.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Saturday, January 29, 2011

0 Hasil penyamaran Metroplus: Bongkar modus operandi sebuah sekolah agama menjual CD agama dan minyak kecerdasan minda

RM300 sehari kutip derma

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

ALOR GAJAH: Sekumpulan pelajar yang mendakwa dari sekolah agama di sebuah negeri di utara tanah air mendakwa mampu memperolehi pendapatan RM300 sehari setiap seorang dengan menjual cakera padat (CD) dan minyak untuk kecerdasan minda.

Pada masa sama, mereka turut menafikan dakwaan kegiatan berkenaan bukan meminta sedekah sebaliknya menjual barangan, sekali gus mengutip derma untuk mengisi tabung pelajaran sekolah agama terbabit.

Bagaimanapun, kegiatan terbabit dikatakan menimbulkan persepsi negatif di kalangan orang ramai berikutan dibimbangi pelajar berusia belasan tahun berkenaan dipergunakan individu tertentu demi mengaut keuntungan.

Metroplus yang melakukan penyamaran di dua lokasi berbeza, di sini, turut berpeluang untuk menemubual dua remaja perempuan bagi mengetahui modus operandi kegiatan mereka.

Gadis berusia 13 tahun yang enggan dikenali berkata, dia sudah membuat kerja berkenaan sejak tiga tahun lalu secara sukarela dan bukannya paksaan seperti didakwa, malah turut diberi tunjuk ajar cara-cara untuk melariskan jualan mereka.

Menurutnya, pada peringkat awal ibu bapanya agak keberatan untuk memberi kebenaran, namun kini mereka mulai faham selepas diterangkan tujuan sebenar dan merestui kerja amal kebajikan berkenaan biarpun terpaksa bersusah payah.

“Setiap seorang daripada kami mampu memperoleh jualan sehingga RM300 sehari dan mungkin lebih hasil daripada kutipan derma yang disumbangkan orang ramai dan setiap daerah di sesuatu negeri akan dibahagikan kepada sembilan sektor.

“Seorang remaja perempuan akan diletakkan di setiap sektor yang dipantau seorang warden untuk memerhatikan gerak geri mereka dari jauh menggunakan kenderaan agar aktiviti mereka berjalan dengan lancar.

“Kami menjual CD lagu dan beberapa jenis minyak ‘pintar’ untuk kecerdasan minda kanak-kanak serta dewasa pada harga RM20 setiap satu yang mana hasil jualan akan diserahkan kepada warden untuk dikumpulkan,” katanya.

Katanya, kebiasaannya aktiviti akan bermula dari jam 11 pagi hingga 10 malam yang mana sebelum itu mereka diberi taklimat dan dihantar ke lokasi ditetapkan.

Rakannya berusia 17 tahun ketika ditemui pula berkata, mereka melakukan kegiatan berkenaan secara sukarela tanpa dibayar upah oleh pihak sekolah, kecuali diberi duit makan antara RM10 hingga RM15 sehari.

Menurutnya, mereka datang sekadar untuk menjual barang bagi mengutip derma sebagai dana bagi mengembangkan syiar Islam berikutan peruntukan yang diterima masih tidak mencukupi untuk proses pembelajaran.

Selain itu, katanya, mereka juga sudah dilatih untuk menjawab sebarang pertanyaan orang ramai dengan tenang dan sabar apabila berdepan dengan cabaran yang mendatang.

“Kalau setakat maki hamun sudah menjadi perkara biasa, tetapi tak kurang juga ramai yang kasihan lalu membeli barang yang kami jual dan tak kurang juga yang beri duit saja. Paling penting, mereka (orang ramai) ikhlas nak derma. “Kebiasaannya kami akan berpindah dari satu tempat ke tempat lain untuk menimba pengalaman baru di sana kelak,” katanya.


Artikel berkaitan:


Pusat transit pelajar tahfiz jual barang diarah tutup

PORT DICKSON: Sebuah premis di D’Ambang Kota, Lukut, di sini, dipercayai pusat transit pelajar sebuah tahfiz di Kedah yang melakukan jualan tanpa lesen di negeri ini dan Melaka, sudah diarah tutup oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) sejak kelmarin.

Yang Dipertua MPPD, Abdul Wahab Shamsuddin berkata, pihaknya menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan premis dua tingkat itu tidak dibuka semula.


“Arahan sudah dikeluarkan, namun kita tidak dapat memastikan sama ada pihak terbabit masih beroperasi atau tidak kerana perkara itu bukan di bawah bidang kuasa MPPD.


Baru-baru ini, MPPD bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dan polis menyerbu premis berkenaan yang dipercayai menggunakan kanak-kanak untuk menjual pelbagai barangan.

0 Pulangkan gaji: Gaji tiga kali lebih tinggi untuk perlawanan yang tidak pernah dimenangi

Pemain pulang semula gaji RM36.6 juta



GIL MECHE membaling bola dalam satu perlawanan besbol di bandar Kansas pada 25 Mei tahun lalu.



WICHITA, Amerika Syarikat – Seorang pemain besbol pasukan Kansas City Royals, Gil Meche memulangkan semula gaji berjumlah AS$12 juta (RM36.6 juta) pada tahun lalu kerana menganggap dia tidak layak untuk menerimanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Meche mengambil keputusan itu kerana menganggap prestasinya tidak memuncak kerana dia hanya bermain dalam sembilan perlawanan dan pasukannya tidak pernah menang satu pun daripadanya.

Bintang sukan itu menerima gaji tiga kali lebih banyak berbanding pemain lain di dalam pasukan yang sama.

“Saya bukan hendak menjadi hero. Saya cuma mahu kembali menjalani hidup yang selesa.

“Mengambil wang sebanyak itu (RM36.6 juta) daripada pasukan yang telah memberi saya lebih AS$40 juta (RM122 juta) untuk diri dan keluarga, bukanlah perkara yang betul untuk dilakukan,” tegas Meche.

Dia yang berusia 32 tahun menandatangani kontrak selama lima tahun bernilai AS$55 juta (RM168 juta) dengan pasukan Kansas City Royals bermula pada musim 2007.

Keputusannya itu mendapat pujian daripada para blogger dan pengulas sukan. – Agensi

Thursday, January 27, 2011

0 Astro First: Penduduk luar bandar yang berkeluarga vs Golongan bermastautin di bandar: VS CETAK ROMPAK

Sumber pendapatan tambahan

Oleh Muhamad Fairoz Azizan

2011/01/27
Astro First tidak jejas kunjungan ke pawagam, sesuai kaedah pemasaran terkini filem

SALURAN berbayar Astro First yang menimbulkan pelbagai reaksi dan tanggapan di kalangan pengikut serta penggiat industri filem dianggap medium terbaik untuk penerbit memasarkan filem mereka, selain di pawagam. Walaupun filem yang ditayangkan di saluran itu masih rancak diputarkan di panggung, kewujudan saluran berkenaan dilihat bertujuan memberi kesaksamaan kepada semua pihak termasuk penonton.

Bukan bererti menyekat pendapatan pembikin filem, sebaliknya ia menjadi medan buat penerbit filem meraih pendapatan alternatif, selain kutipan diperoleh menerusi tayangan di pawagam. Kini mereka mampu memasarkan filem ke seluruh negara termasuk ke kawasan pedalaman. Malah, saluran itu juga dianggap antara cara terbaik untuk penonton yang tidak berpeluang menonton di pawagam, untuk sama-sama menonton di rumah bersama keluarga. Apatah lagi kini peminat filem tempatan dapat menontonnya berulang kali, hanya di kediaman masing-masing. Penayangan segera di saluran itu juga dianggap antara langkah bagi menyekat kegiatan cetak rompak yang kian berleluasa di samping menyelamatkan filem tempatan yang kurang mendapat sambutan ketika di pawagam.

Bagi dua penerbit yang aktif menghasilkan pelbagai judul, Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Norman Abdul Halim, langkah yang diambil pihak stesen televisyen berbayar ini harus dipandang positif oleh semua pihak bagi menaikkan lagi industri perfileman, malah penerbit filem turut berpuas hati dengan wujudnya saluran ini yang dianggap sumber pendapatan kedua bagi penggiat filem.

Dengan tidak perlu menunggu sehingga enam bulan untuk menonton filem tempatan yang ditayangkan di pawagam, penonton juga dapat meluangkan masa bersama keluarga, di samping mengelakkan kesesakan di bandar.

Bagi Idham, saluran itu dianggap medium penyelamat bagi penerbit filem untuk memasarkan filem mereka, selain menarik minat penonton di luar bandar.
“Sepatutnya dari dulu lagi saluran ini diwujudkan bagi membantu industri filem kita dan saya rasa ini adalah medium terbaik untuk penerbit filem meraih pendapatan tambahan, selain pungutan dilakukan di pawagam,” katanya.

Dianggap tidak menjejaskan industri perfileman tempatan, saluran itu padanya memberikan fokus kepada penonton yang berkeluarga dan di luar bandar, yang kini tidak perlu menunggu masa yang lama untuk menonton filem terbaru.

Jelas sekali wujud keadilan kepada penonton dengan hanya membayar RM15 untuk satu filem, mereka boleh menonton berulang kali dalam tempoh 48 jam, malah penerbit juga mendapat imbuhan daripada setiap filem yang dilanggan.

Kata Idham, konsep langgan dan tonton yang diwujudkan Astro ialah langkah berkesan bukan saja bagi menarik minat penonton, malah dapat menyalurkan filem terbaru ke seluruh negara dan dengan cara itu penerbit filem dapat meraih pendapatan sampingan.

“Target saluran ini adalah untuk penonton yang berkeluarga dan mereka yang berada di luar bandar, yang susah untuk ke panggung. Justeru ia tidak menjejaskan tayangan di panggung kerana sasarannya berbeza, iaitu golongan muda dan bermastautin di bandar,” jelas Idham yang juga seorang pengarah terkenal.

Kehadiran saluran ini juga dianggapnya bertepatan dengan waktunya, pada ketika industri itu kian tercalar disebabkan oleh kegiatan cetak rompak.

Jelasnya, setiap orang perlu menerima perubahan dalam industri perfileman daripada cara tradisional menonton filem di pawagam beralih ke kaca televisyen dan hakikatnya kini, setiap orang tidak boleh menidakkan format baru untuk menonton filem tempatan yang kian maju.

Menonton atas talian di internet

JIKA kini orang ramai boleh menonton filem baru di kaca televisyen, tidak mustahil satu hari nanti penonton atau peminat filem tempatan sudah boleh melakukannya secara atas talian di internet. Malah kaedah itu sudah dipraktikkan di negara luar.

Bak kata Norman, dalam industri muzik sendiri sudah ada perubahan di mana peminat boleh mendengar lagu terbaru di internet atau hanya memuat turun melalui telefon bimbit.

“Tidak mustahil kalau satu hari nanti industri filem tempatan turut terkena tempias pemodenan dan kecanggihan teknologi kini.
"Walaupun ada format baru sebegini, orang ramai masih tetap akan ke panggung untuk menonton kerana suasana ketika menonton di panggung cukup berbeza berbanding di rumah,” katanya.

Menurutnya lagi, walaupun industri muzik sudah beralih format, begitu juga teknologi untuk mendengar lagu terbaru, namun format CD masih mendapat permintaan ramai daripada peminat muzik. Begitu jugalah dengan industri filem.
“Jika dulu filem baru tempatan ditayangkan pada musim perayaan saja dan penerbit filem dibayar hanya sekali satu jumlah, tetapi kini dengan adanya saluran ini, penerbit filem dapat menikmati keuntungan daripada setiap langganan penonton.

“Sejak dulu lagi mentaliti penonton beranggapan setiap filem yang ditayangkan di pawagam akan tetap ditayangkan di televisyen, malah dikeluarkan dalam bentuk VCD dan DVD, tetapi penonton tetap juga ke panggung kerana sistem bunyi dan gambar yang lebih cantik dan jelas,” katanya.

Malah, dengan adanya saluran ini juga ia menjadi wadah baru dalam industri perfileman yang dikatakan kian berubah daripada panggung ke VCD dan DVD, kini terus ke kaca televisyen tanpa menunggu masa yang lama untuk menonton filem baru.

Ketika yang sama ia dianggap penggerak ke arah pemodenan filem tempatan yang mungkin mencetus revolusi baru dalam teknologi pemasaran filem dan tidak mustahil satu hari nanti penerbit filem akan menjadikan televisyen sebagai saluran kedua penting untuk meraih pendapatan.

Tuesday, January 25, 2011

0 Pameran (Gambar merakam emosi) dari Belanda tajaan syarikat Belanda

Sudut gambar merakam emosi



YEN YEN (kanan) diiringi Pengurus Projek Pameran Foto Akhbar Dunia, Janssen meneliti kisah di sebalik paparan gambar yang dipamerkan.



SEKEPING gambar boleh membawa seribu makna. Bagaimanapun, di Pameran Foto Akhbar Dunia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), gambar-gambar menjelaskan lebih daripada itu.

Ia menceritakan segalanya melalui darah, tangisan dan kegembiraan yang dilihat menerusi lensa jurufoto profesional.

Banyak yang bakal meruntun emosi pelawat ke pameran itu sehingga 27 Januari ini. Antaranya adalah apabila melihat kerakusan umat manusia dalam peperangan ataupun kebuluran yang memaksa penduduk luar bandar di Zimbabwe memakan bangkai gajah.

Seorang peguam kanan S.Radhakrishnan berkata, imej manusia memakan gajah itu walaupun mengerikan tetapi inilah realiti di abad ke-21 seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen semasa melancarkan pameran itu baru-baru ini.

Bagi Pengurus Projek Pameran Foto Akhbar Dunia, Jurre Janssen, imej-imej itu mencerminkan realiti.

"Inilah dunia di sekeliling kita. Ada yang mungkin berkata gambar-gambar ini menunjukkan konflik di sekeliling dunia, kematian, pertumpahan darah tetapi ia lebih daripada itu. Saya juga berharap orang ramai akan menatap gambar-gambar lain yang menceriakan," katanya.

Memang benar selain paparan bersifat perit dan ngeri, terdapat juga rakaman potret dan alam semula jadi yang mengagumkan, seterusnya boleh membawa keceriaan pada mereka yang menatapnya.

Tetapi, gambar-gambar perit dan ngeri yang menyentuh sanubari itulah yang membawa pengajaran kepada kita.

Salah satunya adalah imej seorang kanak-kanak perempuan dikeluarkan daripada runtuhan di Gaza selepas serangan udara Israel pada 6 Januari tahun lepas. Itu satu daripada contoh perbuatan manusia yang mengancam manusia.

Pameran itu yang dibawa kembali ke Malaysia selepas lapan tahun itu, dianjurkan oleh Duta Belanda ke Malaysia, Paul Bekkers yang percaya seni dan budaya merupakan medium penting untuk mempertingkat lagi hubungan baik Belanda-Malaysia.

Terpesona dan gerun




BANYAK peristiwa global dapat dinilai melalui foto-foto yang dipamerkan.



Gerry Power, Pengarah Urusan Wilayah Malaysia dan Brunei bagi syarikat Belanda TNT Express yang menaja acara itu, menyifatkan gambar-gambar tersebut begitu mengagumkan.

"Ada antara imej ini sangat grafik. Saya begitu terpesona dan adakalanya gerun dengan imej tertentu tetapi inilah hakikat sebenar dunia," kata beliau.

Power berkata pameran itu adalah mengenai elemen manusia dan kehidupan harian.

Tetapi adakah warga Malaysia bersedia menatap imej tertentu yang dianggap sensitif?

Datuk Peter Brokenshire, Pengurus Besar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang menjadi tuan rumah pameran itu berkata, penganjur mengambil langkah berhati-hati dalam menempatkan gambar-gambar itu dan meletakkan notis untuk mengisyaratkan kandungan yang mungkin menyinggung pihak tertentu.

"Tetapi kita perlu lihat pameran ini dalam gambaran yang lebih menyeluruh.

"Ia adalah pameran antarabangsa. Mereka yang matang mahu melihat imej-imej yang mencabar. Malangnya, ia mencerminkan keadaan sebenar dunia hari ini," katanya, sambil menambah, orang ramai perlu lihat perkara yang berlaku di bahagian lain dunia.

Pembuka mata

Collin Tang, 31, bersetuju dengan kata-kata itu. Menurutnya, pameran itu pastinya membuka minda kita dan memberikan kita lebih banyak maklumat mengenai peristiwa yang berlaku di dunia. Ia ditambah pula dengan paparan budaya dan gaya hidup yang kita tidak dapat lihat di Malaysia.

Jurugambar, R.A. Ramesh, 44, berpendapat pameran itu sangat intelektual dan mengajar orang ramai akan apa yang berlaku di seluruh dunia selain daripada menampilkan ragam kehidupan orang ramai di seluruh dunia.

"Kita perlu membuka minda kita. Saya sendiri seorang jurugambar. Saya datang ke sini untuk belajar teknik fotografi, dan di sebaliknya saya mempelajari sesuatu yang lebih signifikan," katanya yang memberitahu bahawa pameran itu turut memberi beliau sedikit sebanyak pengajaran mengenai hak asasi manusia. - Bernama

Monday, January 24, 2011

0 Lee Kuan Yew dan suara hatinya di buku Hard Truths

Kuan Yew gesa penduduk Islam kurang patuh pada agama





SEJUMLAH naskhah buku Hard Truths to Keep Singapore Going yang merupakan memoir Lee Kuan Yew dipamerkan di sebuah kedai buku di Tanjong Pagar, Singapura kelmarin.


SINGAPURA - Pengasas Singapura, Lee Kuan Yew menggesa masyarakat Islam di negara itu supaya menjadi kurang tegas dalam hal pematuhan ajaran agama demi meningkatkan integrasi dan proses pembangunan negara bangsa.

Singapura didominasi oleh penduduk etnik Cina manakala kaum minoritinya dibentuk oleh kelompok Melayu beragama Islam dan orang India.

Kuan Yew sering menekankan mengenai pentingnya keharmonian kaum.

"Saya ingin menyatakan pada hari ini, kita boleh mengintegrasikan semua agama dan kaum kecuali Islam," kata Kuan Yew dalam bukunya yang bertajuk Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going.

Buku tersebut mengandungi pandangan-pandangan jujurnya mengenai Singapura dan masa depannya.

"Saya fikir kita bergerak maju dengan baik sehinggalah timbulnya Islam dan jika kamu tanya tentang pemantauan saya, komuniti-komuniti lain lebih mudah berintegrasi, kawan-kawan, perkahwinan berlainan bangsa dan sebagainya.

"Saya fikir masyarakat Islam secara sosialnya tidak menimbulkan sebarang masalah, tetapi mereka berbeza dan terpisah," kata Kuan Yew yang menggesa komuniti Islam untuk menjadi kurang tegas dalam mematuhi Islam.

Sewaktu pelancaran buku tersebut pada Jumaat lalu, beliau yang menyifatkan dirinya sebagai seorang yang pragmatik memberi amaran kepada rakyat Singapura tentang perasaan puas hati mereka.

Kuan Yew turut menyatakan republik yang majoritinya terdiri daripada etnik Cina itu masih dalam proses membangunkan sebuah negara bangsa.

Di dalam bukunya, beliau menyifatkan Singapura sebagai sebuah bangunan 80 tingkat yang dibina di atas tanah berpaya.

Kuan Yew menegaskan bahawa Singapura mesti berdepan dengan perasaan bermusuhan daripada jiran-jiran beragama Islam yang lebih ramai.

"Kita mempunyai jiran-jiran yang peramah? Sedarlah... Inilah yang melemahkan kita kerana kita merupakan orang yang gemar mencampuri urusan orang lain," katanya yang mendakwa usaha Malaysia dan Indonesia untuk menjejaskan perniagaan pelabuhan Singapura.

Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 ekoran perbezaan besar terhadap dasar Kuala Lumpur yang memberi keistimewaan kepada kaum Melayu. Sejak itu, Singapura telah mewujudkan pasukan tentera paling moden di Asia Tenggara untuk menangani ancaman negara asing.

Bercakap tentang politik tempatan, Kuan Yew menyatakan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah sejak tahun 1959 apabila Singapura memperoleh autonomi politik daripada pemerintah kolonial Britain akan kehilangan kuasanya pada satu hari nanti.

"Akan tiba satu masa apabila orang ramai berkata, mari cuba pihak yang satu lagi. Sama ada kerana kualiti PAP telah menurun atau pihak pembangkang sudah menghasilkan satu pasukan yang setanding dengan PAP. Hari itu akan tiba. Bagi tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang, saya tidak fikir ia akan berlaku. Menjangkau tempoh itu, saya tidak tahu," katanya.

Kuan Yew menyatakan walaupun satu kaji selidik menunjukkan sebaliknya, beliau percaya rakyat Singapura masih belum bersedia menerima seorang perdana menteri yang bukan daripada etnik Cina.

"Satu undian menyatakan 90 peratus masyarakat Cina Singapura menyatakan mereka akan melantik seorang bukan Cina sebagai PM. Baiklah, ini adalah ideal. Anda percaya undian-undian ini? Betul-betul sampah. Mereka bercakap apa yang secara politiknya betul," tegasnya.

Kuan Yew juga mempertahankan dasar mempromosikan perkahwinan sesama rakyat Singapura yang berpendidikan tinggi.

Dasar itu dilihat oleh para pengkritik sebagai satu proses kejuruteraan sosial dan menafikan tanggapan mengenai cinta pandang pertama.

"Rakyat mendapat pendidikan. Golongan yang cerdik akan naik statusnya dan mengahwini pasangan yang sama-sama menerima pendidikan yang bagus. Hasilnya, anak mereka pasti lebih pandai berbanding anak-anak tukang kebun.

"Ini adalah hakikat kehidupan. Anda mempunyai seekor kuda betina yang bagus, anda tidak mahu membuat kacukkan antara ia dengan seekor kuda biasa. Anda akan mendapat anak kuda yang kurang bagus. Manusia yang tertarik kepada karakteristik fizikal akan menyesal mengenainya," katanya lagi.

Kuan Yew mendedahkan beliau telah mendermakan semua pendapatannya berjumlah AS$10 juta (RM30.6 juta) kepada kebajikan sejak mengundurkan diri sebagai perdana menteri pada tahun 1990 selepas 31 tahun berkuasa.

Menteri-menteri kabinet Singapura mendapat bayaran gaji tertinggi di dunia sebagai sebahagian daripada strategi mencegah rasuah dan menarik bakat dari sektor swasta.

Kuan Yew yang memegang jawatan khas, Mentor Perdana Menteri kini bertindak selaku penasihat kepada Perdana Menteri Singapura yang juga merupakan anak lelakinya, Lee Hsien Loong yang mula memerintah sejak tahun 2004.Di sebalik kata-katanya yang tegas, Kuan Yew menunjukkan ciri-ciri kelembutannya apabila ditanya tentang mendiang isterinya, Kwa Geok Choo yang meninggal dunia pada usia 89 tahun, Oktober lalu.

"Ia membawa makna lebih keseorangan," kata Kuan Yew dalam buku tersebut yang mengandungi siri temu ramah eksklusif dengan wartawan-wartawan akhbar Straits Times. - AFP



Artikel lanjutan:

Kuan Yew sangsi orang Melayu, negara jiran
Bersama Rejal Arbee

2011/01/27
APAKAH gerangannya dengan bekas Perdana Menteri Singapura sekarang Menteri Mentornya, Lee Kuan Yew ini? Tidak habis-habis menunjukkan sikap berseteru dan bermusuhan hingga berterusan menghina negara ini dan juga orang Melayu termasuk warganya sendiri?

Terakhir ialah pandangannya yang dibukukan dalam terbitan terakhir bertajuk Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going mengenai kedudukan rakyat beragama Islamnya serta perbelanjaan yang begitu tinggi untuk pertahanannya. Pandangannya terhadap dua topik ini menunjukkan betapa dia dihantui kesangsiannya terhadap orang Melayu/Islam dan jirannya Malaysia dan Indonesia kerana berada di tengah-tengah Alam Melayu. Kesangsiannya itu sudah lama dirasai tetapi kini dia sendiri terang-terangan mengakuinya. Maka itu tidak menghairankan bagaimana Melayu di Singapura menghadapi pelbagai tekanan walau pun ada antara mereka itu yang pertikaikan pandangan ini seperti wujud cemuhan sesetengah daripada mereka yang menulis kepada Berita Harian Singapura mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru-baru ini menimbulkan lagi pandangannya bagaimana Melayu Singapura berterusan dipinggirkan.

Peminggiran Melayu di republik itu berlaku sejak awal lagi bermula apabila republik itu dinyahkan dari Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman pada 1965 kerana kempen Kuan Yew dan parti PAPnya pada Pilihan Raya Umum 1964 yang memainkan isu perkauman dengan begitu ketara, tetapi masih gagal mendapat sokongan bukan Melayu. Kempen perkauman itu berlarutan walaupun selepas pilihan raya itu.

Kedua-dua hal ini menjadi dendam kesumat dalam sanubarinya hingga mempengaruhi dasar yang dilaksanakannya di republik itu.

Peminggiran Melayu didedahkan dengan panjang lebar oleh Dr Lily Zubaidah, anak bekas Menteri Republik itu Abdul Rahim Ishak serta anak saudara Presiden Pertamanya, Yusof Ishak dalam bukunya The Singapore Dilemma: Political and Educational Marginality of the Malays yang diterbitkan pada 1998.
Dr Lily yang lama menetap di Australia bertugas sebagai pensyarah kanan di University of Sydney menerbitkan buku keduanya berjudul Singapore in the Malay World Jun lalu.

Kedua-dua buku itu mengenai kedua-dua isu yang banyak menghantui pemikiran Kuan Yew hingga ada yang berkata dia sudah hilang pertimbangan waras terhadap kedua-dua isu itu. Dia mendapatkan penasihat Yahudi Israel sejak 1965 yang banyak membantu Singapura dalam hal keselamatan dan pertahanan.

Kuan Yew menggunakan kepakaran Israel dalam keselamatan dan pertahanan kerana wujudnya persamaan kedudukan republik itu di kelilingi Alam Melayu seperti Israel di tengah-tengah Alam Arab. Singapura dan Israel juga mempunyai persamaan rakyat minoriti mereka iaitu orang Arab bagi Israel dan minoriti Melayu di republik itu yang mereka curigai.

Bagi Israel cara menangani kedudukan itu ialah dengan melakukan pelbagai usaha sulit mengadu domba antara negara Arab supaya tidak bersatu seperti juga diusahakan republik itu yang tidak senang melihat wujudnya hubungan akrab antara Malaysia dan Indonesia.

Demikian juga bagaimana wujudnya persamaan terhadap perlakuan Israel yang berterusan mencurigai rakyat minoriti Arabnya yang sentiasa dipantau dan diperhatikan secara sulit oleh badan perisikannya seperti Mossad. Singapura juga dituduh melakukan perkara sama terhadap rakyat berketurunan Melayu dan baru-baru ini menambahkan pengambilan polis cawangan khasnya dikatakan untuk melakukan pemantauan itu dengan lebih menyeluruh.

Jadi, kenyataan terakhir Kuan Yew ini yang mencurigai Melayu yang berpegang kuat ke atas agama Islam hingga menuduh sikap itu menjadi batu penghalang terhadap usaha mengintegrasikan pelbagai kaum di republik itu tidak menghairankan. Maka dia menyarankan rakyat Islamnya, iaitu Melayu melonggarkan pegangan agama mereka untuk berintegrasi, bahkan berkahwin dengan bangsa lain mungkin tanpa pasangan mereka menukar agama untuk memeluk Islam?

Kerajaan PAP Singapura sudah melakukan pelbagai usaha yang sememangnya mendiskriminasi rakyat Islam/Melayunya. Misalnya untuk mengaburi mata ramai bahawa jumlah penduduk Melayu tidak seberapa, orang Melayu dibeza-bezakan dengan mereka berketurunan Jawa atau Bawean (Boyan) yang tidak diterima sebagai Melayu dalam kad pengenalan mereka.

Demikian juga keturunan rakyatnya dari India atau Pakistan berkahwin dengan wanita Melayu tidak diiktiraf sebagai Melayu walaupun sudah beberapa generasi dan mereka sudah pun diserap dan mengamalkan cara hidup Melayu dan bertutur bahasa Melayu di rumah.

Demikian juga orang Melayu dikecualikan daripada menyertai Khidmat Negara (National Service) kerana mencurigai kesetiaan Melayu. Ini memberi kesan buruk kepada anak muda Melayu apabila memohon pekerjaan kerana majikan tidak akan mahu mengambil mereka bekerja selagi tidak mempunyai sijil mengatakan mereka sudah menjalani latihan National Service.

Seperti ditohmahkannya, Kuan Yew amat tidak menyenangi orang Melayu yang banyak menghabiskan masa di masjid menunaikan solat wajib. Di Singapura masjid yang ada bukannya didirikan dengan biaya atau bantuan pemerintah. Semuanya dibiayai derma penduduk setempat, misalnya di kawasan perumahan flet HDB.

Mengikut dasar kerajaan PAP yang diwujudkan oleh Kuan Yew semua flet itu harus mempunyai sehingga 20 peratus penghuni Melayu dan mereka inilah yang mengutip/mengumpul derma mendirikan masjid.

Ini yang tidak disenangi Kuan Yew yang sebolehnya mahu rakyat berketurunan Melayu menyertai balai rakyatnya yang ditubuhkan di setiap kawasan rumah pangsa HDB seperti juga rakyat keturunan Cina dan India. Balai rakyat itu dikendalikan Jawatankuasa Perundingan Rakyat, iaitu pertubuhan akar umbi PAP.

Dalam pertahanan pula seperti ruangan ini sudah beberapa kali sebut beberapa tahun lalu republik itu juga mengikuti jejak Israel berbelanja besar mengadakan pelbagai peralatan canggih khusus untuk tentera udaranya termasuk beberapa skuadron pesawat tempur tentera udaranya yang dilengkapi peluru berpandu terkini yang diperoleh dari Amerika Syarikat.

Ruangan ini sebelum ini mempersoalkan kenapa Singapura perlu berbelanja begitu besar mengadakan peralatan tempur yang begitu canggih termasuk peluru berpandu yang terkini. Peralatan itu bukan hanya untuk pertahanan tetapi ialah untuk bertempur. Siapa yang hendak ditempurinya?

Itulah sebabnya beberapa skuadron pesawat tempurnya tidak disimpan di pulau sebesar sekangkang kera itu, tetapi ditempatkan di Australia dan Taiwan, kononnya kalau ia diserang pesawat tempurnya boleh bertindak balas segera.
Terakhir ia membiayai sebahagian kos membangun dan mengadakan suatu sistem perisai udara menggunakan teknologi satelit yang diusahakan Israel diberi nama ‘Dome’ untuk pertahankan pulau itu daripada serangan peluru berpandu.

Republik itu berbelanja sehingga hampir 2.5 peratus daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK) bagi pertahanannya hingga mencecah lebih RM30 bilion setahun untuk beberapa tahun kebelakangan ini.

Ini adalah kerana ia bersikap dikepung hingga takutkan bayang-bayang sendiri. Maka itulah ia membangunkan pulau itu seperti sebuah kubu dan mecurigai jirannya khususnya Malaysia.

Penulis ialah Felo Kanan UKM

Sunday, January 23, 2011

0 Redmummy.com dan bisnes RM1juta setahun?


2011/01/23

Penulis blog kreatif raih pulangan lumayan

KUALA LUMPUR: Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun.

Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.



Artikel lanjutan:


Sumber: Http://www.redmummy.com :

Jan 23 2011
RM1Juta? NO NO NO!
Sunday, 8:30 pm







1. Saya bukan blogger 1 juta itu. itu tajuk jer yang oit. Tajuk tu in general mungkin accumulate bloggers boleh dapat 1 juta. but NOT ME. 12k ye betul, fakta yang benar.

2. Baca contents isi paper ni, jangan ko baca tajuk jer. Saya talking about LHDN. saya pernah blogkan betapa kepentingan kita declare earnings kita di LHDN, tak kisahlah kena tax pun tak kena, tapi kita bertanggungjawab untuk declare. Not related heh saya ngan juta juta tuh yang oi…

3. Ini link on the RM yang kena audit by LHDN bulan Aug 2010 yang lalu. Baca details di situ, now nanti korang paham maksud tersirat kenapa saya terpilih untuk watak dalam news Berita Minggu, idok le pulak aku tau sampai jadi hot news front page ko!

4. Soalan berbangkit Nuffnang? boleh tuju di nuffnang.com.my pls.

5. Soalan general boleh tanya di Ask RM

6. Soalan tips insyallah boleh tanya saya and Sirman aka RedDaddy di Contact RM. One of us will assist you.

7. Degil gak tak nak tanya di situh, bolehlah try soal kat sini. Insyallah saya cuba jawab.



8. Tahniah kerna berjaya menjejaki blog ini seharian, google search betul korang yek walaupun terang2 dah tulih situ url RM nih.

9. Terima kasih atas ucapan tahniah, baik di emails, bbms, twitter, FB and mahupun di page RM ni sendiri. Tapi tolong ye, saya bukan yang juta2 tuh, saya bercerita on the LHDN tau!

10. I m clean, i pay tax. baik dari kerja tetap, mahupun dari earnings blogging. So no issue kalau LHDN nak audit lagi, kami rakyat yang membayar cukai.



Cukuplah yek satu entry ni untuk mengclearkan keadaan. Btw, Nuffnang never pays me 1million, ku terbaca satu portal yang buat assumption Nuffnang bayau ku that much. If really that high, aku beli Hermes lanting2kan kat korang jer…

The issue now, dari mana pun jana pendapatan online yang kamu dapat, kita boleh declare. tak semestinya kita bayar. apalah yang gelabah sangat bila LHDN nak visit you. Skang mungkin nama kamu tak naik, but they have their sources to get you. Apa salahnya declare.

N few months nih saya dah tukarkan tax saya ke zakat terus. Takkan nak tunjuk statement pulak ye dok? Let the top gun tau apa yang aku buat sudah yek. Dan lagi outstanding your life keluar merata, lagi ramai haters but lagi ramai jugak yang bersedia menjadi teman. That s life.

Make up and hair do for interview nih, mak buat sendirik yek. hahahah nak jugak! Tiada tajaan hokey!


Redmummy

Friday, January 21, 2011

0 Buat Duit Dengan Lukisan Seni Kreatif

Galeri: Ekspresi Dua Ribu Sebelas
Oleh Nurul Farina Nazlan
nfarina@bharian.com.my
2011/01/21



'SPOT SUNS' karya Iszuan Ismail.



SENIMAN Agung dan Antara Lukisan (kanan) karya Nazmi Ismail.
Pameran karya 11 pensyarah, enam pelajar ASWARA

KARYA unik dan terkini gabungan 11 pensyarah dan enam pelajar Fakulti Seni Halus Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dapat disaksikan pada Pameran Ekspresi Dua Ribu Sebelas di Galeri Shah Alam, Shah Alam yang berlangsung sehingga 30 Januari ini. Sebanyak 140 karya yang menekan aspek budaya dan warisan dipamerkan dalam pameran itu, sekali gus memperlihatkan kelainan serta pembaharuan dalam seni cetakan, arca, lukisan dan media campuran hasil gabungan kreativiti juga minat mendalam. Pensyarah Fakulti Seni Halus ASWARA, Mohd Faizal Md Suhif, berkata ASWARA menganjurkan Pameran Ekspresi Dua Ribu Sebelas untuk memberi pendedahan kepada masyarakat sekitar Lembah Klang berkenaan penubuhan Fakulti Seni Halus di akademi itu.

Antara karya yang dipamerkan adalah garapan pensyarah ASWARA iaitu Juhari Said, Fuzin Mustafa, Suzlee Ibrahim dan Mad Anwar Ismail, selain tiga pelajar fakulti berkenaan yang pernah memenangi pertandingan melukis sempena 50 tahun Maybank, baru-baru ini.

“Pendedahan melalui pameran adalah usaha ASWARA mempromosikan Fakulti Seni Halus kepada generasi muda, sekali gus menghebahkan kepada masyarakat terhadap usaha memartabatkan seni halus yang kini mempunyai fakulti sendiri berbanding sebelum ini yang diletakkan di bawah jabatan di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Kami juga menampilkan pelbagai karya dari genre yang berbeza termasuk karya saya, Ikan dan Laut yang dihasilkan menggunakan teknik cetakan hasil bahan buangan iaitu simen dan ia dijual pada harga RM2,500,” katanya kepada Galeri di Shah Alam, baru-baru ini.
Pelajar Fakulti Seni Halus ASWARA, Nazmi Ismail pula tampil dengan enam lukisan memaparkan watak seniman agung, Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma itu cuba mengembalikan nostalgia kegemilangan mereka dengan konsep lukisan pelbagai rupa.

“Saya mengambil masa empat bulan untuk menyiapkan lukisan untuk dipamerkan dalam pameran ini dengan memilih watak P Ramlee dan Saloma kerana mereka adalah ikon seni yang harus disanjung dan terus dihargai di atas kejayaan mengangkat bangsa Malaysia dalam seni lakonan dan nyanyian.

“Saya menggunakan bahantara media campuran dan cuba menampilkan warna klasik bagi menampakkan imej nostalgia dalam karya berkenaan dengan setiap lukisan dijual pada RM3,500,” katanya.

