.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Tuesday, June 15, 2010

0 Fenomewa Filem di Amerika Utara. Filem kungfu dua kali ganda lebih popular

'Karate Kid' mendahului 'The A-Team' sebagai filem box-office


2010/06/15
LOS ANGELES: Filem terbaru "The Karate Kid" mendahului persainganya "The A-Team" sebagai filem box office terlaris dari segi jumlah kutipan di Amerika Utara, minggu ini.

Filem yang diperbaharui daripada versi 1984 yang mengetegahkan Ralph Macchio, "The Karate Kid" terbaru menampilkan anak pelakon terkenal, Will Smith, Jaden sebagai budak remaja yang mendapat didikan seni mempertahankan diri daripada Jackie Chan. Jaden mempelajari selok belok kung fu bagi membolehkannya berdepan dengan rakan sebayanya yang membulinya selama ini. Filem itu berjaya mengutip AS$55.7 juta ketika tayangan pembukaan hujung minggu lalu, sekali ganda berbanding tayangan pembukaan “The A-Team,”.

Filem versi baru “A-Team,” yang menampilkan Liam Neeson, Bradley Cooper, Sharlto Copley dan Quinton Jackson hanya mengutip AS$25.7 juta.

“Shrek Forever After” pula menduduki tempat ketiga dengan kutipan mencecah AS$ 15.8 juta manakala filem komedi, “Get Him To The Greek” di tempat keempat dengan AS$9.9 juta. - AFP

0 comments: