.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Tuesday, January 19, 2010

0 Orang mengumpul wang bertahun-tahun tetapi lanun senang-senang saja pokaikannya

Sumber: UM:

Wang tebusan tertinggi dibayar kepada lanun Somalia


KAPAL tangki Maran Centaurus yang dirampas oleh lanun Somalia. - AFP

--------------------------------------------------------------------------------



MOGADISHU 18 Jan. - Wang tebusan terbanyak yang pernah dibayar kepada lanun-lanun Somalia telah dijatuhkan ke atas sebuah kapal tangki minyak Greek yang sarat membawa 2 juta tong minyak.

Sebuah pesawat menjatuhkan wang tebusan yang dipercayai berjumlah antara AS$5.5 juta (RM19.8 juta) dan AS$7 juta (RM25.2) itu untuk membebaskan kapal tersebut yang dirampas berdekatan kepulauan Lautan Hindi di Seychelles, menurut pegawai maritim.

The Maran Centaurus telah dirampas pada 29 November lalu dengan sembilan anak kapal warga Greek, dua warga Ukraine, seorang warga Romania dan 16 warga Filipina dan sejumlah kecil wang tebusan telah pun dibayar sebelum ini untuk membebaskan beberapa buah kapal yang dirampas oleh lanun-lanun Somalia itu.

Kapal tangki itu masih belum dibebaskan ekoran perbalahan yang berlaku antara kumpulan lanun sekali gus menyebabkan mereka bimbang untuk mendarat di pantai Haradheere bersama harta rampasan mereka.

Awal Ahad lalu, kumpulan lanun yang berada di atas kapal tangki dan sebuah lagi kumpulan lanun yang menaiki bot laju berbalas tembakan sesama sendiri dalam pergelutan untuk menguasai kapal itu sebelum wang tebusan itu dihantar.

Lanun yang berada di atas kapal berdekatan dan lanun yang berada di darat memberitahu Reuters, helikopter tentera laut Barat yang mengawal perairan Somalia telah menembak bot laju itu bagi menghalau mereka menghampiri kawasan itu sebelum wang tebusan tersebut dijatuhkan.

Lanun-lanun yang menaiki bot laju telah mengancam untuk membakar kapal tangki itu sekiranya mereka tidak menerima sedikit habuan daripada wang tebusan itu.

"Kami telah menggadaikan nyawa kami untuk merampas kapal ini. Lelaki-lelaki Haradheere itu tidak boleh menghalang hak kami," kata seorang lanun bernama Aden kepada Reuters.

"Sekiranya diperlukan, kami akan memulakan serangan sejurus selepas wang tebusan itu hampir tiba," katanya. - Reuters

0 comments: