.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Wednesday, February 03, 2010

2 Mengingatkan kita Malaysia guna Stadium Bukit Jalil untuk perhimpunan aman

Sumber: BH:

Jakarta bina tempat khusus demonstrasi


JAKARTA: Pihak berkuasa ibu negara Indonesia merancang membina sebuah tempat khusus untuk penunjuk perasaan bagi menghindar mereka daripada berhimpun di jalan raya dan menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di bandar raya paling sesak di dunia itu.

Jurucakap Gabenor Jakarta Fauzi Bowo, Cucu Ahmad Kurnia, berkata tempat itu juga akan menjadi simbol yang menunjukkan bahawa demokrasi sudah pulih di Indonesia. Ketika pemerintahan bekas Presiden Suharto, tunjuk perasaan hampir dilarang sama sekali sehingga kekecewaan rakyat menyebabkan bantahan besar-besaran memaksa beliau meletak jawatan.

Sejak itu, bantahan dan tunjuk perasaan sudah menjadi perkara biasa di Indonesia. Walaupun ia jarang bertukar ganas, ia memburukkan keadaan lalu lintas yang sedia sesak, terutama apabila mereka berarak di bulatan besar berhampiran Hotel Indonesia.


"Gabenor juga mahu mewujudkan sudut penceramah yang boleh menampung kira-kira 10,000 pengunjung berhampiran Tugu Monumen Nasional Indonesia. Kami mahu membinanya agar setiap orang mempunyai tempat untuk menyuarakan pandangan mereka dan tahu di mana hendak berbuat demikian," katanya.

Istana Presiden, pejabat naib presiden dan gabenor terletak berhampiran tugu di Medan Merdeka itu.

Beliau berkata, tunjuk perasaan sering menyebabkan perjalanan menuju ke pusat bandar raya yang dihuni 14 juta penduduk itu, mengambil masa yang lebih panjang, berikutan jumlah kenderaan terlalu banyak.


Tahun lalu, Fauzi mengharamkan tunjuk perasaan di sekitar Hotel Indonesia selepas pertempuran berlaku antara kumpulan penunjuk perasaan yang bertelagah

Cucu berkata, tempat berkenaan dijangka siap pembinaannya tahun depan, dan akan dilengkapi pentas untuk konsert.

Sementara itu, Datuk Bandar Jakarta, Sylviana Murni, berkata adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan untuk menyediakan ruang bagi rakyat mengkritik mereka yang berkuasa.

"Kita mesti berbuat demikian untuk memuaskan hati rakyat," katanya yang menambah pembinaan itu diilhamkan daripada Sudut Penceramah di Hyde Park, London. – Reuters

2 comments:

Pak Unik said...

Salaam dan selamat sejahtera. Bagus langkah yang diambil oleh kerajaan Indon itu

Saya sndr pun byk mengalami masalah, dan sudah tentu ada yg berkaitan dengan kerajaan. Dan begitu juga ramai yang saya kenal hadapi masalah.

Tetapi setakat ini saya tidak berkeinginan pula untuk menunjuk perasaan di kawasan umum.

Adalah baik kita luahkan pendapat dalam saluran2 yang sudah ada , terutamanya melalui internet seperti sekarang, daripada kita mengganggu ketenteraman awam

Walaupn saya bukannya orang PRO kerajaan, tetapi kadang2 kita mesti bertindak secara waras dan bukan dengan mengikut EMOSI terlajak

Saya sndr pun kadang kala bertindak mengikut EMOSI, siapa2 pun tidak dapat lepas dari berkeadaan sebegini, tetapi tidak perlulah sampai meleret2 hingga melakukan mogok dan deonstrasi di jalanan.

Itu bukan makin menjernihkan suasana bahkan semakin mengeruhkan .......

~Pak Unik~

stephen said...

Pada masa perhimpunan aman itu berlangsung di stadium tertutup itu, saya masih risau pemimpin-pemimpin utama dunia seperti AS, Britian, Jerman, Itali, Rusia, Jepun, China buat penilaian negatif lalu melabel Malaysia sebagai penyokong keganasan yang menyebabkan Malaysia diancam atau dipulaukan atau dengan kata lain kejadian perhimpunan aman itu jadi platform musuh-musuh negara untuk menjajah semula negara. Mujurlah tiada apa-apa yang buruk berlaku. Saya berpendapat, tindakan buat protes di tempat tertutup seperti yang dibuat Malaysia masih tindakan yang lebih baik berbanding buat demonstrasi jalanan.