.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Wednesday, April 04, 2012

0 Kapal peranginan terkandas di Sandakan - patutlah muka diorang tak macam muka orang Australia?


(Lebih kurang beginilah pic kapal tu nampak dari bulatan burung layang-layang)

Penumpang Azamara Quest diterbangkan ke Singapura
03/04/2012 2:26pm

SANDAKAN 3 April – Kesemua 590 penumpang kapal peranginan Azamara Quest, yang terkandas di sini sejak Ahad apabila kapal tersebut mengalami kebakaran enjin ketika di perairan Filipina Jumaat lepas, di bawa ke Singapura hari ini dengan lima pesawat sewa khas.

Kapal itu yang berlabuh di pelabuhan Karamunting di sini tidak dapat meneruskan perjalanan akibat kerosakan daripada kebakaran itu dan pihak Azamara Club Cruises mengambil keputusan membatalkan pelayaran.

Pengurus Lapangan Terbang Sandakan, Ag Mali Ag Anak berkata, empat daripada pesawat sewa khas itu ialah Royal Brunei yang menggunakan laluan dari Sandakan ke Brunei sebelum ke Singapura dan satu lagi ialah syarikat Dragon Air yang melakukan penerbangan terus dari Sandakan ke Singapura.

“Tiga daripada pesawat itu yang membawa 386 penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Sandakan di sini pada pukul 6.40 pagi, 9.20 pagi dan 9.40 pagi manakala dua lagi dijadual berlepas pada pukul 1.20 petang dan 4.40 petang,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sandakan.

Turut berada di lapangan terbang ialah petugas Azamara Club Cruises termasuk Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Larry Pimentel.

Kapal itu yang membawa penumpang kebanyakannya rakyat Amerika dan Eropah bersama 411 anak kapal dalam perjalanan dari Hong Kong ke Singapura sebelum mengalami kebakaran pada bilik enjin kira-kira 180 batu nautika dari selatan Palawan, Filipina.

Susulan kejadian itu, kapal berkenaan terpaksa belayar dengan sebuah enjin dan berlabuh di sini.

Mengikut jadual asal, Azamara Quest dalam pelayaran selama 17 malam selepas berlepas dari Hong Kong pada 26 Mac dan akan singgah di Manila Filipina, Sandakan (Sabah) Malaysia, Palapo (Sulawesi), Benoa (Bali), Semarang dan Komodo di Indonesia sebelum menamatkan pelayaran di Singapura pada 12 April. - BERNAMA

0 comments: