.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Monday, December 17, 2012

0 Dr M: Untuk kekal awet muda, sambutlah ulang tahun dua kali

Tun Mahathir mentor SRK Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL SRK mengaku dia mahu mempunyai pemikiran luar biasa seperti yang dimiliki oleh Tun Mahathir. Dia begitu mengagumi Tun Mahathir. WALAUPUN sudah berusia 87 tahun, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih menjadi idola kebanyakan rakyat Malaysia. Jasa beliau selama 20 tahun mentadbir negara sentiasa dikenang oleh masyarakat. Demi menghargai jasa Tun Mahathir yang merupakan salah seorang pelanggan setia butik mereka, Lord's Tailor telah mengadakan sebuah majlis ulang tahun yang dihadiri oleh 200 tetamu VVIP dan selebriti di Hotel Le Meridien, KL Sentral, Kuala Lumpur pada 14 Disember lalu. Selain itu, pihak Lord's Tailor juga membuat kejutan kepada Tun Mahathir dengan membawakan aktor tersohor Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan sebagai 'hadiah' kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat itu. Sementara menunggu kehadiran Shah Rukh Khan, majlis diserikan dengan persembahan penyanyi kegemaran Tun Mahathir, Datuk Yusni Hamid serta Amanda Imani dan seorang penyanyi India, Dr. Burns sebagai pembuka tirai majlis tersebut diiringi muzik Datuk Mokhzani Ismail. Shah Rukh Khan yang tiba sejam selepas majlis bermula terus memberi penghormatan kepada Tun Mahathir dengan menyanyikan lagu Happy Birthday dan Kuch Kuch Hota Hai yang katanya khas buat mentornya itu. “Saya amat mengagumi Tun Mahathir dan beliau merupakan mentor serta inspirasi terbaik buat diri saya. “Sejak mengenali beliau 15 hingga 20 tahun lalu, saya sentiasa mencuba untuk mempunyai pemikiran luar biasa sepertinya dan mengikut falsafah yang dimiliki beliau. “Mereka (Tun Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah) juga sangat sukakan saya, jadi saya tidak boleh menolak dan perlu juga berada di sini untuk menyambut majlis ulang tahun yang ke-87 beliau. “Paling penting, saya juga mahu mengambil restu dari mentor yang juga rakan baik saya ini,” ujar bintang tersohor Bollywood yang mendapat gelaran Datuk daripada kerajaan negeri Melaka beberapa tahun lalu itu penuh teruja. SRK mendendangkan lagu Kuch Kuch Hota Hai khusus buat Tun Mahathir. Shah Rukh Khan yang juga digelar SRK membuka rahsia, setiap tahun, dia pasti tidak akan ketinggalan dan meluangkan masa untuk bertemu Tun Mahathir beberapa kali setahun. Sementara itu, sepanjang majlis berlangsung, Tun Mahathir sentiasa mengukir senyuman dan kelihatan gembira. Beliau juga amat berterima kasih di atas kehadiran aktor tersebut serta tetamu yang sudi hadir meraikan hari ulang tahunnya yang jatuh pada 10 Julai lepas. “Terima kasih kepada Shah Rukh Khan yang sudi meluangkan masa terbang dari London untuk bersama-sama raikan majlis ulang tahun ini,” ujarnya. Tun Mahathir kemudian secara berseloroh memberitahu: “Saya ingin berkongsi rahsia untuk sentiasa kekal muda. Sambutlah ulang tahun dua kali setahun seperti saya. “Secara tidak langsung juga, anda akan dapat banyak hadiah dan saya berterima kasih kepada bapa saya kerana dia telah fikirkan perkara ini secara ke hadapan.” Antara tetamu selebriti yang turut meraikan ulang tahun idola kesayangan ramai tersebut ialah Datin Paduka Umie Aida dan suami, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak, Esma Daniel dan isteri, Eja dan suami, Sofea Jane dan Fizz Fairuz. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2FFlAYw6y Hakcipta terpelihara

Saturday, December 08, 2012

0 LIFE OF PI - Sebut-sebutan filem terbaik tahun 2012

[Review Filem] Life Of Pi : Grafik dan sinematografi yang hebat! ( Bintang : 4/5 ) oleh Admin 28 Nov 2012

Life Of Pi adalah filem drama dan pengembaraan berdasarkan novel karya Yann Martel (2001) dengan menggunakan tajuk yang sama. Diarahkan oleh Ang Lee, filem ini dibintangi oleh Irrfan Khan, GĆ©rard Depardieu, Tabu, Suraj Sharma, dan Adil Hussain. Kesan visual pula oleh Rhythm & Hues Studios. Sinopsis : Nama penuh Pi adalah “Piscine Molitor” yang diberikan oleh ibu bapanya sempena nama kolam renang di Perancis. Dia menukar namanya kepada “Pi” apabila dia mula sekolah menengah, kerana dia telah diejek dengan nama samaran “pissing Patel”. Keluarganya memiliki sebuah zoo tempatan, dan Pi amat berminat untuk mendalami sifat haiwan terutamanya seekor harimau Bengal yang dinamakan Richard Parker (selepas kesilapan teknikal ). Apabila dia 16 (dan mengalami cinta pertama), bapanya memutuskan untuk menutup zoo, dan berpindah ke Kanada disebabkan masalah politik di India. Mereka pergi dengan menggunakan kapal kargo Jepun yang kemudiannya karam di lautan kerana ombak besar. Pi cuba untuk mencari keluarganya, tetapi dicampak ke laut dengan bot penyelamat, dan kapal tersebut karam dan hanya dia seorang sahaja yang selamat. Selepas ribut, Pi mendapati dirinya berada di dalam bot penyelamat dengan kuda belang yang cedera, orang utan yang kehilangan anaknya,dubuk dan juga harimau Bengal. Selepas minggu lagi di laut, mereka sampai ke sebuah pulau terapung alga yang boleh dimakan, hutan kecil, air tawar, dan dipenuhi meerkats, dan membolehkan Pi dan Richard Parker untuk makan dan minum dengan bebas dan mendapatkan semula kekuatan. Tetapi pada waktu malam pulau itu telah berubah menjadi kawasan air berasid yang bersifat karnivor dan mereka meninggalkan pulau itu. Bot penyelamat mereka akhirnya sampai ke pantai Mexico. Apabila kembali ke darat, Richard Parker berjalan ke dalam hutan tanpa mengucapkan “selamat tinggal”. Pi dibawa ke hospital, di mana ejen insurans kapal pengangkut Jepun datang untuk mendengar kisahnya untuk jadikan laporan.Mereka mendapati cerita beliau yang luar biasa, dan meminta dia untuk memberitahu mereka apa “benar-benar” berlaku, Pi menukar ceritanya supaya kedengaran lebih realistik. Review : Terlebih dahulu saya ingin memberi pujian kepada seni grafik dan sinematografi Life Of Pi yang sangat-sangat cantik.Bagi anda yang meminati kisah drama dan penuh teladan serta skrip yang bermutu, kami galakkan anda menonton filem ini. Sama ada anda sudah atau tidak membaca buku Yann Martel ini, menonton filem 3D Life Of Pi merupakan pengalaman yang tak boleh anda lepaskan. Pada awal cerita, kita akan dihidangkan dengan babak Pi semasa kecil yang mencari ‘agama yang betul’. Ibubapa Pi cukup sporting dengan membenarkan Pi meneroka sendiri agama yang ingin dianutinya. Dia dilahirkan sebagai Hindu dan vegetarian, tetapi pada usia 12 tahun, dia diperkenalkan kepada agama Kristian dan kemudian Islam, dan mula mengikuti ketiga-tiga agama ini. Pi juga mempunyai cara tersendiri supaya dia tidak lagi diejek di sekolah dengan cara yang ‘luar biasa’. Sebenarnya yang menyebabkan kapal kargo yang dinaiki Pi karam adalah mungkin kerana dia dengan tidak sengaja mencabar Tuhan untuk menurunkan lebih banyak hujan dan kilat. tetapi Pi tidak menceritakan kisah ini kepada ejen insuran Jepun apabila disoal siasat. Pi telah menjumpai makanan kecemasan dan catuan air pada bot, dan membina rakit kecil untuk dia tinggal di jarak yang selamat dari Richard Parker yang telah membunuh dubuk, apabila dubuk tadi membunuh kudang belang dan orang utan kerana kelaparan. Masa ini Pi telah menyedari bahawa dia mesti menyelamatkan dirinya daripada dimakan harimau lapar, Pi mula belajar memancing walaupun dia tak ada asas memancing langsung. Pada satu malam, bot Pi telah dilanggar oleh ikan paus dan Pi kehilangan banyak bekalan, dan berhadapan dengan kebuluran. Selepas terlalu lama terkandas dilautan ,Pi menyedari bahawa dia tidak lagi boleh hidup di atas rakit kecil dan melatih Richard Parker untuk menerimanya di dalam bot yang sama supaya mereka bersama-sama dapat hidup lebih lama. Part yang paling best mungkin part Pi berdua dengan Richard Parker di atas bos penyelamat. Kat sini boleh tengok bagaimana PI cuba untuk ‘berkawan’ dengan Richard Parker dan juga bagaimana Richard Parker ni daripada harimau bengal liar, menjadi ‘sahabat’ Pi. Pada babak akhir pula apabila Pi disoal siasat oleh ejen insuran Jepun, Pi terpaksa menukar ceritanya kerana kedengaran tidak logik. Fitrah manusia memang susah nak percaya dengan kisah yang luar biasa dan lain dari yang lain. Cuma disebabkan penggunaan warna dan grafik dalam filem ini begitu terang, kepala jadi macam pening sikit lah. Mungkin juga efek lautan bergelora tu terlalu lama dan menyebabkan kepala rasa berpusing sikit. Secara keseluruhannya, filem ini memang worth watching kalau anda meminati ekspedisi yang lain dari yang lain serta minat efek dan grafik yang cantik.Bagi yang meminati filem aksi dan lasak, mungkin filem ini tak sesuai untuk anda kerana jalan ceritanya agak mendatar dan perlahan. Bintang : 4/5

Friday, December 07, 2012

0 Panorama Asia pada waktu malam dari sudut pandang NASA

Gambar Bumi pada waktu malam

PENTADBIRAN Aeronautik Dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin menyiarkan imej waktu malam di benua Asia dan Australia. SAN FRANCISCO - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pernah menyiarkan gambar Bumi pada tahun 1968. Gambar tersebut dirakamkan dari kapal angkasa Apollo 8 milik Amerika Syarikat. Bagaimanapun, kelmarin, NASA mendedahkan Bumi pada waktu malam. Gambar tanpa awan yang amat jelas itu dirakamkan lensa infra merah dan beresolusi tinggi menerusi satelit Pentadbiran Oseanik dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) milik NASA. Sensor kamera pengimejan itu dapat merakamkan tiga imej cahaya kelam secara serentak sekali gus memberi peluang kepada para penyelidik untuk mengkaji atmosfera, daratan dan lautan di Bumi pada waktu malam. "Data yang diperoleh amat tinggi kualitinya," kata seorang saintis NOAA, Christopher Elvidge kepada wartawan pada Persidangan Kesatuan Geofizik Amerika di sini baru-baru ini. - Agensi Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1207&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2EJFupdvm Hakcipta terpelihara

Sunday, November 25, 2012

0 mampukah pasangan suami isteri 18-12 tahun mengharungi hidup yang penuh pancaroba?

'Ini cara kami cegah gejala maksiat' Oleh ABD. RAZAK OSMAN

MOHD. Fahmi bersama Nur Fazira mengenakan pakaian pengantin serba putih pada kenduri perkahwinan mereka di Kampung Naga Lilit, Padang Serai semalam. PADANG SERAI - Dalam keadaan banyak pasangan remaja terus leka bercinta, Mohd. Fahmi Mohd. Alias, 18, dan Nur Fazira Saad, 12, mengambil jalan nekad dan berani untuk berkahwin bagi menguji sejauh mana kesetiaan mereka menghadapi cabaran hidup bersama. Mereka telah dinikahkan oleh Imam Masjid As-Sobirin Padang Cina di sini, Mohd. Nazar Husain pada 17 November lalu sebelum mengadakan majlis kenduri yang dihadiri kira-kira 200 tetamu di rumah pengantin lelaki di Kampung Naga Lilit di sini semalam. Menurut Mohd. Fahmi, perkahwinan adalah jalan penyelesaian terakhir bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini. "Saya berkahwin awal bagi mengelak timbul perkara buruk. Ini cara terbaik untuk kami mencegah maksiat," katanya yang bersyukur keluarga isterinya memberi keizinan kepada mereka untuk bernikah. Mohd. Fahmi yakin pendapatannya sebanyak RM1,000 sebulan hasil bekerja membantu bapanya menguruskan kebun kelapa sawit cukup untuk menampung kos kehidupan bersama Nur Fazira. Isterinya itu yang akan mencapai usia 13 tahun pada 24 Disember ini pula yakin mampu melaksanakan tanggung jawab baharu sebagai isteri. "Apa yang penting ialah kasih sayang. Pasal anak kami belum fikirkan lagi," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Thursday, November 22, 2012

0 Driver teksi jujur begini sangat diperlukan oleh seluruh dunia

ARKIB : 21/11/2012

Pemandu teksi pulangkan wang RM2.7j Sia Ka Tian menjadi wira selepas dia memulangkan wang tunai berjumlah S$1.1 juta yang ditemui di dalam teksinya, di Singapura, kelmarin. - REUTERS SINGAPURA 20 Nov. - Seorang pemandu teksi di sini menjadi wira selepas dia memulangkan wang tunai berjumlah S$1.1 juta (RM2.7 juta) yang ditemuinya di dalam kenderaannya kepada sepasang pelancong Thailand yang sedang bercuti di republik ini. Sia Ka Tian, 70, terkejut apabila menemui wang di dalam sebuah beg kertas hitam di tempat duduk belakang teksinya semalam, selepas menurunkan pasangan itu di sebuah pusat membeli belah di sini. ''Bila saya melihat duit itu, saya berfikir, ada masalah di sini. Saya pasti sekurang-kurangnya ada S$244,976 (RM607,399) di dalam beg itu,'' lapor akhbar Straits Times yang memetik kenyataan pemandu warga emas itu yang telah berkhidmat selama 31 tahun. Namun, apabila dia membawa wang itu ke bahagian hilang dan jumpa syarikat pengangkutan ComfortDelGro, dia terkejut apabila rakannya memaklumkan jumlah duit yang terdapat dalam beg itu adalah S$1.1 juta. ''Wang itu tidak penting bagi saya kerana ia bukanlah hak saya. Jadi mana boleh saya gunakannya,'' katanya kepada media. Pasangan Thailand itu melaporkan kehilangan wang mereka kepada syarikat pengangkutan dan Ka Tian menunggu mereka di situ untuk memulangkan wang tersebut. Laporan tersebut tidak menyebut apa yang dilakukan oleh pasangan Thailand berkenaan dengan wang sebanyak itu. Difahamkan, Ka Tian menerima sejumlah wang tunai yang tidak didedahkan jumlahnya sebagai sagu hati daripada pasangan Thailand itu yang enggan dikenali. Syarikat pengangkutan itu juga merancang untuk memberi Ka Tian anugerah atas kejujurannya dan perkhidmatannya yang baik. - AFP

0 Latih Guru mengajar menjadi pemikir luar kotak dan penyelesai masalah

ARKIB : 21/11/2012 Latih guru berfikir sebagai usahawan - Muhyiddin

Muhyiddin Yassin bersalaman dengan wakil peserta luar negara selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Institut Pendidikan Guru Dalam Pembelajaran dan Pembangunan Guru di Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 20 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bakal guru perlu dilatih untuk menjadi seorang pemikir dan berupaya menyelesaikan masalah serta berfikiran sebagai seorang usahawan. Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, langkah itu penting dalam usaha untuk melahirkan guru yang memiliki kemahiran abad ke-21 dan melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat. "Saya berharap guru-guru akan sentiasa menunjukkan dan mengamalkan pemikiran yang kreatif dan berfikir sebagai seorang usahawan. "Pemikiran yang kreatif, pemikiran yang 'luar biasa' dan 'berfikir di luar kotak' merupakan pemikiran yang mampu melahirkan senario baharu yang lebih dinamik dan mencabar serta berkemampuan untuk melahirkan tenaga kerja pada suatu masa nanti," katanya berucap merasmikan Konvensyen Antarabangsa Institut Pendidikan Guru Dalam Pembelajaran dan Pembangunan Guru di sini hari ini. Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Wan Khazanah Ismail dan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Datuk Dr. Haili Dolhan. Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, dengan lahirnya insan berfikiran kreatif, Malaysia tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada firma asing dan mereka sudah tentu dapat memenuhi peluang dan harapan dalam pelbagai situasi bagi menjamin kehidupan yang lebih baik. Kata Muhyiddin, guru-guru seharusnya berkemampuan serta mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang bukan sahaja dihadapi oleh murid, malah dalam kalangan masyarakat pelbagai latar belakang. Menurut beliau, cabaran dan masalah dalam kehidupan ini perlu diselesaikan dengan cara yang berbeza kerana setiap manusia mempunyai kaedah penyelesaian berbeza. "Walau siapapun kita, sama ada seorang ustaz, ustazah, guru, mentor atau sebagainya, kita perlu memiliki keupayaan untuk menyelesaikan sebarang masalah. "Mereka yang memiliki kemahiran seperti ini merupakan golongan insan yang sangat diperlukan oleh mana-mana organisasi," ujarnya. Muhyiddin berkata, pendidik bertanggungjawab memastikan generasi akan datang bukan sahaja menguasai pengetahuan tetapi juga berupaya memiliki kemahiran berfikir aras tinggi dan berkemahiran memimpin dalam pelbagai situasi. "Selain itu, kita juga perlu memastikan para pelajar yang menamatkan persekolahan boleh bertutur menggunakan pelbagai bahasa dan memiliki keperibadian yang seimbang dan harmonis sebagaimana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan," jelasnya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121121/dn_02/Latih-guru-berfikir-sebagai-usahawan---Muhyiddin#ixzz2Csq6pVqx © Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, November 13, 2012

0 Penulis lirik lagu sekarang kurang cerdik, hasil karya kosong

Skop HIP: Kuasa lirik 2012/11/12 - 05:58:29 AM Oleh Muhamad Fairoz Azizan

DARI kiri, Ajai, Habsah Hassan dan M Nasir. DARI kiri, Ajai, Habsah Hassan dan M Nasir. Ramai pihak mempersoalkan lagu ciptaan sekarang tak berjiwa, karya kosong tanpa mesej Mendengar bait lirik lagu nukilan Habsah Hassan, Mama Juwie, Loloq dan S Amin Shahab serta beberapa penulis lirik terkenal lain pada era 1980-an dan 1990-an, cukup menggetar perasaan. Mainan bahasa dalam lirik seperti lagu Merisik Khabar dan Menaruh Harapan karya Habsah atau Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu oleh Juwie misalnya, terasa begitu mendalam dan jelas difahami maksudnya. Tak salah menghasilkan lirik sendiri, tetapi harus dirujuk kepada penulis lirik berkaliber. Jangan fikir ini lagu kita, jadi kita tak perlu rujuk sesiapa," Ajai, Komposer/Penerbit Tidak hairanlah, ramai pihak mula mempersoalkan lagu yang dihasilkan sekarang bagai tidak berjiwa. Tanpa lirik yang ‘menyengat’, lagu yang dihasilkan komposer sekarang dirasakan cukup selamba atau dalam istilah bahasa slanga, sempoi tanpa menyelitkan elemen puitis, melankolik atau drama dalam lirik. Penggunaan bahasa pasar atau berbaur moden dan kontemporari juga menjadi punca tiada lagi bahasa indah digunakan dalam lirik lagu. Malah, kecenderungan penyanyi menghasilkan lirik sendiri dikatakan punca kurangnya lirik indah menyentuh perasaan dicipta. Selain itu, istilah tertentu seperti simbiosis, pudar, camar, rawan dan sebagainya sudah tidak lagi digunakan dalam lirik. Sedangkan, penggunaan istilah ini mampu mendidik dan mendedahkan pendengar dengan perkataan yang jarang dipertuturkan dalam perbualan harian. Berikutan senario ini, ada pihak bimbang bahasa Melayu atau kesusasteraan dalam lirik lagu tidak mampu berkembang apabila semakin banyak lagu dengan lirik selamba dicipta. Konsep lagu berparti sisih lirik Tidak salah menghasilkan lirik sendiri, tetapi bagi komposer dan penerbit, Ajai, penyanyi yang berniat begitu perlu merujuk dan berkongsi idea dengan penulis lirik profesional. “Penulis lirik perlu peka dan tahu lirik yang hendak diketengahkan. Kami sebagai produser bukan saja menghasilkan lagu, sebaliknya mendidik pendengar. Menghasilkan lirik lagu mengikut cita rasa pendengar adalah tindakan kurang bijak atau tidak tepat. “Jadi, tak salah menghasilkan lirik sendiri, tetapi harus dirujuk kepada penulis lirik berkaliber. Jangan fikir ini lagu kita, jadi kita tak perlu rujuk sesiapa. Dengan cara ini, kita bukan saja berkongsi ilmu tetapi dapat menghasilkan lirik yang cantik dan indah,” katanya kepada Skop HIP. Menyedari industri muzik kekurangan penulis lirik berbakat seperti Allahyarham Loloq, Habsah Hassan dan seangkatan dengan mereka, bagi Ajai, penulis muda perlu bijak menghasilkan karya yang bukan saja sedap didengar, malah dapat mendidik. Selain itu, Ajai berpendapat, penggunaan tatabahasa yang betul dan tepat dalam lirik amat penting. Ini kerana bagi Ajai, jika tidak, ia dianggap barisan ayat membuta tuli atau sekadar menjadi lirik penyedap. “Bukan salah artis atau produser, sebaliknya penulis lirik mesti pandai mencari cara hendak mendidik melalui lagu. Contohnya, penggunaan istilah pudar. Dulu orang tidak tahu maksudnya tetapi lagu itu akhirnya menjadi rujukan orang untuk mencari maksudnya. “Itu yang dikatakan mendidik pendengar bukan saja sedap didengar. Kalau kita lihat lagu sekarang, muziknya sedap tetapi lirik hancur. Ini kerana bagi mereka, apa yang penting adalah muzik, lirik macam manapun tak mengapa. Sedangkan lirik memainkan peranan penting dan lirik jugalah mencantikkan lagu,” katanya. Mengambil contoh lagu dari negara seberang yang masih mengekalkan bahasa kiasan indah, puitis dan sedap didengari, Ajai menganggap lirik sebagai sinopsis sebuah cerita yang disampaikan dalam masa tiga hingga empat minit. Meskipun ringkas, lirik memainkan peranan penting dalam lagu supaya mesej yang hendak dikongsi, sampai kepada pendengar. “Kalau kita main letak ayat saja, ia tidak memberi sebarang impak pada lagu. Malah tajuk lagu juga memainkan peranan penting seperti lagu Tak Mungkin Kerana Sayang ciptaan Habsah. “Ini kerana dengan judul lagu itu, peminat hendak tahu cerita di sebalik lagu berkenaan,” jelasnya yang menganggap lagu ciptaan sekarang lebih terarah kepada konsep berparti hingga menyisihkan lirik bermutu. Pandang remeh bahasa indah Walaupun berkongsi pandangan dengan Ajai, bagi penulis lirik, Ad Samad, pengkarya sekarang terlalu terikut kehendak penyanyi dan penerbit dalam menghasilkan lirik. Ad bekata, dek terlalu mengikut peredaran zaman, lirik puitis makin dilupakan. “Saya fikir penulis lirik generasi sekarang sudah tidak ada apa-apa yang hendak diberikan. Tidak seperti era 1980-an yang datang dari kampung seperti Datuk M Nasir dan S Amin Shahab yang datang dengan penuh cetusan idea dan kreativiti. “Mereka ada banyak benda yang hendak diluahkan kepada pendengar. Dalam penulisan lirik, tidak semua benda kita boleh cakap. Malah soal cinta sesuatu yang enteng dan sering dijadikan fokus,” katanya. Menganggap masyarakat sekarang lebih terbuka dan mahukan yang ringkas dan direct, soal prosa kata dan tatabahasa akhirnya dipandang remeh oleh penulis lirik. Bagi Ad, biarpun ringkas, inti pati lirik haruslah mendalam dan mesej difahami pendengar. Jika dulu penulis lirik merangkumi golongan sastera yang menguasai bahasa lembut dan tinggi, Ad menganggap, sekarang sesiapa saja boleh menjadi penulis lirik termasuk penyanyi. “Cukup sekadar ada falsafah dan mampu menghasilkan lirik yang puitis dan mendalam, sudah memadai. Sebagai contoh, kesilapan yang dilakukan seperti tajuk lagu Muka Buku, sepatutnya tidak boleh diubah kerana ia adalah kata nama dan kalau nak diubah, istilahnya adalah Buku Muka. “Sesetengah penulis lirik kini menggunakan ayat atau perkataan hanya sekadar sedap didengar tetapi tidak faham maksud sebenar perkataan. Tambahan pula, penerbit lagu dan penyanyi sekarang lebih suka lagu ringkas dan mudah,” katanya yang menganggap penulis lirik dulu lebih menitik beratkan soal gaya bahasa dan tata bahasa yang penuh dengan elemen penghayatan. Lirik sekadar pelengkap lagu Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Syed Mohd Zakir Syed Othman menyifatkan penulis lirik sekarang bukan daripada golongan mahir dalam bidang penulisan atau pakar bahasa. Ini menyebabkan lirik yang dihasilkan ringkas dan mudah. Mengakui peredaran zaman banyak mempengaruhi penulisan lirik, penulis lirik tidak boleh mengetepikan soal bahasa kerana ia menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu. "Lirik menggambarkan nilai budaya masyarakat. Dalam lirik, kita dapat menghayati keindahan bahasa itu sendiri. Jika lirik terlalu ringkas kononnya mahu menghasilkan lagu yang catchy, ia boleh merosakkan bahasa. "Masih ada lirik lagu yang indah seperti lagu Jamal Abdillah dan Shahir AF. Namun, ada beberapa lagu yang jelas menunjukkan tiada perkembangan dari segi bahasa. Malah ayat yang digunakan tersasar dari budaya Melayu sendiri," katanya. Jelas Syed Mohd Zakir, penulis lirik sekarang kurang menguasai bahasa dan malas berfikir untuk menghasilkan lirik indah. Ini berbanding penulis lirik dulu yang banyak menggunakan bahasa sastera. Menurutnya, tidak salah mengikut muzik Barat, tetapi soal bahasa dalam penulisan lirik perlu dititik beratkan. "Penulis lirik sekarang tidak cerdik malah kosong. Sebab itu lirik yang dihasilkan sekadar menjadi pelengkap lagu saja. Penggunaan ayat dalam lirik juga ada kalanya salah dan kurang sesuai dengan apa yang hendak disampaikan. "Apa salahnya jika penulis lirik sekarang mengambil contoh penulis lirik berkaliber dan profesional. Ini kerana bahasa yang mereka gunakan cukup lengkap dan cantik dengan ayat yang indah,” katanya. Syed Mohd Zakir berkata, apa yang berlaku sekarang, muzik sudah tidak ada nilai bahasa. “Jangan salahkan pendengar atau peminat muzik, sebaliknya penulis dan penggiat muzik harus mencari idea bagaimana hendak mengembangkan bahasa dalam lagu," katanya yang pernah memenangi anugerah Sasterawan Muda, Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) 2010 dan penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA) 2011 ini.

0 Talian 03-8000 8000 dan Faks 03-8000 8001 adalah idea di luar kotak

Ada aduan, dail saja talian 03-8000 8000

NAJIB (tiga dari kiri) melawat Pusat Panggilan 1Malaysia selepas melancarkan perkhidmatan itu di Putrajaya semalam. PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) iaitu sebuah pusat penyelesaian setempat untuk rakyat mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan mengenai perkhidmatan awam. Beliau berkata, pusat yang beroperasi 24 jam seminggu termasuk pada cuti umum itu sejajar dengan prinsip rakyat didahulukan dan diyakini dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat. "Saya yakin dan percaya 1MOCC ini benar-benar dapat meletakkan perkhidmatan awam dan kerajaan sebagai sesuatu yang dibanggakan oleh rakyat. "Saya amat berharap 1MOCC ini disokong dan didukung sepenuhnya oleh semua jabatan dan agensi kerajaan atas semangat kita sebagai satu entiti," katanya pada majlis pelancaran 1MOCC di sini semalam. Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri G. Palanivel. 1MOCC merupakan satu projek National Flagship di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang membolehkan orang awam mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensi kerajaan menggunakan nombor rujukan tunggal 03-8000 8000. Selain itu, pengguna boleh memilih untuk menggunakan faks di talian 03-8000 8001, melayari laman web di www.malaysia.gov.my, e-mel 80008000@1mocc.gov.my dan laman-laman sosial iaitu facebook.com/myGovernment dan twitter.com/myGovPortal. Perdana menteri berkata, inisiatif itu akan lebih memudahkan rakyat kerana hanya satu nombor yang perlu diingat selain membolehkan kerajaan mencapai objektif dengan kos minimum. "Dengan cara ini, kita ada satu perkhidmatan yang revolusionari, tiada tolok bandingan di mana-mana negara. Kita sudah mencapai sesuatu yang di luar jangkaan yang mungkin tidak terfikir oleh kita dan hari ini ia menjadi satu kenyataan," katanya. - Bernama

Tuesday, October 30, 2012

0 Industri TV dan Filem tidak perlu takut kepada persaingan internet

ARKIB : 28/10/2012 Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 0 Masa depan industri filem & tv SITUASI industri filem dan tv pada masa kini amat menakutkan banyak pihak yang terlibat dalam industri. Kutipan filem-filem yang ditayangkan semakin berkurang dan bilangan penonton tv tidak lagi serancak dahulu. Kebanyakan penonton pada masa kini seperti tidak mahu lagi membelanjakan wang untuk mendapatkan informasi dan karya-karya dari industri ini. Bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia juga mengalamai situasi yang sama termasuk Hollywood. Semenjak bermulanya era kemajuan internet, situasi ini dilihat semakin teruk. Jadi, apakah hala tuju dan masa depan industri filem dan tv? Dvd cetak rompak? Tahukah anda hasil penjualan dvd cetak rompak juga semakin berkurangan? Ya, dvd cetak rompak hanyalah musuh lama yang bakal mengalami era kejatuhan kerana definisi "cetak rompak" semakin luas pada masa kini. Salah satu faktor yang menyebabkan industri filem dan tv tidak lagi stabil seperti dahulu adalah internet. Berbilion manusia pada masa kini memiliki akses kepada internet dan dijangka jumlahnya akan bertambah berlipat kali ganda dalam beberapa tahun lagi. Dengan wujudnya website-website yang menawarkan akses untuk menonton karya-karya filem dan program tv secara percuma seperti piratebay.org, penonton merasakan mereka tidak perlu lagi membeli tiket wayang atau menunggu program-program tv untuk tatapan mereka. Apatah lagi, mereka boleh memuat turun "download" filem-filem dan program tv dalam definisi berkualiti tinggi pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja melalui komputer,tablet dan telefon pintar "smart phone". Website "streaming videos" yang paling popular iaitu "Youtube" juga menawarkan berjuta-juta jenis video kepada penonton secara percuma. Malah, semakin ramai pembikin filem yang sanggup menghasilkan video-video dan filem tanpa mendapat bayaran keatas pembikin filem hanya untuk memaparkan kebolehan mereka secara percuma kepada orang ramai di laman youtube. Terdapat juga beberapa pembikin filem dan video yang dibayar oleh syarikat Youtube melalui iklan yang dipaparkan pada video-video mereka, tetapi jumlah bayarannya jauh lebih rendah dari yang sepatutnya berbanding dalam industri sebenar. Persoaalannya, jika semakin ramai penonton beralih kepada media percuma, apakah nasib industri filem dan tv yang semakin ditinggalkan? Apakah nasib syarikat-syarikat perfileman dan tv? Adakah jumlah bayaran pekerja-pekerja industri ini akan berkurang dan akhirnya hanya bekerja secara sukarela? Adakah Youtube akan memonopoli industri media sedunia?Sekatan website-website, program mendidik rakyat, pelaksanaan undang-undang untuk membendung cetak rompak internet masih sukar untuk menyelesaikan masalah ini. Mengapa kita memandang situasi ini sebagai suatu masalah? Kita sebenarnya tidak sedar bahawa industri filem dan tv sedang melalui proses evolusi atau perubahan. Evolusi bukanlah sesuatu masalah, ia hanya satu tahap perubahan bagi industri ini menjadi lebih matang. Sudah tiba masanya untuk industri ini mencari pendapatan dan keuntungan dengan cara yang baru. Cuma caranya masih lagi kabur dan tidak diketahui lagi, mungkin dengan pegiklanan atau penjualan karya-karya dari industri perniagaan internet yang semakin pesat membangun. Industri perfileman dan tv telah berdiri teguh sekian lama dan menempuh pelbagai cabaran sebelum kewujudan internet lagi.Kita tidak perlu risau tentang persaingannya. Yang penting, kita perlu menghasilkan karya-karya yang bermutu kerana penonton dan penggemar karya-karya seni tidak akan pernah hilang.

Sunday, September 09, 2012

0 Alang-alang bisnes biar modal juta-juta

Labur RM10j Oleh Mohd Nor Asri Yaacob bisnes@hmetro.com.my TIARA Pesona Sdn Bhd, syarikat milik Bumiputera yang menyediakan perkhidmatan bas ekspres, Ekspres Perdana melabur hampir RM10 juta untuk menambah 12 buah bas baru bagi meningkatkan lagi operasi pengangkutan sekali gus melonjakkan lagi jumlah penumpang yang kini sudah mencapai 27,000 menerusi perkhidmatan 20 bas sedia ada. Ketua Pegawai Eksekutif Ekspres Perdana, Laili Ismail berkata, sebagai permulaan, enam daripada bas berkenaan akan mula beroperasi pada Oktober depan manakala selebihnya pada awal tahun depan. “Kita meningkatkan operasi dengan menambah jumlah bas selepas mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna selain menyediakan perkhidmatan yang selesa,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Kemerdekaan di pejabat Ekspres Perdana di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kelantan. Ekspres Perdana ketika ini menumpukan perkhidmatan membabitkan perjalanan dari Kota Bharu ke Lembah Klang dan Kuantan selain beberapa negeri seperti Melaka dan Negeri Sembilan. Sementara itu, Laili berkata, syarikat juga kini sudah melebarkan perkhidmatannya ke Wilayah Utara sejak bulan lalu dan mencapai kira-kira 5,000 penumpang selain memberi tumpuan kepada perkhidmatan bas pelancong dengan menyediakan bas berkonsepkan jeti ke jeti bermula dari Kuala Besut, Terengganu hingga Pulau Langkawi, Kedah dan Pulau Pinang. “Konsep ini memudahkan pelancong bergerak ke tempat pelancongan secara individu tanpa menggunakan bas dan secara tidak langsung memajukan industri pelancongan tempatan dengan menawarkan perkhidmatan bas yang selesa,” katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/08

Wednesday, September 05, 2012

0 Buta sejarah atau menyokong penubuhan Melayu Raya?

'Sang Saka Malaya' bukan bendera asal Tanah Melayu MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN 4 September 2012 Bendera Persekutuan Tanah Melayu Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang diguba pakai dari 1896 hingga 1950 Bendera Sang Saka Malaya Bendera Sang Saka Malaya yang dikibarkan, Khamis lalu SHAH ALAM – Dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera ‘Sang Saka Malaya’ pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, Khamis lalu, bagi menggantikan Jalur Gemilang kononnya ia bendera asal Tanah Melayu disanggah pakar sejarah. Bukan itu sahaja, pakar sejarah turut menggelar kumpulan tersebut sebagai pelupa dan jahil sejarah tanah air. Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah. Menurutnya, warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob. “Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu, tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya. “Namun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam. “Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu, tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula,” katanya. Semalam, Sinar Harian melaporkan blogger 'Singa Selatan' mengakui membawa bendera baru pada sambutan kemerdekaan tanah air kerana Sang Saka Malaya bendera itu adalah simbolik panji perjuangan dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu. Sementara itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi, namun ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu. Katanya, dakwaan bahawa bendera itu sebagai bendera asal adalah sesuatu yang amat bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara. “Parti yang mendukung pembentukan Indonesia Raya telah diharamkan, tetapi penyokongnya masih ada, jadi mereka cuba membuat pembohongan besar dengan cuba menukar sejarah kononnya itu adalah bendera asal,” katanya.

0 Hebatnya Hasihin, atlit paralimpik Malaysia menang pingat perak memanah

Hasihin raih perak memanah Hasihin Sanawi meraikan kejayaan merangkul pingat perak pada Sukan Paralimpik 2012 dalam acara memanah recurve individu W1/W2 (berkerusi roda) di London, semalam. - BERNAMA LONDON - Pemanah elit paralimpik negara Hasihin Sanawi menyumbangkan pingat pertama kepada kontinjen Malaysia pada Sukan Paralimpik London apabila meraih pingat perak, semalam. Pada saingan akhir acara recurve individu lelaki W1/W2 di Lapang Sasar Memanah Royal Artillery Barrack dekat sini, Hasihin tumpas kepada Oscar de Pellegrin dari Itali dalam pusingan penentuan selepas kedua-dua pemanah itu terikat 5-5 selepas lima set. Turut menyaksikan kejayaan cemerlang Hasihin ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) yang juga Ketua Kontinjen Malaysia ke Paralimpik London, Datuk Zolkples Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Ahmad Shapawi Ismail; Penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Tun Jeanne Abdullah dan Presiden MPM Datuk Zainal Abu Zarin. "Saya memang tidak fikir apa-apa... syukur kepada Allah atas kejayaan pingat perak ini. "Pencapaian ini adalah yang terbaik sepanjang setahun saya melibatkan diri dalam sukan memanah. "Saya tidak pernah bertemu dia (Oscar) sebelum ini, jadi saya hanya fokus dan cuba memberikan saingan yang terbaik," katanya. Hasihin berkata, beliau juga gembira kerana berjaya melunaskan impian bekas pemanah elit paralimpik negara, Allahyarham Mohd. Salam Sidik untuk mengalahkan pemanah Iran, Ebrahim Anjbarkivaj dalam saingan separuh akhir. "Saya ingat lagi arwah pernah kata dia hendak kalahkan pemanah Iran itu suatu hari nanti. Saya pegang kata-kata arwah itu dan bila berjumpa Ebrahim, saya berjaya kalahkan dia," kata pemanah berusia 27 tahun itu yang pertama kali beraksi di Sukan Paralimpik. Allahyarham Mohd. Salam yang meninggal tahun lepas, semasa hayatnya berada pada ranking kedua dunia, tumpas kepada Ebrahim pada Sukan Para Asia di Guangzhou, China pada 2010. Terdahulu pada saingan separuh akhir hari ini, Hasihin yang turut terikat dengan kedudukan 5-5, berjaya melepasi pusingan penentuan apabila memperoleh 10 mata berbanding Ebrahim yang hanya meraih lapan mata. Hasihin akan meneruskan cabaran negara dalam acara berpasukan bersama Zulkifli Mat Zain dan Mohd. Zafi Rahman Mat Salleh pada Sukan Paralimpik. - Bernama

0 Bagaimana melepasi kekangan untuk berkarya kreatif di Malaysia?

Analog: Kekangan minda sekat karya hebat 05/09/2012 - 05:39:11 AM Imlan Adabi Cetak Emel Kawan Kita masih terhalang menikmati karya di luar pemikiran perdana. Walaupun ada yang mendakwa 55 tahun merdeka bermakna kita bebas menafsir dan membuat keputusan, tidak banyak karya yang menduga minda untuk ditonton atau dibaca. Justeru, kita kekal membaca buku atau novel popular, cinta kecundang atau jodoh tak sampai. Kita sekadar menonton filem gred B yang sekadar aksi lasak dan cinta tiga segi. Kita jarang diberi peluang membaca buku yang mencabar minda atau menonton filem yang di luar pemikiran sendiri. Setiap tahun Hollywood menghasilkan hampir 1,000 filem dan Bollywood pula 1,500 judul. Hanya dua peratus karya mereka dianggap bermutu, berbanding yang berlambak di pawagam kita sekadar adegan ganas, cinta dan hantu. Tiga filem yang paling mendapat sambutan dunia tahun ini bukan karya terbaik. Mission Impossible: Ghost Protocol (kutipan RM87 juta), Sherlock Holmes: A Game of Shadows (RM59.7 juta) dan Alvin and the Chipmunks: Chipwrecked (RM49.4 juta). Filem berkenaan sekadar hebat dengan teknologi dan kesan bunyi, bukan mutu dan mesej yang membentuk minda. Malang bagi peminat seni di Malaysia kerana kita dibekalkan dengan karya sampah-sarap, termasuk karya tempatan yang memaparkan cerita seram atau lawak murahan. Jika ada pun karya yang boleh dimanfaat, skrip lama masih berulang – sensitiviti agama, kaum, budaya dan klise Melayu. Karya yang baik diharamkan atau ditunda penayangan dan penerbitan. Malang bagi peminat seni di Malaysia kerana kita dibekalkan dengan karya sampah-sarap, termasuk karya tempatan yang memaparkan cerita seram atau lawak murahan. Jika ada pun karya yang boleh dimanfaat, skrip lama masih berulang – sensitiviti agama, kaum, budaya dan klise Melayu. Karya yang baik diharamkan atau ditunda penayangan dan penerbitan. Unsur perkauman, ganas Keadaan berlarutan hingga menyebabkan filem Tanda Putera hanya ditayang pada 15 November. Polemik yang timbul bukan kerana seni analisis tapi hal di luar kesenian itu sendiri. Kononnya filem ini ada unsur perkauman dan keganasan. Ada yang mendakwa kepentingan politik kepartian. Kita sukar merumus tanpa menilai dan mengkaji sesebuah karya. Sebelum ini beberapa karya besar dunia dinafikan tayangan di Malaysia. Filem Schindler’s List (1993) karya Steven Spielberg diharamkan Lembaga Penapis Filem kerana dikaitkan unsur Yahudi. Begitu juga Saving Private Ryan dan The English Patient kerana pengarahnya Yahudi. Kita menjadi tabu dengan Yahudi walaupun pada masa sama kita menerima idea mereka untuk sistem kewangan, teknologi, pengurusan dan politik. Begitu juga buku yang mencabar pemikiran dan tradisi turut menjadi mangsa keadaan. The Malay Dilemma oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang dihasilkan pada 1970 hanya berada di pasaran pada 1981 selepas beliau dilantik Perdana Menteri. Ada yang menuduh Dr Mahathir anti-Islam dan rasis. Selepas buku itu diteliti, dakwaan sebelumnya ternyata meleset. Tradisi kesusasteraan tidak pernah sunyi dengan polemik. The Satanic Verses karya Salman Rushdie diharamkan di banyak negara kerana menghina Islam serta memburukkan Nabi Muhammad dan Siti Aishah. Cerpen Langit Makin Mendung yang dihasilkan penulis Indonesia, Ki Panji Kusmin tidak kurang mengundang kontroversi. Karya yang diterbitkan Majalah Sastra, edisi Ogos 1968 dianggap menghina peristiwa israk mikraj. Menghina Islam Sasterawan dan cendekiawan, Dr Kassim Ahmad juga tidak terkecuali menerima tempias apabila sajak Sidang Roh dianggap menghina Islam. Dia terpaksa menerima ganjaran mahal apabila ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semata-mata dituduh komunis. Bagi pengkaji yang jujur menilai, Sidang Roh tidak lebih sebagai karya seni yang mengungkapkan jiwa kacau apabila dunia menguasai minda manusia. Mungkin ‘dosa’ bagi sajak ini kerana ungkapan ‘perlu satu-satu diperhitungkan kembali, hari ini kita dewasa tanpa Tuhan tanpa impian/kerana besok mungkin terlalu lewat/bagi kiamat yang telah ditangguhkan.’ Karya yang dihasilkan di Petaling Jaya pada Ogos 1960 adalah pengalaman peribadi penulis yang menghadapi cabaran pemikiran dan persekitaran urban. Dua buku yang diperdebatkan tahun ini adalah karya Irshad Manji dan Faisal Tehrani. Buku Allah, Liberty and Love diharamkan pengedaran kerana dikaitkan tafsiran bebas terhadap agama. Irshad yang didakwa lesbian pernah mengalami nasib sama di Indonesia apabila majlisnya terpaksa dibatalkan kerana bantahan gerakan Islam. Faisal yang menghasilkan Perempuan Nan Bercinta dan Sebongkah Batu di Kuala Berang dituduh menyelitkan unsur Syiah dalam karya. Dari segi sejarah, novel Putera Gunung Tahan karya Pak Sako diharamkan British sebelum kemerdekaan negara. Mungkinkah selepas 55 tahun merdeka ada novel lain yang diharamkan?

Monday, September 03, 2012

0 Apabila Orang Semenanjung kurang arif tentang Sabah dan Sarawak

TV3, Nurul Syuhada mohon maaf Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA kamilah.mustapha@kosmo.com.my BINTULU yang juga bandar keempat terbesar di Sarawak berkembang pesat hasil pembangunan sektor minyak dan gas. KUALA LUMPUR – Stesen televisyen TV3 dan pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI), Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin, 28, (gambar kecil) memohon maaf berhubung ulasan semasa siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lalu berkenaan pemilihan lokasi sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Sarawak yang dikatakan daif. TV3 membuat permohonan maaf dalam satu kenyataan di sini semalam sementara Nurul Syuhada pula menulisnya dalam laman sosial Facebook beliau setelah menerima kritikan serta gesaan pelbagai pihak supaya berbuat demikian. “Sebagai seorang anak jati Malaysia, saya tidak pernah dan tidak akan kritik tanah air saya atau mana-mana wilayah negara ini dan kepada orang-orang yang tersinggung, saya minta maaf,” kata Nurul Syuhada dalam laman web sosial itu semalam. Beliau turut memetik kembali ulasan yang dibuatnya dalam program itu yang menimbulkan rasa kurang senang terutama masyarakat di Bintulu yang berbunyi: “Kawasan luar bandar yang daif tapi telah melalui pelan-pelan transformasi yang ingin disampaikan...berjaya dan terus mengangkat bandar itu (Bintulu) sendiri.” Selain memohon maaf, Nurul Syuhada yang dikecam dalam Facebook sempat mengingatkan kepada mana-mana pihak yang menyemai perasaan kebencian terhadapnya bahawa mereka akan diadili oleh Tuhan. Sementara itu, Unit Perhubungan Awam TV3 dalam kenyataannya mereka semalam menyatakan, isu itu timbul ekoran salah tafsir sesetengah pihak mengenai ulasan pengacara MHI itu. “Bagi pihak TV3, kami ingin menerangkan bahawa terdapat salah tafsiran terhadap penyampaian oleh pengacara kami, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin ketika merujuk kepada pemilihan Bintulu sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia tahun ini semasa siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lepas. “Kami meminta maaf jika salah tafsir ini menyinggung mana-mana pihak. Nurul Syuhada dan TV3 tidak mempunyai sebarang niat untuk memburukkan bandar tersebut,” jelasnya. Sejurus selepas program tersebut, pelbagai pihak termasuk Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak menggesa Nurul meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa lintas langsung itu. Naib Ketua Pemuda PBB, Pandi Suhaili dilaporkan berkata, Nurul Syuhada kurang arif mengenai Bintulu sehingga menyebabkan beliau beranggapan bahawa bandar itu sebagai daif walhal ia antara penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menerusi hasil gas dan minyak. Bintulu bakal menjadi tuan rumah perayaan sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 September ini.

0 Program Datuk Bandar di Palestin

Gadis 16 tahun jadi datuk bandar dua bulan ALLAR - Seorang gadis berusia 16 tahun, Bashaer Othman (gambar kecil) kembali semula ke sekolah selepas beliau menamatkan perkhidmatan sebagai datuk bandar selama dua bulan di sebuah bandar kecil di Tebing Barat, Palestin. Beliau menjadi Datuk Bandar Allar yang mempunyai 8,000 penduduk. Beliau menjadi datuk bandar pada 2 Julai lalu semasa usianya 15 tahun. Bashaer menjadi datuk bandar menerusi program projek parlimen muda yang dikendalikan Forum Pemuda Sharek. Tujuan program itu diperkenalkan adalah untuk melibatkan golongan muda dalam pentadbiran tempatan Palestin. "Saya datang ke pejabat pada setiap pukul 8 pagi dan meneliti banyak fail, menandatangani dokumen selain bertemu dengan anggota-anggota majlis perbandaran. "Saya juga melakukan banyak lawatan untuk menyelesaikan masalah dengan segera," katanya. Menurutnya, dia berasa takut memegang tanggungjawab yang terlalu banyak namun menganggapnya sebagai satu cabaran. Selepas enam jam bekerja, Bashaer pulang ke rumah dan melakukan rutin harian sebagai seorang gadis termasuk bermain permainan komputer. Terdapat 11 anggota majlis perbandaran, enam daripadanya dari parti Fatah, lima lagi mewakili pergerakan Hamas yang menguasai Genting Gaza. Menurut Bashaer, semua anggota majlis tersebut memberikan sokongan kepadanya. Gadis itu diberikan kuasa penuh sebagai datuk bandar. Bagaimanapun, dia hanya dibenarkan utnuk menandatangani kelulusan kewangan setakat AS$75 (RM52.92). Menurutnya, dia berharap akan menjadi datuk bandar sekali lagi. - AFP

Saturday, September 01, 2012

0 Masuk Universiti adalah permulaan menimba banyak ilmu yang relevan

Masuk universiti bukan kemuncak pelajaran 01/09/2012 - 05:32:40 AM Ikbal Salam Cetak Emel Kawan Sejak beberapa tahun lalu ramai sahabat berstatus majikan mengeluh mengenai kualiti graduan Melayu yang menghadiri temu duga. Ramai yang tidak menggambarkan mereka lulusan institusi pengajian tinggi apabila gagal menjawab soalan pengetahuan am yang secara logiknya patut diketahui graduan. Sudah menjadi kelaziman dalam sesi temuduga hari ini seorang graduan tidak mampu menyampaikan hujah dan idea secara kritikal dan bernas. Malah ada yang tidak mampu menyatakan nama tokoh negara hingga menimbulkan kecurigaan terhadap keaslian ijazah yang dibawa. Akibat tiada pilihan, ramai majikan menutup sebelah mata dan berharap graduan berkenaan menjadi lebih matang dan menunjukkan kebolehan sebenar apabila diambil bekerja. Malangnya, kebolehan yang ditunggu-tunggu tidak juga muncul dan tahap prestasi kerja mereka hanyalah setakat memenuhkan bilangan kakitangan. Ramai juga graduan Melayu yang tidak mampu mendapatkan kerja yang sesuai dengan kelulusan kerana tidak langsung mempunyai keyakinan diri dan tiada kemahiran tambahan. Sedih bercampur geram apabila melihat bakat muda ini hanya mampu menjaja ijazah dan diploma ke sana sini sebelum akhirnya menjadi pembantu jualan langsung atau memenuhi jawatan tidak mencabar yang memerlukan kelulusan sijil persekolahan saja. Kejayaan masuk universiti bukan tanda mereka sudah menjadi pelajar cemerlang, sebaliknya ia permulaan kepada usaha menimba sebanyak mungkin ilmu yang relevan dengan kehidupan masa depan” Lemah di alam universiti Sejak kecil lagi mereka menyatakan cita-cita ke menara gading yang menjadi matlamat akhir pemburuan ilmu mereka. Mereka mengharungi persekolahan dengan bersungguh-sungguh dan melepasi satu persatu sistem peperiksaan perdana. Setiap tahun semakin ramai yang memperoleh banyak atau semua A untuk subjek yang diambil. Akhirnya mereka berjaya menempatkan diri di universiti yang semakin banyak pada hari ini. Malangnya pendaftaran sebagai seorang pelajar universiti yang sepatutnya menjadi titik mula kepada pembentukan seorang profesional tidak berjaya diterjemahkan kepada kehidupan mahasiswa dan mahasiswi ini. Ini disebabkan persepsi sebahagian mereka yang menganggap memasuki universiti adalah kemuncak kehidupan mereka mencari ilmu. Oleh kerana kemuncaknya sudah diperoleh, maka ramai pelajar Melayu yang dahulunya begitu aktif di alam persekolahan menjadi kian lemah di alam universiti dan seolah-olah hilang minat meneroka dan menguasai cabang ilmu yang luas. Lebih parah lagi ada yang mengambil kursus tidak lagi menjadi keperluan pasaran pekerjaan. Pemikiran mereka seperti mentaliti sebahagian ahli sukan kita yang menganggap penyertaan dalam Sukan Olimpik adalah kejayaan mutlak. Sebab itulah apabila ditemu ramah media Malaysia, sebahagian mereka langsung tidak menunjukkan rasa bersalah akan kekalahan mereka, seolah-olah mereka sekadar penonton temasya sukan itu. Ini berbeza dengan ahli sukan negara lain yang menganggap hanya pencapaian pingat emas boleh dianggap sebagai tercapainya kemuncak matlamat. Graduan biasa Kini ramai anak muda Melayu yang berjaya ke universiti sehingga dianggap perkara biasa. Keadaan ini berbeza berbanding zaman ibu bapa kita dulu hinggakan satu kampung berkenduri meraikan kejayaan anak jiran masuk universiti. Gambaran penghormatan anak muda dulu yang berjaya masuk universiti adalah seperti diberikan kepada Datuk Lee Chong Wei ketika kembali dari temasya Olimpik London baru-baru ini. Tuntutan terhadap graduan kini sudah jauh berbeza. Kejayaan masuk universiti bukan tanda mereka sudah menjadi pelajar cemerlang, sebaliknya ia permulaan kepada usaha menimba sebanyak mungkin ilmu yang relevan dengan kehidupan masa depan. Mereka hendaklah menjadikan universiti sebagai platform menanamkan keyakinan dan melatih ketrampilan diri. Amat mendukacitakan apabila sebahagian graduan Melayu menjadi begitu kaku dan hambar hinggakan terlalu bergantung kepada pasaran kerja ditawarkan institusi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan. Untuk berjaya dalam kehidupan hari ini, graduan Melayu perlu mempunyai selera untuk menjadi individu yang hebat. Malangnya, ramai yang hanya mampu menjadi graduan biasa hinggakan ke sesi temu duga terpaksa ditemani ibu bapa lantaran tiada keyakinan diri. Tiada apa boleh dibanggakan dalam resume mereka jika dibandingkan dengan graduan bangsa lain yang hadir dengan keyakinan diri untuk berhujah dan kemampuan menguasai beberapa bahasa. Selepas melalui proses memperkukuh ketahanan diri Ramadan lalu, pelajar Melayu hendaklah dengan serius merenung sejenak arah tuju masa depan mereka dan bertindak bagi memperbaiki tahap pencapaian orang Melayu dalam negara kita. Kadang-kadang apabila kita terlalu beralah dan perlahan, kita juga yang akhirnya dipinggir dan ditinggalkan. Anak muda Melayu hari ini adalah pewaris bagi menerus dan meningkatkan kedudukan agama Islam dan orang Melayu. Tidak mengapalah menjadi Melayu yang kiasu asalkan sikap itu tidak pula menindas orang lain.

Friday, August 31, 2012

0 Bisnes tanah oleh taikon Sime Darby

Rancang tambah bank tanah Mohd. Bakke Salleh (tengah) menjawab soalan pemberita mengenai prestasi kewangan Sime Darby Bhd. di Kuala Lumpur, semalam. Hadir pada majlis itu Ketua Pegawai Operasi, Datuk Abd. Wahab Maskan dan Ketua Pegawai Kewangan, Tong Poh Keow. KUALA LUMPUR 29 Ogos - Sime Darby Bhd. (Sime Darby) bercadang menggandakan bank tanahnya terutama untuk bahagian perladangannya menjelang 2016. Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Mohd. Bakke Salleh berkata, pihaknya sedang meninjau peluang untuk menambah bank tanah terutama di Indonesia dan Afrika. ''Cadangan peningkatan bank tanah itu adalah sangat ketara dan kami sedang bekerja keras untuk memastikan ia dapat dicapai. ''Kumpulan meletakkan sasaran menggandakan bank tanah tersebut iaitu pada 2015 atau 2016,'' katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengumumkan prestasi kewangan Sime Darby bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012. Pada masa ini, Sime Darby mempunyai tanah perladangan seluas 522,000 hektar. Tambah Mohd. Bakke, pihaknya turut menyasarkan harga minyak sawit mentah berada antara RM2,950 hingga RM3,000 setan metrik pada tahun ini. Sementara itu, ketika ditanya mengenai cadangan penyenaraian bahagian-bahagian di bawah Kumpulan Sime Darby, Mohd. Bakke berkata, beliau tidak menolak kemungkinan untuk melaksanakan aktiviti itu. ''Kami melihat pelbagai bahagian untuk melaksanakan aktiviti perniagaan tetapi belum ada rancangan khas mengenainya. ''Ia tidak akan dilakukan dalam masa terdekat ini dan sebarang pengumuman akan dibuat bila tiba masanya,'' jelasnya.

0 Malaysia dimata pelancong luar negara?

11.6 juta pelancong lawat Malaysia hingga Jun PUTRAJAYA 30 Ogos - Jumlah kedatangan pelancong dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2.4 peratus dengan rekod seramai 11.6 juta orang berbanding 11.3 juta bagi tempoh sama tahun lepas. Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, peningkatan itu secara tidak langsung memperlihatkan pertambahan kepada jumlah pendapatan negara sebanyak empat peratus dengan rekod RM26.8 bilion pada tahun ini berbanding RM25.7 bilion sebelumnya. "Antara pelancong asing yang merekodkan peningkatan itu adalah Filipina (45.3 peratus), diikuti China (34.2 peratus), Jepun (32.5 peratus), Indonesia (20 peratus), India (6.9 peratus) dan United Kingdom (5.9 peratus). "Turut memperlihatkan peningkatan luar biasa adalah dari negara-negara jauh seperti Oman (33.2 peratus), Rusia (28.2 peratus), Perancis (20.6 peratus), Amerika Syarikat (AS) (18.9 peratus), Korea Selatan (18 peratus), Kuwait (17.4 peratus) dan Denmark (15.7 peratus)," katanya.

0 Sistem dua sijil untuk lepasan SPM: Survival selepas SPM

Semua pelajar tingkatan satu didedah latihan kemahiran Oleh SUHANA MD. YUSOP suhana.yusop@kosmo.com.my KUALA LUMPUR – Bermula tahun depan, sistem pendidikan negara akan melalui satu perubahan apabila semua pelajar tingkatan satu di negara ini akan didedahkan dengan latihan kemahiran sehingga tingkatan lima. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S. Subramaniam memberitahu, latihan kemahiran tersebut adalah bertujuan menangani isu pelajar yang tidak berminat dengan bidang akademik tetapi cenderung dengan bidang kemahiran. Menurutnya, langkah untuk merubah sistem pendidikan negara itu adalah usaha besar Kementerian Pelajaran dalam memastikan golongan tersebut tidak tercicir dan mampu berdikari biarpun tidak cemerlang dalam bidang akademik selain boleh menyumbang kepada pembangunan negara. “Kesemua mereka ini apabila tamat tingkatan lima akan mendapat dua sijil iaitu Sijil Kemahiran Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia yang mana boleh digunakan untuk masa depan mereka. “Bagi yang tidak berminat dengan akademik, mereka boleh gunakan sijil kemahiran tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan cek bernilai RM1.5 juta kepada Yayasan MySkills Malaysia di sini semalam. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Yayasan MySkills Malaysia, Dr. Shanmugasiva. Subramaniam menjelaskan, latihan kemahiran yang diberikan adalah berasaskan kepada bidang yang diperlukan oleh pasaran.

0 Apa ertinya bendera negara bagi anda? Seeloknya bukan lambang ideologi politik pemerintah

Dirgahayu Malaysiaku! Saya mencemburui rakyat Indonesia 30/08/2012 - 11:05:09 AM Johan Jaafar Cetak Emel Kawan Patriotik kibar bendera sambut merdeka Maafkan saya. Saya mencemburui Indonesia dan rakyatnya. Mereka juga menyambut hari kemerdekaan pada Ogos, 14 hari lebih awal daripada kita, pada 17 haribulan. Indonesia merdeka 12 tahun terdahulu daripada perisytiharan kemerdekaan kita. Mereka memperoleh kemerdekaan dengan darah, keringat dan air mata. Bukan sedikit pejuang kebangsaan yang tumpas bagi memungkinkan perisytiharan yang dibuat di Jalan Pegangsaan Timur 56, Cikini, Jakarta Tengah oleh Sukarno dan Muhammad Hatta menjadi kenyataan. Pada setiap hari kemerdekaan, rakyat Indonesia tidak pernah melihat siapa di tampuk pemerintahan atau parti mana yang menguasai negara” Pada setiap hari kemerdekaan, rakyat Indonesia tidak pernah melihat siapa di tampuk pemerintahan atau parti mana yang menguasai negara. Mereka melihat kemerdekaan sebagai simbol perpaduan, penyatuan dan ‘kebersamaan’ (istilah mereka). Itu bukan bermakna mereka tidak bercakaran atau berbalah cuma mereka sama-sama menghargai hari kemerdekaan. Lebih penting lagi, bagi mereka ini masa terbaik memperaga identiti dan semangat patriotisme yang sebenar. Bagi rata-rata rakyat Indonesia, sehari dalam setahun, mereka menunjang kebanggaan sebagai rakyat yang berjati diri, berwibawa dan bermaruah. Mereka tidak perlu dipujuk, dipinta apa lagi dipaksa untuk mengibarkan bendera kebanggaan mereka - Bendera Negara Kesatuan Republik Indonesia yang juga dikenali sebagai Sang Saka Merah Putih. Setiap rakyat Indonesia tahu mengapa warna merah putih dipilih. Bukan secara kebetulan sebenarnya bahawa warna lambang kebesaran kerajaan Kediri, Majapahit, Batak malah Bugis satu waktu dulu juga merah putih. Merah bererti berani dan putih tanda suci. Rakyat Indonesia tidak sahaja mengibarkan bendera pada hari merdeka tetapi mencorakkan warna merah putih dalam pelbagai bentuk yang kreatif. Maka itu setiap 17 Ogos, merah putih mewarnai seluruh Indonesia - menghiasi ruang depan rumah, tiang hingga kerusi dan meja. Malah enjin carian Google Indonesia memastikan logonya berwarna merah putih, sewarna dengan bendera Indonesia pada musim kemerdekaan. Apakah makna sebuah bendera bagi Indonesia? Segala-galanya. Malah apabila segelintir rakyat Indonesia melepaskan geram pada Malaysia mereka mewujudkan Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (ringkasnya Bendera). Kumpulan inilah yang mengisytiharkan perang terhadap Malaysia. Bendera Malaysia, Jalur Gemilang juga dijadikan bahan cemuhan dan penghinaan beberapa kumpulan pembenci Malaysia yang lain. Simbolisme bendera dan kemerdekaan amat serius bagi rakyat Indonesia. Mereka sehati, sejiwa, sederap. Mereka melihat bendera dan hari merdeka sebagai cerminan peribadi, wibawa dan maruah diri. Perayaan kemerdekaan Indonesia ialah hari bangga, hari bendera dan hari memperaga ke-Indonesia-an yang sebenar. Saya tidak pernah mendengar pujukan apa lagi desakan agar rakyat Indonesia mengibarkan bendera kebanggaan mereka pada hari merdeka. Di Malaysia kempen ‘Kibarkan Jalur Gemilang’ dibuat selama sebulan, bagi mengajak rakyat melakukannya. Teriakan itu berkumandang daripada media elektronik hingga ke media cetak dan dilaungkan oleh pimpinan politik pelbagai peringkat. Mengapa sampai begitu? Apakah rakyat kita tidak peduli, degil atau sememangnya tidak patriotik? Alasan diberikan ialah patriotisme tidak boleh diukur dari sekadar memperagakan bendera sahaja. Maka itu banyak premis perniagaan dan pejabat yang melakukannya akibat peraturan dan bukan kerelaan. Di jalan raya, bendera kecil di kenderaan juga tidak banyak kedapatan. Mungkin laluan pembinaan negara bangsa Indonesia berbeza dengan kita. Sebenarnya tidaklah menghairankan dek kompleksiti rakyatnya yang berselerak di 100,000 pulau memerlukan simbol perpaduan yang kukuh. Atau mungkin juga pemerintahan kuku besi pada peringkat awalnya. Rakyat yang dibezakan oleh ribuan bahasa, adat resam dan kepercayaan memerlukan Pancasila sebagai pengikat. Tiang seri tegak berlimanya ialah kebangsaan, internasionalisme, muafakat, kesejahteraan dan ketuhanan. Kita pula mewujudkan Rukun Negara hanya selepas kita berasakan keperluan menyatukan rakyat selepas Peristiwa 13 Mei 1969. Mungkin kita tidak melalui jalan yang mereka lalui. Mereka menumpukan pada pembentukan citra, akal budi dan kepatuhan bersama. Mereka tidak lebih maju daripada kita tetapi kita juga tidaklah begitu berjaya membina jati diri Malaysia sebenar. Mereka mempunyai kelemahan, begitu juga kita. Kita bercakap mengenai ‘1Malaysia’ hanya selepas lebih 50 tahun merdeka. Siapapun mereka, di manapun mereka dan dalam konteks apapun, identiti ke-Indonesia-an mereka unik dan kukuh. Apakah yang menyebabkan kita kurang menghormati simbol seperti bendera di negara ini? Keyakinan tinggi? Kemewahan? Ketaksuban pada hal-hal kebendaan? Atau sememangnya kita tidak peduli? Atau apakah kerana kita terlalu berpecah-belah dan dikelabui oleh kebencian sesama sendiri dek perbezaan fahaman politik? Maka itu kita menganggap apa sahaja usaha yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah - walaupun sekadar mengibarkan bendera dan merayakan hari kemerdekaan - tidak betul dan bermotif buruk? Tidak bolehkah sekali dalam setahun, kita menghargai tarikh keramat yang telah mencorakkan destini negara dan rakyatnya? Dirgahayu Malaysiaku!

Wednesday, August 29, 2012

0 Stribild harapan baharu bagi penghidap AIDS?

AS lulus pil tunggal untuk rawat HIV WASHINGTON - Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) meluluskan pil baharu bagi melawan jangkitan virus HIV yang menyebabkan penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) di Amerika Syarikat (AS). Pil tersebut yang diluluskan penggunaannya kelmarin menggabungkan empat jenis ubat bagi melawan virus AIDS. Diberi nama Stribild, ubat tersebut dikeluarkan oleh firma AS, Gilead Sciences Inc. Pil itu boleh digunakan untuk merawat pesakit dewasa yang belum pernah menerima rawatan HIV. Penghidap HIV sebelum ini terpaksa memakan kombinasi beberapa biji pil pada setiap hari bagi mengekang jangkitan virus berkenaan di dalam badan mereka. Kajian firma tersebut mendapati tiada kesan virus HIV dalam darah 88 hingga 90 peratus pesakit yang mengambil pil Stribild selepas 48 minggu. - AP

0 Bebaskan diri daripada pemikiran tradisi lapok

Rakyat perlu berani teroka idea baharu Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI zaini.hadi@kosmo.com.my NAJIB (dua dari kanan) dan Rosmah melawat seorang kanak-kanak yang dirawat di IJN, Kuala Lumpur semalam. Turut kelihatan Dr. Mahathir (kiri). KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak penjawat awam supaya membebaskan diri daripada pemikiran tradisi serta berani meneroka idea baharu yang bersifat kreatif dan inovatif bagi mencapai kemajuan pada tahap yang lebih tinggi. Menurut beliau, dalam perlumbaan mencabar dunia digital mutakhir ini kemampuan berdaya saing menjadi penanda aras baharu dalam carta kompetitif global. “Sebab itulah saya tekankan supaya kita mesti berani memisahkan diri kita daripada pemikiran tradisional dan memecahkan tembok kemustahilan untuk mencapai kejayaan yang berlandaskan kepada nilai kreativiti dan inovasi,” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2011 (AIPM) di Institut Jantung Negara (IJN) di sini semalam. Anugerah itu disampaikan Najib kepada Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Tan Sri Dr. Robaayah Zambahari. Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung Yayasan IJN, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. AIPM yang bermula sejak 2009 merupakan pengiktirafan perdana terunggul kepada agensi serta jabatan kerajaan yang berjaya menghasilkan sesuatu inovasi berimpak tinggi dan signifikan kepada kesejahteraan rakyat dan negara. Najib berkata, dalam persaingan sengit ekonomi dunia hari ini, perkhidmatan awam memerlukan budaya kecemerlangan tadbir urus yang baik selain bersifat kreatif dan inovatif.

Artikel berkaitan: IJN dinobat pemenang Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2011 29/08/2012 - 17:46:54 PM Cetak Emel Kawan KUALA LUMPUR: Institut Jantung Negara (IJN) hari ini dinobat sebagai pemenang Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2011 (AIPM) dan menerima ganjaran sebanyak RM1 juta. Anugerah berprestij yang dianjurkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Tan Sri Dr Robaayah Zambari, berkata anugerah itu adalah hadiah sempena ulang tahun IJN ke-20 dan institut itu akan berusaha dengan lebih lagi bagi memastikan prestasi dan kecemerlangannya di tahap terbaik. Beliau berkata, kegemilangan IJN dalam membawa inovasi baharu dan peka terhadap perkembangan teknologi baru membawa kepada kejayaan dengan pesakit di negara ini tidak perlu lagi ke luar negara kerana semua rawatan ada disediakan di IJN. "IJN membawa inovasi baharu sehingga ke tahap pesakit di Malaysia tidak perlu ke luar negara untuk mendapatkan rawatan yang terkini kerana semuanya untuk jantung dan torasik kita boleh buat di IJN. "Yang terbaru ada pesakit yang mendapat injap tanpa pembedahan di mana kita memasukkan injap melalui saluran di bahagian paha ke injap yang sudah rosak untuk mengambil alih tugas injap yang rosak itu," katanya kepada pemberita selepas majlis anugerah itu di sini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kejayaan yang dicapai IJN itu membuktikan bahawa inovasi amat penting sebagai satu cara keberhasilan dan keberkesanan institut jantung itu. "Kita lihat IJN berjaya dalam pelbagai bidang bukan sahaja berkaitan jantung tetapi inovasi dalam pembedahannya yang amat baik, kita juga dapat memastikan IJN memberikan perkhidmatan yang menyeluruh bukan jantung saja," katanya. Sementara itu, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering mendapat rawatan dan pernah menjalani pembedahan jantung di IJN berkata anugerah itu adalah pengiktirafan kepada pencapaian IJN yang baru berusia 20 tahun. "Apa yang mengembirakan saya ialah terdapat banyak doktor muda yang menjalankan pembedahan jantung dan mereka kelihatan amat cemerlang," katanya. Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjalinkan kerjasama strategik memenangi anugerah tersebut bagi tahun 2010 manakala Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memenangi anugerah itu pada tahun 2009. Pada majlis itu, Najib turut melancarkan Klinik Bergerak IJN yang menyediakan perkhidmatan saringan jantung secara percuma. Dr Robaayah berkata, klinik bergerak itu mempunyai peralatan untuk mendiagnosis penyakit jantung seperti mesin elektrokardiogram (ECG) dan Treadmill Stress Test. "Klinik bergerak ini kita boleh bawa teknologi diagnostik masuk ke pelusuk kampung, jadi rakyat akan untung kerana kita akan buat diagnosis yang tepat sekali dan selepas diagnosis, boleh rujuk pesakit untuk rawatan lanjut termasuk pembedahan," katanya.

Saturday, August 11, 2012

0 Pandelela Rinong Pamg THE BEST!

Pandelela (kanan) menunjukkan pingat gangsa kepada rakan rakan terjunnya dari kiri Leong Mun Yee, Ng Yan Yee, Yeoh Ken Nee dan Traisy Vivien, semalam. Pandelela (kanan) menunjukkan pingat gangsa kepada rakan rakan terjunnya dari kiri Leong Mun Yee, Ng Yan Yee, Yeoh Ken Nee dan Traisy Vivien, semalam. Bangkit secara dramatik pada terjunan terakhir acara 10 meter London: "Terima kasih Malaysia...pingat ini saya kongsi bersama anda semua, " kata Pandelela Rinong sambil membelek-belek pingat gangsa miliknya di bawah pancaran matahari di Perkampungan Sukan, pagi semalam. Gadis berusia 19 tahun itu mencipta bangga 28 juta rakyat Malaysia apabila bangkit secara dramatik pada terjunan terakhir acara 10 meter platform individu wanita, kelmarin untuk naik gah ke podium di Pusat Akuatik selaku penerjun ketiga terbaik dunia ketika ini. "Saya menghargai sokongan semua pihak untuk saya berjaya di sini. Selepas ini saya harap sukan terjun akan popular seperti badminton," katanya yang muncul atlit pertama berjaya memecahkan dominasi badminton memenangi pingat di Olimpik sejak 1992. Dia mungkin tidak sedar betapa dia kini wanita pertama negara memenangi pingat di Sukan Olimpik dan juga bakal menerima pencen bulanan RM2,000 berkuat kuasa bulan depan. Dia turut meraih insentif RM100,000 dari kerajaan di atas keringat meletakkan nama Malaysia di peta dunia. Pada terjunan keempat dia berada di luar kelompok enam teratas. Ketika itu tiada siapa mempercayai dia mampu kembali kerana penerjun tersohor yang lain berada depan gadis berasal dari Bau itu - bandar kecil yang terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari Kuching. Satu terjunan terbaik pada usaha kelima dengan penyudah kemas mengesahkan gangsa miliknya buat seluruh negara melonjak gembira. Emas seperti diramal awal dimenangi Chen Roulin dari China yang mengutip 422.30 mata, perak menjadi milik Brittany Broben dari Australia yang berada 55.80 mata di belakang dengan gangsa diraih Pandelela, 359.20. Ketika dia menang pingat, ibunya, Hartini Lamin tidak bersama anaknya kerana sudah dalam penerbangan pulang ke tanah air. "Saya cuba hubungi ibu saya...dia tak jawab...mungkin dalam perjalanan," kata jagoan terjun yang layak digelar penerjun kelas dunia. Ibunya yang dibawa oleh rombongan Dutch Lady pulang awal kerana program ibu bersama anak itu hanya sehingga pusingan awal saja. Dia juga menghambur kata-kata terima kasih kepada jurulatihnya, Yang Zhuliang yang banyak memberi semangat dan tunjuk ajar untuk tidak mudah putus asa dalam acara ini sekali pun dia melakukan terjunan pertama yang buruk. "Saya terlalu ghairah apabila mahu membuat terjunan pertama dan mungkin hilang tumpuan sikit, Tapi jurulatih berkata lupakan segera dan tumpu kepada empat terjunan lagi. Dia banyak membantu saya dalam cabaran kali ini," katanya. Pandelela juga berharap Majlis Sukan Negara (MSN) akan menyokong usaha ditunjukkan jurulatih negara itu yang difahamkan mungkin kembali melatih di Australia.

Artikel susulan: Olimpik ubah nasib Pandelela Oleh TAN MING WAI tan.mingwai@utusan.com.my Pandelela Rinong bersama ganjaran keseluruhan berjumlah RM300,000 iaitu Amanah Saham Wawasan RM200,000 dan ganjaran SHAKAM bernilai RM100,000 yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya semalam. - Bernama PUTRAJAYA - Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik, Pandelela Rinong yang menerima ganjaran RM300,000 menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, mula membayangkan masa depan cerah untuk dirinya dan keluarga. Tidak seperti kelaziman di kalangan anak muda seusia Pandelela yang masih perlu ditanggung oleh orang tua, ratu terjun negara berketurunan Bidayuh itu sudah selangkah ke depan apabila mampu berdikari. Malah kejayaan anak kedua daripada empat beradik pada Sukan Olimpik 2012 membawa sinar harapan ke dalam kehidupan keluarganya yang bukan berasal daripada golongan berada. Selama ini bapanya, Pamg Joheng, selaku ketua keluarga bertanggungjawab mencari nafkah dengan bekerja sebagai seorang buruh upahan harian. Menurut Pandelela, ganjaran yang diterimanya daripada pelbagai pihak berikutan kecemerlangannya pada Sukan Olimpik membawa impak positif kepada kedudukan kewangan keluarganya. Katanya, beberapa rancangan diusahakan dengan wang yang ada. "Ibu-bapa saya tak perlu lagi risau tentang kehidupan seharian selepas ini. Ganjaran ini meringankan beban mereka. "Mereka juga tidak perlu sakit kepala memikirkan pembiayaan kos pengajian saya selepas ini, segalanya sudah diuruskan," kata Pandelela ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam. Pandelela juga sedia merealisasikan impian bapanya untuk menjadi pengusaha restoran makan dengan membiarkan sebahagian ganjaran digunakan oleh Pamg sebagai modal perniagaan. "Ia bukan restoran besar, hanya kecil-kecilan macam kedai mamak. "Inilah satu cara untuk terus menambah sumber pendapatan keluarga untuk jangka panjang, kerana ibu dan ayah tidak mahu bergantung hanya kepada saya," katanya. Pandelela bagaimanapun berkata buat masa ini dia belum memutuskan mengenai bidang pengajiannya kerana fikirannya masih lagi tertumpu kepada terjun. "Saya tidak suka Matematik Tambahan, jadi kalau boleh saya akan mengambil jurusan yang tidak belajar subjek itu," katanya. Mengenai pertemuan selama 15 minit dengan Perdana Menteri semalam katanya: "Saya sangat teruja berjumpa PM, tetapi mak dan ayah yang kali pertama lagilah... tersenyum lebar bagaikan (patung) McDonalds!".

Thursday, August 02, 2012

0 Skandal mengatur pelawanan olimpik badminton bergu wanita

Empat beregu wanita kena singkir LAPAN pemain yang didakwa terlibat dalam skandal mengatur perlawanan di London kelmarin. Atas (dari kiri ke kanan), Ha-na, Jung-eun, Min-jung dan Kyung-eun manakala bawah (kiri ke kanan), Greysia, Meiliana, Xiaoli dan Yu Yang. LONDON - Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah membuat keputusan menyingkirkan lapan pemain wanita daripada beraksi pada Sukan Olimpik 2012. Empat pasangan beregu itu masing-masing satu dari China dan Indonesia serta dua dari Korea Selatan telah dibatalkan penyertaan mereka serta-merta setelah didakwa terlibat dengan skandal mengatur perlawanan. "Satu perbicaraan telah diadakan dan kami telah mencapai persetujuan untuk menyingkirkan kesemua lapan pemain badminton terbabit daripada Sukan Olimpik. "Lapan pemain wanita itu didakwa kerana bermain sambil lewa serta dengan sengaja tidak mahu memenangi perlawanan sehingga mendatangkan pandangan negatif orang ramai terhadap sukan badminton," kata jurucakap BWF semalam. Antara aksi yang mendapat cemuhan peminat di Arena Wembley kelmarin ialah perlawanan antara beregu No. 1 dunia dari China, Yu Yang/Wang Xiaoli dan gandingan bukan pilihan dari Korea Selatan, Jung Kyung-eun/Kim Ha-na. Yu Yang/Xiaoli dilihat sengaja 'menghadiahkan' kemenangan kepada lawan mereka dari Korea Selatan itu sehingga menyebabkan mereka terus disiasat oleh BWF sejurus selepas tamat perlawanan. Dengan kekalahan itu, Yu Yang/ Xiaoli dapat mengelak daripada menentang rakan senegara mereka, Tian Qing dan Zhao Yunlei pada peringkat suku akhir. Selain kedua-dua beregu tersebut, dua lagi beregu yang turut menerima hukuman yang sama ialah gandingan Ha Jung-eun/Kim Min-jung dari Korea Selatan dan Meiliana Jauhari/Greysia Polii (Indonesia). "Kami sudah layak, jadi mengapa perlu membazirkan tenaga? Ia tidak perlu untuk bekerja keras lagi kerana sudah layak ke pusingan kalah mati," kata Yu Yang. Jurulatih Korea Selatan, Sung Han-kook pula berkata, gandingan China itu tidak mempunyai semangat kesukanan. "Kita dapat melihat sendiri bagaimana mereka (Yu Yang/Wang Xiaoli) beraksi. "Mereka seolah-olah sengaja tidak mahu mendapatkan mata," tegasnya. Dalam pada itu, Jawatankuasa Olimpik China dilapor telah menja lankan siasatan terhadap dakwaan tersebut. "Jawatankuasa Olimpik China menentang sebarang salah laku yang melanggar semangat kesukanan dan moral," kata seorang jurucakap jawatankuasa tersebut. Sementara itu, Ketua Delegasi Olimpik Indonesia, Erick Thohir berkata, skuad badminton Indonesia akan mengemukakan rayuan berhubung hukuman tersebut. "Pasukan China telah berulang kali melakukan perkara itu tetapi kenapa BWF tidak menegur atau mengambil tindakan, sedangkan dalam perlawanan semalam (kelmarin), China yang mula 'menjual' permainan dan jika diberi amaran oleh BWF, tentu pasukan lain tidak mengikutnya," kata Thohir. - Agensi

Saturday, June 09, 2012

0 Wira bangsa sebagai pemandu bas di Timur China

Bin selamatkan 24 nyawa SUASANA sedih menyelubungi Rumah Pengebumian di Hangzhou, China. Penduduk tempatan tanpa mengira latar belakang dan peringkat umur menangis teresak-esak meratapi kematian Wu Bin yang berusia 48 tahun. Kesedihan semakin dirasai apabila persekitaran dewan dipenuhi jambangan bunga, kain rentang dan kepingan kad ucapan yang tertera luahan ringkas seperti, 'Anda pemandu hebat' dan 'Anda akan kekal di hati saya'. Pemergian Bin, pada Jumaat lalu benar-benar membawa seribu satu kepahitan dan kisah pilu di hati warga China. Selepas koma dan terlantar di hospital selama tiga hari, pemuda kelahiran Hangzhou, Zhejiang itu menghembuskan nafas terakhirnya. Salah seorang doktor mengesahkan bahawa Bin mengalami kecederaan serius di hati sementara tiga tulang rusuknya patah. Kecederaan yang dialami Bin disebabkan dadanya tertusuk serpihan logam tajam yang menembusi cermin depan bas yang dipandunya pada 29 Mei lalu. Pada masa itu, Bin, bapa kepada seorang cahaya mata sedang memandu bas antara bandar Wuxi dan Hangzhou di lebuh raya Wuxi, wilayah Jiangsu. Meskipun cedera parah di dada kanan, Bin masih mampu mengawal kelajuan bas agar tidak tersasar. Bagi memastikan keselamatan 24 orang penumpang di dalam bas, Bin menekan brek, menukar gear dan menenangkan penumpang. Selepas beralih ke tempat pemandu, Bin meminta penumpang menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan. "Pada mulanya saya tidak sedar apa yang berlaku kerana Bin tidak menjerit. Saya fikir, bunyi bising tersebut mungkin melibatkan pelanggaran kenderaan lain. "Sebaik saja dia ke belakang dan duduk di tempat penumpang, barulah saya sedar bahawa Bin mengerang kesakitan sambil memegang dada. Dalam beberapa minit kemudian dia pengsan," terang Han Weichun, seorang penumpang yang duduk betul-betul di belakang Bin. Pemandu yang cermat Hasil siasatan pihak polis mendapati, serpihan logam seberat 3.5 kilogram melayang dari sebuah kereta yang bertentangan lalu menusuk ke dada Bin. Justeru, tindakan Bin yang mengutamakan para penumpangnya dan mengabaikan kesakitan yang dialaminya telah mendorong orang ramai menjulangnya sebagai wira. Menurut rakan sekerja Bin, Chen Yibo, sejak berkhidmat sembilan tahun lalu, rekod kerja Bin sentiasa cemerlang. Dia sudah memandu sejauh sejuta kilometer (km) tanpa terlibat dalam sebarang kemalangan. ORANG ramai membanjiri Rumah Pengebumian Hangzhou untuk memberi penghormatan terakhir kepada Bin. "Dia juga tidak pernah disaman kerana selalu memandu mengikut kelajuan dan peraturan jalan raya yang ditetapkan. Para penumpang cukup berpuas hati dengan cara pemanduan dan servis Wu Bin," katanya yang sedih dengan kehilangan rakan sekerja yang dedikasi. Di sebalik tragedi itu, Bin dijulang sebagai wira oleh penduduk di tempat kelahirannya, Hangzhou yang terletak di China timur. Mereka berkali-kali mengungkapkan bahawa Bin merupakan individu dan pekerja terbaik yang perlu dicontohi. Sewaktu berlangsungnya upacara pengebumian Bin di Rumah Pengebumian Hangzhou, penduduk tempatan bertali arus semata-mata untuk memberikan penghormatan terakhir kepadanya. Sehinggakan, pihak polis terpaksa mengawal lalu lintas. Esakan dan tangisan pula memenuhi dewan. Ternyata, kehilangan pemuda yang disifatkan murah dengan senyuman itu cukup berkesan di hati keluarga, jiran, sahabat handai dan penduduk tempatan. Upacara pengebumian Bin turut dihadiri selebriti, golongan kenamaan dan para pemimpin negeri seperti Timbalan Menteri Pengangkutan, Feng Zhenglin, Timbalan Gabenor Wilayah Zhejiang, Wang Jianman dan Datuk Bandar Hangzhou, Zhang Jianting. Pekerja contoh Kerajaan wilayah Zhejiang menyifatkan Bin mati secara terhormat kerana tidak mementingkan diri sendiri manakala Kementerian Pengangkutan mengangkatnya sebagai pekerja contoh. "Saya selalu menaiki bas yang dipandu Bin dari Wuxi dan Hangzhou. Dia seorang pemandu yang baik dan berhati-hati. Jadi, bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Bin berusaha menyelamatkan nyawa penumpang meskipun dia sedang bergelut dengan kecederaan serius," luah Wu Yao yang juga jiran dengan Bin selama tiga dekad. Dalam pada itu sahabat baik Bin, Feng Li menyatakan: "Tindakan Bin jelas menunjukkan dia seorang pemandu dan pekerja yang berwibawa. Barangkali, keperibadian Bin yang penyayang, mudah mesra dan mengambil berat tentang orang sekeliling mendorongnya bertindak seperti itu." Sebagai memperingati jasa baik Bin, para pemimpin negara China termasuk ketua parti wilayah Zhao Hongzhu, telah menghulurkan sumbangan wang tunai sebanyak 500,000 yuan (RM249,500) kepada keluarga Bin. Sementara itu, majikan syarikat Bin berkhidmat pula menghadiahkan sebuah pangsapuri yang terletak di pusat bandar. Tolak sumbangan Lebih menyentuh perasaan apabila orang ramai dan pelbagai pihak turut menderma wang tunai meskipun menyedari hadiah tersebut tidak ternilai dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Bin. Namun begitu, keluarga Bin menolak secara baik segala bentuk sumbangan dalam bentuk wang tunai mahupun barangan. Mereka cuma mengharapkan agar masyarakat terus mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka sekeluarga dalam menempuhi kehidupan tanpa Bin. Sebelum ini, Bin yang menetap bersama kedua-dua ibu bapanya, meninggalkan seorang balu dan seorang anak. Dalam surat terbuka luahan hati keluarga Bin, mereka bersyukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang tidak henti-henti menunjukkan kasih sayang serta bersimpati atas pemergian Wu. GAMBARAN klip video CCTV yang menunjukkan detik Wu BIn sewaktu tertusuk serpihan logam yang menembusi cermin depan bas. "Kami tidak memerlukan sebarang bentuk bantuan daripada orang perseorangan kerana kami akan berusaha sendiri dan bekerja keras untuk kehidupan. Bagi kami, bantuan yang diterima daripada pihak kerajaan dan majikan Bin sudah memadai," tutur kakak Bin, Wu Bingxin. Bingxin turut menyatakan mereka sekeluarga sudah biasa hidup secara sederhana. Dalam pada itu, isteri Bin, Wang Lizhen, memberitahu, pagi Selasa minggu lalu merupakan detik akhir dia bertemu mendiang suaminya. Bin mengucapkan selamat tinggal kepadanya sebelum keluar bekerja. "Saya dapat merasakan dia belum bersedia untuk 'pergi' meninggalkan kami. Ketika Bin berada dalam keadaan tidak sedar, saya mengusap dahinya dan tangannya bergerak memberi reaksi. "Bin seolah-olah mahu meluahkan sesuatu kepada saya. Dia bagaikan berjuang untuk terus hidup. Namun apakan daya, tuhan lebih menyayanginya," jelas Lizhen dalam nada getar menahan sebak kerana kehilangan suami yang dikahwininya sejak 18 tahun lalu. Tindakan Bin menyelamatkan 24 penumpang di dalam bas meskipun sedang bertarung dengan kesakitan akibat tusukan besi tajam, harus dicontohi oleh kumpulan pemandu pengangkutan awam di seluruh dunia. "Sejak beberapa hari lalu, saya sentiasa menangis kerana sebak dengan keprihatinan Bin terhadap para penumpangnya. Semoga semangat Bin menjadi ikutan setiap lapisan masyarakat," tutur Shen Wei, guru sekolah menengah yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Bin bersama empat orang pelajarnya.

Thursday, May 24, 2012

0 Cabaran editor memilih karya di DBP

Dialog Orang Muda 'panas' Oleh Latifah Arifin latifah@bharian.com.my 2012/05/24 Dari kiri; Padilah, Lutfi Ishak dan Salbiah pada Dialog Orang Muda di Rumah PENA. Editor 'ditembak' dengan soalan pilih kasih dalam pemilihan karya MESKIPUN kehadiran pada Dialog Orang Muda: Media Massa dan Sastera kecil, ekoran perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah Celsea-Bayern Munich dan Piala FA Kelantan-Sime Darby malam sebelum program, tetapi sesi hampir dua jam tetap 'panas'. ‘Panas’ kerana panel majlis anjuran Biro Penulis Muda, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) diasak soalan dengan maksud tersirat dan meskipun dijawab panel, tetapi dapat disimpulkan beberapa penulis yang melontarkan soalan ‘sensitif’ tidak berpuas hati dengan jawapan panel. Saya tidak nafikan ada karya indie bermutu, tetapi sesuai dengan kedudukan Dewan Sastera dengan citra yang dibawanya selama ini, adalah tidak wajar untuk majalah ini menyiarkan karya penulis yang baru pertama kali menghasilkan karya, sekalipun karyanya bermutu. - Padilah Ali, Ketua Editor Bahagian Majalah DBP Ketua Editor Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Padilah Ali, menjadi ‘sasaran’ penulis muda dan mapan melepaskan rasa tidak puas hati mereka berhubung pemilihan cerpen mutakhir ini dalam majalah sastera berprestij, Dewan Sastera. Dewan Sastera menjadi dambaan hampir semua penulis kreatif negara ini, baik muda apalagi veteran untuk melihat karya mereka mendapat tempat kerana dianggap sebagai kayu aras bagi mengukur ‘kehebatan’ seseorang pengarang kreatif negara ini. Penulis mapan, Zainal Rashid Ahmad meluahkan rasa tidak puas berhubung pemilihan cerpen dalam Dewan Sastera sejak 10 tahun kebelakangan ini kerana tidak melahirkan penulis besar seperti yang pernah terjadi sebelum ini. “Saya tidak melihat citra Dewan Sastera seperti yang pernah dinikmatinya dulu. Saya dapati karya penulis indie yang banyak aliran pemikiran baru begitu sukar menembusi Dewan Sastera sedangkan sesetengah daripada karya ini hebat dan wajar diketengahkan. “Saya mengambil inisiatif mengumpul karya penulis indie untuk dibukukan dan dikongsi dengan rakan seperjuangan dari Indonesia untuk diketengahkan kepada pembaca sastera kerana berasa amat rugi jika dibiarkan begitu saja,” katanya juga Pengurus Besar, Bahagian Majalah dan Dokumentasi TV Al-Hijrah. Zainal Rashid turut meluahkan rasa tidak puas hati berhubung program anjuran DBP, Minggu Penulis Remaja (MPR) yang sebelum ini melahirkan ramai penulis berbakat besar, tetapi kini tidak lagi melahirkan penulis pelapis yang mampu menghasilkan karya hebat. Dialog bertambah panas panas apabila penulis muda yang juga produk MPR, Aidil Khalid, turut mempersoalkan kewibawaan Dewan Sastera sebagai majalah yang menerbitkan karya berprestij di negara ini, tidak lagi berada di landasan terbabit. “Saya berasa cukup terganggu apabila cerpen yang dihantar seorang penulis tidak mendapat tempat dalam Dewan Sastera, tetapi dipilih sebuah akhbar perdana negara ini dan memenangi hadiah sastera syarikat terbabit,” ujarnya. Padilah ketika menjawab persoalan itu menjelaskan, pemilihan karya bukan saja bergantung kepada tema, pendekatan, penstrukturan dan penceritaan, tetapi panel editor turut terikat kepada dasar penerbitan yang menyekat penyiaran karya yang menyentuh sensitiviti kelompok dan hal tertentu. “Saya tidak nafikan ada karya indie bermutu, tetapi sesuai dengan kedudukan Dewan Sastera dengan citra yang dibawanya selama ini, adalah tidak wajar untuk majalah ini menyiarkan karya penulis yang baru pertama kali menghasilkan karya, sekalipun karyanya bermutu. “Tidak semestinya penulis yang karya mereka tidak disiarkan dalam Dewan Sastera tidak bermutu. Tidak bermakna bila karya mereka pernah disiarkan dalam Dewan Sastera, karya mereka tidak boleh disiarkan dalam Tunas Cipta. “Kami di Dewan Sastera dan Tunas Cipta mempunyai garis panduan pemilihan karya yang sesuai untuk kedua-dua majalah berkenaan. Pemilihan karya diputuskan secara bersama oleh sidang editor dan saya terbabit sama. “Saya tidak menafikan ada karya yang cepat disiarkan kerana mutunya menyerlah berbanding sesetengah karya yang terpaksa menanti giliran, tetapi ini tidak bermakna karya yang disiarkan baik semua sepanjang bulan. “Penulis muda dan baru saya galakkan agar cuba menembusi Tunas Cipta terlebih dulu kerana persaingan pemilihan tidaklah terlalu sengit berbanding Dewan Sastera. Saya suka memberi nasihat kepada penulis jika karya pertama bermutu, tidak bermakna karya seterusnya juga demikian,” katanya berterus-terang. Bagi Padilah, beliau berkata demikian bukan kerana enggan menerima kritikan, tetapi bagi membolehkan semua penulis faham situasi editor yang ada kalanya tersepit dalam situasi penulis muda dan mapan serta akan berusaha membaiki kelemahan demi kebaikan semua pihak. akui, kadang kala editor tersepit sebegini dan mengharapkan penulis muda bersabar kerana masih ramai penulis mapan yang masih menunggu giliran karya mereka disiarkan. Padilah turut mencadangkan penulis kreatif agar bersikap lebih terbuka kerana DBP bukan saja menyedia Dewan Sastera dan Tunas Cipta, sebagai gelanggang berkarya kerana sebenarnya mereka turut boleh mengirimkannya ke Dewan Budaya. Menjawab persoalan editor ‘pilih bulu’, Editor Sastera, Berita Harian (BH), Salbiah Ani, menegaskan ruangan Sastera BH sentiasa mengamalkan sifat terbuka dan memberi peluang kepada semua penulis baik mapan mahupun muda kerana yang diutamakan ialah mutu karya. “Sebagai orang surat khabar yang menjadi keutamaan adalah isu semasa, perkara berkaitan bahasa dan bangsa Melayu, tetapi ini tidak bermakna karya bentuk lain tidak dipertimbangkan. Jika menulis mengenai isu pula janganlah mengulangi apa yang sudah disiarkan dalam berita dan rencana,” katanya. Beliau turut mengingatkan khalayak Dialog Orang Muda bahawa akhbar dan majalah mengamalkan pendekatan sedikit berbeza kerana batasan halaman memaksanya membahagikan peluang kepada karya yang lebih dekat dengan pembaca yang bukan saja orang sastera, tetapi juga biasa. “Sebagai editor sastera di akhbar saya juga turut dipersoalkan pengurusan kanan berhubung berapa banyak naskhah, pembaca dan nilai iklan yang berjaya dijana daripada halaman Sastera kerana syarikat bergerak atas dasar keuntungan. “Saya tidak akan membuka sebarang pintu polemik kerana pengalaman lalu, Berita Harian terpaksa mengorbankan RM80,000 untuk membayar seorang sasterawan hanya kerana serangan peribadi seorang pengkritik terhadapnya disiarkan dalam Berita Harian. “Segala aspek yang saya terangkan ini menjadi sebahagian daripada ciri dalam penilaian Indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk diri saya selaku editor dan juga semua wartawan di bawah jagaan saya,” katanya. Beliau menutup Dialog Orang Muda dengan peringatan agar tidak menjadikan kemenangan karya dalam sesebuah hadiah sastera sebagai pengukur kerana mutu kerana pemilihan pemenang banyak dipengaruhi panel yang mengadilinya.

0 Ilmuan Islam menulis tentang politik luhur

Politik luhur landasan baru capai negara makmur Oleh Muhamad Razak Idris 2012/05/24 Idea ilmuwan Muslim mantapkan peradaban manusia patut jadi rujukan pemimpin TRADISI kesarjanaan Islam kaya dengan pelbagai perbahasan mengenai kehidupan ini. Persoalan politik antara aspek yang menjadi keprihatinan utama falsafah Muslim dalam perbahasan keilmuan mereka. Ketika menyampaikan syarahan perdana bertajuk ‘Falsafah Politik Islam dan Kepentingannya di Malaysia’ di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini, Profesor Dr Idris Zakaria merakamkan sejumlah pandangan daripada tokoh ilmuwan Islam berkenaan falsafah politik Islam. Masyarakat tidak mungkin akan mencapai kebahagiaan bernegara jika landasan kehidupan politiknya lemah dan goyah. Oleh itu, membina landasan politik luhur dan kukuh adalah asasi serta dilihat sebahagian daripada kewajipan beragama. Ini berasaskan kefahaman bahawa misi penurunan agama ialah mengatur perjalanan kehidupan manusia secara adil, saksama dan aturan keagamaan juga termasuk dalam urusan kehidupan berpolitik. Tokoh paling menonjol membicarakan persoalan ini, antaranya ialah Abu Nasr al-Farabi (870-950), Ali al-Hussin Ibn Sina (980-1037), Abu Hamid al-Ghazali (1058-1111) dan Ibn Khaldun (1332-1406). Sumbangan mereka dalam bidang pembangunan ilmu politik Islam tergambar menerusi pelbagai karya yang sehingga kini masih ditelaah. Al-Farabi sebagai contoh menulis beberapa karya utama mengenai politik, antaranya kitab al-Madinah al-Fadhilah dan al-Siayasah al-Madaniyyah. Ibn Sina merakam persoalan ini dalam karyanya, al-Syifa’, manakala Abu Hamid Al-Ghazali membicarakan persoalan politik dalam karyanya al-Tibr al-Masbuk fi Nasihat al-Muluk. Mengenai Ibn Khaldun, karya beliau al-Muqaddimah adalah teks penting yang merakamkan pelbagai teori pembangunan peradaban dan prinsip keluhuran politik. Penulis timbulkan beberapa tokoh dan karya terpilih ini bagi menunjukkan wacana kesarjanaan Islam tidak gersang daripada perbahasan mengenai idea serta pemi-kiran berhubung persoalan politik dan kenegaraan. Ia juga menggambarkan betapa ciri dan sifat sarjana Muslim bukan berwatak ‘eksklusif’ atau terpencil daripada arus perkembangan kehidupan politik serta isu kenegaraan di persekitarannya. Ternyata ahli falsafah Muslim peka dan arif realiti politik semasa serta menyumbang secara bermakna menerusi karya dan tulisan membimbing pemerintah serta rakyat ke arah mencapai buah kehidupan bernegara yang sempurna. Wacana politik Islam seperti tergambar dalam tulisan dan pemikiran ahli falsafah Muslim unik serta menarik. Politik Islam pada pandangan mereka adalah luhur dan landasan mencapai cita-cita tertinggi iaitu negara bahagia. Dengan kata lain, masyarakat tidak mungkin akan mencapai kebahagiaan bernegara jika landasan kehidupan politiknya lemah dan goyah. Oleh itu, membina landasan politik luhur dan kukuh adalah asasi serta dilihat sebahagian daripada kewajipan beragama. Ini berasaskan kefahaman bahawa misi penurunan agama ialah mengatur perjalanan kehidupan manusia secara adil, saksama dan aturan keagamaan juga termasuk dalam urusan kehidupan berpolitik. Berasaskan kesedaran bahawa pengukuhan landasan politik sebagai saluran bagi penterjemahan misi keagamaan, ahli falsafah Muslim membangunkan pelbagai teori, wawasan dan perancangan mengenai ilmu politik yang luhur. Al-Farabi sebagai contoh banyak menumpu wacananya mengenai kefahaman falsafah politik yang mana menurut beliau bagi mencapai as-saadah atau kebahagiaan. Dalam kata-katanya, Al-Farabi menjelaskan: “Kebahagiaan adalah suatu yang terbaik yang dituntut setiap manusia. Tidak ada perkara selainnya lagi untuk dicapai oleh manusia sepanjang masa dan terlebih besar daripada kebahagiaan itu sendiri.” Dalam kata lain, objektif terpenting politik ialah membina negara idaman dengan setiap warganya memperoleh kebahagiaan secara saksama. Cita-cita membina negara bahagia sebagai asas dalam politik Islam membawa kepada persoalan lanjut mengenai apakah bentuk caranya yang akan membawa masyarakat mencapai ideal berkenaan? Tentu banyak caranya. Dalam konteks ini, al-Farabi banyak menumpu kepada kepentingan struktur kepemimpinan yang kukuh dan berwibawa sebagai antara cara terpenting bagi membina sistem politik luhur. Struktur kepemimpinan ini merujuk secara khusus antaranya keperluan untuk masyarakat memiliki dan memilih ketua negara yang berkelayakan serta berkemampuan untuk mentadbir sistem politik. Untuk itu, ketua negara dalam sistem politik Islam adalah asasi. Menurut al-Farabi, ketua negara mesti memiliki kualiti diri yang tinggi lagi unggul kerana dia ibarat hati atau al-Qalb dalam tubuh manusia. Ketua negara berkualiti tinggi dari segenap aspek menjamin sistem politik luhur dapat ditadbir secara sempurna sebagai landasan menuju negara bahagia. Banyak ciri ketua negara disenaraikan al-Farabi antaranya, kesempurnaan tubuh badan dan bertenaga menjalankan tugas, mempunyai kefahaman serta daya ingatan tinggi, bijaksana, mampu menjelaskan secara baik dalam pelbagai persoalan kenegaraan, mencintai ilmu, tidak suka berfoya-foya, menjaga pemakanan, cinta kebenaran, membenci pembohongan, berjiwa besar, berhemah tinggi serta tegas menegakkan keadilan. Semangat sama mengenai kepentingan kualiti ketua negara dalam wacana politik Islam turut dikongsi Abu Hamid Al-Ghazali. Beliau dalam tulisannya menasihatkan ketua negara Islam peka terhadap permasalahan rakyat, segera menunaikan hajat rakyat apabila mendapat aduan serta tidak bermewah dalam berpakaian dan pemakanan. Ketua atau pemimpin negara harus tidak melaksanakan dasar yang boleh membawa perbuatan zalim atau menyebabkan rakyat menderita, kesusahan dan kemelaratan. Selaku pemerintah, ketua negara perlu menjadi teladan dan sumber bagi penyebaran nilai kebaikan dan kebahagiaan untuk seluruh kehidupan warga dan persekitarannya. Penulis ialah pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, UKM