.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Sunday, January 17, 2010

0 Rupanya bidang hiburan dan tv ada lubuk emas?

Sumber: HM:

Cowell bakal bergelar bilionair

LONDON: Pencetus idea pelbagai siri realiti hiburan, Simon Cowell dilapor bakal menandatangani perjanjian bernilai satu bilion dollar dengan Sony BMG yang akan mengembalikan semula haknya terhadap rancangan X Factor dan Britain’s Got Talent.


COWELL bersama juri X Factor Britain, Dannii Minogue (kiri) dan Cheryl Cole. Antara syarat ditetapkannya, Cowell bakal menguasai semula siri hit itu yang dijual ke seluruh dunia selepas menjual hak penyiaran kepada Sony pada 2005.


Kontrak baru ini turut menyaksikan syarikat miliknya, Syco yang sebelum ini bernaung di bawah Sony diuruskannya sendiri.


Perkembangan itu bakal memberinya pendapatan lebih lumayan hasil penjualan hak penyiaran rancangan itu kepada negara seluruh dunia selain hak menerbitkan album setiap pemenang.


Tahun lalu, Cowell dilapor memiliki kekayaan bernilai £120 juta (RM651 juta) tapi sumber menegaskan perkembangan terbaru itu bakal menjadikannya bilionair.




“Beliau bakal berada dalam kelompok hartawan elit dunia,” katanya.


Berita terbaru itu diterima selepas Cowell berhenti daripada American Idol, rancangan yang menjadikannya selebriti di Amerika Syarikat dan mengumumkan rancangannya untuk melancarkan X Factor di negara itu pada tahun depan.


Pengumuman itu dibuat ketika beliau ditawar AS$100 juta (RM334 juta) oleh Fox TV untuk kekal bersama American Idol dan melupakan hasrat memperkenal X Factor.


Yang pasti Cowell dan syarikatnya bakal untung besar daripada rancangan realiti yang akan diperkenalkannya. “Keuntungan tinggi bakal diperoleh Cowell daripada siri realiti itu. Apapun, kehadiran Cowell adalah kunci kepada segala kejayaan yang bakal dikecapinya,” ulas sumber televisyen. - Agensi

0 comments: