.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Monday, August 16, 2010

0 Selepas Mawi dan Jehan Miskin, sekarang Heliza pula mahu jadi produser? Heliza, skrip telemovie / drama Sabah, mahukah?

Heliza mahu bangunkan HHP
Oleh Norhayati Nordin

2010/08/16
JIKA diikutkan pencapaian Nur Heliza Helmi atau Heliza sebagai anak seni, dia mungkin boleh dianggap masih setahun jagung. Namun, itu bukan satu alasan baginya untuk terus berusaha sesuatu yang dianggap mencabar buat artis baru.



KERJASAMA...Heliza (dua dari kanan) bersama artis naungan HHP iaitu Herman Tino, Isma dan Arlyn Hafiz (kanan) ketika majlis pelancaran single mereka, baru-baru ini.



Demi minat, gadis manis berusia 24 tahun ini nekad melebarkan empayar perniagaan diusahakan ke cabang yang lebih luas. Justeru, selepas menguruskan karier tiga artis di bawah label syarikatnya Heliza Helmi Productions Sdn Bhd (HHP), dia ada perancangan terbaru.

Pelakon filem Syurga Cinta ini meluahkan hasratnya untuk menerbitkan drama dan filem pula. Oleh itu, dia mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai skrip filem yang bagus datang bertemunya. Kata Heliza, kalau mahu berjaya dia harus berani mencuba dan sahut cabaran.

"Saya melihat industri hiburan tempatan sekarang semakin baik. Malah, banyak juga filem terbitan produksi di negara ini yang berjaya di pawagam. Justeru, saya fikir kenapa tidak sama memartabatkan industri lakonan selepas mengetengahkan penyanyi di bawah HHP.

"Dalam soal ini, saya sangat yakin terhadap potensi industri seni negara. Bagaimanapun, produk yang terbaik amat diperlukan untuk terus menjana kemajuan. Tapi selain skrip, saya juga tidak menolak kalau ada pelabur yang mahu menjalinkan kerjasama.

"Harapan saya, semoga impian ini berjaya kerana cukup yakin dengan sokongan daripada masyarakat. Apapun, saya sebenarnya sangat bersyukur kerana dapat melancarkan single terbaru untuk artis di bawah HHP seperti Isma, Herman Tino dan Arlyn Hafiz.

"Tidak terkecuali, single saya sendiri, Hello hasil ciptaan Mohd Atlas. Saya sangat gembira kerana hasil penat lelah kami selama ini akhirnya dapat diterbitkan. Isma muncul dengan single Aku Bukan Pilihanmu serta Arlyn Hafiz (Jiwaku Milikmu)," katanya.

Menyentuh soal kehidupan peribadinya, Heliza yang masih solo memaklumkan jadual hariannya semakin sibuk. Selain padat dengan aktiviti sebagai artis dia juga menggalas jawatan Pengarah Urusan HHP. Jadi, kesibukan itu membuatkan Heliza kurang rehat.



Jelas Heliza, bukan senang dan mudah untuk meraih kejayaan dalam bidang diceburi. Justeru, dia harus kuatkan semangat dan sedia untuk berkorban masa serta kehidupan peribadinya. Lagipun, ketika usia masih muda inilah dia perlu bekerja keras.

"Sebagai orang baru bertatih dalam dunia perniagaan, saya perlu banyak belajar. Terutama, pada selok-belok perniagaan kerana jujurnya, saya tak tahu mengenai bidang ini. Mujurlah ada ayah (Helmi Mohd Hasbi) yang banyak membantu.

"Selain itu, kakitangan syarikat seperti Zulkefli Majid (suami Isma) turut memberi tunjuk ajar. Jadi, sekarang saya sudah mula kumpul ilmu dan pengalaman. Malah, pelabur dan rakan kongsi pun banyak membantu membimbing saya untuk berniaga," katanya.

Ditanya mengenai album, Heliza berkata sebagai penyanyi, dia tetap menaruh harapan untuk muncul dengan album sendiri. Bagaimanapun, dengan keadaan pasaran sekarang, ujarnya lebih baik dia ambil langkah mengetengahkan single kepada peminat.

Menurutnya, menghasilkan single juga adalah pengenalan artis pada peminat. Justeru, bukan saja dapat menilai hasil produk tetapi yang penting, maklum balas pendengar. Selain itu, buat masa ini memang penghasilan single menjadi pilihan penyanyi.

Menurut Heliza, dia sangat berterima kasih kepada keluarganya yang tak jemu memberi sokongan. Tidak terkecuali, kakitangan HHP yang banyak membantunya. Begitu juga kepada komposer, Mohd Atlas yang sudi bekerjasama menyiapkan semua single.

Sehubungan itu, katanya bagi peminat Herman Tino pula pasti dapat mengubat rindu mereka dengan single terbaru penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Mengapa Dikenang Mengapa Difikir itu. Namun Herman tampil semula dengan lagu Jawa.

"Untuk kemunculan terbaru, Abang Herman mempertaruhkan lagu Amit-Amit Jabang Bayik. Ia lagu yang seronok didengar dan vokalnya pun masih mantap macam dulu. Justeru, dengan pelancaran beberapa single baru ini, ia diharap akan dapat menyemarakkan semula industri muzik kita," katanya.

Memiliki wajah jelita dengan mata bundar, siapa yang tidak mahu mendekati Heliza. Namun, melihatkan kepada kesungguhannya untuk memantapkan syarikat ditubuhkan, mungkin anak jati kelahiran Terengganu ini masih belum memikirkan soal perkahwinan.

Pernah membintangi filem Syurga Cinta di samping Awal Ashaari, si manis ini juga pernah melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Apapun, dalam sekelip mata, Heliza kini usahawan muda berjaya.

Syarikatnya, HHP menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti menerbitkan single, penerbitan filem, drama dan banyak lagi.


>PROFIL
NAMA: Nur Heliza Helmi
PANGGILAN: Heliza
TARIKH LAHIR: 3 Februari 1986
USIA: 24 tahun
ASAL: Kuala Terengganu
KERJAYA: Penyanyi, pengacara, pelakon dan Pengarah Urusan Heliza Helmi Productions Sdn Bhd (HHP)
HOBI: Menyanyi dan membeli-belah
PENDIDIKAN: Ijazah Sains Pendidikan (Biologi & Kimia) dari Universiti Malaysia Sabah (UMS)
PENCAPAIAN: Tempat keempat AF5, duta Astro Oasis (saluran l06), Finalis Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22), Finalis Pelakon Harapan Wanita Terbaik FFM22.
FILEM: Syurga Cinta
LAGU: Doa Dalam Lagu (duet Mawi), Panggil Namaku, Hello dan Chord G

0 comments: