mereka setelah isterinya mula bekerja di pekan Padang Serai. “Dulu saya pernah berjanji untuk bertanggungjawab malah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik tetapi keadaan menjadi sebaliknya,” katanya. Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Kampung Padang Cina di sini, Mohd. Nazar Husain pada 17 November tahun lepas. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2lsOzakZ5 Hakcipta terpelihara
Sunday, November 24, 2013
1 Astro First mesti tolong pemain industri filem negara, siar selepas 6 atau 3 bulan?
Cari solusi masalah industri filem ANTARA penggiat industri perfileman yang hadir pada sesi Dialog Bersama Industri anjuran Finas di Kuala Lumpur baru-baru ini. DUA tahun lepas, industri perfileman Malaysia mencatatkan rekod kutipan filem tertinggi menerusi KL Gangster terbitan Skop Production Sdn. Bhd. iaitu RM11.74 juta. Itulah kali terakhir filem Melayu mencapai jumlah kutipan melepasi RM10 juta. Sebenarnya, penghasilan filem cereka tempatan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Menurut Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), sehingga September lalu terdapat lebih 50 buah filem telah diterbitkan. Jumlah itu dijangka meningkat menjelang akhir Disember nanti. Malangnya sehingga kini tiada satu pun yang berjaya mengatasi rekod KL Gangster meskipun hampir setiap minggu ada sahaja filem baharu dimainkan di panggung wayang. Ada pendapat menyimpulkan bahawa faktor lambakan filem sampah di saluran Astro First dan kualiti penceritaan yang lemah menjadi punca keterujaan khalayak untuk menonton filem di pawagam merudum. Istilah transformasi juga kerap menjadi topik bebelan pemerhati filem jika filem tempatan mahu menguasai pasaran. Lembaga Penapisan Filem turut tidak terlepas daripada menjadi sasaran kritikan. Isu rombakan dasar perfileman dan garis panduan tidak habis-habis diperkatakan. Finas sebagai badan yang ditubuhkan untuk memantau pembangunan filem negara sering berada dalam situasi berjaga-jaga. Setiap kepincangan industri pasti berbalik kepada Finas. Pertukaran pucuk pimpinan Finas kepada Raja Rozaime Raja Dalnish Shah pula pernah menimbulkan pertikaian. Kemampuan Raja Rozaime mengendalikan isu-isu dalam industri dikatakan tidak banyak meninggalkan impak. Itu antara permasalahan perfileman tempatan. Menyedari kepentingan filem dalam industri kreatif negara, satu sesi dialog bersama pihak industri diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Sesi dialog itu dihadiri oleh wakil-wakil daripada pelbagai persatuan yang mewakili pelakon dan pengusaha filem. Objektif sesi dialog itu dianjurkan adalah bagi mendapatkan pandangan serta idea baharu daripada penggiat industri mengenai senario terkini filem tempatan. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah soal penyelidikan dan pembangunan modal insan, kandungan kreatif, teknikal, perundangan dan penguatkuasaan serta pemasaran dan promosi filem ke peringkat antarabangsa. Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli berkata, filem Malaysia memperlihatkan kecenderungan sesetengah penerbit memilih kuantiti dan mengabaikan kualiti. YUSOF HASLAM (berdiri, kanan) sedang memperkatakan sesuatu sambil diperhatikan wakil industri kreatif yang hadir. "Asalkan filemnya mendapat pulangan besar sudah lebih daripada mencukupi. "Inilah yang membimbangkan industri kerana lambakan filem sampah bakal merosakkan industri perfileman kerana filem sampah diterima dalam syarat wajib tayang," selar Jurey. Sementara itu, ahli lembaga pengarah Hak Artis dan Penghibur Malaysia Sdn. Bhd. (Prism), Datuk M. Daud Wahid menambah, kemerosotan jualan tiket filem di panggung juga berpunca daripada kewujudan Astro Fisrt. "Filem baru sahaja ditayangkan selama dua minggu di pawagam tetapi sudah boleh dilanggan di Astro First. Penonton ada pilihan untuk tidak perlu ke panggung sebaliknya menonton di rumah pada bila-bila masa sahaja. "Perkara sebegini harus dikawal kerana Astro First merupakan perosak filem. "Sepatutnya filem yang ditayangkan di pawagam hanya boleh disiarkan di televisyen selepas enam bulan," katanya. Pelbagai cadangan lain turut dibincangkan, antaranya setiap filem harus melalui sistem gred atau pengelasan misalnya filem gred A, B atau C. Dari situ, kualiti sesebuah filem dapat ditentukan. Setiap wakil industri yang hadir juga bercakap tentang soal kualiti seperti kualiti skrip, pelakon, teknikal dan muzik. Namun, persoalannya adakah dialog kali ini sama seperti dialog yang acap kali diadakan sebelum ini? Apa-apa pun besar harapan agar karyawan filem tempatan tidak mengaku kalah atau terus hanyut dalam masalah yang tidak pernah selesai. Solusi harus dicapai agar kerja keras mereka akan menghasilkan filem yang berkualiti sekali gus memberi ruang untuk memasarkan filem tempatan di peringkat antarabangsa. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1124&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm#ixzz2lVw6wkHt Hakcipta terpelihara
Saturday, October 19, 2013
0 Sastera Malaysia harus berjiwa besar kalau mahu maju
Promosi sastera Melayu ke peringkat antarabangsa 2013/10/14 - 20:38:42 PM Dr Anwar Ridhwan Cetak Emel Kawan Tiada produk yang akan dikenali tanpa usaha promosi. Setiap promosi pula memerlukan peruntukan tersendiri yang dianggap sebagai elemen kos pengeluarannya. Maka program pengembangan sastera Melayu pada peringkat antarabangsa harus dipromosi secara berterusan, berskala luas dan berjangka panjang. Peranan itu turut dimainkan oleh penerbit luar negara yang bersedia bekerjasama dengan kita. Lokasinya di seberang laut akan memberi kesan ke atas penjualan serta penyebaran karya sastera kita di luar negara. Sebagai contoh, terjemahan ke dalam bahasa Perancis wajar diterbitkan oleh penerbit di Perancis; terjemahan ke dalam bahasa Inggeris wajar diterbitkan oleh penerbit di England atau Amerika Syarikat, terjemahan ke dalam bahasa Jerman wajar diterbitkan oleh penerbit di Jerman dan begitulah seterusnya. Niat baik untuk menterjemah dan menerbitkan karya sastera kita, dengan harapan ia akan tersebar pada peringkat antarabangsa, ada kalanya dihalang apabila menerbitkannya di Malaysia. Sudahlah begitu, strategi pengedarannya pula kurang berkesan. Jika karya terjemahan sastera kita diterbitkan dalam negara, penyebarannya agak terbatas yang hanya dilakukan dalam pesta buku antarabangsa (itu pun kita tidak dapat membawa semua judul buku terjemahan), atau melalui usaha promosi dan pembelian secara online (itu pun jika penerbit tempatan melakukannya secara agresif). Kerjasama dengan penerbit luar Dalam hubungan ini penerbit tempatan wajar menjalin kerjasama penerbitan dengan penerbit luar negara. Dalam kes tertentu, ada penerbit luar negara yang berminat menerbitkan karya asing (termasuk dari Malaysia), hingga tidak memerlukan apa-apa kos daripada penerbit Malaysia. Dalam sesetengah kes pula, mereka memerlukan pembabitan sebahagian kos daripada pihak kita; yang mana ini pun wajar dipertimbangkan kerana akan memudahkan penyebaran karya sastera kita di luar negara. Satu lagi yang sering diabaikan ialah pusat pengajian Melayu/Malaysia di luar negara. Sungguhpun jumlah pusat pengajian Melayu/Malaysia di luar negara tidak sebanyak beberapa dekad yang lalu, kita boleh menjalin kerjasama dengan tenaga akademik dan pelajarnya. Kerjasama ini boleh meliputi usaha penterjemahan, penjualan karya serta aktiviti seperti pelancaran buku, diskusi buku, sesi bersama pengarang, pengisian jurnalnya tentang sastera Melayu dan sebagainya. Kedutaan kita di luar negara juga wajar memperkenalkan sastera dan sasterawan kebangsaan kita. Hanya sebahagian kecil kedutaan, dalam waktu tertentu saja pula, yang mahu memberi layanan terhadap aktiviti sastera kebangsaan kita di luar negara. Yang lain, pada umumnya buta terhadap perkembangan sastera kebangsaan, jauh pula untuk turut mempromosikannya. Situasi ini harus diubah supaya kedutaan kita turut memainkan peranan memperkenalkan sastera/sasterawan kita di luar negara, terutama bagi yang karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa asing. Terbit karya pengkritik sastera Satu lagi faktor yang kita abaikan ialah membina pengkritik sastera yang tulisan mereka boleh diterbitkan dalam jurnal atau majalah sastera antarabangsa. Tanpa sesiapa menulis mengenai sastera kita dalam jurnal atau majalah sastera antarabangsa, sastera kita kurang diketahui secara meluas, terutama oleh golongan pemikir sastera yang serius. Situasi ini juga harus diubah, dengan melantik dan membayar honorarium yang sewajarnya kepada mereka yang kita kenal pasti boleh memikul misi itu. Satu daripada masalah kegiatan sastera Malaysia peringkat kebangsaan dan apatah lagi peringkat antarabangsa ialah sesuatu kegiatan itu tidak tekal, tidak berkesinambungan. Kelemahan ini harus diatasi. Kita wajar mempunyai program sastera peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang berkesinambungan, termasuk tarikh tahunan yang dikekalkan, hingga ia membentuk nama dan jenama yang dikenali secara global. Dengan cara itu sastera kita akan sentiasa diikuti perkembangannya. Kita wajar mempunyai satu atau dua kegiatan sastera antarabangsa tahunan yang kekal berpanjangan, terutama yang membabitkan penyertaan penulis dan sarjana di luar dunia Melayu. Melalui kegiatan seperti ini, akan terjalin perkenalan, interaksi serta pendedahan sastera dan sasterawan kita dengan lebih meluas lagi. Dalam era media elektronik secara perlahan melemahkan pengaruh media cetak, kita wajar mengoptimumkan penggunaan teknologi ICT untuk mempromosi sastera dan sasterawan kita dalam pelbagai bahasa dunia. Medium ini harus kita manfaatkan sebaik mungkin. Perlu ada usaha yang bersepadu dan berwawasan besar untuk tujuan berkenaan, dengan menggunakan kemudahan internet, media sosial dan sebagainya, dalam pelbagai bahasa utama dunia. Penulis ialah Sasterawan Negara dan pensyarah Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA
Friday, October 18, 2013
0 Berkat kahwin selepas 80 tahun perkahwinan
Lelaki berusia 103 tahun berkahwin lagi RIELLA duduk di atas kerusi roda di sebelah isterinya, Lopez pada majlis perkahwinan yang diadakan di belakang rumah mereka di Santa Rosa del Aquaray, Asuncion pada Selasa lalu.- AFP BUENOS AIRES - Seorang lelaki berusia 103 tahun, Jose Manuel Riella melangsungkan semula perkahwinan dengan isterinya, Martina Lopez yang berusia 99 tahun pada Selasa lalu di belakang rumah mereka di Asuncion, Paraguay. Pasangan itu sebelum ini telah melangsungkan perkahwinan buat kali pertama pada tahun 1933 tanpa dihadiri oleh seorang paderi tetapi disaksikan hanya pegawai pentadbiran. Namun, selepas 80 tahun hidup bersama, pasangan itu sekali lagi melangsungkan perkahwinan dengan dihadiri seorang paderi Kristian Katolik. Ketika majlis itu berlangsung, Riella duduk di atas sebuah kerusi roda. Majlis perkahwinan itu dihadiri oleh lapan orang anak mereka. Seramai 50 cucu, 35 cicit dan 20 piut pasangan itu turut menyaksikan majlis perkahwinan itu. - Agensi Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2i0ijaki2 Hakcipta terpelihara