.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Sunday, January 17, 2010

0 Semoga Malaysia yang dianggotai semenanjung, sabah, sarawak dan labuan dalam berkat Tuhan

Sumber: BH:

Tangani isu agama

Oleh Faiza Zainuddin dan Rohaniza Idris
bminggu@bharian.com.my

Tan Sri Muhyiddin Yassin


TPM mahu disegerakan penubuhan majlis perundingan

KUALA LUMPUR: Kerajaan serius memikirkan penubuhan majlis perundingan antara agama bagi membolehkan wakil agama berbincang dan mencari kesefahaman supaya isu agama tidak lagi dibangkitkan dan mendatangkan masalah kepada negara pada masa depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata penubuhan majlis itu perlu disegerakan berdasarkan situasi semasa yang mana isu mengenai agama sering dibangkitkan sejak kebelakangan ini.



"Kini sudah ada beberapa inisiatif sesuai diwujudkan kerajaan berhubung soal kesefahaman agama di negara ini, tetapi tiada format khusus mengenainya.

"Perkara ini masih lagi dibincangkan dan apabila mendapat panduan daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) kita akan tentukan inisiatif yang sesuai bagi mewujudkan kesefahaman itu," katanya.

Beliau ditanya mengenai sama ada kerajaan bercadang mewujudkan majlis perundingan antara agama berikutan beberapa kes isu agama dibangkitkan sejak kebelakangan ini, termasuk penggunaan kalimah Allah.

Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar mencadangkan supaya diwujudkan Majlis Perundingan Keharmonian Nasional bagi membincangkan isu sensitif membabitkan kaum dan agama di negara ini.

"Semua ini perlu dipandang serius dan kita tidak mahu dilihat mengambil tindakan adhoc. Saya tidak mahu bila sesuatu berlaku, barulah kita hendak duduk berbincang, ini semua perlu dielakkan. Ini (majlis perundingan antara agama) akan dibincangkan di Kabinet.

"Sudah sampai masanya Malaysia memikirkan mengenai penubuhan majlis berkenaan supaya isu kesefahaman agama dapat dibincang dan diselesaikan dengan lebih baik," kata Muhyiddin.

Mengenai dialog antara agama, beliau menganggap itu satu usaha yang baik dan sesuai tetapi perlu ada resolusi yang boleh diterima baik semua supaya tidak lagi dibangkitkan di kemudian hari.

Katanya, pada masa sama, komitmen setiap pemimpin agama dalam memelihara keharmonian juga perlu di ambil kira bagi memastikan tidak timbul lagi isu agama yang berbangkit di masa depan serta mengeruhkan keamanan di negara ini.

"Dalam isu seperti kalimah Allah, kita perlu bereskan segera dan beberapa usaha sudah pun di ambil bagi menyelesaikannya," katanya.

Mengulas kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibenar menggunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang dan keagamaan kerana secara tradisinya ia telah diamalkan sejak dulu lagi, beliau tidak mahu membuat kenyataan berbeza dengan keputusan yang diputuskan mahkamah mengenai isu berkenaan.

Terdahulu, dalam ucapannya beliau mengingatkan semua pihak tidak memperkecilkan keharmonian dan keamanan di dalam negara ketika ini.

"Ini bukan soal Melayu atau bukan Melayu tetapi soal siapa yang melakukan kesalahan sehingga menimbulkan perpecahan dalam negara... kita tidak akan kompromi tidak kira Melayu, Cina atau India.

"Kita tidak akan politikkan perkara ini kerana ini bukan isu politik tetapi ini soal keamanan, keharmonian dalam negara kita. Ini penting dan perlu dijaga... tidak boleh kita abai, ambil sambil lewa, cincai, sembrono atau sebagainya... tak boleh, kita kena beri perhatian yang utama," katanya.

0 comments: