.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Thursday, June 10, 2010

0 RM3.3j adalah nilai kepada ketidakcekapan pertuduhan mahkamah. Mari ambil pelajaran ini

Mahkamah arah RM3.3j diberikan kepada bekas tahanan ISA
10/06/2010 6:56pm


PUTRAJAYA 10 Jun – Mahkamah Tinggi Putrajaya memerintahkan agar RM3.3 juta dibayar kepada bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ditahan menyalahi undang-undang atas dakwaaan terbabit dengan pengeluaran permit dan pasport palsu kepada pekerja asing.

Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus berkata, mahkamah bersetuju dengan plaintif seorang ahli perniagaan Badrul Zaman P.S. Mohamed bahawa penahanannya di bawah ISA 1994, menyalahi undang-undang dan tidak mengikut perlembagaan.

Mohd. Hishamudin dalam penghakimannya berkata, mahkamah telah mempertimbangkan kos kecederaan terhadap reputasi plaintif dengan memerintahkan untuk membayar tuntutan ganti rugi am dan teladan dengan kos kepada beliau.

Beliau berkata, setelah membaca dengan teliti autoriti itu, satu ganti rugi sebanyak RM20,00 sehari adalah adil dan saksama untuk dibayar kepadanya dengan mengambil kira fakta plaintif yang dialami semasa dalam tahanan.

Katanya dengan mengambil kira 300 hari dalam tahanan, plaintif hendaklah dibayar RM6 juta, bagaimanapun mahkamah memutuskan untuk memberikan diskaun 50 peratus kepada defendan yang mahkamah fikirkan adalah adil dan munasabah.

Badrul Zaman memfailkan saman itu pada 30 November, 1994, menamakan Superintenden Pusat Tahanan Kamunting sebagai defenan pertama, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia.

Dalam saman itu, plaintif menyatakan bahawa beliau tidak mencabar kesahihan perintah penahanan pertama mengikut Seksyen 8(1) ISA pada 12 September, 1991 di mana beliau ditahan selama dua tahun.

Bagaimanapun, beliau mencabar perintah tempoh lanjutan penahanan itu yang dikeluarkan Timbalan Menteri untuk tempoh dua tahun lagi berkuat kuasa 14 September, 1993.

Plaintif mencabar kesahihan di mana beliau hanya menjalani tahanan itu dengan arahan perintah tahanan tanpa kenyataan bertulis perintah tahanan tersebut dan fakta dakwaan berdasarkan perintah tahanan berkenaan. – Bernama

0 comments: