.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Tuesday, September 28, 2010

0 Benjamin Stephen akan disiasat berhubung klip video di YouTube

Rais arah SKMM siasat klip video paderi hina Islam
28/09/2010 3:17pm


KUALA LUMPUR 28 Sept. - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya membuat siasatan serta-merta terhadap klip video dalam laman YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam.

Rais berkata, beliau telah mengarahkan SKMM supaya merekodkan perkara-perkara yang perlu seperti masa penyiaran, kandungan suara dan simbol yang dikeluarkan oleh paderi tersebut dalam klip video itu.

"Kita akan buat siasatan secepat mungkin di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, saya sendiri akan tentukan supaya kes ini dibawa ke perhatian pihak berkuasa secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar "Isu dan Cabaran Dalam Memulihara Arkib Audiovisual di sini hari ini.

Semalam, seorang penulis blog yang juga Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA), Zainol Abideen mendedahkan tindakan seorang paderi, Benjamin Stephen yang didakwa menghina agama Islam dan Rasulullah.

Paderi tersebut dilaporkan menghina Islam ketika menyampaikan ceramahnya di sebuah gereja di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Rais berkata, isu itu merupakan hal yang serius dan kementerian akan mengambil tindakan tidak kira di mana ia dipancarkan sama ada menerusi laman YouTube atau Yahoo, asalkan ia disiarkan di negara ini kepada pendengar dan pemerhati internet. - Bernama


Artikel berkaitan:

KDN diminta ambil tindakan kes paderi hina Islam


2010/09/28
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta menyiasat segera dan mengambil tindakan tegas terhadap dakwaan seorang paderi mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhamad dan Islam ketika berceramah di sebuah gereja di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata KDN perlu melihat perkara itu secara serius kerana membabitkan dakwaan terhadap kesucian Islam dan Nabi Muhamad. Beliau berkata, tindakan paderi itu itu boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dan kemarahan di kalangan umat Islam sehingga mencetuskan ketegangan antara penganut pelbagai agama dan kaum di Malaysia, pada masa depan. “Jika kita tidak melihat perkara ini secara lebih serius dan memaafkan mereka terbabit begitu saja, saya bimbang umat Islam akan bangkit dengan kemarahan berbentuk perkauman sehingga mencetuskan rusuhan di negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Yayasan Wakaf Malaysia di Masjid Putra di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan tindakan seorang paderi yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhamad dan agama Islam dalam satu ceramah di sebuah gereja di Kuching, Sarawak yang disiarkan di internet.

Mengulas lanjut, Mashitah berkata, pihaknya juga akan meminta pihak berkuasa agama Islam Sarawak menyiasat terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap paderi terbabit.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Jabatan Agama Islam negeri perlu menyiasat laporan dakwaan berlaku penghinaan terhadap agama Islam di negara ini.
Beliau berkata, hasil siasatan itu perlu diserahkan kepada pihaknya supaya tindakan selanjut dapat diambil.

“Biar jabatan agama negeri menyiasat perkara berkenaan dulu kerana tindakan tidak boleh diambil tanpa ada laporan rasmi mengenai dakwaan ada pihak yang menghina Islam.

“Hasil laporan siasatan itu boleh diserah kepada saya supaya tindakan lanjut boleh diambil terhadap mereka terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Artikel susulan:
Jangan timbulkan isu sensitif bangkitkan kemarahan kaum lain
29th September, 2010
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengingatkat mana-mana pihak supaya tidak mencetuskan isu-isu sensitif terutamanya mengenai agama yang boleh membangkitkan kemarahan kaum lain seperti umat Islam.

Katanya semua pihak harus mengakui bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan dan perkara itu harus dihormati oleh rakyat di negara ini termasuk bukan beragama Islam.

“Saya memperingatkan semua pihak terutamanya bukan Islam supaya faham sensitiviti agama tidak hanya menyentuh individu tetapi menyentuh bangsa dan penganut agama tersebut. Kesannya lebih dahsyat daripada pertembungan antara kaum atau etnik tersebut.

“Kena beringat jangan menyentuh soal sensitiviti. Ini satu kesepakatan bahawa Malaysia mengamalkan agama Islam sebagai agama persekutuan dan agama lain bebas untuk mengamalkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kemelut Peradaban Remaja Masa Kini: Perspektif Al-Quran dan As-Sunnah di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM).

Yang turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Dr Rohana Yusof, Pengurus Besar Yayasan Taqwa, Ahmad Ayob Ibrahim dan Ketua Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Prof Madya Dr Mustaffa Abdullah.

Sebanyak 10 kertas kerja dibentang oleh 10 penceramah termasuk bekas Pengurus Besar Bernama, Datuk Seri Azman Ujang pada persidangan selama dua hari anjuran bersama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Yayasan Taqwa dan Panel Sosial Perundangan Islam JAKIM.

Beliau diminta mengulas laporan tindakan seorang paderi yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad dan agama Islam dalam satu ceramah di sebuah gereja di Kuching, Sarawak yang disiarkan di internet.

Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA) Zainol Abideen dilaporkan berkata paderi bernama Benjamin Stephen itu menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak.

Jamil berkata, hanya pihak-pihak berwajib seperti polis dan mahkamah yang boleh mendakwa pihak yang terlibat.

“Kita bersetuju perkara itu dibuat penelitian oleh pihak berwajib seperti polis. Kuasa yang ada untuk mengambil tindakan hanya mahkamah, jadi mahkamah sebelum pendakwaan ada bukti yang konkrit supaya tiada kelemahan yang akan menyukarkan tindakan diambil terhadap pihak berkenaan,” katanya.

Mengulas mengenai majlis pada hari ini, Jamil berkata aktiviti sebegini wajar diteruskan bagi membendung masalah remaja yang semakin meruncing pada waktu ini.

“Kita mengharapkan program sebegini anjuran badan kerajaan dan juga NGO supaya mereka dapat menyumbang idea dalam membendung masalah remaja yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini,” katanya.


Artikel susulan:

Siasat paderi hina Islam di bawah Kanun Keseksaan
KUALA LUMPUR 29 Sept. – Majlis Peguam menggesa pihak berkuasa menyiasat segera kes seorang paderi yang didakwa menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

Presidennya, Ragunath Kesavan berkata, jika siasatan terhadap kes tersebut dilengah-lengahkan, ia bakal menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan umat Islam.

Jelas beliau, pendakwaan di mahkamah juga perlu disegerakan sekiranya terbukti paderi terbabit bersalah agar semua berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan pihak berkuasa.

‘‘Dalam kes tersebut, Majlis Peguam berpendapat bahawa penggunaan Akta Hasutan adalah tidak relevan kerana akta berkenaan dilihat tidak objektif.

‘‘Justeru, tindakan harus dilakukan dengan mengguna pakai peruntukan Kanun Keseksaan Seksyen 298 iaitu mengeluarkan perkataan dengan sengaja untuk mengguris hati orang dalam sesuatu agama.

‘‘Seksyen 298A iaitu menyebabkan rasa tidak damai, perpecahan dan rasa tidak senang hati, prejudis kerana alasan agama juga boleh dikenakan. Kedua-dua seksyen itu lebih spesifik berbanding Akta Hasutan. Oleh itu, pihak berkuasa perlu melakukan siasatan dengan segera,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memberitahu, pihak polis telah diarah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat tindakan paderi berkenaan yang didakwa menyampaikan ceramah menghina Islam.

Beliau berkata, ceramah yang dimuat naik ke dalam lama web YouTube itu merupakan satu tindakan biadab dan boleh menggugat keharmonian negara.

Hishamuddin yang berang dengan perbuatan itu seterusnya meminta PDRM merujuk kepada pejabat Peguam Negara bagi merangka tindakan yang boleh diambil terhadap paderi terbabit.

Akhbar baru-baru ini melaporkan pendedahan Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA), Zainol Abideen mengenai tindakan seorang paderi, Benjamin Stephen yang didakwa menghina agama Islam dan Rasulullah ketika menyampaikan ceramah di sebuah gereja di Kuching.

Mengulas lanjut, Ragunath berkata, dalam dakwaan membabitkan paderi itu, kes 12 individu yang didakwa membawa dan memijak kepala lembu serta menyertai perhimpunan haram membantah pembinaan sebuah kuil di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 28 Ogos tahun lalu boleh dijadikan rujukan.

Dalam kes berkenaan, jelasnya, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Beliau kemudiannya menyelar tindakan paderi itu yang dilihat tidak wajar dilakukan dalam keharmonian yang dikecapi di negara ini.

‘‘Niat dia (paderi) pun tidak baik. Perkara sebegini, mengutuk agama orang lain, tidak seharusnya berlaku di Malaysia,’’ tambahnya.


Artikel berkaitan:

Maglin kecewa sikap paderi hina Islam
KUALA LUMPUR 29 Sept. – “Saya harap dakwaan itu tidak benar tetapi jika ia berlaku, saya kecewa dengan sikap paderi berkenaan.”

Demikian luahan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz yang juga beragama Kristian berhubung dakwaan terdapat paderi memberi ceramah menghina Islam di Kuching, Sarawak.

Menurutnya, paderi itu tidak sepatutnya bertindak sedemikian termasuk mencela Nabi Muhammad SAW kerana beliau sama sekali tidak mengenali manusia yang dihinanya itu.

“Anda tidak hidup di zamannya dan tidak kenal pun siapa Nabi Muhammad. Jadi anda tidak boleh menilai orang yang anda tidak kenal.

“Itu bukan urusan paderi berkenaan dan dia tidak perlu masuk campur. Anda hanya perlu jaga rumah sendiri dan tidak perlu menyibuk di rumah orang lain kecuali jika anda dapat membantu orang itu,” katanya.

Beliau ditemui selepas melancarkan buku Warisan Maktab Kirkby di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Bukit Kiara di sini hari ini.

Maglin mengulas tindakan seorang paderi yang didakwa berceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan mengikut Akta Hasutan 1948.

Maglin menambah, tindakan paderi itu juga jelas bertentangan dengan ajaran dalam kitab Injil yang menganjurkan agar penganut Kristian bersikap merendah diri dan sentiasa membantu.

0 Bisnes wayang di Malaysia pada tahun 2010

Sumber:
www.finas.gov.my


TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2010

BIL JUDUL FILEM GENRE KOS PRODUKSI MULA TAYANG KUTIPAN KASAR (RM) BILANGAN PAWAGAM
1. Adnan Sempit KOMEDI / DRAMA 1.50 juta 14.01.2010 7.66 juta 61
2. 2 Hati 1 Jiwa DRAMA 0.98 juta 28.01.2010 0.40 juta 44
3. Lu Pikirlah Sendiri The Movie KOMEDI 1.73 juta 11.02.2010 2.15 juta 49
4. Niyang Rapik SERAM 1.64 juta 25.02.2010 3.72 juta 60
5. V3: Samseng Jalanan AKSI 1.72 juta 11.03.2010 3.88 juta 62
6. KL Drift 2 AKSI 1.92 juta 25.03.2010 5.67 juta 65
7. Semerah Cinta Stilleto AKSI 1.50 juta 08.04.2010 2.13 juta 53
8. Hooperz KOMEDI 1.27 juta 22.04.2010 0.29 juta 42
9. Belukar AKSI / DRAMA / CINTA 2.10 juta 06.05.2010 0.30 juta 40
10. Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami KOMEDI / CINTA 0.98 juta 20.05.2010 0.56 juta 48
11. Lagenda Budak Setan DRAMA / CINTA 1.36 juta 03.06.2010 4.28 juta 51
12. Kecoh Betul AKSI / KOMEDI 1.85 juta 03.06.2010 2.03 juta 53
13. Kapoww!! AKSI / KOMEDI 1.98 juta 17.06.2010 0.27 juta 42
14. Zoo AKSI / KOMEDI 01.07.2010 2.17 juta 60
15. Mantra SERAM 1.82 juta 15.07.2010 2.74 juta 61
16. Senario Asam Garam KOMEDI / CINTA 1.70 juta 09.09.2010 2.21 juta * 60
17. 4 Madu KOMEDI / CINTA 09.09.2010 1.64 juta * 64
18. Magika MUZIKAL / FANTASI 23.092010
19. Jangan Pandang Belakang Congkak 2 KOMEDI / SERAM 1.80 juta 07.10.2010
20. Cuti-Cuti Cinta AKSI / DRAMA / CINTA 1.20 juta 21.10.2010
21. Estet AKSI / KOMEDI 04.11.2010

*Kutipan terkini sehingga 24 September 2010

Dikemaskini Pada 24/09/10 10:31 AM


Industri: Penerbitan Drama
Anda berada di : Utama > Industri
Penerbitan Drama TV Dari Tahun 2002 hingga 2010 (Julai)

Tahun / Perkara Bilangan Judul Bilangan Penerbit Kos Penerbitan (RM)/(Juta)
2002 129 101 32.05
2003 80 62 25.56
2004 137 76 40.02
2005 196 88 40.21
2006 160 78 45.35
2007 182 81 54.72
2008 212 91 69.98
2009 213 95 74.05
2010 (Jan-Jul) 144 117 45.82



Dikemaskini Pada 27/09/10 11:59 AM



Industri: Filem Cereka Top 20
Anda berada di : Utama > Industri

BIL JUDUL FILEM PENERBIT KUTIPAN ( RM / JUTA ) TAHUN
1. Adnan Sempit MIG PRODUCTION SDN.BHD. 7.66 2010
2. Lagi-lagi Senario GRAND BRILLIANCE SDN.BHD 6.33 2001
3. Geng : Pengembaraan Bermula LES' COPAQUE PRODUCTION SDN.BHD. 6.20 2009
4. Sembilu 2 SKOP PRODUCTION SDN. BHD. 6.10 1995
5. Jangan Pandang Belakang Congkak MIG PRODUCTION SDN.BHD. 6.09 2009
6. Jangan Pandang Belakang MIG PRODUCTION SDN.BHD. 5.78 2007
7. KL Drift 2 SKOP PRODUCTION SDN. BHD. 5.67 2010
8. Cicakman KRU COMMUNICATION SDN.BHD. 5.15 2006
9. Maria Mariana SKOP PRODUCTION SDN. BHD. 4.72 1996
10. Duyung KRU COMMUNICATION SDN.BHD. 4.67 2008
11. Senario The Movie GRAND BRILLIANCE SDN.BHD 4.58 1999
12. Gerak Khas The Movie SKOP PRODUCTION SDN. BHD. 4.40 2001
13. Sembilu SKOP PRODUCTION SDN. BHD. 4.39 1994
14 Senario Lagi GRAND BRILLIANCE SDN.BHD 4.37 2000
15 Lagenda Budak Setan SKOP PRODUCTION SDN. BHD. 4.28 4.18 2010
16 Senario The Movie : Episod 1 MIG PRODUCTION SDN.BHD. 4.26 2008

17 Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam MIG PRODUCTION SDN.BHD. 4.14 2009
18 Remp - It SKOP PRODUCTION SDN. BHD. 4.00 2006
19 Evolusi KL Drift MIG PRODUCTION SDN.BHD. 3.90 2008
20 V3 : Samseng Jalanan MIG PRODUCTION SDN.BHD. 3.88 2010

Maklumat ini sah sehingga Julai 2010

Dikemaskini Pada 27/09/10 12:13 PM


Industri: Statistik Filem Malaysia
Anda berada di : Utama > Industri

Kutipan & Penontonan Untuk Semua Filem Asing & Tempatan di Pawagam 2004 - 2010 (Julai)

Jumlah / Tahun 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 (Jan-Jul)

Penontonan (juta) 16.69 25.92 27.87 33.55 43.85 44.13 31.86
Kutipan Kasar (juta) RM 124.62 RM 217.35 RM 234.98 RM 288.96 RM 380.72 RM 403.30 RM 304.09
Jumlah Pawagam 59 66 68 76 91 93 96
Jumlah Skrin 233 265 287 353 453 485 553
Jumlah Kerusi 55,950 61,482 66,822 78,496 92,642 101,165 107,657


Data Filem Cereka Tempatan 2008- 2010 (Julai)

FILEM TEMPATAN* 2008 2009 2010 (Jan-Jul)
Jumlah Filem 28 27 20
Kos Produksi (juta) RM 38.66 RM 40.51 RM 29.44

Kutipan Kasar (juta) RM 43.93 RM 50.84 RM 46.49

Penontonan (juta) 5.29 6.03 5.01

Purata Kos Produksi (juta) RM 1.38 RM 1.50 RM 1.47

Purata Penontonan (juta) 0.189 0.223 0.250

Purata Harga Tiket RM 8.30 RM 8.43 RM 9.28

Purata Kutipan (juta) RM 1.57 RM 1.88 RM 2.32


* Termasuk filem yang tidak melalui Skim Wajib Tayang


Dikemaskini Pada 27/09/10 11:42 AM


Industri: Penontonan Pawagam

Anda berada di : Utama > Industri

Bilangan Penontonan Mengikut Bahasa Filem (RM / Juta) : 2003 - 2010 (Julai)

Tahun Filem Tempatan Filem Cina Filem Tamil Filem Inggeris Filem Indonesia Filem Lain-lain Jumlah
2003 3.27 1.39 0.49 7.57 0.04 0.07 12.83
2004 3.81 2.74 1.00 8.44 0.02 0.68 16.69
2005 3.74 4.09 1.80 15.42 0.25 0.62 25.92
2006 4.00 4.63 1.39 16.45 0.20 1.20 27.87
2007 3.73 3.30 1.57 23.26 0.40 1.29 33.55
2008 5.29 4.34 2.13 30.12 0.43 1.54 43.85
2009 6.03 5.44 2.33 28.79 0.11 1.43 44.13
2010 (Jan – Jul)

(RM / Juta)
5.01 5.48 1.88 18.84 0.09 0.56 31.86



Jumlah Kutipan Kasar Mengikut Bahasa Filem (RM / Juta) : 2003 - 2010 (Julai)

Tahun Filem Tempatan Filem Cina Filem Tamil Filem Inggeris Filem Indonesia Filem Lain-lain Jumlah
2003 23.37 13.17 4.31 55.02 0.42 0.45 96.74

2004 27.24 21.76 4.59 66.25 0.10 4.68 124.62
2005 26.71 34.51 15.47 133.38 2.11 5.17 217.35
2006 29.62 39.46 11.00 142.90 1.67 10.33 234.98
2007 30.00 28.37 14.30 201.66 3.98 11.00 288.96
2008 43.93 37.86 17.14 265.08 3.65 13.06 380.72
2009 50.84 49.16 21.17 268.52 0.92 12.69 403.30

2010 (Jan – Jul)

(RM / Juta)
44.91 51.23 18.19 183.93 0.82 5.01 304.09


Dikemaskini Pada 27/09/10 11:47 AM


Industri: Penontonan Pawagam

Anda berada di : Utama > Industri

Bilangan Penontonan Mengikut Negeri (RM / Juta) : 2003 - 2010 (Julai)

NEGERI TAHUN 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010
(Jan – Jul)
JOHOR 0.81 1.10 2.60 2.84 4.04 5.66 4.70 3.11
MELAKA 0.65 0.53 0.73 0.76 0.98 1.18 1.57 1.24
N.SEMBILAN 0.58 0.20 0.71 1.13 1.26 1.44 1.38 1.03
K.LUMPUR 3.83 7.01 7.59 7.17 8.51 11.62 12.88 9.41
SELANGOR 4.59 4.68 7.55 8.96 10.00 13.27 12.22 8.25
PERAK 0.88 0.63 1.30 1.21 1.45 1.64 2.50 1.69
P.PINANG 0.13 0.80 2.66 2.83 3.54 4.54 4.50 3.24
KEDAH 0.21 0.50 0.56 0.44 0.55 0.61 0.69 0.90
PERLIS 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00
TERENGGANU 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00
KELANTAN 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00
PAHANG 0.56 0.90 0.93 0.95 1.06 1.18 1.54 1.20
SARAWAK 0.04 0.01 0.49 0.51 0.59 0.67 0.41 0.67
SABAH 0.55 0.33 0.80 1.07 1.57 2.04 1.74 1.12
JUMLAH

(Juta Penontonan)
12.83 16.69 25.92 27.87 33.55 43.85 44.13 31.86


Jumlah Kutipan Kasar Mengikut Negeri (RM / Juta) : 2003 - 2010 (Julai)

NEGERI / TAHUN 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010
(Jan – Jul)

JOHOR 5.70 7.85 21.17 24.29 35.72 50.03 43.21 29.69
MELAKA 4.45 3.71 5.37 5.39 7.44 8.96 13.25 11..09
N.SEMBILAN 4.08 1.36 5.26 7.86 9.72 11.10 11.03 8.78
K.LUMPUR 35.45 50.23 70.04 68.95 82.47 113.12 131.22 100.13
SELANGOR 32.14 38.42 64.49 75.61 87.79 117.04 112.35 78.54
PERAK 6.12 4.75 10.19 9.37 11.19 12.64 20.70 15.47
P.PINANG 1.16 6.50 21.01 21.88 28.17 36.14 37.46 27.25
KEDAH 1.25 2.77 3.52 2.80 3.86 4.28 5.50 7.89
PERLIS 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00
TERENGGANU 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00
KELANTAN 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00
PAHANG 3.13 6.79 7.42 7.76 8.79 9.78 12.96 10.65
SARAWAK 0.23 0.10 3.75 3.95 4.64 5.27 3.86 6.35
SABAH 3.03 2.14 5.13 7.12 9.52 12.36 11.76 8.25
JUMLAH

(Juta Penontonan)
96.74 124.62 217.35 234.98 289.31 380.72 403.30 304.09


Dikemaskini Pada 27/09/10 11:53 AM


Industri: Senarai Pawagam Tahun 2010
Anda berada di : Utama > Industri

*Maklumat sehingga Julai 2010


CINEMA LIST SCREEN SEATING
JOHOR
TGV Jaya Jasco Tebrau 10 2,114
GSC Pelangi Leasure Mall 5 2,366
Big Cinemas Kluang Mall 6 963
Big Cinemas Batu Pahat 7 1,045
Big Cinemas Broadway Theatre, Johor Bahru 1 250
Big Cinemas Plaza Tasek Cineplex, Skudai 3 649
MBO Cinemas Kluang Parade, Kluang 5 803
MBO Cinemas Batu Pahat 8 1,217
MBO Cinemas U Mall, Skudai 5 601
Cathay Cineplex City Square, Johor Bahru 10 2,230
Hock Star Giant Kulai Utama, Kulai 5 668
Pyramid Saimira Cinema Perling Mall, Johor Bahru 2 566
Pyramid Saimira New Lido, Kluang 1 600
Super Star Cinema, Ulu Tiram Mall 6 944
Legenda Cineplex, Kompleks Lagenda,Muar 2 426
JUMLAH 76 15,442


MELAKA
GSC Dataran Pahlawan 10 2,004
MBO Cinemas Melaka Mall, Ayer Keroh 7 1,212
LFS Mahkota Cineplex 4 649
Pyramid Saimira Cineplex FAJAR Melaka 2 318
JUMLAH 23 4,183


NEGERI SEMBILAN
TGV Jaya Jusco Seremban2 5 1,067
GSC Terminal One, Seremban 4 1,086
MBO Cinemas Terminal 2, Seremban 6 771
LFS Bahau Cineplex 3 535
Pyramid Saimira Perdana KM Plaza, Seremban 1 315
JUMLAH 19 3,774
SELANGOR
TGV One Utama, Petaling Jaya 7 1,586
TGV Bukit Raja, Klang 8 1,710
TGV The Mines Resort 5 1,063
TGV Bukit Tinggi 10 1,960
TGV Sunway Pyramid, Bandar Sunway 12 2,598
TGV Jusco Metro Prima, Kepong 6 1,342
GSC Shaw Centre Point, Klang 4 1,006
GSC Summit USJ 7 1,251
GSC One Utama, Petaling Jaya 13 2,192
GSC IOI Mall Puchong 9 2,402
GSC Tropicana City, PJ 8 1,465
Big Cinemas Sri Intan, Klang 1 868
Big Cinemas Selayang Capitol Cimplex 3 755
Big Cinemas Brem Mall, Kepong 12 1,810
LFS State Cineplex 2 392
LFS Kajang Cineplex 2 550
JUMLAH 109 22,950


KUALA LUMPUR
TGV Suria KLCC, Kuala Lumpur 12 2,459
TGV AEON, Cheras Selatan 8 1,333
TGV Capsquare, Wilayah Kompleks 6 1,118
TGV Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju (Opening on May 2010) 9 1,628
GSC Midvalley Shopping Centre 18 2,899
GSC Cheras Leisure Mall 4 1,610
GSC Pavillion Bukit Bintang 13 2,889
GSC Signature, The Garden, Midvalley 7 572
GSC Alamanda, Putrajaya 8 1,404
GSC Berjaya Times Square 9 1,570
Cathay Cineplex e@Curve, Damansara 12 1,966
MBO Cinemas Galaxy Ampang, KL 10 1,556
MBO Cinemas Desa Petaling 5 620
LFS Sentul Cineplex 3 692
Pawagam Coliseum, Jln TAR 1 803
Pyramid Saimira Pawagam Federal, Jln Raja Laut 2 1100
JUMLAH 127 24,219


PERAK
TGV Kinta City Shopping Centre 6 1,233
GSC Ipoh Parade 3 803
Big Cinemas Taiping 7 1,265
Big Cinemas Sitiawan 4 812
Big Cinemas Teluk Intan 3 450
LFS Seri Kinta 4 651
JUMLAH 27 5,214


PENANG
TGV Seberang Prai 5 1,092
GSC Plaza Gurney, Georgetown 12 1,833
GSC Queens Bay Mall, Bayan Lepas 8 1,528
GSC Sunway Carnival 8 1,438
Big Cinemas Bukit Jambul 6 1,178
Big Cinemas Butterworth 4 926
Cathay Cineplex Prangin Mall, Penang 8 1,566
Mega Cineplex Prai, Penang 6 1,498
Pyramid Saimira The Summit, Bukit Mertajam 3 707
JUMLAH 60 11,766


KEDAH
GSC Central Square, Sg. Petani 3 666
Big Cinemas Alor Star Mall 4 637
Big Cinemas Kulim 6 1,069
LFS Alor Star Cineplex 2 338
Jitra Mall Cineplex, Jitra 4 546
Langkawi Cineplex 3 535
Grand Cineplex, Legenda Village Mall, Sg. Petani 4 680
JUMLAH 26 4,471


PAHANG
GSC East Cost Mall 9 1,627
GSC Berjaya Megamall, Kuantan 5 970
Big Cinemas Teruntum, Kuantan 5 867
First Wold Cineplex, Genting Highland 2 332
JUMLAH 21 3,796


SARAWAK
MBO Cinemas The Spring Mall, Kuching 8 1,546
LFS Riverside Cineplex 4 780
Hock Star Cinema Kuching Cineplex 9 900
Hock Star Cinema Sibu Cineplex 2 266
Hock Star Miri Cineplex 4 779
Hock Star Bintulu Cineplex 2 210
Sarawak King Theatre, Sibu 3 845
JUMLAH 28 5,326


SABAH
GSC One Borneo, K. Kinabalu 8 1,504
Cathay Cineplex Kota Kinabalu, Sabah 3 627
Hock Star Cinema Tawau Cineplex 4 824
Hock Star Cinema Sandakan Cineplex 4 907
Growball Cinemax 6 1,006
JUMLAH 25 4,868
JUMLAH SEMUA 532 104, 322


JUMLAH PAWAGAM 94
JUMLAH SKRIN / DEWAN 541
JUMLAH TEMPAT DUDUK 106, 009

Dikemaskini Pada 18/08/10 10:37 AM

0 Ianya bukan hal siapa benar siapa salah tetapi pelampau dan tahap sederhana. Semua agama ada pelampau masing-masing

Elak kehancuran

Daripada OTHMAN MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my



NAJIB Tun Razak menyampaikan ucapan sulung pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-65 di New York, malam tadi. – AFP


NEW YORK 27 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sudah tiba masanya semua negara dan agama kembali kepada kesederhanaan dalam mendokong agenda keamanan sekali gus menghapuskan ekstremis dalam kerangka membina dunia yang lebih aman, selamat dan adil.

Ketika menekankan perkara itu yang dirujuk beliau sebagai Gerakan Global Ke Arah Kesederhanaan pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) Ke-65 hari ini, Perdana Menteri berkata, langkah itu akan menyelamatkan masyarakat antarabangsa daripada terjerumus ke dalam jurang kehancuran dan kedurjanaan.

“Saya ulangi komitmen Malaysia ke arah itu. Kami amat yakin semua negara tanpa mengira kecil atau besar, kaya atau miskin, kuat atau lemah, mempunyai tanggungjawab bersama ke arah mewujudkan dunia yang lebih baik untuk generasi akan datang,” kata Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan sulung pada UNGA di Ibu Pejabat PBB di sini.

Katanya, cabaran utama yang dihadapi masyarakat antarabangsa sekarang ialah perlunya menghadapi semua itu secara bersama bagi memastikan keadilan, kesaksamaan dan keamanan yang berterusan.

Tambah beliau, keamanan itu pula bukan sahaja untuk masa ini tetapi sepanjang masa, dan ia boleh dicapai jika semua pihak bersedia untuk saling memahami dan menghormati yang boleh dilakukan menerusi dialog dan perbincangan bersama.

Ketika usaha memupuk keamanan dan keharmonian antarabangsa, Najib menyuarakan kebimbangan dengan peningkatan arah aliran di sesetengah bahagian dunia yang menyemarakkan fenomena Islamophobia kerana ia memisahkan antara dunia Islam dengan Barat.

“Isu sebenar bukannya antara orang Islam dan bukan Islam tetapi antara kesederhanaan dan ekstremis membabitkan semua agama sama ada Islam, Kristian ataupun Yahudi.

Wednesday, September 22, 2010

0 Anda masih muda dan mahu kahwin muda? Pertimbangkan untuk hidup sederhana. Atau lupakan cinta zaman sekolah kerana % berkahwin sangat kecil

Dugaan suami isteri muda

Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my






“KAU dah gatal ke apa?” Itulah pertanyaan terpacul spontan daripada mulut ibu Zainor Masziah Zainudin yang masih teriang-ngiang di telinganya sehingga hari ini.

Tidak menyalahkan ibunya itu, Zainor menyedari tindakan meluahkan keinginan untuk mendirikan rumah tangga pada usia 18 tahun ketika baru menamatkan sekolah menengah pasti membuatkan mana-mana ibu bapa terkejut besar.

Namun, tidak mahu kasih sayangnya terhadap seorang lelaki membuatkan dia menjadi anak derhaka, Zainor memohon keizinan ibu bapa dengan penuh tertib.

Apatah lagi, kedua ibu bapa beliau sememangnya sudah pun mengenali jejaka pilihannya, Muhammad Bakhtiar Aznan yang ketika itu berusia 21 tahun. Jika cerita cinta pada usia belasan tahun bagi sesetengah orang dipanggil cinta monyet, tetapi Zainor dan Bakhtiar membuktikan cinta yang dibina sejak mereka masing-masing berusia 14 dan 17 tahun mampu menjejak ke jenjang pelamin.

“Ibu mana yang tidak terkejut dengan soalan saya yang ingin berumah tangga pada usia yang sangat muda. Tetapi orang tua saya memang sudah tahu pilihan hati saya kerana saya memang tidak menyorokkan hubungan bersama Bakhtiar,” kata Zainor yang mengakui pernah dipisahkan dengan Bakhtiar apabila dihantar belajar di sebuah kolej di Melaka.

Mengimbau detik-detik yang menduga cinta remaja mereka kira-kira tujuh tahun lalu, ungkap Bakhtiar, hati kekasih mana yang tidak berduka lara apabila buah hatinya dihantar belajar sampai ke Melaka sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah berjauhan sewaktu menginap di kawasan kejiranan berdekatan di Serdang, Selangor.

“Bayangkan dari sekolah lagi kami tidak pernah berpisah. Tiba-tiba keluarga Zainor menghantar dia ke Melaka untuk meneruskan pelajaran. Sebab itulah, demi Zainor saya sanggup ke Melaka sampai tiga kali seminggu untuk bertemunya,” jelas Bakhtiar yang mengakui kerana kesungguhan itulah yang mungkin melembutkan hati mertuanya.



ZAINOR dan Bakhtiar berkahwin ketika berusia 18 dan 21 tahun kini sudah dikurniakan dua cahaya mata, Ashil Shafwan dan Aliya.



Ujian berkeluarga

Mendirikan rumah tangga secara sederhana, Zainor dan Bakhtiar tidak menafikan menempuh gerbang perkahwinan pada usia remaja menuntut banyak dugaan berbanding pasangan lain.

Antaranya termasuklah persepsi negatif masyarakat sekeliling yang melihat perkahwinan pada usia yang muda seperti mereka disebabkan oleh pasangan tersebut terlanjur.

“Tidak terlalu mengambil pusing dengan pendapat seperti itu, apa yang lebih penting pada saya ketika itu adalah untuk mendapat restu daripada orang tua kedua-dua belah,” ungkap Zainor.

Malah, akuinya kerana restu itu jugalah, akhirnya dugaan seterusnya yang dihadapi oleh mereka sebagai pasangan suami isteri muda dapat ditempuhi dengan lebih mudah.

Ujar Zainor, selepas setahun menempuh gerbang perkahwinan dia melahirkan zuriat comel bernama Muhammad Ashil Shafwan. Namun, oleh kerana dia masih belum bekerja, ketiga-tiga anak-beranak itu bergantung sepenuhnya kepada pendapatan Bakhtiar yang bekerja sebagai mekanik dengan gaji RM800 sebulan.

“Memang kami kena berjimat-cermat untuk meneruskan hidup dan membesarkan anak. Tahu sajalah membeli keperluan bayi zaman sekarang bukanlah murah. Tetapi mujur, apabila perkahwinan mendapat restu orang tua di kedua-dua belah pihak, ibu bapa dan mertua saya banyak menghulurkan sokongan.


“Malah ketika itu, untuk berjimat-cermat kami tinggal bersama-sama dengan mentua saya,” ujar Zainor yang bersyukur selepas melahirkan anak kedua, Aliya El Quzandrea, 4, rezeki mereka juga bertambah apabila suaminya mendapat kerja di Jabatan Penerbangan Awam, manakala dia sendiri bertugas sebagai kerani eksekutif di sebuah syarikat di Kelana Jaya.

Cinta zaman sekolah

Berkongsi jalan cerita yang hampir sama apabila mendapat tentangan keluarga kerana dianggap masih mentah, bagaimanapun hasrat pasangan Muhammad Razie Abd. Rahman, 23, dan Nurul Nadia Md. Mokhtar, 22, tertunai juga selepas mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu.

Bermula sebagai teman rapat, namun disebabkan, perjalanan hidup banyak diluangkan bersama iaitu sejak bangku sekolah menengah sehingga menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM), mereka sukar untuk dipisahkan.

Malah, kedua-duanya juga mempunyai minat sukan yang sama sebagai atlet hoki kebangsaan.

“Saya akui berkahwin pada usia 22 tahun memang agak muda. Malah, hasrat kami bergelar suami isteri turut ditentang oleh abang. Bagaimanapun, saya menerima teguran itu dan berani ‘berdiri’ untuk menyakinkan bahawa kami sudah bersedia,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Ditanya mengenai dakwaan segelintir masyarakat bahawa pasangan berkahwin muda berisiko tinggi untuk menemui jalan perceraian kerana dikatakan kurang matang celah Nadia, situasi itu bergantung kepada pasangan terbabit.




NADIA dan Muhammad Razie berkawan sejak bangku sekolah menengah hingga ke zaman universiti.



Misalnya, berlaku perselisihan faham, jalan penyelesaiannya adalah pasangan tersebut tidak boleh memendam perasaan.

Sebaliknya, mereka harus berani berhadapan dan bersemuka menanyakan perkara yang terbuku di hati.

“Perceraian tidak boleh disalahkan akibat usia pasangan itu. Bagaimanapun, paling penting rumah tangga perlu ada kejujuran dan komunikasi yang baik antara pasangan anda,” terangnya.

Elak gejala sosial

Meluahkan kisah perkahwinan mudanya pada usia 19 tahun, Siti Arina Abdul Hashim, 24, tidak pernah menyesal memegang status isteri pada usia itu.

Baginya daripada melakukan perbuatan terkutuk atau terlanjur, elok sekiranya hubungan itu diikat dengan ikatan yang sah.

Menurut Arina yang bekerja sebagai kerani lagi, ketika awal berumah tangga kedudukan kewangan dia dan suami boleh dikatakan cukup sederhana.

“Memang secara jujur kami pernah berhadapan dengan masalah kewangan pada awal perkahwinan. Namun, dengan usaha yang gigih dan saling berusaha mencari pendapatan, kami dapat menyelesaikannya dengan baik,” terangnya yang kini memiliki seorang cahaya mata bersama suami tercinta, Azli Hussein, 26.i.

Monday, September 20, 2010

0 Angelina Jolie diyakini boleh hasilkan filem karya agung

Jolie dinasihat tidur lebih


2010/09/20
Eastwood beri panduan kepada pelakon jadi pengarah berjaya

LOS ANGELES: Pelakon veteran yang juga pengarah filem, Clint Eastwood menasihatkan rakan artisnya Angelina Jolie agar memantapkan kemahiran pengurusan jika mahu jadi pengarah filem berjaya.

Jolie diberitakan bakal mengarah filem pertamanya percintaan ketika perang Bosnia di samping bertindak sebagai produser dan penulis lakon layar filem itu. Eastwood, 80, memberitahu majalah People ketika tayangan perdana filem terbarunya, Hereafter di Pesta Filem Antarabangsa Toronto, baru-baru ini, Jolie harus mengetahui apa yang beliau mahu dan cari sebagai pengarah filem.
Nasihat saya untuknya banyak tidur berbanding pelakon lelaki, katanya.

Walaupun banyak cabaran dan halangan, Eastwood berkata, beliau tidak ragu-ragu
Jolie akan berjaya menghasilkan satu karya agung.

Beliau amat pintar. Saya tahu beliau akan melakukan yang terhebat.
Saya masih belum membincangkan perkara ini dengan Jolie, namun tahu beliau sukar mengaku kalah, selain memiliki etika kerja yang hebat. Agensi

0 Sediakan skrip untuk setiap perayaan besar di Malaysia terutama Hari Raya, Hari Kemerdekaan, Tahun Baru, Dan Lain-Lain

Tak perlu filem raya?


2010/09/18
ASSALAMUALAIKUM! Bukan sekali kisah ketandusan filem bertemakan Aidilfitri dibangkitkan. Bukan isu pun, tetapi ia menarik perhatian saya yang bukan pertama kali. Sama ada karyawan filem kita sememangnya tidak dikurniakan ilham yang baik mahupun gangguan persekitaran yang membantut kemungkinan hasrat menghasilkan filem sedemikian, saya kurang pasti.

Namun sebagai pemerhati, lebih-lebih lagi yang meneruskan kelangsungan hidup di atas landasan kewartawanan hiburan ini, saya melihat ada kewajarannya penerbitan tema seumpama itu di kelir lebar.

Selain membesarkan Aidilfitri setahun sekali, yakni hari kemenangan umat Islam, suasana sambutannya mempunyai warna tersendiri yang menggambarkan wajah kita.

Bukankah filem kita mencari wajah kita untuk ditempatkan di dalam peta perfileman dunia? Biarpun slogan bertukar kepada ‘era globalisasi’ yang sehingga kini belum menampakkan pencapaian itu, rasanya ‘filem kita, wajah kita’ masih relevan untuk diletakkan di pasaran dunia global seperti dicanangkan.

Barangkali produser atau pengarah filem masih mempunyai ketakutan untuk mengeluarkan filem bertemakan Hari Raya, takut ia tidak dapat ditayangkan pada musim perayaan sepatutnya kerana perlu bersaing dengan filem lawak ‘slapstik’ yang menjadi tradisi sebagai umpan masyarakat mengunjung panggung wayang.

Pun begitu, tema Hari Raya tidak semestinya terikat dengan kisah air mata sebagaimana menjadi pilihan pengarah drama atau pengendali stesen televisyen.

I Know What You Did Last Raya yang ditayangkan kira-kira enam tahun lalu, sekurang-kurangnya menjadi contoh dalam menjana transformasi paradigma perfileman Melayu kita.

Barangkali juga karyawan kita bimbang syarat wajib tayang sebagaimana ditetapkan Finas. Namun saya yakin, jika bijak menyusun masa dan kerja serta melalui budi bicara di meja rundingan, ia bukan kekangan kerana orang Finas kerjanya untuk memudahkan pihak pembikin filem.

Tiba masanya untuk kita beralih seperti yang boleh saya kaitkan dengan perutusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena sambutan kemerdekaan Malaysia ke-53, Selasa lalu, yang menekankan soal penjanaan transformasi.

Cuba tengok sepanjang tiga Hari Raya pertama ini, semua filem yang ditayangkan di TV tiada langsung bertemakan Aidilfitri. Ini kerana kita tidak mempunyai filem yang sesuai untuk sambutan itu, jadi langsung, mana filem yang ada, ditayangkan saja. Tiada masalah. Lagipun, orang kita mana nak kisah pasal tema ini kerana yang penting ‘masyuk’ perlu diutamakan.

Ahhh... lupakan saja hasrat untuk tengok karyawan kita buat filem raya sebab tema atau konsep begitu hanya sesuai untuk tayangan di kaca TV.

Sejak dulu lagi, kita terbiasa dengan kisah anak lupakan ibu, menantu dari bandar yang janggal beraya di kampung dan sebagainya sudah kita saksikan di TV.

Tiga raya pertama ini pun kita jenuh dihidangkan dengan drama yang saya maksudkan. Jadi apa nak kisah kalau filem raya tidak wujud di panggung? Dalam pada itu saya sokong hasrat A Razak Mohaideen untuk sekali lagi mengambil tema Hari Raya. Difahamkan Razak yang juga pengarah filem 4 Madu yang ditayangkan di pawagam seluruh negara ini akan mengarah Raya Tak Jadi pada 2011. Moleklah, sekurang-kurangnya kita nampak juga usaha beliau yang sensitif dengan keperluan semasa.

Bercakap mengenai tema sedemikian, tema Hari Raya kalau diamati lebih mendalam, ia besar maknanya. Kita sedia tahu Hari Raya adalah hari kemenangan umat Islam, jadi apa salahnya kita jadikan tema kemenangan dalam perjuangan misalnya sebagai filem keraian merayakan apa yang patut dirayakan.

Entahlah, saya cuma tahu berkata melalui ayat-ayat ini kerana yang membuatnya tentu lebih pening. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Bagaimanapun, situasi sambutan Ramadan dan Syawal di negara kita jauh berbeza. Tidak perlu jauh ke negara Islam di Timur Tengah hingga ke Makkah serta Madinah, cukuplah negara jiran kita Indonesia sebagai contoh.

Ya, sekarang hubungan diplomatik dua negara ini kurang mudah tetapi saya melihatnya untuk kita teladani sambutan dua bulan mulia itu di kalangan umat Islam di sana. Tidak hanya drama bercorakkan sambutannya, malah iklan juga bagai meraikan kedatangan bulan-bulan itu, terutama Ramadan.

Pengalaman berpuasa dan beraya di Makkah tahun lalu mengukuhkan lagi keterbukaan minda saya terhadap sambutan Ramadan dan Syawal di kalangan umat Nabi Muhammad SAW. Mereka membesar-besarkan Ramadan, meraikannya dengan penuh takwa.

Cuba cermin kembali diri kita hari ini, menjelangnya Ramadan hanya bagai petanda bagi sesetengah orang yang kita perlu buat persiapan Hari Raya.

Pakaian, perabot, langsir dan benda duniawi yang sewaktu dengannya yang menjadi keutamaan di dalam kotak fikiran masing-masing. Namun lain orang lain padang, jadi pandang-pandang dan jeling-jelinglah mana yang berkenan.

Wassalam!

0 Paderi yang timbulkan krisis diminta bayar kos keselamatan polis

Paderi Terry Jones tanggung kos AS$180,000

ORLANDO, Amerika Syarikat 19 Sept. - Pihak berkuasa bandar raya Gainesville di Florida akan menghantar bil berjumlah lebih AS$180,000 (RM576,000) kepada paderi Terry Jones bagi kos keselamatan yang ditanggung berhubung ugutannya untuk membakar al-Quran sempena hari ulang tahun memperingati serangan 11 September, 2001, baru-baru ini.

Agensi-agensi polis menghabiskan masa lebih sebulan untuk menyediakan pelan keselamatan bagi memastikan keselamatan komuniti di sekitar gereja Jones, Dove World Outreach Center iaitu lokasi yang dirancang bagi membakar lebih 200 naskhah al-Quran, kata jurucakap polis Gainesville, Korperal Tscharna Senn kelmarin.

Jones juga memberitahu pihak berkuasa bahawa dia menerima banyak ugutan bunuh berikutan rancangannya untuk membakar al-Quran, yang akhirnya dibatalkannya ekoran tekanan hebat daripada para pemimpin dunia.

Jabatan Polis Gainesville membelanjakan lebih AS$100,000 (RM320,000), manakala Pejabat Syerif Daerah Alachua menghabiskan kira-kira AS$80,000 (RM256,000) untuk langkah-langkah keselamatan pada hujung minggu lepas, iaitu hari yang dijadualkan bagi pembakaran tersebut.

"Kami ada 286 anggota beruniform dan hampir setiap orang bertugas sama ada di Dove Center atau di tempat lain yang boleh menjadi sasaran serangan.

"Melainkan seseorang anggota itu sakit atau cedera, mereka semua bekerja pada hari pembakaran itu dijadualkan," kata Senn.

Anggota polis memperketatkan kawalan keselamatan di gedung-gedung membeli-belah di kawasan berhampiran, stadium bola sepak Universiti Florida serta di kawasan sekitar gereja pada hari-hari sebelum pembakaran itu dijadualkan.

Jones kelmarin berkata, pihak gereja 'tidak menyedari mereka akan dikehendaki membayar bil keselamatan'.

"Jika kami mengetahui perkara ini awal-awal lagi, sudah tentu kami tidak mahu kawalan keselamatan disediakan," katanya.

Beberapa pihak menuduh pihak berkuasa melakukan persiapan keselamatan yang keterlaluan.

"Memang mudah untuk mendakwa kami membuat persiapan keterlaluan, tetapi jika sesuatu yang tidak diingini berlaku, kami akan dituduh kurang bersedia," kata Senn. - CNN

0 Bagaimana buat duit dengan Nuffnang?

Pendapatan lumayan dengan Nuffnang

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
rosmalina.kadir@kosmo.com.my







SEBUT sahaja Nuffnang, mustahil jenama komuniti pengiklanan blog itu tidak dikenali oleh blogger-blogger di seluruh Malaysia. Tidak hairan juga, jenama itu amat dikenali di negara-negara jiran terutama Singapura, Australia dan Filipina.

Sumbangan Nuffnang amat besar buat komuniti blogger yang menjadikan jenama itu sebagai platform untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Tidak keterlaluan jika dikatakan pendapatan yang diperoleh daripada Nuffnang adakalanya melebihi pendapatan pekerjaan tetap.

Iklan-iklan daripada Nuffnang yang merupakan komuniti pengiklanan blog pertama Asia Pasifik kini boleh dilihat di lebih 100,000 buah blog oleh lebih tiga juta orang setiap hari.

Ia membenarkan pengiklan untuk memaparkan iklan grafik dan video di blog-blog dalam pelbagai genre. Kejayaan Nuffnang kini dapat dilihat melalui pembangunan pejabatnya di empat buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina dan Australia.

Menarik tentang syarikat Nuffnang Sdn. Bhd. yang terletak di Kuala Lumpur, ia diteraju jejaka yang baru berusia 26 tahun. Timothy Tiah, sebagai pengarah urusan, turut meneraju cawangan Nuffnang bersama pengasas bersama, Cheo Ming Shen yang kini menguruskan pejabat di Singapura.

Menurut Timothy, blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan.

"Kami menguruskan iklan-iklan yang akan dipaparkan dalam blog yang berdaftar tanpa mengenakan bayaran kepada blogger. Blogger hanya perlu menjalankan kerja editorial untuk iklan masing-masing bagi menjana pendapatan.

"Selain itu, kami juga menganjurkan majlis-majlis untuk blogger seperti tayangan filem, seminar, bengkel, parti dan sebagainya untuk merapatkan hubungan sesama komuniti blogger di bawah Nuffnang," katanya.


TIMOTHY merintis idea kewujudan Nuffnang bersama rakannya, Ming Shen sewaktu belajar di London.

--------------------------------------------------------------------------------


Menceritakan kewujudkan Nuffnang, Timothy memberitahu idea itu timbul di London ketika dia dan Ming Shen berbual mengenai pelan perniagaan mereka apabila pulang ke tanah air. Kedua-dua mereka adalah pelajar jurusan perniagaan dan bermula sebagai blogger.

"Kami berbincang mengenai perniagaan yang ingin kami jalankan selepas pulang ke Malaysia dan Singapura. Kemudian timbul idea untuk berkolaborasi mewujudkan Nuffnang selepas mempertimbangkan populariti blog yang semakin meningkat.

"Kami melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh orang lain dan ia mendapat sambutan yang memberangsangkan hanya selepas beberapa tahun syarikat itu ditubuhkan," katanya mengenai syarikat itu yang memulakan pejabat pertamanya di Pulau Pinang pada tahun 2006.

Katanya, pada akhir tahun pertama Nuffnang ditubuhkan iaitu pada tahun 2007 mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 7,523 orang blogger dan ia meningkat kepada 30,708 pada tahun 2008. Tahun 2009 pula jumlahnya meningkat kepada 68,455 orang, manakala sehingga Ogos lalu jumlahnya ialah 105,464 orang blogger.

"Komuniti blogger Nuffnang meningkat dengan pantas dan ini menunjukkan blog menjadi medium pengiklanan yang mendapat sambutan hangat daripada klien pengiklan. Ia menjadi pilihan baru selain medium utama iaitu media cetak dan elektronik.

"Bagaimanapun, untuk berjaya sebagai blogger yang berpendapatan tinggi, seseorang itu mestilah bekerja keras dan mewujudkan blog atas sebab yang betul. Ini kerana sekiranya blog diwujudkan semata-mata untuk mencari keuntungan, ia tidak akan berjaya," katanya.


KOMUNITI Nuffnang menjadi medium penting kepada blogger yang ingin menjana pendapatan sampingan.

--------------------------------------------------------------------------------


Menjana pendapatan

Selepas lima tahun menceburkan diri sebagai penulis blog, Mira Abu Bakar, 35, mempunyai pemerhati blog mencecah empat juta orang. Justeru, dia mampu menjana pendapatan sehingga RM100,000 setahun melalui iklan-iklan yang dipaparkan di blognya iaitu www.redmummy.com.

Mira yang mesra disapa sebagai Kak Red memberitahu, sebab utama dia mewujudkan blog tersebut bukanlah untuk mencari keuntungan kerana ia wujud sebelum Nuffnang beroperasi iaitu pada tahun 2005.

"Ketika mula-mula mendaftar dengan Nuffnang dan membuat editorial untuk iklan pertama, saya hanya memperoleh pendapatan RM90 tetapi jumlah itu meningkat sehingga RM5,000 sehingga RM10,000 sebulan kini.

"Pendapatan lumayan yang saya peroleh daripada blog menyebabkan saya menulis dengan serius dan memperuntukkan sehingga lima jam sehari untuk menguruskan blog saya. Tetapi saya juga dibantu suami yang bertindak sebagai jurugambar untuk menguruskan blog ini," katanya.

Katanya lagi, untuk berjaya melalui blog memerlukan usaha yang keras, sebagaimana dia yang sanggup duduk di hadapan komputer setiap malam bermula pukul 9 malam hingga 2 pagi semata-mata untuk memastikan blognya sentiasa update.

"Pendapatan yang saya peroleh kini tidak didapati dalam sekelip mata. Saya bermula dari bawah dan sesiapa sahaja perlu melalui jalan yang sama untuk berjaya. Jangan cuba meniru gaya blogger lain kerana ia tidak akan berjaya," katanya.

Vivy Sofinas, 23, pula mewujudkan blog sejak dua tahun lalu. Selepas mendaftar dengan Nuffnang dan mempunyai pembaca blog sehingga 7,000 orang sehari, dia memiliki iklan pertama hanya selepas empat bulan blog itu diwujudkan.

"Saya menyertai Nuffnang sejak Oktober tahun lalu dan sehingga kini saya memperoleh pendapatan mencecah RM10,000. Antara pengiklan tersebut ialah Astro, Dell, Lip Ice, Xpax dan Mamee.

"Blog saya banyak berkisar kehidupan peribadi terutama kisah mengenai opah saya yang mendapat sambutan ramai. Saya tidak sangka akan mempunyai ramai pengikut dan pembaca blog," katanya yang tidak pernah menyangka akan memperoleh pendapatan melalui blognya iaitu www.proudduck.com.

Sementara itu, Nor Izdyani Musawir, 20, turut gembira memperoleh pendapatan daripada iklan-iklan yang dipaparkan di blognya iaitu sayesayangiz.blogspot.com. Bagaimanpun, dia tidak dapat melupakan pengalaman perlu membuat rakaman video yang diminta pengiklan.


LAYARI laman web Nuffnang untuk mengetahui lebih banyak maklumat mengenai platform menjana pendapatan itu.

--------------------------------------------------------------------------------


"Saya terpaksa merakam diri sendiri dan menyanyi untuk iklan Munchy's. Perasaan ketika itu sungguh malu tetapi lama-kelamaan saya sudah terbiasa dan tidak kekok lagi untuk melakukan kerja-kerja editorial bagi iklan-iklan yang saya peroleh.

"Tetapi blog ini masih baru dan mempunyai pengikut lebih 2,000 orang. Sejak ditubuhkan tahun lalu, saya memperoleh pendapatan sampingan kira-kira RM2,000," katanya yang menjalankan perniagaan selendang pada awal kewujudan blognya untuk meningkatkan trafik pembaca.

0 Keghairahaan kembar 8 menjerat diri sendiri hingga hidup melarat. Mari ambil pengajaran

Ibu lahir kembar lapan ditawar bintangi filem lucah




NEW YORK - Seorang ibu tunggal yang melahirkan kembar lapan, Nadya Suleman (gambar) ditawarkan wang sebanyak AS$500,000 (RM1.6 juta) oleh pihak pengurusan syarikat Vivid Entertainment untuk membintangi sebuah filem lucah berdurasi satu jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Laman web berita hiburan TMZ melaporkan, jika Nadya menerimanya, Vivid boleh menguruskan pembayaran pendahuluan dalam tempoh segera sebelum penggambaran pada bulan Oktober depan.

Sebelum ini, laman berita hiburan Radaronline.com melaporkan Nadya yang berumur 35 tahun telah melupakan hasratnya untuk muncul dalam program realiti televisyen dan terpaksa menerima wang kebajikan.

"Nadya perlu mengupah beberapa orang penjaga, selain perbelanjaan yang kian meningkat untuk membesarkan 14 orang anaknya.

"Dia memerlukan banyak wang hanya untuk memenuhi keperluan asas. Kini, pendapatannya semakin sedikit dan tidak lagi mencukupi sejak tahun lalu," kata satu sumber kepada Radaronline.com.

Sumber itu turut menyatakan bahawa Nadya sebelum ini menerima bantuan orang ramai untuk membiayai anaknya.

Nadya dikatakan sering gagal membayar pinjaman dan proses menarik balik rumahnya mungkin berlaku tidak lama lagi.

Pada awal tahun ini, Nadya bergambar dengan memakai bikini untuk majalah Star, kurang setahun selepas dia melahirkan kembar lapannya pada Januari 2009.

