.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Monday, September 06, 2010

0 Syukur tiada kematian akibat gempa memusnah 1 bilion

Ajaib tiada mati gempa bumi



BEBERAPA orang semalam melintasi sebuah bangunan yangtiada dinding akibat gempa bumi di Christchurch kelmarin.



CHRISTCHURCH - Penduduk New Zealand bersedia menghadapi satu lagi kejadian kemusnahan apabila sebuah ribut kencang sedang menghampiri dan mengancam kawasan Christchurch yang dilanda gempa bumi yang teruk kelmarin.

Perdana Menteri, John Key berkata, ia merupakan satu keajaiban apabila tiada kemalangan jiwa dilaporkan apabila gempa bumi berukuran 7.0 pada skala richter menyebabkan kemusnahan bernilai satu bilion dolar (RM3.1 bilion).

Pegawai-pegawai Pertahanan Awam memberi amaran bahawa gegaran susulan berukuran sehingga 5.4 pada skala richter akan berlaku di sini.

Malah kejadian itu akan diikuti kejadian ribut kencang yang memberi ancaman kepada beberapa bangunan yang sudah mengalami kerosakan sebelum ini.

Selain kerosakan teruk, seramai 340,000 penduduk bandar di sini berada dalam keadaan selamat apabila gempa bumi melanda Christchurch petang kelmarin.

"Kesimpulan yang dapat dibuat adalah ia merupakan satu keajaiban kerana tiada seorang pun mangsa yang maut. Sebahagian daripada keadaan bandar ini kelihatan hampir musnah dan mengalami gegaran yang sangat kuat," kata Key. - AFP


Artikel susulan:

NZ diancam gegaran susulan


CHRISTCHURCH New Zealand 5 Sept. - New Zealand bersedia menghadapi lebih kemusnahan hari ini apabila berlaku lebih banyak gegaran susulan dan satu ribut dilaporkan mengancam bandar ini, kawasan yang paling teruk terjejas akibat gempa bumi dalam tempoh berdekad-dekad, semalam.

Perdana Menteri John Key berkata, adalah satu keajaiban apabila tiada kematian dilaporkan dalam gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter semalam.

Namun, katanya, gempa itu mengakibatkan kerugian berbilion dolar di bandar ini, yang merupakan bandar kedua terbesar di New Zealand.

Pegawai pertahanan awam memberi amaran bahawa gegaran susulan yang berterusan dengan kekuatan sehingga 5.4 pada skala Richter diiringi angin kencang, boleh mengancam struktur bangunan-bangunan yang lemah.

Walaupun mengalami kemusnahan teruk, tiada seorang pun daripada 340,000 penduduk Christchurch maut apabila gempa melanda bandar ini awal pagi semalam.

"Satu kesimpulan ajaib yang boleh dilihat, gempa ini tidak mengorbankan walau satu nyawa," kata Key ketika meninjau kemusnahan di sekitar bandar ini.

Walaupun tiada kemalangan jiwa, pegawai pertahanan awam memberi amaran, keadaan darurat masih belum berakhir apabila lebih 30 gegaran susulan direkod dalam tempoh 24 jam selepas gempa bumi melanda dan ia dijangka berterusan beberapa minggu lagi.

Satu ramalan kaji cuaca pula menyatakan, angin kencang sehingga 130 kilometer dijangka melanda malam ini disusuli hujan lebat esok.

"Angin kencang boleh membawa kemusnahan lebih teruk kepada bangunan yang rosak dan strukturnya yang telah terjejas akibat gempa bumi, semalam.

"Hujan pula boleh mendatangkan masalah kepada infrastruktur bandar yang telah terjejas begitu juga kepada penduduk yang kini terdedah setelah hilang tempat tinggal dan harta benda," kata Jabatan Pertahanan Awam dalam satu kenyataan.

Selain gegaran susulan dan ribut, satu ancaman baru timbul malam tadi apabila benteng penghalang banjir di Sungai Waimakariri, di utara Christchurch, didapati lemah dan dikhuatiri pecah sekiranya hujan lebat menyebabkan paras air sungai melimpah. - AFP


Artikel susulan:

Christchurch terus bergegar

CHRISTCHURCH 7 Sept. - Kira-kira 20 gempa susulan kuat menggegarkan Christchurch malam tadi sementara beberapa bahagian bandar raya ini dibuka semula buat kali pertama sejak dilanda gempa bumi paling dahsyat di New Zealand dalam tempoh hampir 80 tahun.

Perkhidmatan rasmi pemantauan geologi, GeoNet melaporkan gegaran susulan itu termasuk dua yang berukuran 5.4 pada skala Richter, memaksa pihak berkuasa memindahkan 70 penduduk yang berlindung di pusat penempatan sementara di sebuah sekolah menengah.

Datuk Bandar Christchurch, Bob Parker berkata, gegaran susulan itu merosakkan lagi bangunan yang sedia musnah dalam gempa bumi Sabtu lalu, selain menimbulkan kegelisahan di kalangan penduduk.

Parker memberitahu, beliau sendiri memastikan sudah siap mengemas beg apabila gegaran terbaru itu berlaku kerana dapat merasakan keadaan akan menjadi bertambah buruk.

Lebih 100 gegaran susulan berukuran 3.2 hingga 5.4 pada skala Richter menggegarkan rantau ini sejak gempa bumi Sabtu lepas.

Kementerian Pertahanan Awam memberi amaran, gegaran susulan berukuran sehingga 6.0 pada skala Richter akan terus menjadi ancaman dalam seminggu akan datang.

GeoNet juga melaporkan gempa bumi berasingan berukuran 5.2 pada skala Richter di Hawke's Bay di North Island tetapi tiada kerosakan atau kecederaan yang berlaku.

Kehidupan di Christchurch kelihatan beransur-ansur pulih apabila zon larangan di daerah perniagaan utama diperkecilkan bagi membolehkan penduduk pulang.

Polis dan tentera menutup seluruh pusat bandar selepas gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter pagi kelmarin menyebabkan bahagian depan bangunan runtuh dan serpihan konkrit dan kaca bertaburan di jalan raya. - AFP/AP

0 comments: