.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Tuesday, August 31, 2010

0 Ucapan Hari Merdeka oleh PM, Najib Tun Razak

Hargailah keamanan – PM



YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menunaikan solat tarawih selepas baginda menghadiri Majlis Berbuka Puasa Muhibah 1Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Duta, semalam. Turut mengiringi baginda, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. – Utusan/Mohd. Naim Aziz



KUALA LUMPUR 30 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masyarakat tidak boleh membenarkan cara hidup rakyat Malaysia yang berpaksikan kepelbagaian dan kesederhanaan diasak oleh budaya kejumudan serta sikap melampau yang terjelma melalui isu- isu perkauman serta agama.

“Segala apa yang kita capai, segala apa yang kita bina dan segala apa yang kita hargai, boleh hancur berkecai dan musnah dalam sekelip mata. Oleh itu, kita perlu menghargai keamanan, keharmonian dan kestabilan yang ada,” kata Perdana Menteri dalam perutusannya sempena Hari Kemerdekaan Ke-53 yang akan disambut esok.

Beliau berkata, sudah tiba giliran generasi sekarang untuk menerajui Malaysia ke peringkat kemajuan dan kemakmuran yang lebih tinggi.

Perdana Menteri berkata, cabaran sebenar rakyat Malaysia hari ini adalah untuk mentransformasikan negara supaya menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Ke arah itu, katanya, kerajaan telah memasakkan asas-asas yang kukuh dalam bentuk Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) sebagai pelan hala tuju yang jelas ke arah matlamat mulia tersebut.

Menurut Najib, kejayaan mengubah Malaysia daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian berpendapatan sederhana, adalah hasil iltizam, perancangan dan kerja keras kerajaan bersama rakyat dengan berpegang kepada falsafah untuk sentiasa berada di hadapan keluk perubahan dan pembaharuan.

“Hasil perasaan tidak mahu berpuas hati terhadap status quo sedia ada dan kesanggupan berubah, pendahulu-pendahulu kita telah membawa Malaysia ke arah mencapai kejayaan demi kejayaan sebagai sebuah negara.

“Hari ini tibalah giliran generasi kita untuk menerajui Malaysia ke peringkat kemajuan dan kemakmuran yang lebih tinggi. Persoalannya, beranikah kita untuk memecah tradisi bagi mencapai hasil yang melampaui kebiasaan,” katanya.

Menyingkap perjuangan tokoh- tokoh ternama negara, Najib berkata, bapa-bapa kepimpinan negara tidak pernah berpuas hati untuk menerima keadaan seadanya walau sebesar manapun cabaran yang melanda.

“Mereka sentiasa berusaha mencipta masa depan yang lebih baik untuk negara dan rakyat,” katanya.

Perdana Menteri berkata, setiap seorang anak Malaysia adalah penting dan berkemampuan menyumbang kepada penciptaan kemakmuran dan kesejahteraan nasional.

“Alangkah ruginya negara jika bakat-bakat yang kita latih dengan segala susah payah, berhijrah bagi mencari padang yang lebih subur, hanya dek kegagalan kita mengadakan persekitaran terbaik untuk mereka menyumbang.

“Ini kerana fenomena globalisasi bukan sahaja menyaksikan pengaliran mudah modal dan teknologi merentas sempadan tetapi juga melibatkan pengaliran bebas modal insan,” katanya.

Najib berkata, bagi mencapai matlamat masa depan yang lebih baik, Malaysia mestilah mengekalkan perpaduan nasional yang menjadi tonggak keamanan dan kestabilan selama ini.

Untuk itu, katanya, asas integrasi rakyat Malaysia perlu bersandarkan nilai-nilai yang dikongsi dan dipersetujui bersama oleh semua kaum seperti mana terkandung dalam ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai kontrak sosial nasional.

Najib turut mengingatkan rakyat bahawa kerajaan yang ada amat komited untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara dengan segala instrumen undang-undang dan kekuatan yang ada daripada ancaman dalam mahupun luaran.

“Ingatlah bahawa Malaysia adalah tanah tumpah darah kita, di sini kita dilahirkan, di sini kita membesar, di sini kita mencari rezeki, di sini kita mencipta kebahagiaan dan di sinilah dengan takdir Tuhan, kita akan bersemadi,” katanya.

Beliau menyeru warga Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ini untuk sama-sama berganding bahu dengan satu tekad menjadikan Malaysia negara yang terbaik.

“Demi masa depan anak-anak kita, kelangsungan Malaysia mesti dipertahankan. Janganlah yang elok menjadi retak, janganlah yang bersambung menjadi putus. “Mudah- mudahan kita mendapat rahmat,” katanya. – Bernama

Monday, August 30, 2010

0 Jika anda mempunyai prestasi yang baik, orang sanggup bayar harga yang tinggi untuk anda

'Gagal bukan pilihan saya'



MOURINHO merupakan individu yang memiliki prinsip.



LONDON - Jose Mourinho sedar bahawa untuk menutup mulut pengkritiknya di Real Madrid, beliau perlu menghadiahkan gelaran Liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara musim ini.

"Kegagalan bukan suatu pilihan," kata Mourinho.

"Saya sukakan tekanan dan sering berjaya apabila mengharungi situasi yang mencabar. Namun, kali ini tiada lagi cabaran dan teka- nan yang lebih besar daripada ini.

"Saya datang ke Real bukan untuk menjadi seorang yang gagal.

"Biasanya saya mempunyai keyakinan terhadap kemampuan saya sendiri.

"Saya ada rekod kejayaan cemer- lang sebagai bukti. Saya telah melakukannya di Porto, Chelsea dan Inter Milan.

"Saya akan mengulanginya sekali lagi, kali ini bersama Real Madrid. Jika saya rasa tidak mampu melakukannya, saya tidak akan berada di sini."

Kejayaan Mourinho membimbing Inter memenangi gelaran Serie A dan Liga Juara-Juara menyaksikan beliau ditawarkan peluang ke Bernabeu.

Bekas pengurus Chelsea itu menandatangani kontrak selama empat tahun dengan nilai £44juta (RM215 juta). - Agensi

0 Gempa bumi di Irian Jaya, Indonesia

Gempa bumi 5.2 skala Richter gegar Indonesia


2010/08/29
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter menggegarkan wilayah Irian Barat pada jam 6.02 petang tadi.

Menurut satu kenyataan Jabatan Meteorologi, pusat gempa bumi itu berlaku di 654 km timur laut Ambon, Indonesia dan 1,726 km tenggara Kunak, Sabah. Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami, menurut kenyataan itu. - Bernama

Sunday, August 29, 2010

0 Saya lupa apa agama Brad Pit dan Angelina Jolie. Rupanya Angelina Jolie belum berkahwin dengan Brat Pit? Bagaimana dengan Jeniffer Aniston?

Angelina teringin kahwin?


2010/08/29
LOS ANGELES: Selepas menghabiskan masa bersama sebagai pasangan tanpa nikah sejak 2005, Angelina Jolie dilaporkan mula berfikir untuk mengikat perkahwinan dengan Brad Pitt.


ANGELINA...dua kali gagal dalam perkahwinan.

“Menjadi isteri kepada seseorang memang sesuatu yang indah,” katanya, semalam.


Bagaimanapun, kenyataan berkenaan tidak bermakna rancangan Angelina itu akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat.


Tambahan pula Angelina, 35, pernah mengalami pengalaman menjadi isteri - sebanyak dua kali - tetapi gagal bertahan.


Justeru, katanya, belum ada keperluan mengikat hubungannya dengan Pitt dalam waktu terdekat.


Angelina pernah berkahwin dengan Jonny Lee Miller pada 1996 tetapi bercerai pada 1999. Dia kemudian memilih aktor, Billy Bob Thornton, sebagai suami pada 2000 tetapi akhirnya berpisah tiga tahun kemdian.


Hasil hubungannya dengan Pitt, Angelina melahirkan Shiloh Nouvel, 4, dan pasangan kembar, Knox dan Vivienne, 2.


Pasangan itu juga membesarkan tiga anak angkat, iaitu Maddox, 8, Zahara, 5, Pax, 6.


Kata Angelina, dia dan Pitt, 46, setakat ini memberikan komitmen tinggi untuk kekal mempertahankan keluarga mereka.


“Saya mengalami banyak pengalaman indah bersama Pitt.


“Satu daripadanya adalah kerana sikap saling mendorong semasa sendiri untuk menjadi manusia lebih baik,” katanya. - Agensi

0 Gunung berapi meletus selepas 400 tahun menyepi di utara Sumatera, Indonesia

Gunung berapi meletus selepas 400 tahun menyepi
29/08/2010 12:55pm


JAKARTA, Indonesia, 29 Ogos - Gunung berapi di barat Indonesia melimpahkan lava serta menyemburkan pasir panas ke udara awal pagi tadi, pertama kali meletus selepas tidak aktif sejak 400 tahun lalu.

Ahli gunung berapi kerajaan, Surono berkata, Gunung Berapi Sinabung di utara Sumatera itu mula menggelegak beberapa hari lalu dan letusan yang berlaku sebentar tadi hampir berhenti.

Letusan itu menyebabkan debu dan pasir disembur ke udara setinggi 1.5 kilometer namun lava hanya melimpah keluar di sekitar kawah. - AP


Artikel berkaitan:

Indonesia keluarkan amaran berbahaya selepas letusan gunung berapi


2010/08/29
JAKARTA: Indonesia dalam keadaan berhati-hati selepas gunung berapi di pulau Sumatera meletus, meluahkan asap dan abu sedalam 1,500 meter ke udara sehingga memaksa sekurang-kurangnya 12,000 penduduk berpindah.

"Pada awalnya kami menganggap abu dan asap itu disebabkan hujan, tetapi ini kami tahu punca kejadian itu adalah tekanan daripada magma. Ia jelas berbahaya...jadi kami meningkatkan amaran ke tahap tertinggi atau peringkat merah," kata Ketua Pusat Amaran Bencana negara itu, Surono di sini, sebentar tadi. - AFP


Artikel berkaitan:

DUNIA

Ribuan lari gunung berapi meletus



GAMBAR menunjukkan Gunung Sinabung meletus di daerah Tanah Karo, di luar bandar Medan, Sumatera Utara semalam.


JAKARTA - Sebuah gunung berapi di Pulau Sumatera, Indonesia meletus buat pertama kali dalam tempoh 400 tahun semalam. Gunung itu mengeluarkan asap dan debu ke udara sekali gus menyebabkan ribuan penduduk bertindak menyelamatkan diri dengan meninggalkan rumah masing-masing.

Menurut beberapa pegawai, pemerintah Indonesia mengeluarkan satu amaran selepas Gunung Sinabung itu meletus dan menyebabkan kawasan di sekitarnya diselubungi asap hitam.

Setakat ini tidak ada sebarang kecelakaan sama ada melibatkan kematian atau kecederaan dilaporkan kepada pihak berkuasa.

"Ia amat berbahaya. Justeru kami meningkatkan amaran ke peringkat paling tertinggi atau amaran merah," kata Ketua Pusat Amaran Gunung Berapi Indonesia, Surono.

"Dari kawah itu, gunung itu menghaburkan asap dan debu 1,500 meter ke udara," tambahnya.

"Pada mulannya, kami menganggap debu dan asap itu berlaku akibat hujan tetapi kini kami tahu tekanan yang menyebabkan ia berlaku adalah daripada magma," jelas Surono.

Dia berkata, Gunung Sinabung yang setinggi 2,460 meter di utara Sumatera itu tidak pernah meletus lebih 400 tahun tetapi ia kini menunjukkan tanda-tanda letusan.

Kira-kira 9,300 orang sudah dipindahkan dari beberapa buah kampung ke bandar-bandar termasuk di Berastagi dan Kabanjahe.

"Debu itu tersebar pada jarak sehingga 30 kilometer dari gunung berapi. Ramai penduduk kampung yang dipindahkan itu adalah petani," jelasnya. - AFP


Artikel susulan:

Gunung Sinabung terus hamburkan abu


GUNUNG Sinabung memuntahkan asap dan debu ke udara di Karo dekat Medan, Sumatera, Indonesia, semalam. - AP



KABANJAHE 30 Ogos - Gunung berapi Sinabung di Indonesia terus menghamburkan asap dan abu jauh ke udara hari ini, menyebabkan penerbangan tergendala dan beribu-ribu lagi penduduk melarikan diri ke pusat perlindungan sementara.

Syarikat penerbangan diberi amaran supaya mengelakkan Gunung Sinabung di Sumatera Utara apabila ia meletus pada hari kedua selepas kembali aktif buat kali pertama dalam tempoh empat abad, semalam.

"Ia meletus lagi pada 6.30 pagi ini (7.30 pagi waktu Malaysia) dan letusan berlaku selama kira-kira 15 minit.

"Asap dan abu menjulang sekurang-kurangnya 2,000 meter," kata pakar gunung berapi kerajaan, Agus Budianto.

Letusan itu lebih besar daripada letusan semalam apabila Sinabung kembali aktif buat kali pertama sejak 1600, menjadi gunung terbaru dalam senarai 69 gunung berapi aktif di Indonesia.

Pesawat diarah menjauhi kawasan gunung berapi dan pelawat ke Sumatera Utara diberi amaran mengenai kemungkinan penerbangan mereka tergendala, kata jurucakap Kementerian Pengangkutan, Bambang Ervan.

"Lalu lintas udara keluar masuk ke wilayah itu boleh terjejas, semuanya bergantung kepada arah angin," katanya.

Beberapa penerbangan domestik termasuk ke ibu kota wilayah, Medan terpaksa dibatalkan disebabkan asap tebal.

Jumlah penduduk yang ditempatkan di pusat perlindungan sementara meningkat kepada 21,000 orang, kata pegawai pengurusan bencana, Andes Mbaga.

Sebanyak 16 pusat perlindungan didirikan untuk menempatkan penduduk yang meninggalkan kampung mereka apabila abu dan batu mula dihamburkan ke kawasan sekitar awal semalam. - AFP

Saturday, August 28, 2010

0 Buat duit dengan youtube

Dapat ratusan ribu kerana YouTube



LONDON - Satu kaji selidik firma penyelidikan TubeMogul baru-baru ini menyiarkan senarai bintang-bintang YouTube yang menerima pendapatan ratusan ribu dolar selepas video mereka disiarkan di laman itu di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Nama-nama bintang YouTube itu tidak pernah dikenali dalam kalangan ramai penduduk di dunia.

Namun, firma TubeMogul mendakwa sekurang-kurangnya 10 orang penghibur di YouTube termasuk penulis dan penerbit dibayar ratusan ribu ringgit pada tahun lalu menerusi pengiklanan yang dibawa masuk daripada jutaan penonton yang menonton video blog mereka.

Berada di kedudukan nombor satu ialah seorang pelawak satira, Shane Dawson yang berusia 22 tahun berasal dari California, Amerika Syarikat (AS).

Dawson memuat naik petikan-petikan pendek satira yang memberinya pendapatan sebanyak AS$315,000 (RM990,517) dalam tempoh 12 bulan lalu. Videonya ditonton 431,787,450 kali.

Menduduki tempat kedua ialah video The Annoying Orange dengan pendapatan yang dijana mencecah AS$288,000 (RM905,615).

Video itu telah ditonton sebanyak 349,753,047 kali.

Berada di tempat ketiga ialah Philip DeFranco yang menyiarkan video berkisar tentang politik dan gosip.

Pendapatan yang diperolehnya sebanyak AS$181,000 (RM569,342) apabila videonya ditonton sebanyak 248,735,032 kali.

Video komedi Ryan Higa yang tinggal di Hawaii dan berketurunan Jepun-AS ditonton lebih 206,979,909 dan memperoleh pendapatan sebanyak AS$151,000 (RM474,970) sekali gus menduduki tempat keempat.

Berada di tempat kelima ialah video Fred yang dihasilkan oleh Lukas Cruikshank dari Columbus, Nebraska.

Video mengenai menguruskan kemarahan itu menjana pendapatan AS$146,000 (RM459,462) dan ditonton sebanyak 200,656,150 kali.

Menduduki tempat keenam ialah video seorang bekas juruhebah radio, Shay Carl yang telah menerbitkan lebih 100 filem.

Dia menjana pendapatan sebanyak AS$140,000 (RM440,579) dan videonya ditonton sebanyak 192,309,247 kali.

Berada di tangga ketujuh ialah video dari kumpulan duet Mediocre Films yang mula menghasilkan komedi pendek sejak tahun 2006. Dengan tontonan sebanyak 159,030,703 kali, video itu memperoleh pendapatan sehingga AS$116,000 (RM365,053).

Video Smosh yang memperoleh pendapatan sebanyak AS$113,000 (RM355,610) dan ditonton 154,936,876 kali menduduki tempat kelapan.

Dalam video itu, dua lelaki, Ian Hecox dan Anthony Padilla berduet bagi menyanyikan lagu tema Pokemon.

Menduduki tempat kesembilan ialah video berita The Young Turks yang menjana pendapatan sebanyak AS$112,000 RM352,463 dan ditonton sebanyak 153,807,362 kali.

Tempat kesepuluh penghibur YouTube diduduki oleh Natalie Tran yang merupakan pelajar berketurunan Vietnam-Australia.

Video Tran berkaitan dilema sosial dan cara untuk memiliki perut yang cantik menjana pendapatan AS$101,000 (RM318,110) dan ditonton sebanyak 138,871,829 kali. - Agensi

0 Gempa bumi di Iran. Bagaimana jika loji nuklear Iran rosak dilanda gempa? Kebocoran gas uranium (nuklear) memusnahkan tamadun manusia

Gempa 5.9 magnitud landa Iran


2010/08/28
TEHRAN: Gempa berukuran sederhana 5.9 magnitud melanda sebahagian wilayah padang pasir Dasht-e Kavir di utara bandar Damghan, lewat semalam, menurut agensi berita IRNA.

Laporan itu memetik Jabatan Geofizik Universiti Tehran bahawa pusat gempa dikesan kira-kira 278 kilometer di timur ibu negara Tehran. Bagaimanapun laporan itu menyebut tiada nyawa terkorban dengan gegaran berlaku jam 11.53 malam. - AFP

0 Sumber dari FB untuk disebarkan. Dalam masa kurang 5 minit, anak yang hilang telah dibotakkan dan separuh khayal

Taktik Menculik kanak2 di Shopping Complex
by Nor Zahidah Mustaffa on pada 25hb Ogos 2010 pukul 11.22 pagi

SILA AMBIL IKHTIBAR ATAS APA YANG BERLAKU...
Tajuk : Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JBSubject : Child Kidnap Trick in Carrefour, JB



Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.Even if you do not have little kids, pass this one on to everyone you can think of. You never know who you might save by sending this e-mail! Please, take the time and forward this to any friend who has children & grandchildren! Thanks!

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.Wanted to share something that happened today while shopping at Carrefour. A mother was leaning over looking for meat and turned around to find her 4 years old daughter was missing. I was standing there right beside her, and she was calling her daughter with no luck.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.I asked a man who worked at Carrefour to announce it over the loud-speaker. He did, and left me, he immediately walked right past me when I asked and went to a pole where there was a phone. He made an announcement for all the doors and gates to be locked, a code something. So they locked all the doors at once.


Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.This took all of 3 minutes after I asked the guy to do this. They found the little girl 5 minutes later in a bathroom stall drugged. Her head was half shaved, and she was dressed in her underwear with a bag of clothes, a razor, and wig sitting on the floor beside her, to make her look different ..


Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.Whoever this person was, took the little girl, brought her into thebathroom, shaved half her head, and undressed her in a matter of less than 10 minutes. This makes me shake to no end. Please keep a close eye on your kids when in big places where it's easy for you to get separated like Shopping Malls. It only took a few minutes to do all of that. Another 5 minutes and she would have been out the door.


Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.I am still in shock that some sick person could do this, let alone in a matter of minutes. The days are over when our little ones could run rampant all over the place and nothing worse would happen then them annoying people. The little girl is fine. Thank God for fast workers who didn't take any chances .

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !BE SURE TO FORWARD THIS TO EVERYONE, SO THEY REMEMBER JUST HOW SICK PEOPLE ARE OUT THERE !

0 Ceritera kisah mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan British

‘Tunku bergelut cari dana ke London’

Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my







KUALA LUMPUR 27 Ogos – Menjadi orang pertama yang menyumbangkan dana bagi membantu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj ke London untuk menuntut kemerdekaan daripada Britain merupakan saat yang tidak dapat dilupakan oleh Datuk Siti Rahmah Kassim (gambar).

Bekas Ketua Pergerakan Kaum Ibu Bahagian Rembau itu berkata, detik tersebut merupakan peristiwa yang menjadi kenangan seumur hidup beliau sebagai srikandi wanita Melayu yang sanggup menyerahkan gelang emasnya untuk membiayai perjalanan Tunku ke London.

Katanya, peristiwa tersebut berlaku pada persidangan UMNO di Dewan Hang Tuah Bandar Hilir, Melaka pada tahun 1957.

“Mungkin ramai tidak mengetahui sebenarnya Tunku bergelut mencari dana untuk ke London bagi menuntut kemerdekaan.

“Saya menjadi insan pertama yang menyerahkan gelang emas pemberian bapa sebagai hadiah perkahwinan, semata-mata ingin melihat hasrat untuk mencapai kemerdekaan tercapai,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengkisahan Sejarah Wira Tidak Dicanang di Muzium Negara hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Muzium Negara, Datuk Ibrahim Ismail; Pengerusi Persatuan Sejarah, Datuk Omar Mohd. Hashim dan dua lagi Wira Tidak Dicanang, Datuk Seri Yuen Yuet Leng dan Datuk Rasammah Bhupalan.

Menurut Siti Rahmah, beliau sanggup menghulurkan gelangnya kepada Bapa Kemerdekaan itu dengan meletakkannya ke dalam selendang merah dan ia diikuti oleh anggota kaum ibu yang lain yang turut menyerahkan barang kemas mereka.

“Orang lelaki bagi tongkat berkepala emas, cincin, jam emas dan golongan ibu pula bukan sahaja menyerahkan barang kemas, tetapi kerongsang baju dan pin baju juga diserahkan.

“Memang saya tabik wanita ketika itu yang langsung tidak sayangkan harta, mereka buka rantai, subang, cincin dan ada seorang wanita itu sanggup buka kancing bajunya dan pegang baju sampai habis majlis,” kata Siti Rahmah menyambung cerita itu yang masih segar di dalam ingatannya.

Selain itu katanya, beliau masih ingat sehingga sekarang kata-kata loghat utara Tunku Abdul Rahman yang mendorong beliau bertindak sedemikian.

Kata Tunku: “Saya ni nak pi London bersama-sama Raja-Raja Melayu, UMNO tak dak duit, saya pun tak dak duit, saya jual istana ayahanda duk murka. Ayahanda suruh saya jadi Raja, saya tak mau, saya nak jadi Presiden UMNO, nak bagi Malaya merdeka.”

Menurut Siti Rahmah ketika sebut perkataan “tak dak duit”, Tunku menangis.

“Orang biasa menangis bergenang air mata, tapi Tunku menangis air mata bercucuran membasahi pipi. Saya duduk di depan ketika itu terus bangun sambil berkata, patik menyahut seruan Tunku, patik reda,” katanya semasa mengimbas kembali peristiwa itu.

Siti Rahmah yang masih aktif dalam UMNO dan beberapa pertubuhan sukarela termasuk Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) masih merasakan seperti hanya baru semalam negara menyambut kemerdekaan selepas dijajah bangsa asing.

Pada pilihan raya 1959, beliau bertanding bagi kawasan Terentang, Rembau atas tiket Perikatan dan menjadi wakil rakyat kawasan itu untuk dua penggal berturut-turut iaitu pada tahun 1959 dan 1969.

Sehingga kini, beliau masih aktif dalam UMNO Bahagian Terentang, Rembau dan tidak pernah ketinggalan mengikuti Perhimpunan Agung UMNO sejak 1946.

Menurut ibu kepada lima anak dan enam cucu itu, suami tercinta, Allahyarham Mohd. Majzud Yunus yang meninggal dunia akibat sakit tua pada 1983 sentiasa memberi sokongan moral untuknya berjaya dalam bidang politik.

0 Jika kemiskinan menyebabkan anda jadi jahat, jadilah orang kaya supaya tidak menyusahkan orang

JAIP cekup remaja asyik rakam hubungan seks


2010/08/28
KUALA LUMPUR: Sepasang kekasih dipercayai remaja masih bersekolah ditangkap pasukan pencegah maksiat ketika sedang asyik melakukan hubungan seks termasuk merakam aksi ghairah mereka menggunakan video telefon bimbit di Kuantan, Pahang.

Aksi panas rakaman selama 10 minit itu disebarkan secara meluas melalui internet sejak seminggu lalu dan kejadian itu dipercayai berlaku jam 3 petang, minggu lalu. Bagaimanapun, rakaman aksi seks mereka hanya dirakam selama dua minit manakala baki lapan minit rakaman adalah perbualan serta sesi soal jawab dengan pencegah maksiat. Remaja lelaki yang dipercayai memegang telefon bimbit dan merakam aksi mereka dikatakan tidak sempat mematikan rakaman kerana terkejut apabila disergah pihak berkuasa dipercayai pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyebabkan telefon bimbit terjatuh tetapi masih merakam audio perbualan mereka.

Seorang lelaki dipercayai pencegah maksiat menahan mereka dan meminta kad pengenalan pasangan berkenaan tetapi dibantah, sebaliknya remaja itu meminta pencegah maksiat menunjukkan kad kuasa.

Apabila ditanya apa hubungan mereka sama ada sebagai suami isteri atau tidak, pasangan remaja itu mengaku hanya sebagai kawan tetapi remaja tetap berkeras tidak mahu menyerahkan kad pengenalan untuk diperiksa. Sebaik saja penguat kuasa bertegas termasuk mengugut untuk menggunakan kekerasan dan membawanya ke balai polis, barulah dia memberikan kerjasama.

“Saya akan bawa kad pengenalan ni ke balai polis dan hubungi ibu bapa awak. Orang lain sibuk nak sambut raya, kamu pula sibuk f**k anak orang,” kata pegawai penguat kuasa tetapi remaja lelaki itu berkali-kali merayu mengatakan keluarganya orang susah dan seboleh-bolehnya tidak mahu perkara itu diketahui keluarga.

‘Drama’ itu berterusan apabila remaja lelaki itu meminta pegawai penguat kuasa berterus terang apa sebenarnya yang dia mahukan termasuk wang sebagai ganjaran jika melepaskan mereka.

Tawaran itu ditolak dengan tegas, sebaliknya memberi amaran supaya tidak melakukan apa-apa yang boleh menimbulkan kemarahan atau kesalahan lain.

Remaja lelaki kemudian meminta maaf dan merayu lagi supaya tidak dibawa ke balai polis atau pejabat agama yang terletak berhampiran mahkamah Kuantan.

“Awak ingat saya tak serius ke tangkap orang buat maksiat, kamu ingat saya menyamar ke? Sekarang saya nak tolong kamu, ikut saya ke pejabat agama. Kenapa nak minta maaf dengan saya, saya bukan Tuhan... kamu buat salah dengan Tuhan kenalah minta maaf dengan Tuhan,” kata pegawai penguatkuasa itu.

Pasangan remaja itu juga mengaku, itulah kali pertama mereka bertemu sebelum melakukan hubungan seks tetapi terus merayu supaya tidak dibawa ke pejabat agama dengan alasan tidak mahu berkahwin kerana masih terlalu muda.

“Tolonglah encik, saya tak nak kahwin, dia (pasangan wanita) pun masih sekolah lagi. Saya pun masih bersekolah, nanti mak saya risau,” kata remaja lelaki sambil disampuk teman wanitanya.


Artikel berkaitan:

Penagih jadikan lima adik hamba seks


2010/08/28
KOTA BHARU: Seorang abang 18 tahun yang kaki botol serta menagih dadah, tergamak menjadikan lima adik perempuannya termasuk yang berusia 5 tahun sebagai hamba seksnya.

Adik perempuannya yang lain berusia 9, 12,14 dan 16 tahun itu turut dirogol lebih 20 kali oleh abang sulung berkenaan. Kejadian itu terbongkar apabila tiga daripada mereka yang berasal dari Kampung Sadur, Tawang, Bachok, melarikan diri dan meminta perlindungan seorang penghulu kerana tidak tahan dengan sikap abang mereka. Lebih mengejutkan, ayah yang selama ini diharapkan sebagai tempat bergantung juga kaki botol dan penagih, sering memarahi serta memukul mereka yang kematian ibu selepas bersalin adik bongsu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Masyarakat (JKKM), Kampung Tok Ku, Mat Rani @ Abdul Ghani Ibrahim, 61, berkata kisah lima beradik itu terbongkar selepas tiga mangsa ditemui penduduk di Masjid Kedai Lalat.

Katanya, ketiga-tiga beradik itu dibawa pulang penduduk dan diserahkan kepada beliau jam 8.45 malam kelmarin untuk diberi perlindungan sementara. Mereka sudah dibawa ke balai polis Binjai, dekat sini, untuk perlindungan sementara.

“Saya terkejut dimaklumkan mangsa berusia 14 tahun dirogol lebih 20 kali sejak Darjah Empat lagi dan diugut akan dibunuh jika membocorkan rahsia itu. Mangsa mengadu kejadian itu kepada ibu saudaranya yang membuat laporan di Balai Polis Tawang,” katanya.

Beliau berkata, mangsa bekerja di kedai makan dengan upah RM10 sehari untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Remaja itu juga terpaksa meminjam RM5 daripada kawan untuk perbelanjaan harian selain memberi wang kepada bapanya untuk membeli arak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Yahya Saleh, mengesahkan menerima laporan itu dan seorang lelaki ditahan bagi siasatan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Friday, August 27, 2010

0 Sekecil-kecil bisnes PTS tetapi tetap punyai strategi bisnes unggul. Sime Darby dipecahkan sama seperti strategi bisnes PTS

Sime Darby dipecahkan kepada 6 anak syarikat
Oleh Ahmad Farizal Hajat
ahmadfarizal@bharian.com.my
2010/08/27


MOHD Bakke dan Abd Wahab pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.Struktur baru tadbir urus korporat mulai tahun depan

SIME Darby Bhd, iaitu kumpulan perladangan hasil gabungan tiga syarikat perladangan di bawah Kumpulan Permodalan Nasional Bhd tiga tahun lalu, akan disusun semula dan pecahkan kepada enam anak syarikat utama yang masing-masing akan mengkhusus dalam segmen perniagaan tertentu. Mengumumkan langkah itu, Pemangku Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Mohd Bakke Salleh, berkata langkah yang akan dilaksanakan awal tahun depan itu diputuskan oleh Lembaga Pengarah Sime Darby bertujuan meningkatkan dan mengukuhkan semula tahap tanggungjawab dan tadbir urus korporatnya. Beliau berkata, dengan penyusunan semula itu, ia akan menyaksikan keenam-enam anak syarikat Sime Darby itu muncul sebagai pentadbir utama perniagaan teras masing-masing dengan sebahagiannya akan disenaraikan di Bursa Malaysia.

“Struktur baru itu akan menyaksikan kami kembali mempunyai anak syarikat yang menjalankan perniagaan teras dan memiliki kumpulan Lembaga Pengarah masing-masing,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan keputusan kewangan kumpulan itu di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Datuk Abd Wahab Maskan dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Tong Poh Keow.

Bakke menjelaskan, kumpulan itu akan dipisahkan kepada anak syarikat yang diberi nama Sime Plantations, Sime Property, Sime Industrial Equipment, Sime Energy & Utilies dan Sime Health Care dan setiap anak syarikat akan mempunyai ahli Lembaga Pengarah berbeza disertai pengarah bebas, pakar industri dan eksekutif kumpulan.
Beliau berkata, Sime Darby turut tidak menolak kemungkinan menjual beberapa perniagaan, termasuk aset teras, jika terus tidak menguntungkan.

Bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2010, Sime Darby mencatatkan kemerosotan 43 peratus dalam keuntungan sebelum cukainya kepada RM1.74 bilion, berbanding RM3.07 bilion tempoh sama, sebelumnya.

Penyusutan itu adalah susulan kerugian dialami dalam unit minyak & gas dan kejuruteraan.

Namun, pendapatan kumpulan itu meningkat 6.2 peratus kepada RM32.95 bilion daripada RM31.013 bilion.

Bagi suku keempat berakhir 30 Jun 2010, Sime Darby mengalami kemerosotan 98 peratus keuntungan sebelum cukainya kepada RM25.04 juta berbanding RM1.107 bilion dalam tempoh sama tahun lalu, manakala pendapatannya naik 22.3 peratus kepada RM9.21 bilion daripada RM7.53 bilion.

Selepas membuat peruntukan kerugian lebihan kos sehingga RM777.3 juta bagi suku keempat, bahagian tenaga dan utilitinya mencatatkan kerugian operasi RM1.752 bilion bagi tahun kewangan 2010.

Termasuk peruntukan lebihan kos RM1.308.4 bilion sehingga suku ketiga, jumlah peruntukan untuk kerugian dan susut nilai yang dijangka bagi tahun dikaji ialah berjumlah RM2.085.7 bilion.

Sime Darby mencadangkan pembayaran dividen akhir tiga sen sesaham, menjadikan jumlah dividen bagi tahun kewangan dikaji sebanyak 10 sen sesaham.


Artikel berkaitan:

‘Pemisahan mega’ mampu baiki reputasi Sime Darby
Oleh Ahmad Farizal Hajat
ahmadfarizal@bharian.com.my
2010/08/28
Penyusunan semula beri tumpuan khusus perniagaan anak syarikat

CADANGAN Sime Darby Bhd untuk melaksanakan ‘pemisahan mega’ menerusi penyusunan semula perniagaan dengan menjadikan enam segmen aktiviti terasnya sebagai syarikat yang berkemungkinan disenaraikan di pasaran saham adalah langkah terbaik bagi mengelak berulang kesilapan tadbir urus korporat, kata penganalisis. Bermula 1 Januari ini, sebaik saja langkah itu dilaksanakan, Sime Darby dirancang bakal menjadi sebagai syarikat berupaya memberi tumpuan khusus terhadap membangun dan memantau enam perniagaan anak syarikatnya itu lebih terkawal. Penganalisis OSK Research, Alvin Tai, berkata sebagai sebahagian daripada langkah memperkemaskan struktur syarikat itu yang mana setiap bahagian itu akan memiliki Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan masing-masing.

“Secara umumnya, setiap bahagian itu akan beroperasi secara cekap seperti sebelum penggabungan mega dibuat.

“Kami memandang langkah berkenaan sebagai positif dan wajar dilaksanakan,” katanya dalam nota penyelidikannya semalam.

Kelmarin, ketika mengumumkan langkah itu pada sidang media keputusan tahun kewangan kumpulan, Pemangku Presiden dan Ketua Eksekutif Sime Darby, Datuk Mohd Bakke Salleh, yakin penyusunan itu akan memudahkan setiap bahagian memainkan peranan masing-masing, sekali gus dapat meningkat dan mengukuhkan semula tahap tanggungjawab tadbir urus korporat.
Bagi tahun kewangan berakhir 30 jun 2010, Sime Darby menanggung peruntukan tambahan bagi kerugian dan susut nilai berjumlah lebih RM2 bilion susulan kerugian dalam bahagian tenaga dan utilitinya (E&U).

Penganalisis AmResearch, Alex Goh, pula berkata keputusan korporat mengasing segmen perniagaannya dijangka mampu memaksimumkan potensi setiap segmen iaitu perladangan; automotif; utiliti dan tenaga; hartanah; industri serta kesihatan.

“Langkah itu juga dapat mewujudkan budaya kerja cekap berasaskan prestasi dan menyemak pencapaian setiap perniagaan itu,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis Maybank Investment Bhd (Maybank-IB), Tan Chi Wei, menyifatkan struktur korporat baru yang dicadangkan itu memberi gambaran baik kepada Sime Darby yang kini diterajui Mohd Bakke.

Penganalisis secara umumnya menyifatkan, zaman terburuk konglomerat terbesar negara itu bakal berakhir.

Semalam harga saham Sime Darby melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh dua bulan sebelum ditutup pada RM8.10 susulan peningkatan taraf terbaru oleh beberapa firma pembrokeran, termasuk JPMorgan Chase & Co.

Saham syarikat itu turut muncul antara tujuh kaunter paling aktif didagangkan di Bursa Malaysia semalam.

0 Jika anda ada RM1j, 500K mahu masuk ASB. Hitung pengiraan dividennya

Wang itu milik saya – Sosilawati

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 26 Ogos – Usahawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini bahawa wang RM1.38 juta yang digunakan untuk membayar hutang rumah serta dilaburkan dalam tiga akaun atas nama bekas suaminya, Nash adalah hasil titik peluhnya sendiri.

Beliau yang memberi keterangan secara bertulis bagi kes tuntutan ke atas wang RM1.38 juta yang diberikan kepada penyanyi itu mendakwa, sebanyak RM500,000 dikeluarkan daripada akaun peribadinya melalui dua keping cek Bank Bumiputera Commerce Berhad.

Daripada jumlah itu, kata Sosilawati, sebanyak RM400,000 dilaburkan ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) atas nama Nash.

Beliau juga mendakwa mengeluarkan duit syarikat miliknya, Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. untuk melabur atas nama Nash di Public Mutual Berhad melalui sekeping cek bernilai RM500,000.

‘‘Keseluruhan wang pokok saham-saham diperoleh oleh saya sebelum perkahwinan saya dengan defendan (Nash) dan dilaburkan dalam tempoh perkahwinan kami.

‘‘Sementara tanah dan rumah asalnya dibeli oleh defendan sebelum perkahwinan kami dan saya telah menjelaskan hutang pinjaman rumah sebanyak RM480,000 dalam tempoh perkahwinan kami,’’ katanya.

Menurut Sosilawati, semua sijil saham berada dalam pegangan defendan dan dia tidak tahu tentang status terkini saham-saham tersebut.

Beliau juga telah mendapat perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 26 September 2007 bagi membekukan wang dan aset tersebut.

Bagaimanapun, jelas Sosilawati, pihak bank telah memaklumkan bahawa Nash telah mengeluarkan RM200,000 daripada kedua-dua akaun saham amanah dua hari sebelum perintah injunksi diperoleh.

Sosilawati yang merupakan pengarah urusan dan pengasas syarikat produk kecantikan itu juga mendakwa bekas suaminya tidak memiliki saham mahupun memberi sebarang sumbangan dalam syarikatnya.

Sehubungan itu, Sosilawati yakin beliau mempunyai hak ke atas harta-harta tersebut walaupun namanya tidak didaftarkan sebagai pemilik bersama.

‘‘Tiada sebarang perjanjian dibuat antara saya dengan defendan kerana semuanya diuruskan atas dasar kepercayaan serta kasih sayang di antara suami isteri pada ketika itu.

‘‘Saya tidak menyangka bahawa defendan telah enggan mengembalikan harta-harta milik saya apabila berlaku perceraian antara kami,’’ katanya lagi.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Sosilawati, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain pada prosiding hari ini turut memaklumkan pihaknya berhasrat untuk memfailkan afidavit keterangan tambahan.

Hakim syarie, Mohammad Adib Husain membenarkan permohonan itu dan perbicaraan akan disambung pada 2 dan 3 Februari tahun depan.

Nash yang turut hadir di mahkamah hari ini diwakili peguam syarie, Amli Embong.

Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 50, berkahwin dengan Sosilawati, 47, pada 16 November 2006 sebelum bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 26 Mei 2009.

Sosilawati kemudiannya memfailkan tuntutan agar wang pemberian sebanyak RM1.38 juta dikembalikan kepadanya manakala dua pertiga daripada keuntungan, bonus dan dividen daripada saham-saham turut diberikan kepadanya.

0 Kuasa minda separa sedar boleh menyelamatkan nyawa

Bayi hidup semula dalam pelukan ibu



GAMBAR menunjukkan Kate dengan anak lelakinya yang didakwa mati pada satu program televisyen di Australia baru-baru ini.



SYDNEY - Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kejadian pada Mac lalu yang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke-27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini.

Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20 minit.

Doktor kemudian menyerahkan Jamie yang disahkan telah meninggal dunia kepada ibunya Kate dan pasangannya David untuk penghormatan terakhir.

Sedih dan sukar menerima hakikat bahawa anaknya telah mati, Kate meletakkan Jamie di atas dadanya dan mengusap-usap anakya sambil menceritakan mengenai apa yang mereka ingin lakukan bersama jika dia dapat membesar bersama adik kembarnya, Emily.

Selepas dua jam dipeluk, tubuh Jamie kembali hangat dan dia mula menunjukkan tanda-tanda bernafas.

Kate kemudian memberikannya susu dengan menggunakan jari.

"Saya berasa sangat sedih apabila doktor memberitahu dia tidak dapat diselamatkan. Tanpa berfikir panjang saya terus memeluknya. Dia kemudian mula bernafas dan membuka mata. Sungguh ajaib," kata Kate.

Seorang doktor yang dipanggil untuk memeriksa Jamie mengesahkan bahawa bayi itu hidup, tetapi tidak dapat menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. - Agensi

0 Alam semesta ini mempunyai lebih banyak planet berbanding yang kita tahu

ARKIB : 26/08/2010
Saintis temui planet paling kecil
GENEVA 25 Ogos - Saintis mengenal pasti sebuah bintang mirip matahari yang mempunyai sebanyak tujuh planet termasuk satu yang dipercayai planet paling kecil pernah ditemui di luar sistem solar.

Jika disahkan, sistem planet di sekeliling bintang HD 10180 yang terletak lebih 100 tahun cahaya dari Bumi, adalah yang paling kaya pernah ditemui.

Seorang ahli astronomi berkata, penemuan itu menguatkan lagi bukti yang semakin banyak bahawa alam semesta dipenuhi planet dan sebilangannya mungkin seperti planet Bumi.

"Penemuan sistem planet seperti itu menunjukkan terdapat banyak lagi sistem seumpamanya di luar sana," kata Alan Boss daripada Carnegie Institution for Science di Washington, yang tidak terlibat dengan penemuan tersebut.

Kebanyakan planet yang dikenal pasti adalah besar iaitu kira-kira 13 hingga 25 kali lebih besar daripada planet kita.

Namun kumpulan saintis yang terlibat dengan penemuan yang diumumkan pada satu persidangan antarabangsa di Perancis semalam berkata, mereka hampir pasti telah mengenal pasti sebuah planet yang hanya 1.4 kali saiz Bumi.

Planet yang ditemui di luar sistem solar dikenali sebagai 'eksoplanet' dan planet yang hanya 1.4 kali saiz Bumi itu adalah eksoplanet paling kecil yang pernah dikesan.

Saintis berjaya menjejaki eksoplanet sejak 15 tahun lalu dan kini sudah merekodkan kira-kira 450 buah.

Bagaimanapun kebanyakan eksoplanet yang ditemui hanya terbatas kepada satu hingga tiga planet bagi setiap bintang, selalunya berupa bola gas raksasa seperti Musytari atau Zuhal.

Dengan sejumlah tujuh planet, penemuan terbaru itu hampir menyamai sistem solar kita sendiri yang mempunyai lapan planet. - AP

Thursday, August 26, 2010

0 Apabila tidak cukup duit, semua hal menjadi sangat sensitif. Lama-kelamahan api menjadi marak. Kisah ini boleh dipaparkan dalam bentuk lakon layar

Sentral: Masalah kewangan punca utama cerai
Oleh Nurhasyima Hasim

2010/08/25
KUALA LUMPUR: Masalah kewangan dan kos sara hidup yang tinggi dikenal pasti sebagai punca utama kes perceraian pasangan muda di ibu kota.

Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali, berkata kebanyakan pasangan muda yang berusia 30 tahun ke bawah bercerai kerana kurang persediaan dalam memikul tanggungjawab berumah tangga terutama membabitkan soal kewangan. Biasanya pasangan terbabit adalah mereka yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru. Mereka khususnya suami tidak bersedia dalam aspek kewangan, lebih-lebih lagi sara hidup yang tinggi di ibu kota berbanding pendapatan yang mereka peroleh. Selain pendapatan yang agak rendah, ada juga kes pasangan tidak mempunyai gaji sekali gus tidak berupaya menyusun perbelanjaan keluarga yang meliputi kos tempat tinggal, belanja harian selain kehendak lain, katanya kepada Sentral di sini.

Che Mat berkata, kebiasaannya pihak suami yang menghadapi masalah kewangan berikutan kira-kira 75 peratus isteri masih mengharapkan pasangan masing-masing membiaya sebahagian besar keperluan keluarga.

Lebih memburukkan keadaan apabila pasangan muda ini menyelesaikan masalah mereka bersendirian tanpa merujuk kepada mereka yang berpengalaman, katanya,

Selain faktor kewangan, katanya, perceraian juga berlaku akibat asas pendidikan agama yang longgar seperti tidak bersolat, tiada pegangan agama yang betul dan kurang pengetahuan dalam membentuk keluarga berasaskan ajaran Islam.
Mereka hanya bergantung kepada kursus praperkahwinan selama dua hari yang diwajibkan ke atas mereka.

Kursus itu sebenarnya belum cukup untuk menyediakan mereka untuk mengharungi kehidupan sebenar berumah tangga, katanya.

Sehubungan itu, katanya, mereka disaran mengukuhkan lagi pengetahuan dengan mengikuti pelbagai kursus lanjutan lain seperti kursus keibubapaan dan kursus berkaitan rumah tangga.

Beliau juga tidak menafikan pengaruh rakan dan campur tangan keluarga khususnya ibu bapa juga menjadi antara faktor keruntuhan rumah tangga pasangan muda di ibu kota.

Selain faktor itu, ada juga kes perceraian disebabkan suami atau isteri berlaku curang terhadap pasangan masing-masing, katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, bilangan kes perceraian di ibu kota yang direkodkan JAWI turun secara mendadak apabila sehingga Julai tahun ini hanya membabitkan 64 kes berbanding 1,828 kes sepanjang tahun lalu.

Beliau berkata, pasangan yang berkahwin di ibu kota setiap tahun dianggarkan 20,000 orang dengan kira-kira 10,000 orang adalah golongan muda.

Tujuh tahun pertama usia perkahwinan adalah tempoh paling kritikal kerana hampir 28 peratus perceraian berlaku dalam jangka waktu berkenaan.

Kebanyakan kes perceraian dalam tempoh itu pula membabitkan pasangan muda berumur bawah 30 tahun ke bawah," katanya.

Beliau berkata, penurunan bilangan pasangan bercerai sepanjang tahun ini berbanding tahun lalu adalah disebabkan kesan daripada pelbagai kempen dan penguatkuasaan berterusan dilaksanakan JAWI pada tahun lalu sehingga kini.

Antaranya, program Dakwah Bil Hal yang dilancarkan pada 2009; kempen Rakan Muda Masjid; kempen mengimarahkan masjid; kempen pasukan sukarelawan masjid selain program bertemu komuniti kurang bernasib baik dan bermasalah yang kesemuanya mensasarkan penyertaan golongan muda.

Semua kempen ini bermatlamat menangani krisis akhlak dan moral dalam kalangan generasi muda dan saya percaya dengan meningkatkan kekerapan siri ceramah serta kempen berkaitan untuk mereka, kesedaran mengenai kepentingan menerapkan gaya hidup berlandaskan ajaran Islam boleh ditingkatkan.

Ia sekali gus membantu JAWI menurunkan lagi kadar perceraian sehingga 15 peratus lagi menjelang 2015, katanya.

0 Bagaimana mendidik rakyat Malaysia di jalan raya melalui skrip drama / filem? Saya pernah terfikirnya dan akan kaji lebih mendalam lagi

ARKIB : 25/08/2010

Negara rugi RM9.3 bilion akibat kemalangan jalan raya - Suret Singh
25/08/2010 3:43pm


SHAH ALAM 25 Ogos — Malaysia membayar harga yang tinggi setiap kali berlaku kemalangan dan tahun lepas sahaja kerajaan kerugian kira-kira RM9.3 bilion akibat tragedi itu.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Datuk Suret Singh berkata, anggaran itu dibuat berdasarkan beberapa aspek seperti bayaran pampasan insurans, kos perubatan dan kerugian tenaga kerja serta produktiviti.

"Apabila pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal mengubah sikap dan lebih berdisiplin di atas jalan raya, saya fikir kita dapat menjimatkan RM9 bilion itu yang meliputi 1.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar,” katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata, demikian ketika berucap pada kempen mengenai keselamatan dan kesihatan di jalan raya dan di tempat kerja anjuran proton Holdings Berhad, yang dilancarkan Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Suret berkata, bagi tempoh lima tahun lepas, jabatannya berjaya mengurangkan kadar kecederaan akibat kemalangan jalan raya sebanyak 42 peratus.

"Jabatan juga berjaya mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan kepada 3.55 peratus sekarang berbanding 4.3 peratus lima tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata pada tahun lepas sebanyak 6,745 pengguna jalan raya maut dalam kemalangan dan kebanyakannya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. — Bernama


Artikel berkaitan:

Negara rugi RM9b nahas jalan raya

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my


SURET (dua dari kanan) menunjukkan kaedah penggunaan topi keledar yang betul sambil diperhatikan oleh Syed Zainal Abidin (kanan) di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Setiap tahun Malaysia perlu menanggung kerugian antara RM8 hingga RM9 bilion akibat kemalangan jalan raya, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh.

Bagi tahun lalu sahaja, menurut Suret, kerajaan menanggung kerugian sebanyak RM9.3 bilion akibat kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 6,745 mangsa terkorban dan 8,849 lagi cedera parah.

Menurut beliau, anggaran kerugian itu dibuat berdasarkan beberapa aspek seperti bayaran pampasan insurans, kos perubatan, kerugian tenaga kerja serta produktiviti.

"Dalam usaha kita mentransformasikan Malaysia kepada sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi, kerajaan tidak sepatutnya terbeban dengan kerugian yang begitu besar setiap tahun.

"Kerugian seperti ini akan mengurangkan pendapatan negara dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara satu hingga dua peratus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan dan Kesihatan di Jalan Raya dan Tempat Kerja di Ibu Pejabat Proton di sini semalam.

0 Ramai mualaf di Sabah ditinggalkan suami. Sesuatu harus diberi perhatian

Tiada tindakan susulan terhadap mualaf sebabkan murtad: Masidi



LANCARKAN ... Masidi (tengah) melancarkan program Iftar Perdana Saudara Baru, turut disaksikan Haji Muhammad Abdullah@Nicholas Sylvester (kanan) dan Pengarah Program itu, Firdaus Said.


24th August, 2010
KOTA KINABALU: Tiadanya tindakan susulan terhadap saudara baru (mualaf) bagi memberikan didikan dan bimbingan kepada mereka mengenai agama Islam menyebabkan timbul isu kemurtadan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun, berkata masalah ini berlaku sejak tahun 80an yang menyebabkan ada saudara baru terutamanya golongan wanita yang ditinggalkan serta diceraikan suami selepas mempunyai ramai anak kembali ke agama asal mereka.

“Mereka (saudara baru) ini jadi keliru, tidak ada bimbingan dan tiada tempat untuk mengadu masalah, mereka juga dipinggirkan keluarga selepas memeluk Islam dan ini menyebabkan ada di kalangan mereka menjadi murtad (kembali ke agama asal),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Iftar Perdana bersama Saudara Baru anjuran Hidayah Centre, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) cawangan Sabah di Maggellan Sutera Harbour, di sini, kelmarin.

Masidi berkata, sepatutnya mereka ini (saudara baru) dibantu dan diberi perhatian dengan memberikan bimbingan dan didikan serta kefahaman yang lebih mendalam supaya memahami apa itu Islam dan ajaran yang sebenarnya.

Katanya, pada masa yang sama mereka ini juga akan dapat merasa dihargai selepas memeluk agama Islam.

“Inilah cabaran yang kita perlu hadapi, dengan membantu menyelamatkan orang lain yang menghadapi masalah dan ini dapat memperkasakan lagi jati diri mereka (saudara baru) sebagai seorang Islam sejati,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, usaha-usaha untuk memperkasakan agama Islam tidak seharusnya terlalu bergantung kepada usaha dan bantuan daripada kerajaan semata-mata.

Katanya, dalam tahun-tahun 50an dahulu di negeri ini, untuk mendirikan surau dan masjid ianya tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan, ia banyak dilakukan oleh masyarakat Islam secara bergotong royong untuk membina rumah ibadat itu di kampung mereka.

Dalam pada itu, beliau memuji usaha yang dijalankan oleh Hidayah Centre JIM yang mengadakan gerakan dakwah terhadap saudara baru secara sukarela bagi membantu dan meningkatkan lagi kefahaman para saudara baru terhadap agama Islam.

Terdahulu itu, Pengerusi Hidayah Centre JIM Pusat, Haji Mohammad Abdullah @ Nicholas Sylvester, berkata pusat itu yang ditubuhkan pada tahun 2005 bagi membantu menangani masalah kemurtadan di negara ini.

Katanya, sehingga kini terdapat 14 pusat itu (Hidayah Centre) dan ramai saudara baru mendapat manfaat daripada penubuhan pusat itu dalam membantu dan membimbing mereka memberikan kefahaman terhadap agama Islam yan sebenarnya.

Mengenai Iftar Perdana bersama Saudara Baru itu, beliau berkata, ianya diadakan di seluruh negara yang bertujuan meraikan Saudara Baru, memasyhurkan Hidayah Centre dan mendapatkan dana untuk operasinya.

Ia juga katanya, untuk menyebarluaskan dakwah secara meriah, kreatif interaktif dan santai dan pelbagai kepada semua lapisan masyarakat.

Pada majlis itu, lebih 300 orang terdiri daripada Saudara Baru hadir mengikuti program berkenaan yang buat pertama kali diadakan di negeri ini.

Wednesday, August 25, 2010

0 Apabila prof bersuara: Kemajuan sains dan teknologi sesebuah negara hebat dapat dicapai dari semangat kenegaraan tinggi dan peka hal kemanusiaan

Taksub sains punca sejarah dipinggir
Oleh Zanariah Abd Mutalib

2010/08/25
KUALA LUMPUR: Sistem pendidikan negara yang terlalu menumpukan kepada pembelajaran sains dan teknologi serta meminggirkan kepentingan sejarah dan hal-ehwal kemanusiaan menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai ilmu kenegaraan termasuk hidup bersatu dalam negara berbilang kaum.

Sejarawan, Profesor Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, berkata Penyata Razak yang dikeluarkan pada 1956 sudah menggariskan bahawa objektif utama sistem pelajaran adalah perpaduan, namun perkara itu tidak dapat dilihat dalam sistem pendidikan hari ini yang menuntut pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Disebabkan itu, katanya, gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sukar difahami generasi hari ini, malah ada yang menyamakannya dengan slogan Malaysian Malaysia oleh DAP yang menuntut kesaksamaan antara semua kaum, sedangkan keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 1Malaysia bukan minta Perlembagaan dipinda secepat mungkin. Dari dulu keistimewaan orang Melayu sudah diperakui iaitu sejak dari zaman British kerana mereka adalah rakyat Raja Melayu.

Bagaimanapun, pada masa ini, ada orang nak timbulkan kekacauan yang bukan-bukan termasuk mempersoalkan Perkara 153 (Perlembagaan Persekutuan) yang tidak ada kaitan dengan logik dan undang-undang, katanya.

Beliau memberi syarahan sebagai ahli panel Forum Jati Diri bertajuk Perbezaan Gagasan 1Malaysia dengan Malaysian Malaysia anjuran Berita Harian, Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Persatuan Sarjana Komunikasi Media Malaysia di Universiti Malaya di sini, semalam.

Selain Khoo, turut menjadi ahli panel ialah penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Datuk Dr Zainal Kling. Ketua II GAPENA, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar bertindak sebagai moderator.
Turut hadir Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid dan timbalannya, Mahfar Ali.

Sementara itu, Zainal berkata, kesaksamaan hak dalam Malaysian Malaysia sebenarnya menindas golongan miskin yang kebanyakannya terdiri daripada Bumiputera di luar bandar dan slogan itu dilaungkan tanpa sedikit pun menyentuh kepentingan membangunkan mereka.

0 Potongan RM1 selama setahun untuk bantu fakir islam, ia idea hebat yang bukan islam digalakkan ikut

Potongan gaji RM1 sebulan bantu fakir miskin


2010/08/25
KUALA LUMPUR: Kira-kira 70 peratus daripada 1.2 juta kakitangan awam beragama Islam bersetuju melakukan pemotongan gaji minimum RM1 setiap bulan selama setahun untuk disalurkan kepada dana kebajikan bagi membantu golongan fakir miskin di negara ini.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata kesediaan kakitangan terbabit bakal mengumpulkan dana RM10 juta setahun sekali gus membantu golongan miskin daripada lingkaran kemiskinan. Budaya bersedekah perlu diterapkan dalam masyarakat Malaysia terutama orang Islam dan diharap dana itu mampu digunakan bagi merencana program serta membantu golongan miskin keluar daripada kepompong kemiskinan, katanya pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Miskin anjuran Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia , di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Lembaga Penasihat Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia, Tan Sri Zaleha Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Berhad, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Pengurus Besar Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, Franz Swoboda.

Pada majlis itu, 110 anak yatim daripada tujuh badan kebajikan turut menerima sumbangan duit raya berjumlah RM150 setiap seorang.

Sementara itu, Rosmah meminta usahawan Islam di negara ini meningkatkan usaha membudayakan amalan sedekah bagi mencapai kemakmuran dan kehebatan seperti masyarakat di negara lain.

Malah, katanya penubuhan Yayasan Al-Bukhary, Waqaf Al-Nur Corporation Berhad dan Yayasan Emkay perlu dijadikan contoh supaya usahawan Islam bersedia memperuntukkan sebilangan kecil keuntungan kepada masyarakat yang memerlukan.
Kerajaan juga perlu mewujudkan satu badan khas yang bertanggungjawab menguruskan sumbangan daripada individu Muslim dan badan korporat yang menyalurkan sumbangan mereka kepada individu yang berkelayakan, katanya.

0 Roket buatan Denmark menggunakan cecair oksigen sebagai bahan api

Roket angkasa lepas buatan sendiri



SEORANG lelaki duduk dalam roket ciptaan dua pereka Denmark.



COPENHAGEN - Dua pereka Denmark mencipta roket buatan sendiri yang pertama di dunia dan direka untuk membawa manusia ke bulan, lapor sebuah akhbar semalam.

Roket setinggi sembilan meter tersebut yang menggunakan cecair oksigen sebagai bahan api merupakan cetusan idea sebuah firma, Suborbitals di sini yang diketuai oleh pencipta Kristian von Bengtson dan Peter Madsen.

Pada 30 Ogos ini, roket itu yang dinamakan Pengangkut Atmosfera Ekso Hibrid (HEAT) akan dilancarkan ke angkasa lepas dari sebuah kapal selam di Laut Baltik.

Sekiranya, ujian pelancaran itu berjaya, roket itu akan digunakan untuk membawa Madsen ke angkasa lepas dalam masa terdekat.

Roket itu dibina sejak 2004 tanpa peruntukan kerajaan tetapi ia menerima sumbangan dalam bentuk penajaan, derma dan penglibatan sukarelawan. - Agensi

0 Apa rahsia kejayaan Media Prima sehingga untung lebih 100%

Tempoh mencabar - Media Prima
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Media Prima Bhd. yang kini mencatat prestasi yang positif, menjangkakan tempoh mencabar pada tahun depan, berikutan prospek suram ekonomi global, kata Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Amrin Awaluddin.

"Tahun depan akan menjadi tahun yang mencabar, sebahagiannya disebabkan oleh prospek global sekarang. Orang bercakap mengenai keadaan tidak menentu di Amerika Syarikat dan di Eropah.

"Apa yang membimbangkan ialah momentum pertumbuhan sekarang agak rapuh berikutan kebimbangan Amerika Syarikat mungkin menghala ke arah kemelesetan ekonomi berganda.

"Apa juga yang berlaku di sana dan di Eropah akan memberi kesan kepada Malaysia," katanya.

Bagaimanapun, beliau juga berkata, Media Prima akan terus menyaksikan pertumbuhan positif ke arah separuh kedua 2010, mencerminkan penambahbaikan ketara keputusan separuh pertamanya.

Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, ia mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM121.6 juta berbanding RM14.6 juta pada tempoh yang sama setahun lalu.

Pendapatan bersih meningkat kepada RM718.6 juta daripada RM319.2 juta sebelumnya, mencerminkan sumbangan kukuh daripada bahagian televisyen, radio, media luar dan media cetak.

Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoritinya (PATAMI) meningkat kepada RM82.2 juta daripada RM8 juta pada tempoh yang sama sebelumnya pada 2009.

"Tidak termasuk butiran luar biasa dan kesan penggabungan New Straits Times (Malaysia) Bhd, PATAMI Media Prima meningkat daripada RM4.7 juta kepada RM24.4 juta," kata Amrin ketika mengumumkan hasil kewangan kumpulan itu, di sini, semalam.

Beliau berkata rangkaian TV Media Prima - TV3, 8TV, ntv7 dan TV9 - terus menjadi satu daripada pemacu pendapatan utama bagi kumpulan, yang kini mempunyai kehadiran tunggal terbesar dalam tontonan televisyen Malaysia dengan gabungan penonton 46 peratus pada separuh pertama 2010.

Mengenai operasi media cetak menerusi NSTP, Amrin berkata, Media Prima mencatatkan kenaikan 12 peratus dalam pendapatan bersih sebanyak RM313 juta daripada RM278 juta pada tempoh enam bulan pertama 2009.

Harian Metro mengekalkan penerajuan di Malaysia dengan 420,000 naskhah, mencecah 460,000 naskhah pada hujung minggu di seluruh negara dalam separuh pertama 2010.

"Pada dasarnya, tempoh selebihnya tahun ini kelihatan menyakinkan. Walaupun jika anda lihat pada angka separuh pertama, ia sebenarnya keuntungan dan pendapatan tertinggi bagi Media Prima, walaupun sekiranya kami tidak memasukkan NSTP.

"Setakat ini sehingga Ogos, aliran meningkat itu berterusan. Berdasarkan kepada angka enam bulan itu, kami yakin dengan tempoh selebihnya 2010," katanya.

Pada masa depan, Amrin berkata Media Prima merancang meningkatkan pelaburannya dalam media baharu yang dijangka menyaksikan sumbangan positif dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang.

Semasa tempoh enam bulan pertama 2010, kerugian sebelum cukai bahagian media baharu itu meningkat kepada RM2.3 juta daripada RM657,000 yang dicatatkan pada tempoh yang sama pada 2009. - BERNAMA

Tuesday, August 24, 2010

0 Hati-hati di jalan raya, rancang perjalanan anda, awasi mata mengantuk, selalu beringat bunga tayar anda

Sabah & Sarawak: 14 laluan maut

Oleh Suzianah Jiffar

2010/08/23
KOTA KINABALU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah mengenal pasti 14 laluan maut di seluruh negeri yang bakal diberi tumpuan dalam rondaan mencegah kemalangan jalan raya sempena musim perayaan mulai 27 Ogos hingga 25 September ini.

Daripada jumlah itu, tiga laluan adalah di daerah ini, iaitu Kilometer (KM) 0-15 Jalan Lintas-Tuaran, KM8-KM20 Jalan Kota Kinabalu-Papar dan KM9-KM22 Jalan Lintas- Kepayan. Laluan lain ialah KM12-KM52 Jalan Labuk di Sandakan; KM1-KM24 Jalan Apas (Tawau); KM2-KM12 Jalan Keningau-Tambunan (Keningau); KM1-KM21 Jalan Beaufourt-Papar (Beaufort); KM1-KM10 Jalan Kudat-Tamalang (Kudat) dan KM28 Jalan Lahad Datu-Sandakan (Lahad Datu). KM1-KM15 Jalan Papar Beaufort (Kimanis); KM20-KM40 Jalan Semporna-Kunak (Silam); KM1-KM44 Jalan Tuaran-Kota Belud-Ranau (Telipok); KM40-KM65 Jalan Beluran-Telupid (Telupid) dan KM28 Jalan Lahad Datu-Sandakan (Segama).

Pengarah JPJ negeri, Mohd Shuhaili Mohd Taufek, berkata rondaan itu akan diadakan selama 16 jam dan ia adalah sebahagian daripada kaedah baru penguatkuasaan undang-undang JPJ Sabah tahun ini.

"Kami akan menempatkan pegawai dan anggota untuk melakukan rondaan setiap masa. Ini adalah antara jalan yang kerap berlaku kemalangan, termasuk membabitkan kematian.

"Kami berharap pengguna jalan raya lebih berhati-hati ketika menggunakan laluan itu," katanya pada dalam sidang media selepas melancarkan Ops Sikap XXII musim Aidilfitri 2010 di Terminal Bas Utara, Inanam dekat sini, kelmarin.
Mengenai operasi itu, beliau berkata penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan dari 4 hingga 19 September ini.

"Seramai 273 anggota JPJ akan terbabit dalam Ops Sikap ini, termasuk dalam penguatkuasaan, rondaan dan penyamaran di seluruh negeri," katanya.

Beliau berkata, antara objektif Ops Sikap XXII adalah mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya.

"Kami juga akan mempertingkatkan keselamatan penumpang kenderaan awam, pematuhan undang-undang jalan raya, memastikan kenderaan lebih muatan tidak berada di jalan raya, pemeriksaan bas ekspres di terminal dan pemantauan terhadap teksi dan kereta sewa," katanya.

Bagaimanapun, katanya, larangan kenderaan barangan menggunakan lebuh raya yang dikuatkuasakan di Semenanjung tidak dikuatkuasakan di Sabah dan Sarawak.

0 Cita-cita Ahmad Idham dalam industri filem dan drama pada masa depan

Idham ada cita-cita besar
Oleh Farihad Shalla Mahmud

2010/08/24
FIKIRANNYA mungkin terganggu ekoran isu perlantikannya sebagai Ahli Lembaga dan juga disebut-sebut sebagai bakal Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem
Nasional (FINAS) yang menjadi polemik dalam dunia hiburan sehingga ke hari ini.
Begitupun, kontroversi itu tidak membataskan pengarah dan pelakon ini untuk merancang masa depannya iaitu ingin membangunkan industri perfileman secara keseluruhan. Kecintaannya terhadap dunia seni nyata mengatasi segala-galanya dan disebabkan itulah Ahmad Idham bercadang untuk mewujudkan sebuah institut atau kolej perfileman khusus bagi melahirkan lebih ramai pelapis dalam bidang ini.
Perkara ini sudah lama berada dalam fikiran saya. Pada awalnya, saya ingin bawa idea ini untuk FINAS jika saya dibawa masuk ke sana tetapi memandangkan isu ini menjadi kontroversi, jadi saya fikir lebih baik saya tubuhkan sendiri institut terbabit,

Institut ini bukanlah seperti kolej perfileman yang menyediakan pengajian peringkat diploma atau ijazah dan sebagainya tetapi ia lebih menitikberatkan soal latihan amali. Setiap pelajar akan berpeluang mendapat tunjuk ajar dari tenaga profesional yang memang terbabit dengan bidang ini secara langsung. Contohnya, kami akan menyediakan pelakon terkenal untuk mengajar kelas lakonan supaya mereka mendapat gambaran sebenar.

Selain itu, kami juga menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajar terbabit. Senang cerita, mereka yang belajar di kolej ini dijamin peluang pekerjaan sama ada dengan syarikat saya sendiri, Excellent Pictures ataupun dengan produksi lain menerusi perjanjian bersama yang bakal kami tandatangani tidak lama, kata Idham ketika dihubungi Hip baru-baru ini.
Katanya, kolej itu nanti akan tertumpu kepada tiga bidang untuk peringkat permulaan iaitu sekolah perfileman, sekolah lakonan dan juga fotografi. Untuk sekolah fotografi, ia akan terbahagi kepada dua bahagian iaitu drama dan filem.

Bukan saja dalam bidang perfileman, saya juga bercadang untuk mewujudkan sekolah kewartawanan pada masa akan datang khususnya kewartawanan hiburan yang objektifnya juga untuk membantu meningkatkan dunia penulisan hiburan, katanya.

Ditanya berapa banyakkah bajet untuk mendirikan kolej itu, dia berkata perkara itu belum dapat diputuskan lagi kerana harus melihat prasarananya terlebih dulu.

Mungkin saya akan meminta bantuan daripada MARA menerusi pinjaman usahawan muda yang dikendalikan oleh agensi itu kerana saya juga adalah bekas pelajar tajaan MARA. Apapun, saya harus melihat dari segi kemudahan yang akan kami sediakan dan hanya selepas itu barulah boleh diketahui nilai sebenar projek ini.

Kalau boleh kami mahu kolej ini siap secepat mungkin dan pengambilan pelajar yang pertama sekitar Januari tahun depan. Itupun kalau sempat, kalau tidak mungkin pada bulan Julai 2011, katanya mengenai kolej yang bakal diberi nama Advice Institute of Film Making.

Selain projek pembangunan modal insan yang akan dikendalikan menerusi kolejnya itu, Idham juga mempunyai pelbagai rencana lain untuk syarikatnya sendiri iaitu menjadi pengedar kepada filem tempatan serta mewujudkan pawagam sendiri.

Apa yang saya buat ini adalah untuk menunjukkan bahawa saya memang mengambil berat terhadap kepentingan industri perfileman dan saya harap impian saya ini akan tercapai, katanya.

Sasar tiga filem setahun

KETIKA dihubungi, Idham berada di lokasi untuk menyiapkan penggambaran filem terbarunya berjudul Senjakala. Filem yang bertemakan seram dan cinta ini membariskan pelakon seperti Liyana Jasmay, Zahiril Adzim dan Faezah Elai.
Memulakan penggambaran hujung minggu lalu filem ini, menurut Idham berkisar kepada kisah cinta sepasang kekasih. Bagaimanapun, cinta mereka menimbulkan konflik apabila si jejaka rupa-rupanya membela saka yang ditinggalkan oleh nenek moyangnya.

Menurut Idham, selepas kontraknya dengan syarikat Metrowealth Movie Productions (MMP) tamat awal tahun lalu dan filem Damping Malam menjadi filem terakhir arahannya untuk produksi terbabit, dia kini lebih menumpukan terhadap
pembikinan filem untuk syarikatnya sendiri.

Selepas Senjakala, akan muncul dengan filem seterusnya pada penghujung tahun ini. Filem Senjakala mungkin ditayangkan Februari tahun depan. Untuk syarikat ini, saya merancang menghasilkan tiga filem setahun, selain menumpukan perhatian terhadap projek lain seperti pembikinan drama serta kolej perfileman yang bakal didirikan nanti,katanya.

Biarpun kontraknya bersama MMP tamat, namun tegas Idham ia bukanlah penghalang
untuknya bekerjasama dengan syarikat yang cukup aktif itu.

Kami masih boleh bekerjasama tapi ia akan dilakukan secara usaha sama. Mungkin filem itu nanti juga harus mempunyai sentuhan saya sendiri dan ia tidak terbatas pada syarikat itu saja tetapi juga untuk syarikat produksi yang lain.

Cara kerja saya mudah, iaitu hanya bekerja dengan mereka yang mempunyai visi yang besar untuk meningkatkan industri. Saya ada bakat dan David Teo mempunyai kewangan yang kukuh serta strategi pemasaran yang baik. Gabungan seperti inilah yang membantu kejayaan kebanyakan filem yang dihasilkan, katanya.

0 Jika anda lahir hari ini, warganegara mana anda pilih? Malaysia pilihan ke-37 dunia

Malaysia di kedudukan ke-37 senarai 'Negara Terbaik Dunia' Newsweek


2010/08/23
KUALA LUMPUR: Malaysia berada di kedudukan ke-37 dalam senarai "Negara Terbaik Dunia" majalah Newsweek dari segi penyediaan ekonomi, politik, pendidikan, kesihatan dan kualiti kehidupan.

Di kalangan jiran, Singapura di kedudukan ke-20, Thailand (58), Filipina (63) dan Indonesia (73). Dalam senarai membabitkan 100 negara itu, Finland di kedudukan pertama, diikuti Switzerland dan Sweden. Dalam keluaran khas pertama "Negara-negara Terbaik" Newsweek, mereka diminta menjawab satu soalan sederhana tetapi agak kompleks - jika anda dilahirkan hari ini, negara mana yang akan menyediakan anda peluang terbaik untuk menjalani kehidupan yang sihat, selamat, makmur, dan bergerak maju.

Bagi tinjauan khas ini, Newsweek memilih lima kategori kesejahteraan negara - pendidikan, kesihatan, kualiti kehidupan, daya saing ekonomi, dan persekitaran politik.

Majalah itu juga menyenaraikan Malaysia sebagai lapan terbaik dalam kategori pendidikan di kalangan negara berpendapatan sederhana atas.

Tiga negara teratas dalam kategori itu ialah Kazakhstan, Poland dan Cuba. - BERNAMA


Artikel berkaitan:

Minda Pengarang: Malaysia antara negara terbaik dunia diraih hasil kesepakatan rakyat


2010/08/25

PEMILIHAN Malaysia oleh majalah antarabangsa, Newsweek untuk menduduki tangga ke-37 dalam senarai Negara Terbaik Dunia dan ketiga di rantau Asia sebagai negara pilihan yang mampu menyediakan tempat untuk hidup lebih selesa dan sihat, selamat, sejahtera serta maju adalah satu pengiktirafan tinggi ke atas kemampuan pentadbiran negara di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak. Kejayaan ini bertambah manis apabila Newsweek keluaran 23 hingga 30 Ogos itu turut menyenaraikan Malaysia pada kedudukan kelapan daripada 10 negara pendapatan sederhana tinggi dalam bidang pendidikan. Sebagai negara yang menetapkan sasaran mencapai status berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020, pemilihan Malaysia daripada 100 negara untuk menduduki tempat ke-37 di bawah Jepun yang menduduki tempat kesembilan dan Singapura (20), tetapi di atas Thailand (58), Filipina (63) dan Indonesia (73), bukan dapat dicapai dengan mudah dan singkat.

Ini diakui Newsweek pencapaian itu berdasarkan lima kategori kesejahteraan negara iaitu pendidikan, kesihatan, kualiti kehidupan, daya saing ekonomi dan persekitaran politik. Usaha menilai tahap negara terbaik dilakukan beberapa bulan dan mendapat bantuan lembaga penasihat termasuk pemenang anugerah Nobel, Prof Joseph E Stiglits dari Universiti Columbia. Perlu diingat, pemilihan ini menggambarkan keadaan negara pada 2008 serta 2009 dan bukan saja berkisar kepada latar belakang sejarah atau jangkaan masa depan negara. Berdasarkan perkembangan semasa, Malaysia boleh memperbaharui kedudukan ini berikutan pembentangan pelan pembangunan lima tahun negara dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) oleh Perdana Menteri bagi tempoh 2011-2015 di Dewan Rakyat, baru-baru ini yang menumpukan pelbagai usaha mencapai status negara maju pada 2020. Dengan berbekalkan peruntukan RM230 bilion di bawah RMKe-10, kerajaan menumpukan usaha kepada pelaksanaan transformasi jentera pentadbiran awam, mewujudkan suasana kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi, memacu ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif, pembangunan modal insan bertaraf dunia, serta membina kehidupan rakyat berkualiti. Kita yakin matlamat menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi dapat dicapai pada 2020 dengan dukungan gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP) serta Model Baru Ekonomi (MBE) kerana semua ini menyediakan pentas bagi transformasi struktur utama yang diperlukan itu. Untuk melihat Malaysia terus mencatatkan pelbagai kejayaan dan mendapat pengiktirafan pada masa depan, kita perlu memastikan negara dapat terus bersaing pada peringkat serantau dan global, termasuk soal menarik pelaburan, memacu inovasi dan produktiviti. Perlu diakui teras bagi mana-mana ekonomi yang produktif terletak pada tenaga kerja yang berdaya saing, kreatif dan inovatif di peringkat global. Sesungguhnya kejayaan Malaysia ini hasil kerjasama menyeluruh dan kesepakatan pelbagai lapisan masyarakat dalam melaksanakan dasar ekonomi dan kewangan, di samping kestabilan iklim politik dan keyakinan pelabur asing. Kita berbangga dengan kemampuan negara menduduki senarai ke-37 Negara Terbaik Dunia mengatasi beberapa negara jiran di Asia dan benua lain kerana ia menunjukkan kita mempunyai dasar ekonomi yang menjurus kepada pertumbuhan dan ketangkasan tanpa mengorbankan keadilan dan kesaksamaan semua kaum yang ada di negara ini.

Sunday, August 22, 2010

0 Gempa bumi di Taiwan, sejajar Lahad Datu

6 gempa bumi gegar Taiwan, tiada amaran tsunami


2010/08/22
TAIPEI: Enam gempa bumi termasuk berukuran 5.4 pada skala Richter melanda luar pesisir pantai timur Taiwan hari ini tetapi tiada laporan kemalangan atau kemalangan jiwa atau amaran tsunami.

Gempa bumi sederhana itu melanda sejurus selepas tengah malam di 35 kilometer ke tenggara kampung Hsilin dengan pusat gempa pada kedalaman 5.4 kilometer saja. Gempa bumi lebih lemah lain pula melanda di luar bandaraya Ilan. - AFP

0 Iran berkata program nuklearnya untuk keamanan. Yang membimbangkan kita ialah nuklear diramal menjadi penyebab manusia pupus macam dinasour pupus?

Loji nuklear pertama Iran dilancar



IMEJ yang diambil daripada stesen televisyen berbahasa Arab milik kerajaan Iran, Al-Alam TV merakamkan majlis pelancaran loji tenaga nuklear pertama Iran di Bushehr, semalam. - AFP



BUSHEHR 21 Ogos - Iran hari ini mula menghantar bahan bakar ke loji nuklear pertamanya di Bushehr, di selatan Teheran, yang menimbulkan kontroversi.

Selepas beberapa dekad tertangguh, jurutera-jurutera akhirnya memindahkan bekalan bahan bakar dari Rusia ke loji di selatan bandar pelabuhan, Beshehr dengan disaksikan pegawai Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Jurucakap Organisasi Atom Iran, Ali Shirzadian semalam berkata, loji nuklear bernilai AS$1 bilion (RM3.1 bilion) itu akan beroperasi sepenuhnya pada Oktober atau November ini apabila ia dihubungkan dengan rangkaian bekalan tenaga elektrik.

Sementara itu, Ketua Nuklear Iran, Ali Akbar Salehi berkata, Teheran akan terus mengayakan uranium untuk dijadikan bahan bakar untuk loji Bushehr kerana negara ini tidak akan berterusan membelinya dari Rusia.

"Loji Bushehr mempunyai jangka hayat selama 60 tahun dan kami merancang untuk menggunakannya selama 40 tahun, kata Ali yang dipetik oleh agensi berita IRNA.

Rabu lalu, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata, loji Busherh itu bertujuan memastikan Iran menggunakan tenaga nuklear untuk tujuan keamanan. - AFP

0 Gempa bumi di Lahad Datu

Gempa bumi lemah di Lahad Datu, Sabah
22/08/2010 10:40am


KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Satu gempa bumi lemah berskala 4.0 Richter telah berlaku di 19 km dari utara Lahad Datu, Sabah, pada pukul 3.43 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Keadaan tersebut boleh menyebabkan kemungkinan gegaran lemah dirasai di sekitar kawasan Lahad Datu, menurut jabatan itu dalam kenyataan hari ini.

Jabatan itu sedang memantau perkembangan tersebut, kata kenyataan berkenaan. — Bernama

Friday, August 20, 2010

0 Jangan ambil mudah penggunaan ubat antibiotik. Anda akan menyesal seumur hidup anda

Guna antibiotik secara rasional
Oleh Syuhada Choo Abdullah

2010/08/20
KUALA LUMPUR: Penggunaan antibiotik dengan sewenang-wenang dalam rawatan penyakit boleh mengakibatkan bakteria dalam badan pesakit mengalami evolusi genetik yang menjadikannya memiliki lebih ketahanan, sekali gus kebal terhadap ubat berkenaan.

Antibiotik perlu digunakan secara rasional mengikut garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan serta dikemas kini setiap lima tahun bagi mengelakkan masalah berkenaan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata bukan semua rawatan penyakit memerlukan antibiotik tetapi terdapat pesakit mendesak doktor memberikan antibiotik kerana menyangka mereka akan sembuh lebih cepat sedangkan ia tidak semestinya berlaku. Pesakit dan doktor diingatkan kewujudan gen baru dikenali sebagai New Delhi metallo-beta-lactamase (gen NDM-1) yang memberi lebih ketahanan atau kekebalan kepada bakteria untuk melawan antibiotik, termasuk antibiotik kuat jenis carbapenem.

Evolusi gen baru bakteria itu dikaitkan dengan salah guna antibiotik dan perkembangan berkenaan semakin membimbangkan dunia perubatan antarabangsa kerana gen NDM1 sudah dikesan di India, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Sweden, Australia serta Belanda, katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Hasan Abd Rahman, pula menjelaskan penggunaan antibiotik yang tidak sepatutnya atau tanpa mengikut sukatan ditetapkan akan menyebabkan bakteria yang terdedah kepada ubat itu tetapi bertahan, bertindak balas melindungi diri melalui evolusi genetik yang mampu melawan antibiotik.

Katanya, bakteria dengan gen NDM1 satu daripada banyak bakteria yang boleh mengakibatkan jangkitan dalam perut dan paru-paru, justeru penggunaan antibiotik yang menepati garis panduan adalah amat penting untuk mengelakkan bakteria lain daripada turut mengalami evolusi genetik dan menjadi kebal.
Sebagai contoh, ada pesakit tidak mematuhi dos antibiotik ditetapkan, terutama tidak menghabiskannya. Ini menyebabkan bakteria tidak mati dan selepas terdedah kepada suatu antibiotik itu, ia ada peluang untuk `belajar melawan balik ubat berkenaan melalui evolusi genetik.

Perkara sama turut berlaku apabila ada pesakit mengambil ubat antibiotik yang sebenarnya tidak diperlukan. Oleh itu, harus diingatkan bahawa ada antibiotik yang khusus untuk membunuh bakteria tertentu mengikut jenis penyakit, katanya.

Sementara itu, Persatuan Perubatan Doktor Utama Malaysia mendedahkan ada pesakit yang bertindak mendapatkan antibiotik di farmasi atau kedai ubat alternatif apabila doktor enggan melayan permintaan mereka untuk mendapatkan ubat berkenaan.

Presidennya, Dr Molly Chuah, berkata doktor tidak boleh dipersalahkan keseluruhannya berhubung isu pemberian antibiotik kerana ada pesakit yang bersikap mendesak atau mendapatkannya sendiri daripada sumber lain.

0 Kisah menarik tentang Barack Obama

Makin ramai percaya Obama Muslim


2010/08/19
WASHINGTON: Semakin ramai warga Amerika Syarikat tersalah anggap terhadap Presiden Barack Obama kerana percaya beliau beragama Islam hampir dua tahun selepas tokoh Parti Demokrat itu berkuasa, menurut tinjauan terbaru, semalam.

Meskipun Obama menghadiri majlis keagamaan di gereja dan berulang kali menegaskan beliau beragama Kristian, seorang setiap lima warga Amerika yang ditanya percaya beliau adalah Muslim, kebanyakannya mengakui penyokong Parti Republikan. Hanya 34 peratus responden yang menganggapnya penganut Kristian, penurunan yang agak besar berbanding setahun lalu, menurut tinjauan Forum Pew mengenai Agama dan Kehidupan. Peratusan yang tidak pasti Obama menganut agama yang mana juga meningkat kepada 43 peratus daripada 34 peratus, tahun lalu.

Dalam tinjauan terbaru, 18 peratus percaya Obama adalah Muslim, peningkatan lapan peratus mata. Malah, kurang daripada separuh penyokong Obama dari Parti Demokrat percaya beliau seorang Kristian.

Daripada mereka yang percaya Obama beragama Islam, 60 peratus mengakui mengetahuinya daripada laporan media.

Tinjauan itu dibuat pada 21 Julai hingga 5 Ogos lalu membabitkan 3,003 responden. Keputusan itu didapati ketika Obama dikecam kerana dianggap menyokong pembinaan masjid berdekatan lokasi tragedi 9/11.
Pegawai Rumah Putih memberitahu akhbar Washington Post bahawa salah anggapan itu berpunca daripada kempen menyebar maklumat palsu oleh penentang politik Obama.

Akhbar The Guardian semalam mengulangi laporan mengenai latar belakang Obama sebagai seorang Kristian kepada lelaki Kenya, Barack Obama Sr yang dibesarkan sebagai Muslim.

Selain itu, pada usia enam hingga 10 tahun, Obama tinggal di Indonesia bersama ibunya dengan bapa tirinya. - Agensi

0 Novel Sharifah Abu Salem ke skrip telefilem. Mungkin lebih baik dulu watak utama adalah lelaki. Mari buat watak utama adalah lelaki

Antara kasih dengan keluarga dalam Pesona Rindu di TV1


2010/08/20
ADAPTASI novel daripada karya penulis terkenal Sharifah Abu Salem menerusi telefilem berjudul Pesona Rindu, mengetengahkan perjalanan hidup seorang insan bergelar wanita dan rencah kehidupan berkeluarga.

Telefilem yang akan disiarkan menerusi TV1, Sabtu ini jam 9 malam membariskan pelakon seperti Emelda Rosmila, Zamarul Hisham, Fezrul Khan, Siti Fazurina, Dian P.Ramlee, Datuk Ahmad Tamimi Serigar dan Khatijah Tan. Awal penceritaan Pesona Rindu menyaksikan kisah putus tunang antara Najmah dengan Ustaz Syakir yang menimbulkan kemarahan keluarga. Permintaan Najmah itu berlandaskan prinsip hidupnya yang hanya menganggap Ustaz Syakir tidak lebih daripada seorang abang baginya. Walaupun kecewa Ustaz Syakir reda menerima keadaan itu dan menganggapnya hanya sebagai adik. Najmah sekali lagi berdepan dilema apabila kemunculan Safuan, rakan sekerja yang didapati menghidap penyakit kronik barah paru-paru dalam diam jatuh cinta kepadanya. Justeru, Najmah yang mengetahui akan hal itu terpaksa menerima cinta Safuan kerana kasihan melihat penderitaan Safuan yang disahkan oleh doktor dapat bertahan hanya enam bulan untuk hidup.

Dilema cinta Najmah berterusan apabila Safuan melamar dan ingin mengahwininya sebelum ajal tiba. Lamaran itu membuatkan Najmah serba salah namun atas dasar simpati dan tidak mahu menghampakan permintaan Safuan, Najmah akhirnya bersetuju untuk bersatu.

Justeru, sekali lagi keluarganya menerima tamparan hebat dengan keputusan itu. Ibunya, Mak Nab menganggap Najmah keterlaluan dan mengetepikan keluarga lalu pernikahan itu dihalang dari diadakan di rumah mereka. Keadaan Safuan yang semakin tenat, membuatkan Najmah nekad mengahwini Safuan secepat mungkin. Walaupun sukar menerima perkahwinan anaknya, bapa Najmah, Haji Wahid hadir mewalikan pernikahan yang diadakan di wad Hospital.

Bagaimanapun, Tuhan lebih berkuasa, Safuan menemui ajal sebelum lafaz nikah diucapkan. Harapan Mak Nab untuk menjodohkan Najmah dengan Ustaz Syakir kembali berbunga, namun Najmah masih menolak kerana mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya.
Pesona Rindu adalah rencah kehidupan keluarga dan cinta, kisah Najmah berterusan dengan kehadiran Fazlan dalam hidupnya. Fazlan anak majikan yang baru ditinggalkan isterinya Darina, dalam diam mula jatuh cinta kepada Najmah apabila sering menjadi tempat meluahkan masalah mengenai hubungan dan kisah rumah tangga.

Najmah takut menerima cinta Fazlan kerana Darina adalah rakan karibnya. Atas alasan kesunyian mereka mengambil keputusan nekad untuk berkahwin lalu sekali lagi menimbulkan kemarahan keluarganya kerana memilih cinta ketiga pada lelaki bergelar suami orang.

Perkahwinan mereka tetap berlangsung walaupun tanpa restu Haji Wahid dan ibunya namun diterima baik keluarga mentuanya Datuk Shauki dengan penuh bersifat terbuka. Tambahan lagi Datuk Shauki bersetuju menyembunyikan perkahwinan itu dari pengetahuan Darina yang lama menyepi tanpa sebarang khabar berita.

Bagaimanakah Fazlan dan Najmah berdepan dengan kepulangan Darina dan apa pula yang berlaku kepada bekas tunangnya Ustaz Syakir?

Thursday, August 19, 2010

0 Masih ingat kes Roslin Hashim dengan bekas isterinya? Tentang perkahwinan 28 hari dan tuntutan belanja kahwin

Lafaz cerai di hotel

Oleh FIRDAUS HASSAN dan NOR AZIRAN MOHD. YUNUS
berita@kosmo.com.my



GOMBAK – Nurhayati Othman, isteri kepada jaguh badminton negara Roslin Hashim, mendakwa dia diceraikan oleh suaminya selepas dia mendapati lelaki itu berada bersama penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 7 Ogos lalu.

Nurhayati yang merupakan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berkata demikian ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini semalam.

Roslin atau nama sebenarnya Muhammad Roslin Hashim selaku defendan melalui peguamnya Roslizam Rahim mengesahkan menerima surat pengesahan perceraian itu pada Isnin lalu selepas pihak plaintif (Nurhayati) memfailkannya pada 10 Ogos lalu.

Nurhayati, 38, berkata, Roslin, 35, melafazkan cerai tersebut setelah dia dan ahli keluarganya termasuk ibu dan dua adik lelaki menyerbu bilik bernombor 533 dengan dibawa oleh Jalani Sidek (suami Raja Azmi).

“Tiada pertengkaran yang berlaku pada masa itu, cuma perdebatan. Defendan berada dalam keadaan sedar, siuman dan tenang duduk di atas kerusi. Selepas itu, saya bertanya, saya mahukan keputusan awak sekarang.

“Selang beberapa saat kemudian defendan membuat lafaz, ‘I cerai you lah’ di hadapan keluarga saya, Raja Azmi dan Jalani,” katanya.

Roslin yang turut dipanggil untuk memberikan kenyataan berkata, mereka telah memaksanya melafazkan cerai setelah mengesyaki dia berdua-duaan dengan Raja Azmi selepas mereka menyerbu bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang pada 7 Ogos lalu kira-kira pukul 8.30 malam.

“Saya berada di luar hotel tersebut, bukan di dalam bilik seperti yang didakwa.

Wednesday, August 18, 2010

0 Jika kerajaan mempunyai misi yang jelas, bagaimana dengan misi rakyatnya? Sepatutnya kena lebih kaya berbanding sebelumnya. Mari ambil iktibar

ndapatan negara kasar diunjur naik hampir RM1.7 trilion pada 2020: PM


2010/08/17
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Pendapatan Negara Kasar (GNI) diunjurkan meningkat hampir RM1.7 trilion (AS$524 bilion) pada 2020 daripada RM600 bilion (AS$188 bilion) pada 2009.

Ini sekaligus meningkatkan pendapatan per kapita Malaysia daripada RM22,000 (US$7,000) kepada sekurang-kurangnya RM49,500 (US$15,000) pada 2020. "Bagi memenuhi penanda aras negara berpendapatan tinggi seperti yang didefinasikan oleh Bank Dunia, ekonomi negara perlu berkembang 5.0 hingga 6.0 peratus antara 2011 dan 2020," katanya di dalam satu kenyataan selepas pertemuan dan lawatannya ke Makmal Aktiviti Utama Ekonomi Negara (NKEA) di sini hari ini. Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata sejumlah dana lebih RM2.2 trilion (AS$690 bilion) diperlukan bagi tempoh Program Transformasi Ekonomi (ETP).

“ETP akan menghasilkan pertumbuhan signifikan di dalam pasaran pekerjaan, peralihan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi dan pengukuhan asas kemahiran.

"Inisiatif di bawah 12 NKEA diunjurkan akan mewujudkan peningkatan 3.3 juta pekerjaan, di mana 63 peratus daripadanya di dalam segmen pendapatan pertengahan dan tinggi berbanding dengan 43 peratus sekarang ini. Sebanyak 46 peratus daripada pekerjaan baharu itu akan memerlukan kelayakan minimum vokesyenal atau diploma," katanya.

Semua 12 NKEA yang ditetapkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10) ialah minyak, gas dan tenaga, minyak sawit, perkhidmatan kewangan, pelancongan, perkhidmatan perniagaan, elektrik dan elektronik, pemborongan dan peruncitan, pendidikan, penjagaan kesihatan, komunikasi, pertanian dan Greater Kuala Lumpur.
Daripada 12 NKEA itu, 11 daripadanya adalah sektor industri dan satu – Greater Kuala Lumpur – ialah kawasan geografi.

Sebanyak 92 peratus daripada pembiayaan NKEA itu akan disumbang oleh pelaburan swasta manakala bakinya melalui pembiayaan awam, yang konsisten dengan strategi menjadikan sektor swasta pemacu utama pertumbuhan ekonomi.

Najib berkata, pelaburan langsung domestik (DDI) akan mencatatkan 75 peratus daripada pelaburan swasta dengan baki 25 peratus diperolehi daripada pelaburan langsung asing (FDI).

Katanya, DDI dijangka dibiayai oleh 12 peratus daripada lebihan antara simpanan dan pelaburan sebagai agihan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Najib berkata, ETP adalah kemuncak kepada usaha membangunkan agenda ekonomi kerajaan, yang melaksanakan RMK10, Model Baru Ekonomi (MBE) dan prinsip 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan (1MPFPN).

Katanya, makmal NKEA membabitkan lebih 500 peserta daripada lebih 200 syarikat sektor swasta, kementerian kerajaan, agensi dan badan kawal atur serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Ia telah memuktamadkan perbincangannya pada 30 Julai dan menyerahkan cadangan penyelesaiannya kepada kerajaan," katanya.

NKEA adalah pemacu aktiviti ekonomi yang berpotensi menyumbang secara langsung dan material kepada jumlah yang besar kepada pertumbuhan ekonomi.

Makmal NKEA itu adalah lanjutan susulan kepada bengkel seribu-orang yang diadakan pada Mei, di mana satu konsensus terhadap sektor utama telah dicapai.

Najib berkata, NKEA telah mengenal pasti projek ikonik yang akan menghasilkan peningkatan GNI bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi, di mana butirannya akan dikongsi dengan orang ramai semasa Hari Terbuka ETP pada September-Oktober ini.

Katanya, kerjasama yang belum pernah berlaku seperti ini antara sektor awam dan swasta telah mengenal pasti projek khusus dan peluang perniagaan yang didokong oleh 12 NKEA itu yang dimasukkan di RMK10.

ETP itu menandakan perubahan fundamental di segi pendekatan ke arah pertumbuhan ekonomi bagi mencapai status negara maju pada 2020. Ia memberi fokus pada tindakan dan kandungan yang dibincangkan dengan baik dan secara khusus bagi mengembangkan setiap NKEA.

“Idea yang dicadangkan itu dimajukan melalui kerjasama rapat antara sektor swasta dan awam dan dalam beberapa kes, projek berkenaan mendapatkan komitmen kukuh daripada pelabur sektor swasta.

"Bagi memastikan penyampaian yang kukuh dan telus, Unit Transformasi Ekonomi (ETU) di dalam Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) diberi tanggung jawab menyampaikan dan memantau kemajuan berkenaan yang dipandu oleh Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang jelas dan tuntutan yang mendesak bagi setiap NKEA. Kunci kepada transformasi ekonomi itu ialah pelaksanaan dengan tepat dan ini kita perlu laksanakan," katanya. - BERNAMA

0 Tidak sanggup pikul status janda, biarlah sehingga mampu berdiri di kaki sendiri, kata Wan Nor Azlin

Wan Norazlin takut menjanda

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my



SELEPAS dua tahun, kemelut rumah tangga yang menghantui hidup aktres Wan Nor Azlin tidak juga berakhir. Ibarat digantung tidak bertali oleh suaminya, kehidupan ibu kepada tiga orang cahaya mata itu tidak ubah seperti seorang ibu tunggal. Cuma bezanya, dia masih berstatus isteri kepada Mohd. Yazli Yaacob.

Azlin atau nama sebenarnya Wan Nor Azlin Wan Mohd. Husain, 41, yang ditemui di majlis sidang media program Ramadan dan Merdeka di RTM baru-baru ini menjelaskan tiada kejernihan yang timbul antara suami dan dirinya. Malah, sudah terlalu lama rasanya dia hidup tanpa suami di sisi.

Dia yang ditemani anak ketiganya Dania Camelia, enam tahun, pada majlis tersebut mengakui sudah terbiasa hidup tanpa seorang suami dan ayah di sisi mereka apabila suaminya itu meninggalkan mereka buat kali pertama pada tahun 2005.

Kata Azlin, suaminya pulang semula pada tahun 2007 bagaimanapun pada tahun 2008 sehingga hari ini suaminya keluar dan tidak pernah pulang ke rumah menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ayah kepada tiga orang anaknya.

"Saya dan suami, masih lagi suami isteri yang sah. Kami tidak pernah bercerai dan saya takut apabila memikirkan perkara itu. Walaupun digantung tidak bertali oleh suami, saya lebih selesa begitu daripada bercerai dan memikul status janda," ujarnya.

Ditebak lagi, jika sudah digantung tidak bertali apa lagi jalan penyelesaian yang ada selain bercerai. Namun, katanya dia takut dengan status janda.



"Saya takut untuk pikul status janda. Biar pun digantung tidak bertali tetapi saya masih lagi isteri orang. Setidak-tidaknya masih ada kekuatan buat saya untuk teruskan hidup. Bagi saya status isteri itu lebih mulia dan dihormati orang daripada janda. Malah saya tidak pernah terfikir untuk menjanda sebab saya tidak pernah melaluinya.

"Berdasarkan cerita kawan-kawan yang bergelar janda, cabaran buat mereka lebih besar. Masyarakat juga sering memandang serong kepada mereka. Itu yang saya takutkan. Setakat ini, saya senang dengan cara hidup begini walaupun saya terpaksa uruskan semua perkara sendiri," ucapnya.

Tambah ibu kepada Danial Luqman, 10, Danny Iskandar, 9, dan Dania Camelia, dia juga tidak mengerti dan tidak tahu apa yang difikirkan oleh suaminya sehingga sanggup meninggalkan dia dan anak-anak.

"Saya tidak tahu apa masalahnya, selain kes pinjam duit ah long itu dia tidak beritahu saya apa masalah dia. Bila ditanya, dia kata jangan campur urusannya. Saya mahu cakap apa lagi?

"Sejujurnya saya tidak tahu sampai bila saya akan digantung tidak bertali. Suami saya langsung tidak membantu saya dan anak-anak apabila kami dalam kesusahan. Ramai kawan yang minta untuk saya tuntut cerai tetapi saya belum punya kekuatan itu lagi," katanya.




WAN NOR AZLIN memberitahu sudah terbiasa hidup sendiri bersama tiga anaknya iaitu Danny Iskandar (kiri) Dania Camelia dan Danial Luqman.


Tidak putus silaturrahim

Sungguhpun sebelum ini suaminya menghilangkan diri tanpa berita tetapi menurut Azlin, kini dia sudah mula berhubung dengan suaminya cuma mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak suaminya keluar dari rumah pada tahun 2008.

"Saya ada hubungi dia melalui telefon dan ada juga jumpa. Saya juga letak anak-anak di bawah jagaannya apabila saya ada penggambaran kerana saya tidak mahu susahkan keluarga saya lagi.

"Setidak-tidaknya dia boleh menjalankan sedikit tanggungjawabnya sebagai seorang ayah. Itu sahaja yang saya lihat dia boleh lakukan, kalau nak bagi nafkah atau mendidik saya rasa tidaklah," terangnya lagi.

Disoal lagi, mungkinkah masih ada sayang dan cinta kepada suaminya yang membuatkan Azlin bertahan sehingga ke hari ini? Azlin yang terdiam sebentar menjawab: "Sayang sudah tiada sebab saya sudah geram sangat dengan dia. Kalau dia sudah melampau sangat saya pula sudah ada kekuatan dan rasa selamat baru saya akan tuntut cerai tetapi tidak buat masa ini."