.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Monday, August 16, 2010

0 Perang Dunia Kedua: Kesilapan / kekejaman moyang di Jepun yang memalukan / dikesali keturunannya

Ulang tahun ke-65 Jepun tewas perang



LELAKI berpakaian tentera Imperial Jepun mengadakan perarakan di kuil Yasukuni bagi memperingati ulang tahun ke-65 tentera Jepun yang tumbang dan tewas semasa Perang Dunia Kedua di Tokyo, semalam. - AFP



TOKYO 15 Ogos - Jepun hari ini memperingati hari ulang ke-65 negara ini menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua, tanpa kunjungan para menterinya ke sebuah kuil peringatan perang yang kerap mencetuskan kemarahan negara-negara jiran.

Buat kali pertama dalam tempoh suku abad, tidak ada seorang pun menteri kerajaan mengunjungi kuil peringatan perang Yasukuni di Tokyo yang didirikan bagi memperingati 2.5 juta rakyat Jepun yang terbunuh dalam konflik, termasuk 14 penjenayah perang Jepun pada Perang Dunia Kedua.

Hari ulang tahun ke-65 itu adalah yang pertama sejak Parti Demokratik pimpinan Perdana Menteri, Naoto Kan mengalahkan Parti Liberal Demokratik (LDP) dalam pilihan raya tahun lepas.

Kan dan Maharaja Akihito menghadiri satu upacara peringatan di Tokyo dan mengulangi ikrar Jepun tidak akan terlibat dengan perang lagi, genap 65 tahun selepas bapa Akihito, Hirohito mengarahkan Jepun menyerah kalah.

"Semasa perang, Jepun membawa kerosakan dan kesengsaraan besar kepada banyak negara, terutamanya penduduk di negara-negara Asia.

"Saya melahirkan rasa kesal yang mendalam dan ucapan takziah yang tulus ikhlas kepada mangsa dan keluarga mereka," kata Kan.

Akihito menyuarakan harapan agar malapetaka perang tidak akan berulang.

Menjelang upacara itu, Kan melawat sebuah makam di ibu negara untuk meletakkan kalungan bunga sebagai penghormatan kepada ratusan ribu askar Jepun yang terkorban di luar negara.

Namun Kan dan Kabinetnya berikrar tidak akan melawat kuil perang Yasukuni, berlainan dengan anggota kerajaan LDP yang selalu berbuat demikian sebelum ini.

Lawatan tersebut mencetuskan kemarahan penduduk di China dan semenanjung Korea, di mana kekejaman tentera Jepun semasa perang masih sukar dilupakan. - AFP

0 comments: