.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Monday, August 16, 2010

0 Tanpa undangan berlakon membuatkan Mawi dapat tumpuhkan tugas di belakang tabir dalam MW Entertainment sebagai penerbit, pengarah dan penulis skrip

Mawi seronok di belakang tabir

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan

2010/08/16
RAMAI artis mengambil peluang berehat seketika dari aktiviti seni sepanjang Ramadan, tetapi bagi juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Asmawi Ani atau Mawi, sepanjang bulan puasa ini jadual seninya agak padat berbanding hari biasa.

Mawi yang kini banyak terbabit dengan bidang di belakang tabir di bawah produksi sendiri, MW Entertainment, mengakui pelbagai jemputan berbuka puasa menantinya selain persembahan dan menyertai program kebajikan. Katanya, dia gembira kerana produksinya sudah menghasilkan beberapa telefilem seperti Pak Nil Ibu Kirim Salam untuk Astro Prima dan program muzikal Inspirasi Sanubari (Astro Oasis).

"Saya kini makin seronok bekerja di belakang tabir. Buat masa ini saya mahu memberikan tumpuan kepada proses penerbitan dan menghasilkan skrip. "Memang banyak cabaran yang perlu dilalui sepanjang pembabitan saya sebagai pengarah. Memang banyak rintangan yang dilalui malah pelbagai pengalaman ditempuhi sepanjang terbabit dalam kerja di belakang tabir.


"Saya sebenarnya masih dalam proses belajar. Setakat ini memang banyak perkara yang saya pelajari. Ia secara tidak langsung membantu diri saya sendiri. Saya belajar bagaimana seseorang pelakon yang baik melaksanakan tugas mereka. "Pelbagai perkara membabitkan pengurusan juga perlu saya tangani dengan baik. Dalam tugas produksi, jika kita melakukan tugas dan tanggungjawab dengan bagus serta ikhlas maka kita akan memperoleh hasil yang bagus. Memang ia menagih kesabaran dan pengorbanan yang tinggi," katanya.


Bintang filem Jin Notti dan mula melangkah dunia lakonan di layar perak melalui Aduh Saliha mengakui buat masa ini memang tiada tawaran berlakon untuknya. Apapun kata Mawi, dia tetap gembira dan selesa kerana itu memudahkannya memberi tumpuan kepada produksi dan kerja penghasilan skrip. "MW Entertainment juga dalam rangka menghasilkan lebih banyak drama dan jika tiada aral, penerbitan filem bakal menyusul tidak lama lagi," katanya.

0 comments: