.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Friday, July 09, 2010

1 Robin Van Parsie bercerita tentang gambar Maradona sebelum sepak mula Final Piala Dunia

Maradona inspirasi Van Persie


2010/07/08 CAPE TOWN: Penyerang Arsenal, Robin van Persie mengakui begitu berhajat memenangi Piala Dunia awal pagi Isnin ini bagi mengikut jejak langkah wiranya, Diego Maradona selepas Belanda mencatat kemenangan ke atas Uruguay di separuh akhir, awal pagi semalam.

Skuad Oranje yang memburu kejuaraan Piala Dunia pertama selepas menumpaskan Uruguay 3-2 di Cape Town akan berdepan sama ada Jerman atau juara Eropah Sepanyol pada perlawanan akhir yang berlangsung di Soccer City, Johannesburg.

Van Persie yang tidak mempamerkan aksi terbaik di pusingan akhir setakat ini dan hanya menyumbat satu gol gembira berjaya melangkah ke final dan mula mengimpikan menjadi sebahagian daripada skuad Belanda yang menjulang trofi buat kali pertama.


“Saya menonton aksi pasukan lain di perlawanan akhir sebelum ini, tapi kali ini saya akan beraksi, saya akan berada di tengah gelanggang,” kata pemain berusia 26 tahun itu.


“Saya tidak tahu perasaan memenangi Piala Dunia, namun saya masih ingat bagaimana Maradona menjulang trofi Piala Dunia pada 1986 selepas mengalahkan Jerman Barat.


“Ia gambaran yang sukar dipercayai, dia bersama rakan sepasukan memegang trofi dengan penuh senyuman.” “Jika kami menang, saya mahu meraikan kemenangan seperti itu,” katanya.


Belanda mara ke pentas akhir Piala Dunia pada 1974 dan 1978 bagaimanapun kecundang di tangan Jerman Barat dan Argentina.


Van Persie berkata, untuk melangkah jauh melepasi pencapaian barisan bintang Belanda era 1970-an, diketuai Johan Cruyff yang kecewa pada 1974 dan tidak beraksi ketika tumpas pada 1978 umpama mimpi yang menjadi realiti namun ia tidak semudah disangka.


“Sukar membendung tekanan, kerana anda perlu berjuang menentang memori pasukan 1974 dan 1978 sebelum ini. Mereka pemain hebat, tapi malangnya gagal mencapai kejayaan tapi kami berpeluang melakukannya buat pertama kali dan melakar kejayaan lebih hebat berbanding mereka.


“Anda membesar dengan memori ditinggalkan pasukan itu, apabila pemain dari pasukan itu bercakap, semua orang mendengarnya. Mungkin satu hari nanti mereka akan mendengar cakap saya,” katanya berseloroh.


Van Persie berkata, dia keletihan selepas aksi separuh akhir namun memuji semangat kental kem Belanda apabila tidak panik meskipun melepaskan gol pada masa kecederaan ketika cuba mempertahankan kedudukan bagi menempah tiket ke final. - AFP

1 comments:

baincardin said...

Misteri alam jin...pernah terjumpa ke? heeeee....^_^'