Nadya hamil kembar itu menggunakan sperma seorang lelaki. - Agensi

Sunday, September 19, 2010

0 Apabila orang KL yang pertama kali datang Sarawak dan Sabah (selama seminggu) merasa dia berada di luar Malaysia

Erti sebenar Hari Malaysia belum terisi

Oleh Kadir Dikoh
kadiro@bharian.com.my
2010/09/19


PERSEMBAHAN berkonsepkan muzikal teater dengan lima segmen persembahan iaitu Detik Merdeka Sebelum Malaysia diikuti Pembentukan Malaysia, Harmoni Malaysia, Gemilang Malaysia dan Gagasan Satu Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka Kota KInabalu, Sabah pada 16 September lalu.Pengukuhan integrasi nasional rapatkan Semenanjung, Sabah, Sarawak

SAMBUTAN Hari Malaysia pada 16 September, sudah berlalu dan kebetulan berada pada bulan Syawal. Banyak lagi perkara sebenarnya memerlukan renungan bersama berkaitan pengertian Hari Malaysia. Semua tahu apa itu Hari Malaysia dan bagaimana ia dibentuk tanpa perlu lagi kita jelaskan di sini, asalkan seseorang itu rajin membaca. Bagi generasi muda, mereka tidak perlu ditanya kerana daripada pengetahuan sifar mengenai Hari Malaysia, mereka boleh menulis dan membicarakannya dengan cuma mencari bahan yang berkaitan dalam internet. Apa yang perlu diberi tumpuan ialah pengisian erti Hari Malaysia itu sendiri kerana masih banyak prasangka buruk, prejudis, salah faham dan semangat kenegerian yang menebal bersarang di hati kita rakyat Malaysia.

Mungkin ada yang diperkatakan di Semenanjung mengenai sesuatu perkara itu tidak menimbulkan sebarang masalah tetapi agak sensitif bagi masyarakat di Sarawak dan Sabah, dan begitu juga sebaliknya.

Contohnya, apabila disebut 'seluruh Malaysia', tak perlulah kita sebut 'seluruh Malaysia atau negara termasuk Sabah dan Sarawak'. Sesetengah ahli politik suka menggunakan perkataan ini apabila mengumumkan sesuatu dasar untuk dilaksanakan di seluruh negara dengan menyelit perkataan/sebutan 'termasuk Sabah dan Sarawak'.

Bila dah disebut seluruh negara, maknanya 'seluruh negara' kerana sudah diketahui ia termasuk Sarawak dan Sabah. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Ahli politik sama ada yang mewakili parti pemerintah atau pembangkang perlu menghentikan gelaran itu dan begitu juga di pihak media cetak dan elektronik, bagi mengelak rasa prasangka buruk gara-gara buta sejarah.
Lebih menyedihkan ialah masih ada yang menganggap masyarakat dari Sarawak dan Sabah, bagaikan dari negara lain. Baru-baru ini, penulis menegur seorang kawan apabila menyebut ‘kita di Malaysia ini dah tak ada ikan terubuk, harapkan bekalan dari Sarawak saja’ apabila tersasul menyebut Semenanjung sebagai Malaysia, dan baginya Sarawak dan Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia.

Terlanjur atau tersasul adalah perkara biasa tetapi apakah insiden seperti itu masih berterusan selepas negara merdeka 53 tahun atau sesudah 47 tahun Sarawak dan Sabah merdeka melalui Malaysia? Cara mengatasi keterlanjuran seperti ini ialah berfikir dulu sebelum bercakap.

Namun, persepsi negatif lain kini semakin berkurangan berbanding 20 atau 30 tahun lalu, apabila ada yang menganggap masyarakat di Sarawak dan Sabah, mendiami atas pokok. Entah dari mana cerita ini datang. Benar ada kaum tertentu misalnya, suku Penan mendiami kawasan pinggir hutan dan dalam hutan tetapi mereka tidak tidur berumah di atas pokok.

Begitu juga cerita mengenai kaum Iban masih memenggal kepala manusia dan ini pun cerita zaman dulu kala, zaman sebelum kedatangan Jepun pada 1940-an.

Cara menangani masalah ini jika masih ada ialah bertanya dulu atau membaca serta menghayati sejarah. Lebih elok lagi datang sendiri ke Sarawak atau Sabah untuk melihat keadaan sebenar, sambil melancong.

Bagaimanapun, kadang-kala semangat kenegerian tidak boleh dielakkan. Jika nak tengok betapa menebalnya semangat kenegerian, datanglah ke stadium ketika perla-wanan bola sepak antara negeri. Jika pasukan Kelantan menentang Selangor, rakyat negeri masing-masing akan sokong pasukan mereka dan begitu juga apabila membabitkan pasukan dari Sarawak dan Sabah.

Malah, ini juga berlarutan apabila membabitkan perlawanan antara daerah di dalam negeri, kerana penyokong dari daerah lain bagaikan nak bergaduh dengan penyokong dari daerah lain. Namun, semangat kenegerian atau kedaerahan dalam sukan seperti ini, lazimnya berlaku pada ketika itu saja dan bila habis permainan, maka tiada lagi isu itu.

Jika mahu melihat betapa menebalnya semangat kebangsaan atau kenegaraan, lihatlah apabila pasukan negara kita menentang pasukan badminton Indonesia atau mana-mana negara lain membabitkan apa juga sukan. Untuk menangani semangat kenegerian ini agak sukar kerana sudah berlaku secara semula jadi dan melalui perkahwinan rasanya akan 'mengurangkan' sedikit perasaan itu jika membabitkan pasukan negeri asal suami atau isteri.

Sebutan 'orang Malaya' pula masih lagi wujud, yang bagi sesetengah masyarakat di Semenanjung agak sensitif. Sebutan itu sebenarnya menebal di kalangan generasi tua tetapi semakin berkurangan untuk generasi muda. Bukan senang untuk menghakiskan fakta sejarah tetapi lama kelamaan, orang akan lupa juga.

Misalnya, di Sarawak pernah ada daerah dipanggil dengan nama 'Binatang' sejak dulu lagi tetapi kira-kira 30 tahun lalu ditukar kepada nama 'Bintangor' hingga sekarang. Bayangkan, dulu kala setiap kali ada ucapan pada majlis keramaian, akan disebut 'Pegawai Daerah Binatang' dan begitu jugalah menjadi sebutan harian, apabila nama jawatan serta daerahnya disebut. Penduduk tempatan tidak akan rasa pelik kerana sudah biasa dengan panggilan itu, tetapi orang luar daerah berkenaan, akan tersenyum malu mendengarnya.

Hakikatnya, Sarawak dan Sabah masih ketinggalan kira-kira 10 tahun dari segi pembangunan berbanding Semenanjung. Semenanjung Tanah Melayu merdeka pada 1957 dan selepas enam tahun kemudian, barulah kedua-dua negeri itu berkerajaan sendiri. Di antara 1957 hingga 1963, penduduk kedua-dua negeri itu masih menggunakan wang penjajah dengan gambar wajah Ratu Elizabeth.

Malah, pegawai asing terus dikekalkan dalam perkhidmatan awam negeri seperti jawatan Residen dan Ketua Polis Negeri untuk beberapa tahun selepas 1963, kerana tidak ada anak tempatan yang layak. Melalui proses 'Borneonisation' atau Borneonisasi, barulah pegawai ekspatriat dikurang dan seterusnya digantikan sepenuhnya oleh anak tempatan.

Hanya selepas 10 tahun menyertai Malaysia, Sarawak dan Sabah mula menikmati erti sebenar merdeka, apabila projek pembangunan lebih banyak dicurahkan dengan bantuan Kuala Lumpur. Pada awal kemerdekaan, Sarawak misalnya berdepan krisis politik dalaman selain ancaman komunis.

Tidak hairanlah pembangunan di Sarawak dan Sabah agak ketinggalan selain masalah geografi dengan keadaan muka bumi berbukit-bukau, terlalu luas hingga hampir menyamai seluruh Semenanjung. Malah bukan mudah untuk membawa pembangunan membabitkan lebih 5,000 kampung dan rumah panjang yang berselerak di seluruh Sarawak. Bayangkan, menjadi Ketua Menteri Melaka berbanding Ketua Menteri Sarawak.

Kerana jurang yang terlalu jauh antara Semenanjung dengan dua negeri di Borneo, juga menyukarkan usaha merapatkan perpaduan pada peringkat awal kemerdekaan. Rakyat saling tidak mengenali antara satu sama lain dari segi bahasa, budaya, cara hidup selain perbezaan sosioekonomi.

Perpaduan nasional meskipun sukar untuk mencapai sepenuhnya, sudah banyak kemajuan sebenarnya dicapai dalam tempoh 47 tahun ini. Cara terbaik untuk mempercepatkan proses integrasi nasional itu, bukan melalui ucapan atau retorik pemimpin politik meskipun peranan itu membantu, sebaliknya melalui perkahwinan dan kekerapan pertemuan di antara rakyat.

Sudah ramai warga Semenanjung berkahwin dengan orang Sabah dan Sarawak, begitu juga sebaliknya. Malah kewujudan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia membantu lebih ramai rakyat Sarawak dan Sabah melawat Semenanjung dan begitu juga sebaliknya.

0 Trauma ibu muda apabila anaknya seusia dengannya semasa dia hamil. Mari ambil iktibar



Ibu muda disangka kakak


KATHLEEN bersama Georgia yang kini berusia 12 tahun.



LONDON - Ibu paling muda di Britain, Kahtleen Moss berharap anak perempuannya, Georgia Moss, 12, tidak mengulangi kesilapannya, lapor Daily Mail semalam.

Dia yang kini berusia 25 tahun, menggemparkan masyarakat Britain apabila melahirkan anaknya itu semasa baru berusia 12 tahun pada 1988 dan sehingga kini ramai menyangka mereka sebagai adik-beradik.

Kathleen hamil setelah kehilangan dara kepada seorang remaja lelaki yang ketika itu berumur 14 tahun di dalam sebuah karavan di Wales Utara dekat sini.

"Apabila Georgia berumur 12 tahun pada Jun lalu, ia mengembalikan banyak nostalgia. Sukar mempercayai saya menjadi ibu pada usia itu. Saya tidak mahu anak saya ada teman lelaki. Dia perlu memasuki universiti sebelum mahu bercinta atau berkeluarga," tambahnya. - Agensi

Saturday, September 18, 2010

0 Diaspora vs Facebook?

Diaspora dijangka saingi Facebook

WASHINGTON 17 Sept. - Empat mahasiswa Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan laman web sosial baru dikenali sebagai Diaspora, yang lebih mesra pengguna serta menjamin keselamatan maklumat peribadi pemilik akaunnya, sekali gus dijangka menjadi fenomena baru di alam maya yang selama ini dikuasai oleh Facebook.

Sejak Rabu lalu, perisiannya boleh didapati melalui versi pemaju yang membolehkan orang ramai mencuba serta turut sama menyumbang untuk membangunkan aplikasi tersebut.

"Ia merupakan projek komuniti dan pembangunannya terbuka kepada orang ramai yang mempunyai kemahiran dalam membangunkan laman web sosial," kata pengasasnya di laman web projek tersebut, www.joindiaspora.com.

Daniel Grippi, Maxwell Salzberg, Raphael Sofaer dan Ilya Zhitomirskiy daripada Universiti New York memperkenalkan laman web sosial yang dihiasi warna putih dan kelabu itu dengan beberapa ikon yang mudah dikenali oleh pengguna yang sebelum ini biasa menggunakan Facebook.

Diaspora memberi keutamaan kepada keselamatan maklumat peribadi pemilik akaunnya yang merupakan masalah utama kepada pesaingnya yang kini mempunyai lebih setengah bilion pengguna dari seluruh dunia.

Sebelum memulakan projek tersebut, keempat-empat pelajar berkenaan memohon dana daripada orang ramai pada Mei lalu melalui laman web Kickstater.com yang merupakan platform kepada ahli perniagaan baru mencari pelabur.

Hasilnya, mereka berjaya mengumpul dana berjumlah AS$200,000 (RM621,500) sumbangan daripada orang ramai, selain turut menerima sumbangan daripada pengasas Facebook, Mark Zuckerberg. - AFP

Thursday, September 16, 2010

0 Apabila kejahatan dianggap ala bisa tegal biasa, tetap tidak cukup kerana peluang sangat terbuka luas. Saluran iblis goda

Pembunuhan kejam Sosilawati: Suspek ada harta lebih RM100j


2010/09/16


KUALA LUMPUR: Peguam dan ahli perniagaan yang juga suspek utama kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga lagi rakannya dipercayai memiliki kekayaan luar biasa, termasuk aset bernilai lebih RM100 juta, kebanyakannya menerusi penipuan sehingga membawa kepada pembunuhan. Ia merangkumi hartanah seperti bangunan komersial, ruang pejabat, stesen minyak, kilang, rumah mewah, ladang, kedai makan, pusat penternakan dan lot tanah di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Malah, peguam dan ahli perniagaan bergelar Datuk itu mempunyai beberapa perniagaan di Chennai, termasuk menjadi rakan kongsi jutawan India, Allal Kathan Muthuraja, 34, yang dilaporkan hilang di Malaysia, 18 Januari lalu selepas menemui suspek di Banting atas urusan perniagaan.

Difahamkan, usaha mengesan mangsa dijalankan sejak lapan bulan lalu, namun gagal dan saudagar batu permata itu dipercayai menerima nasib yang sama seperti Sosilawati dan tiga lagi rakannya.

Sumber memberitahu Berita Harian, sebagai pengamal undang-undang, suspek mahir dalam prosedur berkaitan pemilikan harta, selain licik menyembunyikan aset daripada dikesan pihak berkuasa jika kegiatan jenayahnya terbongkar.

“Kebanyakan harta bukan atas namanya, sebaliknya menggunakan nama proksi paling dipercayainya termasuk kenalan rapat dan ahli keluarganya. Suspek memang membuat persediaan awal dengan mengambil kira segala kemungkinan, termasuk jika kegiatan jenayahnya terbongkar,” katanya.
Sumber yang pernah bekerja dengan suspek, berkata bekas majikannya menggemari kehidupan mewah, termasuk memiliki sekurang-kurangnya 15 kereta mewah terutama jenis Mercedes Benz dan BMW.

“Bagaimanapun, hanya sebuah kereta Toyota Camry yang didaftarkan atas namanya, manakala yang lain atas nama beberapa individu dipercayai orang kepercayaannya. Difahamkan, sembilan kenderaan sudah dirampas polis untuk tujuan siasatan, manakala enam yang lain disembunyikan sebaik suspek ditahan,” katanya.

Katanya, kaedah sama turut digunakan dalam pemilikan hartanah, termasuk 10 rumah mewah, masing-masing empat di Banting dan sebuah di Puchong, manakala selebihnya sedang dikesan.

“Suspek mempunyai empat stesen minyak, termasuk yang terbaru di Kuala Lipis, Pahang yang dibeli menggunakan hasil penipuan. Secara dasarnya, memang beliau memiliki aset itu tetapi atas dokumen memang tiada namanya. Sebagai peguam sivil, suspek cekap dalam jenayah kolar putih, terutama penipuan dokumen jual beli dan kontrak perjanjian, tetapi selalu terlepas daripada tindakan walaupun ada laporan polis dibuat terhadapnya,” katanya.

Sumber yang berhenti kerja kerana tidak mahu bersekongkol dalam kegiatan jenayah suspek, berkata bekas majikannya turut terbabit dalam kegiatan kongsi gelap.

“Biasanya, suspek akan dibantu satu kumpulan (kongsi gelap) dari Klang dalam kegiatan haram dengan sebahagian besar anggota kumpulan itu baru keluar dari Pusat Tahanan Simpang Renggam. Seorang saudara terdekat yang mahir dalam bidang teknologi maklumat akan memberi panduan kepadanya dalam urusan jual beli aset itu,” katanya.

Beliau berkata, suspek kemudian akan merujuk kepada lima peguam kepercayaannya, termasuk adik lelakinya yang juga suspek kedua kes Sosilawati supaya setiap perlakuannya tidak disabitkan kesalahan.

Wednesday, September 15, 2010

0 Tuhan memberi jalan untuk menyelesaikan kisah kekejaman berprofil tinggi di Malaysia

Sumber: http://mforum.cari.com.my/


Wanita India bongkar ladang maut
2010/09/14

KUALA LUMPUR: Isteri ahli perniagaan dari Chennai, India, S Usharani, 24, bimbang suaminya yang hilang sejak 18 Januari lalu turut menerima nasib sama seperti jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya. Suri rumah itu yang menetap di Ramapuram, Chennai ketika dihubungi Berita Harian, semalam, mendakwa suaminya, Allal Kathan Muthuraja, 34, tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu rakan karibnya iaitu dua beradik yang juga peguam yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati. “Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), suami menelefon dan memberitahu beliau dijemput dua beradik itu. Mereka saling mengenali sejak 10 tahun.

“Dalam perbualan itu, selain bertanyakan khabar anak perempuan kami berusia tiga tahun, beliau juga memberitahu dua peguam terbabit akan membawanya ke ladang milik mereka di Banting.

“Keesokan harinya (19 Januari), saya cuba menghubungi telefon bimbit suami beberapa kali tetapi gagal.

“Saya bimbang keselamatan suami lalu menghubungi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, namun tiada maklum balas sehingga sekarang,” katanya.
Muthuraja antara empat individu yang hilang sejak setahun lalu selepas berurus niaga dengan peguam bergelar Datuk di Banting.

Usharani berkata, pada 12 Februari lalu, beliau menerima panggilan misteri seorang lelaki yang mendakwa dirinya polis dan memaklumkan suaminya ditahan polis kerana kesalahan memiliki dadah.

“Dia meminta RM1 juta untuk membantu menyelesaikan kes itu, bagaimanapun saya tidak mempedulikannya. Pada 20 Februari, saya menerima satu lagi panggilan daripada seorang yang turut memperkenalkan dirinya sebagai polis dan meminta RM1 juta untuk tujuan sama. Dia meminta RM500,000 sebagai pendahuluan.

“Saya keliru dengan kedua-dua panggilan itu dan sekali lagi hubungi pejabat pesuruhjaya di Kuala Lumpur untuk mendapat kepastian sama ada suami ditahan polis seperti didakwa, namun tiada jawapan,” katanya.

Selepas lapan bulan tidak mendapat berita mengenai suaminya, Usharani datang ke Malaysia.

“Saya tiba di KLIA pada 8 September lalu dan membuat laporan di Balai Polis Banting. Saya turut memaklumkan suami menyebut beliau dibawa ke ladang milik seorang peguam di Banting,” katanya.

Difahamkan, berdasarkan maklumat Usharani itulah polis menyerbu Ladang Gadong sebelum menemui lokasi Sosilawati dan tiga rakannya dibunuh dan dibakar.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan laporan Usharani, tetapi enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, sumber polis memberitahu nasib empat mangsa yang hilang belum dapat dipastikan, namun tidak menolak kemungkinan mereka menerima nasib seperti Sosilawati dan rakan.

“Pasukan forensik dan Jabatan Kimia masih meneruskan siasatan termasuk mencari spesimen dan bukti berkaitan empat mangsa itu.

“Suspek dipercayai menjadikan ladang mereka yang lengkap dengan chalet, blok pejabat dan rumah kelab sebagai lokasi bertemu dan memperdayakan mangsa mereka.

“Ia bukan sekadar ladang sawit dan kandang ternakan, tetapi lengkap dengan semua kemudahan. Lokasinya yang terpencil dan dikelilingi tembok setinggi dua meter menyukarkan kegiatan mereka dikesan,” katanya.

0 Ateis bakar al quran dan alkitab kristian

Peguam Australia bakar al-Quran, Injil



SYDNEY 13 Sept. - Seorang peguam Australia mengoyakkan naskah kitab al-Quran dan Injil sebelum membakarnya menerusi satu video yang disiarkan di laman web perkongsian video, YouTube.

Tindakan itu dibuat sehari selepas seorang paderi di Florida mengugut untuk membakar kitab suci Islam itu di Amerika Syarikat (AS) mencetuskan protes berdarah dan kutukan antarabangsa.

Dalam klip video selama 12 minit itu bertajuk "Bible or Koran - which burns best?" (Injil atau al-Quran, Mana Satu Terbakar Lebih Baik), Alex Stewart yang juga seorang ateis, memegang naskah al-Quran dan Injil sebelum mengoyak dan membakarnya.

Pada satu ketika, peguam itu dilihat membakar naskah Injil yang direnyuk, bersandar di kerusi dan menarik nafas dalam-dalam sambil menyebut perkataan 'suci'.

Video yang telah dipadam itu, disiarkan di YouTube pada hujung minggu lalu, kebetulan jatuh pada tarikh sama dengan ulang tahun serangan 11 September 2011 serta ancaman membakar 200 naskhah al-Quran oleh paderi AS, Terry Jones.

Majikan Stewart, Universiti Teknologi Queensland berkata, peguam penyelidik itu bercuti hari ini.

"Universiti berasa sangat-sangat kesal dan kecewa dengan insiden itu," kata Naib Canselor Peter Coaldrake kepada pemberita.

Presiden Pertubuhan Islam Australia, Sheik Muhammad Wahid berkata, tindakan Stewart yang menyifatkan al-Quran dan Injil 'hanya sebuah buku biasa' dalam video tersebut, telah mengguris perasaan umat Islam.

Semalam, ketika AS mengadakan sambutan masjlis memperingati hampir 3,000 mangsa yang maut dalam serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC), sekurang-kurangnya tiga insiden mengoyak dan membakar al-Quran dilapor berlaku di AS.

Dalam satu kejadian, seorang lelaki yang membantah rancangan pembinaan masjid berhampiran Ground Zero, mengoyakkan al-Quran sebelum membakarnya.

Dalam satu insiden lain, seorang lagi lelaki mengoyak dan menghina kitab suci Islam itu.

Di Nashville, Tennessee, paderi Bob Old dan Danny Allen menggunakan minyak pemetik api dan membakar sekurang-kurangnya dua naskah al-Quran di halaman rumahnya. Old menyifatkan Islam sebagai 'agama palsu'. - AFP/Reuters

0 Robot boleh bercakap 15 bahasa untuk misi angkasa lepas

NASA beli robot untuk misi ke angkasa lepas



GAMBAR robot RoboTherspian.



CAPE CANEVERAL - Sebuah robot yang boleh bertutur dalam 15 bahasa, menangis dan ketawa telah dibeli oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) untuk digunakan dalam misi ke angkasa lepas, lapor sebuah akhbar semalam.

Robot itu yang bernama RoboTherspian dibina di sebuah firma kecil di Cornwall, Britain dan ia akan dihantar bersama manusia untuk meneroka angkasa lepas.

Ketua-ketua di NASA milik Amerika Syarikat itu telah menandatangani satu kontrak lumayan untuk mendapatkan robot tersebut yang boleh bergerak seperti manusia selepas melihatnya pada satu pameran pada awal tahun ini.

Menurut ketua firma Engineered Arts yang mengeluarkan robot itu, Will Jackson, robot itu bergerak dan bercakap seperti manusia dan ia boleh berbual.

Firma itu cuma mempunyai tujuh kakitangan tetapi ia mampu untuk mengeluarkan robot setinggi 1.75 meter itu. - Agensi

0 Jangan jadi orang miskin kerana orang miskin menyusahkan orang

Bunuh jiran untuk bayar hutang



DI rumah flat di Jalan Sutera Lama, Port Dickson inilah tempat Norliza dan anaknya mati dibunuh pada 3 September lalu.


SEREMBAN - Polis merungkai kes pembunuhan seorang ustazah dan anaknya di rumah mereka di Port Dickson pada 2 September lalu yang dipercayai dilakukan oleh jiran mereka.

Jirannya itu, seorang lelaki berumur 34 tahun, dikatakan membunuh dan menyamun Norliza Ishak, 35, dan anak lelakinya Amirul Ayman Mohd. Yusof, 10, bagi mendapatkan wang untuk melangsaikan hutangnya.

Suspek yang telah 12 hari direman sejak 6 September lalu dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan membunuh.

"Jiran mangsa dipercayai menghadapi masalah kewangan selepas tidak mendapat kontrak pemasangan paip gas sejak beberapa lama.

"Hasil samun terhadap mangsa kesemuanya berjumlah RM2,800. Suspek telah menggunakan untuk membuat bayaran hutang tertunggak seperti pembayaran rumah, kereta dan sebagainya," kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Tuesday, September 14, 2010

0 Apabila Wang jadi tuhan, semua menjadi kesusahan yang sia-sia

Kes bunuh Sosilawati: Transaksi jutaan ringgit

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Noriah Idris, Maiamalina Mohamed Amin, Shamsul Munir Safini, Muhammad Apendy Issahak, Sarah Zulkifly, Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim

2010/09/13
KUALA LUMPUR: Berlaku transaksi bernilai jutaan ringgit daripada akaun Datuk Sosilawati dengan seorang suspek yang ditahan berikutan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terbabit dan tiga lagi individu.

Sumber polis berkata, polis tidak menolak kemungkinan berlaku kes peras ugut berikutan penemuan bukti transaksi wang ke dalam akaun bank milik suspek yang ditahan polis berkenaan sepanjang tempoh kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain.

“Susulan penemuan wang terbabit, semua aset dan wang milik suspek utama terbabit akan dibekukan. Polis akan menggunakan Akta Anti Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) dalam usaha mengesan daripada mana sumber wang terbabit diperoleh,” katanya.

Menurutnya, polis mendapati dalang utama berstatus Datuk terbabit mempunyai kekayaan melampau.

Berdasarkan maklumat, peguam terbabit sebelum ini dipercayai pernah beberapa kali berurusan dengan Sosilawati, 47, berhubung urusan jual beli hartanah termasuk terbaru membabitkan tanah di Pulau Pinang.

Difahamkan, tanah berkenaan sebelum ini dibeli Sosilawati dengan anggaran RM25 juta sebelum mahu dijual RM200 juta berikutan harga pasaran semasa yang meningkat.


“Ada kemungkinan faktor itu menyebabkan suspek ‘gelap mata’ dan merancang untuk menyapu semua wang terbabit dengan membunuh mangsa bersama tiga yang lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, yang ditemui berkata, polis menemui sejumlah wang dalam jumlah amat ‘besar’ di dalam akaun milik suspek utama berkenaan.



Beliau yang ditemui di Banting, semalam, berkata, berdasarkan siasatan berlaku pemindahan wang ke dalam akaun bank milik suspek dan siasatan masih dijalankan bagi memastikan dari mana sumber wang itu diperoleh.

“Polis akan siasat secara rapi adakah wang terbabit diperoleh secara haram atau melalui pemerasan jenayah terhadap ramai mangsa lain sebelum ini,” katanya.

Selain itu, maklumat polis turut mendakwa Sosilawati berkemungkinan ditahan dan dibunuh suspek utama yang berang selepas mangsa enggan membawa wang tunai seperti dijanjikan pada 30 Ogos lalu.

Wang yang sepatutnya dibawa seperti dipersetujui antara kedua-dua belah pihak turut menjadi punca semua mangsa ditahan sebelum dibawa ke ladang maut terbabit.

Berdasarkan maklumat diperoleh, suspek dianggap popular di kalangan penduduk sekitar Banting di sini, selain turut dikenali polis berikutan pejabat guamannya yang terletak tidak jauh dari Balai Polis Banting.

“Bagaimanapun, polis sedang menyiasat kemungkinan suspek turut terbabit dengan aktiviti gangterism selain menggunakan kaedah bakar mayat untuk menghilangkan bukit,” katanya.


Artikel berkaitan:

Kes bunuh Sosilawati: Jam jadi petunjuk

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Noriah Idris, Maiamalina Mohamed Amin, Shamsul Munir Safini, Muhammad Apendy Issahak, Sarah Zulkifly, Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim

2010/09/13
BANTING: Jam mahal milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang diambil salah seorang penjenayah sebagai ‘kenang-kenangan’ selepas mangsa dibunuh menjadi petunjuk paling penting berhubung kes bunuh dan bakar mangsa berkenaan.

Difahamkan jam milik Sosilawati terbabit dipakai salah seorang daripada lapan suspek termasuk dua daripadanya adalah wanita yang ditahan polis berhubung kes pembunuhan kejam berkenaan.

Selain itu, polis unit Forensik yang melakukan siasatan terhadap lokasi Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut, di sini, lokasi abu mayat mangsa dibuang turut menemui cebisan tisu anggota tubuh, termasuk rambut selain tulang hangus manusia yang dipercayai milik mangsa yang hilang, petang semalam.

Susulan itu polis forensik didapati mengutip semua tisu tubuh manusia terbabit sebelum disusun di atas jalan bagi membolehkan siasatan lebih rapi dilakukan terhadap bukti terbaru ditemui itu melalui kaedah penandaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, bukti terbabit sebahagian daripada sampel ditemui polis di lokasi kejadian termasuk tinggalan abu dipercayai mayat empat mangsa dibunuh.

Difahamkan, bau kuat petrol di kawasan tapak pembakaran mayat mangsa di dalam ladang pertanian bersepadu di Tanjung Sepat menjadi petunjuk kepada polis bagi menjalankan siasatan lebih rapi.


Sementara itu, tiga kenderaan polis Unit Forensik memasuki kawasan ladang terbabit jam 12.20 tengah hari semalam diikuti van polis yang membawa dua suspek utama kes berkenaan.

Wartawan yang berada di lokasi kejadian mendapati, kedua-dua suspek memakai baju lokap polis Kuala Lumpur berkenaan dipercayai suspek utama, peguam bergelar Datuk dan adiknya.



Konvoi polis yang dikawal ketat itu memasuki kawasan ladang yang terletak kira-kira 100 meter daripada jalan utama ke kawasan pembunuhan berkenaan sebelum memulakan siasatan rapi terhadap ladang berkenaan.

Polis Forensik Bukit Aman, Selangor dan Kuala Lumpur melakukan siasatan rapi terhadap lokasi kejadian manakala anggota polis dari Jabatan Kimia Bukit Aman melakukan pemeriksaan terhadap kawasan Sungai Panchau di sini.

Berdasarkan maklumat, mangsa dipercayai dibunuh dan dibakar berhampiran kawasan kolam dalam ladang yang dibina tembok batu setinggi kira-kira dua meter di sekelilingnya.

Difahamkan polis turut menemui sisa pembakaran yang boleh dikaitkan dengan identiti mangsa yang hilang.

Sementara itu, pasukan penyelam polis marin turut dipanggil bagi membantu siasatan polis melakukan tugas menyelam di sungai terbabit mencari bahan bukti kes selain mengutip objek dipercayai tulang mangsa yang tenggelam ke dasar sungai.

Pasukan forensik turut ke restoran terletak kira-kira empat kilometer dari ladang itu untuk menjalankan siasatan.

Sementara itu, lebih 30 petugas media selain hampir 100 penduduk tempatan tidak dibenarkan menghampiri lokasi kejadian berikutan kawasan terbabit dikawal ketat lapan anggota polis yang menjaga pintu masuk ke ladang terbabit.

Penduduk, M Mohan, 53, berkata, dia terkejut dengan kehadiran polis dan mula mengesyaki sesuatu tidak kena.

“Semalam (kelmarin) ketika saya sembahyang di kuil berhampiran ladang ini, polis mengawal laluan masuk. Jadi saya pun tanya mereka dan dimaklumkan terdapat penemuan lokasi empat mayat dibakar,” katanya.

Difahamkan tanah berkenaan adalah milik peguam bergelar Datuk terbabit.



Artikel berkaitan:


Penyewa terkejut 'tuan rumahnya' suspek kes bunuh Sosilawati

2010/09/13
BANTING: Penyewa rumah peguam berpangkat Datuk yang ditahan polis berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya terkejut dengan penahanan "tuan rumahnya" itu selepas gambarnya disiarkan media hari ini.

Seorang peniaga yang juga menguruskan perniagaan katering dan hanya mahu dikenali sebagai Kak Ana, 45, terkejut dan seolah tidak percaya dengan penangkapan peguam itu kerana menyifatkan tuan rumahnya itu seorang lelaki yang baik, peramah dan sentiasa bertegur sapa.

"Akak terkejut tengok gambar dia (peguam) dalam akhbar hari ini. Memanglah tahu kes ini babitkan seorang peguam berpangkat Datuk di Banting, tapi tak sangka pula dia...Akak memang tak percaya dia buat semua tu sebab dia baik sangat," katanya.


Ketika ditemui di rumah sewanya, iaitu bersebelahan rumah peguam berusia 41 tahun itu di sebuah taman di sini, dia berkata peguam itu menginap di rumah semi-D berkembar di situ seorang diri, manakala anak-anak dan isterinya tinggal di Puchong untuk menemani salah seorang anak mereka yang bersekolah (sekolah swasta) di sana.


"Masa akak pindah sejak April tahun ini, dia (peguam) ada beritahu anak-anak dan isterinya hanya akan datang serta melawatnya di rumah itu seminggu sekali sahaja," katanya.


Isteri seorang pesara polis itu berkata, sepanjang menyewa di rumah itu, dia tidak melihat sebarang kecurigaan di rumah peguam itu mahupun peguam itu sendiri.


"Macam biasa, dia memang rajin bertegur sapa, tak cakap lebih-lebih. Akak tak syak apa-apa. Hanya nampak dia pergi dan balik kerja sahaja," katanya.


Semalam, polis mengesahkan penangkapan peguam berpangkat Datuk, adiknya yang juga seorang peguam dan enam lagi bagi membantu siasatan kes berprofil tinggi itu.


Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala LUmpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.


Semalam, polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong dekat sini. -Bernama


Artikel berkaitan:

Lagi bukti pembunuhan

Oleh NOR SEDEK ISMAIL, ZABRY,MOHAMAD, ANGELINA SINYANG, ROZIANAH RISMAN, AZIZI MAJID, MOHD. FIRDAUS ISMAIL, MOHD.ISWAN SHAFIQ MAT ISA, MOHD. ZAAIN MD. ZAIN dan ABDUL RAZAK IDRIS
pengarang@utusan.com.my




ANGGOTA polis mengawal ketat peguam bergelar Datuk, suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya ketika dibawa ke pejabatnya di Banting, Kuala Langat, semalam.


KUALA LUMPUR 14 Sept. – Empat daripada lapan suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain turut disyaki terlibat dengan pembunuhan seorang kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 8 Mac lalu.

Sehubungan itu, empat suspek tersebut yang ditahan oleh Polis Bukit Aman diserahkan kepada Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat dalam kes pembunuhan K. Celladuran, 50, yang bekerja di Unit Perancangan Setinggan MPS.

Celladuran mati ditembak oleh dua lelaki pada kira-kira pukul 7.20 pagi ketika keluar dari rumahnya di Jalan 40, Selayang Baru dekat sini untuk ke pejabat.

Polis dalam kenyataan sebelum ini juga tidak menolak kemungkinan suspek yang menembak Celladuran adalah individu sama terlibat dalam kes tembak seorang lelaki di Jalan Puchong berdekatan IOI Mall dekat sini pada 4 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, keempat-empat suspek itu diserahkan kepada pihaknya semalam.

“Sama ada benar mereka adalah suspek yang dikehendaki dalam kes bunuh Celladuran belum dapat dipastikan kerana kita masih jalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 11 Mac lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan tidak menolak kemungkinan suspek yang menembak Celladuran adalah individu sama terlibat dalam kes tembak seorang lelaki di Jalan Puchong.

Menurutnya, kemungkinan itu wujud berdasarkan modus operandi pembunuhan yang sama dalam kedua-dua kejadian tersebut.

Berikutan itu, kata Khalid, polis telah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat secara terperinci dua kes pembunuhan itu.

Katanya, sebanyak 15 keterangan telah diambil daripada saksi-saksi kes pertama di Jalan Puchong manakala 10 keterangan diambil bagi kes Celladuran.

Dalam pada itu, kelapan-lapan suspek tersebut termasuk seorang peguam bergelar Datuk berusia 41 tahun dan adiknya turut dikaitkan dengan kes kehilangan empat lagi mangsa lain.

Empat mangsa lain yang dilaporkan hilang dan dipercayai dibunuh menggunakan modus operandi yang sama dengan pembunuhan Sosilawati ialah seorang gadis berusia 19 tahun; ahli perniagaan dari Chennai, India, S. Usharani, 24; dan dua ahli perniagaan berketurunan Melayu dari Kuala Lumpur.

Sosilawati, 47, bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44; peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Kelmarin, polis mengesahkan berdasarkan pengakuan empat suspek, keempat-empat mangsa telah dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berhampiran Ladang Gadong, Banting di Selangor.

Monday, September 13, 2010

0 Bisnes cara Arsenal. Mendapat pujian UEFA

UEFA Sangat Untungkan Arsenal
Minggu, 12 September 2010 | 17:42 WIB

FIFA
Pelatih Arsenal, Arsene Wenger (tengah). LONDON, KOMPAS.com — Pelatih Arsenal Arsene Wenger mengungkapkan, timnya sudah punya fondasi kuat membangun skuad kompetitif dengan anggaran belanja wajar. Selain itu, pemberlakuan Financial Fair Play akan sangat menguntungkan timnya.

Financial Fair Play adalah peraturan UEFA yang menentukan bahwa tim tak boleh berbelanja pemain melebihi pendapatan mereka. Peraturan ini akan diberlakukan musim depan secara bertahap. Tim yang melanggar bisa kehilangan hak tampil di ajang Eropa, Liga Europa, dan Liga Champions.

Hal tersebut merupakan ancaman bagi tim-tim kaya yang membangun kekuatan secara instan dengan membeli pemain top meski harganya gila-gilaan, misalnya Real Madrid dan Manchester City.

Arsenal sendiri sudah sejak sekitar lima musim terakhir ini bertahan dengan program pengembangan tim berbasis pemain muda. Kalaupun membeli pemain, maka Arsenal selalu cermat untuk soal harga. Sejauh ini, selain prestasi, hasilnya memuaskan. Arsenal dikenal dunia sebagai salah satu tim dengan permainan menyerang yang atraktif.

Manchester United juga mulai mengikuti jejak Arsenal. Di bursa transfer lalu, mereka mendatangkan tiga pemain "tak terkenal", Javier Hernandez, Chris Smalling, dan Bebe, dengan harga yang jauh lebih murah ketimbang ketika membeli Dimitar Berbatov dari Tottenham Hotspur pada 2008.

Dengan Financial Fair Play, daya beli klub pada bursa transfer akan relatif berimbang dan, dengan begitu, persaingan akan semakin ketat. Menurutnya, tim yang meraih trofi setelah peraturan itu diterapkan pantas mendapat banyak pujian.

"Peraturan Financial Fair Play yang dibuat UEFA akan memberikan keuntungan besar untuk Arsenal. Saya tak akan bicara (bahwa kami adalah pengecualian), tetapi Anda ingin menjalankan bisnis dengan wajar dan saya yakin, bila Anda kehilangan 150 juta euro dalam setahun (untuk belanja pemain), maka Anda tak pantas mendapat pujian bila menjuarai kompetisi," papar Wenger.

"Beberapa orang mungkin tidak peduli. Namun, saya tak berpikir bahwa itu adalah cara tepat menjalankan bisnis," tandasnya. (DM)

Sunday, September 12, 2010

0 Lebih kejam dari kes altantuya

Berita terkini:

Pembunuhan kejam Sosilawati: Dibunuh 10 malam 30 Ogos


2010/09/15


KUALA LUMPUR: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang bersamanya, dikatakan dibunuh, kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos lalu, iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam bergelar Datuk di Banting, Selangor, untuk urusan jual beli tanah.

Perkara itu didedahkan suspek hasil soal siasat yang dilakukan polis, sekali gus menolak teori kononnya Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38, masih hidup selepas tiga hari kehilangan mereka dilaporkan. Menurut sumber, kira-kira dua jam sebelum dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Noorhisyam dipaksa menelefon isterinya, Suzana Radin Pangat, 38, bagi memaklumkan beliau akan pulang selepas tiga hari. “Tempoh tiga hari yang dinyatakan itu mungkin taktik kumpulan penjenayah itu untuk menghapuskan segala bukti sebelum ahli keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan mereka,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, Sosilawati dan dua lagi mangsa pula tidak dibenarkan menelefon keluarga masing-masing kerana kumpulan penjenayah itu percaya maklumat yang disampaikan Noorhisyam akan disebarkan kepada semua keluarga mangsa terbabit.

“Hanya Noorhisyam dibenar menghubungi isterinya, tetapi dengan kawalan dan pengawasan ketat kumpulan penjenayah terbabit menyebabkan panggilan itu berlaku dalam keadaan tergesa-gesa.

“Sebab itu, Noorhisyam dalam perbualan dengan isterinya antara lain meminta maaf dan mengaku tidak dapat memberitahu apa yang berlaku terhadapnya dan berjanji untuk menceritakan segala-galanya selepas tempoh tiga hari,” katanya kepada Berita Harian.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Suzana menerima panggilan daripada suaminya pada jam 8.15 malam, 30 Ogos lalu.

Suzana berkata, beliau hairan kerana suaminya bercakap dalam keadaan tergesa-gesa tetapi beliau tidak membuat laporan polis kerana suaminya akan pulang tiga hari lagi.

Pembunuhan kejam Sosilawati bersama tiga individu itu hanya terbongkar pada 10 September lalu selepas lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya juga seorang peguam, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan mangsa.

Sumber berkata, Sosilawati dan tiga individu itu dipercayai dibunuh kerana penjenayah itu menghadapi kesukaran untuk menjaga mangsa serta bimbang dikesan polis.

“Siasatan terperinci sedang dilakukan bagi memastikan sama ada terdapat individu lain terbabit dalam kes pembunuhan kejam ini serta kaitan lapan suspek yang ditahan itu dengan kes berkenaan dan kehilangan empat individu lain yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu.

“Bahan bukti yang diperoleh sedang dikumpul untuk dilakukan ujian forensik. Siasatan awal pula mendapati motif pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan masalah perniagaan, tetapi siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

KRONOLOGI

Detik sebelum dibunuh


10 pagi: Sosilawati memasuki pejabatnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

4 petang: Membeli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting.

5 petang: Kamaruddin menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan Ismail.

5-6 petang: Sosilawati menghantar SMS kepada suami memberitahu dia ke Banting.

8.15 malam: Noorhisham menelefon isterinya, Suzana Radim Pangat.

10 malam: Keempat-empat mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.


Berita terkini:

Desak kembalikan wang

Oleh NOR SEDEK ISMAIL, ANGELINA SINYANG, ROZIANAH RISMAN, AZIZI MAJID, MOHD. FIRDAUS ISMAIL, MOHD.ISWAN SHAFIQ MAT ISA dan MOHD. ZAAIN MD. ZAIN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Desakan meminta supaya suspek utama iaitu peguam bergelar Datuk mengembalikan wang miliknya dipercayai menjadi punca jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki bersamanya dibunuh dengan kejam.

Akibat dihantui rasa tamak, suspek yang berusia 41 tahun itu dikatakan enggan memulangkan wang tersebut dan hilang sifat kemanusiaan sehingga tergamak membunuh keempat-empat mangsa.

Utusan Malaysia difahamkan, Sosilawati telah menggunakan khidmat firma guaman suspek untuk mengemukakan tender tawaran untuk membeli sebidang tanah di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan tanah terbabit dipercayai gagal menyebabkan Sosilawati menuntut supaya wang miliknya berjumlah jutaan ringgit yang sudah diserahkan kepada suspek dipulangkan.

Menurut sumber, berikutan desakan oleh jutawan kosmetik itu, suspek akhirnya mengatur pertemuan dengan Sosilawati di pejabatnya di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu kononnya untuk memulangkan wang milik mangsa.

Namun, bagi memastikan dirinya tidak ditipu, Sosilawati dikatakan membawa bersama pemandu yang juga pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadinya, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, untuk menemaninya berjumpa dengan suspek.

Difahamkan, suspek yang mungkin tidak menyangka Sosilawati membawa ramai pembantu kemudian mengajak kesemua mangsa pergi ke ladang miliknya di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting untuk berbincang di situ kerana kononnya pejabat guamannya sudah ditutup.

Sebaik sahaja tiba di ladang yang terlindung itu, semua mangsa telah ditahan sebelum dibunuh oleh suspek bersama beberapa konco-konconya yang kini turut ditahan oleh polis.

Setakat ini, Utusan Malaysia diberitahu, polis sudah pergi ke rumah dan pejabat suspek untuk melakukan siasatan terhadap dokumen yang dimilikinya termasuk beberapa buku cek yang ditemui di pejabat guamannya.

Berita sebelumnya:



Polis sahkan Sosilawati dan tiga lagi dibunuh, mayat dibakar
12/09/2010 3:35pm


BANTING 12 Sept. – Polis mengesahkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara tersebut.

Tiga lagi yang hilang bersama Sosilawati ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. - Utusan


Artikel berkaitan:

Kematian Sosilawati: Peguam, adik dan enam pekerja ditahan
12/09/2010 4:25pm


BANTING 12 Sept. – Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, kesemua suspek dipercayai terlibat membunuh mangsa sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebuah anak sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd. Bakri berkata, polis membuat tangkapan pertama pada 10 September melibatkan lima orang.

Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan, manakala seorang lagi suspek ditahan hari ini.

Beliau berkata, hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa.

Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Bagaimanapun, Mohd. Bakri berkata, beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar kesemua mereka dibunuh, tetapi ia mungkin di antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehinggalah semalam.

Mengenai motif kejadian, beliau berkata, ia lebih ke arah saingan perniagaan dan urus niaga kewangan di antara suspek utama (kedua-dua peguam) dan Sosilawati. – Bernama


Artikel berkaitan:

Keluarga reda jika benar Sosilawati sudah meninggal dunia
12/09/2010 9:24pm


KUALA LUMPUR 12 Sept. - Anggota keluarga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya reda dengan pemergian beliau sekiranya mangsa yang dilaporkan ditemui di Ladang Gadong, Tanjong Sepat hari ini disahkan sebagai Sosilawati.

Anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, berkata, mereka sekeluarga berharap mangsa yang ditemui itu bukanlah ibu mereka namun akan terus melakukan solat sunat ghaib.

"Saya berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan untuk mak saya dan tiga orang yang lain,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Taman Harmonis Gombak di sini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menyatakan beliau berkemungkinan mengeluarkan kenyataan esok. - Bernama


Artikel berkaitan:

Kehilangan Sosilawati: Keluarga tunggu keputusan DNA
12/09/2010 4:07pm



Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Ahli keluarga Datuk Sosilawati Lawiya kini berkumpul di rumah jutawan kosmetik itu di Taman Harmoni, Gombak selepas dimaklumkan tentang perkembangan terbaru kes kehilangan usahawan tersebut malam tadi.

Salah seorang ahli keluarganya yang hanya dikenali sebagai Elias berkata, mereka juga telah menerima panggilan telefon daripada polis pada pukul 12 tengah hari tadi berhubung kes itu.

"Bagaimanapun polis belum memaklumkan kepada kami sekeluarga yang itu adalah mayat Sosilawati dan masih menunggu pengesahan ujian deoksiribonukleik (DNA).

"Kami akan beri kenyataan selepas polis memberi kenyataan rasmi," katanya kepada pemberita di hadapan rumah keluarga Sosilawati di Taman Harmoni Gombak di sini hari ini.

Sementara itu, suasana di pekarangan rumah banglo Sosilawati tenang dengan beberapa buah kereta dipercayai milik saudara mangsa berada di hadapannya.

Turut kelihatan ialah bekas suami pertama mangsa yang dikenali sebagai Bukhairi kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Dalam pada itu pihak polis dijangka memberi sidang akhbar di Banting berhubung kes itu pada pukul 1.30 petang.

Sosilawati dan tiga lelaki yang hilang bersamanya sejak 30 Ogos lalu dikatakan telah dibunuh sebelum dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke pantai Morib.

Misteri kehilangan mereka akhirnya terungkai ekoran penahanan lebih lima orang termasuk seorang peguam bergelar Datuk. - Utusan


Artikel berkaitan:

Pembunuhan Sosilawati: Peguam bergelar Datuk, adik dan enam pekerja ditahan


2010/09/12
BANTING: Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kesemua suspek dipercayai terbabit membunuh mangsa sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebuah anak sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini. Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd Bakri berkata polis membuat tangkapan pertama pada 10 September membabitkan lima orang. Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan manakala seorang lagi suspek ditahan hari ini.

Beliau berkata hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa.

Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Bagaimanapun, Mohd Bakri berkata beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar kesemua mereka dibunuh, tetapi ia mungkin di antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehinggalah semalam.
Mengenai motif kejadian, beliau berkata ia lebih ke arah saingan perniagaan dan urus niaga kewangan di antara suspek utama (kedua-dua peguam) dan Sosilawati. - BERNAMA


Artikel berkaitan:

Polis sahkan Sosilawati, tiga lagi mati dibunuh dan mayat dibakar


2010/09/12
BANTING: Polis mengesahkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara tersebut. Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini, hari ini. Tiga lagi individu ialah pemandu, Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos ketika berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. - Bernama


Artikel berkaitan:

Mayat dibakar di ladang ayam

Oleh ZAINI SAMSU HADI,
AZIRAN YUNUS
dan NORHAYATI YAHYA
berita@kosmo.com.my




KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.

Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.

Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.

Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.

‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.

Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.

Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.

Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.

Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.

Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.

Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah.


Artikel berkaitan:

Peguam, adik dan enam pekerja ditahan
12/09/2010 4:26pm


BANTING – Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, kesemua suspek dipercayai terlibat membunuh mangsa sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebuah anak sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd. Bakri berkata, polis membuat tangkapan pertama pada 10 September melibatkan lima orang.

Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan, manakala seorang lagi suspek ditahan hari ini.

Beliau berkata, hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa.

Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Bagaimanapun, Mohd. Bakri berkata, beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar kesemua mereka dibunuh, tetapi ia mungkin di antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehinggalah semalam.

Mengenai motif kejadian, beliau berkata, ia lebih ke arah saingan perniagaan dan urus niaga kewangan di antara suspek utama (kedua-dua peguam) dan Sosilawati. – Bernama

Artikel susulan:



Peguam ada harta luar biasa


PEJABAT peguam di Jalan Kemboja, 33 Off Jalan Sultan Ahmad Shah di Banting dipercayai milik peguam Patmanaban (gambar kecil) yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh Sosilawati.




BANTING - Pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki amat mengejutkan negara kerana kejadian itu turut menyaksi seorang peguam, Datuk K. Patmanaban, 41, yang dikenali ramai di daerah ini ditahan bagi membantu siasatan.

Peguam dari firma Pathmanalli & Partners beralamat di Jalan Kemboja, 33 Off Jalan Sultan Ahmad Shah di sini telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, Datuk itu dipercayai memiliki harta yang luar biasa dan siasatan akan dilakukan secara rapi termasuk menyelidik akaun bank milik peguam itu.

"Kita akan semak akaun Datuk itu dan sedang fikirkan keperluan untuk membekukan asetnya," kata beliau.

Bagaimanapun, katanya, peguam itu tiada rekod jenayah.


Artikel berkaitan:

4 mengaku bunuh, bakar Sosilawati


BANTING - Empat pekerja ladang buah-buahan dan ternakan milik seorang peguam bergelar Datuk mengaku terlibat membunuh dan membakar Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki bersama jutawan kosmetik itu di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, berdasarkan pengakuan empat daripada lapan lelaki yang ditahan reman itu, polis kemudian berjaya menemui lokasi empat mangsa yang dipercayai ditahan, dibunuh dan dibakar di ladang ternakan tersebut.

"Kesemua lelaki terbabit mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka kemudian dibakar.

"Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke sebatang sungai berhampiran sebuah ladang ternakan di situ," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat dekat sini semalam.


Artikel susulan:

Empat suspek ditahan reman



LELAKI yang dipercayai seorang peguam bergelar Datuk (kanan) yang menjalankan amalan guaman di sebuah firma di Banting dan tiga lagi suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain ditahan reman di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Abdul Nazir Mohamed



KUALA LUMPUR 12 Sept. – Empat suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain sejak 30 Ogos lalu.

Suspek yang berusia 41 tahun itu merupakan suspek paling dikehendaki, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 1.40 petang dari Balai Polis Bukit Jalil di sini untuk disoal siasat.

Turut ditahan reman untuk tempoh yang sama ialah tiga lagi individu termasuk seorang yang dipercayai adiknya yang disyaki terlibat dalam kes tersebut.

Semalam misteri kehilangan jutawan kosmetik, Sosilawati, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya lapan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Mingguan Malaysia semalam melaporkan, misteri kehilangan keempat-empat mangsa itu hampir terungkai dengan tertangkapnya lapan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut kelmarin di sekitar daerah ini.

Hasil siasatan ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong di Banting, Selangor.


Artikel berkaitan:

Dipukul, dibakar, dibuang

Oleh NOR SEDEK ISMAIL, ANGELINA SINYANG, SHOLINA OSMAN, NURUL ANUAR KARI, ROZIANAH RISMAN, MOHD. FIRDAUS ISMAIL, MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA, FAZRINA AYU RADUIAN dan NUR NAZLINA NADZARI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LANGAT 12 Sept. – Polis hari ini mengesahkan empat daripada lapan suspek yang ditahan berhubung kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain mengaku memukul keempat-empat mangsa sehingga mati.

Malah, suspek terbabit turut mengaku telah menahan, membunuh dan membuang abu mayat kesemua mangsa ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Morib dekat sini.

Sehingga kini, polis juga percaya senjata yang digunakan oleh pembunuh kejam terbabit turut dimusnahkan sehingga menjadi abu bagi menghapuskan bukti.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pembunuhan kejam itu dilakukan di kawasan seluas 500 meter persegi dalam ladang seluas 1.6 hektar di Tanjung Sepat, Banting dekat sini.

Menurut beliau, di dalam ladang itu, terdapat beberapa buah rumah kediaman serta tembok yang menghalang pemandangan dari luar.

Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini hari ini, Mohd. Bakri berkata, polis kini menunggu siasatan unit forensik dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan identiti mayat kesemua mangsa.

“Bagaimanapun, hasil siasatan berdasarkan pengakuan-pengakuan suspek menjurus kepada kes kehilangan keempat-empat mangsa sejak 30 Ogos lalu.

“Kita percaya mangsa telah dimusnahkan dengan cara demikian (tahan, bunuh, bakar dan buang). Semua eksibit (bahan bukti) termasuk pisau dibakar menjadi abu. Mereka telah dibunuh dan dibakar di tempat yang sama.

“Pegawai polis kini sedang menyiasat untuk mencari bahan bukti dengan kerjasama Jabatan Forensik dan Jabatan Kimia di tempat kejadian,” katanya.

Turut hadir pada sidang akhbar itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah dan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan.

Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki iaitu pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44: pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan mahu ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, misteri kehilangan keempat-empat mangsa itu hampir terungkai dengan tertangkapnya lapan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut kelmarin di sekitar daerah ini.

Salah seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 41 tahun yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit.

Hasil siasatan ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang akhbar di ibu negara memberitahu, pihaknya percaya kes kehilangan Sosilawati dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu itu akan dapat diselesaikan berikutan penangkapan beberapa suspek terbabit.

“Berhubung kes kehilangan Sosilawati, memang kita ada tangkapan (suspek) dan kita percaya tangkapan tersebut boleh menyelesaikan kes ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perbarisan perpisahan sempena persaraan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Mohd. Bakri juga mengesahkan kes tersebut diklasifikasikan sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Polis Kuala Lumpur menyiasat kes tersebut kerana kesemua mereka dilihat pada kali terakhir meninggalkan pejabat Sosilawati di Kuala Lumpur.

Beliau memberitahu, polis telah memaklumkan kepada keluarga mangsa mengenai perkembangan kes yang diperoleh polis sehingga hari ini.

Menurut beliau, pihaknya menahan lima suspek berusia antara 19 hingga 45 tahun kelmarin, diikuti dua adik beradik berusia 38 dan 41 tahun semalam manakala seorang remaja ditahan hari ini.

Beliau berkata, polis tidak boleh mendedahkan kronologi penangkapan itu dengan terperinci kerana kes ini masih dalam siasatan dan berprofil tinggi.

“Kesemua suspek terdiri daripada dua perempuan dan enam lelaki. Dua daripada mereka adalah adik-beradik termasuk salah seorang daripadanya bergelar Datuk dan juga seorang ahli perniagaan.

“Enam lagi yang ditahan adalah rakyat tempatan yang bekerja dengan peguam tersebut,” katanya.

Mohd. Bakri menambah, penahanan kesemua suspek dilakukan apabila salah seorang daripada mereka dikesan memakai jam tangan sama seperti yang dimiliki oleh salah seorang mangsa.

Beliau juga tidak menafikan kedua-dua beradik itu adalah dalang kes tersebut dan ladang seluas 1.6 hektar itu adalah milik ahli perniagaan berkenaan.

Sementara itu beliau memberitahu, pihaknya sedang menyiasat secara menyeluruh untuk mengetahui motif kejadian.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan perniagaan, persaingan perniagaan atau perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dalam urusan jual tanah.