.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Thursday, January 21, 2010

0 Isu kalimah: Idea yang baik dan sokong untuk dibawa bincang

Sumber: BH:

Khalid Samad cadang enakmen dipinda benar bukan Islam guna kalimah


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, mencadangkan Enakmen Ugama Bukan Islam Negeri Selangor 1988 dikaji semula bagi membolehkan perkataan yang dilarang digunakan bukan Islam dipakai semua pihak mengikut kesesuaian.

Sambil menyifatkan undang-undang sedia ada ketinggalan zaman, beliau berkata enakmen yang dikuatkuasakan berhubung isu kalimah Allah adalah undang-undang pentadbiran keagamaan yang bukan hukum bersifat mutlak dan boleh diubah mengikut keadaan dan masa.

"Ketika enakmen berkaitan penggunaan perkataan dan kalimah dalam Islam ini diluluskan, mungkin tahap kefahaman umat Islam mengenai agama sendiri begitu lemah sehingga mereka perlu dilindungi sebegitu rupa.




"Namun ia boleh dikaji kembali daripada semasa ke semasa dan sekiranya kefahaman umat Islam semakin mantap, tiada sebab kenapa enakmen terbabit tidak boleh dikaji semula dan diubah suai," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sidang media itu diadakan bagi menjelaskan isu ceramah disampaikannya pada 12 Januari lalu bukan satu tindakan mencabar atau memperlekeh kedudukan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Khalid berkata, pengharaman penggunaan kalimah Allah dan kalimah lain oleh bukan Islam adalah satu tindakan bersifat "politik berlandaskan syarak" bagi mengelak kekeliruan dan pergeseran, tetapi kekeliruan yang mungkin timbul itu boleh diatasi dengan meminimumkan golongan yang boleh dikelirukan.

Khalid turut mengulangi cadangan supaya barisan kepemimpinan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) digugurkan dan diganti dengan muka baru yang lebih berkelayakan selaras perubahan kerajaan negeri ini sekarang.

"Saya yakin kepentingan Islam dan umat Islam di negeri ini akan lebih terbela jika Jais dan Mais dipengerusikan mereka yang berpengetahuan agama dan bebas daripada kefahaman politik selain politik Islam.

"Ramai lagi yang lebih berkelayakan untuk mengisi jawatan di Jais dan Mais seperti Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok, Datuk Ismail Kamus dan Datuk Haron Din. Kita perlu meletakkan mereka yang terbaik untuk mencapai hasil terbaik," katanya.

1 Mari lihat data kelahiran dan kematian di Malaysia. Semoga Tuhan memberkati

Sumber: MK:

70 juta penduduk Malaysia menjelang 2100
Jan 21, 10 9:38am

Malaysia dijangka mempunyai 70 juta penduduk menjelang tahun 2100.

Tahun lalu negara menyambut kedatangan 516,645 bayi, iaitu peningkatan 3.9 peratus atau 20,231 berbanding tahun 2008.

Selangor kekal dengan kadar kelahiran paling tinggi iaitu 80,110 diikuti dengan Sabah mencatatkan 60,190 dan Johor seramai 58,597, menurut statistik yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pada 2008, Selangor mendahului dengan 76,932, Johor 58,517 dan Sabah 51,773.

Jumlah kematian tahun lalu ialah 129,922 berbanding 123,335 pada tahun 2008, peningkatan 5.1 peratus atau 6,587.

Selangor juga negeri yang mencatat kadar kematian yang paling tinggi iaitu 16,494 diikuti Johor 15,749 dan Perak 15,467.

Menurut laman web Jabatan Perangkaan Negara, jumlah penduduk Malaysia pada 2007 mencapai 27.17 juta dan meningkat kepada 27.73 juta pada 2008 dan dianggarkan bertambah kepada 28.31 juta bagi 2009.

Sejak beberapa tahun lalu, penduduk dalam lingkungan umur 15 hingga 64 tahun merupakan 63 peratus daripada jumlah penduduk negara, 32 peratus berumur bawah 15 tahun manakala selebihnya berumur 65 tahun ke atas.

Cina mempunyai saiz keluarga paling kecil

Pensyarah Pusat Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia Marshitah Mohd Radzi berkata Malaysia mempunyai kadar kelahiran yang sihat sejak 10 tahun kebelakangan ini.

"Ini merupakan satu pertumbuhan yang sihat jika dilihat dari segi kemampuan rakyat Malaysia yang boleh menampung kelahiran tersebut," katanya.

Beliau berkata mengikut Dasar Kependudukan 1985, Malaysia dijangka mempunyai 70 juta penduduk pada 2100.

Marshitah berkata kadar kelahiran haruslah bersifat positif dan mempunyai kadar kelahiran yang bersifat serata di kawasan bandar mahupun luar bandar.

"Saiz keluarga yang makin bertambah akan mengakibatkan perbelanjaan sesuatu keluarga turut bertambah. Maka kependudukan yang positif dicapai ketika elemen saiz keluarga dan pendapatan dicapai sama-sama,” tambah beliau.

Marshitah berkata menurut analisis demografi, saiz keluraga yang paling kecil di Malaysia ada daripada etnik Cina, diikuti oleh kaum India.

Kaum Melayu masih mempunyai saiz keluarga yang ramai, katanya.

Banci penduduk dan keluarga dijangka diadakan sekali lagi pada tahun ini.

- Bernama

0 Kisah kejayaan pungutan filem AVATAR? Mari muhasabah diri untuk filem Malaysia? Atau filem Sabah?

Sumber: UM:

Avatar lepasi AS$500 juta
LOS ANGELES 20 Jan. - Filem epik cereka sains, Avatar melonjak melepasi angka AS$500 juta (RM1.7 bilion) dalam pungutan box office di Amerika Utara pada hujung minggu lalu, meneruskan kemaraannya ke arah mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah.

Filem sensasi tiga dimensi arahan James Cameron itu mengaut sejumlah AS$54.4 juta (RM185 juta) lagi pada cuti hujung minggu termasuk hari cuti memperingati tokoh hak sivil Amerika Syarikat (AS), Martin Luther King, menurut Exhibitor Relations yang menjejaki pungutan box office, semalam.

Avatar mengutip lebih AS$1.6 bilion (RM5.44 bilion) di seluruh dunia sejak mula ditayangkan dan dijangka mengatasi filem arahan Cameron pada 1997, Titanic yang masih memegang rekod box office tertinggi dalam sejarah dengan pungutan AS$1.8 bilion (RM6.12 bilion).

Di Amerika Utara, Avatar memperoleh AS$504.9 (RM1.72 bilion) dalam tempoh 32 hari sahaja, dan kini berada di tangga ketiga selepas filem siri Batman pada 2008, The Dark Knight yang mengaut AS$533.3 juta (RM1.81 bilion) dan Titanic dengan AS$600.8 juta (RM2.04 bilion).

"Sekarang sudah mula nampak pasti, rekod akan tumbang. Cameron akhirnya akan menenggelamkan kapalnya sendiri," kata ketua penganalisis Exhibitor Relations, Jeff Bock dengan merujuk kepada Avatar semakin menghampiri rekod Titanic.

Beliau berkata, pungutan box office itu sudah tidak lagi menepati demografi biasa.

"Orang yang lazimnya tidak akan menonton filem cereka sains atau filem tiga dimensi mahu menonton Avatar kerena mereka tidak mahu ketinggalan.

"Ia juga menarik penonton untuk kembali menontonnya sampai dua, tiga, empat atau lima kali. Perkembangan itu sangat luar biasa bagi sebuah filem yang ditayangkan di luar musim panas," kata Bock.

Prestasi menakjubkan pada hujung minggu itu dicapai ketika Avatar meraikan kejayaannya memenangi kategori drama terbaik dan pengarah terbaik pada majlis Anugerah Golden Globe di Beverly Hills pada Ahad lalu.

Kejayaan tersebut mengesahkan status Avatar sebagai filem pilihan untuk memenangi anugerah Oscar nanti. - AFP

0 Bagaimana jika Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro dan Malaysia Kini berminat tiru cara NYT?

Sumber: BH:

Pembaca online New York Times dikenakan bayaran mulai 2011


WASHINGTON: Akhbar The New York Times, yang kini terjejas berikutan kemerosotan pendapatan iklan dan jualan, mengumumkan akan mengenakan bayaran kepada pembaca laman webnya, mulai tahun depan.

"Kaedah baru ini membenarkan pembaca online masuk secara percuma untuk menentukan jumlah arkitel yang ingin dibaca dalam sebulan dan bayaran hanya dikenakan bila melayari artikel terbabit," kata The New York Times dalam satu kenyataan hari ini.

Setakat ini, The Times Co. belum lagi mengumumkan kadar bayaran untuk melayari secara penuh laman online akhbar itu.




Ketika ini, jumlah pelayar 'unik' laman online akhbar itu mencecah 15 juta sebulan.

Pakej atau model pembayaran akan dimulakan pada Januari tahun depan, kata kenyataan itu. - AFP

0 Artikel SHUTH tentang penulisan buku: Penulis Buku vs Penulis ebook

Assalammualiakum & Salam Sejahtera..

Pada hari ahad yang lalu (17 Disember 2010), saya telah hadir ke
satu konvesyen yang telah mengumpulkan beberapa orang jutawan.
Antaranya, Dr. Irfan Khairi, Dr. Azman Chin, Abang Abu, Chef li
dan juga Billi Lim.

Salah satu topik menarik yang dibincangkan di dalam konvesyen tersebut ialah,
topik yang disampaikan oleh Dr. Irfan Khairi yang bertajuk
"Bagaimana Mendapatkan RM 1,000,000 di Abad ke-21 ini".

Anda ingin tahu bagaimana caranya?....
Tidak lain tidak bukan.. ianya adalah menerusi "perniagaan maklumat"..
atau dengan lebih spesifik lagi.. Perniagaan Ebook!

Satu fakta menarik yang dikemukakn oleh Dr. Irfan ialah mengenai
hasil pendapatan yang diperolehi oleh Penulis Buku Vs Penulis Ebook.

BUKU..
Nota Motivasi, Irfan Khairi - RM7,000 - 6 bulan
Rahsia Internet Terbongkar - RM30,000 - 6 bulan
Dr. Danial Zainal - RM60,000 - 12 bulan
Dr. Tengku Asmadi - RM20,000 - 12 bulan

EBOOK
Mentor Jutawan - RM30,000 - 1 bulan

Anda boleh lihat sendiri perbezaan pendapatan yang diperolehi antara
penulis buku dan juga ebook!. Jelas, penulis ebook memperolehi
pendapatan yang lebih lumyan dalam waktu yang lebih singkat.

Saya juga telah berjaya menjana lebih dari RM140,000 dengan
hanya menjual sebuah ebook.

Sememangnya potensi pendapatan bagi penulis ebook adalah amat besar.
Jadi, tidak mustahil juga untuk anda memperolehinya.
Apa yang penting, anda, mempunyai ilmu bagaimana untuk melakukannya.


Jika anda berminat untuk mempelajari selok-belok perniagaan ebook.
Jangan lupa untuk mendaftarkan diri di http://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=KsGJ&mc=f&s=B5ZA3&y=j&

Ianya akan diadakan pada 31 Januari 2010 di JomTraining, Bandar Tasik Selatan,
Selangor.

Sekian, wassalam.

Yang ikhlas.

Mohd Suhaimy a.k.a shuth
www.seminarebook.com