Sementara itu, rakan fakultinya, Mohd Fahmi Mohd Taib yang juga pemenang kategori B pada pertandingan lukisan sempena 50 tahun Maybank menampilkan karya Irama Kenyalang bagi menonjolkan identiti negeri Sarawak yang sangat unik.

“Kebanyakan lukisan saya lebih bermotifkan haiwan kerana ia menjadi luahan hati saya yang juga penggemar binatang dan melalui Irama Kenyalang, saya menampilkan dua burung kenyalang sebagai subjek, selain watak masyarakat Sarawak yang gemar kepada tarian dan seni muzik.

“Untuk karya ini, saya menggunakan bahantara media campuran dan ia dihasilkan dalam tempoh dua bulan sejak pertengahan November lalu dan saya sangat teruja diberi peluang menyertai pameran ini selepas pernah terbabit dalam pameran lukisan di luar negara antaranya Belanda, Itali dan New York,” katanya.

INFO: Pameran Ekspresi Dua Ribu Sebelas
Tempat: Galeri Shah Alam, Persiaran Tasik, Shah Alam, Selangor
Tarikhh: Sehingga 30 Januari 2011
Karya: 140 karya
Telefon: 03-55105344

0 POWER: Bank Negara Malaysia (BNM) prihatin kesengsaraan penghutang

Kita mungkin patut bimbang



Zeti Akhtar Aziz menunjukkan buku 'Power Pengurusan Wang Ringgit Anda AKPK' di Bank Negara Malaysia, kelmarin.



KELMARIN Bank Negara Malaysia melancarkan Program Pengurusan Wang Ringgit Anda (POWER!), sebuah program untuk mendidik setiap individu cara mengurus kewangan dengan baik sekali gus mengelakkan mereka dibelenggu masalah hutang keliling pinggang.

Inisiatif ini menunjukkan betapa seriusnya Bank Negara Malaysia (BNM) bersama-sama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mahu membendung masalah hutang isi rumah lebih awal sebelum ia berada di luar kawalan.

Biarpun berdasarkan angka yang ada di tangan Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz kadar hutang isi rumah berjumlah RM577 bilion sehingga November lalu, masih lagi terkawal tetapi semua pihak mungkin patut juga berasa bimbang.

Kenapa tidak? Berdasarkan kepada demografi individu yang mendaftar ke dalam Program Pengurusan Kredit (PPK) yang dikendalikan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sebanyak 43.7 peratus adalah mereka yang berusia di antara 30 hingga 40 tahun.

Ini diikuti oleh peserta yang berusia lebih 40 tahun dengan 40.7 peratus dan 15.5 peratus bagi peserta yang berumur di antara 20 sehingga 29 tahun.

Ini menunjukkan golongan ini membuat pinjaman apabila memasuki pasaran kerja ketika berusia di awal atau pertengahan 20an dan terbelit dengan kemelut hutang apabila usia menjengah 30an.

Berdasarkan perangkaan itu juga, sejak tahun 2007 sehingga 2010, seramai 32,997 (67.8 peratus) lelaki menyertai program PPK berbanding hanya 15,688 (32.2 peratus) perempuan.

Timbulnya isu ini adalah kerana pengurusan kewangan yang lemah, cetek pengetahuan kewangan dan tidak berdisiplin di dalam perbelanjaan harian mereka .

Kombinasi-kombinasi yang ada ini menyumbang kepada peningkatan hutang mereka, lantas mengakibatkan ketidakupayaan membayar balik pinjaman bak kata orang, ‘besar kerak daripada nasi’.

Pada usia yang masih muda, keghairahan dan keinginan untuk bergaya sama ada dengan membeli pakaian dengan fesyen terkini, kereta dan kediaman mewah menyebabkan mereka alpa untuk menyimpan secara berkala, malah lebih teruk membuat pinjaman untuk menampung kehidupan itu.

Dengan meningkatnya kadar faedah, peminjam tersebut akan mulai merasai bahangnya dan mulai tersepit apabila jumlah hutang yang ditanggung semakin membesar seperti belon.

Mungkin perkembangan ini boleh dielakkan dengan pihak berkuasa seperti BNM mengetatkan syarat-syarat pinjaman peribadi dan kad kredit.

Bahkan, individu yang baharu ingin membuat pinjaman mungkin perlu diberikan penarafan yang pada masa ini hanya dilakukan untuk syarikat-syarikat korporat.

Dengan berbuat demikian, hanya mereka yang benar-benar layak dan berkemampuan berpeluang mendapatkan pinjaman, selain pada masa yang sama, kegiatan pemberian ‘haram’ melalui ah long misalnya dan juga koperasi, diperhebatkan.

Pada masa ini, syarat-syarat yang dikenakan terlalu longgar dengan hampir siapa sahaja yang mempunyai pendapatan tetap dan berusia 18 tahun ke atas layak untuk memohon kad kredit dan pinjaman peribadi.

Biarpun penggunaan kad kredit dikatakan hanya berada di tempat ketiga sebagai penyebab utama kegagalan peminjam membayar hutang, ia masih lagi penyumbang yang besar.

Kita mengetahui kebanyakan mereka tidak mempunyai disiplin dan tidak merancang kewangan, mengapa tidak pula kita menyekatkan.

Biarpun angka AKPK menunjukkan kegagalan membayar hutang adalah disebabkan oleh beban kos perubatan yang tinggi, tetapi tidak mungkin bilangan yang berkenaan adalah orang muda dan kebiasaannya adalah golongan yang mungkin berusia 40 tahun ke atas.

Isu berhutang kerana tujuan perubatan itu sebenarnya boleh diatasi sekiranya rakyat Malaysia didedahkan secara lebih meluas dan agresif tentang insurans perubatan. Perkara ini kebanyakannya tidak ditonjolkan sangat oleh syarikat-syarikat yang terlibat kecuali lebih menekan manfaat terhadap pulangan pelaburan.

Pada masa yang sama, tidak ramai yang bersedia untuk mengambil insurans berkenaan sama ada kerana mereka telah dilindungi oleh skim yang ditawarkan oleh syarikat masing-masing dan tidak memahami betapa pentingnya mempunyai perlindungan tambahan.

Namun begitu, usaha BNM melancarkan POWER! sewajarnya dipuji kerana kata orang bijak lagi pandai, ‘‘Sediakan payung sebelum hujan’. Tambahan pula, adakalanya nasib tidak menyebelahi kita.

Dalam menangani permasalahan yang berada di hadapan kita, pihak Bank Pusat tidak boleh dibiarkan bersendirian untuk melakukannya tetapi digerakkan secara bersepadu melibatkan semua pihak termasuk institusi kewangan dan juga pihak berkuasa lain yang berkaitan. Lagipun, muafakat itu banyak berkatnya.

0 Astro First: RM15 untuk menonton filem baru dalam tempoh 48 jam selepas langganan

Astro First tidak saingi pawagam

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my




FILEM merupakan medium elektronik visual yang paling diminati oleh manusia sehingga hari ini. Pada awal kemunculannya, ia bukan sekadar hiburan bahkan turut menjadi alat propaganda untuk menyebarkan fahaman tertentu.

Berdasarkan sejarah, filem atau juga dikenali sebagai seni wayang diperkenalkan secara komersial oleh Lumiere bersaudara pada tahun 1895 dengan rekaan mereka yang dinamakan Cinematographe.

Bagaimanapun, evolusi penciptaan wayang gambar telah bermula dengan rekaan Panorama oleh Robert Barker pada tahun 1780-an yang berbentuk lukisan di dalam silinder.

Tidak lama selepas itu, perkembangan seni wayang menyaksikan terciptanya beberapa peralatan berkaitan seni wayang seperti Eidophusikon, Diorama, Zoetrope, Camera Obscura dan Kinetoscope.

Kemudian Lumiere bersaudara telah menyempurnakan kesemua ciptaan tersebut dengan Cinematographe sehingga wujudnya beberapa nama lain yang menjadikan teknologi seni wayang gambar sebagai satu sejarah yang sungguh hebat.

Sementara sejarah filem di Malaysia juga tidak kurang menariknya. Filem pertama kali diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1898 oleh penjajah Inggeris menerusi penayangan dokumentari yang bertajuk Diamond Anivessary Celebration of Queen Victoria.

Pada tahun 1907, pawagam pertama telah dibina di Singapura yang dikenali sebagai Alhambra Cinema.

Ia telah dibina oleh seorang lelaki berbangsa Inggeris yang bernama Willis, namun, ada pendapat lain yang mengatakan ia dibina oleh seorang lelaki Cina, Tan Cheng Kee yang juga perintis kepada industri perfileman ketika itu.

Mengenai penerbitan filem Melayu, rata-ratanya bersetuju bahawa filem Melayu pertama telah diterbitkan di Singapura pada tahun 1933 yang berjudul Laila Majnun yang dihasilkan oleh B.S. Rajhans, seorang pengarah filem dari India.

Selepas itu, era industri perfileman

di negara ini terus berkembang, terutama dengan penghasilan lebih banyak filem yang menjadi alat hiburan masyarakat pada era 1950-an dan 1960-an.

Meskipun saluran televisyen pertama mula diperkenalkan pada tahun 1963, namun, ia tidak menghalang untuk industri perfileman terus berkembang dan masyarakat masih lagi ke pawagam untuk menonton filem-filem kegemaran mereka.

Pada hari ini, sekalipun pelbagai saluran televisyen percuma dan berbayar telah diperkenalkan, orang ramai masih gemar ke pawagam untuk menonton wayang.

RM15 sebuah filem

Tentunya sebelum ini tidak pernah terlintas di fikiran masyarakat di Malaysia bahawa pada suatu hari nanti mereka akan dapat menonton filem-filem tempatan terbaru di rumah. Menariknya, filem yang akan ditonton itu adalah filem yang baru dua minggu ditayangkan di pawagam.

Bayangkan pada tahun 1990-an, penonton hanya dapat menonton filem tempatan di kaca televisyen semasa musim perayaan sahaja, itu pun selepas beberapa bulan ia ditayangkan di pawagam.

Bagaimanapun, kini segala-galanya tidak mustahil lagi apabila stesen televisyen berbayar Astro memperkenalkan sebuah lagi saluran baru iaitu Astro First.

Memulakan perkhidmatan pada 13 Januari lalu, saluran berkenaan menawarkan filem tempatan yang baru sahaja ditayangkan di pawagam.




KARYAWAN filem tempatan dijangka menerima impak positif dengan kemunculan Astro First.


Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, jika sebelum ini filem terbaru hanya dapat ditonton di pawagam, kini para pelanggan Astro yang berjumlah kira-kira tiga juta orang boleh menontonnya di kaca televisyen.

“Perkhidmatan ini merupakan sejarah baru dalam industri hiburan tanah air. Kini orang ramai boleh menonton filem-filem terbaru di rumah dalam keadaan selesa bersama keluarga atau rakan-rakan.

“Penonton juga tidak perlu memikirkan masalah seperti terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas untuk ke pawagam, bersesak-sesak beratur membeli tiket atau tidak sempat menonton filem terbaru kerana sibuk dengan jadual harian,” katanya pada majlis pelancaran saluran Astro First di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Henry, saluran Astro First juga dapat memanjangkan tempoh tayang sesebuah filem memandangkan Syarat Wajib Tayang di negara ini cuma dua minggu.

Ujarnya lagi, saluran berkenaan juga akan memberi peluang yang lebih luas kepada penonton yang tinggal di kawasan luar bandar untuk menonton filem terbaru, sekali gus memberikan sokongan kepada filem-filem tempatan.

Perkhidmatan ini juga memberi kelebihan kepada penonton kerana mereka dapat menjimatkan kos jika sesebuah filem itu ditonton secara beramai-ramai di rumah.

Menurutnya, untuk melanggan sebuah filem, pelanggan Astro hanya perlu membayar RM15 dan ia boleh ditonton dalam tempoh 48 jam selepas langganan.

“Sebagai permulaan, Astro First akan menayangkan sebanyak tiga buah filem tempatan terbaru kepada penonton iaitu Ngangkung, Aku Masih Dara dan Damping Malam,” ujarnya.

Tambah Henry, selepas ini para pelanggan Astro akan dapat menyaksikan lebih banyak filem terbaru termasuk Hikayat Merong Mahawangsa, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Senjakala dan Kembar Siang.

Tidak Terjejas

Mengikut senarai yang dipetik daripada laman web Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), sehingga bulan Disember 2010, terdapat sebanyak 19 syarikat pawagam, 106 buah pawagam, 577 Dewan dan 119,165 kerusi di seluruh Malaysia.

Kemunculan begitu banyak pawagam di negara ini adalah seiring dengan penghasilan filem yang semakin meningkat saban tahun. Misalnya pada tahun 2003, sebanyak 16 filem sahaja yang dihasilkan setahun.

Namun, pada tahun 2010 pula jumlahnya meningkat dengan begitu ketara iaitu sebanyak 29 buah. Dijangka pada tahun ini lebih banyak filem yang akan dihasilkan.




PELANGGAN hanya perlu membayar RM15 untuk menonton sebuah filem.



Mengenai pengenalan saluran Astro First, sebenarnya timbul satu isu apabila dikatakan ia boleh menyebabkan orang ramai tidak lagi berminat untuk pergi ke pawagam.

Ketika diajukan soalan mengenai perkara tersebut, Henry memberitahu orang ramai akan terus menonton filem di pawagam meskipun kini muncul perkhidmatan baru itu.

Menurutnya, Astro First hanya menjadi satu alternatif kepada mereka yang terlepas menonton filem kegemaran di pawagam.

“Tidak semestinya orang ramai tidak lagi pergi ke pawagam atau memberi saingan kepada pemilik pawagam.

“Berdasarkan kajian kami, ada juga segelintir individu yang tidak mahu beratur panjang untuk membeli tiket wayang sehingga membatalkan hasrat untuk menonton sesebuah filem,” ujarnya.

Bagaimanapun, Henry turut menjelaskan bahawa pihaknya berkeyakinan bahawa minat masyarakat untuk pergi ke pawagam tidak akan terjejas kerana masih ramai lagi golongan seperti remaja yang gemar mencari hiburan di luar rumah.



Artikel berkaitan:


Penerbit filem sokong

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my




KARYAWAN filem Ngangkung pasti bangga kerana filem mereka menjadi antara tiga naskhah terawal ditayangkan menerusi Astro First.



PENGENALAN perkhidmatan Astro First kepada para pelanggan stesen televisyen berbayar berkenaan ternyata merintis satu revolusi kepada dunia perfileman tanah air.

Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang mempersoalkan rasional Astro First yang didakwa boleh menyebabkan khalayak ke pawagam akan berkurangan. Namun, rata-rata penerbit filem di negara ini menyambut baik perkhidmatan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim menjelaskan, beliau yakin minat orang ramai untuk ke pawagam masih tinggi.

“Industri perfileman di negara ini sering dihantui dengan kewujudan masalah cetak rompak yang berleluasa sehingga sekarang.

“Sehinggakan ada filem-filem yang baru beberapa hari ditayangkan sudah boleh ditonton melalui cakera padat video (VCD) yang cukup mudah untuk diperoleh.

“Walaupun masalah tersebut terus berlaku, minat penonton untuk menonton filem di pawagam semakin meningkat, sedangkan mereka boleh sahaja memilih untuk membeli VCD cetak rompak,” ujarnya sewaktu pelancaran Astro First baru-baru ini.

Tambah Norman, pengenalan perkhidmatan terbaru itu seharusnya dilihat dari sudut positif terutama sebagai salah satu langkah terbaik untuk membanteras gejala berkenaan.

Menurutnya, selepas ini orang ramai tidak perlu lagi membeli VCD cetak rompak dan sekali gus dapat membantu perkembangan industri perfileman negara.

Dalam pada itu, Norman turut menjelaskan Astro First sedikit sebanyak dapat membantu para penerbit filem yang gagal meraih keuntungan menerusi kutipan filem mereka di pawagam.

Ujar Norman, filem yang tidak mendapat sambutan yang baik di pawagam sudah tentu boleh disiarkan terus melalui kaca televisyen.

“Sementara bagi penerbit filem kecil, Astro First juga menjadi pilihan terbaik untuk filem mereka ditonton oleh lebih ramai orang,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Norman turut berharap agar semua pihak menganggap kemunculan saluran itu sebagai satu bentuk persaingan dalam era baru teknologi serta industri perfileman.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teo bersetuju bahawa kemunculan Astro First akan membantu ramai penerbit.

Menurut David, tidak timbul isu orang ramai semakin berkurangan berkunjung ke pawagam. Setiap filem yang akan dimasukkan di saluran berkenaan hanya disiarkan selepas dua minggu ia ditayangkan di pawagam.

“Mengikut Syarat Wajib Tayang Finas, sesebuah filem akan ditayangkan selama dua minggu sahaja.

“Penayangan akan diteruskan pada minggu ketiga sekiranya filem berkenaan mencapai kutipan lebih RM2 juta, tetapi jumlah tayangan akan dikurangkan.

“Kalau kutipan kurang daripada RM2 juta, filem itu akan dihentikan terus tayangannya di pawagam. Jadi, sudah tentu ia akan merugikan penerbit kerana filem terbitan mereka kurang mendapat sambutan,” ujarnya.

Tambah David, Astro First sebenarnya dapat membantu penerbit filem menambah pendapatan mereka.

Selain itu, David turut berbangga kerana Astro First akan mewujudkan satu fenomena dalam industri penyiaran di negara ini, malah perkhidmatan seumpama itu adalah yang pertama di dunia.

0 Erra Fazira mencari banyak skrip drama dan lagu untuk album barunya

Ingin kembali
Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my
2011/01/21


SESI uji bakat Mentor 5 untuk mencari protege Erra Fazira di Sri Pentas TV3.

BERSAMA anak kesayangan Engku Aleesya.
Selepas empat tahun, Erra Fazira teringin muncul bersama album baru

EMPAT tahun lalu, penyanyi dan pelakon jelita Erra Fazira menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman SRC sebagai artis baru naungan mereka. Syaratnya, Erra dikehendaki menghasilkan lima album bersama syarikat berkenaan. Namun pejam celik, pejam celik, sehingga kini bayang album pun masih lagi tidak kelihatan. Apa sudah jadi dengan kontrak yang dipersetujui itu? Tertanya-tanya juga apakah album baru Erra memang tidak akan muncul di pasaran kerana khabarnya, sehingga kini ia belum siap sepenuhnya. Rasanya ramai peminat ibu kepada Engku Aleesya ini yang tidak sabar menantikan kelahiran buah tangan penyanyi ini. Kali terakhir Erra muncul dengan album terbaru adalah pada 2006, yang memuatkan lagu popular seperti Harapan Hanya Impian.

Namun sama seperti judul lagu popularnya itu, harapan pemilik nama penuh Fazira Wan Chek ini untuk menyaksikan album sulungnya bersama syarikat rakaman tempatan itu bagaikan tidak kesampaian apabila kontraknya bakal berakhir sekitar tahun ini. Dan, perkara ini turut membimbangkan Erra kerana dia sendiri memang sudah gian untuk merakamkan lagu baru.

“Sebelum ini memang Erra sudah merakamkan beberapa lagu termasuk meminta lagu dari kumpulan Ungu untuk dimuatkan dalam album baru. Namun disebabkan kesibukan Erra berlakon dan juga melahir serta membesarkan anak, pembikinan album Erra terpaksa ditangguhkan. Dari sehari ke sehari, ada saja aktiviti yang perlu Erra lakukan sehingga Erra tidak sedar kontrak bersama SRC sudah pun hampir tamat.

“Bukan tidak boleh untuk meneruskan projek album ini, tetapi lagu yang sudah Erra rakamkan rasanya tidak sesuai untuk trend sekarang. Maklum sajalah, Erra rakamkan lagu itu kira-kira dua atau tiga tahun lalu, jadi Erra rasa muziknya sudah tidak lagi relevan dengan apa yang diminati orang ramai ketika ini. Mungkin Erra akan mencari material baru untuk disesuaikan dengan cita rasa penggemar muzik hari ini,” cerita aktres ini ketika ditemui pada majlis Tahun Baru Cina Green Cheongsam anjuran Rafflesia The Pearl Centre di pusat beli-belah The Weld, Kuala Lumpur, baru-baru.
Pada petang itu, Erra yang baru saja dilantik sebagai seorang daripada Mentor bagi musim terbaru program realiti terbitan TV3 itu menggayakan busana Cheongsam hijau paras lutut rekaan Riffai, yang menampakkan penampilannya persis wanita China era 50-an.

Katanya, walau apapun terjadi, dia tetap akan meneruskan hasrat mengeluarkan album solonya itu secepat mungkin.

“Jika kontrak Erra dengan SRC tamat dan album Erra masih belum dapat disiapkan, Erra akan tetap meneruskan projek itu walaupun terpaksa menerbitkannya sendiri. Untuk itu, Erra sekarang sedang dalam proses mencari lagu dan jika ada komposer yang berminat untuk bekerjasama dengan Erra, ia amat dialu-alukan.

"Tapi, kalau kontrak Erra disambung dan SRC masih berminat untuk menerbitkan album itu, Erra rasa ia tak menimbulkan sebarang masalah kerana sekurang-kurangnya lagu yang Erra dapat nanti boleh dimuatkan terus dalam album berkenaan,” kata Erra yang sempat menghasilkan sebuah lagu raya dengan syarikat rakaman terbabit, berjudul Gema Lebaran.

Selain ingin memberikan fokus pada penerbitan album solonya, wajah ekslusif Astro ini juga merancang untuk menerbitkan lebih banyak drama dan telefilem di bawah syarikat penerbitannya sendiri.

“Sekarang ini Erra mencari lebih banyak penulis skrip untuk menghasilkan drama untuk syarikat Erra. Bukan tidak ada skrip yang datang, tetapi kami ingin mencari lebih banyak lagi cerita menarik. Jadi kalau ada sesiapa yang berminat untuk menghantar skrip mereka, dipersilakan,” ujarnya.

Ditanya apakah dia sendiri ada mencuba untuk menulis skrip, penyanyi yang cukup popular dengan lagu Yang Terindah Hanya Sementara ini hanya tergelak besar mendengar soalan itu.

“Erra ada juga mencuba, tetapi kebanyakannya hanyalah sinopsis semata-mata. Kalau nak diikutkan memang banyak sinopsis yang Erra sudah hasilkan, namun untuk menulis skrip itu saja yang agak memakan masa sedikit,” katanya.

Sedia tambah cahaya mata

USAH lagi dibangkitkan cerita kononnya pasangan popular ini sedang berdepan dengan masalah rumah tangga kerana baik Erra mahu pun suaminya, Engku Emran, mereka sudah pun menjelaskan bahawa ikatan perkahwinan yang terjalin sejak tiga tahun lalu masih lagi kukuh. Bersama cahaya mata yang semakin membesar, Erra sekali lagi menegaskan, tidak ada apa yang lebih menggembirakannya apabila dikelilingi insan tersayang.

Justeru, apakah Erra dan Emran tidak bercadang untuk menambah anggota keluarga keluarga memandangkan anak sulungnya itu sudah mencecah usia lebih setahun.

“Memang kami ada bercadang untuk mempunyai seorang lagi cahaya mata. Aleesya juga semakin membesar. Lagipun usia Erra sendiri kian meningkat dan Erra tak mahu menunggu terlalu lama untuk menambah anak. Bagaimanapun, ia bukanlah perlu dilaksanakan seberapa segera. Namun, jika diizinkan Tuhan, Erra mahu mengandung tahun ini juga,” ujar Erra.

Bercerita mengenai keletah anak sulungnya itu, aktres terbaik Festival Filem Malaysia sebanyak dua kali ini menjelaskan Aleesya sudah menunjukkan minat dalam bidang seni.

“Selain gemar menggoyangkan badannya apabila mendengar muzik, dia juga sudah mula nak menyanyi. Walaupun tak tahu apa biji butir yang keluar daripada mulutnya, tapi Erra seronok melihat situasi itu. Memang melucukan!” katanya sambil tertawa kecil.

Thursday, January 20, 2011

0 Hutang Isi Rumah di Malaysia, RM577 bilion merangkumi 50% jumlah keseluruhan pinjaman

Hutang isi rumah masih terkawal - Zeti


KUALA LUMPUR 19 Jan. - Hutang isi rumah sehingga November 2010 berjumlah RM577 bilion, atau 74 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar, kata Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Menurut Zeti, walaupun angka itu merangkumi 50 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman di dalam sistem kewangan tempatan namun hutang isi rumah masih terkawal.

Jelasnya, Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) banyak membantu di dalam penilaian kredit peminjam, sekali gus mengelakkan bank daripada memberi pinjaman kepada individu yang tidak layak.

"Setiap nama peminjam akan dimasukkan ke dalam sistem ini dan pihak bank akan melakukan penilaian berdasarkan maklumat tersebut.

"Buat masa ini kadar pinjaman isi rumah masih terkawal, bagaimanapun, Bank Negara tidak mahu menanti sehingga masalah besar timbul barulah kami melancarkan program-program untuk membendungnya, " ujar beliau.

Zeti menyatakan demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Pengurusan Wang Ringgit Anda (POWER!) di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Bank-Bank Malaysia, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

POWER! adalah program ceramah pengurusan kewangan separuh hari kendalian Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang diberikan secara percuma dan dijalankan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Tambah Zeti, kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) bagi segmen isi rumah dan sistem perbankan keseluruhan masih rendah iaitu masing-masing 2.3 peratus dan dua peratus.

Ditanya mengenai kemungkinan BNM menetapkan had pengeluaran kad kredit yang dikatakan salah satu punca masalah hutang isi rumah, Zeti berkata, ia masih belum ditahap yang membimbangkan.

"Kadar hutang isi rumah di negara ini masih stabil dan jika berlaku sesuatu yang buruk, Bank Negara mempunyai pelbagai langkah yang boleh diambil.

"Ia bukan sahaja menetapkan had pengeluaran kad kredit dan memendekkan tempoh pinjaman kenderaan, kami juga mempunyai banyak pilihan lain yang lebih berkesan untuk membendung masalah tersebut.

Justeru, Zeti melihat program itu sebagai salah satu langkah awal untuk mendidik orang ramai secara berterusan mengenai perbelanjaan mengikut kemampuan.

Jelas beliau, program tersebut juga diadakan bukan kerana kadar hutang isi rumah sudah tidak dapat dibendung.

0 20% daripada 5 juta penduduk di Singapura adalah pekerja asing

Singapura perlukan pekerja asing

SINGAPURA 19 Jan. - Singapura memerlukan pekerja asing muda bagi menyelamatkan ekonominya daripada merosot dalam jangka masa panjang ekoran kejatuhan kadar kelahiran negara republik itu.

Bekas Perdana Menteri, Lee Kuan Yew berkata, dengan kadar kelahiran yang rendah ini, usia rakyat akan bertambah dengan pantas.

''Untuk itu, kita memerlukan pekerja asing muda. Jika tidak ekonomi kita akan merosot seperti ekonomi Jepun.

''Kita juga akan menjadi sebuah negara yang kurang dinamik dan kurang maju. Ini bukan masa depan yang baik bagi anak cucu kita," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media tempatan selepas kerajaan baru-baru ini mengumumkan kadar kelahiran Singapura jatuh ke paras terendah tahun ini.

Kuan Yew dalam kenyataannya turut mempertahankan kemasukan pekerja asing di sebalik kritikan rakyatnya di forum-forum laman web serta media tempatan yang ditujukan kepada rakyat asing, yang kini membentuk lebih 20 peratus daripada lima juta penduduk republik ini.

Katanya, kemasukan pekerja asing perlu dialu-alukan dan diterima masyarakat tempatan.

"Generasi pertama pendatang mungkin akan mengambil masa untuk berintegrasi tetapi anak-anak mereka akan menjadi rakyat Singapura sepenuhnya.

"Keadaan ini akan menambah bilangan penduduk negara serta data pekerja dan majikan kita. Singapura akan muncul sebagai sebuah negara bertenaga, tidak merosot dan tidak tua," katanya.

Kebanyakan pekerja asing di Singapura datang dari China, Asia Tenggara dan India, yang menggambarkan kepelbagaian kaum di negara ini. - AFP

0 Hanya 5% mahu menonton filem di panggung, 95%? Di rumah? = Menurut kajian Astro First

Medan jana pendapatan

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serima@bharian.com.my
2011/01/20
Astro First tidak jejas filem tempatan, sebaliknya jadi rumah kedua buat penerbit

KEWUJUDAN Astro First tidak akan menjejaskan pengusaha filem tempatan, sebaliknya penerbit boleh menjadikan rangkaian itu sebagai rumah kedua bagi menjana pendapatan yang lebih. Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, berkata kewujudan saluran berkenaan tidak akan menjejaskan pungutan filem di panggung wayang, sebaliknya penerbit mempunyai satu lagi alternatif untuk memasarkan filem mereka. Astro begitu yakin kewujudan rangkaian itu tidak akan menyebabkan penerbit kerugian kerana individu yang gemar ke pawagam dan mereka yang lebih suka menghabiskan masa di rumah adalah dua kelompok berbeza.

Katanya, berdasarkan kajian, hanya lima peratus saja penonton gemar ke panggung manakala selebihnya lebih selesa meluangkan masa di rumah.

“Kajian menunjukkan, pengunjung yang ke pawagam terdiri daripada golongan remaja serta mereka yang masih belum berumah tangga. Ini bermakna filem masih lagi mempunyai pengikutnya. Manakala pasangan yang sudah berkeluarga pula lebih gemar menghabiskan masa di rumah kerana tidak berpeluang keluar menonton wayang. Mereka berbuat demikian untuk menjimatkan lagi perbelanjaan harian.

“Sekiranya keluar ke pawagam, mereka perlu mengeluarkan belanja lebih untuk membeli tiket wayang, membayar kos tempat letak kereta dan juga berbelanja untuk makanan. Dengan wujudnya Astro First, mereka bukan saja dapat menjimatkan belanja tetapi kos membeli tiket wayang dapat dikurangkan. Hanya dengan RM15, seisi keluarga boleh menonton filem terbaru di pasaran berulang-ulang kali selama 48 jam,” katanya.
Penerbit juga mendapat manfaat daripada kewujudan rangkaian itu. Khairul Anwar menegaskan, penerbit tidak lagi perlu mengeluh apabila pempamer mengurangkan jumlah panggung setelah tamat tempoh wajib tayang selama dua minggu.

“Kita sering mendengar rungutan penerbit yang kesal dengan sikap pempamer yang mengurangkan panggung walaupun filem terbitan mereka masih mendapat sambutan hangat daripada penonton.

“Melalui Astro Frist, penerbit kini mempunyai rumah kedua. Apabila jumlah tayangan filem mereka dikurangkan, penerbit boleh beralih kepada Astro First untuk menayangkan filem mereka. Kita akan membayar mengikut syarat dan persetujuan yang termaktub dalam garis panduan. Prosedurnya masih sama, penerbit akan tetap memperoleh keuntungan seperti di panggung kerana kami akan membayar penerbit mengikut jumlah pesanan filem.

Menurutnya lagi, walaupun kewujudan rangkaian ini dipertikaikan kononnya akan menjejaskan pendapatan penerbit, namun apa yang mengejutkan rata-rata penerbit yang aktif menghasilkan filem memberikan maklum balas positif terhadap kewujudan Astro First.

"Syarikat yang sebelum ini hanya menerbit drama juga nampaknya teruja untuk menghasilkan filem, seperti Rosyam Nor, kerana mereka kini mempunyai platform lain bagi meraih pendapatan.

"Selain itu, ada penerbit filem juga semakin berkobar-kobar untuk meningkatkan lagi kualiti filem mereka dari sudut teknikal seperti menghasilkan filem tiga dimensi dan penggunaan sistem bunyi yang canggih. Kelainan itu hanya boleh disaksikan di panggung wayang, jadi mahu tidak mahu, penonton perlu juga ke panggung. Dengan cara ini, pendapatan penerbit akan terus dijana,” katanya.

Sekiranya industri muzik mengalami revolusi daripada album fizikal kepada digital. Industri perfileman tanah air juga kata Khairul Anwar harus bersedia dengan perubahan itu apabila masyarakat kini boleh menonton filem terbaru di pasaran secara mudah dengan menghantar pesanan menerusi SMS.

Ketika mula dilancarkan pada 13 Januari yang lalu, katanya, tidak sampai beberapa minit beberapa ratus pesanan sudah pun diterima. Katanya lagi, walaupun filem Ngangkung berjaya memperoleh kutipan sebanyak RM 8.1 juta tetapi ternyata masih ramai peminat yang belum menonton filem itu. Hakikat itu disedari apabila ramai pelanggan yang memesan untuk membeli filem berkenaan.

Wednesday, January 19, 2011

0 Gempa Bumi di Barat Daya Pakistan

Pakistan digegar gempa kuat 7.4 magnitud


2011/01/19
ISLAMABAD: Gempa kuat berukuran 7.4 magnitud menggegarkan barat daya Pakistan awal pagi tadi, lapor Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Gempa berlaku jam 1:20 pagi waktu tempatan di kedalaman 10 kilometer dengan pusat gegaran di 50 kilometer di barat Bandar Dalbandin, berhampiran sempadan Afghanistan. Pusat gegaran itu juga terletak kira-kira 300 kilometer di tumur bandar Zahedan di Iran. Gegarannya boleh dirasai sejauh di ibu negara India, New Delhi, lapor wartawan AFP.

Kawasna utara Pakistan pernah dilanda gempa bumi berukuran 7.6 mangnitud pada 8 Oktober 2005 dengan 73,000 orang terkorban manakala 3.5 juta penduduk hilang tempat tinggal. - AFP

Tuesday, January 18, 2011

0 Adam AF dan bisnes seninya

Adam tulis sendiri semua lagu

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my




BAKAT BARU...Adam bersama anak didiknya.

ANTARA ribuan remaja yang memasang impian untuk bergelar penyanyi, dia antara yang bertuah kerana diterima masuk sebagai salah seorang pelajar Akademi Fantasia 2 (AF2) pada 2005.

Melalui program realiti paling popular itulah, Mohd Aizam Mat Saman atau Adam, berpeluang menimba ilmu, menonjolkan bakatnya serta meraih peminat.




BAD BOYS...ketengah muzik dance.

SHIMA...lebih terarah kepada muzik balada.

Kemenangannya di tempat ketiga juga menarik perhatian KRU untuk bernaung sebagai artis rakaman mereka seterus�nya memiliki album sendiri.

Tercapai hasrat untuk memiliki album yang pada awalnya dianggap pencapaian besar serta memenuhi kepuasan pada diri sendiri, namun persepsinya kini berubah. Dia kini mengorak langkah menceburi bidang perniagaan dengan memiliki syarikat rakaman sendiri.




Mengidolakan KRU sejak sekian lama iaitu ketika masih di bangku sekolah, pemuda berusia 28 tahun ini menjadikan kejayaan KRU menceburi bidang perniagaan inspirasi untuknya memiliki syarikat rakaman sendiri, Aico Empire Group dengan satu visi untuk memartabatkan muzik kegemarannya iaitu ‘dance’ yang kekurangan pelapis.



“Sampai bila saya mahu jadi penyanyi dan apakah muzik ‘dance’ masih lagi relevan untuk saya apabila sudah tua nanti. Justeru, saya mahu mempertahankan ‘dance music’ dengan cara mencungkil bakat-bakat baru yang berkaliber untuk menjadi pelapis sekali gus memastikan irama ini terus relevan buat pendengar.

“Saya berasa bertuah kerana ditawarkan menjadi artis KRU yang sehingga kini masih lagi artis naungan mereka. KRU yang saya kenal dulu hanyalah sebuah kumpulan namun kini mempunyai empayar perniagaan berstatus Berhad.

“Bahkan, menerbitkan produk bertaraf antarabangsa misal�nya filem Merong Mahawangsa yang menjadi rebutan pengeluar filem antarabangsa.

“Untuk terus kekal dalam bidang ini, saya berasakan tidak cukup sekadar menjadi penyanyi yang memiliki album mahupun dikenali sebagai pelakon saja, sebaliknya dengan memiliki perniagaan sendiri akan menjamin kedudukan seorang artis dan jangka hayat mereka dalam bidang seni,” katanya.

Kesedaran itu memberanikan Adam untuk mempunyai syarikat rakaman sendiri dinamakan Aico Empire Group. Sebagai percubaan dan permulaan, Adam melalui syarikatnya memperkenal dua artis iaitu artis solo, Shima dan Bad Boys secara berkumpulan. Ia dianggotai Eryandy Sakat (Yandy), 27, Mailin Antikoh @ Maxlon, 23, dan Rayndra Jubidi (Ray’an), 23.

“Aico Empire Group ditubuhkan sudah lama kira-kira 3 tahun lalu tetapi sebelum ini saya menggunakan label Aico Entertainment. Namun, dalam merangka perniagaan yang lebih besar, saya menukar statusnya kepada Aico Empire Group.

“Terdapat dua artis baru yang diperkenalkan menerusi syarikat ini iaitu Bad Boys dan Shima Ramli atau Shima yang pernah muncul sebagai juara Bintang Idola Berita Harian 2010.

“Perancangan awal di sebalik penubuhan syarikat ini sebenarnya adalah untuk menjadi syarikat rakaman yang melahirkan artis-artis dari jalur muzik ‘dance’ dan kerana itulah saya melamar kumpulan Bad Boys yang pernah dianggotai Chad Mentor.

“Manakala Shima pula saya tertarik dengan vokalnya sewaktu membuat persembahan di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009.

“Bagaimanapun, saya melihat kekuatan dan kecenderungan Shima lebih terarah kepada muzik balada. Justeru, saya putuskan konsep album EP yang dihasilkan untuk artis naungan Aico mestilah bersesuaian dan menyerlahkan kemampuan mereka,” katanya.

Bintang kelahiran Inanam, Kota Kinabalu, Sabah, ini menambah lagi, dia mempunyai strategi sendiri untuk mengawal kos perniagaan di mana kesemua lagu yang dimuatkan dalam EP Bad Boys dan Shima, ditulis sepenuhnya pelantun lagu Joget Lambak ini.

Tiga karyanya disumbangkan kepada Bad Boys adalah Macam Pisau Cukur, Sayangku Janji dan Bila Kau Tiada dan untuk Shima pula, Adam menyumbangkan dua lagu, Inikah Namanya Cinta dan Luahan Hati. Apa yang menarik mengenai Luahan Hati, sebuah lagu berentak balada itu ia turut menampilkan Adam sebagai pasangan duet Shima.

“Jika tiada aral, album Bad Boys dan Shima akan dipasarkan Februari nanti. Selain sibuk merancangkan album mereka, saya juga kini sedang dalam proses menyiapkan album studio keempat.

“Sekiranya album ketiga saya memperkenalkan konsep dance, hip hop yang digabung techno, untuk album keempat ini saya menamakan konsep saya sebagai pop tronic.

“Sempena kemunculan album ini nanti, saya juga mencipta tarian baru yang lebih ‘garang’ berbanding sebelum ini. Kalau konsep sebelum�nya dinamakan ‘Marshall Art Dance’, untuk album keempat aplikasi tarian saya adalah ‘Hip Hop Kaaba Modern’,” katanya.

Album yang hanya menanti untuk dicetak itu menampilkan lagu antaranya Pergilah, Tension, Ellena dan Boleh Bah Kalau Kau.

Keterujaan berganda, apabila tahun ini Adam juga bakal muncul dengan filem Apokalips arahan Mamat Khalid. Memegang watak Amachai, ia amat berbeza daripada lakonannya sebelum ini dan jauh daripada sifat dan perwatakannya yang sebenar.

Kepada peminat yang mahu berinteraksi dengan Adam dan artis naungannya, Bad Boys dan Shima boleh ‘add’ mereka di laman Facebook dengan mencari Aico Empire Group.

PROFIL

NAMA SEBENAR: Mohd Aizam Mat Saman
TARIKH LAHIR: 19 September 1983
TEMPAT LAHIR: Inanam, Kota Kinabalu, Sabah
ADIK-BERADIK: anak sulung daripada empat beradik
TINGGI: 174sm
BERAT: 67kg
ZODIAK: Virgo
STATUS: Bujang
HOBI: Menari
WARNA KEGEMARAN: Merah, hitam dan putih
ANTARA PEWANGI KEGEMARAN: Ralph Lauren, Clinique dan Davidoff
PENYANYI PUJAAN: KRU
PELAKON PUJAAN: Donnie Yen
FILEM DIMINATI: Dragon Tiger Gate
ALBUM: Adam (2005) Adam II (2007),ADAM III (2009)
ANTARA FILEM: Cinta Fotokopi, Main-Main Cinta, Diva dan Apokalips
ANTARA DRAMA: Akademi, Hotel Mania dan Wira Malam
CITA-CITA: Menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya
KERJAYA: Penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan

0 Bisnes filem dan TV Antarabangsa sepanjang tahun 2010 dan Hari Anugerah Golden Globe

Saat gemilang The Social Network

Oleh Fatin Farhana Ariffin
bhnews@bharian.com.my
2011/01/18



PELAKON dan kru drama Glee.


FILEM The Social Network mengungguli Anugerah Golden Globe ke-68 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat, apabila membawa pulang empat trofi kategori utama termasuk Filem Terbaik, menghampakan harapan filem lain iaitu Black Swan, The Fighter, Inception dan The King’s Speech. Anugerah berkenaan disampaikan kepada produser, Scott Rudin, oleh aktor Micheal Douglas, yang diberi penghormatan oleh penonton, apabila pelakon veteran itu berjaya melawan penyakit kansernya baru-baru ini. Selain Filem Terbaik, judul berkenaan turut memenangi anugerah Pengarah Terbaik buat sutradara David Fincher, Lakon Layar Terbaik dan Skor Asal Terbaik.

Manakala dalam kategori lakonan filem, aktor Colin Firth memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Drama), hasil kecemerlangannya menjayakan watak Raja England, King George VI, dalam filem The King's Speech, sementara Natalie Portman pula dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik (Drama), melalui wataknya dalam filem Black Swan.

Sebelum itu, Annette Bening diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik bagi kategori Filem Komedi atau Muzikal hasil persembahan membanggakan dalam drama The Kids Are All Right. Filem berkenaan juga memenangi anugerah Filem Komedi atau Muzikal Terbaik.

Antara kejutan terbesar pula datangnya daripada kemenangan Paul Giamatti dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Filem Komedi atau Muzikal) menerusi wataknya dalam filem Barney’s Version.
Sementara itu, Melissa Leo dan Christian Bale masing-masing memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi watak mereka dalam filem The Fighter.

Filem Toy Story 3 yang mencatat kejayaan besar dari segi pungutan tiket pada 2010 pula membawa pulang trofi Filem Animasi Terbaik, manakala filem lakonan Cher dan Christina Aguilera, Burlesque, memenangi anugerah Lagu Asal Terbaik menerusi lagunya yang berjudul You Haven't Heard the Last of Me.

Selain itu, bagi siri televisyen pula, Glee berbangga dengan kejayaan memenangi tiga trofi sekali gus menjadikan siri komedi muzikal itu pemenang kedua terbesar pada anugerah terbabit, selepas The Social Network.

Drama muzikal ini memenangi anugerah Rancangan Televisyen Terbaik (Komedi atau Muzikal), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Drama terbitan HBO, Boardwalk Empire, turut cemerlang apabila membawa pulang dua trofi daripada anugerah cukup berprestij itu, iaitu bagi kategori Drama Bersiri Televisyen Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Drama Bersiri).

Aktres Katey Sagal pula diumumkan pemenang Pelakon Wanita Terbaik (Drama Bersiri) menerusi drama popularnya Sons of Anarchy, manakala Laura Linney muncul Pelakon Wanita Terbaik bagi kategori Drama Bersiri Komedi, hasil lakonannya dalam drama The Big C.

Di samping itu, anugerah khas Cecil B. DeMille diberikan kepada aktor Robert De Niro di atas sumbangan dan pembabitannya dalam dunia seni. Trofi terbabit disampaikan pelakon Matt Damon.

De Niro meluahkan rasa terharunya walaupun mendapat pelbagai kritikan terhadap filem lakonannya, Little Fockers, yang ditayangkan baru-baru ini dan dia turut menyatakan perbezaan antara anugerah itu berbanding Oscar.

Anugerah Golden Globe kali ini dihoskan pelawak Ricky Gervais, yang bijak memainkan wataknya, secara tidak langsung membuatkan penonton terhibur dengan aksi kelakarnya sepanjang acara berlangsung.

Senarai Pemenang Anugerah Golden Globe ke-68:

Kategori Filem

Filem Terbaik: The Social Network
Filem Terbaik (Komedi atau Muzikal): The Kids Are All Right
Pelakon Lelaki Terbaik (Drama): Colin Firth - The King’s Speech
Pelakon Wanita Terbaik (Drama): Natalie Portman - Black Swan
Pelakon Lelaki Terbaik (Komedi atau Muzikal): Paul Giamatti - Barney’s Version
Pelakon Wanita Terbaik (Komedi atau Muzikal) : Annette Bening - The Kids Are All Right
Pengarah Terbaik: David Fincher - The Social Network
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Melissa Leo - The Fighter
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Christian Bale -The Fighter
Filem Animasi Terbaik: Toy Story 3
Skor Asal Terbaik: Trent Reznor, Atticus Ross - The Social Network
Lagu Asal Terbaik: You Haven’t Seen The Last Of Me - Burlesque
Filem Asing Terbaik: In a Better World
Lakon Layar Terbaik: The Social Network

Kategori TV

Pelakon Lelaki Terbaik (Drama Bersiri, Komedi atau Muzikal): Jim Parsons - Big Bang Theory
Pelakon Wanita Terbaik (Drama Bersiri, Komedi atau Muzikal): Laura Linney - The Big C
Pelakon Lelaki Terbaik (Siri Pendek atau Telefilem): Al Pacino - You Don’t Know Jack
Pelakon Wanita Terbaik (Siri Pendek atau Telefilem): Claire Danes - Temple Grandin
Pelakon Lelaki Terbaik (Drama Bersiri): Steve Buscemi - Boardwalk Empire
Pelakon Wanita Terbaik (Drama Bersiri): Katey Sagal - Sons of Anarchy
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Siri, Siri Pendek atau Telefilem): Chris Colfer - Glee
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Siri, Siri Pendek atau Telefilem): Jane Lynch - Glee
Rancangan Televisyen Terbaik (Komedi atau Muzikal): Glee
Siri Televisyen Terbaik (Drama): Boardwalk Empire
Siri Mini atau Telefilem Terbaik: Carlos



Artikel berkaitan:

Kisah Facebook menang besar
Susunan Nor Akmar Samudin
akmar@hmeto.com.my FILEM Facebook, The Social Network yang menceritakan kejayaan pengasas rangkaian sosial, Facebook yang sangat popular ketika ini sehingga mencetuskan fenomena antarabangsa, menang empat anugerah termasuk Filem Terbaik kategori Drama Anugerah Golden Globe ke-68, semalam.

Dalam majlis berlangsung dengan meriah di Hotel Beverly Hilton, Beverly Hills, California, tiga lagi anugerah yang dimenangi filem itu ialah Pengarah Terbaik (David Fincher), Penulis Lakon Layar Terbaik (Aaron Sorkin) dan Muzik Skor Terbaik. Dengan kejayaan ini, membuka laluan lebih besar untuk Facebook, The Social Network menang Oscar di Anugerah Academy nanti.


Produser filem itu, Scott Rudin, yang menerima anugerah itu berkata, filem itu adalah sebuah metafora mengenai dunia komunikasi hari ini dan menyaksikan bagaimana orang zaman moden berhubung antara satu sama lain.

Sementara itu, filem The Kids Are All Right, pula menang Filem Muzikal/Komedi terbaik. Ia mengetengahkan kisah dua kehidupan dua wanita lesbian yang cuba menyatukan keluarga mereka yang berpecah belah.




Pelakon utama filem ini, Annette Bening diangkat sebagai Aktres Terbaik sekali gus berjaya menewaskan Julianne Moore. Dalam filem ini, Annette dan Julianne digandingkan sebagai pasangan lesbian yang mana mereka berdua berjaya memaparkan lakonan berkesan. Meskipun Julianne juga adalah pelakon hebat, keputusan juri lebih berpihak kepada Annette



“Terdahulu, saya patut berterima kasih kepada Julianne yang mengajak saya berlakon dalam filem ini. Bekerja bersamanya sangat menyenangkan. Julianne
seorang pelakon yang bagus dan sangat berbakat,” katanya.

Aktres lain yang menjadi saingan Annette ialah Anne Hathaway yang berlakon dalam filem Love and Other Drugs, Angelina Jolie (The Tourist) dan Emma Stone (Easy A).

Aktor dari Britain, Colin Firth, yang beraksi dalam filem The King’s Speech, pula menang Aktor Terbaik. Dalam filem itu dia menghidupkan wataks King George VI.

Manakala Natalie Portman yang sedang hamil hasil hubungan dengan tunangnya, Benjamin Millepied menang Aktres Terbaik hasil lakonannya yang mendapat pujian ramai dalam filem Black Swan.

“Terima kasih kepada keluarga yang ‘membawa’ saya ke dunia yang indah ini. Juga terima kasih kepada tunang saya yang menambahkan lagi keindahan hidup saya,” katanya.

Natalie menewaskan Halle Berry (Frankie and Alice), Nicole Kidman (Rabbit Hole), Jennifer Lawrence (Winter’s Bone) dan Michelle Williams (Blue Valentine). Untuk kategori Filem Komedi/Muzikal, Paul Giamatti menang Aktor Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Barney’s Version.

Melengkap lagi majlis penganugerahan itu, filem drama tinju, The Fighter menang dua anugerah apabila dua pelakonnya, Christian Bale dan Melissa Leo menang Aktor dan Aktres Pembantu Terbaik.

Toy Story 3 pula terpilih Filem Animasi Terbaik dan In A Better World diangkat sebagai Filem Bahasa Asing Terbaik. Turut mendapat penghargaan, pelakon berkarisma, Robert De Niro menerima anugerah Cecil B DeMille. Ia disampaikan aktor Matt Damon.

Untuk kategrori TV, HBO menang empat anugerah menerusi tiga drama terbitannya, Broadwalk Empire, You don’t know Jack, Temple Grandin, manakala drama remaja kolej, Glee menang tiga anugerah iaitu Drama Siri, Muzikal, Komedi Terbaik, Anugerah Aktor dan Aktres Terbaik menerusi lakonan Chris Colfer dan Jane Lynch.

Drama Broadwalk Empire dinobatkan sebagai Drama Terbaik. Drama yang dicalonkan untuk kategori sama, Dexter, The Good Wife, Mad Men dan The Walking Dead.

Manakala Katey Sagal menang Aktres Terbaik (Sons of Anarchy) dan Steve Buscemi menjulang trofi Aktor Terbaik (Broadwalk Empire).

Mereka yang muncul sebagai penyampai anugerah, Tom Hanks, Chris Hemsworth, LL Cool J, Scarlett Johansson, Joseph Gordon-Levitt, Jimmy Fallon, Chris Evans, Robert Downey, Jr, Kaley Cuoco, Sandra Bullock, Julie Bowen, Jeremy Irons, Milla Jovovich, Tina Fey, Alec Baldwin, Warren Beatty, Tim Allen, Megan Fox, Jane Fonda, Jeff Bridges, Matt Bomer, Tilda Swinton, Sylvester Stallone, Geoffrey Rush, Renee �Zellweger, Blair Underwood, Zac Efron, Olivia Wilde, Steve Carell, Andrew Garfield, January Jones, Alicia

Keys, Eva Longoria, Julianne Moore, Michelle Pfeiffer, Kevin Bacon, Helen Mirren, Kevin Spacey, Hailee Steinfeld, Vanessa Williams, Matt Damon, Garrett Hedlund, Jennifer Lopez, Leighton Meester dan Robert Pattinson.

Antara artis yang membuat persembahan, Elton John dan Justin Bieber. Majlis anugerah itu dihoskan Ricky Gervais. Golden Globe Award adalah antara majlis anugerah terbesar di Hollywood dan menjadi penanda
aras kepada Anugerah Academy


FILEM

Filem Drama Terbaik: The Social Network
Pengarah Terbaik: David Fincher (The Social Network).
Filem Muzikal/Komedi Terbaik: The Kids Are All Right
Aktor Filem Terbaik (Filem Drama): Colin Firth (The King’s Speech)
Aktres Filem Terbaik (Filem Drama): Natalie Portman (Black Swan)
Aktres Filem Terbaik (Filem Muzikal/Komedi): Annette Bening (The Kids Are All Right)
Aktor Filem Terbaik (Filem Muzikal/Komedi): Paul Giamatti (Barney’s Version)
Aktor Pembantu Terbaik: Christian Bale (The Fighter)
Aktres Pembantu Terbaik: Melissa Leo (The Fighter)
Filem Bahasa Asing Terbaik: In a Better World
Filem Animasi Terbaik: Toy Story 3
Lakon Layar Terbaik: Aaron Sorkin (The Social Network)
Skor Terbaik: The Social Network
Lagu Terbaik: You Haven’t Seen the Last of Me (Burlesque)

TELEVISYEN

Drama Bersiri Terbaik: Boardwalk Empire (HBO).
Aktor Drama Terbaik: Steve Buscemi (Boardwalk Empire)
Aktres Drama Terbaik: Katey Sagal (Sons of Anarchy)
Drama Bersiri, Muzikal, Komedi: Glee.
Aktor Komedi (Muzikal): Jim Parsons (The Big Bang Theory)
Aktres Komedi (Muzikal): Laura Linney (The Big C)
Aktres Pembantu Terbaik (Drama Bersiri): Jane Lynch (Glee)
Aktor Pembantu Terbaik (Drama Bersiri): Chris Colfer (Glee

0 Apabila perniagaan modal RM200,000 masih dianggap modal kecil? Atau bisnes RM2j tetap masih kecil

Koperasi Setiakawan wujudkan 10 kedai rakyat
KANGAR 17 Jan. - Koperasi Setiakawan Bhd. merancang mewujudkan 10 buah kedai rakyat di tiga negeri mulai Jun ini, kata Pengurus Besarnya, Bahari Ali di sini hari ini.
Katanya, koperasi yang berorientasikan perniagaan itu akan memberi bantuan modal sebanyak RM100,000 bagi setiap kedai rakyat itu yang masing-masing tiga buah di Perlis dan Pulau Pinang serta empat buah di Kedah.
Bercakap kepada para pemberita di sini hari ini, beliau berkata, kedai rakyat yang memasarkan barangan runcit serta barangan keperluan masyarakat setempat itu akan dikendalikan sendiri oleh anggota-anggotanya.
"Kami berharap kedai-kedai rakyat itu akan mula beroperasi Jun ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata, koperasi yang berpejabat di Jejawi, Perlis itu akan turut menyertai industri burung walet di atas tapak seluas lebih dua hektar di Sanglang dekat sini, yang membabitkan kos kira-kira RM2 juta.
"Kami menawarkan 2,000 lot saham yang setiap satu bernilai RM1,000 kepada anggota-anggota koperasi yang berminat menyertai industri yang semakin berkembang itu.
Bahari berkata, projek itu akan dilaksanakan secepat mungkin berikutan minat yang ditunjukkan oleh anggota-anggotanya.
Sebelum itu, koperasi itu telah menganjurkan kursus industri burung walet di sini dan siri kedua kursus itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat dengan setiap peserta di kalangan anggota koperasi dikenakan yuran RM200 manakala kepada bukan anggota sebanyak RM300.
Menurutnya, koperasi itu juga telah menjalin kerjasama dengan syarikat Agronusa Sdn. Bhd. bagi memasarkan pokok stevia dan produks tumbuhan berdaun manis itu mulai Februari ini.
Katanya, koperasi akan menjual benih-benih stevia pada harga RM5 bagi setiap pokok kepada anggota koperasi manakala kepada bukan anggota sebanyak RM8.
Beliau berkata, koperasi akan membeli balik daun stevia yang ditanam anggota-anggota koperasi pada kadar harga RM10 sekg manakala bukan anggota sebanyak RM8 sekilogram.
Bagi daun yang telah dikeringkan, koperasi akan membeli pada harga RM50 sekilogram daripada anggotanya manakala daripada bukan anggota sebanyak RM40.
Koperasi itu juga akan membeli satu unit kedai bernilai RM800,000 di Taman Angsana, Sungai Petani sebagai pusat operasi koperasi itu kelak.
Katanya, bayaran permulaan sebanyak RM200,000 bagi membeli kedai berkenaan akan dikeluarkan koperasi itu termasuk melalui sumbangan daripada anggota-anggota lembaga pengarahnya. - Bernama

Saturday, January 15, 2011

0 One Drop Perfumes lebarkan pasaran di peringkat antarabangsa

One Drop ke pasaran dunia

One Drop Perfumes kini menembusi pasaran antarabangsa seperti United Kingdom, Holland, Amsterdam, Ireland, Indonesia, Brunei, Singapura dan Filipina.



ZETTY menunjukkan sebahagian daripada produk One Drop Perfumes yang diberi imej baru lagi eksklusif.



MEMILIKI minyak wangi jenama antarabangsa seperti Calvin Klein, Estee Lauder, Elizabeth Arden, DKNY, Hugo Boss dan Davidoff boleh dikatakan kehendak hati yang mahu dipenuhi oleh sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau wanita.

Namun, kerana harganya yang mahal mencecah ratusan ringgit dan mengandungi alkohol membuatkan seseorang itu terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Melihat kepada permintaan terhadap minyak wangi tanpa alkohol yang semakin meningkat, One Drop Sdn. Bhd. One Drop tidak melepaskan peluang keemasan tersebut dengan menjadi perintis memperkenalkan wangian tanpa alkohol pertama di Malaysia dikenali dengan nama One Drop Perfumes by Egyptian Potion pada tahun 2006.

Fenomena

Sejak itu, One Drop Perfumes menjadi satu fenomena kerana dalam masa yang singkat, ia telah menarik minat masyarakat Malaysia dengan menawarkan minyak wangi tanpa alkohol yang berkualiti dan haruman yang menyamai jenama antarabangsa. Lebih menarik, ia menawarkan harga yang jauh lebih murah dan mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja.

"Walaupun sudah empat tahun berada di pasaran sejak ia diperkenalkan, sambutan orang ramai terhadap One Drop Perfumes sangat menakjubkan. Permintaan terhadap wangian yang dekat di hati para pengguna ini semakin meningkat.

"Bagi menghargai sokongan pengguna, kami telah melakukan transformasi terhadap produk wangian ini agar tampak lebih eksklusif dengan botol yang lebih menarik dan pembungkusan kotak magnetik yang baru. Pada masa yang sama, ia masih mengekalkan harga seperti sebelumnya," kata Pengarah Eksekutif One Drop Sdn. Bhd., Zetty Syazleen Ismail.

Buat masa ini, One Drop Perfumes menawarkan tujuh set haruman khusus buat wanita, lima set haruman lelaki dan dua wangian istimewa buat remaja dengan harga antara RM25 hingga RM45.

"Memiliki haruman One Drop sangat berbaloi kerana dengan hanya RM40 seseorang itu dapat memiliki lapan haruman daripada pelbagai jenama minyak wangi antarabangsa yang mahal harganya.

"Ia bukan sahaja mendapat sambutan di pasaran tempatan malah turut menembusi pasaran antarabangsa seperti United Kingdom, Holland, Amsterdam, Ireland, Indonesia, Brunei, Singapura dan Filipina," ujarnya.

Zetty berbangga kerana One Drop Perfumes bukan sahaja memberikan peluang kepada orang ramai memiliki minyak wangi mampu milik, malah dalam masa yang sama membantu ibu-ibu tunggal dan mereka yang dalam kesusahan menambahkan sumber kewangan masing-masing melalui penjualan One Drop Perfumes.

Persaingan sihat

Walaupun kini sudah banyak syarikat yang tampil dengan produk minyak wangi tanpa alkohol selepas One Drop menjadi perintis mengkomersialkannya sejak empat tahun lalu, Zetty melihat senario tersebut sebagai satu persaingan yang sihat.

"Apa yang kami lakukan menjadi ikutan syarikat lain. Tiada apa yang perlu dirisaukan mengenai hal ini kerana kami sentiasa memberikan nafas baru terhadap produk One Drop Perfumes dan mempunyai kelompok pengguna yang setia dengan perkembangan produk kami.

"Dalam pada itu, kami tampil dengan produk baru setiap tahun selain jaminan ia lebih berkualiti, tahan lama dan eksklusif dan menampilkan harga yang mampu dimiliki semua," jelasnya.

Tambah Zetty, sumber minyak wangi One Drop adalah dari Mesir dan dibungkus di kilang syarikat di Bayan Lepas, Pulau Pinang. KIlang tersebut telah diiktiraf dengan status Amalan Pengilangan Baik (GMP) yang membolehkan pemantauan kualiti dilakukan dengan lebih teliti.

Rangkaian One Drop Perfumes juga ternyata istimewa kerana diformulasikan sendiri oleh One Drop Perfumes dengan menggunakan khidmat pakar wangian dari Perancis yang pernah bekerja di bawah syarikat jenama wangian antarabangsa terkemuka.

Dengan formula tersendiri, proses pembikinan wangian itu dihasilkan melalui pembuatan yang teliti dan dijamin tidak menjejaskan keaslian harumannya.

One Drop kini mempunyai lebih 30,000 pengedar di seluruh Malaysia. Antara selebriti terkenal yang pernah menggunakan One Drop Perfumes ialah Fahrin Ahmad, Rozita Che Wan, Rita Rudaini, Amy Search dan ramai lagi.

Para pembaca yang ingin menjadi pengedar bagi menambahkan pendapatan boleh menghubungi One Drop di 03-2072 5555 atau layari laman web www.onedropperfumes.com. -NURUL IZZA ROSLY