.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Sunday, January 17, 2010

0 Ya Tuhan, tunjukkanlah kami jalan-Mu yang lurus

Sumber: BH:

Pahang tetap kenakan tindakan tegas

MUADZAM SHAH: Kerajaan Pahang akan tetap mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyalahgunakan kalimah Allah tanpa mengambil kira apa juga keputusan Mahkamah Persekutuan nanti berhubung isu berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz, berkata ini kerana perkara itu terletak di bawah bidang kuasa negeri dan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1989 yang dikuatkuasakan sejak 1990.

"Andai Mahkamah Persekutuan nanti membuat keputusan sama seperti Mahkamah Tinggi sebelum ini iaitu membenarkan peng-gunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, kerajaan negeri tetap akan mengambil tindakan mengikut enakmen yang sudah diwartakan.



"Setakat ini kita tidak pernah mengambil tindakan itu kerana tidak menerima sebarang laporan, tetapi kita tidak teragak-agak bertindak terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan kalimah Allah atau beberapa perkataan lain yang sudah ditetapkan dalam enakmen itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pertandingan Memasak Bubur As-Syura peringkat negeri anju-ran Jabatan Agama Islam Negeri (Jaip), di sini semalam. Hadir sama, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan dan Pengarah Jaip, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.

Mohd Sahfri berkata, berdasarkan enakmen itu, sebanyak 25 perkataan dan 10 ungkapan bersumberkan Islam termasuk kalimah Allah dilarang penggunaannya dalam sebarang terbitan dan ucapan yang dikaitkan dengan agama lain.

Perkataan berkenaan ialah firman Allah, ulama, hadis, ibadat, kaabah, kadi, Ilahi, wahyu, mubaligh, syariah, kiblat, haj, mufti, Rasul, iman, dakwah, injil, solat, khalifah, wali, fatwa, khutbah, Nabi dan tabligh.

Ungkapan seperti Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilhamd, Allahu Akhbar, Insyaallah, Astagfirullahal Azim, Tabakara Allah, Masya-Allah, Lahawala walaquata Illabillahialiyill azim juga tidak boleh digunakan bukan Islam.

Mengikut Seksyen 9 (1) enakmen itu, adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa jika menghasilkan sesuatu tulisan atau ucapan dengan menggunakan perkataan itu atau variasinya untuk menyatakan fakta kepercayaan, idea, konsep, perbuatan dan aktiviti dengan mana-mana agama bukan Islam.

0 comments: