.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Monday, January 11, 2010

4 SIB tiada kaitan dengan majalah herald tetapi kena juga?

Pintu utama Gereja Sib di Seremban 2 dibakar

SEREMBAN: Sebuah gereja, Sidang Injil Borneo (SIB) di bangunan rumah kedai dua tingkat di Lake View Square, Seremban 2 di sini mengalami kebakaran di pintu utamanya akibat perbuatan khianat pagi ini.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abd Manan Mhd Hassan, berkata polis menerima laporan daripada seorang lelaki pada kira-kira jam 8.30 pagi ini bahawa terdapat kerosakan dipintu utama gereja itu. "Hasil daripada maklumat itu, polis bersama dengan unit forensik dan bomba datang membuat siasatan dan mendapati hanya terdapat kerosakan kecil dengan kesan kebakaran pada pintu depan gereja itu. "Kita percaya mereka yang melakukan perkara ini ialah dengan menyimbah minyak petrol dan membakarnya, sebelum melarikan diri. Bagaimanapun, kebakaran ini tidak merebak," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Katanya, polis percaya kejadian itu berlaku antara jam 1.30 pagi dan 8.30 pagi ini kerana pada jam pukul 1.30 pagi tadi, unit kereta peronda polis ada membuat lawatan di situ dan mendapati tiada apa-apa berlaku.
Abd Manan berkata, kejadian ini adalah yang pertama berlaku di negeri ini. Sehubungan itu, beliau mengarahkan semua kereta peronda dan juga anggota yang menjalankan tugas rondaan (bit) untuk memantau dan membuat pemerhatian di tempat-tempat ibadat termasuk gereja dan masjid di negeri ini bagi mempastikan tiada kejadian seperti ini berlaku. "Saya nasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan perkara seperti ini. Saya memberi amaran, jangan cuba membuat sesuatu yang boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian negara ini. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka ini," katanya. Seorang paderi gereja itu Eddy Marson Yasir, 33, berkata beliau adalah orang terakhir yang meninggalkan dan mengunci gereja itu pada kira-kira jam 11.30 malam tadi selepas mengadakan mesyuarat.
"Saya terkejut kerana diberitahu oleh seorang ahli gereja mengenai kejadian itu pagi ini. Gereja ini berada di Seremban 10 tahun dan kita menyewa bangunan rumah kedai itu sejak lima tahun lalu," katanya. Seorang ahli gereja itu, V Jashua, 49, berkata beliau sedang bersarapan pagi di kawasan itu dan mendapati seorang lelaki berada di hadapan gereja itu sambil memerhatikan keadaan di situ. "Saya rasa curiga dan hampiri lelaki itu dan menanyakan mengapa dia berada di situ. Lelaki itu kemudian menunjukkan kesan terbakar dipintu utama gereja. Saya kemudian hubungi Eddy," katanya.-Bernama

4 comments:

CosmicBoy said...

@ Stephen,

Anda salah bro.

SIB sama spt semua Gereja memakai perkataan Allah utk ibadat dan penulisan.

Jadi, pandangan kamu tidak benar.

Ini bukan masalah Kristen Katolik, ini masalah semua org Kristen, semua rakyat Malaysia yg diberi perlindungan oleh perlembagaan utk bebas mengamalkan aturan agamanya. Memaksa org Kristen utk tidak bisa buat ini dan itu oleh pemeluk agama lain bertentangan dengan perlembagaan yg memberi hak kpd lembaga agama bukan Islam untuk mengurus hal elwal agama mrk masing2. Ini ngga lain ngga bukan mencampuri urusan agama org lain!!!

***Pikir***

stephen said...

Untung hal ehwal agama kristian masih tertakluk kepada pemerintah negeri dan tidak tertakluk mutlak kepada pemerintah persekutuan. Jika tidak, tentu lebih sulit sama seperti situasi kristian di kuala lumpur.

Menurut undang-undang, batasan kes akan menyebut hal yang dibicarakan iaitu ruang lingkup herald dan gereja katolik. Dalam hal ini, yang buat kerosakan punyai pengetahuan cetek dalam hal ehwal kristian tetapi berani-berani buat angkara. Saya sama seperti PM mengutuk keras si pelakunya.

Berkenaan penggunaan Allah, jika melihat keseluruhan kristian, gereja SIB adalah antara satu aliran yang memerlukan Allah bagi nama Tuhan mereka.

CosmicBoy said...

@ stephen,

Untung hal ehwal agama kristian masih tertakluk kepada pemerintah negeri dan tidak tertakluk mutlak kepada pemerintah persekutuan. Jika tidak, tentu lebih sulit sama seperti situasi kristian di kuala lumpur.

Waduh kamu nih, darimana kamu dapat fakta ini???

Anda salah bro.

Sebelum Sabah masuk Malaysia, syaratnya ialah 'ngga ada agama rasmi di negri ini." Tapi beberapa tahun ssudah Sabah masuk Malaysia, pada zaman USNO, perlembagaan negeri diubah, frase itu dihapuskan dan diganti dengan frase Persekutuan iaitu agama Islam ialah agama rasmi Negeri Sabah!!!

Jadi, anda sedang berkhayal.

Get the facr right, my friend.





Menurut undang-undang, batasan kes akan menyebut hal yang dibicarakan iaitu ruang lingkup herald dan gereja katolik. Dalam hal ini, yang buat kerosakan punyai pengetahuan cetek dalam hal ehwal kristian tetapi berani-berani buat angkara. Saya sama seperti PM mengutuk keras si pelakunya.

Perbahasan salah atau benar mengenai siapa yg berhak pakai perkataan Allah irelevants.

Persoalannya, Gereja2 dibakar, nah itu.


Berkenaan penggunaan Allah, jika melihat keseluruhan kristian, gereja SIB adalah antara satu aliran yang memerlukan Allah bagi nama Tuhan mereka.

Hahaha...tonk, jangan asal ngomong, pikir dulu tonk nter diketawain sama org.

Allah bukan nama Tuhan?

Lho, pemahaman teologi kamu sangat minim (maap bukan utk menghina), Allah ialah perkataan dari bahasa Arab yg sepadan dengan kata Elohim y adalah kata nama umum/generic name@ title, ngerti?

Jadi, Allah bukan nama Tuhan.

Nama Allah ialah Yahweh, ngerti?

Karena Yahweh ialah kata nama diri/personal name, maka Yahweh tidak bisa diterjemahkan.

Beda dengan elohim. Elohim ialah kata nama umum (bukan diri maka bukan personal name), jadi bisa diterjemakan. Karena ia padanan yg paling akurat utk Allah, maka kata Allah dipakai, karena ia padanan yg paling akurat untuk God, maka God dipakai. Di Malaysia/Indonesia, tidak adakata yg akurat utk elohim selain Allah. Tuhan bukan padanan yg akurat karena Tuhan berasal dari kata 'tuan' yg bermnaksud pemilik, cth tuan tanah, dia pemilik tanah, tuan rumah, maka dia pemilik rumah, tapi tuan yg memiliki segala sesuatu, itu ialah Tuhan!!! Jadi Tuhan ialah kata yg sepadan dengan kata adunay dalam bhs Ibrani, Kyrios dlm bhs Yunani, Lorddlm bhs Inggris dan Ar-Rabb dalam bhs Arab.

PELAN-PELAN tonk, pelan-pelan (kamu akan mengerti).

Salam dan semoga menguatkan iman.

stephen said...

Saya bersetuju jika nama ALLAH bukan nama khas.

Berkenaan perlembagaan sabah yang diubah, yang sah menurut orang-orang ialah yang sedang berkuat-kuasa. Siapakah yang harus bertanggungjawab kepada semua perkara ini sekarang? Yang meminda perlembagaan negeri harus bersuara jika dia masih hidup?