.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Wednesday, January 20, 2010

0 Setuju Gereja Katolik Mengkaji Penggunaan Yahweh dan Elohim

Sumber: BH:

Paderi Australia akui Allah hanya untuk orang Islam
Oleh Ridzuan Yop
bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin Kristian dari Australia, Pastor Brutus Balan, menegaskan penggunaan kalimah Allah tanpa mengira dari mana asal bermulanya perkataan itu adalah jelas berkaitan aspek ketuhanan Islam.

Paderi Gereja Baptist itu berkata, adalah salah untuk membuat sebarang terjemahan daripada kitab Injil bagi penggunaan kalimah Allah kerana ia akan menyebabkan kekeliruan serta kekaburan membezakan antara ajaran Injil dan al-Quran.

Beliau yang dilahirkan di Kuala Lumpur dan berhijrah ke Australia pada 1972 dan menjadi paderi sejak 32 tahun di negara itu, berkata polemik penggunaan kalimah Allah tidak wajar dihujah mengikut ilmu semantik atau pengertian makna semata-mata.


“Kenapa tidak media Kristian, akhbar dan penterjemahan Injil menggunakan bahasa Hebrew bagi ‘Yahweh’ sebagai ‘Lord’ dan Elohim sebagai ‘God’ atau dalam bahasa Melayu atau Arab dan juga bahasa lain selain daripada kalimah Allah.

“Penggunaan kalimah Allah akan menyebabkan kekeliruan bagi penganut Islam Melayu dan Kristian sendiri dengan Tuhan mana satu yang dirujuk sebagai Allah kerana kedua-duanya merujuk aspek ketuhanan berbeza,” katanya yang dipetik dalam laman sosialnya, Facebook.

Dalam laman itu, Balan, 61 turut menjawab dan menjelaskan pelbagai persoalan ditimbulkan orang ramai terutama penganut Kristian dan Islam bagi mendapatkan penjelasan berhubung kontroversi penggunaan kalimah Allah.

Balan dalam perbincangan topik ‘Kristian Tidak Patut Menggunakan Kalimah Allah’ turut mengemukakan hujah, fakta dan pendapatnya secara panjang lebar yang turut dimuatkan dalam beberapa laman web dan blog tempatan seperti Rausyanfikir.com dan Tun Faisal.dot.com.

Kontroversi itu tercetus berikutan bantahan umat Islam berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Herald-The Catholic Weekly pada 31 Disember lalu.

Balan dalam memperkukuhkan hujahnya turut bertanya, bolehkah penganut Kristian di kalangan bangsa India menggunakan perkataan ‘Brahma’ untuk God dalam kitab Injil apabila diterjemahkan dalam bahasa Tamil

“Jadi, biarlah penganut Islam menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada sifat suci dan ketuhanan mereka dan orang Kristian tidak wajar melakukan provokasi terhadap sensitiviti penganut Islam atau terus mendesak.

“Penganut Kristian wajar mengenal pasti dan membezakan doktrin dan kepercayaan mereka serta tidak menggunakan istilah yang diambil daripada perkataan Arab untuk diterjemah dalam kitab Injil.

“Kita semua manusia yang mempunyai matlamat sama. Kita tidak menentukan keturunan kita, tetapi kita boleh memilih kepercayaan kita. Kita boleh membincangkannya secara bebas tanpa rasa bimbang atau terancam,” katanya.

“Sehubungan itu, kita tidak mempunyai pilihan tetapi untuk hidup dalam keadaan aman damai bersama jiran kita. Semua pihak perlu hidup dalam keadaan aman dan kasih sayang kerana keganasan dan tekanan tidak akan menguntungkan mana-mana pihak,” katanya.

0 comments: