.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Wednesday, January 05, 2011

0 China pengeluar filem ketiga terbanyak di dunia selepas Bollywood dan Hollywood

Pasaran wayang China catat hasil RM4.5 bilion tahun lalu


BEIJING 4 Jan. - Jualan tiket box office China meningkat 60 peratus kepada 10 bilion yuan (RM4.5 bilion) pada 2010 hasil rangsangan filem Hollywood seperti Avatar dan filem tempatan Aftershock.

Pengarah Pentadbiran Radio, Filem dan Televisyen Negara (SARFT), Wang Taihua berkata, bermula dari Januari sehingga Disember 2010, penggemar filem di negara ini membeli tiket bernilai 10 bilion yuan (RM4.5 bilion) iaitu meningkat daripada jumlah 6.2 bilion yuan (RM2.9 bilion) untuk tempoh 2009.

"China menerbitkan 500 filem sepanjang 2010, sekali gus menjadikannya negara ketiga terbanyak menerbitkan filem untuk tahun lalu di belakang Bollywood dan Hollywood," kata Taihua yang dipetik oleh akhbar China Daily.

Jumlah itu bagaimanapun kurang 100 filem daripada yang diterbitkan China pada 2009.

Menurut Taihua, walaupun kebanyakan jualan tiket box office itu datang dari filem import seperti Avatar yang meraih 1.3 bilion yuan (RM625 juta) untuk China sahaja, kebanyakan filem China turut berjaya mendapat sambutan seperti filem Aftershock arahan pengarah Feng Xiaogang,

Aftershock yang mengisahkan seorang ibu dan anak perempuannya membina semula hubungan mereka selepas 32 tahun terpisah akibat gempa bumi Tangshan menjadi filem China yang memperolehi jualan tiket tertinggi setakat ini dengan jumlah lebih 660 juta yuan (RM306 juta).

Peningkatan jualan tiket box office China itu sejajar dengan penambahan panggung wayang di negara ini dengan purata tiga panggung baru setiap hari, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 5,690 buah.

Untuk tempoh separuh tahun pertama, jualan tiket meningkat dengan pantas dengan peningkatan 86 peratus, mengikut data yang dikeluarkan oleh Kumpulan Filem China.

Penyelidik industri menyifatkan peningkatan mendadak itu berlaku ekoran filem 3D Hollywood yang mengenakan bayaran lebih tinggi, menjadi popular seperti Avatar dan Alice in Wonderland. - Agensi

0 comments: