.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Wednesday, April 04, 2012

0 Kemenangan Aun San Suu Kyi, era baharu politik Myanmar


Aung San Suu Kyi dilapor menang

Aung San Suu Kyi (tengah) melambai tangan kepada para penyokongnya sebaik-baik beliau meninggalkan ibu pejabat NLD selepas berucap kepada wartawan dan penyokongnya di Yangon, semalam. – AFP

YANGON 2 April – Ikon demokrasi, Aung San Suu Kyi dilapor telah memenangi kerusi Parlimen kawasan Kawhmu dalam pilihan raya kecil Myanmar yang diadakan semalam selepas memperolehi kemenangan di 112 daripada 129 pusat pengundian bagi kawasan Parlimen itu.

Menurut undian awam yang kira oleh pihak berkuasa dan dilaporkan oleh parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) di ibu pejabatnya di Yangon, Suu Kyi memperolehi kemenangan di 29 daripada 30 kampung di kawasan Parlimen Kawhmu, 30 kilometer dari Yangon.

Kerajaan bagaimanapun masih belum mengesahkan kemenangan itu, proses yang mungkin akan mengambil masa selama seminggu.

Keputusan awal kiraan undi turut mengesahkan NLD telah memenangi sekurang-kurangnya 30 kerusi daripada 45 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kecil, semalam dengan parti itu turut dijangka memenangi 44 kawasan pilihan raya yang ditandinginya.

Sementara itu, Suu Kyi yang didakwa memenangi kerusi Parlimen Kawhmu berharap kemenangannya itu bakal menjadi titik permulaan kepada era baru Myanmar selepas sekian lama rakyat negara ini ditindas.

Suu Kyi bercakap kepada beribu-ribu penyokongnya yang berhimpun di luar ibu pejabat NLD, pimpinan beliau.

“Kejayaan yang kami perolehi adalah kejayaan rakyat. Ia bukanlah kemenangan kami sahaja tetapi kemenangan rakyat yang telah membuat keputusan untuk terlibat dalam proses politik di negara ini.

“Kami harap ini akan menjadi permulaan kepada era baru di negara ini,” kata Suu Kyi ketika penyokongnya menjertit namanya sambil mengangkat tangan dan menunjukkan simbol ‘V’ sebagai tanda kemenangan. – AGENSI

0 comments: