.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Thursday, September 09, 2010

0 Susulan gempa bumi di Christchurch, NZ

New Zealand bergegar lagi, perintah darurat dilanjutkan

CHRISTCHURCH 8 Sept. - Pihak berkuasa New Zealand melanjutkan perintah darurat di Christchurch apabila satu gegaran susulan berukuran 5.1 pada skala Richter melanda bandar kedua terbesar ini awal pagi ini.

Akibat gegaran susulan itu, ibu pejabat pertahanan awam dan sebuah pusat kebajikan yang menempatkan mangsa yang hilang tempat tinggal akibat gempa bumi Sabtu lalu, juga terpaksa dipindahkan sementara ke tempat lebih selamat.

Selain itu, kira-kira 1,000 pemandu yang menggunakan terowong yang menghubungkan Christchurch dengan pelabuhan Lyttleton sepanjang 1.9 kilometer itu, panik apabila permukaan terowong berkenaan retak akibat gempa susulan tersebut.

Terowong itu kemudiannya ditutup dan dibuka semula selepas jurutera melakukan pemeriksaan dan mendapati ia hanyalah kerosakan kecil.

Kementerian Pertahanan Awam melanjutkan seminggu lagi perintah darurat yang sepatutnya tamat hari ini ekoran kejadian itu.

Perdana Menteri, John Key berkata, walaupun pihak berkuasa mahu bandar ini pulih secepat mungkin, namun keselamatan orang ramai tetap menjadi keutamaan mereka.

"Di beberapa kawasan tertentu, kesan gempa bumi adalah lebih teruk daripada apa yang kami jangkakan," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan yang terjejas teruk.

Menteri Pertahanan Awam, John Carter pula berkata, lebih 300 gegaran susulan dilaporkan berlaku di sini sejak Sabtu lalu.

"Tempoh untuk memulihkan bandar yang mempunyai 340,000 penduduk ini mungkin mengambil masa berbulan-bulan dan bukannya hanya seminggu," katanya.

Sabtu lalu, gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter melanda Christchurch. - AFP

0 comments: