.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Sunday, November 14, 2010

0 10% India, 20% Cina, 70% Melayu dan Bumiputera harus bersatu jika mahu berjaya

'Hormat hak semua kaum'

Oleh Nahar Tajri

2010/11/14
Usah terpengaruh agenda melaga-lagakan rakyat: Muhyiddin

SUNGAI PETANI: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam meminta masyarakat di negara ini mengiktiraf dan menghormati hak kaum lain bagi mewujudkan keserasian bagi memajukan Malaysia.

Sehubungan itu, kata Timbalan Perdana Menteri, rakyat seharusnya tidak mengendahkan kritikan serta tohmahan yang melaga-lagakan kaum dan sebaliknya berusaha demi kejayaan negara. Masyarakat India hanya 10-11 peratus, tetapi kita tetap kena beri sokongan dan galakan untuk mereka berjaya. Begitu juga Tionghua walaupun hanya 20 peratus, pun kena sokong juga. Orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak pun perlu dihormati. Kita tak boleh berjaya kalau tak bertanggungjawab untuk jayakan usaha bersama, katanya dalam ucapan sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2010 di Taman Keladi di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Hadir sama Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia Kedah S Manikumar serta kedua-dua Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan iaitu Datuk Joseph Salang Gandum dan Datuk Maglin Dennis D'cruz.

Sementara itu, pada sidang media kemudian, Rais berkata, rakyat pelbagai kaum di negara ini perlu menghayati tiga perkara penting dalam mengukuhkan hubungan kaum melalui seni dan budaya.

Pertama, katanya, menghargai seni budaya milik semua kaum serta mempelajarinya selaras dengan konsep 1Malaysia.
Kedua pentingnya memberi penghormatan kepada penggiat seni budaya sesuatu bangsa dan ketiga, perayaan semua kaum perlu disambut dan dinilai budayanya untuk mengeratkan hubungan kaum, katanya.

Rais turut meminta rakyat turut menghormati dan menghargai nilai budaya masyarakat di Malaysia tanpa mengira kaum.

Masyarakat di negara ini perlu tahu amalan budaya kaum lain. Dengan sambutan rumah terbuka kali ini kita secara langsung mengiktiraf hari kebesaran dan kali ini Deepavali, katanya.

0 comments: