.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Tuesday, January 04, 2011

0 FDAM (Persatuan Sutradara Malaysia) dengan azam tahun 2011nya

Singkir ahli tak aktif

Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my
2011/01/04
FDAM melakukan proses pemutihan tamatkan keahlian anggota tidak produktif, tak pernah bayar yuran

PERSATUAN Sutradara Malaysia (FDAM) bertegas melakukan proses pemutihan dikalangan ahlinya bagi melahirkan lebih ramai ahli yang produktif bermula tahun ini. Bersesuaian dengan azam baru FDAM iaitu menamatkan keahlian lebih 20 hingga 30 ahlinya yang sudah tidak aktif dalam persatuan ini. Presidennya Ahmad Ibrahim berkata, itu adalah langkah drastik yang dirasakan mampu untuk mendisiplin ahlinya selepas teguran demi teguran dilakukan sebelum ini tetapi dilihat masih kurang memberi kesan.

“Kita dapati sekitar 20 hingga 30 ahli yang sudah tidak aktif langsung di dalam industri ini, terutama dalam bidang pengarahan mahupun persatuan bakal ditamatkan keahlianya secara serta merta.

“Ada antara mereka yang aktif tetapi tidak pernah membayar yuran selama tiga tahun dan segala mesyuarat dan aktiviti FDAM tidak pernah dihadiri mahupun diambil tahun.

“Ahli-ahli seperti inilah yang akan merugikan persatuan dan industri sendiri jika tindakan tidak diambil,” katanya yang dihubungi Hip bagi mengetahui perancangan yang diatur sepanjang 2011.
Menurut Ahmad yang juga dikenali dengan panggilan Mat London, selepas pihaknya meneliti, terdapat beberapa pengarah yang harus menghadiri kursus pengarahan bagi meningkatkan pengalaman dan ilmu dalam bidang pengarahan.

“Kita dapat mengenal pasti dua hingga tiga pengarah yang tidak punyai langsung pengalaman namun berani untuk mengarah, apa yang kita bimbang mereka berani untuk menerima tawaran mengarah dokumentari.

“Mereka akan diberikan kursus terlebih dulu dan menggalakkan menimba ilmu dengan mengarah drama dulu.

“Bagi pengarah baru yang ingin memohon pinjaman atau gran bagi menerbitkan sesuatu drama atau filem, ia haruslah melalui saringan FDAM, kita tidak mahu mereka gagal membayar kembali dan secara tidak langsung nama FDAM akan mendapat tempiasnya.

“Selain itu, peringatan juga kepada pengarah drama mahupun filem, bermula tahun ini mana-mana produk terbitan mereka hendaklah diselitkan bendera Malaysia, ia bertujuan untuk memupuk semangat nasionallisme di kalangan ahlinya,” katanya.

Tambahnya lagi, tahun ini juga akan menyaksikan FDAM bakal menganjurkan majlis penganugerahan buat ahlinya bagi memberi galakan dan dorongan untuk lebih berdaya saingan.

“Ini antara aktiviti yang paling besar akan dijalankan tahun ini di mana ia diadakan bagi memberi galakkan kepada ahli untuk lebih produktif di samping menyumbang sesuatu kepada industri.

“Dalam masa terdekat ini, satu jawatankuasa kerja akan ditubuhkan bagi menyusun bermula sekarang baik penajaan, penganugerahan mahupun promosi.

Antara penganugerahan tertinggi adalah Pengarah Cemerlang yang dihitung daripada prestasi, kualiti, produktiviti dan kreativiti sepanjang lima tahun.
Selain itu kita ada 12 lagi kategori anugerah seperti Pengarah Harapan, Pengarah Boxoffice, Pengarah Produktif dan banyak lagi,” katanya yang dijangka diadakan selepas Aidilfitri tahun ini.

0 comments: